The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainifajar19, 2022-05-17 10:32:28

E-PORTFOLIO BNK3 AINI FAJRIYAH BINTI ABDULLAH

BNK3 AINI FAJRIYAH BINTI ABDULLAH

Keywords: E-PORTFOLIO

Prosiding Inovasi dalam Pembelajaran dan Pengajaran (Jilid 1)

menggunakan kaedah konvensional iaitu mengeja dan langsung
membatang.

Kami juga melakukan pemerhatian ke atas murid linus dengan
memberikan fokus yang sama iaitu tindakbalas terhadap sesi pengajaran
dan pembelajaran semasa rawatan dilaksanakan terhadap murid linus.
Semasa pemerhatian pasca ini, kami ingin memerhatikan sejauh mana
pendekatan belajar melalui kaedah ―Lets Read with VR‘‘ dapat
membantu murid linus meningkatkan kemahiran membatangkan suku kata
terbuka kv + kv.

Temu bual

Menurut Walker & Burnhill (1988) pengumpulan data melalui
temubual boleh dilaksanakan dalam pelbagai kajian tinjauan Kami telah
melaksanakan temubual bersama murid linus semasa sesi rawatan
dijalankan. Temu bual dijalankan oleh kami bagi mendapat maklumbalas
murid linus terhadap sesi rawatan yang kami jalankan.

Kami telah bertanya kepada murid linus beberapa soalan melalui
temubual berstruktur dan separa struktur.. Temu bual yang dijalankan ini
sangat bergantung kepada kepetahan murid linus untuk meluahkan
perasaan mereka, apa yang mereka alami semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Kebolehan murid linus terhadap mengekspresi
idea dan kebolehan meluahkan apa yang dirasa oleh mereka ataupun
perasaan terhadap tindakan yang kami laksanakan. Temubual ini juga
terbuka kepada perkara-perkara yang tidak diduga. Temubual ini
diditadbirkan kepada murid linus lelaki dan perempuan untuk melihat
kemungkinan terdapat perbezaan pendapat disebabkan perbezaan
gender.

Ujian Pra dan Ujian Pasca

Kami telah melaksanakan ujian pra dan ujian pasca kepada murid
linus untuk melihat sejauh manakah keberkesanan pendekatan belajar
melalui kaedah ―Lets Read with VR‖ dapat meningkatkan penguasaan
murid linus terhadap kemahiran membatangkan dua suku kata terbuka kv
+ kv. Semasa ujian pra dijalankan, kami meminta murid linus

60

Prosiding Inovasi dalam Pembelajaran dan Pengajaran (Jilid 1)

membatangkan dua suku kata terbuka kv + kv tanpa mengaplikasikan

pendekatan belajar melalui bermain. Kami telah mentadbir ujian pra

kepada kumpulan sasaran sebelum pelaksanaan tindakan

penambahbaikan dijalankan. Murid linus mengambil ujian ini pada waktu

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ujian ini mengandungi 20

perkataan yang terdiri daripada suku kata kv + kv yang perlu dibatangkan

oleh murid linus.

Jadual 1: Contoh ujian Pra dan Pasca

Bil Suku kata awal Suku kata akhir Tandakan ( / )

1. Ba ju

2. Bi ji

3. Bo la

4. bu ku

5. da da

6. da du

7. du ri

8. ka ki

9. ku da

10. ka yu

11. ma ta

12. me ja

13. to pi

14. ko pi

15. ce ri

16. su du

17. gu la

18. gu li

19. su su

20. sa wi

JUMLAH

61

Prosiding Inovasi dalam Pembelajaran dan Pengajaran (Jilid 1)

Setelah murid linus melalui sesi rawatan, kami telah mentadbirkan
ujian pasca terhadap murid linus. Untuk ujian pasca, kami menggunakan
soalan ujian yang sama setelah selesai pengajaran dan pembelajaran
menggunakan pendekatan belajar ―Lets Read with VR‖.

Ujian Pasca dijalankan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan
sejauh mana murid linus dapat meningkatkan kemahiran membatangkan
suku kata terbuka kv + kv setelah kami melakukakan penambahbaikan
amalan pengajaran dalam sesi rawatan.. Ujian pasca ini ditadbirkan
selepas tamat dua minggu kami melaksanakan tindakan
penambahbaikan amalan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Murid linus menunjukkan peningkatan yang amat menggalakkan.

Ujian pra dan ujian pasca ini juga telah ditadbirkan kepada
sekumpulan murid kelas prasekolah yang tidak terlibat dengan kajian yang
kami jalankan yang dikenali sebagai ujian rintis. Ujian rintis ialah satu ujian
yang diberikan kepada kumpulan murid yang tidak terlibat dalam kajian
untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaannya.

Antara statistik yang digunakan oleh kami ialah dengan
menggunakan bilangan, pengiraan peratus, jadual serta graf untuk
menunjukkan hasil analisis. Bahagian ini juga mengandungi data-data
yang diperoleh hasil daripada kajian ke atas sepuluh orang murid linus
kajian.

Data-data dianalisis supaya dapat mencari dan menjawab
kehendak soalan yang diajukan oleh kami iaitu berkenaan dengan
pendekatan belajar melalui kaedah ―Lets Read with VR‘‘ dapat
menarik minat dan meningkatkan kemahiran membatangkan suku kata
terbuka kv
+ kv. Penganalisaan data dibuat melalui analisis statistik menggunakan
perbandingan data yang direkodkan dalam jadual. Data-data mentah
yang diperoleh dianalisis untuk mendapatkan peratusan dan skor purata.
Hal ini bertujuan untuk membuktikan penggunaan pendekatan belajar
melalui kaedah ‗―Lets Read with VR‘, dapat meningkatkan minat dan
penguasaan murid linus dalam kemahiran membatangkan suku kata
terbuka kv + kv.

62

Prosiding Inovasi dalam Pembelajaran dan Pengajaran (Jilid 1)

Pendekatan Belajar Melalui kaedah “Lets Read with VR‟‟ menarik minat
murid linus menguasai kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv +kv.

Berdasarkan pemerhatian yang telah dilakukan, kami telah
membuat analisis data yang peroleh berkenaan dengan minat murid linus
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran membatangkan suku kata
terbuka kv + kv semasa sesi pembelajaran secara konvensional dan sesi
pembelajaran rawatan dilakukan. Keputusan yang diperolehi daripada
instrumen pemerhatian pra dengan penggunaan borang skala kadar
menunjukkan pelbagai reaksi murid linus semasa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Kami menggunakan kaedah pemerhatian
berstruktur dan dibantu oleh seorang rakan kolaborasi iaitu seorang guru
membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid-murid semasa
pelaksanaan aktiviti dijalankan. Guru linus membantu kami mentadbir
senarai semak yang disediakan. Kami menyediakan 5 item skala kadar
dan kesahan skala kadar ini ditentukan oleh pakar yang dirujuk dan
triangulasi antara kaedah. melalui pemerhatian pasca pula, kesemua
murid linus telah menunjukkan peningkatan skor purata yang
memberangsangkan.

Berikut adalah hasil analisis yang dibuat oleh kami berdasarkan
data terkumpul yang diperoleh menerusi borang pemerhatian skala kadar.
Pemerhatian telah dijalankan pada sesi pengajaran dan pembelajaran
sebelum dan semasa sesi rawatan dilaksanakan. Berikut merupakan hasil
analisis pemerhatian kami terhadap respon dan minat murid linus terhadap
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan.

Jadual 2: Rubrik Pemarkahan Borang Skala Kadar

Pemarkahan

Skor Huraian
1 Kurang berminat
2
3 Berminat
Sangat berminat

63

Prosiding Inovasi dalam Pembelajaran dan Pengajaran (Jilid 1)

Pemerhatian Pra

Jadual 3: Skala Kadar Pemerhatian Pra Semasa Pengajaran Dan
Pembelajaran Konvensional

Bil Item Skor
1. Memberi respon semasa guru mengajar. 123
820

2. Penglibatan murid dalam sesi pengajaran dan 8 2 0

pembelajaran.

3. Tumpuan ketika guru memberikan arahan 730

pembelajaran.

4. Keseronokan yang ditunjukkan semasa aktiviti 8 2 0
1 0
pengajaran dan pembelajaran. 10 0

5. Berminat untuk membatangkan suku kata 9

yang diberikan oleh guru.

JUMLA 40
H

Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan, kami mendapati
bahawa murid linus mendapat purata skor markah 1.20 yang membawa
kepada skala kurang berminat. Sebanyak lima item telah dinilai melalui
pemerhatian yang dibuat. Hasil dapatan melalui pemerhatian pra ini,
kesemua sepuluh orang murid linus menunjukkan kurang berminat
terhadap pengajaran dan pembelajaran membatangkan suku kata
terbuka kv + kv yang kami laksanakan secara konvensional. Secara
puratanya, kesemua murid linus hanya mendapat skor pada skala 1 iaitu
kurang berminat. Justeru itu, kami menggunakan item skala kadar yang
sama bagi membuat pemerhatian pasca semasa sesi rawatan dijalankan
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Pemerhatian telah kami
lakukan bagi melihat perubahan sebelum rawatan dan selepas rawatan
dijalankan terhadap murid linus.

64

Prosiding Inovasi dalam Pembelajaran dan Pengajaran (Jilid 1)

Pemerhatian Pasca

Jadual 4: Skala Kadar Pemerhatian Pasca Semasa Pengajaran Dan
Pembelajaran Sesi Rawatan

Bil Item Skor 3
1. Memberi respon semasa guru mengajar. 12 6
04

2. Penglibatan murid dalam sesi pengajaran dan 0 2 8

pembelajaran.

3. Tumpuan ketika guru memberikan arahan 03 7

pembelajaran.

4. Keseronokan yang ditunjukkan semasa aktiviti 1 2 7

pengajaran dan pembelajaran.

5. Berminat untuk membatangkan suku kata 0 3 7

yang diberikan oleh guru.

JUMLA 1 14 35
H

Hasil daripada pemerhatian pasca yang kami laksanakan, secara
keseluruhannya murid linus menunjukkan respon yang sangat berminat
apabila memperoleh jumlah skor purata 2.70 markah semasa mengikuti sesi
pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan belajar melalui
kaedah ―Lets Read with VR‘‘. Enam orang murid linus telah mendapat
skor sangat berminat dan empat orang murid linus lagi mendapat skor
berminat dari aspek memberi respon semasa guru mengajar.

Item yang kedua iaitu penglibatan murid dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran, memaparkan data dua orang murid linus telah
mendapat skor berminat manakala lapan orang murid linus telah
mendapat skor sangat berminat. Bagi item ketiga pula, tiga orang murid
linus mendapat skor berminat dalam memberi tumpuan semasa guru
memberi arahan untuk melakukan aktiviti dan tujuh orang murid linus
menunjukkan kesungguhan untuk menjalankan aktiviti yang disediakan.

Item keempat pula memaparkan keseronokan yang dipamerkan
oleh murid linus semasa melakukan akativiti pengajaran dan pembelajaran

65

Prosiding Inovasi dalam Pembelajaran dan Pengajaran (Jilid 1)

yang berlangsung. Seramai tujuh orang murid linus menunjukkan mereka
seronok melakukan aktiviti tersebut dengan mendapat skor sangat
berminat. Manakala dua orang murid linus mendapat skor berminat. Masih
terdapat seorang murid linus yang tidak menunjukkan keseronokan
mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam sesi rawatan kali
kedua ini.

Item terakhir iaitu berminat untuk membatangkan suku kata yang
diberikan oleh guru. Melalui aktiviti rawatan kali kedua ini, kami mendapati
tiga orang murid linus berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang
disediakan sementara tujuh orang murid linus menunjukkan komitmen yang
tinggi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mendapat skor
sangat berminat.

Murid linus berminat belajar membatangkan suku kata terbuka kv + kv
menggunakan pendekatan belajar melalui bermain kaedah ““Lets Read with
VR‟‟.

Temubual

Kami telah mengadakan temubual bersama murid linus selepas selesai
melaksanakan sesi rawatan kali pertama dan kali kedua untuk mendapat
respon mereka terhadap sama ada berminat atau tidak belajar
membatangkan suku kata terbuka dengan menggunakan pendekatan
belajar melalui kaedah ―Lets Read with VR‘‘.Transkrip temubual selepas
pemerhatian pasca

Jadual 6: Transkrip temubual bersama murid linus selepas aktiviti
pengajaran dan pembelajaran sesi rawatan

Kami Respo
n
R1
R2 : Kamu suka tak belajar sebut (membatangkan) suku kata
R3 guna ―Lets Read with VR‘‘?
R4
R5 : Suka, sambil tengok sebutkan bunyi sekali.

: Suka, seronok ada bunyi.

: Saya suka, saya mudah ingat cikgu.

: Suka cikgu, seronok tengok sambil belajar.

: Suka. Saya boleh sebut perkataan terus cikgu.

66

Prosiding Inovasi dalam Pembelajaran dan Pengajaran (Jilid 1)

R6 : Saya suka. Tak bosan.
R7 : Suka. Seronok.
R8 : Suka. Guna buku tak seronok.
R9 : Suka cikgu. Saya cepat ingat.
R10 Saya suka. Saya seronok tengok video.

Berdasarkan Jadual 6, kesemua sepuluh orang murid linus
menyatakan rasa suka dan berminat terhadap pengajaran dan
pembelajaran menggunakan pendekatan belajar melalui kaedah ―Lets
Read with VR‘‘. Kesemua murid linus telah menyatakan bahawa mereka
suka belajar membatangkan suku kata terbuka kv + kv kerana kami telah
menggunakan video VR semasa aktiviti pembelajaran.

R1 telah menyatakan bahawa dia suka belajar membatangkan
suku kata terbuka kv + kv menggunakan ―Lets Read with VR‘ kerana boleh
membatangkan suku kata dan melihat video secara serentak. R2, R3 dan
R4 juga menyatakan mereka suka dan seronok belajar menggunakan
―Lets Read with VR‘ kerana bahan pembelajaran yang disediakan
mengeluarkan bunyi, video dan mudah untuk mengingat bunyi suku kata.
Manakala R5, R6 dan R7 menyatakan mereka suka belajar
membatangkan suku kata terbuka kv + kv menggunakan pendekatan
belajar melalui kaedah ―Lets Read with VR‘‘ kerana mereka boleh
membatangkan suku kata yang terpamer secara terus tanpa perlu
mengeja, tidak bosan dan menyeronokkan. Begitu juga dengan
pernyataan yang dibuat oleh R8, R9 dan R10. Mereka suka dengan aktiviti
yang dijalankan kerana tidak seronok belajar guna buku, lebih mudah
ingat untuk membatangkan suku kata guna bahan yang disediakan dan
aktiviti pembelajaran main sambil baca menimbulkan keseronokan.

Kesimpulannya, melalui hasil temubual ini kami dapat rumuskan
bahawa kesemua murid linus telah menyatakan bahawa mereka suka
pengajaran dan pembelajaran yang kami laksanakan dengan
menggunakan pendekatan belajar melalui kaedah ―Lets Read with
VR‘‘. Mereka juga lebih mudah membatangkan suku kata terbuka kv + kv
melalui Virtual Box berbanding penggunaan buku bacaan.

67

Prosiding Inovasi dalam Pembelajaran dan Pengajaran (Jilid 1)

Pendekatan belajar melalui kaedah “Lets Read with VR‟‟ membantu dalam
meningkatkan prestasi murid linus.

Untuk mengkaji sama ada pendekatan belajar melalui kaedah
―Lets Read with VR‘‘ dapat meningkat pencapaian penguasaan
prestasi murid linus terhadap kemahiran yang ditetapkan, kami telah
menyediakan lembaran kerja suku kata yang mengandungi 20 kosa kata
yang terdiri daripada suku kata terbuka kv + kv. Kami telah menyediakan
soalan yang sama untuk tujuan ujian pra dan pasca. Lembaran kerja ujian
pra dan ujianpasca rujuk Lampiran D.

Jadual 7: Analisis Keputusan skor Ujian Pra.

Murid linus Ujian Pra Peratus
Jumlah skor diperolehi %
R1 15
R2 /20 20
R3 3 10
R4 4 15
R5 2 20
R6 3 10
R7 4 10
R8 2 40
R9 2 15
R10 8 20
3
4

Berdasarkan jadual keputusan skor markah ujian pra yang telah
kami jalankan, didapati tiada seorangpun murid linus yang berjaya
mencapai keputusan 100% dalam membatangkan 20 kosa kata yang
terdiri daripada suku kata terbuka kv + kv. Kesemua murid linus tidak berjaya
mencapai 50% ke atas. R8 memperoleh jumlah skor yang paling tinggi iaitu
40% yang membawa maksud beliau berjaya membatangkan 8 kosa kata
terbuku kv + kv. Manakala R3, R6 dan R7 memperoleh peratusan paling
kurang iaitu 10% di mana hanya berjaya membatangkan 2 kosa kata yang
terdiri daripada suku kata terbuka kv + kv. R1, R4 dan R9 memperoleh jumlah
3 skor berjaya membatangkan suku kata terbuka kv + kv dengan betul.
Selebihnya R2, R5 dan R10 hanya berjaya memperoleh jumlah 4 skor betul
yang membawa kepada pencapaian 20%. Melalui

68

Prosiding Inovasi dalam Pembelajaran dan Pengajaran (Jilid 1)

ujian pra yang telah kami tadbirkan kepada murid linus setelah kami
menajalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan
kaedah mengeja dan membaca secara konvensional menunjukkan
bahawa kesemua murid linus gagal mendapat jumlah peratus skor
melebihi 40%.

Kami telah mentadbirkan ujian pasca dengan menggunakan
soalan yang sama bagi melihat perbezaan pencapaian murid linus setelah
kami melaksana aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan
pendekatan belajar melalui kaedah ―Lets Read with VR‘‘.

Jadual 8: Analisis Keputusan Skor Ujian Pasca.

Murid linus Ujian Pasca Peratus
Jumlah skor diperolehi %
R1 80
R2 /20 100
R3 16 50
R4 20 80
R5 10 100
R6 16 60
R7 20 50
R8 12 100
R9 10 80
R10 20 100
16
20

Ujian pasca ditadbirkan pada minggu kedua setelah selesai kami
melaksanakan sesi rawatan ke atas murid linus dengan mengaplikasikan
pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan belajar melalui
kaedah ―Lets Read with VR‘‘. Murid linus menunjukkan peningkatan yang
amat menggalakkan kesemua murid linus dapat dilihat mencapai 50% ke
atas. Tiga orang murid linus iaitu R2,R5 dan R8 berjaya membatangkan
kesemua 20 kosa kata yang terdiri daripada suku kata terbuka kv + kv yang
membawa kepada keputusan 100%. Murid linus-murid linus lain seperti R1,
R4 dan R9 juga menunjukkan peningkatan prestasi dengan memperoleh
jumlah 16 skor rmembatangkan suku kata kv + kv dengan betul yang
membawa kepada pencapaian 80%. R6 memperoleh keputusan 60%
yang telah berjaya membatangkan 12 daripada 20 kosa kata kv + kv.

69

Prosiding Inovasi dalam Pembelajaran dan Pengajaran (Jilid 1)

Sementara R3 dan R7 juga memperlihatakan perubahan apabila
mencapai keputusan 50% berbanding pencapai ujian pra.

Pendekatan belajar melalui bermain permaianan ―Lets Read
with VR‖dapat meningkatkan penguasaan kemahiran membatangkan
suku kata terbuka kv + kv di kalangan murid linus. Kesemua murid linus
menunujukkan perubahan positif dalam pencapaian masing-masing. Bagi
membuktikan peningkatan penguasaan kesemua murid linus, kami telah
membuat analisis pencapaian murid linus bagi kedua-dua ujian pra dan
ujian pasca. Berikut merupakan anlisis perbezaan merkah dan peratus
yang telah diperolehi kesemua murid linus.

Jadual 9: Analisis Perbezaan Pencapaian Murid linus dalam Ujuan Pra dan
Ujian Pasca

Murid Ujian Pra Peratus Ujian Peratus Peratus
linus /20 (%) Pasca (%) Peningkatan

R1 3 15 /20 80 65
R2 4 20 100 80
R3 2 10 16 50 40
R4 3 15 20 80 65
R5 4 20 10 100 80
R6 2 10 16 60 50
R7 2 10 20 50 40
R8 8 40 12 100 60
R9 3 15 10 80 65
R10 4 20 20 100 80
16
20

70

Prosiding Inovasi dalam Pembelajaran dan Pengajaran (Jilid 1)

Peratus Ujian Pra
Ujian Pasca
100
90 Murid Linus
80
70
60
50
40
30
20
10
0
R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 R9 R10

Rajah 1: Graf Bar Menunjukkan Perbandingan Penguasaan Murid linus
Dalam Ujian Pra Dan Ujian Pasca.

Berdasarkan analisis yang kami telah lakukan bagi ujian pra dan
ujian pasca, didapati bahawa R2, R5 dan R10 telah menunjukkan
peningkatan pencapaian yang paling tinngi iaitu sebanyak 80%. Semasa
ujian pra, ketiga - tiga murid linus ini hanya memperolehi 20% sahaja.
Namun setelah kami melaksanakan sesi rawatan, ujian yang sama telah
kami berikan semasa ujian pasca ketiga - tiga murid linus berjaya
mencapai 100%. Tiga orang murid linus iaitu R1, R4 dan R9 turut
menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan iaitu sebanyak 65%.
Mereka hanya mencapai 15% semasa ujian pra dan melonjak sehingga
80% semasa ujian pasca. Manakala R8 meningkat daripada 40% semasa
ujian pra kepada 100% untuk ujian pasca yang menunjukkan peningkatan
sebanyak 60%.

R6 menunjukkan peningkatan peratus sebanyak 50% dari 10%
pencapaian semasa ujian pra kepada 60% pada ujian pasca. Begitu juga
dengan R3 dan R7, mereka tetap mengalami peningkatan peratus
pencapaian walaupun agak rendah berbanding murid linus yang lain.
Kedua-dua murid linus ini memperoleh 50% semasa ujian pasca

71

Prosiding Inovasi dalam Pembelajaran dan Pengajaran (Jilid 1)

berbanding 10% semasa ujian pra yang menunjukkan peningkatan
sebanyak 40%.

Berdasarkan analisis yang telah kami lakukan, keseluruhannya,
kesemua murid linus menunjukkan peningkatan peratus dan berjaya
meningkatkan jumlah skor markah bagi ujian pra dan ujian pasca yang
dijalankan. Justeru itu, melalui peratusan ujian pra dan ujian pasca yang
menunjukkan peningkatan yang sangat memberansangkan membuktikan
bahawa pendekatan belajar melalui kaedah ―Lets Read with VR‖
dapat meningkatkan penguasaan murid linus dalam membatangkan suku
kata terbuka kv + kv.

PERBINCANGAN

Berdasarkan analisis data yang telah dilakukan, kami mendapati

bahawa penambahbaikan terhadap teknik pengajaran dan

pembelajaran yang telah kami lakukan ini telah memberi kesan

peningkatan penguasaan murid linus terhadap kemahiran yang

dibincangkan ini. Kami telah membuat inovasi pada aktiviti pengajaran

dan pembelajaran yang menggunakan kaedah belajar ―Lets Read with

VR‖. Dengan Virtual Reality, ia menjadikan proses pengajaran dan

pembelajaran menjadi lebih menarik seterusnya dapat membuatkan murid

linus menumpukan perhatian serta berminat untuk mempelajari kemahiran

yang mahu diterapkan.

Kejayaan kajian dalam meningkatkan kemahiran murid linus
membatangkan suku kata terbuka kv + kv membuktikan bahawa setiap
murid itu mempunyai peluang untuk berjaya dan kami sebagai seseorang
pendidik perlu sentiasa kreatif, kritis dan inovatif dalam mempelbagaikan
pendekatan,teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran supaya
setiap murid dapat ditingkatkan potensinya secara maksima.

Setiap murid adalah individu yang berbeza dan terdiri daripada
kumpulan pelbagai kebolehan seperti yang dinyatakan oleh Papalia
(2001), manusia berbaza dari segi jantina, berat, bentuk badan, kesihatan
tahap tenaga personaliti dan emosi. Faktor persekitaran pula, seperti gaya
hidup keluarga, sosio-ekonomi keluarga, sekitar sekolah dan di rumah,
komuniti masyarakat. Slavin (1997), mengaitkan perbezaan individu
dengan konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau mengatakan

72

Prosiding Inovasi dalam Pembelajaran dan Pengajaran (Jilid 1)

kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya
kognitif, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa, jantina, bakat dan minat.

Melalui kajian tindakan ini, dapat dikenalpasti bahawa pendekatan
yang digunapakai oleh kami dalam membantu murid linus meningkatkan
penguasaan kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv + kv
menunjukkan kejayaan seperti yang diharapkan. Daripada analisis data
yang diperolehi membuktikan objektif kajian ini tercapai.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Pengkaji telah menjalankan kajian penyelidikan berkaitan dengan
penambahbaikan amalan pengajaran dan pembelajaran dengan
mengaplikasikan pendekatan belajar dengan menggunakan Virtual Box
bagi membantu murid linus menguasai kemahiran membatangkan suku
kata terbuka kv + kv supaya semua murid linus tidak tercicir dalam
menguasai kemahiran membaca. Pendekatan belajar melalui bermain
telah terbukti menunjukkan keberkesanannya meningkatkan kemahiran
murid linus kerana main itu adalah dunia kanak-kanak, dan kehidupan
mereka memang tidak dapat dipisahkan daripada bermain. Namun
begitu, kecerdasan pelbagai yang dimiliki oleh setiap murid ataupun murid
linus menuntut guru supaya tidak hanya tertumpu kepada satu
pendekatan sahaja.

Untuk kajian yang seterusnya, pengkaji merasakan perlu ada
pendekatan pengajaran yang fleksibel dan inovatif yang dapat menarik
perhatian murid linus dan merangka satu strategi yang membantu mereka
mengingat kembali maklumat yang dipelajari supaya proses pengajaran
dan pembelajaran menjadi lebih berkesan serta penguasaan murid linus
terhadap sesuatu kemahiran mencapai tahap paling maksimum.

Pada masa akan datang, kajian tindakan terhadap sekumpulan
murid linus untuk menguji tahap penguasaan sesuatu kemahiran atau
penambahbaikan amalan pengajaran dan pembelajaran dengan
menggabungkan beberapa pendekatan atau teknik dalam bentuk
stesen boleh dijalankan. Disamping itu, pengkaji juga mungkin akan
menambah bilangan murid linus supaya dapatan daripada kajian yang
dibuat mendapat kebolehpercayaan yang lebih tinggi terhadap
kaedaha atau

73

View publication stats

74


Click to View FlipBook Version