BUKU PANDUAN UNDANG - UNDANG DISIPLIN Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang Tahun diterbitkan: 5 Feb 2024
MAKLUMAT PERIBADI Nama : _____________________________________ No Kad Pengenalan : __________________________ Alamat : ____________________________________ ___________________________________________ No penjaga : _________________________________ MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG | 1 buku peraturan pelajar mttnp 2024/2025 VISI MTTNP MISI MTTNP Melahirkan ulama’ dan ilmuan islam yang bukan hanya pada ilmunya, tetapi juga meliputi adab, tarbiyah, tazkiah dan tarqiah. menjadi sebuah institusi yang terkemuka di malaysia dalam melahirkan ulama’ yang menguasai ilmu turath.
ISI KANDUNGAN MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG | 2 buku peraturan pelajar mttnp 2024/2025 BAHAGIAN I : PENGENALAN 1.falsafah pendidikan kebangsaan .................................. 2.tujuan peraturan digubal ............................................ 3.ahli lembaga disiplin ................................................... 4.carta alir pengurusan disiplin pelajar mttnp ............ BAHAGIAN II : PANDUAN PENGURUSAN DISIPLIN 1.rupa/penampilan diri ................................................. 2.peraturan keluar maahad ......................................... 3.Peraturan Asrama .................................................... 4.peraturan penggunaan kemudahan .......................... 5.peraturan keselamatan ............................................ BAHAGIAN III : KESALAHAN & HUKUMAN DISIPLIN PELAJAR 1.Seksyen a: tingkah laku pelanggaran prosedur ..... 2.Seksyen b: tingkah laku keruntuhan akhlak ........... 3.seksyen c: Tingkah laku berunsur jenayah ............. 4.seksyen d: tingkah laku cemar imej ........................ 5.seksyen e: tingkah laku kenakalan hooliganism ..... 6.seksyen f: tingkah laku kekemasan diri .................. 7.seksyen g: tingkah laku kurang sopan .................... 8.seksyen h: tingkah laku musnah .............................. 9.seksyen i: tingkah laku tidak jujur ......................... 10.seksyen j: tingkah laku ponteng ............................. 11.seksyen k: kesalahan-kesalahan lain ...................... 3 3 4 5 6 - 7 8 - 11 12 - 14 15 - 17 18 - 19 20 - 21 22 - 31 32 - 44 45 46 - 55 56 - 58 59 - 62 63 - 64 65 - 66 67 - 68 69
buku peraturan pelajar mttnp 2024/2025 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG | 3 Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. TUJUAN PERATURAN DIGUBAL tujuan dan matlamat peraturan disiplin pelajar maahad tahfiz turath negeri pahang adalah untuk : mewujudkan persekitaran maahad dan pembelajaran yang selamat, bersih, segar, kemas dan prihatin kepada tanggungjawab diri dan sosial pelajar. 1. 2. membantu pelajar menguruskan diri dan masa dengan berkesan. 3. membentuk sahsiah pelajar yang cemerlang dan berakhlak mulia.
PENGERUSI TN HJ ABDUL RAZAK BIN ABU MUSA SAARI - KETUA PEGAWAI OPERASI YP AHLI - AHLI TN HJ MOHD LAFZUL BIN MUDA - KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF MTNP DR HJ MOHD SALEH BIN RAMLI - PENGARAH MTTNP USTAZ MUHAMMAD BIN HAMDAN - PP PMI MTTNP USTAZ AHMAD NAFIS BIN AZAMI - PP PMI MTTNP PN NURUL AFIQAH BT ROZAINI - PP PENTADBIRAN & KEWANGAN MTTNP CIKGU MOHD HASRA BIN IBRAHIM - KAUNSELOR MTTNP USTAZ ABDUL MUNIR BIN RUSLI - GURU DISIPLIN MTTNP buku peraturan pelajar mttnp 2024/2025 AHLI-AHLI LEMBAGA DISIPLIN MTTNP MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG | 4
buku peraturan pelajar mttnp 2024/2025 carta alir pengurusan disiplin pelajar mttnp MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG | 5 Menerima aduan bertulis Ketua warden / Warden / PP PMI / Guru Disiplin membuat penyiasatan dan mengumpulkan maklumat yang berkaitan Puas hati / ada kes? YA TIDAK Buang Kes Kenalpasti kategori kesalahan RINGAN SEDERHANA BERAT/AMAT BERAT Ketua warden / Warden / PP PMI / Guru Disiplin Pengarah MTTNP Mesyuarat Lembaga Disiplin Kesalahan ringan yang berulang akan menjadi sederhana, manakala kesalahan sederhana yang berulang akan menjadi berat dan akan dibawa ke mesyuarat Lembaga Disiplin. Membentang laporan kes Perbicaraan (jika perlu) Bersalah? TIDAK Buang Kes YA HUKUMAN (DIPUTUSKAN LEMBAGA DISIPLIN)
6 | MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG Rambut mestilah sentiasa pendek, tidak tebal, dan tidak mencecah kolar baju/jubah atau telinga. Rambut mestilah bersih dan disikat. Membotakkan kepala adalah tidak dibenarkan. Mewarnakan rambut adalah tidak dibenarkan (kecuali perlu). Gaya rambut yang keterlaluan seperti ‘punk, trojan, dan lain-lain serta berunsur Qaza’adalah dilarang. Menyimpan jambul melebihi aras kening dan ekor rambut tidak dibenarkan. Potongan rambut hendaklah mematuhi nisbah 1:1:1. Menyimpan misai tidak dibenarkan. Menyimpan janggut dan jambang dibenarkan pada ukuran 2 cm. Ekor pipit adalah tidak dibenarkan. PANDUAN PENGURUSAN DISIPLIN buku peraturan pelajar mttnp 2024/2025 1) RAMBUT 2) MISAI, JANGGUT DAN JAMBANG A. RUPA/PENAMPILAN DIRI
7 | MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG buku peraturan pelajar mttnp 2024/2025 Menyimpan kuku panjang tidak dibenarkan. Mewarnakan kuku secara moden atau tradisional tidak dibenarkan. Kuku hendaklah dalam keadaan bersih setiap masa. Tidak dibenarkan memakai cermin mata/kanta lekap melainkan dengan nasihat doktor. Cermin mata mestilah tidak berbingkai besar atau terlalu kecil dan berwarna atau berfesyen. Cermin mata/kanta lekap berwarna hanya dibenarkan setelah mendapat kebenaran doktor sahaja. Pemakaian cermin mata hitam/gelap adalah tidak dibenarkan. 3) CERMIN MATA/KANTA LEKAP 4) KUKU
8 | MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG Pelajar dibenarkan keluar ke bandar mengikut jadual Outing yang telah ditetapkan oleh pihak Maahad. Pelajar hanya dibenarkan keluar bersama penjaga masingmasing. Masa outing : Hari Sabtu jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Pelajar dikehendaki memakai pakaian outing iaitu T-shirt berlogo maahad serta berseluar slack hitam, bersongkok, berkasut dan berstokin. (Pakaian rasmi hari Rabu) Keluar outing adalah urusan pelajar-pelajar sendiri. Maahad tidak menyediakan pengangkutan. Semasa outing, pelajar tidak dibenarkan mengunjungi tempattempat berikut: Pusat permainan hiburan seperti Biliard, Pin Ball, Video Games, Snuker, Panggung Wayang, Pusat Boling dan seumpamanya. i. Pelajar hendaklah menjaga imej dan nama baik Maahad. Pelajar dikehendaki melapor diri (keluar dan masuk) di pondok Pengawal Keselamatan. Bagi pelajar yang ingin keluar di atas sebab-sebab yang munasabah bukan pada hari yang telah ditetapkan, pelajar hendaklah : Memohon kebenaran secara bertulis kepada Pengarah atau PP PMI. i. ii.Mendapatkan tandatangan pihak berkenaan. iii.Keluar mengikut masa yang dibenarkan sahaja. iv.Mengikut peraturan-peraturan yang tertera di atas. PANDUAN PENGURUSAN DISIPLIN buku peraturan pelajar mttnp 2024/2025 1) KELUAR KE BANDAR (OUTING) B. PERATURAN KELUAR MASUK MAAHAD
9 | MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG Pelajar dibenarkan Pulang Bermalam mengikut Jadual Pulang Bermalam yang telah ditetapkan oleh pihak Maahad. Pulang bermalam adalah wajib kepada setiap pelajar. Pelajar adalah dilarang untuk pulang sendiri melainkan dengan keizinan daripada ibu bapa / penjaga. Pelajar dibenarkan pulang bermalam selepas jam 3 petang. Pelajar hendaklah mendaftarkan diri di pondok pengawal sebelum dan selepas pulang bermalam. Pakaian Pulang Bermalam adalah seperti pemakaian Outing. Pelajar hendaklah menjaga imej dan nama baik Maahad semasa pulang bermalam. Pelajar hendaklah kembali semula ke maahad sebelum jam 6.00 petang pada tarikh yang ditetapkan. Sekiranya pelajar tidak dapat kembali ke maahad pada tarikh yang ditetapkan, ibu bapa / penjaga hendaklah memaklumkan kepada felo atau warden. buku peraturan pelajar mttnp 2024/2025 2) PULANG BERMALAM (PB) Program telah diluluskan oleh Pengarah atau pihak pentadbiran tertinggi maahad. Surat pengesahan kelulusan, peserta dan senarai peserta yang disahkan oleh guru penasihat hendaklah diserahkan kepada warden bertugas. Peserta hendaklah mematuhi peraturan pakaian yang telah ditetapkan berdasarkan program. Peserta hendaklah sentiasa menjaga imej dan nama baik Maahad semasa mengikuti program yang disertai. 3) KELUAR MENGIKUTI PROGRAM
10 | MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG Pelajar hendaklah melaporkan kepada kakitangan bertugas pada jam 8.00 pagi di kaunter pentadbiran. Pelajar akan mendapatkan rawatan di klinik/hospital dengan dihantar oleh kakitangan bertugas/pemandu bertugas. Masa penghantaran pelajar ke klinik/hospital 8.30 pagi. Sekiranya pelajar tidak mendapat cuti sakit pada hari tersebut, pelajar diwajibkan untuk menghadiri kelas seperti biasa. buku peraturan pelajar mttnp 2024/2025 4) KELUAR KE KLINIK (WAKTU PEJABAT) Pelajar hendaklah mematuhi masa pergi dan masa balik yang telah ditetapkan oleh pihak Maahad. Masa pergi solat jumaat adalah pada jam 12.30 tengahari, dan masa pulang adalah sebelum jam 2.30 petang. Pelajar hendaklah mematuhi peraturan pakaian solat Jumaat iaitu pakaian rasmi hari Jumaat. Pelajar tidak dibenarkan memakai baju “inner” yang berbagai corak dan berunsur politik. Pelajar tidak dibenarkan melencong ke tempat lain semasa pergi dan pulang dari masjid. Pelajar hendaklah menjaga tertib dan adab semasa di masjid. Pelajar hendaklah pulang ke maahad selepas solat sunat Ba’diyyah Jumaat. Pelajar hendaklah menjaga keselamatan semasa perjalanan pergi dan pulang solat Jumaat. Pelajar dilarang menumpang orang awam semasa perjalanan Solat Jumaat melainkan kenalan terdekat sahaja. 5) KELUAR UNTUK SOLAT JUMAAT
11 | MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG Ibu bapa / penjaga hendaklah membuat permohonan pulang kecemasan dan mendapat kelulusan daripada Pengarah/PP PMI. Ibu bapa / penjaga / wakil hendaklah datang mengambil pelajar di Maahad. Pelajar adalah dilarang untuk pulang sendiri melainkan dengan keizinan daripada ibu bapa / penjaga. Peraturan pulang bermalam seperti yang telah disebutkan pada ceraian (2) hendaklah dipatuhi. buku peraturan pelajar mttnp 2024/2025 6) PULANG KECEMASAN Setiap ahli keluarga yang datang melawat perlu melaporkan diri di Pondok Pengawal. Pelajar yang terlibat dengan aktiviti rasmi, dinasihatkan untuk bersama keluarga selepas aktiviti tersebut. Keselamatan pelajar adalah di bawah tanggungjawab ibu bapa / waris semasa bersama keluarga. Waktu melawat adalah pada hari Sabtu dan cuti umum, dari jam 10 pagi sehingga 6 petang. 7) PERATURAN MELAWAT
12 | MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG Pelajar tidak dibenarkan berpindah ke bilik lain tanpa kebenaran warden. Pelajar hendaklah mengisi Borang Terima Alatan (BTA) dan memeriksa serta mengesahkan keadaan alatan yang diterima. BTA yang telah ditandatangani oleh pelajar hendaklah diserahkan kepada felo. Pelajar tidak dibenarkan melakukan perubahan susunan alatan tanpa kebenaran daripada felo. Bayaran ganti rugi akan dikenakan jika terdapat sebarang kerosakan pada alatan yang dipinjamkan. PANDUAN PENGURUSAN DISIPLIN buku peraturan pelajar mttnp 2024/2025 1) PENEMPATAN PELAJAR C. PERATURAN ASRAMA Pelajar wajib menunaikan solat fardu secara berjemaah pada setiap waktu di Musolla. Pelajar tidak dibenarkan berada di asrama ketika waktu solat berjemaah. Pelajar yang lewat atau tidak hadir solat fardu secara berjemaah akan diambil tindakan. 2) SOLAT
13 | MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG buku peraturan pelajar mttnp 2024/2025 Pemeriksaan bilik tidur akan dilakukan pada bila-bila masa. Bilik mestilah dalam keadaan kemas, bersih dan teratur sentiasa. Buku dan alatan lain hendaklah disusun dengan kemas. Sampah hendaklah dibuang di tempat yang disediakan. Gambar dan poster tidak dibenarkan ditampal di dinding. Tempat tidur hendaklah dikemas sebelum 6.45 pagi setiap hari. Cadar dan sarung bantal mestilah dipasang setiap hari dalam keadaan kemas dan bersih. Selimut hendaklah dilipat dan diletakkan di hujung tilam (bahagian kaki). Pelajar hendaklah meletakkan nama pada almari dan katil masing-masing. Semua pakaian hendaklah dilipat, disimpan dengan teratur, dan kemas di dalam almari. Pakaian kotor, pakaian basah, makanan basah tidak dibenarkan disimpan di dalam almari. Tuala mandi dan pakaian basah atau lembap hendaklah disidai di ampaian yang disediakan. Kelengkapan dan perkakas tidak dibenarkan diletak di atas almari. Kasut hendaklah disimpan di tempat yang disediakan. 3) KEBERSIHAN BILIK
14 | MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG buku peraturan pelajar mttnp 2024/2025 Pelajar tidak dibenarkan berada di asrama semasa waktu persekolahan, kelas persediaan, solat berjemaah, dan aktiviti kokurikulum. Sebelum meninggalkan asrama, bilik hendaklah dipastikan kemas. Kebersihan persekitaran asrama adalah tanggungjawab bersama. Pelajar yang sakit hendaklah berada di bilik isolasi. Pelajar dilarang membuang sampah merata-rata tempat. Pelajar dilarang menampal gambar dan risalah yang tidak sesuai di dalam atau luar almari, di dinding atau di mana-mana sahaja di bilik asrama. Pelajar tidak dibenarkan tidur di atas katil murid lain. Pelajar tidak dibenarkan mengalihkan tilam dan tidur di lantai. Pelajar hendaklah berdiri di sisi katil masing-masing semasa pemeriksaan asrama. Pelajar tidak dibenarkan menyimpan barang-barang di bawah katil atau katil yang tidak berpenghuni. Pelajar dilarang membawa tetamu ke asrama tanpa kebenaran. Semua jenis makanan basah tidak dibenarkan di asrama. Pelajar hendaklah menghormati pekerja/kakitangan asrama. Pelajar bertanggungjawab memastikan semua suis alatan elektrik dimatikan sebelum meninggalkan asrama. Pelajar hendaklah mengamalkan amalan penjimatan air dan elektrik bagi mengelakkan pembaziran. Pelajar hendaklah berada di asrama sebelum jam 10.00 malam (tingkatan 1 - 3), dan sebelum jam 11.00 malam (tingkatan 4 & 5) sehingga jam 5.00 pagi. 4) PERATURAN AM
15 | MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG PANDUAN PENGURUSAN DISIPLIN buku peraturan pelajar mttnp 2024/2025 D. PERATURAN PENGGUNAAN KEMUDAHAN Pelajar bertanggungjawab terhadap kebersihan bilik mandi dan tandas. Gotong royong membersihkan bilik air dan tandas dilakukan pada setiap hari Ahad. Tandas hendaklah dijirus dan pam selepas digunakan. Lampu tandas hendaklah ditutup selepas digunakan. Dilarang menconteng dinding tandas dan merosakkan peralatan tandas. Pelajar dilarang menggunakan sinki sebagai tempat merendam pakaian atau membasuh bekas makanan yang mempunyai sisa makanan. Pelajar tidak dibenarkan membuang sampah, kotak sabun, berus gigi, dan lain-lain ke dalam lubang tandas. Alat mandian dan basuhan pakaian hendaklah disusun dengan kemas. 1) BILIK AIR ASRAMA
16 | MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG Waktu makan dan minum hendaklah mengikut jadual yang ditetapkan. Pelajar hendaklah beratur dan dilarang memotong barisan semasa mengambil makanan. Pelajar hendaklah duduk dengan tertib dan membaca doa sebelum dan selepas makan. Pelajar dilarang menyuruh rakan mengambil makanan bagi pihaknya. Dapur DEMA adalah kawasan larangan. Kerusi hendaklah disusun semula selepas digunakan. Makanan dan peralatan DEMA tidak dibenarkan dibawa keluar. Pelajar yang memerlukan makanan lebih awal atau lewat dari waktu makan yang ditetapkan hendaklah memaklumkan kepada warden selewat-lewatnya 12 jam sebelum waktu makan berkenaan. Pelajar yang terlibat dengan aktiviti luar dan memerlukan makanan untuk bekalan hendaklah memberitahu warden dua hari sebelum tarikh aktiviti. buku peraturan pelajar mttnp 2024/2025 2) DEWAN MAKAN (DEMA) Penggunaan telefon awam tidak dibenarkan pada waktu berikut : i.Waktu PdPc rasmi ii.Kelas persediaan iii.Selepas jam 11 malam iv.Waktu Solat Fardu berjemaah 3) TELEFON AWAM / TABLET
17 | MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG Pelajar adalah diwajibkan solat Fardu secara berjemaah. Pelajar diwajibkan mengikuti aktiviti keagamaan yang diadakan di surau. Kebersihan surau adalah menjadi tanggungjawab semua pelajar. Pelajar hendaklah mematuhi peraturan pakaian yang ditetapkan. Penggunaan peralatan surau adalah di bawah pengawasan warden. Pelajar mestilah menyusun selipar dan kasut dengan kemas. Suis Sistem PA, lampu dan kipas hendaklah dimatikan selepas selesai aktiviti surau. Pintu, tingkap dan pili air hendaklah ditutup selepas digunakan. buku peraturan pelajar mttnp 2024/2025 4) SURAU Maahad mempunyai beberapa kawasan larangan buat pelajar, antaranya : i.Bilik Pengarah MTTNP. ii.Pejabat maahad. (Kecuali dengan kebenaran). iii.Kawasan rumah warden. (Kecuali kecemasan). Tangki air, rumah pam, rumah pencawang elektrik, dan loji “saptick-tank”. iv. Bilik guru, bilik gerakan, bilik warden, stor dan bilik buku teks. (Kecuali mendapat kebenaran guru). v. vi.Bilik isolasi. (Kecuali pelajar yang sakit). vii.Muara pantai. viii.Luar pagar maahad (kecuali dengan keizinan) Kawasan-kawasan lain yang ditetapkan oleh pihak sekolah dari semasa ke semasa. ix. 5) KAWASAN LARANGAN
18 | MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG Lingkaran Pemanas (Water heater), dan cerek elektrik bukan automatik tidak boleh digunakan. Sambungan elektrik secara haram tidak dibenarkan. Pastikan plug ditanggalkan dari soket setelah digunakan. Penggunaan peralatan elektrik semasa situasi kilat adalah dilarang. Pelajar diminta mematikan suis selepas digunakan. Pelajar yang berada di katil tingkat atas dibenarkan membawa kipas dan dihadkan dua unit sahaja setiap bilik. Sebarang kerosakan berkaitan dengan elektrik hendaklah dilaporkan segera kepada pihak maahad. PANDUAN PENGURUSAN DISIPLIN buku peraturan pelajar mttnp 2024/2025 1) PENGGUNAAN ELEKTRIK E. PERATURAN KESELAMATAN Pelajar tidak dibenarkan menyimpan wang tunai lebih daripada RM50.00. Wang tunai simpanan pelajar adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Pelajar hendaklah melaporkan sebarang kehilangan wang kepada MPP atau warden. 2) KESELAMATAN WANG
19 | MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG Penggunaan ubat nyamuk lingkar, pelita dan lilin tidak dibenarkan. Pelajar hendaklah mengetahui cara menggunakan alat pemadam api semasa berlaku kebakaran. Jika berlaku kecemasan pelajar hendaklah menghubungi Felo/ Warden/Pengawal Keselamatan dengan segera. Peti pertolongan cemas boleh didapati daripada Unit Kebajikan MPP. Aktiviti permainan dan riadah hendaklah disertai dengan berhemah dan berdisiplin. Pelajar dilarang membawa barang-barang berharga ke asrama. Keselamatan barang peribadi adalah menjadi tanggungjawab pelajar sendiri. Pelajar dilarang menjalankan perniagaan tanpa kebenaran. Pelajar tidak dibenarkan bermalam di rumah kawan tanpa kebenaran ibu bapanya. buku peraturan pelajar mttnp 2024/2025 3) KESELAMATAN UMUM
MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG | 20 buku peraturan pelajar mttnp 2024/2025 KATEGORI : AMAT BERAT KOD : SEKSYEN A/A/01 DEMERIT : 200 kesalahan huraian kesalahan hukuman Sumber Berkahwin Mana-mana pelajar yang telah berkahwin dengan mana-mana individu. Hilang kelayakan sebagai pelajar MTTNP; Pemakluman kepada ibu bapa / penjaga; Pemakluman kepada pihak YP. Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Maktab Rendah Sains MARA 2008 (Pindaan 2014). KESALAHAN & HUKUMAN DISIPLIN PELAJAR A. TINGKAH LAKU PELANGGARAN PROSEDUR
MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG | 21 buku peraturan pelajar mttnp 2024/2025 KATEGORI : AMAT BERAT KOD : SEKSYEN A/A/02 DEMERIT : 200 kesalahan huraian kesalahan pilihan hukuman Sumber Kegiatan politik anti-kerajaan Penglibatan dalam apa-apa cara sekalipun dalam kegiatan politik anti-kerajaan; atau/dan Mempunyai dalam milikan atau di bawah jagaan atau kawalan apa-apa bahan antikerajaan; atau/dan Mengedarkan atau mempamerkan, atau menyebabkan supaya diedarkan atau dipamerkan, atau dalam apa-apa cara mengambil bahagian dalam pengedaran atau mempamerkan, apa-apa bahan anti-kerajaan. Tahanan dalam maahad tidak melebihi 6 minggu; Maklum kepada ibu bapa / penjaga; Tandatangan surat akujanji; Sesi kaunseling. Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Maktab Rendah Sains MARA 2008. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 5/1999. Gantung persekolahan tidak melebihi 2 minggu; Maklum kepada ibu bapa / penjaga; Tandatangan surat akujanji; Sesi kaunseling. Gantung persekolahan serta-merta selama 2 minggu dan dicadangkan ‘Ditamatkan Pengajian’ dari MTTNP; Maklum kepada ibu bapa / penjaga. I II III
MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG | 22 buku peraturan pelajar mttnp 2024/2025 KATEGORI : AMAT BERAT KOD : SEKSYEN B/A/01 DEMERIT : 200 kesalahan huraian kesalahan hukuman Sumber Murtad Apa-apa tingkah laku yang membawa maksud keluar daripada agama Islam melalui pengakuan lisan atau bertulis atau amalan atau pemakaian yang melambangkan agama selain daripada agama Islam; atau Memiliki atau menyimpan atau mengguna atau mengedar atau membekal sebarang peralatan agama lain. Gantung persekolahan serta-merta selama 2 minggu dan dicadangkan ‘Ditamatkan Pengajian’ dari MTTNP; Maklum kepada ibu bapa / penjaga. Lapor kepada pihak berkuasa. Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Maktab Rendah Sains MARA 2008. Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Pengetua, Guru Besar, Guru Disiplin dan Guru Sekolah. KESALAHAN & HUKUMAN DISIPLIN PELAJAR B. TINGKAH LAKU KERUNTUHAN AKHLAK
MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG | 23 buku peraturan pelajar mttnp 2024/2025 KATEGORI : AMAT BERAT KOD : SEKSYEN B/A/03 DEMERIT : 200 kesalahan huraian kesalahan hukuman Melakukan hubungan seks Melakukan persetubuhan dengan mana-mana individu. Gantung persekolahan serta-merta selama 2 minggu dan dicadangkan ‘Ditamatkan Pengajian’ dari MTTNP; Maklum kepada ibu bapa / penjaga. KATEGORI : AMAT BERAT KOD : SEKSYEN B/A/04 DEMERIT : 200 kesalahan huraian kesalahan hukuman Sumber Kegiatan pelacuran / Gejala bohjan Melanggan pelacur atau melacurkan diri; atau Menjadi bohjan. Gantung persekolahan serta-merta selama 2 minggu dan dicadangkan ‘Ditamatkan Pengajian’ dari MTTNP; Maklum kepada ibu bapa / penjaga. Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Maktab Rendah Sains MARA 2008. Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Pengetua, Guru Besar, Guru Disiplin Dan Guru Sekolah.
MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG | 24 buku peraturan pelajar mttnp 2024/2025 KATEGORI : AMAT BERAT KOD : SEKSYEN B/A/05 DEMERIT : 200 kesalahan huraian kesalahan pilihan hukuman Sumber Menyerupai jantina lain Berkelakuan atau menampilkan imej pondan. Gantung persekolahan tidak melebihi 2 minggu; Rotan secara tertutup tidak melebihi 2 kali; Maklumkan kepada ibu bapa / penjaga; Tandatangan surat akujanji; Sesi kaunseling. Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Maktab Rendah Sains MARA 2008. Gantung persekolahan serta-merta selama 2 minggu dan dicadangkan ‘Ditamatkan pengajian’ dari MTTNP; Maklum kepada ibu bapa / penjaga. I II
MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG | 25 buku peraturan pelajar mttnp 2024/2025 KATEGORI : AMAT BERAT KOD : SEKSYEN B/A/06 DEMERIT : 200 kesalahan huraian kesalahan hukuman Sumber Seks luar tabii Terlibat dengan mana-mana individu melakukan mana-mana hubungan seks luar tabii berikut: Homoseks: Seks dalam kalangan lelaki sama lelaki (liwat); atau/dan Bestially: Melakukan seks dengan haiwan; atau/dan Fetisshieme: Lelaki yang suka menyimpan dan mengumpul barang-barang perempuan seperti coli, seluar dalam, rambut, tuala dan sebagainya atau sebaliknya; atau/dan Seks Oral: Melakukan hisapan kemaluan pasangan. Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Maktab Rendah Sains MARA 2008. Buku Peraturan Pelajar MTNP. Gantung persekolahan serta-merta selama 2 minggu dan dicadangkan ‘Ditamatkan pengajian’ dari MTTNP; Maklum kepada ibu bapa / penjaga.
MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG | 26 buku peraturan pelajar mttnp 2024/2025 KATEGORI : AMAT BERAT KOD : SEKSYEN B/A/07 DEMERIT : 200 kesalahan huraian kesalahan pilihan hukuman Sumber Khalwat Berkhalwat atau berpasangan dalam keadaan bercumbu-cumbuan atau berpelukan atau berada dalam apa-apa keadaan yang mencurigakan dengan mana-mana individu. Gantung persekolahan tidak melebihi 2 minggu; Rotan secara tertutup tidak melebihi 2 kali; Maklumkan kepada ibu bapa / penjaga; Tandatangan surat akujanji; Sesi kaunseling. Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Maktab Rendah Sains MARA 2008. Gantung persekolahan serta-merta selama 2 minggu dan dicadangkan ‘Ditamatkan pengajian’ dari MTTNP; Maklum kepada ibu bapa / penjaga. I II
MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG | 27 buku peraturan pelajar mttnp 2024/2025 KATEGORI : AMAT BERAT KOD : SEKSYEN B/A/08 DEMERIT : 200 kesalahan huraian kesalahan pilihan hukuman Sumber Bahan lucah / Bahan ganas / Bahan tidak bermoral Mempunyai dalam milikan atau dibawah jagaan atau kawalan apa-apa bahan lucah atau ganas atau tidak bermoral; atau/dan Mengedarkan atau mempamerkan atau menyebabkan supaya supaya diedarkan atau dipamerkan atau mempamerkan, apa-apa bahan lucah atau ganas atau tidak bermoral. Tahanan dalam maahad tidak melebihi 6 minggu; Rotan secara tertutup tidak melebihi 2 kali. Maklum kepada ibu bapa / penjaga; Tandatangan surat akujanji; Sesi kaunseling. Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Maktab Rendah Sains MARA 2008. Gantung persekolahan tidak melebihi 2 minggu; Maklum kepada ibu bapa / penjaga; Tandatangan surat akujanji; Sesi kaunseling. Gantung persekolahan serta-merta selama 2 minggu dan dicadangkan ‘Ditamatkan Pengajian’ dari MTTNP; Maklum kepada ibu bapa / penjaga. I II III
MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG | 28 buku peraturan pelajar mttnp 2024/2025 KATEGORI : AMAT BERAT KOD : SEKSYEN B/A/09 DEMERIT : 200 kesalahan huraian kesalahan pilihan hukuman Sumber Minuman keras Mempunyai dalam milikan atau jagaan atau kawalan apa-apa minuman keras; atau/dan Memberi, membekal, mengadakan atau menawarkan atau bercadang untuk memberikan, membekalkan, mengadakan atau menawarkan apa-apa minuman keras kepada mana- mana individu; atau/dan Didapati minum apa-apa minuman keras; atau/dan Didapati berada dalam keadaan mabuk atau yang berkelakuan tidak senonoh di bawah pengaruh minuman keras. Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Maktab Rendah Sains MARA 2008. Buku Peraturan Pelajar MTNP. Gantung persekolahan tidak melebihi 2 minggu; Rotan secara tertutup tidak melebihi kali; Maklum kepada ibu bapa / penjaga; Tandatangan surat akujanji; Sesi kaunseling. I II Gantung persekolahan serta-merta selama 2 minggu dan dicadangkan ‘Ditamatkan Pengajian’ dari MTTNP; Maklum kepada ibu bapa / penjaga.
MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG | 29 buku peraturan pelajar mttnp 2024/2025 KATEGORI : AMAT BERAT KOD : SEKSYEN B/A/10 DEMERIT : 200 kesalahan huraian kesalahan pilihan hukuman Sumber Judi / Loteri / Pertaruhan Penglibatan oleh mana-mana pelajar secara individu atau berkumpulan yang menganjurkan, mengurus, menjalankan atau membantu dalam penganjuran, pengurusan atau perjalanan, apa-apa judi atau loteri atau pertaruhan. Menyimpan atau memiliki atau menggunakan atau menawarkan atau membekalkan mana-mana alat perjudian. Rotan secara tertutup tidak melebihi 2 kali; Maklum kepada ibu bapa / penjaga; Tandatangan surat akujanji; Sesi kaunseling. Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Maktab Rendah Sains MARA 2008. Gantung persekolahan tidak melebihi 2 minggu; Rotan secara tertutup tidak melebihi 2 kali; Maklum kepada ibu bapa / penjaga; Tandatangan surat akujanji; Sesi kaunseling. Gantung persekolahan serta-merta selama 2 minggu dan dicadangkan ‘Ditamatkan Pengajian’ dari MTTNP; Maklum kepada ibu bapa / penjaga. I II III
MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG | 30 buku peraturan pelajar mttnp 2024/2025 KATEGORI : BERAT KOD : SEKSYEN B/B/01 DEMERIT : 100 kesalahan huraian kesalahan pilihan hukuman Sumber Mencederakan diri sendiri Bertindak apa-apa cara yang menyebabkan kecederaan kepada tubuh badan sendiri. Gantung persekolahan tidak melebihi 1 minggu; Maklumkan kepada ibu bapa / penjaga; Tandatangan surat akujanji; Sesi kaunseling. Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Maktab Rendah Sains MARA 2008. Gantung persekolahan serta-merta selama 2 minggu dan dicadangkan ‘Ditamatkan pengajian’ dari MTTNP; Maklum kepada ibu bapa / penjaga. I II KATEGORI : BERAT KOD : SEKSYEN B/B/02 DEMERIT : 100 kesalahan huraian kesalahan pilihan hukuman Sumber Mengunjungi Pusat Hiburan / Rumah Urut Mengunjugi mana-mana pusat hiburan atau rumah urut (yang melanggar hukum syar’ie). Gantung persekolahan tidak melebihi 1 minggu; Maklumkan kepada ibu bapa / penjaga; Tandatangan surat akujanji; Sesi kaunseling. Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Maktab Rendah Sains MARA 2008. Gantung persekolahan serta-merta selama 2 minggu dan dicadangkan ‘Ditamatkan pengajian’ dari MTTNP; Maklum kepada ibu bapa / penjaga. I II
MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG | 31 buku peraturan pelajar mttnp 2024/2025 KATEGORI : BERAT KOD : SEKSYEN B/B/03 DEMERIT : 100 kesalahan huraian kesalahan pilihan hukuman Sumber Meninggalkan ibadat asas fardhu ain Mana-mana pelajar maahad yang tidak menyempurnakan amalan solat fardhu 5 waktu; atau/dan Mana-mana pelajar beragama Islam yang bertindak tidak berpuasa di bulan Ramadan dengan sengaja tanpa sebarang pengecualian yang dibenarkan oleh syarak; atau/dan Manamana amalan fardhu ain yang lain. Tahanan dalam maahad tidak melebihi 4 minggu; Rotan secara tertutup 1 kali; Tandatangan surat akujanji; Sesi kaunseling. Panduan Pengurusan MRSM Pengkalan Chepa 2022/23. Tahanan dalam maahad tidak melebihi 4 minggu; Rotan secara tertutup 2 kali; Maklumkan kepada ibu bapa / penjaga; Tandatangan surat akujanji; Sesi kaunseling. I II
MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG | 32 buku peraturan pelajar mttnp 2024/2025 KATEGORI : AMAT BERAT KOD : SEKSYEN C/A/01 DEMERIT : 200 kesalahan huraian kesalahan hukuman Sumber Kematian Menyebabkan kematian mana-mana individu secara sengaja atau tidak sengaja dengan senjata atau tanpa senjata. Gantung persekolahan serta-merta selama 2 minggu dan dicadangkan ‘Ditamatkan pengajian’ dari MTTNP; Maklum kepada ibu bapa / penjaga; Laporkan kepada pihak berkuasa. Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Maktab Rendah Sains MARA 2008 (Pindaan 2014). SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 3/1993. KESALAHAN & HUKUMAN DISIPLIN PELAJAR C. TINGKAH LAKU BERUNSUR JENAYAH
MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG | 33 buku peraturan pelajar mttnp 2024/2025 KATEGORI : AMAT BERAT KOD : SEKSYEN C/A/02 DEMERIT : 200 kesalahan huraian kesalahan pilihan hukuman Sumber Pukul / Dera / Seksa / Buli Memukul atau mendera atau menyeksa atau membuli mana-mana individu secara berkumpulan atau perseorangan. Rotan secara tertutup tidak melebihi 2 kali; Maklum kepada ibu bapa / penjaga; Tandatangan surat akujanji; Sesi kaunseling. Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Maktab Rendah Sains MARA 2008. Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Pengetua, Guru Besar, Guru Disiplin dan Guru Sekolah. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1993. Gantung persekolahan tidak melebihi 2 minggu; Rotan secara tertutup tidak melebihi 2 kali; Maklum kepada ibu bapa / penjaga; Tandatangan surat akujanji; Sesi kaunseling. Gantung persekolahan serta-merta selama 2 minggu dan dicadangkan ‘Ditamatkan Pengajian’ dari MTTNP; Maklum kepada ibu bapa / penjaga. I II III
MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG | 34 buku peraturan pelajar mttnp 2024/2025 KATEGORI : AMAT BERAT KOD : SEKSYEN C/A/03 DEMERIT : 200 kesalahan huraian kesalahan pilihan hukuman Sumber Kecederaan Mencederakan atau menyebabkan kecederaan dengan sengaja kepada mana - mana individu dengan apa-apa cara. Gantung persekolahan tidak melebihi 2 minggu; Rotan secara tertutup tidak melebihi 2 kali; Maklum kepada ibu bapa / penjaga; Tandatangan surat akujanji; Sesi kaunseling. Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Maktab Rendah Sains MARA 2008. Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Pengetua, Guru Besar, Guru Disiplin dan Guru Sekolah. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1993. Gantung persekolahan serta-merta selama 2 minggu dan dicadangkan ‘Ditamatkan Pengajian’ dari MTTNP; Maklum kepada ibu bapa / penjaga. I II
MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG | 35 buku peraturan pelajar mttnp 2024/2025 KATEGORI : AMAT BERAT KOD : SEKSYEN C/A/04 DEMERIT : 200 kesalahan huraian kesalahan hukuman Sumber Dadah Mempunyai dalam milikan atau jagaan atau kawalan apa-apa dadah; atau/dan Memberikan, membekalkan, mengadakan atau menawarkan atau bercadang untuk memberikan, membekalkan, mengadakan atau menawarkan apa-apa dadah kepada kepada mana-mana individu; atau/dan Terbukti melalui ujian urin oleh pihak berkuasa; atau/dan Memakan atau menghisap atau memasukkan ke dalam badan dengan suntikan atau dalam apa-apa jua cara lain, apa-apa dadah. Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Maktab Rendah Sains MARA 2008. Buku Peraturan Pelajar MTNP. Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Pengetua, Guru Besar, Guru Disiplin Dan Guru Sekolah. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 3/1993 & BIL 4/2010. Gantung persekolahan serta-merta selama 2 minggu dan dicadangkan ‘Ditamatkan pengajian’ dari MTTNP; Maklum kepada ibu bapa / penjaga. Laporan kepada pihak berkuasa.
MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG | 36 buku peraturan pelajar mttnp 2024/2025 KATEGORI : AMAT BERAT KOD : SEKSYEN C/A/05 DEMERIT : 200 kesalahan huraian kesalahan hukuman Sumber Rogol / Mencabul Melakukan apa-apa cara paksaan persetubuhan dengan mana-mana individu berlainan jantina; atau/dan Melakukan apa-apa cara kekerasan terhadap hak kehormatan diri mana-mana individu berlainan jantina atau sama jantina. Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Maktab Rendah Sains MARA 2008. Buku Peraturan Pelajar MTNP. Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Pengetua, Guru Besar, Guru Disiplin Dan Guru Sekolah. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 3/1993. Gantung persekolahan serta-merta selama 2 minggu dan dicadangkan ‘Ditamatkan pengajian’ dari MTTNP; Maklum kepada ibu bapa / penjaga. Laporan kepada pihak berkuasa.
MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG | 37 buku peraturan pelajar mttnp 2024/2025 KATEGORI : AMAT BERAT KOD : SEKSYEN C/A/06 DEMERIT : 200 kesalahan huraian kesalahan pilihan hukuman Sumber Gangguan Seksual Melakukan apa-apa cara kelakuan gangguan seksual terhadap mana-mana individu secara lisan atau grafik atau fizikal yang mengakibatkan ketidakselesaan. Rotan secara tertutup tidak melebihi 2 kali; Maklum kepada ibu bapa / penjaga; Tandatangan surat akujanji; Sesi kaunseling. Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Maktab Rendah Sains MARA 2008. Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Pengetua, Guru Besar, Guru Disiplin dan Guru Sekolah. Gantung persekolahan tidak melebihi 2 minggu; Rotan secara tertutup tidak melebihi 2 kali; Maklum kepada ibu bapa / penjaga; Tandatangan surat akujanji; Sesi kaunseling. Gantung persekolahan serta-merta selama 2 minggu dan dicadangkan ‘Ditamatkan Pengajian’ dari MTTNP; Maklum kepada ibu bapa / penjaga. I II III
MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG | 38 buku peraturan pelajar mttnp 2024/2025 KATEGORI : AMAT BERAT KOD : SEKSYEN C/A/07 DEMERIT : 200 kesalahan huraian kesalahan hukuman Sumber Senjata Api / Bahan Peledak Mempunyai dalam milikan atau di bawah jagaan atau kawalan apa-apa senjata api atau bahan peledak; atau/dan Memberikan, membekalkan, mengadakan atau menawarkan atau bercadang untuk memberikan, membekalkan, mengadakan atau menawarkan apa-apa senjata api atau bahan peledak kepada mana-mana individu. Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Maktab Rendah Sains MARA 2008. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 3/1993. Gantung persekolahan serta-merta selama 2 minggu dan dicadangkan ‘Ditamatkan pengajian’ dari MTTNP; Maklum kepada ibu bapa / penjaga. Laporan kepada pihak berkuasa.
MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG | 39 buku peraturan pelajar mttnp 2024/2025 KATEGORI : AMAT BERAT KOD : SEKSYEN C/A/08 DEMERIT : 200 kesalahan huraian kesalahan pilihan hukuman Sumber Cubaan membunuh diri Perbuatan untuk menamatkan atau menghilangkan nyawa diri sendiri dengan apaapa cara. Gantung persekolahan serta merta selama 2 minggu; Maklum kepada ibu bapa / penjaga; Tandatangan surat akujanji; Sesi kaunseling. Laporan kepada pihak berkuasa. Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Maktab Rendah Sains MARA 2008. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1993. Gantung persekolahan serta-merta selama 2 minggu dan dicadangkan ‘Ditamatkan Pengajian’ dari MTTNP; Maklum kepada ibu bapa / penjaga. Laporan kepada pihak berkuasa. I II
MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG | 40 buku peraturan pelajar mttnp 2024/2025 KATEGORI : AMAT BERAT KOD : SEKSYEN C/A/09 DEMERIT : 200 kesalahan huraian kesalahan hukuman Sumber Rompak / Samun Tindakan merampas serta mengambil harta mana-mana individu dengan apa- apa cara paksaan atau kekerasan. Gantung persekolahan serta-merta selama 2 minggu dan dicadangkan ‘Ditamatkan pengajian’ dari MTTNP; Maklum kepada ibu bapa / penjaga. Laporan kepada pihak berkuasa. Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Maktab Rendah Sains MARA 2008. Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Pengetua, Guru Besar, Guru Disiplin Dan Guru Sekolah. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 3/1993.
MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG | 41 buku peraturan pelajar mttnp 2024/2025 KATEGORI : AMAT BERAT KOD : SEKSYEN C/A/10 DEMERIT : 200 kesalahan huraian kesalahan pilihan hukuman Sumber Ancaman / Memeras Ugut Tindakan apa-apa cara untuk mengancam atau memeras ugut mana-mana individu. Rotan secara tertutup tidak melebihi 2 kali; Maklum kepada ibu bapa / penjaga; Tandatangan surat akujanji; Sesi kaunseling. Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Maktab Rendah Sains MARA 2008. Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Pengetua, Guru Besar, Guru Disiplin dan Guru Sekolah. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1993. Gantung persekolahan tidak melebihi 2 minggu; Maklum kepada ibu bapa / penjaga; Tandatangan surat akujanji; Sesi kaunseling. Gantung persekolahan serta-merta selama 2 minggu dan dicadangkan ‘Ditamatkan Pengajian’ dari MTTNP; Maklum kepada ibu bapa / penjaga; Laporan kepada pihak berkuasa. I II III
MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG | 42 buku peraturan pelajar mttnp 2024/2025 KATEGORI : AMAT BERAT KOD : SEKSYEN C/A/11 DEMERIT : 200 kesalahan huraian kesalahan hukuman Sumber Pertubuhan Haram / Kongsi Gelap / kumpulan aktiviti keganasan / ajaran sesat. Menyertai atau terlibat dalam apa-apa pertubuhan haram atau kongsi gelap atau kumpulan aktiviti keganasan atau kumpulan ajaran sesat. Gantung persekolahan serta-merta selama 2 minggu dan dicadangkan ‘Ditamatkan Pengajian’ dari MTTNP; Maklum kepada ibu bapa / penjaga. Laporan kepada pihak berkuasa. Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Maktab Rendah Sains MARA 2008. Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Pengetua, Guru Besar, Guru Disiplin dan Guru Sekolah. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1993.
MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG | 43 buku peraturan pelajar mttnp 2024/2025 KATEGORI : BERAT KOD : SEKSYEN C/B/01 DEMERIT : 100 kesalahan huraian kesalahan pilihan hukuman Sumber Senjata / Mercun / Bahan Kimia Mempunyai dalam milikan atau di bawah jagaan atau kawalan apa-apa senjata atau mercun atau bahan kimia; atau/dan Memberikan, membekalkan, mengadakan atau menawarkan atau bercadang untuk memberikan, membekalkan, mengadakan atau menawarkan apa-apa senjata atau mercun atau bahan kimia kepada mana-mana individu. Tahanan dalam maahad tidak melebihi 2 minggu; Rotan secara tertutup 1 kali; Maklum kepada ibu bapa / penjaga. Tandatangan surat akujanji; Sesi kaunseling. Panduan Pengurusan MRSM Pengkalan Chepa 2022/23. Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Pengetua, Guru Besar, Guru Disiplin dan Guru Sekolah. Tahanan dalam maahad tidak melebihi 2 minggu; Gantung persekolahan tidak melebihi 2 minggu; Rotan secara tertutup 1 kali; Maklum kepada ibu bapa / penjaga; Tandatangan surat akujanji; Sesi kaunseling. I II
MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG | 44 buku peraturan pelajar mttnp 2024/2025 KATEGORI : BERAT KOD : SEKSYEN C/B/02 DEMERIT : 100 kesalahan huraian kesalahan pilihan hukuman Sumber Mencuri Tindakan apa-apa cara untuk mengambil harta benda atau wang atau maklumat atau dokumen kepunyaan mana-mana individu tanpa pengetahuannya; atau/dan Mempunyai dalam milikan atau dibawah jagaan atau kawalan apa-apa yang dicuri; atau/dan Memberikan, membekalkan, mengadakan atau menawarkan atau bercadang untuk memberikan, membekalkan, mengadakan atau menawarkan apa-apa yang dicuri kepada mana-mana individu. Tahanan dalam maahad tidak melebihi 2 minggu; Memulangkan balik barang yang dicuri atau ganti rugi mengikut nilai barang; Maklum kepada ibu bapa / penjaga; Tandatangan surat akujanji; Sesi kaunseling. Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Maktab Rendah Sains MARA 2008. Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Pengetua, Guru Besar, Guru Disiplin dan Guru Sekolah. Rotan secara tertutup tidak melebihi 2 minggu; Gantung persekolahan tidak melebihi 2 minggu; Memulangkan balik barang yang dicuri atau ganti rugi mengikut nilai barang; Maklum kepada ibu bapa / penjaga. Tandatangan surat akujanji; Sesi kaunseling. I II
MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG | 45 buku peraturan pelajar mttnp 2024/2025 KATEGORI : AMAT BERAT KOD : SEKSYEN D/A/01 DEMERIT : 200 KESALAHAN & HUKUMAN DISIPLIN PELAJAR D. TINGKAH LAKU CEMAR IMEJ kesalahan huraian kesalahan pilihan hukuman Sumber Mencemar imej individu lain / imej negara / imej MTTNP Mencemarkan imej individu lain / imej negara / imej MTTNP dalam apa-apa bentuk sebarang media cetak / social / elektronik / digital; atau/dan Apa-apa tingkah laku atau perlakuan yang oleh menjatuhkan imej individu lain / imej negara / imej maahad / YP yang bersabit dengan kesalahan sivil / jenayah oleh pihak berkuasa. Rotan secara tertutup tidak melebihi 2 kali; Maklum kepada ibu bapa / penjaga; Tandatangan surat akujanji; Sesi kaunseling. Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Maktab Rendah Sains MARA 2008. Gantung persekolahan tidak melebihi 2 minggu; Maklum kepada ibu bapa / penjaga; Tandatangan surat akujanji; Sesi kaunseling. Gantung persekolahan serta-merta selama 2 minggu dan dicadangkan ‘Ditamatkan Pengajian’ dari MTTNP; Maklum kepada ibu bapa / penjaga. I II III
MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG | 46 buku peraturan pelajar mttnp 2024/2025 KATEGORI : AMAT BERAT KOD : SEKSYEN E/A/01 DEMERIT : 200 KESALAHAN & HUKUMAN DISIPLIN PELAJAR E. TINGKAH LAKU KENAKALAN HOOLIGANISM kesalahan huraian kesalahan pilihan hukuman Sumber Bahan khayal / Bahan perangsang Mempunyai dalam milikan atau di bawah jagaan atau kawalan apa-apa bahan khayal atau bahan perangsang; atau/dan Memberikan, membekalkan, mengadakan atau menawarkan atau bercadang untuk memberikan, membekalkan, mengadakan atau menawarkan apaapa bahan khayal atau bahan perangsang kepada mana-mana individu; atau/dan Makan melalui mulut atau menghisap atau memasukkan ke dalam badan dengan suntikan atau dalam apa-apa jua cara lain, apa-apa bahan khayal atau bahan perangsang. Rotan secara tertutup tidak melebihi 2 kali; Maklum kepada ibu bapa / penjaga; Tandatangan surat akujanji; Sesi kaunseling. Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Maktab Rendah Sains MARA 2008. Gantung persekolahan tidak melebihi 2 minggu; Maklum kepada ibu bapa / penjaga; Tandatangan surat akujanji; Sesi kaunseling. Gantung persekolahan serta-merta selama 2 minggu dan dicadangkan ‘Ditamatkan Pengajian’ dari MTTNP; Maklum kepada ibu bapa / penjaga. I II III
MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG | 47 buku peraturan pelajar mttnp 2024/2025 KATEGORI : AMAT BERAT KOD : SEKSYEN E/A/02 DEMERIT : 200 kesalahan huraian kesalahan pilihan hukuman Sumber Hasutan / Provokasi Merancang atau menganjurkan atau menggerak atau menghasut atau membuat provokasi apaapa isu sehingga mencetuskan pergaduhan, kecederaan, kerosakan dan mengganggu ketenteraman awam. Rotan secara tertutup tidak melebihi 2 kali; Bayar ganti rugi nilai kerosakan jika berkenaan; Maklum kepada ibu bapa / penjaga; Tandatangan surat akujanji; Sesi kaunseling. Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Maktab Rendah Sains MARA 2008. Gantung persekolahan tidak melebihi 2 minggu; Rotan secara tertutup tidak melebihi 2 kali; Bayar ganti rugi nilai kerosakan jika berkenaan; Maklum kepada ibu bapa / penjaga; Tandatangan surat akujanji; Sesi kaunseling. Gantung persekolahan serta-merta selama 2 minggu dan dicadangkan ‘Ditamatkan Pengajian’ dari MTTNP; Bayar ganti rugi nilai kerosakan jika berkenaan; Maklum kepada ibu bapa / penjaga. I II III
MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG | 48 buku peraturan pelajar mttnp 2024/2025 KATEGORI : BERAT KOD : SEKSYEN E/B/01 DEMERIT : 100 kesalahan huraian kesalahan pilihan hukuman Sumber Keluar dari kawasan maahad tanpa kebenaran Keluar dari maahad tanpa kebenaran sama ada secara individu atau berkumpulan. Tahanan dalam maahad tidak melebihi 2 minggu; Rotan secara tertutup 1 kali; Maklum kepada ibu bapa / penjaga. Tandatangan surat akujanji; Sesi kaunseling. Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Maktab Rendah Sains MARA 2008. Gantung persekolahan tidak melebihi 2 minggu; Tahanan dalam maahad tidak melebihi 2 minggu; Rotan secara tertutup tidak melebihi 2 kali; Maklum kepada ibu bapa / penjaga. Tandatangan surat akujanji; Sesi kaunseling. I II
MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG | 49 buku peraturan pelajar mttnp 2024/2025 KATEGORI : BERAT KOD : SEKSYEN E/B/02 DEMERIT : 100 kesalahan huraian kesalahan pilihan hukuman Sumber Bahan tembakau / shisha / rokok elektronik (Vape) Mempunyai dalam milikan atau dibawah jagaan atau kawalan apa-apa bahan tembakau atau shisha atau rokok elektronik atau vape; atau/dan Memberikan, membekalkan, mengadakan atau menawarkan atau bercadang untuk memberikan, membekalkan atau menawarkan apa-apa bahan tembakau atau shisha atau rokok elektronik atau vape kepada mana-mana individu; atau/dan Makan melalui mulut atau menghisap, apaapa bahan tembakau atau shisha atau rokok elektronik atau vape. Tahanan dalam maahad tidak melebihi 2 minggu; Rotan secara tertutup 1 kali; Maklum kepada ibu bapa / penjaga. Tandatangan surat akujanji; Sesi kaunseling. Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Maktab Rendah Sains MARA 2008. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 4/1997 & BIL.6A/1975. Gantung persekolahan tidak melebihi 2 minggu; Tahanan dalam maahad tidak melebihi 2 minggu; Rotan secara tertutup tidak melebihi 2 kali; Maklum kepada ibu bapa / penjaga. Tandatangan surat akujanji; Sesi kaunseling. I II