KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN
MPU 21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN
PERADABAN
1
NAMA AHLI KUMPULAN
1. NUR ANNIS MAZAYA - 23DIB21F1004
2. NURUL HADIRAH - 23DIB21F1022
3. SITI ZULAIKHA SYAKILLA - 23DIB21F1038
4. MUHAMMAD DANIAL ANIQ - 23DIB21F1062
2
ISI KANDUNGAN
PENGENALAN KEBUDAYAAN
KEPELBAGAIAN BUDAYA MASYARAKAT MALAYSIA
- Makanan
- Pakaian
- Tarian
- Perayaan
KEPENTINGAN KEBUDAYAAN
PENGENALAN PERPADUAN
- Definisi
- Konsep
KEPENTINGAN PERPADUAN
KESIMPULAN
3
PENGENALAN
KEBUDAYAAN
Kebudayaan merupakan seluruh cara hidup sesuatu
masyarakat atau seluruhaspek pemikiran dan tingkahlaku manusia yang
diwarisi dari satu generasi kegenerasi ang lain melalui proses
pembelajaran. Kebudayaan amat penting bagi individu atau masyarakat.
Cara hidup sesuatu kumpulan manusia atau masyarakat itu tidak
dapat difahami melainkan melalui kebudayaan. Kebudayaan dapat
membezakan antara suatu masyarakat dengan masyarakat yang lain.
Dalam konteks Malaysia, kebudayaan itu dilihat daripada aspek
persamaan dan perbezaan cara hidup antara kita sebagai rakyat
Malaysia yang kita panggil sebagai masyarakat Malaysia. Apa yang
dimaksudkan sebagai kebudayaan disini menurut defnisi sosiologi ialah
cara hidup yang menjadi kepunyaan bersama. Dari perspektif sosiologi
kebudayaan membawa pengertian segala hasil dan idea yang dipelajari
dan dikongsi oleh ahli-ahli dalam sebuah masyarakat. Ini termasuklah
segala kepercayaan, nilai-nilai politik, adat resam, undang-undang,moral,
institusi sosial, seni lukis,bahasa dan bahan-bahan material.
Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan daripada penjajah
Inggeris, kita mewarisi cara hidup zaman penjajah yang mengamalkan
dasar “divide and rule”. Masyarakat terbahagi kepada golongan atau ras
dengan kebudayaan yang bercorak sukuan. Masyarakat pada ketika itu
tidak mempunyai dasar-dasar kebudayaan yang menjadi kepunyaan
bersama. Kesan daripada warisan zaman penjajahan itu menyebabkan
rakyat Malaysia tidak mempunyai kejiwaan Malaysia. Warganegara yang
berasal dari golongan imigran masih meletakkan taat setia kepada
negara asalnya. Oleh itu, wujud semacam banteng budaya
(cultural barrier) antara golongan imigran dengan penduduk peribumi
Malaysia. Adalah diakui bahawa perbezaan keturunan atau ras tidak
dapat dihapuskan, tetapi ciri-ciri kebudayaan yang harus ditonjolkan
supaya dapat menentukan corak keperibadian kebangsaan yang
memperlihat identiti masyarakat Malaysia. Dengan cara yang demikian,
corak kebudayaan sukuan dapat diperkecilkan dan
semangat kebangsaan Malaysia dapat diperkukuhkan demi untuk
mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersepadu
4
KEPELBAGAIAN BUDAYA MASYARAKAT MALAYSIA
1. MAKANAN
MELAYU
- Nasi Lemak : Merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan
santan kelapa dan kadangkala dimasukkan daun pandan untuk
menambahkan aromanya. Nasi lemak selalunya dimakan bersama telur
rebus, timun, ikan bilis, kacang dan sambal. Tetapi kini didapati terdapat
pelbagai hidangan yang disajikan bersama nasi lemak seperti ayam,
daging, sotong, dan udang.
- Lemang : Sejenis makanan tradisi yang disukai orang ramai. Lemang
hanya terdapat ketika Hari Raya. Makanan tradisional ini dihidangkan
bersama rendang atau serunding. Lemang diperbuat daripada beras
pulut dan santan. Nasi didalam buluh dibakar dengan daun pisang.
Kaedah memasak yang menggunakan buluh ialah cara memasak kaum
asli di Malaysia.
5
CINA
- Kuih Bulan : Sejenis kuih manisan yang cantik dan kebiasaannya
disediakan sempena pesta Tanglung yang berlangsung pada
pertengahan bulan 8 dalam kalendar Lunar. Bukan itu sahaja, ada juga
sesetengah sumber mengatakan ianya disediakan ketika perayaan
musim luruh bentuknya datang dalam bentuk bulat ataupun bersegi.
- Yee Sang : Terdiri daripada beberapa hirisan memanjang sayuran yang
berwarna-warni dan pelbagai tekstur. Ianya merupakan simbolik
majmuk yang cukup penting dalam masyarakat cina untuk mengeratkan
silaturahim sesama kaum keluarga dan sahabat handai. Makanan ini
sangat popular dalam menu makanan utama mereka dalam sambutan
perayaan tahun baru cina.
6
INDIA
- Tosai : Turut dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai
atau chakuli. Terdapat pelbagai jenis tosai iaitu tosai telur, tosai cili, tosai
bawang dan sebagainya. Makanan ini berasal daripada India dan sering
dimakan oleh rakyat Malaysia. Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk
sampingan. Contohnya, sambar iaitu sambal dari buah-buahan, acar
india, kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Didalam tosai, ia diisi
dengan kentang dan bawang yang telah digoreng sehingga rangup.
- Idli : Idli juga berasal dari India. Idli mempunyai banyak jenis seperti
sanna, rave, atau sambar idli. Makanan ini sering dihidang dengan
sambal dari buah-buahan, sambar dan lain-lain. Bahan utamanya ialah
vigna mungo dan nasi.
7
2. PAKAIAN
MELAYU
- Baju melayu iaitu baju melayu cekak musang dan baju melayu teluk
belanga. Ia terdiri daripada baju longgar yang dipasangkan dengan seluar
dan sarung yang dikenali sebagai samping. Kebiasaanya dipadankan
dengan songkok atau kopiah yang merupakan topi tradisional kaum
Melayu. Sebilangan lelaki lebih gemar memakai baju batik bersama
seluar slack kerana lebih selesa mengikut keadaan tertentu. Tetapi
pakaian ini tetap dibenarkan untuk menyertai majlis formal.
- Baju kurung yang terdiri dari blaus lengan panjang paras lutut dan rok
panjang yang dikenali sebagai kain. Pakaian ini kebiasaannya disertakan
dengan selendang di kepala.Disamping itu, terdapat juga versi separa
formal iaitu baju kebaya dan bahan utama untuk membuat baju kebaya
tradisional ini ialah kain kasa dipasangkan dengan sarung, batik atau
pakaian tradisional lain seperti songket dengan motif pelbagai corak dan
warna.
8
CINA
-Suit tang. Suit tang adalah sejenis jaket yang mempunyai kolar dan
simpul di perut dan kebanyakkannya berbunga sakura. Pakaian
tradisioanal Cina ini dinamai sempena kerajaan Tang oleh orang-orang
Cina di luar negeri. Nama tersebut disarankan kerana kerajaan Tang
begitu kuat sehingga orang asing memanggil orang cina “orang Tang”.
Selain itu, hanfu juga merupakan pakaian tradisional sebenar kaum Cina
yang merupakan Suku Cina Han.
-Cheongsam yang membawa maksud gaun panjang yang dipakai semasa
perayaan dan acara rasmi. Cheongsam juga dikenali sebagai qipao iaitu
gaun sehelai sutera dengan kerah dan jepit dipinggang, baik ditengah
atau di sisi. Selain itu, wanita tua berpakaian samfoo , yang merupakan
sejenis seluar panjang pergelangan kaki dengan bahagian atas yang
longgar dengan jepit di bahagian tengah.
9
INDIA
- Kurta-piyama dan kurta biasanya adalah baju panjang sehingga paras
lutut dan seluar panjang. Piyama Kurta umumnya digunakan dalam
pakain harian, pesta, upacara formal. Terdapat juga versi kurta lain yang
popular iaitu sherwani yang dipakai semasa majlis perkahwinan dan
perayaan lain. Sherwani merupakan sejenis jubah panjang yang
dikenakan oleh lelaki kaum India. Sherwani memiliki aksesoris berupa
sulaman benang emas di bagian dada. Pakaian Sherwani ini biasanya
digunakan dalam kegiatan-kegiatan rasmi.
- Sari adalah sehelai kain seluas enam meter, yang melilit di badan
dengan cara seperti rok dengan lipatan di tengah dan dibahagian kain
yang sama meliputi satu bahu dan tergantung di bawah hingga lutut.
Selain itu terdapat beberapa wanita juga memakai salwar kurta iaitu
jubah yang dipakai dengan bahagian bawah yang longgar dan selendang
panjang disebut dupatta.
10
3. TARIAN
MELAYU
-TARIAN MAK YONG
Tarian mak yong merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Drama
tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu
yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang
digayakan, muzik vokal, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal
dan bersahaja. Dicipta untuk hiburan kerabat di Raja khususnya dari
golongan Selatan Thailand, tarian ini juga menggabungkan drama
romantis, tarian dan nyayian dengan gaya menawan yang mengisahkan
zaman kegemilangan kesultanan melayu. Sesuai dipersembahkan
selepas orang-orang kampung selesai menuai padi dibendang.
-TARIAN ZAPIN
Tarian zapin merupakan tarian yang dikenali di negeri johor dan
merupakan tarian tradisional Melayu. Perkataan zapin berasal daripada
Al-zaffan iaitu gerak kaki. Mengikut sejarah tarian ini pada mulanya
adalah sebagai tarian hiburan di istana yang dibawa dari
Hadramaut,Yaman Selatan oleh pedagang Arab pada abad ke-13 yang
bertujuan digunakan amalan berzikir untuk menyebarkan pengetahuan
mengenai sejarah tamadun islam.Kini,tarian zapin masih lagi
dipersembahkan dalam majlis formal dan tidak formal. Sebagai contoh
majlis perkahwinan,majlis perasmian dan sebagainya.
11
CINA
-TARIAN NAGA
Tarian naga ialah sebentuk tarian dan persembahan tradisional dalam
budaya Cina.Sepertilah tarian singa,tarian naga sering dipersembahkan
pada musim perayaan.Orang Cina selalu menyebut "Keturunan Naga"
sebagai lambang identiti etnik. Pada fikiran orang cina,naga adalah
sejenis hidupan yang menguntungkan.Naga mewakili kekuatan yang
tiada bandingan yang boleh menghilangkan nasib buruk dan mencegah
jenayah. Oleh sebab itu,sejak zaman nenek moyang semasa mereka
merayakan Tahun Baru Cina, atau memimpin prosesi untuk menyambut
seorang dewa,bahkan ketika ada bencana alam atau bencana peribadi
berlaku, mereka akan mengadakan tarian naga untuk berdoa supaya
mendapat berkat dari syurga.
-TARIAN KIPAS
Tarian kipas merupakan satu jenis tarian yang memerlukan 9 orang ahli,
di mana 7 wanita dan 2 lelaki. Jenis tarian ini menunjukkan bahawa kipas
cina mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat cina di mana dewa-
dewi pada masa lalu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat keperluan.
Tambahan lagi, angin merupakan satu tradisi masyarakat cina yang
mana masyarakat cina mempercayai "Fung Shui" iaitu suatu
kepercayaan masyarakat cina umumnya tentang suatu pentanda yang
baik dan buruk terhadap sesuatu kehidupan di tempat mereka. Oleh itu,
jenis tarian ini dimainkan supaya tarian ini boleh membawa kebaikan
atau "Fung Shui" yang baik kepada seluruh anggota masyarakat.
12
INDIA
-TARIAN BHARATA NATYAM
Tarian klasik india ini bagaikan sebuah puisi dalam gerak tari.Tarian yang
dramatik dan bersemangat ini berdasarkan kisah epik India purba, dan
memaparkan lebih dari 100 gerak tarian dan gaya
badan.Memandangkan tarian ini memakan masa yang lama untuk
dikuasai, terdapat sesetengah penari kanak-kanak yang mula berlatih
pada umur semuda lima tahun.
-TARIAN KATHAK
Tarian Kathak merupakan salah satu tarian klasikal India yang berasal
dari utara India.
Perkataan Kathak berasal dari perkataan india iaitu katha yang
bermaksud "seni bercerita" .Dari sifat asalnya yang merupakan ekspresi
menghambakan diri kepada dewa-dewa Hindu. Kathak telah
berkembang ke istana-istana pemerintah.Pada kurun ke-11 dan 12,
diwaktu pemerintahan era mogul di India persembahan tarian Kathak
telah berpindah dari kuil ke istana-istana Mogul. Seni tarian Kathak
ketika itu juga telah dicampuri tarian budaya Turki dan Parsi. Ketika era
inilah teknik chakkar (pusing) diperkenalkan dipercayai dari Tarian Sufi
dari Turki.
13
4. PERAYAAN
MELAYU
-HARI RAYA AIDILFITRI
Turut dikenali sebagai Hari Raya Puasa. Merupakan perayaan bagi
masyarakat Melayu, khususnya penganut beragama Islam. Disambut
setahun sekali pada bulan Syawal mengikut kalendar Islam sebagai hari
kemenangan setelah berpuasa selama 30 hari pada bulan Ramadan.
Perayaan ini bermula dengan dua cara iaitu cara melihat anak bulan
ataupun melalui cara kiraan. Perayaan ini disambut dengan penuh
kesyukuran dan mereka saling bermaaf-maafan antara satu sama lain,
serta saling kunjung mengunjung bagi mengeratkan lagi hubungan
silaturahim. Kebanyakan daripada mereka yang berada di perantauan
pasti akan pulang ke kampung halaman bagi menyambut perayaan ini.
Bukan itu sahaja, rumah terbuka juga turut diadakan bagi
mempersilakan tetamu dan sanak saudara datang berkunjung. Amalan
memberi wang kepada kanak-kanak juga amatlah popular pada hari
tersebut.
14
-HARI RAYA AIDILADHA
Juga dikenali sebagai Hari Raya Korban dan Hari Raya Haji. Perayaan ini
disambut oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Tradisi yang
dilakukan semasa menyambut perayaan ini ialah melibatkan
penyembelihan binatang dan pembahagian daging kepada keluarga,
rakan dan orang miskin. Perayaan ini juga disambut bagi menghormati
kesanggupan Nabi Ibrahim AS yang mengorbankan anaknya, Nabi Ismail
AS kerana mengikut perintah Allah SWT. Oleh yang demikian, perayaan
ini mempunyai mesej yang jelas tentang pengabdian, kebaikan dan
keserataan. Bukan itu sahaja, perayaan ini juga turut menandakan
berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah . Perayaan ini
diadakan selama 4 hari iaitu hari ke-10,11,12,dan 13 bulan Zulhijjah
setiap tahun dimulai dengan takbir raya.
15
-SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
Ianya bagi mengingati hari keputeraan Nabi Muhammad SAW, yakni
nabi terakhir yang diutus oleh Allah yang jatuh pada 12 Rabiulawal
Tahun Gajah, bersamaan 20 April 571. Setiap tahun, pada tanggal
tersebut, seluruh umat Islam akan mengadakan majlis bagi
memperingati hari keputeraan baginda dengan menjalankan beberapa
aktiviti seperti perarakan,ceramah dan lain-lain. Ianya juga merupakan
salah satu tanda cinta umat Islam terhadap Nabi Muhammad SAW.
16
CINA
-TAHUN BARU CINA
Merupakan perayaan terpenting bagi masyarakat Cina. Ianya
melambangkan permulaan dalam nasib kehidupan. Sehari sebelum
perayaan ini bermula, sanak saudara yang jauh akan berkumpul, rumah
mereka akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar
tidak dikelilingi hutang pada tahun berikutnya. Mercun juga akan dibakar
pada malam hari bagi menghindari nasib malang. Kebiasaannya rumah
mereka akan dihiasi dengan buah, bunga dan pokok limau sebagai
simbol murah rezeki. Pemberian angpau kepada kanak-kanak dan
remaja juga menjadi salah satu tradisi mereka. Perayaan ini berlanjutan
sehingga 3 minggu.
-PESTA TANGLUNG
Turut dipanggil Chap Goh Mei, ianya merupakan satu pesta yang
diraikan oleh kaum Cina pada hari ke-15 dalam tahun bulan kalendar
Cina sebagai penutup perayaan Tahun Baru Cina. Pada malam tersebut,
mereka akan keluar ke pekong membawa tanglung kertas dan
menyelesaikan riddles di tanglung. Perayaan ini juga turut dimeriahi
dengan bunyi mercun yang bertujuan untuk menghalau roh jahat.
17
-PERAYAAN KUIH BULAN
Juga dikenali sebagai perayaan Pertengahan Musim Luruh. Disambut
pada hari ke-15 pada bulan ke-8 mengikut kalendar Cina, yakni kira-kira
akhir bulan Ogos. Merupakan perayaan hasil pertanian, tetapi menurut
sejarah, perayaan ini diadakan bagi meraikan kemenangan orang Cina
yang mengalahkan Mongol pada akhir pemerintahan dinasti Yuan pada
zaman dahulu kala. Kuih Bulan merupakan salah satu hidangan istimewa
pada perayaan ini. Kuih yang diperbuat daripada adunan manis berinti
sama ada kacang merah, adunan biji teratai atau kuning telur masin.
18
-PESTA PERAHU NAGA
Pesta Perahu Naga, atau nama lainnya Duan Wu Jie merupakan satu
festival bersejarah yang disambut selama lebih 2000 tahun yang lalu.
Perayaan lagenda ini disambut pada hari ke-5 bulan ke-5 tahun Cina.
Sewaktu perayaan ini diadakan, masyarakat Cina akan mengadakan
perlumbaan perahu naga dan memakan zongzi yang merupakan
makanan tradisional Cina bebentuk segi tiga berisi pulut. Kisah disebalik
perayaaan ini, terdapat kisah dimana penyair terkenal Cina yang setia
kepada raja mati bunuh diri di Sungai Milou kerana tidak dapat
menerima kekalahan negaranya. Perayaan ini kemudiannya menjadi
simbol penyemangat dan kebudayaan bangsa Cina. Ianya diadakan pada
setiap tahun. Pelbagai jenis perahu yang dihiasi dengan kepala,ekor dan
badan naga.
19
INDIA
-PERAYAAN DEEPAVALI
Satu perayaan yang disambut khususnya oleh penganut Hindu yang
menandakan kemenangan oleh kuasa kebaikan terhadap kuasa
kejahatan yang ditunjukkan dalam erti cahaya yang menerangi
kegelapan. Disambut pada hari ke-14 pada bulan Aipasi dalam kalendar
Tamil.Perayaan ini dimulai dengan menyapu minyak bijan di seluruh
tubuh badan bagi menyejukkan badan, diikuti acara sembahyang
bersama ahli keluarga di rumah sebelum ke kuil. Pada pintu masuk
rumah mereka, ianya akan dihiasi dengan ‘kolam’ yakni hiasan bungaan
halus yang dilakar diatas tanah menggunakan bijirin yang berwarna bagi
melambangkan penyembahan dewa yang dipercayai akan berkunjung ke
rumah yang mempunyai ‘kolam’ tersebut.
-PERAYAAN THAIPONGGAL
Merupakan perayaan musim menuai yang diraikan secara meluas oleh
etnik Tamil. Pongal dalam bahasa tamil bererti “melimpah-ruah” yang
membawa kepada simbol kekayaan yang melimpah-ruah. Perayaan ini
disambut ketika masa menuai, secara tradisinya, bertujuan untuk
berterima kasih kepada Dewa Matahari dan ladang ternakan yang
membantu menghasilkan kekayaan harta benda. Upacara penyembahan
akan dilakukan secara besar-besaran di kuil.
20
-PERAYAAN THAIPUSAM
Merupakan perayaan bagi penganut agama Hindu di seluruh dunia bagi
menghormati Dewa Hindu mereka yakni Dewa Subramaniam. Perayaan
ini juga diadakan bagi menghapus kan semua dosa-dosa yang telah
mereka lakukan di atas muka bumi. Ianya disambut pada hari bulan
purnama. Kebanyakan daripada mereka akan melakukan nazar yakni
memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan, Jika nazar tersebut
dikabulkan, mereka akan mengadakan suatu acara tertentu sebagai
tanda kesyukuran. Bukan itu sahaja, kaum lelaki juga akan mencukur
kepala mereka dan menyapukan campuran serbuk cendana dan air di
dahi mereka sebagai bentuk melepaskan nazar. Bagi sesetengah
penganut agama Hindu, mereka akan mencucuk logam atau besi yang
menembusi kulit tubuh, lidah, pipi, dan anggota badan yang lain bagi
tujuan membersihkan dosa dan menyucikan diri. Mereka juga akan
berkumpul beramai-ramai sambil membawa 'kavadi'. Biasanya,
pembawa 'kavadi' ini berada dalam keadaan terpukau sambil mengikut
rentak lagu yang dimainkan. Perayaan ini biasanya disambut secara
meriah oleh penganut Hindu.
21
KEPENTINGAN KEBUDAYAAN
Antara kepentingan mengekalkan kebudayaan ialah budaya mempunyai
nilai- nilai murni dan sikap saling menghormati. Kedua-dua sikap ini
sudah hampir terkikis daripada remaja zaman kini. Remaja sudah mula
memanggil ibu bapa dengan nada yang kasar, lari dari rumah, dan suka
memarahi orang tua. Oleh itu, pengekalan dan pengamalan budaya ini
semestinya akan memberikai nilai-nilai yang menunjukkan rasa hormat
dan sikap atau jati diri remaja yang murni. Hasilnya, remaja akan
menjadi individu yang lebih terbilang. Seterusnya, sikap menghargai
budaya dapat memastikan sesuatu budaya kaum itu tidak akan luput
ditelan zaman. Sebagai contoh, budaya bekerjasama dalam menjalankan
majlis dan kenduri sudah semakin pudar sedikit demu sedikit kerana
wujudnya khidmat katering yang lebih mudah. Dengan itu, masyarakat
semakin melupakan adat yang dilakukan pada waktu dahulu yang sering
bekerjasama untuk menjayakan majlis sesama jiran tetangga.
Usaha dalam mengekalkan budaya kaum sudah pasti dapat
mengembalikan nostalgia majlis kenduri yang dijalankan secara rewang
yang meriah. Akhir sekali, amalan budaya ini dapat memastikan bahawa
peraturan dan sikap saling bergantung antara masyarakat setempat
dapat diamalkan. Untuk mencapai perpaduan yang harmoni, semua
kaum harus memainkan peranan untuk mengekalkan budaya masing-
masing. Sikap saling hormat-menghormati menyebabkan kita tidak akan
cuba untuk menyakiti satu sama lain disebabkan perkara yang remeh.
Sebaliknya, ia menjadi penghargaan terhadap budaya untuk menguatkan
semangat perpaduan dalam masyarakat kita.
22
PENGENALAN PERPADUAN
MALAYSIA kaya dengan kepelbagaian budaya, bahasa, adat resam
dan agama. Masyarakat luar sering memandang Malaysia sebagai negara
model perpaduan atas keharmonian dan kesejahteraan rakyatnya yang
terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang. Silang budaya berlaku
apabila dua atau lebih individu daripada latar belakang
berbezaberinteraksi.
Perbezaan latar belakang ini mencukupi budaya luaran yang ketara
seperti pakaian rupa, bahasa, adat resam, makanan dan tempat tinggal.
Manakala budaya dalaman yang tidak ketara adalah seperti
pengetahuan, kepercayaan, moral dan nilai hidup. Apabila perbezaan
budaya ditahan, ia akan melahirkan hubungan yang positif dan harmoni.
Oleh kerana , perpaduan pada hari ini melambangkan keharmonian
kaum, oleh yang demikian, ianya merupakan isu penting yang harus
diperjuangkan oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira kedudukan,
bangsa dan agama walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran dari
dalam dan luar negara.
Hari ini, rakyat perlu bersyukur kerana dasar kerajaan yang berusaha
meningkatkan nilai-nilai perpaduan, mewujudkan masyarakat yang
bersatu dan bertolak ansur serta menghormati pegangan agama dan
adat resam semua kaum. Ia merupakan intipati merintis ke arah
perpaduan kaum yang menjadi tulang belakang negara selama ini.
23
KEPENTINGAN PERPADUAN
Konsep gagasan 1 Malaysia
Sentiasa bertolak ansur untuk mengelakkan pertelingkahan dan
perselisihan faham
Menggalakkan rakyat saling mengambil berat dan menggunjungi
antara satu sama lain
Media massa juga memainkan peranan yang signifikan dalam usaha
menyatupadukan masyarakat
Mewujudkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera
Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka
Dapat meningkatkan kadar pelancongan asing ke Malaysia
Keamanan negara dapat dipertingkatkan apabila amalan perpaduan
kaum telah meresap ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia
24
KESIMPULAN
Kesimpulannya disini tidak boleh dinafikan lagi bahawa Malaysia ialah
sebuah negara majmuk yang mempunyai pelbagai kaum, budaya dan
agama. Maka dengan itu, terjalinlah satu hubungan perpaduan yang
merupakan pemangkin utama kepada kemajuan negara yang telah kita
kecapi sekarang. Tanpa perpaduan yang kukuh, keharmonian
bermasyarakat tidak dapat kita nikmati kerana tiada persefahaman dan
kerjasama daripada semua kaum untuk mempertahankannya. Peristiwa
13 Mei 1969 seharusnya menjadi pengajaran dan iktibar kepada kita
untuk terus maju ke puncak kejayaan dengan hidup secara bersatu padu
tanpa mengira kaum mahupun bangsa. Jika kita tidak berjaya mencari
satu formula yang berkesan kepada masalah ini, kita perlu sentiasa
berusaha untuk memperkukuhkan tahap perpaduan yang sedia ada agar
ia tidak terus menjadi lemah atau terhakis. Oleh itu, setiap warganegara
Malaysia. Tindakan susulan mestilah dilakukan secara sukarela dan
penuh tanggungjawab bagi menjana perpaduan yang kita idamkan.
25