The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Log Digital BSMM IPGM Kampus Kota Bharu

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shifa rahman, 2024-03-28 13:13:24

Buku Log BSMM

Buku Log Digital BSMM IPGM Kampus Kota Bharu

Keywords: BUKU LOG BSMM,2024,BSMM,contoh buku log bsmm,IPGMKKB,IPG,Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia,buku log digital bsmm,buku log terkini

BSMM Buku Log


Nama : Nushifa Athirah Binti Abdul Rahman Kursus : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (BM SK) Ambilan : Jun 2021/2026 Semester : Semester 5 Tahun II dan Tahun Tarikh Lahir : 8 April 2003 Tempat Lahir : Hospital Taiping, Perak Alamat Rumah : No.5, Jalan Mahagoni 1B/4, Tamu Hill Park, Batang Kali, 44300, Selangor Hobi : Melayari internet Bilangan : 3 orang (Anak ke-1) Adik Beradik No. Telefon : 011-31420441 E-mel : [email protected] Nama IPG : Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu, Kelantan BIODATA


BSMM Ddikenali sebagai The Malaysian Red Crescent (MRCS) merupakan satu pertubuhan sukarelawan yang telah ditubuhkan pada tahun 1948. Persatuan ini telah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1957 iaitu pada tahun di mana negara Malaysia dimerdekakan. Persatuan Palang Merah Antarabangsa pula telah mengiktiraf persatuan ini pada tahun 1963. 03 Berkhidmat kepada yang memerlukan dengan berkesan “Inter arma carita” (di dalam perang ada kebajikan) dan “Per Humanitatem ad pacem” (melalui kemanusiaan menuju keamanan) MISI MOTO Untuk dikenali sebagai organisasi yang unggul di peringkat kebangsaan dan antarabangsa VISI PENGENALAN BSMM 01 02 04


PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN


02 03 Kesaksamaan Memberi bantuan tanpa membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau perbezaan politik Keberkecualian Persatuan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian bercorak politik, perkauaman, agama atau ideologi 04 05 06 07 Kebebasan Menjaga kebebasan dalam segala tindakan yang berasaskan perikemanusiaan Khidmat Sukarela Satu badan sukarela yang bertindak tanpa memikirkan keuntungan Ketunggalan Hanya terdapat satu BSMM atau Palang Merah di dalam sesebuah negara. Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktiviti meliputi seluruh negara Kesejagatan Gerakan yang meliputi seluruh dunia, semua mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama serta saling membantu antara satu sama lain PRINSIP-PRINSIP ASAS 01 Kemanusiaan Memberikan pertolongan tanpa diskriminasi kepada yang tercedera di medan pertempuran Terdapat 7 prinsip asas dalam Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) yang perlu dijadikan pedoman semua ahli BSMM


Berdasarkan Akta Pendaftaran Penubuhan, persatuan yang ditubuhkan di luar institusi pendidikan diwajibkan untuk mendaftar secara rasmi dengan pendaftar penubuhan parti politik dan persatuan belia. Bulan Sabit Merah Malaysia, Persekutuan Pengakap Malaysia, Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan St. John Ambulans merupakan persatuan yang ditubuhkan di bawah akta parlimen. Secara dasarnya, setiap persatuan yang ditubuhkan perlulah mempunyai perlembagaan atau undang-undang tersendiri. Antara fungsi perlembagaan ialah panduan menggerakkan persatuan, melicinkan perjalanan persatuan dan menjadi rujukan apabila timbul masalah. Kandungan Perlembagaan BSMM PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN Objektif Perlembagaan Objektif Perlembagaan BSMM


LAMBANG BULAN SABIT MERAH LAMBANG BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM) LAMBANG PALANG MERAH LAMBANG KRISTAL MERAH LOGO RASMI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM) “Cergas pada masa aman dan Perang” COGAN KATA BSMM


BENDERA BSMM DALAM LAKARAN BENDERA BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM) UKURAN PIAWAI BULAN SABIT PADA BENDERA BSMM LAMBANG BULAN SABIT MERAH ANTARABANGSA


IKRAR BSMM Bahawa kami ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia berikrar taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung dan pemerintah-pemerintah di negara kami. Bahawa kami berikrar akan sentiasa patuh pada perlembagaan dan undang-undang serta arahan persatuan walau di mana kami berada. Bahawa kami berikrar akan sentiasa memberi khidmat sukarela kami kepada mereka yang sakit dan menderita di waktu aman atau bencana berdasarkan prinsip Bulan Sabit Merah seperti berikut: 1. Kemanusiaan 2. Kesaksamaan 3. Keberkecualian 4. Kebebasan 5. Khidmat Sukarela 6. Ketunggalan 7. Kesejagatan


LAGU BSMM Bulan Sabit Merah Di Malaysia Giat Berjasa Untuk Negara Tidak Kira Kaum Dan Agama Waktu Aman Atau Bahaya Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia Membantu Semua Yang Menderita Badan Sukarela Berkhidmat Dengan Tabah Dan Bersemangat Di Mana Jua Adanya Sengsara Di Sana Ada Kita Di Darat Dan Laut Kita Bersedia Walaupun Diancam Bahaya


Sejarah BSMM


PALANG MERAH SEJARAH PENGASAS 8 MEI 1828- Dilahirkan di Geneva, Switzerland. Terkenal dgn gelaran ‘Bapa Palang Merah’. Ayahnya seorang peniaga terkenal dan berharta manakala ibunya pula seorang penyayang dan patuh pada arahan agama. TAHUN 1849- Bekerja sebagai perantis dalam sebuah syarikat bank di Geneva untuk mempelajari perniagaan perbankan TAHUN 1853- Disebabkan ketekunannya, beliau telah diberi tugas sementara sebagai Pengurus Besar dalam sebuah syarikat subsidiari di Algeria dan Sicily yang juga dikenali sebagai Swiss Colony of Setif. Beliau berminat kepada sekumpulan organisasi di Switzerland, France & Belgium yang terkenal dgn nama Young Mens Christian Union (YMCU) manakala di England pula dikenali sbg Young Men’s Christian Association (YMCA). Dalam tahun ini, satu pergerakan untuk menyatukan beberapa kumpulan di Eropah dimulakan. Dunant menentang dan mencadangkan agar satu gagasan sedunia termasuk YMCA di England patut diwujudkan dan tidak terhad di Eropah sahaja. 25 JUN 1859- Bertolak ke Solferino di utara Italy yang sedang dalam peperangan pada ketika itu untuk mendapatkan sokongan Maharaja Perancis, Napolean III dalam mendapatkan konsesi tanah bagi pembinaan kilang gandumnya di Algeria. Apabila sampai di Castiglione, didapatinya ramai manusia yang menerima bahana peperangan. Beliau cuba membantu meringankan kesakitan dan penderitaan mangsa perang yang tercedera. Pengalaman ini telah menyebabkan beliau melupakan sementara halhal perniagaan. Beliau mula menumpukan pemikirannya tentang bagaimana penderitaan dapat diringankan dan peperangan dapat dielakkan.


PALANG MERAH SEJARAH PENGASAS OKTOBER 1862- Menerbitkan buku kecil bertajuk ”A Memory of Solferino” (Un Souvenir de Solferino) lalu diposkannya kepada orang-orang berpengaruh di seluruh Eropah. Di samping menceritakan pengalamannya, buku itu juga menyarankan agar pasukan yang mempunyai sukarelawan terlatih ditubuhkan untuk menolong anggota yang tercedera di semua negara. Saranan konsep trinity antarabangsa di antara negara untuk memastikan orang yang sakit dapat dijaga ini telah mendapat sambutan yang amat luar biasa. 7 FEBRUARI 1863- Geneva Society for Public Welfare melantik Jawatankuasa Berlima (committee of five) bagi memastikan segala perancangan berjalan lancar; Beliau telah dilantik sebagai Setiausaha 1867- Mengemukakan rancangan The International and Universal Library. Pada masa yang sama, perniagaannya mula merosot disebabkan telah terlalu lama mengabaikan perniagaannya. Beliau mula menyerahkan segala yang menjadi kepunyaannya bagi melunaskan segala hutang. Tekanan yang dihadapi menyebabkan beliau merancang untuk meletakkan jawatan. 8 SEPTEMBER 1867- Jawatankuasa Berlima (committee of five) menerima peletakan jawatannya bukan sahaja sebagai Setiausaha tetapi juga sebagai ahli. Beliau terpaksa hidup sebagai pengemis. Beliau kemudiannya mula meninggalkan Geneva dan pergi ke Paris 1870- Melawat dan mententeramkan mangsa-mangsa yang tercedera yang dibawa ke Paris sewaktu Peperangan Franco-Prussian; memperkenalkan pemakaian kain pembalut (bandage)


PALANG MERAH SEJARAH PENGASAS 1 FEBRUARI 1875- Merintis satu kongres antarabangsa bagi menghapuskan perdagangan hamba dari kalangan orang-orang negro yang dilakukan secara terbuka di London JULAI 1887- Berpindah ke Heiden, sebuah bandar kecil di Switzerland 1890- Guru sebuah kampung yang bernama Wilhelm Sonderegger telah menemui beliau dan memberitahu bahawa Henry Dunant masih hidup tetapi dunia seolah-olah tidak mempedulikan berita tersebut. 1892- Beliau jatuh sakit dan dihantar ke rumah tumpangan bernombor 12 di bandar itu dan mengahabiskan 18 tahun terakhir hidupnya di situ. 1895- Journalis muda bernama Georg Baumberger dalam ekspedisinya ke gunung berhampiran Heiden telah mendengar kisah Henry Dunant ini lalu mencarinya untuk menemuramah. Ekoran daripada ini, seluruh dunia mula sedar bahawa Dunant masih hidup dan berada dalam keadaan uzur dan daif. Maka ramailah pihak mula ingin membantu 1901- Jawatankuasa Nobel telah menganugerahkan beliau Hadiah Nobel Keamanan yang pertama bersama dengan Frenchman Frederic Passy dari Perancis. Pingat tersebut dikirim kepada beliau dari Christianal SIR JEAN HENRY DUNANT


DI MALAYSIA SEJARAH BSMM Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (kini Bulan Sabit Merah Malaysia) ialah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan pada tahun 1948. Selepas 9 tahun penubuhannya, persatuan ini akhirnya diiktiraf oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan juga mendapat pengiktirafan daripada Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963. Sejarah penubuhan PBSM bermula apabila tertubuhnya cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak sekitar tahun 1948. Seterusnya, kegiatan PBSM mula diluaskan di negeri-negeri lain di Malaysia melalui penubuhan cawangan-cawangan PBSM. Negeri Pulau Pinang menjadi negeri terawal di Semenanjung Malaysia yang mempunyai cawangan PBSM iaitu pada tahun 1950. Setelah kemerdekaan dicapai pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan ini seterusnya menerima pengiktirafan daripada Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tanggal 4 Julai 1963 lalu menjadi ahli badan antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963. Susulan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, Akta Persatuan Palang Merah di Malaysia (Penswastaan) telah digubal pada 17 September 1963. Akta 1965 telah bertindak menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangan Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak di bawah Persatuan Palang Merah Malaysia. Ianya dibentangkan di Parlimen dan seterusnya digazetkan pada tarikh 5 September 1975. Sejarah penubuhan PBSM diteruskan dengan penukaran nama Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Persatuan Bulan Sabit Malaysia sejajar dengan kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Akta 1975 oleh Parlimen Malaysia


TUJUAN PENUBUHAN BSMM 1. Pertubuhan terbuka tanpa membezakan agama, bangsa, atau politik kepada semua orang untuk melakukan segala hal yang ditakrifkan oleh pertubuhan atau majlisnya berfaedah untuk mencapai tujuan tersebut. 2. Menjalankan usaha memperbaiki tarad kesihatan, mencegah penyakit dan meringankan penderitaan di seluruh dunia dalam masa aman dan perang. 3. Memberikan bantuan sukarela kepada orang cedera sama ada daripada angkatan tentera atau pihak yang menderita akibat peperangan. 4. Menjalankan segala kewajipan yang dipertanggungjawabkan ke atas sesuatu persatuan kebangsaan oleh setiap negara yang telah satu pihak kepada konvensyen tersebut. 5. Mengesan perkembangan dan penguasaan ahli-ahli secara menyeluruh dalam aspek-aspek pengetahuan, intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak dan sosial selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara.


ISTIADAT-ISTIADAT RASMI BSMM -Ketua pasukan melaporkan kepada ahli komander -Bacaan doa oleh ahli yang bertugas -Nyanyian lagu -Laporan dari komander kepada guru penasihat -Arahan komander supaya membuka baris -Pemeriksaan barisan oleh guru besar diiringi oleh guru penasihat dan komander -Guru penasihat menjemput guru besar memberikan ucapan -Arahan komander supaya menutup barisan -Keluar baris -Ketua pasukan dan ketua kumpulan berdiri dalam bentuk bulatan -Guru penasihat memberi arahan dan menerangkan dengan ringkas tujuan istiadar ini diadakan -Ahli BSMM yang meningkat naik dipanggil ke hadapan, guru penasihan memberikan ucapan terima kasih semasa berada dalam keahlian -Berjabat tangan dengan kawan-kawan -Ahli lain memberikan sorakan -Guru penasihat memberikan arahan menutup bulatan dan bersurai Istiadat Perhimpunan Istiadat Meningkat Naik


ISTIADAT-ISTIADAT RASMI BSMM Apabila seorang pelajar telah menyatakan kebersediaan beliau untuk menjadi seorang ahli BSMM, beliau perlu disahkan keahliannya melalui satu istiadat. Secara dasarnya, istiadat ini merupakan satu istiadat yang akan memberikan kesan kepada ahli baru sebagai satu kenangan dan juga kepada ahli-ahli BSMM yang lain kerana menerima kehadiran ahli baru. Perkara yang perlu dititik beratkan : - Penggunaan perkataan yang mudah - Upacara yang ringkas - Dilaksanakan dengan ikhlas - Dilakukan dengan khusyuk dan syahdu Tatacara istiadat : - Dilaksanakan di kawasan lapang - Dilakukan pada awal tahun - Ahli yang terlibat perlulah memahami tugasan tersendiri - Guru penasihat dan ketua pasukan hendaklah menghebahkan istiadat ini pada perhimpunan sebelumnya - Semua kelengkapan istiadat perlulah disediakan sebaiknya


Struktur dan Organisasi Pertubuhan


Senator Majlis Kebangsaan JK Eksekutif Kebangsaan JK Cawangan JK Cabang Unit Belia & Kanak-Kanak Pasukan Kumpulan Kebajika Pasukan Pasukan Sukarela Struktur dan Organisasi Peringkat Kebangsaan


Struktur dan Organisasi Peringkat Cawangan


Penaung(Pengarah) Pengerusi (KJ) GuruPenasihat Pengerusi (Pelajar) Naib Pengerusi (Pelajar) Bendahari Penolong Bendahari Komander Setiausaha Struktur dan Organisasi Peringkat IPGM Kuarter Master Ketua Biro Naib Setiausaha


Guru Besar GuruPenasihat Pengerusi (Pelajar) Naib Pengerusi (Pelajar) Bendahari Penolong Bendahari Setiausaha Struktur dan Organisasi Peringkat Sekolah AJK Naib Setiausaha


Pengurusan dan Pentadbiran


Pendaftaran Ahli dan Kumpulan Komposisi Keahlian >>> Keahlian BSMM terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa, agama, jantina dan politik. Ahli dan sukarelawan yang datang daripada pelbagai golongan dapat memberikan sumbangan perkhidmatan bagi mewujudkan hasrat dan prinsip persatuan. Ahli Biasa Yuran tahunan RM2.00 setahun Bayaran dijelaskan kepada Setiausaha Cawangan atau Cabang. Resit pembayaran akan dikeluarkan oleh Setiausaha Cawangan atau Cabang Ahli Belia (Permohonan akan diluluskan oleh Jawatankuasa Cawangan) Tidak melebihi 12 tahun dan berdaftar di unit Bulan Sabit Kanak-kanak Tidak melebihi 18 tahun dan berdaftar di unit Bulan Sabit Muda Tidak melebihi 25 tahun dan berdaftar di unit Pasukan Sukarela (Voluntary Aid Detachment - VAD) Ahli Kehormat Seumur Hidup Ahli kenamaan yang dilantik oleh Jawatankuasa Anugerah Kebangsaan Anugerah Ahli Kehormat Seumur Hidup diberikan tidak lebih daripada 4 orang setiap tahun Pasukan Bantuan Sukarela Bayaran yuran ialah RM2.00 setahun, namun digalakkan untuk membayar yuran sekali gus untuk 5 tahun -Ahli kanak-kanak: 9-12 tahun -Ahli belia: 13-18 tahun -Ahli Bantuan Sukarela Berpakaian Seragam/Tidak/Ahli Seumur Hidup: 18 tahun ke atas -Ahli keKehormat Seumur Hidup Keahlian Terbuka BSMM


Meluluskan pendaftaran tahunan unit BSMM dengan ibu pejabat BSMM. Penganjur merupakan salah seorang daripada dua penurun tandatangan rasmi (official signatories) dan seorang lagi ialah pemimipin kumpulan bagi akaun simpanan atau semasa untuk BSMM tersebut. Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan oleh pemimpin BSMM. Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan unit BSMM apabila diperlukan. Meluluskan permohonan untuk aktiviti-aktiviti luaran seperti rombongan, kembara dan perkhemahan untuk ahli-ahli BSMM. Menyelia dan mengawal kemajuan unit BSMM di sesebuah institusi. Menganjur kursus-kursus sijil lencana kecekapan dan sijil peperiksaan. Memberikan khidmat nasihat tentang BSMM kepada warga institusi. Kuasa Penganjur


Kanak-Kanak (Link) Belia (Youth) Ahli-ahli Link an Youth membentuk sekurangkurangnya 80% ahli BSMM Setiap unit mempunyai pegawai masing-masing Pegawai bagi Unit Kanak-Kanak (Link) ialah guru penasihat yang dilantik oleh Guru Besar Pegawai bagi Unit Belia (Youth) ialah guru penasihat yang dilantik oleh Pengetua Struktur Unit Setiap unit yang berdaftar mempunyai nombor unit khas. Nombor ini akan menunjukkan unit itu berasal dari Cabang dan bahagian tertentu. Contohnya : Unit PK(Y) 118 PK - Unit ini berasal daripada Cabang Perak (Y) - Kumpulan Belia atau Youth 118 - Unit ke-118 yang didaftarkan


3 4 5 6 7 8 TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN 1 2 Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi melantik AJK Memastikan adanya perlembagaan dan peraturan Memastikan aktiviti yang dijalankan adalah selari dengan objektif institusi pendidikan Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar Mengurus penyertaan ahli sama ada di peringkat sekolah, daerah, bahagian atau peringkat yang lebih tinggi Memastikan bahawa pasukan yang dianggotai oleh pemimpin adalah berdaftar dan mendapat kelulusan daripada pihak pentadbir Memohon kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga pelajar melalui pengurusan institusi pendidikan jika khidmat atau kepakaran pelajar diperlukan di luar institusi Menyatakan kebersediaan untuk menjadi guru pengiring bagi sebarang penyertaan tanpa mengira peringkat pertandingan, penyeliaan, anjuran, projek dan sebagainya


PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEGAWAI Pakaian Seragam No.2 - Pegawai Lelaki Pakaian Istiadat No.1 - Pegawai Lelaki Pakaian Seragam No.3 - Pegawai Lelaki Pakaian Seragam No.4 - Pasukan Bantuan Sukarela Lelaki Pakaian Seragam No.8 - Belia & Kanak-Kanak (Link) - Lelaki Pakaian Seragam No.9 - Pegawai/Pasukan Sukarela (PBS) Belia dan KanakKanak (Link) -Lelaki -Majlis Penganugerahan Pingat & Bintang Kebesaran -Perbarisan kehormatan -Perbarisan rasmi sbgai Ketua Kontinjen -Hadir mesyuarat rasmi -Hadir Tgas Khas dan Latihan Medan -Hadir mensyuarat rasmi -Perbarisan atau jemputan rasmi -Menerima pingat atau Sijil Penghargaan BSMM -Tugas Khas dan Latihan Medan -Mengikut arahan -Tugas Khas dan Latihan Medan -Mengikut arahan P A K A I A N S E R A G A M L E L A K I


Pakaian Seragam No.1 - Pegawai Wanita Menghadiri Majlis Penganugerahan Pingat dan Bintang Kebesaran Pesekutuan/ Negeri/ BSMM dan lain-lain. Perbarisan kehormatan atau menghadiri jemputan rasmi. Mengikut arahan Terlibat dengan perbarisan rasmi atau menghadiri sebagai jemputan rasmi. Menghadiri mesyuarat rasmi/ kursus/ seminar dan lain-lain. Mengikut arahan. Pakaian Seragam No.2 - Pegawai Wanita Pakaian Seragam No.3 - Pegawai Wanita Menghadiri mesyuarat rasmi/ kursus/ seminar dan lain-lain. Tugas Khas dan Latihan Medan. Mengikut arahan PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEGAWAI P E R E M P U A N


Pakaian Seragam No.8 - Belia/Kanak-Kanak (Link) Terlibat dengan perbarisan rasmi atau menghadiri sebagai jemputan rasmi. Menghadiri mesyuarat rasmi/ kursus/ seminar dan lain-lain. Mengikut arahan. Terlibat dengan perbarisan rasmi atau menghadiri sebagai jemputan rasmi. Menerima Pingat/ Sijil Penghargaan BSMM dan lain-lain. Tugas Khas dan Latihan Medan. Tiap-tiap Kawalan Kehormat hendaklah seragam dengan memilih samada Pakaian Seragam No.4A atau 4B. Mengikut arahan. Pakaian Seragam No.4A & 4B - Pasukan Bantuan Sukarela (PBS)/BeliaWanita PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEGAWAI


Pakaian Seragam No.9 - Pasukan Bantuan Sukarela/Belia dan Kanak-Kanak (Link) - Wanita Tugas Khas dan Latihan Medan. Mengikut arahan Menghadiri Majlis Penganugerahan Pingat dan Bintang Kebesaran Pesekutuan/ Negeri/ BSMM dan lain-lain. Perbarisan kehormatan atau menghadiri jemputan rasmi. Mengikut arahan Pakaian Seragam No.10 - Pegawai dan Lain-lain Anggota - Wanita (Pilihan) PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEGAWAI


Orientasi Unit Beuniform BSMM


AKTIVITI BSMM


AKTIVITI BSMM


BIL NAMA 1. AZIMAN ZULMAJID BIN ZAINAL 2. ATIQAH MAISARAH BINTI YAHYA 3. MUHAMMAD FAREEZ BIN MD YAKOB 4. SITI AMRINA RUSYAIDA BINTI RAZALI 5. SITI NOOR AISHA BINTI HASAN 6. MUHAMAD HANIF ASYRAFF BIN MOHAMAD 7. MUHAMMAD AIDEL AMZAR BIN ABDUL RASYID 8. MUHAMMAD IRHAM SYAFI BIN SYADIRON 9. MUHAMMAD SYAHMI BIN MAZNEE 10. NURSHIFA ATHIRAH BINTI ABDUL RAHMAN 11. NURSYARMIMI BINTI SAFIEE MAKLUMAT AHLI BSMM IPGMKKB JUMLAH AHLI: 21 ORANG


BIL NAMA 12. NAZIHAH BINTI ISMAIL 13. LAM JIN LOON 14. MUHAMMAD ALIFF DANIEL BIN SUHAIMI 15. MUHAMMAD SYARIEZMAN BIN CHE ISMAIL 16. NUR HUSNINA AUNI BINTI MOHD ZUBAIRI 17. AZIM BIN BOHKORI 18. LIVYSHA A/P GANESAN 19. MUHAMMAD DANISH SYAHMI BIN MOHD SANI 20. NUR NATASHA BINTI MOHD SUHAILI 21. AHMAD IRSYAD TSAQIF BIN ZALI MAKLUMAT AHLI BSMM IPGMKKB JUMLAH AHLI: 21 ORANG


PENGARAH DR KHAIRUDDIN BIN SAID TIMBALAN PENGARAH DR MOHD ROZI BIN ISMAIL KETUA UNIT KOKURIKULUM EN ZULKIFLI BIN YUSOFF PENSYARAH -EN NIK DAZPI BIN MUSTAFA -EN WAN SUHAIMI BIN WAN SETAPA PENGERUSI MUHAMMAD ALIFF DANIEL BIN SUHAIMI NAIB PENGERUSI NUR NATASHA BINTI MOHD SUHAILI SETIAUSAHA ATIQAH MAISARAH BINTI YAHYA NAIB SETIAUSAHA MUHAMMAD SYARIEZMAN BIN CHE ISMAIL BENDAHARI AZIMAN ZULMAJID BIN ZAINAL NAIB BENDAHARI LIVYSHA A/P GANESAN STRUKTUR ORGANISASI BSMM IPGMKKB


Laporan Aktiviti Mingguan


Laporan Pada minggu pertama perjumpaan unit beruniform, perjumpaan ke semua ahli unit beruniform berkumpul di blok NN. Setelah berlangsung taklimat perkenalan kepada kursus ini, kami dipecahkan kepada unit beruniform yang dipilih sebelum ditetapkan tempat perjumpaan buat pertama kali. Setelah itu, kami unit beruniform BSMM bergerak ke dalam kelas TESL yang bertempat di atas blok NN. Seramai 15 orang ahli BSMM sesi hari pertama pada hari Isnin diberikan taklimat berkenaan kursus Unit Beruniform BSMM. Taklimat disampaikan oleh Encik Dazpi selaku pensyarah BSMM kepada semua pelajar. Kami juga didedahkan dengan aktiviti-aktiviti BSMM yang bakal dijalankan sepanjang sem 5 ini. Setelah selesai taklimat berkenaan MK, kami diberi tugasan untuk menghafal lagu rasmi BSMM. Tempoh masa yang diberikan selama beberapa minit dan kami dipecahkan kepada 3 kumpulan iaitu 1 kumpulan perempuan dan 2 kumpulan lelaki. Setelah masa tamat, kami diminta untuk bernyanyi bersama-sama dan mengulang lagu BSMM beberapa kali. Refleksi Saya mengetahui lagu BSMM dan setelah menyanyikan lagu BSMM selama beberapa kali, secara rasminya lagu BSMM sudah saya hafal dan ingat. d d Laporan Mingguan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Minggu : Minggu 1 Tarikh : 8 Januari 2024 Masa : 2.30-4.30 petang Tempat : Kelas TESL Blok NN Aktiviti : Taklimat Maklumat Kursus & Latihan Nyanyian Lagu BSMM Kehadiran : 15/15 orang Nama pensyarah bertugas : 1) Encik Nik Md Dazpi Bin Mustafa 2) Encik Wan Suhaimi Bin Wan Setapa Disahkan oleh: Disediakan oleh: (NURSHIFA ATHIRAH BINTI ABDUL RAHMAN)


Laporan Pada minggu kedua perjumpaan unit beruniform, perjumpaan diadakan di kelas TESL bertempat di blok kokurikulum. Seramai 21 orang ahli BSMM sesi hari Isnin dan hari Rabu digabungkan serentak pada hari Isnin. Kami telah melaksanakan pembentangan yang terdiri daripada 5 kumpulan secara keseluruhannya. Pembentangan dilaksanakan berdasarkan topik pada minggu ke-2. Bermula daripada sejarah BSMM, Prinsip BSMM, Struktur dan Organisasi Penubuhan BSMM dan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa, Konvensyen Geneva dan Konvensyen Hague.. Kemudian, sesi perbincangan dilakukan oleh Encik Dazpi bagi membahas info-info penting dan fakta yang tidak terkandung di dalam slide pembentangan contohnya berkenaan Peperangan Dunia ke-2. Refleksi Saya mengetahui dan memahami struktur organisasi BSMM di peringkat atasan. Saya juga lebih mengetahui penubuhan BSMM dan mengenal pasti dengan lebih mendalam peranan BSMM yang masih relevan sehingga kini. d d Laporan Mingguan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Minggu : Minggu 2 Tarikh : 15 Januari 2024 Masa : 2.30-4.30 petang Tempat : Kelas di blok R Aktiviti : Melaksanakan pembentangan topik minggu 2 Kehadiran : 20/21 orang Nama pensyarah bertugas : 1) Encik Nik Md Dazpi Bin Mustafa 2) Encik Wan Suhaimi Bin Wan Setapa Disahkan oleh: Disediakan oleh: (NURSHIFA ATHIRAH BINTI ABDUL RAHMAN)


Laporan Pada minggu ketiga perjumpaan unit beruniform, kami telah melaksanakan latihan kawad kaki statik di gelanggan sepak takraw. Kawad kaki berlangsung selama 30 minit arahan seperti “Ke kanan lurus”, “Bergerak ke kanan” dan lain-lain telah kami pelajari. Kemudian, setelah selesai melakukan kawad kaki, kami bergerak masuk ke dalam kelas di sebelah Jabatan Unit Kokurikulum untuk melaksanakan pembentangan topik minggu ke-3. Pembentangan membincangkan tajuk asas pertolongan cemas dan kecederaan tisu lembut daripada 2 kumpulan. Setelah tamat setiap sesi pembentangan daripada 2 kumpulan yang terlibat, sesi soal jawab pula dilakukan oleh Encik Dazpi bagi membahas info-info penting. Refleksi Saya mengetahui arahan kawad kaki secara statik dan mempelajari arah pusingan di dalam kawad berdasarkan kepada arahan yang diberi. Saya juga mengetahui tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kecederaan. d d Laporan Mingguan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Minggu : Minggu 3 Tarikh : 22 Januari 2024 Masa : 2.30-4.30 petang Tempat : Kelas di blok R Aktiviti : Latihan kawad kaki statik : Melaksanakan pembentangan topik minggu 3 Kehadiran : 21/21 orang Nama pensyarah bertugas : 1) Encik Nik Md Dazpi Bin Mustafa 2) Encik Wan Suhaimi Bin Wan Setapa Disahkan oleh: Disediakan oleh: (NURSHIFA ATHIRAH BINTI ABDUL RAHMAN)


Laporan Pada minggu keempat perjumpaan unit beruniform, kami telah melaksanakan latihan kawad kaki secara dinamik di gelanggang sepak takraw. Kawad kaki berlangsung selama 30 minit hasil kesinambungan daripada kawad kaki statik minggu sebelumnya. Kemudian, setelah selesai melakukan kawad kaki, kami berkumpul di bawah pohon yang redup bagi melaksanakan kelas secara outdoor dan kumpulan 3 melaksanakan pembentangan berkenaan tajuk kemahiran pertolongan cemas. Antara kemahiran yang dipelajari adalah cara menggunakan anduh dan kami telah mempelajari beberapa ikatan anduh yang berbeza seperti anduh besar, anduh menaik, anduh pergelangan tangan, anduh kepala dan bulatan cincin. Refleksi Saya mengenali jenis kain anduh yang digunakan dan cara penggunaannya yang betul bergantung kepada kepada jenis kecederaan yang dialami seseorang. Saya juga belajar cara penyimpanan kain anduh dengan betul. d d Laporan Mingguan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Minggu : Minggu 4 Tarikh : 29 Januari 2024 Masa : 2.30-4.30 petang Tempat : Tepi Court Tennis Aktiviti : Latihan kawad kaki dinamik : Melaksanakan pembentangan topik minggu 4 Kehadiran : 21/21 orang Nama pensyarah bertugas : 1) Encik Nik Md Dazpi Bin Mustafa 2) Encik Wan Suhaimi Bin Wan Setapa Disahkan oleh: Disediakan oleh: (NURSHIFA ATHIRAH BINTI ABDUL RAHMAN)


d d Laporan Kami telah melaksanakan istiadat di gelanggang sepak takraw yang berlangsung selama 30 minit. Kemudian, setelah selesai melakukan istiadat, kami berkumpul di kelas bilik masakan Pendidikan Khas bagi menjalani aktiviti berikutnya iaitu berkenaan pemakanan sihat. Kami telah dipecahkan kepada 3 orang dalam 1 kumpulan dan makanan yang perlu dimasak ialah sarapan pagi. Kami diberi masa selama 2 jam untuk masak dan setelah siap memasak, pembentangan dilaksanakan dengan membentangkan jumlah kalori, cara masakan menu yang dipilih dan khasiat bahan-bahan yang digunakan. Refleksi Saya melakukan istiadat BSMM dengan betul di bawah bimbingan Encik Dazpi. Saya juga memasak sarapan pagi iaitu Seaweed Roll, Tomato Omelette dan secawan susu. Jumlah kalori hanya 239 kcal dan sesuai untuk dijadikan sebagai sarapan pagi. Laporan Mingguan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Minggu : Minggu 5 (kelas ganti pada hari Sabtu, 23/1/2024) Tarikh : 23 Februari 2024 Masa : 8.00-10.30 pagi Tempat : Bilik Masakan Aktiviti : Pemakanan Sihat Kehadiran : 21/21 orang Nama pensyarah bertugas : 1) Encik Nik Md Dazpi Bin Mustafa 2) Encik Wan Suhaimi Bin Wan Setapa Disahkan oleh: Disediakan oleh: (NURSHIFA ATHIRAH BINTI ABDUL RAHMAN)


Laporan Pada minggu keenam perjumpaan unit beruniform, kami diberi taklimat berkenaan pelaksanaan Pentaksiran Berterusan MPU3451a KokurikulumUnit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia oleh Encik Dazpi. Taklimat ini diberi semula sebagai penambahbaikan taklimat yang telah diberikan secara ringkas oleh Encik Dazpi pada sebelum ini. Kemudian, setelah selesai menerima taklimat PB, kami berkumpul di tepi court tennis bagi melakukan kawad kaki. Kami telah dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu lelaki dan perempuan dan mempelajari arahan kawad yang baru iaitu “Hentak kaki..cepat. Squad henti! Cek 1,2, (hentak kaki, berhenti). Kami mengulang pergerakan-pergerakan kawad kaki bermula daripada kawad kaki statik sehingga kawad kaki dinamik. Refleksi Saya mengetahui komponene untuk amali bagi Pentaksiran Berterusan MPU3451a Kokurikulum-Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia. Saya juga belajar memberi arahan kawad kaki melalui gabungan elemen pengetahuan kawad kaki minggu sebelumnya dan kini. d d Laporan Mingguan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Minggu : Minggu 6 Tarikh : 19 Februari 2024 Masa : 2.00-4.00 petang Tempat : Tepi Court Tennis Aktiviti : Taklimat penambahbaikan Pentaksiran Berterusan : Melaksanakan kawad kaki Kehadiran : 19/21 orang Nama pensyarah bertugas : 1) Encik Nik Md Dazpi Bin Mustafa 2) Encik Wan Suhaimi Bin Wan Setapa Disahkan oleh: Disediakan oleh: (NURSHIFA ATHIRAH BINTI ABDUL RAHMAN)


Laporan Pada minggu kelapan perjumpaan unit beruniform, ketidakhadiran pensyarah bertugas tidak menjejaskan kami untuk terus membuat latihan kawad kaki. Kami berkumpul dan melakukan kawad kaki di blok NN. Sebelum kami berpecah kepada dua kumpulan, kami bersama-sama memantapkan kawad kaki di bawah arahan Alif Danial iaitu “Dari kanan cepat jalan”, “ Squad henti! Cek 1,2, (hentak kaki, berhenti). Kami mengulang pergerakan-pergerakan kawad kaki bermula daripada kawad kaki dinamik sehingga kawad kaki statik. Setelah itu, kami dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan lelaki dan perempuan untuk berlatih memberi arahan kawad kaki. Refleksi Saya memperbaiki kesalahan dalam kawad kaki dan memantapkan lakuan kawad kaki dinamik. Saya menggabungkan pengetahuan kawad kaki yang lepas dan kini untuk memantapkan lagi penguasaan dalam kawad kaki. d d Laporan Mingguan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Minggu : Minggu 7 Tarikh : 26 Februari 2024 Masa : 1.15-3.15 petang Tempat : Blok NN Aktiviti : Melaksanakan kawad kaki Kehadiran : 20/21 orang Nama pensyarah bertugas : 1) Encik Nik Md Dazpi Bin Mustafa 2) Encik Wan Suhaimi Bin Wan Setapa Disahkan oleh: Disediakan oleh: (NURSHIFA ATHIRAH BINTI ABDUL RAHMAN)


d d Laporan Pada minggu ketujuh perjumpaan unit beruniform, ketidakhadiran pensyarah bertugas tidak menjejaskan kami untuk terus membuat latihan kawad kaki di bawah arahan Alif Danial. Arahan yang diberikan iaitu “Hentak kaki..cepat. Squad henti! Cek 1,2, (hentak kaki, berhenti). Kami mengulang pergerakan-pergerakan kawad kaki yang sama bermula daripada kawad kaki statik sehingga kawad kaki dinamik. Setelah ke semua ahli melakukan kawad kaki dengan baik, kami bersurai awal bagi memberi laluan kepada semua untuk berlatih secara kendiri. Refleksi Saya memperbaiki kesalahan dalam kawad kaki dan memantapkan lakuan kawad kaki iaitu cara hentakan selepas pusing. Laporan Mingguan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Minggu : Minggu 8 Tarikh : 4 Mac 2024 Masa : 1.15-3.15 petang Tempat : Blok NN Aktiviti : Melaksanakan kawad kaki Kehadiran : 21/21 orang Nama pensyarah bertugas : 1) Encik Nik Md Dazpi Bin Mustafa 2) Encik Wan Suhaimi Bin Wan Setapa Disahkan oleh: Disediakan oleh: (NURSHIFA ATHIRAH BINTI ABDUL RAHMAN)


Laporan Pada hari Sabtu 9 Mac 2024, kami telah menghadiri Kursus First Aider In Every Home (FAIEH) di bilik Mahpor Baba dan bilik Muzik. Sesi taklimat disampaikan oleh Encik Din dimulai dengan pengenalan pertolongan cemas, struktur tubuh badan atau sistem rangka. Kemudian, sesi seterusnya bersambung pada pukul 11 pagi iaitu taklimat berkenaan luka dan pendarahan, patah dan keracunan disusuli demonstrasi merawat menggunakan kain anduh di bilik muzik. Sesi bersambung pada sebelah petang pada pukul 2.30 petang, kami telah mempelajari cara balutan anduh serta pada sesi terakhir kursus kami telah laksanakan teori dan praktikal CPR. Sebelum tamat, perasmian penutup dilaksanakan oleh Encik Zulkifli dan majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata daripada pihak IPG kepada jurulatih dan pembantu jurulatih cawangan BSMM Kelantan. Refleksi Saya mengetahui jenis pertolongan cemas dan cara melakukan CPR. Saya juga mengetahui peranan BSMM yang perlu lakukan sebelum bantuan awal tiba. Tujuannya adalah untuk menyelamatkan nyawa mangsa yang terlibat. d d Laporan Mingguan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Tarikh : 9 Mac 2024 Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang Tempat : Bilik Mahpor Baba & Bilik Muzik Aktiviti : Kursus First Aider In Every Home (FAIEH) Kehadiran : 21/21 orang Nama jurulatih : Encik Norudin Yaakub Nama pembantu jurulatih : Cik Siti Aishah Binti Mohd Rosni Disahkan oleh: Disediakan oleh: (NURSHIFA ATHIRAH BINTI ABDUL RAHMAN)


d d Laporan Pada perjumpaan unit beruniform kali ini, kami diberi taklimat berkenaan pelaksanaan kawad kaki Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia. Taklimat secara ringkas telah diberikan oleh Encik Dazpi akan pelaksanaan amali kawad kaki dengan menggunakan arahan kawad kaki yang betul dan setelah selesai menerima taklimat amali kawad kaki, kami berkumpul di gelanggang takraw bagi melakukan latihan kawad kaki. Kami telah dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu amali kawad kaki pada hari isnin dan hari rabu. Kami mengulang pergerakan-pergerakan kawad kaki secara statik dan penambahan kepada kawad kaki adalah pelaksanaan istiadat yang lengkap juga dilaksanakan. Sebelum bersurai, kami secara individu berlatih memberi arahan. Refleksi Saya mengetahui komponen pelaksanaan istiadat dalam BSMM. Saya juga belajar memberi arahan kawad kaki dengan betul. Laporan Mingguan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Minggu : Minggu 9 Tarikh : 11 Mac 2024 Masa : 2.30-4.30 petang Tempat : Gelanggang Sepak Takraw Aktiviti : Taklimat amali kawad kaki : Melaksanakan istiadat BSMM Kehadiran : 21/21 orang Nama pensyarah bertugas : 1) Encik Nik Md Dazpi Bin Mustafa 2) Encik Wan Suhaimi Bin Wan Setapa Disahkan oleh: Disediakan oleh: (NURSHIFA ATHIRAH BINTI ABDUL RAHMAN)


d d Laporan Pada perjumpaan unit beruniform kali ini, kami melaksanakan istiadat BSMM yang terdiri daripada kumpulan BSMM ke-1 pada hari Isnin. Pelaksanaan istiadat BSMM mengambil masa selama 30 minit yang diketuai oleh Ahmad Irsyad yang merupakan salah seorang ahli BSMM IPGMKKB. Setelah pelaksanaan istiadat tamat dijalankan, kami melaksanakan amali kawad kaki secara kendiri di hadapan pensyarah yang bertugas iaitu kawad kaki secara statik sambil memberi arahan. Setelah amali kawad kaki selesai dijalankan, kami diberi refleksi sepanjang pelaksanaan istiadat dan kawad kaki. Refleksi Penglibatan saya dalam istiadat BSMM memberi pengalaman baru dalam Unit Beruniform. Perjalanan istiadat serta kawad kaki juga berlangsung dengan baik dan lancar seperti yang dilaksanakan sebelum ini. Disahkan oleh: Disediakan oleh: (NURSHIFA ATHIRAH BINTI ABDUL RAHMAN) Laporan Mingguan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Minggu : Minggu 10 Tarikh : 18 Mac 2024 Masa : 2.00-4.00 petang Tempat : Gelanggang Sepak Takraw Aktiviti : Pelaksanaan istiadat BSMM : Amali kawad kaki Kehadiran : 11/11 orang Nama pensyarah bertugas : 1) Encik Nik Md Dazpi Bin Mustafa 2) Encik Wan Suhaimi Bin Wan Setapa


Click to View FlipBook Version