SANG KANCILYANGPEBERANIDAN BUAYA
1
2
Pada suatu pagi yang cerah dan nyaman, Sang Kancil berjalanperlahan-lahan di dalam hutan yang hijau. Cahaya mataharimenembusi celah-celah daun menjadikan suasana hutanbersinar dan indah. Angin bertiup lembut membuatkan Kancilberasa tenang.“Indahnya pagi ini,” kata Sang Kancil sambiltersenyum riang.3
Sang Kancil terus berjalan menyusuri laluan kecil yangdipenuhi dengan bunga-bunga berwarna-warni. Dia melihatrama-rama yang terbang bebas dan hinggap di atas bunga.Bunyi burung berkicauan menjadikan suasana hutan semakinceria.4
Sang Kancil berhenti seketika untuk menikmati suasana yangdamai itu. Dia menarik nafas panjang dan memandang kesekeliling. Hatinya berasa sangat gembira berada di dalamhutan yang indah ini.5
Semasa sedang berjalan-jalan tiba-tiba Sang Kancilterdengar suara dua ekor haiwan sedang berbual tidak jauhdaripadanya. Dengan penuh rasa ingin tahu, dia mendekatimereka secara perlahan dan bersembunyi di sebalik pokok.6
“Arnab, kamu pernah dengar khabar angin tentang pokokajaib di hujung hutan?” tanya Tupai dengan nada teruja.“Pokok ajaib? Apa yang istimewa tentang pokok itu?” tanyaArnab dengan wajah ingin tahu.7
Tupai menjawab,“Pokok itu mempunyai buah yang sangatmanis. haiwan lain mengatakan buahnya sangat istimewa dansukar ditemui.” Arnab teruja mendengar cerita itu.“Wah,pasti sedap buah itu! Saya ingin merasainya.” kata Arnabsambil tersenyum. Sang Kancil yang mendengar perbualan itujuga ikut teruja.8
Sang Kancil berbisik kepada dirinya sendiri,“Jika benar, akumahu menjadi haiwan pertama yang sampai ke sana danmerasai buah itu.” Dia mula membayangkan rasa buah yangmanis dan menyegarkan.9
Namun, Tupai tiba-tiba memasang wajah serius.“Tetapiperjalanan ke sana tidak mudah,” katanya dengan nadaperlahan. Arnab bertanya dengan cemas,“Mengapa begitu?”Tupai menjawab,“Untuk sampai ke sana, kita perlumenyeberangi sungai yang dalam dan arusnya juga deras.”10
“Lebih menakutkan lagi, di dalam sungai itu tinggal seekorbuaya gergasi.” tambah Tupai. Arnab terus terdiam dankelihatan ketakutan.“Buaya itu mempunyai gigi yang tajamdan dikatakan sangat ganas.” kata Tupai lagi. Arnab dengannada takut mengatakan,“Aku tidak berani ke sana.”11
Sang Kancil mula berasa bimbang apabila mendengar ceritatersebut. Dia berfikir panjang sama ada ingin meneruskanniatnya atau tidak.12
Walaupun berasa takut, rasa ingin tahu Sang Kancil sangatkuat.“Aku mesti pergi dan melihat sendiri kebenaran ceritaini.” katanya dengan penuh tekad.13
Keesokan harinya, Sang Kancil mula merancang strategi. Diaduduk di bawah sebatang pokok sambil berfikir denganserius.“Jika aku bertindak dengan tergesa-gesa, akumungkin akan ditangkap oleh buaya,” kata Sang Kancil kepadadirinya sendiri.14
Setelah yakin dengan rancangannya, Sang Kancil punmemulakan perjalanan. Dia berjalan semakin jauh ke dalamhutan. Laluan yang dilalui semakin sunyi dan dipenuhi pokokpokok besar yang tinggi.15
Semakin jauh dia berjalan, suasana hutan menjadi semakinsepi. Sang Kancil mula berasa sedikit takut. Namun diaberkata kepada dirinya,“Aku tidak boleh berpatah baliksekarang.”.16
Tidak lama kemudian, dia terdengar bunyi air sungai yangmengalir deras. Bunyi itu semakin kuat apabila diamenghampiri sungai tersebut.“Itulah sungainya.” kata SangKancil sambil memandang ke arah sungai tersebut.17
Sang Kancil bersembunyi di sebalik semak dan memerhatikeadaan di sekeliling sungai. Dia ternampak seekor buayagergasi sedang berehat di tebing sungai. Badannya besar dankelihatan sangat kuat.“Benar kata Tupai, buaya ini memangmenakutkan.” bisiknya. 18
Sang Kancil mengambil sebiji batu dan membalingnya kedalam sungai. Bunyi percikan air itu bergema dan menarikperhatian buaya.“Siapa di sana?” tanya Sang Buaya sambil19 berenang ke arah bunyi itu.
Sang Kancil segera bersedia untuk melaksanakanrancangannya. Ketika buaya berenang menjauh, Sang Kancilperlahan-lahan masuk ke dalam sungai dan mula berenangdengan berhati-hati agar tidak menimbulkan bunyi.20
Sang Kancil terus berenang dengan bersungguh-sungguh.Walaupun badannya kecil, dia tidak berputus asa.“Sedikitlagi aku hampir sampai.” kata sang Kancil.21
Namun ketika hampir sampai ke tebing, Sang Kanciltergelincir kerana permukaan batu yang licin.“Aduh!”jeritnya dengan kuat. Dia terjatuh semula ke dalam air danmula dihanyutkan arus yang deras.22
Sang Kancil cuba berenang, tetapi arus terlalu kuat.“Tolong!”jeritnya sebelum hampir lemas. Jeritan ini menarik perhatianSang Buaya.23
Tidak lama kemudian, Sang Kancil sedar dan mendapatidirinya berada di tebing sungai. Sang Kancil terkejut apabilamelihat buaya gergasi berada di sisinya.“Jangan takut. Akutelah menyelamatkan kamu.” kata buaya dengan lembut.24
Sang Kancil memandang Buaya dengan wajah hairan. Kancilbertanya,“Bukankah kamu buaya ganas seperti yangdiceritakan oleh haiwan lain di hutan?” Sang Buaya punterkejut mendengar pertanyaan tersebut.“Ganas?” kataSang Buaya dengan nada tanya.“ Siapa yang berkata begitu?”tambahnya.25
Sang Kancil mula menceritakan segalanya yang dia dengartermasuk cerita tentang pokok ajaib itu.“Aku terdengarTupai dan Arnab bercerita bahawa kamu sangat ganas. Kamuakan makan sesiapa sahaja yang datang ke sungai ini.” jelasSang Kancil dengan jujur. Buaya itu menghela nafas panjangdan sedih dengan cerita tersebut.26
“Itu tidak benar.” kata Sang buaya dengan suara perlahan.“Aku tidak pernah mencederakan sesiapa. Aku sebenarnyahanya tinggal sungai ini.” Buaya berhenti seketika laluberkata“Pokok ajaib yang kamu cari itu memang benar-benarwujud dan ia tidak jauh dari sini.”27
Buaya memandang ke arah sungai dengan wajah sedih.“Sebenarnya, aku hanya ingin mencari kawan.” katanya.“Setiap kali aku melihat haiwan lain, aku cuba untuk senyumkepada mereka tetapi apabila mereka melihat gigi aku yangtajam ini, mereka semua terus lari ketakutan.” kata SangBuaya sambil menundukkan kepalanya.28
Sang Kancil berasa simpati mendengar cerita Sang Buaya.Kancil mula memahami bahawa tidak semua yang didengarnyaitu benar.“Kasihan kamu.” kata Sang Kancil dengan lembut.“Khabar angin itu telah membuatkan haiwan lain salah fahamterhadap kamu.” tambahnya.29
Sang Kancil tersenyum dan berkata,“Jangan risau, aku akantolong memberitahu haiwan lain bahawa kamu sebenarnyabaik hati.” Buaya memandang Sang Kancil dengan gembira..“Benarkah? Terima kasih Kancil. Aku sangat gembiramendengarnya.” kata Sang Buaya dengan suara yang ceria.30
Buaya kemudian berkata,“Naiklah ke belakang aku, aku akanmembantu kamu menyeberangi sungai ini supaya kamu dapatsampai ke pokok ajaib itu.” Sang Kancil pun menaiki belakang31 buaya dengan penuh berhati-hati.
Setelah berjaya menyeberangi sungai dengan bantuan buaya,Sang Kancil berjalan dengan penuh semangat menuju ke arahpokok itu. Tidak lama kemudian, dia ternampak sesuatu yangsangat menakjubkan di hadapannya.32
Di tengah-tengah kawasan itu berdiri sebuah pokok rendangyang sangat besar. Dahan-dahannya dipenuhi dengan buahbuah yang berwarna cerah dan kelihatan sangat segar.“Wah,inilah pokok ajaib yang diceritakan itu!” kata Sang Kancil.33
Sang Kancil menghampiri pokok ajaib itu. Kemudian, SangKancil mengambil sebatang kayu dan menjolok buah-buahtersebut. Beberapa buah pun jatuh ke tanah. Sang Kanciltersenyum gembira.“Akhirnya, aku dapat juga buah ini!”katanya dengan penuh rasa puas.34
Sang Kancil memandang buah-buah ajaib itu dengan penuhgembira. Buahnya kelihatan segar, berwarna cerah dansangat menyelerakan. Dia hampir sahaja ingin memakannyanamun tiba-tiba dia teringat akan buaya yang telahmembantunya menyeberangi sungai.35
Sang Kancil berfikir sejenak lalu berkata,“Aku tidak bolehmakan seorang diri. Buaya telah membantu aku menyeberangisungai tadi. Aku mesti berkongsi buah ini dengannya.” Denganpenuh semangat, Sang Kancil pun mengumpulkan beberapabuah tersebut untuk dibawa kembali ke sungai.36
Sang Kancil berlari kembali ke tebing sungai sambil membawabuah ajaib itu. Setibanya di sana, dia memanggil Sang Buayadengan nada gembira.“Buaya, mari kita makan buah inibersama.” Buaya pun muncul dari dalam air dan tersenyummelihat Sang Kancil. Mereka pun duduk bersama-sama di tepisungai lalu menikmati buah tersebut.37
Sejak hari itu, persahabatan mereka menjadi semakin erat.Sang Kancil menunaikan janjinya untuk memberitahu haiwanlain bahawa buaya sebenarnya baik hati dan suka berkawan.38
39TAMAT
SINOPSISSang Kancil yang pemberani terdengar tentang pokok ajaibyang mempunyai buah manis. Dengan keberanian, diamemulakan pengembaraan di hutan. Di tengah perjalanan, diabertemu buaya yang dikatakan ganas. Apakah yang berlakuseterusnya?