PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) SK BUGIS BENUT KG. PT. DAING PALAWA 82200 BENUT PONTIAN JOHOR KERTAS KERJA PROGRAM MINGGU ANTI DADAH 2023 ῾TEMA: LEBIH BAIK CEGAH’ ANJURAN UNIT PPDa SK BUGIS BENUT DENGAN KERJASAMA AADK PONTIAN
1.0 PENGENALAN Sambutan Minggu Anti Dadah diadakan setiap tahun di sekolah selaras arahan Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Unit Pendidikan Pencegahan Dadah untuk menyokong Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan. Bagi memperingati Hari Antidadah Kebangsaan ke-40 Tahun 2023. Aspek pendidikan dan pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi pelapis negara khususnya, kini berdepan dengan ancaman gejala dadah yang sangat serius. Oleh yang demikian kesedaran tentang bahaya bahana dadah di peringkat lebih awal perlu diterapkan dalam lapisan lapisan komuniti masyarakat. Selain itu, menerusi program yang diatur, diharap dapat memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya untuk memberi impak terhadap penglibatan semua kakitangan disekolah secara menyeluruh demi melahirkan modal insan yang berkualiti yang mampu menjadi pemimpin dan menyumbang kepada pembangunan sosial negara sekaligus memberikan kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat. Program ini juga di buat selaras dengan Dasar dan Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah, Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memastikan sasaran Dadah Terkawal 2025 dapat direalisasikan. “LEBIH BAIK CEGAH”.
2. 0 MATLAMAT 2.1 Supaya murid-murid sedar bahawa dadah akan memudaratkan nyawa dan kesihatan serta membahayakan keselamatan masyarakat. 2.2 Untuk memastikan murid–murid mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai gaya hidup sihat dan mengamalkannya; 3. 0 OBJEKTIF Objektif program ini adalah seperti berikut: 3.1 Memberi kesedaran kepada warga sekolah dan masyarakat mengenai bahaya penyalahgunaan dadah. 3.2 Mendidik murid-murid tentang keburukan dadah seawal peringkat sekolah rendah. 3.3 Menyemai dan menanam sikap untuk membenci dan menjauhkan diri daripada dadah. 3.4 Memberi alternatif program sihat tanpa dadah kepada murid-murid. 4. 0 KUMPULAN SASAR 4.1 Murid-murid Prasekolah SK Bugis Benut 4.2 Murid-murid Tahun 1 – Tahun 6 SK Bugis Benut 4.3 Semua guru dan kakitangan SK Bugis
5. 0 JAWATANKUASA PELAKSANA JAWATANKUASA INDUK: Pengerusi : Cikgu Jamilah binti Salleh (Guru Besar) Timbalan Pengerusi : Cikgu Nazeratulakmal binti Mohd Abd Ghani (GPK Hal Ehwal Murid) Naib Pengerusi 1 : Cikgu Nurnasuha binti Esa (GPK Pentadbiran) Naib Pengerusi 2 : Cikgu Ismail bin Selamat (GPK Kokurikulum) Penyelaras : Cikgu Nurnasuha binti Esa Bendahari : Pn.Masliza binti Limi JAWATANKUASA PELAKSANA: Pengacara Majlis : Cikgu Muhammad Imran bin Abdul Samad Bacaan Doa : Ustaz E.Abd Aziz bin Hambali Gimik Pelancaran & Tayangan Montaj : Cikgu Norzaitul Akma binti Hashim : Ustaz Mohd Firdaus bin Adam Fotografi : Ustaz E.Abd Aziz bin Hambali Bunting & Buku Program : Ustaz Mohd Firdaus bin Adam : Cikgu Nurnasuha binti Esa Siaraya : Ustaz Mohd Firdaus bin Adam : Cikgu Halim bin Hussain Persiapan Tempat : Cikgu Roshidah binti Sahak : Cikgu Norzaitul Akma binti Hashim Sijil : Cikgu Nazeratulakmal binti Mohd Abdul Ghani Cenderamata : Cikgu Syazwani binti Mohamad Jamuan VIP : Cikgu Roshidah binti Sahak : Cikgu Nazeratulakmal binti Mohd Abdul Ghani Kawalan Murid : Ustaz Mohd Firdaus bin Adam : Cikgu Nurnasuha binti Esa Penyelaras Aktiviti : Semua guru
6.0 Strategi Pelaksanaan / Aktiviti yang dirancang: 6.1 Mesyuarat Jawatankuasa Unit PPDa 6.2 Persiapan untuk majlis pelancaran dan aktiviti 6.3 Majlis pelancaran Program Minggu Anti Dadah 6.4 Aktiviti Minggu Anti Dadah 7.0 JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM TARIKH MASA AKTIVITI CATATAN 27 JUN 2023 SELASA 8.30 pagi • Pelancaran Minggu Anti Dadah • Nyayian 3 buah lagu • Bacaan Doa • Lafaz Ikrar Anti Dadah • Ucapan Aluan oleh Guru Besar • Ucapan Perasmian oleh wakil AADK Pontian • Gimik Pelancaran • Tayangan video montaj program ii. Taklimat Program/Aktiviti Anti Dadah Semua Warga SK Bugis Benut Cikgu Nurnasuha 27 JUN 2023 SELASA 10.30 pagi • Ceramah Anti Dadah oleh AADK Pontian • Pameran Anti Dadah oleh AADK Pontian • Pertandingan Kuiz Anti Dadah • Pertandingan Mewarna Poster (Tahap 1) • Pertandingan Buku Skrap Anti Dadah (Tahap 2) Semua murid 02 JULAI 2023 AHAD 7.30 pagi • Hanya 5 Minit Mesej Anti Dadah • Kuiz Anti Dadah Semua murid 03 JULAI 2023 ISNIN 7.30 pagi • Hanya 5 Minit Mesej Anti Dadah • Kuiz Anti Dadah Semua murid 04 JULAI 2023 SELASA 7.30 pagi • Hanya 5 minit • Kuiz Anti Dadah • Majlis Penutupan & Penyampaian Hadiah Semua murid
TENTATIF MAJLIS PELANCARAN & AKTIVITI MINGGU ANTI DADAH 2023 Hari/Tarikh : Selasa/27 Jun 2023 Masa : 8.30-10.00 Pagi Tempat : Dewan Seri Gemilang SK Bugis Benut 8.30 pagi : Kehadiran guru & murid ke Dewan Seri Gemilang : Majlis Pelancaran Minggu Anti Dadah 2023 bermula • Nyanyian 4 buah lagu (Asmaul Husna,Lagu Bangsa Johor,Lagu Sekolah & Negaraku) • Bacaan Doa • Lafaz Ikrar Anti Dadah oleh • Ucapan Aluan oleh Guru Besar • Ucapan Perasmian oleh wakil AADK Pontian • Gimik Pelancaran • Tayangan Video Montaj Anti Dadah 9.15 pagi : Ceramah Anti Dadah oleh pihak AADK 10.00 pagi : Rehat 10.30 pagi : Pameran Anti Dadah oleh pihak AADK 11.00 pagi : Penyampaian Cenderamata : Aktiviti Murid sempena Minggu Anti Dadah • Pertandingan Kuiz Anti Dadah • Pertandingan Mewarna Poster (Tahap 1) • Pertandingan Buku Skrap Anti Dadah (Tahap 2) 12.30/1.00 ptg : Bersurai
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN PERBELANJAAN KUANTITI HARGA SEUNIT (RM) JUMLAH (RM) SUMBER KEWANGAN Hadiah Pertandingan Kuiz 10 RM3 RM30 Panitia Pendidikan Kesihatan/Unit HEM Hadiah Pertandingan Mewarna 5 RM5 RM25 Hadiah Buku Skrap 5 RM5 RM25 Cenderahati Penceramah 1 RM50 RM50 Bunting 1 RM20 RM20 JUMLAH RM 150 9.0 PENUTUP Diharapkan aktiviti Minggu Anti Dadah ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan dapat mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti sihat seperti ini akan terus berkembang dan mendapat sambutan yang baik dari semua pihak demi kesedaran untuk mencegah dan menghapuskan dadah. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dari semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada murid-murid khususnya. Disediakan oleh, …………………………….. Disemak oleh, ……………………... Disahkan oleh: ................................... NURNASUHA BINTI ESA Penyelaras PPDa SK Bugis Benut