SEK. KEB. TAMAN BUKIT TERATAI TAMAN BUKIT TERATAI, 56100 AMPANG, SELANGOR. KERTAS KERJA CHEF CILIK PRASEKOLAH 28 MAC 2018 DI SEDIAKAN OLEH: UNIT PRASEKOLAH
PROGRAM CHEF CILIK PRASEKOLAH TAHUN 2018 1.0 PENDAHULUAN Program chef cilik ini adalah program julung kali diadakan di prasekolah. Ianya bertujuan untuk meningkatkan dan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, mengusai kemahiran asas dan memupuk sikap positif. 2.0 RASIONAL Kemahiran ini adalah satu aspek pembelajaran yang selaras dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan di samping memenuhi keperluan asas kemahiran sosial bagi muridmurid prasekolah selaras dengan kehendak dan tuntutan konsep Pendidikan Prasekolah untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang pelbagai dan menarik dengan interaksi terus kepada persekitaran. 3.0 OBJEKTIF. 3.1 Memberi peluang kepada murid menunjukkan potensi perkembangan sosial dan psikomotor melalui aktiviti membuat aktiviti penyediaan makanan berkhasiat. 3.2 Memberi pendedahan kepada murid prasekolah tentang pemakanan yang sihat. 3.3 Memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan. 3.4 Memupuk minat berani mencuba dan kreatif. 4.0 KUMPULAN SASARAN 50 orang murid Prasekolah SK Taman Bukit Teratai 5.0 SUMBER PERBELANJAAN i. Peruntukan makanan dan minuman
6.0 PELAKSANAAN PROGRAM Tarikh : 28 Mac 2018 (Rabu) Tempat : Prasekolah SK Taman Bukit Teratai 7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Rujuk pada lampiran 8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA JAWATAN KUASA INDUK PELAKSANA PROGRAM MINI PERKHEMAHAN PRASEKOLAH 2017 Penaung En. Romzi bin Mohd Ali (Guru Besar SKTBT) Pengerusi Pn. Norhidayati binti Derman (Penolong Kanan HEM) Naib Pengerusi I Pn. Masiah Faridah binti Rakmad (Pen. kanan Pentadbiran) Naib Pengerusi II Pn. Azizah binti Abd. Aziz (Pen. Kanan Kokurikulum) Setiausaha Cik Nurul Hanany binti Mohd Fadzilah (Guru Prasekolah) Bendahari Pn. Halwani binti Abdullah Zawawi (Guru Prasekolah)
JAWATANKUASA KECIL PELAKSANA Ketua Cik Nurul Hanany binti Mohd Fadzilah (Guru Prasekolah) Peralatan Cik Nurul Hanany binti Mohd Fadzilah (Guru Prasekolah) Pn. Halwani binti Abdullah Zawawi (Guru Prasekolah) Pn. Salina binti Abdul Rahim (PPM) Pn. Rusliza binti Ibrahim (PPM) Jamuan Pn. Siti Khamsah binti Hassan (Guru Pendamping) Pn. Salina binti Abdul Rahim (PPM) Pn. Rusliza binti Ibrahim (PPM) Hakim Pn. Siti Khamsah binti Hassan (Guru Pendamping) Jurufoto/Disiplin/Keselamatan Murid Semua guru dan PPM terlibat 9.0 TENTATIF PROGRAM 7.30 pagi : Murid berkumpul dan sarapan. 8.00 pagi : Ceramah pemakanan sihat dan keselamatan di dapur 8.30 pagi : Mewarna piramid makanan 9.30 pagi : Rehat 10.00 pagi : Penyediaan makanan berkhasiat 11.00 pagi : Hiasan sajian 11.30 pagi : Penyampaian hadiah
11.45 pagi : Mengemas kawasan 12 tgh hari : Bersurai 10.0 Penutup Adalah amat diharapkan agar program ini mempunyai kesinambungan pada tahun hadapan dan seterusnya dapat melahirkan murid-murid yang seimbang daripada pelbagai aspek JERI selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Disediakan oleh: Disahkan oleh: ______________________ _______________________ (Cik Nurul Hanany bt Mohd Fadzilah) (En. Romzi bin Mohd Ali) Penyelaras Prasekolah Guru Besar SK Taman Bukit Teratai SK Taman Bukit Teratai
LAMPIRAN ANGGARAN PERBELANJAAN CHEF CILIK PRASEKOLAH 2018 PERUNTUKAN PRASEKOLAH (MAKANAN) Bil Barangan yang diperlukan Kuantiti Harga/unit Anggaran harga 1 Roti 6 bungkus RM4.30 RM25.80 2 Telur 60 biji RM30.00 RM30.00 3 Mayonis 2 peket RM7.00 RM7.00 4 Daun salad 2 peket RM7.50 RM7.50 5 Yogurt (500 gm) 6 botol RM6.00 RM6.00 6 Tembikai susu 2 biji RM20.00 RM20.00 7 Buah mangga 3 kilo RM25.00 RM25.00 8 Anggur 2 kilo RM30.00 RM30.00 9 Epal merah 20 biji RM24.00 RM24.00 10 Epal hijau 20 biji RM24.00 RM24.00 11 Planta 250 gm RM6.20 RM6.20 JUMLAH RM250.00