The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kamisahhsbm, 2020-05-10 23:06:17

PANDUAN SKEMA JAWAPAN REVISION 5

PANDUAN SKEMA JAWAPAN REVISION 5

Soalan (a)(i) menghendaki calon menghitung keluaran negara pada tingkat keseimbangan.

Keseimbangan Y = C + I + G
Y= 325 + 0.8[Y – 200] + 275 + 260
Y = 860 + 0.8Y – 160
Y =700/0.2
Y = 3,500

Keseimbangan pendapatan negara pada Y = RM3,500 juta
Kebanyakan calon dapat menghitungnya dengan betul.

Soalan (a)(ii) menghendaki calon memberikan maksud pengganda dan menghitung nilai pengganda.

Pengganda ialah ukuran beberapa kali ganda pendapatan negara akan bertambah (berkurang) apabila
berlaku pertambahan (penurunan) perbelanjaan agregat.

Nilai pengganda k = 1/(1 – MPC)
= 1/(1 – 0.8)
=5

Pada amnya, jawapan calon tidak memuaskan. Calon tidak memberikan maksud istilah pengganda
dengan tepat. Calon cenderung untuk menyatakan rumus pengganda dalam bentuk ayat, contohnya
pengganda ialah nisbah antara perubahan pendapatan dengan perubahan perbelanjaan agregat.
Jawapan seperti ini tidak memenuhi kehendak soalan, iaitu menjelaskan maksud pengganda.
Kebanyakan calon dapat menghitung nilai pengganda dengan betul.

Kebanyakan calon dapat menghitung nilai pengganda dengan betul.
Soalan (b)(i) menghendaki calon menghitung lompang deflasi atau inflasi jika tingkat pendapatan guna
tenaga penuh ialah RM2,500 juta.

Jurang KNK = Yf – Ye
= 2500 – 3500
= −1,000

Lompang inflasi = Jurang KNK / Pengganda
= –1,000 / 5
= –200

Kelemahan utama calon ialah mereka tidak dapat membezakan antara lompang deflasi dengan lompang
inflasi.
• Lompang inflasi ialah apabila Ye > Yf
• Lompang deflasi ialah apabila Ye < Yf

Soalan (b)(ii) menghendaki calon menghitung perubahan cukai yang diperlukan untuk mencapai guna
tenaga penuh.

Pengganda cukai = – MPC / (1 – MPC)
= – 0.80 / 0.2
= –4

∆T = Jurang KNK / Pengganda cukai
= -1,000 / -4
= 250

Ini bererti cukai perlu dinaikkan sebanyak RM250 juta.

Soalan (b)(iii) menghendaki calon menjelaskan bagaimana perubahan cukai dapat mencapai guna tenaga
penuh.

Apabila cukai dinaikkan (sebanyak RM250 juta), pendapatan boleh guna akan berkurang, penggunaan
berkurang maka perbelanjaan agregat berkurang, pendapatan negara berkurang dan seterusnya pendapatan
negara guna tenaga penuh dicapai pada RM2,500 juta.

Kelemahan calon ialah mereka tidak menyatakannya secara terperinci dan mengikut urutan yang betul
kesan daripada kenaikan cukai tersebut. Pada amnya, calon memahami apabila cukai dinaikkan, pendapatan
negara berkurang, tetapi mereka tidak menghuraikannya dengan tepat.

Soalan ini menghendaki calon:
(a) menyatakan pemboleh ubah bocoran dalam ekonomi tiga sektor
Calon seharusnya memberikan jawapan cukai dan tabungan.
(b) menerbitkan fungsi bocoran dalam sebutan pendapatan negara (Y)
Calon seharusnya memberikan jawapan seperti yang berikut:
W=S+T
= –1000 + 0.32(Y – T) + T
= –1000 + 0.32Y – 160 + 500
= –660 + 0.32Y

(c) menghitung pendapatan negara pada tingkat keseimbangan menurut
pendekatan suntikan-bocoran
Calon seharusnya memberikan jawapan seperti yang berikut:
S+T=I+G
–660 + 0.32Y = 427 + 545
0.32Y = 427 + 545 + 660
Y = 1632 ÷ 0.32
= RM5100 juta

(d) (i) memberikan maksud jurang keluaran negara kasar (KNK). Jurang KNK ialah

perbezaan antara

pendapatan negara sebenar dengan pendapatan negara guna tenaga penuh.

(ii) menghitung pengganda perbelanjaan kerajaan

Calon seharusnya memberikan jawapan seperti yang berikut:
K = 1.00 ÷ (1 – b)
= 1.00 ÷ (1 – 0.68)
= 1.00 ÷ 0.32

= 3.125

(iii) menghitung jumlah perbelanjaan kerajaan (G) yang perlu ditambah untuk mencapai

tingkat guna

tenaga penuh

Calon seharusnya memberikan jawapan seperti yang berikut:
Δ G = Jurang KNK ÷ Pengganda perbelanjaan kerajaan
= 1250 ÷ 3.125

= RM400 juta

Maka G perlu ditambah sebanyak RM400 juta.

bocoran. Namun begitu, ada juga calon yang cuai dalam menjawab soalan ini. Antara
kecuaian calon ialah:
(a) menghitung keseimbangan pendapatan negara dan bukan menunjukkan fungsi bocoran
dalam
sebutan Y
(b) menghitung keseimbangan Y dengan menggunakan kaedah AE-Y
(c) melakukan kesilapan semasa membuat pengiraan. Walaupun jalan kerja betul, tetapi
jawapannya
salah.
(d) menggunakan kaedah persamaan untuk menghitung perbelanjaan kerajaan

Soalan (a) menghendaki calon menghitung pendapatan negara. Calon seharusnya
memberi jawapan seperti berikut:

Y = C + I + G + (X – M)
= 200 + 0.8Yd + 250 + 200 + [80 – (10 + 0.2Y)]
= 200 + 0.8 (Y – 100) + 450 + 80 -10 -0.2Y
= 200 + 0.8Y – 80 + 450 + 80 -10 -0.2Y
= RM 1600 juta

b)(i) menghitung eksport bersih pada tingkat keseimbangan.

Eksport = RM80 juta

Import pada keseimbangan (M) = 10 + 0.2Y
= 10 + 0.2 (1600)
= RM330 juta

Eksport bersih = RM(80 – 330) juta
= –RM250 juta

((ii) menyatakan dua kesan nilai eksport bersih kepada sesebuah ekonomi. Calon
seharusnya menjawab mana-mana dua dari jawapan berikut:

– Pertumbuhan ekonomi terjejas
– Kadar pertukaran cenderung mengalami susut nilai
– Rizab antarabangsa berkurang

c)(i) hitung jurang keluaran negara kasar jika pendapatan negara pada tingkat guna
tenaga penuh ialah RM1400 juta.

Jurang KNK = (RM1400 – RM1600) juta
= –RM200 juta

(ii) berdasarkan jawapan (c)(i), calon perlu menyatakan ekonomi mengalami lompang
inflasi atau lompang deflasi.
Jawapan sepatutnya ialah lompang inflasi.

(iii) berikan sebab bagi jawapan (c)(ii)
Jawapan sepatutnya ialah kerana pendapatan negara sebenar melebihi pendapatan
negara pada guna tenaga penuh.

Sebahagian calon dapat menjawab soalan ini dengan baik. Namun demikian, ada juga
calon yang melakukan kesilapan semasa menghitung jurang KNK. Calon memberikan
jawapan dalam nilai positif sedangkan jawapannya ialah negatif.




Click to View FlipBook Version