AKULAH KEBANGGAAN NEGARA
Watak Utama :
Jata Negara
Bunga Raya
Jalur Gemilang
Watak Sampingan :
Sang Merpati
Sang Nuri
Seorang lelaki muda
Tempat :
Tempat 1: Hutan Belantara
Tempat 2: Monumen Parlimen
Masa :
Pagi hingga senja
Pentas :
Pentas akan terdiri daripada 4 jenis hiasan pentas dengan lokasi yang berlainan.
Babak :
Skrip ini terdiri daripada 5 babak.
Sinopsis :
Skrip “Akulah Kebanggaan Negara” menceritakan tentang kisah seekor Sang Merpati dan
kawannya, Sang Nuri berjumpa lambang-lambang kebanggaan negara Malaysia semasa
hendak terbang merayau di sekitar monumen Parlimen. Mereka berbual bersama lambang-
lambang tersebut mengenai keistimewaan dan keunikan pada diri mereka. Mereka bersama-
sama memperolehi pelbagai input baharu berkaitan lambang kebanggaan negara Malaysia.
BABAK 1: Di hutan belantara
Pada suatu pagi yang indah, dalam sebuah hutan belantara adanya seekor burung
Sang Merpati dan rakannya Sang Nuri. Mereka selalu menjadi bualan binatang -
binatang lain di dalam hutan tersebut. Seperti biasa, Sang Merpati mula untuk
mencari sarapan pagi untuk dirinya pada hari itu. Semasa mencari makanan, dia
terserempak dengan kawan baiknya, Sang Nuri setelah sekian lama tidak dapat
berjumpa.
Sang Merpati : Anak kambing terlanggar pelita,
Pelita malap tidak bernyala,
Di mana pergi kawan kita,
Lama betul tak dengar cerita.
Sang Nuri : Terang lagi air di tasik,
Seri pagi berkembang ceria,
Saya selalu khabar baik,
Moga awak berkhabar bahagia.
Sang Merpati : Alamak, pandai berpantun sekarang. Hari ini tak keluar pergi
merayau ke?
Sang Nuri : Tidak. Awak hendak terbang pergi mana? Kalau ada perancangan, saya
pun nak ikut awak hari ini. Bosan pula lama berkurung di hutan ini.
Sang Merpati : Kalau begitu, jom kita merayau hari ini sekitar Kuala Lumpur. Makan
sarapan dulu, kemudian kita gerak. Jangan lupa untuk pakai pelitup
muka. Ha.. Ha.. Ha.. Ha.. (bunyi gelak).
BABAK 2: Perjalanan ke Kuala Lumpur (Monumen Parlimen)
Setelah menikmati sarapan pagi, Sang Merpati dan Sang Nuri mula terbang
sambil berbual-bual.
Sang Merpati : Hidup kita bukan macam zaman dahulu. Nasib baik kita tidak
lagi dijajah oleh Jepun. Kejam sungguh perbuatan mereka
terhadap rakyat kita.
Sang Nuri : Betul, tapi saya bersyukur sangat sekarang. Kita tidak lagi di
bawah jajahan mereka. Tengok manusia di bawah. Semua tidak
lagi sengsara seperti dahulu.
Sang Merpati : Itu la, boleh kita rehat sekejap di sana.(sambil duduk di atas
jata negara). Perut saya penuh, saya tidak dapat terbang
tinggi. (ton suara yang sedih)
Jata Negara : Berani kamu berdua duduk atas saya ! (nada marah)
Sang Nuri : Kamu ini siapa? Kenapa kami tidak boleh duduk di sini?
Jata Negara : Saya la Jata Negara Malaysia.
Sang Merpati : Jata Negara? Apa itu? Kenapa kami perlu hormat awak?
Jata Negara : Alahai dua ketul ini. Saya lah simbol kebanggaan dan simbol
rasmi negara kita. Sebab itu, saya sentiasa ada pada dokumen
rasmi dan monumen penting seperti Parlimen.
Sang Nuri : Wah, hebat kamu ! Patut lah, kami pernah lihat kamu di beberapa
tempat.
Sang Merpati : Tapi, kenapa awak ada banyak lambang pada badan awak?
Apa ertinya?
Jata Negara : Setiap lambang pada badan saya mempunyai maksudnya
tersendiri. Contohnya seperti bintang pecah 14 ini mewakili 14
buah negeri di negara kita manakala bintang bersama anak
bulan pula melambangkan agama Islam sebagai agama
persekutuan. (sambil menunjukkan simbol pada dirinya)
Sang Nuri : Habis itu, apa fungsi kawan kami di sebelah kanan dan kiri awak?
Sambungan babak 2
Jata Negara : Apa yang dimaksudkan dengan kawan kamu?
Sang Nuri : Harimau la. Lagi siapa?
Jata Negara : Harimau ialah simbol keberanian yang perlu diwakili oleh
semua orang di negara kita. Nama harimau ini adalah Harimau
Malaya.
Sang Merpati : Banyaknya kami tidak tahu. (ton suara yang sedih)
Jata Negara : Bukan awak berdua sahaja. Manusia di muka bumi ini pun
masih tidak mengambil peduli simbol-simbol unggul negara
kita.
Sang Nuri : Selain daripada awak, siapa lagi menjadi kebanggaan negara
kita?
Jata Negara : Banyak juga. Tetapi cuba kamu dua lihat pada badan saya.
Bunga apa kamu lihat?
Sang Nuri : Bunga yang berwarna merah itu ke? Seolah-olah macam bunga
ros.
Jata Negara : Betul. Tetapi, itu bukan bunga ros. Bunga ini dikenali sebagai
bunga raya atau bunga kebangsaan kita.
Sang Merpati : Di manakah dia? (sambil mencari-cari)
Jata Negara : Lihat di sana. (menunding jari sambil menunjukkan pokok
bunga raya yang ditanam di tepi monumen Parlimen.
BABAK 3: Semak di tepi monumen Parlimen.
Sang Nuri dan Sang Merpati berjaya menjumpai simbol kebanggaan negara seterusnya iaitu Bunga Raya.
Mereka berdua berbual-bual bersama bunga raya.
Bung Raya : Pucuk merah tumbuh di taman,
Bibit salam ditancapkan,
Salam kenal teman-teman,
Selamat sejahtera aku ucapkan.
Sang Merpati : Saya Merpati. Ini (Sang Merpati memperkenalkan kawannya dengan lafazan pantun).
Sungguh bahagia di hari raya,
Ada kopi mana rotinya?
Sang Nuri itulah nama kawan saya,
Terbang merayau itulah hobinya.
Bunga Raya : Ada urusan apa jumpa saya ini ?
Sang Nuri : Kami dengar cerita, awak salah satu kebanggaan negara kita.
Sang Merpati : Dalam banyak-banyak bunga, kenapa awak dipilih sebagai bunga kebangsaan Malaysia?
Ketika mendengar pertanyaan Sang Merpati, bunga raya mula membayangkan keajaiban yang berlaku pada
dirinya sehingga diisytiharkan sebagai bunga kebangsaan. Bunga raya mula imbas kembali peristiwa
tersebut.
Bunga Raya : Selepas negara kita mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk
mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir
tahun 1958, Kementerian Pertanian telah berjaya mencadangkan tujuh jenis bunga untuk
dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu termasuklah saya, bunga
kenanga, bunga melur, bunga teratai, bunga mawar, bunga cempaka dan bunga tanjung.
Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, saya telah diisytiharkan sebagai Bunga
Pada 28 Julai 1960, saya telah dipilih sebagai Bunga Kebangsaan
Persekutuan Tanah Melayu oleh Perdana Menteri ketika itu, iaitu YTM AI-Marhum
Tunku Abdul Rahman Putra AI-Haj. Keunikan warma merah pada diri saya
melambangkan keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh
cabaran. Selain itu, bentuk lima kelopak yang terdapat pada badan saya pula
membawa maksud lima prinsip Rukun Negara.
Tanpa disedari, Sang Merpati bermonolog, ketika dia seronok mendengar cerita
tentang bunga raya.
Sang Merpati : Kenapa saya tidak pernah ambil tahu semua ini? (Fikir Sang
Merpati dalam hati)
Sang Merpati : Bunga raya, Rukun Negara itu, ini kan?
1. Kepercayaan Kepada Tuhan
2. Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
3. Keluhuran Perlembagaan
4. Kedaulatan Undang-Undang
5. Kesopanan Dan Kesusilaan
Bunga Raya : Pandai kamu, Rukun Negara sangat penting dalam mengukuhkan
keharmonian dan perpaduan kaum di negara kita.
Sang Merpati : Betul bunga raya. Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum dan
kita harus menjaga keharmonian negara kita.
Bunga Raya mensetujui pendapat Sang Merpati dengan melafazkan 4 kerat
pantun.
Bunga Raya : Baju kebaya kain bercorak,
Cantik memikat si gadis desa,
Rukun Negara lima tertegak,
Penyatu rakyat berbilang bangsa.
Sang Merpati : Hebatnya, negara kita ini memang unik. Negara kita memiliki
banyak tempat bersejarah, simbol kebangsaan dan lain-lain. Kita
haruslah menghargai kesemua ini.
Bunga Raya : Alang-alang dah sampai sini. Singgah kejap Jalur Gemilang. Dia
pun warisan negara kita. (sambil mendongak dagu bunga raya
menunjukkan tiang bendera Malaysia yang berkibar megah di
hadapan monumen Parlimen).
BABAK 4: Jumpa bersama Jalur Gemilang
Sang Merpati : Hi Jalur Gemilang, sihat ke?
Jalur Gemilang : Sihat kawan-kawan.
Sang Nuri : Jalur Gemilang, kamu salah satu ikon unik negara kita. Apa
yang buat kamu diiktirafkan sebagai bendera kebangsaan?
Jalur Gemilang : Saya sebenarnya diisytiharkan sebagai bendera Malaysia oleh Tun
Mahathir bin Mohamad Perdana Menteri kita pada malam 31 Ogos
1997 sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke 40.
Pengisytiharan Jalur Gemilang dilakukan pada jam 11.58 di
Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Sang Merpati : Biru tua melambangkan perpaduan, kuning pula melambang
kedaulatan raja.
Sang Nuri : Bulan sabit melambangkan agama Islam manakala bintang pecah 14
melambangkan 14 negeri di negara kita.
Sang Merpati : Apa fungsi jalur merah dan putih pada badan kamu?
Jalur Gemilang : Jalur merah menunjukkan keberanian manakala jalur putih
melambangkan kesucian.
Sang Nuri : Sebagai rakyat Malaysia kita haruslah cintakan negara dengan
mengambil langkah yang perlu bagi melindungi bendera kita.
Jalur Gemilang : Betul. Jangan sesekali menghina saya dengan tindakan seperti
memijak. Ini menunjukkan kita masih tidak menikmati erti
kemerdekaan yang kita capai pada hari ini.
Sang Merpati : Baik, Jalur Gemilang. Senja dah nak labuh. Sang Nuri, mari kita
pulang dulu.
Sang Nuri : Itu lah, syok dengar cerita sehingga lupa nak balik.
Sang Merpati : Baik, Jalur Gemilang. Kami balik dulu. Kalau ada masa, kita jumpa
lagi. Selamat tinggal. (melambai tangan)
Jalur Gemilang : Kalau ada sumur di ladang,
Bolehlah saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Bolehlah kita berjumpa lagi.
Selamat tinggal kawan-kawan. (berkibar bendera sebagai tanda
melambai tangan)
BABAK 5: Perjalanan pulang ke hutan
Semasa perjalanan pulang ke hutan. Sang Nuri dan Sang Merpati berbincang tentang
input berfaedah yang mereka peroleh. Tiba-tiba, mereka terserempak dengan seorang
lelaki yang sedang memuatnaik beberapa kepingan gambar dalam media sosialnya.
Sang Nuri : Banyak betul input kita hari ini. Tak sia-sia kita merayau hari ini.
Sang Merpati : Betul itu. Kita harus kongsi input ini bersama rakan-rakan lain di hutan.
Sang Nuri : Eh, cuba lihat lelaki muda itu di sana. (sambil menunding sayapnya ke
arah lelaki muda)
Sang Nuri melihat seorang lelaki muda sedang merakamkan gambar – gambar dan
memuatnaiknya dalam aplikasi Facebook dengan kapsyen “Kongsikan Kebanggaan
Negara Anda”.
Sang Nuri : Wah, zaman sudah berkembang. Pada zaman dahulu pengedaran risalah
kini pelantar digital menjadi tempat untuk menerapkan semangat patriotik.
Sang Merpati : Saya harap sangat media digital digunakan sebaik mungkin untuk
berkongsi ilmu berkaitan kemerdekaan. Generasi kini memang hebat.
Sang Nuri dan Sang Merpati pulang ke hutan dengan penuh keriangan sambil renung
kembali perbualan mereka bersama lambang-lambang kebanggaan negara kita.
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ TAMAT _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
PENGAJARAN:
Kita sebagai rakyat Malaysia patut mengetahui lambang kebanggaan negara
kita. Kesemua lambang dan simbol kedaulatan negara kita tidak boleh
dipandang dengan sebelah mata. Setiap simbol haruslah digunakan dan
diletakkan dengan penuh tatasusila dan hormat kerana ia melibatkan maruah
negara serta menunjukkan sifat cinta akan negara terhadap negara kita.