The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NOOR FARIDAWATI BINTI ASMUJE@ASMUZI KPM-Guru, 2024-06-24 20:35:54

Permohonan Penganjuran ke JPN Johor

surat permohonan ke JPNJ

Rujukan Kami: JFT6001/700-1/1/23 (16) Tarikh : 25 Jun 2024 Kepada, Pengarah Pelajaran Negeri Johor, Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Jalan Tun Abdul Razak, 80604 Johor Bahru, Johor Darul Takzim. السالم عليكم ورمحة هللا وبركاته Tuan, PERMOHONAN MENGANJURKAN PROGRAM PGB BERKARYA: KEJOHANAN BOLING TENPIN JEMPUTAN TERTUTUP PIALA ANNUR PERINGKAT KEBANGSAAN 2024 Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. 2. Unit Kokurikulum SMA (Arab) An-Nur berhasrat untuk menganjurkan Program PGB Berkarya: Kejohanan Boling Tenpin Jemputan Tertutup Piala Annur di Melaka International Bowling Centre (MIBC) pada 10 Ogos 2024. Untuk makluman tuan, peserta bagi Kejohanan ini adalah seramai 320 peserta. 3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin menjemput murid-murid daripada SM Agama Dato’ Syeikh Mohd Murtadza, Rantau, Negeri Sembilan, SM Arab Jaim Assyakirin, Melaka, SM Arab Jaim Al-Ehya El-Karim, Melaka, SMK Dato’ Abu Bakar Baginda, Selangor dan SMK Ade Putra, Melaka untuk bersama-sama kami menyertai kejohanan boling ini. 3. Bersama-sama ini, dilampirkan kertas kerja Kejohanan Boling Tenpin Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 untuk rujukan pihak tuan. Jika terdapat sebarang pertanyaan atau permasalahan, pihak tuan bolehlah menghubungi Hajah Noor Faridawati binti Asmuje@Asmuzi di talian 012-3483411. Segala perhatian dan Kerjasama pihak tuan amat kami hargai. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSA SEKOLAH MENENGAH AGAMA (ARAB) AN-NUR, (JFT6001) OFF JALAN JAAFAR, BENUT, 82200 PONTIAN, JOHOR. No Telefon : 07-6906144 Email: [email protected]


Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, Penolong Kanan Pentadbiran, b.p Pengetua, SMA (Arab) An-Nur, Benut, Pontian, Johor. s.k: 1. Fail Kokurikulum


Click to View FlipBook Version