The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BMMB1623 MUHAMMAD HARITH DANIAL BIN ASRI, 2023-03-05 04:50:26

Pantun Sastera

Pantun Sastera

KOLEKSI PANTUN KANAK-KANAK HARITH DANIAL KARYA


NAMA MUHAMMAD HARITH DANIAL BIN ASRI UNIT BMMB 1 PPISMP AMBILAN JUN 2022 SEMESTER 2 NAMA PENSYARAH EN. MOHD IZAN BIN HJ. YUSOP NAMA & KOD KURSUS BMMB1104 KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU


Pantun ditakrifkan sebagai puisi lama yg biasanya terdiri dairpada empat baris dalam tiap-tiap rangkap (dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yang selainnya mengandungi maksudnya) . Pantun juga merupakan suatu hasil warisan bagi masyarakat Melayu yang paling tua. Hal ini kerana pantun klasik disampaikan secara bentuk lisan sahaja disebabkan oleh masyarakat Melayu yang tidak tahu membaca huruf. Pada zaman kini, pantun secara bertulis baru diperkenalkan setelah mereka mampu mengenal huruf. Pantun terdiri daripada beberapa kerat iaitu pantun dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat, sepuluh kerat dan sebagainya. Namun begitu, pantun dua dan empat kerat sahaja yang acapkali didengari kerana pantun tersebut mudah untuk dihasilkan. Definisi Pantun


PANTUN 1 Indahnys riwayat seekor buaya, Hidup di laut dan juga di darat; Usah bersengketa sesama kita, Muflis kelak di akhirat.


Tema : nasihat Persoalan Memperihalkan tentang kemudaratan perbalahan antara manusia. Jenis Pantun Jumlah kerat : 4 kerat (2 pembayang, 2 maksud) Jumlah baris : 4 baris Jumlah kata : 4 - 7 kata Jumlah suku kata : 8 - 12 suku kata Rima akhir : a,b,a,b


BENTUK Nasihat tentang keburukan sekiranya manusia sering berbalah antara satu sama lain. GAYA BAHASA Repitisi - pengulangan kata (di) Contoh : Hidup di laut dan juga di darat, Inversi - pembalikan kata Contoh : Muflis kelak di akhirat.


Asonansi - pengulangan huruf (a) Contoh : Hidup di laut dan juga di darat; Aliterasi - pengulangan huruf (s) Contoh : Usah bersengketa sesama kita, PENGAJARAN Kita hendaklah sentiasa berbaik antara manusia kerana setiap manusia ialah saudara kita. Kita perlulah memohon maaf kepada setiap orang agar kita tidak dilaknat oleh Allah pada hari kiamat.


FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU PANTUN 1 : ASPEK NASIHAT Menyedarkan setiap manusia untuk saling menyayangi antara satu sama lain. Dapat memupuk semangat perpaduan antara kaum.


PANTUN 2 Jodoh bertemu sang Mempelai, Bersanding ceria di atas pelamin; Cinta penyebab maruah tergadai, Dari bermukah eloklah berkahwin.


Tema : KRITIKAN SOSIAL Persoalan Memperihalkan tentang kepentingan bernikah dahulu sebelum bercinta dengan pasangan. Jenis Pantun Jumlah kerat : 4 kerat (2 pembayang, 2 maksud) Jumlah baris : 4 baris Jumlah kata : 4 - 5 kata Jumlah suku kata : 9 - 12 suku kata Rima akhir : a,b,a,b


BENTUK Kritikan sosial mengenai masyarakat yang sering mengamalkan bercinta sebelum nikah. GAYA BAHASA Asonansi - pengulangan huruf (a) Contoh : Cinta penyebab maruah tergadai, Metafora - bahasa kiasan Contoh : Sang Mempelai (merujuk kepada pasangan pengantin)


Aliterasi - pengulangan huruf (r) Contoh : Dari bermukah eloklah berkahwin. PENGAJARAN Kita hendaklah berusaha menjauhi zina kerana perbuatan zina dapat merosakkan imej seseorang. Kita mestilah melakukan pernikahan terlebih dahulu bagi mengelakkan daripada berlaku penzinaan.


FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU PANTUN 2 : ASPEK KRITIKAN SOSIAL Menyampaikan pesan tentang kesan berzina dalam kehidupan. Dapat mengubah persepsi masyarakat yang sering mengamalkan percintaan sebelum nikah.


PANTUN 3 Pokok pinang daun berkulup, Pokoknya berbatang benihnya subur; Ilmu bagaikan pelita hidup, Umpama cahaya di alam kubur.


Tema : pendidikan Persoalan Memperihalkan tentang kepentingan menuntut ilmu dalam kehidupan. Jenis Pantun Jumlah kerat : 4 kerat (2 pembayang, 2 maksud) Jumlah baris : 4 baris Jumlah kata : 4 - 5 kata Jumlah suku kata : 9 - 11 suku kata Rima akhir : a,b,a,b


BENTUK Pendidikan berkaitan dengan kepentingan menuntut ilmu . GAYA BAHASA Asonansi - pengulangan huruf (a) Contoh : Umpama cahaya di alam kubur. Anafora - pengulangan kata di awal baris Contoh : Pokok pinang daun berkulup, Pokok berbatang benihnya subur;


Aliterasi - pengulangan huruf (b) Contoh : Pokok berbatang benihnya subur; PENGAJARAN Kita hendaklah berusaha menuntut ilmu pengetahuan walau dengan apa cara sekalipun kerana ilmu dapat mengubah cara hidup seseorang. Kita perlulah menuntut ilmu yang betul dan mengikut landasan yang benar kerana ilmu yang betul dapat membantu seseorang ketika di alam barzakh.


FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU PANTUN 3 : ASPEK PENDIDIKAN Memberikan galakan kepada setiap pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan tidak kira di mana mereka berada. Menyeru setiap orang untuk mencari ilmu yang bermanfaat kerana ilmu tersebut mampu menjadi penolong di alam barzakh.


PANTUN 4 Indah sungguh penciptaan manusia, Makhluk mulia dalam bumi; Rebutlah pahala sepuas-puasnya, Tanda bersyukur ke hadrat Ilahi.


Tema : DAKWAH Persoalan Memperihalkan tentang kesyukuran manusia terhadap Allah S.W.T. Jenis Pantun Jumlah kerat : 4 kerat (2 pembayang, 2 maksud) Jumlah baris : 4 baris Jumlah kata : 4 - 5 kata Jumlah suku kata : 9 - 12 suku kata Rima akhir : a,b,a,b


BENTUK Dakwah berkaitan tentang kepentingan manusia dalam menzahirakn rasa syukur kepada Allah S.W.T. GAYA BAHASA Imej alam - mempunyai unsur-unsur alam semesta Contoh : Makhluk mulia di atas muka bumi ini Inversi - pembalikan kata Contoh : Indah sungguh penciptaan manusia, (Kata asal : Sungguh indah)


Asonansi - pengulangan huruf (a) Contoh : Rebutlah pahala sepuaspuasnya, Aliterasi - pengulangan huruf (n) Contoh : Indah sungguh penciptaan manusia, PENGAJARAN Kita hendaklah sentiasa mengagumi segala ciptaan Allah Yang Maha Agung kerana ciptaan-Nya adalah sangat hebat dan tiada tandingan. Kita mestilah sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan Allah S.W.T agar mendapat rahmat serta selamat di dunia dan di akhirat.


FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU PANTUN 4 : ASPEK DAKWAH Menyeru semua umat manusia untuk sentiasa mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. Dapat mengajak setiap manusia terutamanya umat Islam untuk memperbanyakkan amal ibadah bagi membalas nikmat yang tidak ternilai.


PANTUN 5 Keluar beraya ke rumah jiran, Menjamu selera bersulamkan air; Jadilah seperti cuaca hujan, Disangka petir rupanya banjir.


Tema : hiburan Persoalan Memperihalkan tentang gelagat seseorang yang sering berubah dan tidak disangka. Jenis Pantun Jumlah kerat : 4 kerat (2 pembayang, 2 maksud) Jumlah baris : 4 baris Jumlah kata : 4 - 5 kata Jumlah suku kata : 10 - 11 suku kata Rima akhir : a,b,a,b


BENTUK Hiburan berkaitan tentang kelucuan gelagat seseorang yang sering tidak disangka-sangka. GAYA BAHASA Metafora - bahasa kiasan Contoh : Jadilah seperti cuaca hujan, Disangka petir rupanya banjir. Ayat itu merujuk kepada sikap seseorang yang tidak disangka-sangka. Sinkope - singkatan kata Contoh : Menjamu selera bersulamkan air; (kan > akan)


Asonansi - pengulangan huruf (e) Contoh : Menjamu selera bersulamkan air; Aliterasi - pengulangan huruf (r) Contoh : Keluar beraya ke rumah jiran, PENGAJARAN Kita perlulah bersikap secara rawak agar kita mudah menyesuaikan diri dengan sesiapa sahaja. Kita mestilah cuba menghindari sikap secara rawak yang membawa ke arah negatif kerana sikap tersebut akan memudaratkan diri sendiri.


FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU PANTUN 5 : ASPEK HIBURAN Menyampaikan mesej tentang gelagat manusia yang mempunyai sikap yang tidak dapat disangka-sangka. Memberikan penegasan kepada setiap individu agar tidak mencontohi sikap perubahan emosi secara negatif.


RUJUKAN https://dewansastera.jendeladbp.my/202 2/08/08/5049/ http://zurinah1306.blogspot.com/2017/12 /bahasa-dalam-pantun-danpanduanmenulis.html#:~:text=Gaya%20ba hasa%20dalam%20pantun%20yang,asal% 20atau%20makna%20yang%20literal. http://studentsrepo.um.edu.my/360/4/B AB3.pdf http://journalarticle.ukm.my/6395/1/IMA N1_6.pdf http://cikguidayu.blogspot.com/2009/10/gayabahasa-dalam-komsas.html


Click to View FlipBook Version