The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fadhlidarus8, 2022-06-08 03:31:32

E MAJALAH ETIKA DAN PERADABAN (1)

E MAJALAH ETIKA DAN PERADABAN (1)

Presentation | 2023

E-
MAJ ALAH
PE RPA DUA

N

KESEPADUAN SOSIAL DAN
KEBUDAYAAN MERENTAS

BANGSA DI MALAYSIA

AHLI
KUMPUL AN

MUHAMMAD FADHLI BIN DARUS

(06DET21F1096 )

NOR AIN SHYAZWANI BINTI KHAIRO

ANUAR (06DET21F1084 )

M U H A M M A D FAIZUL BIN ILIAS

(06DET21F1067 )

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T, kerana di atas limpah dan
kurniaNya, maka dapatlah saya menyiapkan e-majalah ini dengan jayanya walaupun menempuhi pelbagai dugaan

dan rintangan. Alhamdulillah.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Yusnizam bin
Yahya, selaku pensyarah etika dan peradaban saya di atas kesabaran, sokongan, nasihat dan bimbingan yang
diberikan banyak membantu kepada kejayaan dalam penghasilan e-majalah ini. Segala bantuan, semangat,
strategi dan kebijaksanaan beliau telah banyak mengajar saya untuk menjadi seorang penyelidik dan pendidik
yang baik.

Akhir kata, ucapan terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
memberikan sumbangan cadangan dan bantuan dalam menyiapkan e-majalah ini. Semoga e majalah ini dapat

dijadikan wadah ilmu yang berguna untuk tatapan generasi akan datang.

MUHAMMAD FADHLI

PENGENALAN

•Menyedari bahawa hubungan etnik bukan hanya
dipengaruhi oleh unsur etnik semata-mata tetapi juga
dipengaruhi oleh unsur-unsur social yang lain.
•Mengetahui bahawa perspektif kesepaduan sosial,
memiliki keupayaan untuk membentuk kesejahteraan
dalam masyarakat.
•Memahami konsep akomodasi, akulturasi, amagmasi,
dan asimilasi yang membentuk tolernasi ke arah
menghasilkan kesepaduan social dalam kehidupan
seharian.

MUHAMD FADHLI

PENDAHUL UAN

•Kesepaduan sosial merupakan elemen penting dalam memastikan
sesebuah komuniti berada dalam keadaan aman dan harmoni. Ia
merupakan prasyarat kepada keadaan yang stabil dan masyarakat
tanpa konflik.
•Antara lokasi penting berlakunya kesepaduan sosial adalah
kawasan kejiranan di mana komuniti berada. Di Malaysia, selalunya
komuniti kejiranan terdiri daripada kawasan yang pelbagai etnik,
terutama di kawasan-kawasan bandar dan pinggir bandar. Kawasan
kejiranan sebegini ditandai dengan pemisahan dan perbezaan sosial
yang rencam daripada aspek budaya, agama, bahasa dan latar
belakang. Justeru, komuniti yang terbentuk sebegini mengalami
cabaran dalam bentuk integrasi dan kesepaduan antara mereka

MUHAMMAD FADHLI

MAKSU
D
PE RPA DUAN• Proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan

negara supaya setiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta memiliki

perasaan cinta dan bangga kepada tanah air.

MUHAMMAD FADHLI

KESEPADUAN
SOSIAL

• Suatu fenome social yang dipacu oleh idaman
mendalam terhadap perpaduan yang seharusnya

pula mempengaruhi para anggota masyarakat
tersebut untuk merungkai pelbagai ikhtiar dan

kegiatan yang dianggap sebagai prasyarat
mencapai perpaduan.

MUHAMMAD FAIZUL

ISU-ISU KESEPADUAN SOSIAL
DARI SEGI EKONOMI

1)Penguasaan Ekonomi 2) Perbezaan Pekerjaan

: Jurang yang luas bagi setiap Contoh : Melayu (Sektor
etnik Pertanian)- Berteknologi rendah

Cina (Sektor Perniagaan)-
Berteknologi moden

India (Sektor Perladangan estet)

MUHAMMAD FAIZUL

ISU-ISU KESEPADUAN
DARI SEGI PENDIDIKAN

•Kewujudan sekolah-sekolah Vernakular yang
diwujudkan oleh pihak British mempunyai
kepentingan tersendiri bagi setiap kumpulan
etnik.
•Jelaslah bahawa , sekolah- sekolah Vernakular
ini telah menjejaskan kesepaduan sosial dan
kebudayaan.
•Oleh itu, Bidang Pendidikan perlu memahami
bahawa tanpa satu visi dan misi nasional yang
jelas kita akan terheret dengan agenda
kepentingan kumpulan yang sempit.

MUHAMMAD FAIZUL

MUHAMMAD FAIZUL ISU-ISU KESEPADUAN
DARI SEGI POLITIK

•Setiap kaum diwakili oleh parti politik sendiri untuk memelihara hak
kaum dan menyuarakan pendapat mereka.

•Hal ini menjejaskan kesepaduan sosial dan kebudayaan antara
pelbagai kaum.

•Rakyat perlu merenung kerangka moral politik ditetapkan
cendekiawan Islam, Imam al-Ghazali, yang relevan dengan kedudukan
politik semasa

•Menurut al-Ghazali, rakyat wajib mencegah dan menghalang sebarang
gerakan boleh menimbulkan perpecahan politik, terutama perebutan
kuasa. Ia hanya akan mengakibatkan ketidaktentuan negara dan
membawa huru-hara serta menimbulkan kesengsaraan kepada rakyat.

ISU-ISU KESEPADUAN
DARI SEGI AGAMA

•Pendidikan dan Persekitaran sosial tidak sihat
telah menyumbang kepada didikan moral dan
agama yang tidak diberikan dengan secukupnya.
•Agama merupakan prasyarat kepada kestabilan
dalam menghadapi sebarang isu yang mencetuskan
konflik disebabkan agama dn etnik

NOR AIN SHYAZWANIE

ISU-ISU KESEPADUAN DARI
SEGI BANGSA

•Kepelbagaian masyarakat merupakan satu yang lumrah bagi kebanyakan negara di dunia pada
hari ini. Masyarakat yang terdiri daripada kelompok kaum, budaya dan agama yang berbeza-beza
menjadikan ia satu cabaran yang berpanjangan dalam mengurus kemajmukan sosial ini. Cabaran
ini wujud terutamanya dalam aspek membentuk keharmonian, keamanan dan interaksi positif
antara kaum, agama dan budaya yang berbeza-beza ini. Ia memerlukan pendekatan yang
berhemah dan penuh rasa hormat.

•Contohnya, isu tulisan jawi .Tai Kim berkata, pihaknya tidak membantah pembelajaran tulisan
jawi tetapi biarlah dipersetujui secara sukarela oleh Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), serta
murid berikutan perkara itu dilihat secara paksaan hingga menimbulkan kebimbangan
masyarakat Cina dan India.

NOR AIN SHYAZWANIE

IMPLIKASI •Keharmonian negara terjejas bermaksud tidak ada
K E S E PA DUA N kesepaduan di kalangan rakyat. Contohnya, rakyat tidak
SOSIAL DAN mempunyai matlamat yang serupa dan tidak dikongsikan
BUDAYA bersama.

NOR AIN SHYAZWANIE •Seperti mana yang kita tahu bahawa semua masyarakat
inginkan keamanan dan keharmonian namun sia-sia tanpa
usaha daripada pihak pentadbiran negara untuk memupuk
perpaduan dan integrasi nasional dalam negara.

•Ketidakwujudan perpaduan dan integrasi menyebabkan
rakyat berasa terkongkong dengan aktiviti-aktiviti yang
dijalankan adalah terhad. Hal ini menyebabkan perasaan tidak
puas hati akan wujud dalam kalangan rakyat dan akhirnya
mencetus kepada pertelingkahan dalam etnik.

•Oleh itu, KPM menetapkan matlamat, iaitu melahirkan
bangsa Malaysia yang taat setia, bersepadu, beriman,
berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, menyediakan
sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara dan
memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara.

ARTIKEL BERKAITAN ISU
KESEPADUAN SOSIAL

Hubungan kaum, agama semakin parah di Malaysia
Sinar Harian
Januari 10, 2020 09:43 MYT

PENERBIT Sinar Harian, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub mengingatkan kerajaan bahawa jika isu-isu
perkauman dan agama tidak ditangani dengan berkesan, ia boleh menghancurkan Malaysia.
Hussamuddin dalam kenyataannya kepada akhbar ini di Shah Alam semalam menyifatkan suasana
hubungan kaum dan agama di negara ini semakin parah terutama sejak 20 bulan lalu.
Beliau yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf menggesa sesuatu yang drastik dilakukan
oleh kerajaan termasuk Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan menteri-menteri Kabinet
bagi menangani masalah tersebut.
Jika perlu, kata beliau, mana-mana akhbar dan portal yang mengapi-apikan isu-isu perkauman perlu
ditutup.

NOR AIN SHYAZWANIE

Cadangan menyelesaikan
masalah hubungan kaum
dan agama yang semakin
parah di Malaysia

1)Cadangan pertama ialah kerajaan memberi arahan agar diskusi isu sensitif mesti
dipadamkan.
2)Cadangan seterusnya ,meminta Perdana Menteri agar membuat keputusan tepat
dalam menyingkir pihak yang menyusahkan dan membuat satu keputusan yang mampu
selamatkan negara selain polisi jelad untuk bina semula negara supaya negara kembali
bersatu-padu.
3)Cadangan ketiga ialah kerajaan mengadakan kempen Uninstall Hatred dan Reboot
Malaysia secara besar-besaran kepada orang Melayu, Cina dan India supaya dapat
membuang kebencian dan komuniti kita agar hidup lebih harmoni.

NOR AIN SHYAZWANIE

PM lancar Dasar
Perpaduan dan Rangka

Tindakan Perpaduan
Negara 2021- 2030

Astro Awani

Februari 15, 2021 11:07 MYT

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Dasar Perpaduan Negara Dan Rangka Tindakan (Blueprint)
Perpaduan Negara 2021-2030 hari ini.

Rangka Tindakan Perpaduan Negara 2030 dihasilkan bagi menyokong strategi-strategi dalam Dasar Perpaduan Negara serta menetapkan
aspirasi perpaduan yang ingin dicapai dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Dalam masa sama, katanya, penggubalan Dasar Perpaduan Negara adalah berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun
Negara.

"Dasar Perpaduan Negara adalah selaras dengan dasar-dasar utama negara seperti Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030,
Rancangan Malaysia Lima Tahun dan dasar-dasar lain yang berkuat kuasa.

"Rakyat Malaysia sejak sekian lama berpegang kepada Rukun Negara. Kita percaya kepada Tuhan, kita setia kepada Raja dan negara,
kita junjung keluhuran perlembagaan, kita hormati kedaulatan undang-undang dan kita sentiasa bersopan dan bertatasusila dalam
pergaulan kita seharian.

"Tidak kiralah sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun, Iban, Murut, Melanau, orang asal atau mana-mana etnik sekalipun,
bergelar warganegara Malaysia, maka inilah ciri-ciri yang wajib kita hayati," katanya.
MUHAMMAD FAIZUL

Cadangan bagi memastikan pelancaran
Dasar Perpaduan dan Rangka Tindakan
Perpaduan Negara 2021-2030 berjaya

❑ Masyarakat perlu memupuk sifat empati dalam diri bagi mengelakkan perkauman
❑Masyarakat harus memahami isi-isu kaum dari perspektif yang lebih seimbang dan

menyeluruh melalui sistem pendidikan dan media.

❑Masyarakat harus berwaspada terhadap manipulasi sentimen kaum oleh ahli-ahli politik

yang cuba menaikkan saham politik masing-masing melalui eksploitasi perasaan kaum.

❑Kerajaan terus berusaha membentuk identiti nasional dengan semangat jati diri, patriotik,

prihatin, toleransi, saling hormat-menghormati dan bertanggungjawab dalam jiwa rakyat.

❑Agen penggerak perpaduan yang terdiri daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO), pihak

swasta dan pemegang taruh berkaitan menyokong penuh dasar dan rangka perpaduan negara.

MUHAMMAD FAIZUL

PENUTUP

Kesepaduan Sosial dan Kebudayaan Merentas Bangsa di Malaysia adalah penting bagi
sesebuah Negara yang sedang menuju ke Wawasan 2020. Segala peristiwa yang telah berlaku
haruslah dijadikan iktibar kepada rakyat Malaysia agar dapat memupuk perpaduan kaum ini.

Selain itu , rakyat Malaysia sewajarnya mengekalkan keamanan dengan berganding bahu
dengan semua kaum yang terdapat di Malaysia agar dapat memperkukuhkan perpaduan dan

kesefahaman bersama. Oleh itu, Kita sebagai rakyat Malaysia mestilah mengekalkan
keharmonian antara kaum yang berbilang bangsa walaupun di mana sahaja kita hidup dalam

sebuah komuniti.

MUHAMMAD FADHLI

HARAPAN DAN
CADANGAN KUMPULAN

Kami berharap negara Malaysia akan terus berkembang maju dalam kehidupan yang pelbagai bangsa. Kami
juga berharap agar Malaysia akan terus aman, perpaduan stabil tanpa diracuni anasir luar. Rakyat perlu ada
belas kasihan kepada rakyat yang inginkan keamanan dan kestabilan negara agar berpeluang untuk
meneruskan kelangsungan hidup dengan selamat dan terjamin.
Harapan saya pada kali ini ialah untuk kita segenap rakyat Malaysia, tanpa mengira umur atau bangsa,
pangkat mahupun darjat untuk mengembalikan semula tatasusila dan kesopanan yang dahulu cukup sinonim
dengan nama Malaysia. Sebagai negara moden yang melakar masa depan lebih dinamik dan berusaha
memposisikan diri sebagai negara maju, cabaran berterusan dalam arus globalisasi dan pasca kemodenan
menjadi realiti perlu ditangani sebaik mungkin.
Masyarakat perlu menitikberatkan kesantunan insan dalam mengurus perbezaan dalam masyarakat pelbagai
agama dan bangsa. Ini realiti harus difahami dan diterima semua pihak. Malaysia perlu dikenali bukan hanya
makmur dari segi ekonomi dan pembangunan, malah menjadi negara beridentitikan kepelbagaian agama,
bangsa dan budaya, sekali gus dapat bersama dalam suasana aman serta hamoni.Pihak politik tidak boleh
menjadikan rakyat sebagai agenda tersendiri agar keamanan dan kestabilan negara dapat diwujudkan

MUHAMMAD FADHLI

Sumber rujukan

•https://www.astroawani.com/berita-malaysia/hubungan-kaum-agama-semakin parah-di-
malaysia-227655
• https://anyflip.com/ygxzi/liuw/basic
• https://anyflip.com/phfev/pkjz/basic
•https://www.slideshare.net/wannurizzatiwanmohdy/masyarakat-pelbagai-etnik di-malaysia-2-
pdf-75255446

•https://www.pmo.gov.my/aiovg_videos/majlis-pelancaran-dasar-perpaduan negara-dan-rangka-
tindakan-blueprint-perpaduan-negara-2021-2030/
•https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/01/651403/harmonikan hubungan-
masyarakat-pelbagai-kaum

Thank You
DISEDIAKAN OLEH:

Thayannokku! MUHAMMAD FADHLI BIN DARUS
NOR AIN SHYAZWANI BINTI KHAIRO ANUAR

MUHAMMAD FAIZUL BIN ILIAS


Click to View FlipBook Version