The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by maisarahrashid97, 2022-05-28 10:26:03

Anyflip Syazwan Yusri Bin Shah Mizan

Assalamualaikum. Saya Syazwan Yusri Bin Shah Mizan merupakan pelajar

Tingkatan 3 Intan dari SMK Tun Mutahir Melaka. Saya telah dipilih menjadi peserta
pertandingan e-Nilam Pendidikan Khas Peringkat Zon Pendengaran2 PPKI Sekolah Menengah

Kebangsaan Tun Mutahir pada tahun 2022 bagi kategori Pendengaran Menengah.

Yang dihormati panel hakim yang arif lagi bijaksana dan rakan-rakan sekalian. Saya

akan berkongsi dengan anda tentang buku yang saya baca. Buku ini bertajuk “Epoi” oleh Maria

Kajiwa. Buku ini diterbitkan oleh Sykt Fajar pada tahun 2012.

Sidang penonton sekalian, pernahkah kalian kehilangan adik kalian? Cuba kalian

bayangkan adik yang kalian sayangi tiba-tiba hilang. Pasti kalian cemas dan akan berusaha
sedaya upaya mencari adik kalian bukan? Begitulah yang terjadi kepada Epoi. Meski Epoi

seekor kucing yang biasa, dia tetap berusaha mencari dan menyelamatkan adiknya daripada

sekumpulan kucing bermata merah yang kuat. Dengan keazamannya yang tinggi, akhirnya
Epoi berjaya menemui adik-adiknya. Epoi sememangnya abang yang bertanggungjawab dan

penyayang.

Jika perkara ini terjadi kepada kalian, adakah kalian sanggup melakukan hal yang

sama? Di sini Epoi telah membuktikan bahawa kasih dan hubungan persaudaraan yang kuat

mampu menandingi segala rintangan dan cabaran. Begitu juga kita, kita haruslah berusaha
bersungguh-sungguh untuk mencapai suatu yang dihajatkan. Tambahan lagi, perkara tersebut

adalah perkara yang membabitkan ahli keluarga.

Antara isu semasa yang boleh kita kaitkan adalah kewujudan media sosial yang kini

semakin menjadi kegilaan umum sehingga lupa akan matlamat hidup yang sepatutnya. Cita-
cita yang kita miliki haruslah kita kejar sehingga berjaya mencapainya.

Seterusnya saya akan menyampaikan sebuah sajak yang bertajuk Pemuda Kuatkan Pribadimu
yang oleh Buya Hamka.



Kita harus menang!

Tetapi dimanakah letak kemenangan itu?

Yaitu disebalik perjuangan dan kepayahan.

Peribadi ibarat kereta.

Dia tidak boleh berjalan.

Jika mesin-mesinnya tidak bagus.



Peribadi yang berguna

Adalah pribadi yang percaya kepada kekuatan diri sendiri.

Bijak berkata-kata

Berarti mencakup tiga hal,

Yaitu perasaan yang halus,

Kefasihan berbicara dan kekayaan Bahasa.



Orang yang pandai menyesuaikan diri adalah orang yang tahu posisi dirinya,

Dia mengetahui kelebihan dan kekurangan dirinya sendiri.

Orang yang suka mengeluh tidak akan pernah menang!



Percayalah,

Mengakui kekurangan diri adalah tangga untuk kesempurnaan diri.

Terus berusaha memperbaiki kekurangan diri

Adalah keberanian luar biasa.



Peribadi yang berani,

Adalah orang yang sanggup menghadapi segala kesulitan

Atau bahaya dengan tidak kehilangan akal.



Assalamualaikum. Saya Syazwan Yusri Bin Shah Mizan merupakan pelajar Tingkatan
3 Intan dari SMK Tun Mutahir Melaka. Saya telah dipilih menjadi peserta pertandingan e-

Nilam Pendidikan Khas Peringkat Zon Pendengaran2 PPKI Sekolah Menengah Kebangsaan

Tun Mutahir pada tahun 2022 bagi kategori Pendengaran Menengah.

Yang dihormati panel hakim yang arif lagi bijaksana dan rakan-rakan sekalian. Saya

akan berkongsi dengan anda tentang buku yang saya baca. Buku ini bertajuk “Epoi” oleh Maria
Kajiwa. Buku ini diterbitkan oleh Sykt Fajar pada tahun 2012.


Sidang penonton sekalian, pernahkah kalian kehilangan adik kalian? Cuba kalian
bayangkan adik yang kalian sayangi tiba-tiba hilang. Pasti kalian cemas dan akan berusaha

sedaya upaya mencari adik kalian bukan? Begitulah yang terjadi kepada Epoi. Meski Epoi

seekor kucing yang biasa, dia tetap berusaha mencari dan menyelamatkan adiknya daripada
sekumpulan kucing bermata merah yang kuat. Dengan keazamannya yang tinggi, akhirnya

Epoi berjaya menemui adik-adiknya. Epoi sememangnya abang yang bertanggungjawab dan

penyayang.

Jika perkara ini terjadi kepada kalian, adakah kalian sanggup melakukan hal yang

sama? Di sini Epoi telah membuktikan bahawa kasih dan hubungan persaudaraan yang kuat
mampu menandingi segala rintangan dan cabaran. Begitu juga kita, kita haruslah berusaha

bersungguh-sungguh untuk mencapai suatu yang dihajatkan. Tambahan lagi, perkara tersebut
adalah perkara yang membabitkan ahli keluarga.


Antara isu semasa yang boleh kita kaitkan adalah kewujudan media sosial yang kini

semakin menjadi kegilaan umum sehingga lupa akan matlamat hidup yang sepatutnya. Cita-
cita yang kita miliki haruslah kita kejar sehingga berjaya mencapainya.



Peribadi seseorang dapat diketahui setelah melihat perjalanan hidupnya.

Dan rakam jejak usahanya.



Jika tidak ada cita-cita dan keinginan untuk mencapai cita-cita,

Maka tidak akan pernah ada kemajuan.

Apa yang kita lihat bagus pada orang lain,

Belum tentu bagus pada diri kita.



Orang yang tepat cepat dan berisi dalam perkataannya,

Maka ia memperoleh penghargaan istimewa didalam pergaulannya.

Menipu orang lain adalah sebuah kecurangan,

Tetapi menipu diri sendiri adalah seribu kecurangan.

Yang melemahkan semangat ada dua perkara,

Pertama prasangka kedua hati yang busuk.



Kepada pemuda,

Bebanmu akan berat,

Jiwamu harus kuat.

Tetapi aku percaya,

Langkahmu akan jaya.

Kuatkan Peribadimu!



Pengajaran yang boleh didapati daripada sajak ini adalah kita sebagai anak muda seharusnya
berusaha bersungguh-sungguh memajukan diri. Meskipun kita mempunyai kekurangan iaitu
masalah pendengaran, jangan kita jadikan ia sebagai alasan untuk tidak berjaya. Perbaikilah
kekurangan tersebut walaupun ianya susah. Beranilah mencuba agar kita tidak dianggap lemah
dan kalah.



Sekian, terima kasih.






Click to View FlipBook Version