The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izzatizaki9, 2021-03-04 02:26:57

KATA ALUAN

DASFDGF

TEKS UCAPAN ALU-ALUAN
YBHG. DATUK SERI DR. MAZLAN BIN YUSOFF
KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
SEMPENA MAJLIS KUNJUNGAN MESRA KETUA PUSPANITA KPT
BERSAMA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

DAN PROGRAM SEMARAK MERDEKA
PADA 19 SEPTEMBER 2020, JAM 8.00 PAGI

DI POLITEKNIK BANTING SELANGOR

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Prihatin

1. Pertamanya, marilah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. di
atas limpah dan perkenanNya, dapat kita bersama-sama dalam MAJLIS
KUNJUNGAN MESRA KETUA PUSPANITA KPT BERSAMA KETUA
SETIAUSAHA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI DAN PROGRAM
SEMARAK MERDEKA di Politeknik Banting Selangor.

2. Terlebih dahulu, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBhg. Ts Dr. Mohammad Naim
Bin Yaakub, Ketua Pengarah JPPKK, ……., Pengerusi PUSPANITA
cawangan kecil JPPKK, Dr. Hjh. Norhayati Bt. Zakaria, Pengarah Politeknik
Banting Selangor dan seluruh anggota pentadbiran kerajaan serta para
pelajar yang sudi hadir bersama-sama dengan kita pada pagi yang
berbahagia ini.

3. Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Politeknik Banting
Selangor atas kesudian menerima kunjungan mesra dari pihak kami.
Setinggi-tinggi ucapan tahniah juga diucapkan kepada Persatuan Suri dan
Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) dalam
menjayakan Program Kelestarian Malaysiaku Indah.

4. Untuk pengetahuan hadirin sekalian, pelaksanaan Program Kelestarian
Malaysiaku Indah ini bertujuan untuk membantu mencapai sasaran 100 juta
pokok dalam negara yang digerakkan melalui aktiviti penanaman pokok oleh
para sukarelawan PUSPANITA. Melalui kolaborasi strategik bersama
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), setiap cawangan
PUSPANITA diperuntukkan sebanyak 10 batang pokok untuk ditanam
diperingkat cawangan masing-masing di seluruh negara. Syabas dan
tahniah sekali lagi.

5. Seperti semua sedia maklum, dunia sedang diuji dengan kehadiran
Covid-19 yang telah meragut berjuta-juta nyawa diseluruh dunia. Pandemik
Covid-19 ini juga, telah membawa perubahan “Norma Baru” atau New Norm
dikalangan masyarakat dunia termasuk sektor pendidikan. Dari perspektif
pendidikan tinggi, ketika para pensyarah dan pelajar sedang melakukan
adaptasi terhadap pembelajaran dalam talian, banyak norma baharu yang
perlu diberikan perhatian khusus. Norma ini secara tidak langsung akan
memberikan impak kepada pelan strategik setiap institusi pengajian tinggi di
samping mengubah pacuan hala tuju sedia ada. Malah, tidak mustahil juga
landskap sistem pendidikan tinggi terutamanya dari aspek pengajaran dan
pembelajaran yang sedang dilaksanakan pada waktu ini, akan terus kekal
bersama arus perubahan semasa untuk tempoh waktu yang panjang.

6. Namun, pandemic Covid-19 ini bukanlah batu penghalang untuk kita
semua melupakan perjuangan parajurit Negara yang telah membawa
Malaysia mencapai kemerdekaan yang ke-63 tahun ini. Syukur
Alhamdulillah. Memetik ucapan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri
Ismail Sabri Yaakob “Situasi ini memaksa keperluan untuk mengadaptasi
kepada kebiasaan baharu dalam aktiviti seharian. Sambutan kemerdekaan
dalam skala besar termasuk program perbarisan yang saban tahun menjadi
tumpuan rakyat Malaysia kita tidak lagi lihat di kaca televisyen pada 31 Ogos
ini. Namun begitu, ini tidak seharusnya memudarkan semangat kemerdekaan
kita, sebaliknya kita semua perlu menghayati erti kemerdekaan dalam lensa
kebiasaan baharu”. Justeru, saya ingin melahirkan rasa bangga terhadap
inisiatif pihak Politeknik Banting Selangor atas penganjuran Program Semarak
Merdeka 2020 dalam suasana yang masih lagi mengikuti SOP. Tahniah dan
syabas diucapkan.

7. Saya percaya, apa jua situasi yang datang, kita mampu mengatasi dan
mengadaptasi sesuatu keadaan dengan baik. Akhir kata, ucapan jutaan
terima kasih kepada semua pihak yang berkerjasama dalam membantu
menjayakan program pada hari ini. Bantuan dan sokongan padu daripada
semua pihak menjadikan kite, rakyat Malaysia yang bersatu, kita jaga kita.
Sekian, terima kasih.


Click to View FlipBook Version