The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zakirabdulrazak28021998, 2021-07-18 23:44:46

Takbir, Kaifiyat Solat Sunat & Khutbah Hari Raya Aidiladha

BiPPA-Khutbah Aidiladha

Keywords: BiPPA

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah
memberikan kerjasama sehingga terbitnya risalah kecil ini. Semoga

diganjari balasan yang baik oleh Allah di dunia dan di akhirat.

Zafrullah Aris
Setiausaha,

Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama,
Parti Keadilan Rakyat Malaysia

Hak Cipta Terpelihara Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama,
Parti Keadilan Rakyat Malaysia, 2021

2

LAFAZ TAKBIR HARI RAYA

،‫ اَللهُ أَ ْكبَ ُر‬،‫ اَللهُ أَ ْكبَ ُر‬،‫اَللهُ أَ ْكبَ ُر‬

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar

،‫ل َا ِإ َل َه ِإلاَّ اللهُ َواللهُ أَ ْك َب ُر‬

Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar

‫اَللهُ أَ ْكبَ ُر َولِِلِ ال َح ْم ُد‬

Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian Dan Subhanallah

(Maha Suci Allah) pagi dan petang

،‫ اَللهُ أَ ْكبَ ُر‬،‫ اَللهُ أَ ْك َب ُر‬،‫اَللهُ أَ ْكبَ ُر‬

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar

،ً‫ َو ُس ْب َحا َن الل ِه بُ ْك َرةً َوأَ ِصيلا‬،‫ َوال َح ْم ُد لِِلَ َكثِي ًرا‬،‫اللهُ أَ ْك َب ُر َكبِي ًرا‬

Tidak ada Tuhan melainkan Allah, Kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya,
Dengan ikhlas untuk Agama (Islam), Walaupun dibenci oleh golongan kafir.

،‫لا ِإ َلهَ ِإلاَّ اللهُ َول َا نَ ْعبُ ُد ِإلاَّ ِإ َّياهُ ُم ْخ ِل ِصي َن َلهُ ال ِدي َن َولَ ْو َك ِرهَ ال َكا ِف ُرو َن‬

Tidak ada Tuhan melainkan Allah yang Esa, Yang benar janji-Nya, Dan yang
menolong hamba-Nya, Dan yang memuliakan tentera-tentera-Nya (tentera
Muslimin), Dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaan-Nya.

‫ َوأَ َع َّز ُج ْن َدهُ َو َه َز َم الأَ ْح َزا َب‬،ُ‫ َونَ َص َر َع ْب َده‬،‫ َص َد َق َو ْع َد ُه‬،ُ‫لاَ ِإ َلهَ إِلاَّ اللهُ َو ْح َده‬
،‫َو ْح َد ُه‬

Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan
bagi Allah segala puji-pujian.

،‫ل َا إِلَهَ ِإلاَّ اللهُ َواللهُ أَ ْك َب ُر‬

Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar.

‫اَللهُ أَ ْك َب ُر َولِِ ِل ال َح ْم ُد‬

Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian Dan Subhanallah (Maha Suci

Allah) pagi dan petang.

3

KAIFIYAT SOLAT SUNAT AIDILADHA

Panduan Terkini Cara Solat Sunat Hari Raya Haji (Aidiladha)

Solat hari raya Haji/ Korban (Aidiladha) dua rakaat hukumnya sunat,
segala rukun dan syarat serta sunatnya sama seperti solat fardu yang
lima, kecuali perkara sunat yang ditambahkan iaitu mengangkat takbir
tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat kedua,
disertakan dengan bertasbih di antara tiap-tiap takbir.

Khutbah Aidiladha sama dengan khutbah Jumaat dari segi rukunnya.
Namun, sunat dimulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak
sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali
berturut-turut pada khutbah kedua.

Berikut adalah panduan serta cara bagi menunaikan solat sunat Hari
Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji/ Korban:

Lafaz Niat Solat Sunat Hari Raya Aidiladha:

‫ إَماًما ّلَِّل تَ َعا َل‬/‫اُ َصّلِى ُسَنّةَ عيْد اْلَ ْض َحى َرْكعَتَْي َمأُْمْوًما‬

Usalli sunnata idil adha rak’ataini makmuman/ imaman lillahi ta’ala.

Sahaja aku (sembahyang/ solat) sunat Aidiladha dua rakaat
sebagai makmum/ imam kerana Allah Ta’ala.

Lafaz Tasbih [dibaca setiap kali selepas mengangkat takbir pada
rakaat pertama (7 kali), dan rakaat kedua (5 kali)]:

ُ‫ َواللهُ أَ ْكَب‬،ُ‫ َولآ إلَهَ إَّل الله‬،‫ َواْْلَْم ُد ّلَِّل‬،‫ُسبْ َحا َن الله‬

SubhanAllah, walhamdulillah, wa laa ilaha illAllaah, wallahu akbar.

4

Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah,
dan Allah Maha Besar.

Rakaat Pertama

1. Dimulai dengan lafaz takbiratul ihram dengan menyebut Allahu
Akbar disertakan dengan niat di dalam hati.

2. Membaca doa iftitah.
3. Mengangkat takbir tujuh kali diselangselikan dengan bacaan

tasbih.
4. Membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca surah al-Quran.
6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.

Rakaat Kedua

1. Dimulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat
kedua).

2. Lafaz takbir lima kali di selangselikan dengan bacaan tasbih.
3. Membaca surah al-Fatihah.
4. Membaca surah al-Quran.
5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.
6. Memberi salam.

Khutbah Aidiladha

▪ Adalah disunnahkan bagi melaksanakan khutbah sesudah
mengerjakan Solat Hari Raya.

▪ Khutbah Aidiladha adalah sama dengan khutbah Jumaat dari segi
rukunnya.

▪ Sunat dimulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak
sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali
berturut-turut pada khutbah kedua.

5

‫‪KHUTBAH HARI RAYA AIDILADHA‬‬

‫‪Menghayati Ibrah Perjuangan Nabi Ibrahim A.S‬‬

‫اَل َّسَلُم عَلَْي ُك ْم َوَرْحَةُ الله َوبََرَكاتُهُ‬
‫اَللُ أَ ْكَبُ‪ ،‬اَللُ أَ ْكَبُ‪ ،‬اَللُ أَ ْكَبُ‬
‫اَللُ أَ ْكَبُ‪ ،‬اَللُ أَ ْكَبُ‪ ،‬اَللُ أَ ْكَبُ‬
‫اَللُ أَ ْكَبُ‪ ،‬اَللُ أَ ْكَبُ‪ ،‬اَللُ أَ ْكَبُ‪َ ،‬وّلَِّل اْْلَْمد‪.‬‬
‫اَللُ أَ ْكَبُ َكبيرًا‪َ ،‬واْْلَْم ُد ّلَِّل َكثيًرا‪َ ،‬و ُسْب َحا َن الله بُ ْكَرةً َوأَصيًَل‪.‬‬
‫اَْْلَْم ُد ّلَِّل اَلّذي َلْ يََتّخ ْذ َولًَدا‪َ ،‬وَلْ يَ ُك ْن لَهُ َشريك ف الْ ُملْك َوَلْ يَ ُك ْن لَهُ َولي م َن ال ُّذ ِّل‬

‫َوَكِّْبهُ تَ ْكبيرًا‪.‬‬
‫أَ ْشَه ُد أَن َّل إلَهَ إَّل اللهُ َو ْح َدهُ َل َشري َك لَهُ‪ ،‬لَهُ الْ ُملْ ُك َولَهُ اْْلَْم ُد‪َ ،‬وُهَو عَلَى ُك ِّل َش ْيء قَدير‪.‬‬

‫َوأَ ْشَه ُد أَ َّن ُمَ َّم ًدا عَبْ ُدهُ َوَر ُسولُهُ‪ ،‬اَلْبَ ْدُر ال ُّد َجى َوال ِّسَرا ُج الْ ُمنيرُ‪.‬‬
‫اَلَلُّه َّم َص ِّل َو َسّلِْم َوََبرْك َعلَى نَ ِّب الَّرْحَة‪َ ،‬و َشفيع اْلَُّمة‪َ ،‬وعَلَى آله َو َص ْحبه َوَم ْن تَب َعهُ َونَ َصَرهُ‬

‫َوَواَلهُ‪.‬‬
‫أََّما بَْع ُد‪ ،‬فَيَا عبَاَد الله‪ ،‬اَتُّقوا اللهَ‪ ،‬أُوصي ُك ْم َونَْفسي بتَ ْقَوى الله َوطَاعَته لََعَلّ ُك ْم تُْفل ُحوَن‬

‫‪6‬‬

.‫ َوّلَِّل اْْلَْم ُد‬،ُ‫ اَللُ أَ ْكَب‬،ُ‫ اَللُ أَ ْكَب‬،ُ‫اَللُ أَ ْكَب‬

Ahli keluargaku yang aku kasihi lagi hormati,
1. Alhamdulillah, di pagi yang hening dan indah ini seluruh umat Islam
sedang berkumpul tanpa mengira suku kaum, pangkat dan darjat
menikmati indahnya suasana pagi Aidiladha sambil
mengumandangkan takbir mengagungkan Allah subhanahu wa
ta’ala dirangkaikan bersama solat sunat Aidiladha sebagai salah
satu manifestasi insan mendekatkan diri kepada Yang Maha Agung.
2. Hari ini pastinya merupakan hari yang penuh berkat dan bersejarah
bagi umat Islam di seluruh penjuru alam. Ini termasuklah kita umat
Islam di Malaysia negara bertuah dan dirahmati dengan
kepelbagaian hasil mahsul dan penduduk yang berbilang agama dan
bangsa. Sungguhpun sambutan Aidiladha pada tahun ini masih
terikat dengan tatacara norma baharu dan S.O.P yang telah
dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa seperti tahun sebelumnya,
namun ini tidak bermaksud semangat daripada ibrah Aidiladha turut
luntur menghakis kekuatan perjuangan kita dalam menghayati roh
pengorbanan, yang membumi mekar, menguntum memayungi
prinsip keadilan dan kesejahteraan rakyat seluruhnya.

7

.‫ َوّلَِّل اْْلَْم ُد‬،ُ‫ اَللُ أَ ْكَب‬،ُ‫ اَللُ أَ ْكَب‬،ُ‫اَللُ أَ ْكَب‬

Ahli keluargaku yang aku kasihi lagi hormati,
3. Rempuhan pandemik COVID-19 pada kali ini sesungguhnya
banyak memberi pengajaran kepada kita seluruhnya, khususnya
daripada aspek apakah aturan polisi keselamatan dan sistem
bernegara yang paling wajar dalam mendepani rempuhan ini. Saban
hari kita dihidangkan dengan kenaikan jumlah mereka yang positif
dan bilangan mereka yang terkorban disebabkan oleh pandemik ini.
Para petugas barisan hadapan yang memainkan peranan sangat
penting sejak awal tahun lepas terus menerus menggadaikan nyawa
berkorban bagi memastikan dapat memutuskan rantaian jangkitan.
Sungguh, meletakkan penghormatan dan ucapan terima kasih
kepada seluruh pejuang barisan hadapan atas segala usaha tanpa
henti-henti yang menepati maksud Maqasid Syariah yang mulia.
Mudah-mudahan Allah melimpahkan rahmat, mengangkat usaha
dan bakti para pejuang di barisan hadapan sebagai amal soleh yang
tinggi nilainya.
4. Pun demikian, perlu diperhatikan dan diingat bahawa negara
melalui usaha dan kudrat para pejuang barisan hadapan masih dan
sedang bertempur melawan pandemik yang degil, sedegil
kebobrokan S.O.P yang tidak dikoordinasi dengan baik dan betul.
Malah ini jelas melambangkan ketidakupayaan dan kehilangan

8

wawasan dalam pengurusan krisis di peringkat pihak yang
wewenang.
5. Kepada Allah lah tempat kita panjatkan segala doa dan harapan,
mudah-mudahan Allah subhanahu wa ta’ala melimpahkan rahmat
dan inayah kepada negeri dan negara yang kita cintai ini, agar
terlepas daripada rempuhan pandemik COVID-19. Inilah salah satu
usaha kecil kita untuk terus berdoa oleh sekalian warga dalam
menyikapi ibrah dan semangat yang dicontohkan melalui sambutan
Aidiladha.
Firman Allah SWT:

﴾‫﴿َواَلّذي َن َجا َه ُدوا فينَا لَنَ ْهديََنّ ُه ْم ُسبُلَنَا َوإ َّن اّلَِّلَ لََم َع الْ ُم ْحسن َي‬

Maksudnya: “Dan orang-orang yang berusaha dengan
bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami,
sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami
(yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan
sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta
orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”
(Surah al-Ankabut ayat 69)

9

.‫ َوّلَِّل اْْلَْم ُد‬،ُ‫ اَللُ أَ ْكَب‬،ُ‫ اَللُ أَ ْكَب‬،ُ‫اَللُ أَ ْكَب‬

Ahli keluargaku yang aku kasihi lagi hormati,

6. Sejarah menukilkan bahawa Aidiladha telah membuka suatu
lembaran kemenangan terbesar bagi seorang insan, dalam
mengendalikan emosi dan nafsu untuk mentaati perintah Allah
subhanahu wa ta’ala. Ia juga satu pengiktirafan terhadap
pengorbanan yang agung dengan kebulatan tekad bagi sebuah
perjuangan yang dijadikan pengajaran oleh manusia sehingga Hari
Kiamat kelak.

‫ َوّلَِّل اْْلَْم ُد‬،ُ‫ اَللُ أَ ْكَب‬،ُ‫ اَللُ أَ ْكَب‬،ُ‫اَللُ أَ ْكَب‬

Ahli keluargaku yang aku kasihi lagi hormati,
7. Selain daripada itu, perjuangan Nabi Ibrahim ‘alaihis salam di awal
kehidupannya dalam mencari pengertian Tuhan yang sebenar adalah
satu kisah yang wajar menjadi renungan kita. Dalam Surat al-An’am
ayat 74, Allah subhanahu wa ta’ala menceritakan watak Nabi
Ibrahim ‘alaihis salam yang cerdas ketika berdialog dengan
bapanya sebagaimana ayat:

﴾‫﴿َوإ ْذ قَا َل إبَْراهي ُم لَبيه آَزَر أَتََتّخ ُذ أَ ْصنَاًما آِلَةً إ ِّن أََرا َك َوقَْوَم َك ف َضَلل ُّمبي‬

Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya
Aazar: "Patutkah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-
tuhan? Sesungguhnya aku melihatmu dan kaummu dalam kesesatan yang
nyata".

10

8. Dan sekiranya kita lanjutkan pembacaan dan pencarian penemuan
konsep ketauhidan ini pada surah yang sama pada ayat 75-79, pasti
kita merasa kagum dalam meneladani kisah Nabi Allah Ibrahim
‘alaihis salam dalam upaya baginda mencari Tuhan bagi sekalian
alam. Inilah perjalanan terbesar seorang insan untuk membebaskan
hidupnya dan pandangannya dari orientasi hidup yang keliru.
Bahkan yang amat menyedihkan bagi Nabi Allah Ibrahim ‘alaihis
salam adalah kekeliruan dalam bertauhid ini telah tumbuh subur
dalam kalangan keluarga dan masyarakatnya.

9. Kekeliruan ini bertambah parah kerana diperkukuh dengan
kebejatan pemerintahan yang diterajui oleh Namrud. Namrud adalah
pemerintah kuku besi, yang tidak terbuka pandangan dan
pemikirannya. Perbezaan pandangan akan dihapuskan dengan
kekejaman dan penyeksaan. Segala fahaman yang berupaya
menggugat kedudukannya akan dihapuskan.

10. Watak Nabi Ibrahim ‘alaihis salam yang sedia berdialog dan
berbincang tidak dihargai. Baginda dicampak ke dalam api yang
marak membakar dengan tujuan menamatkan perjuangannya.
‘Berpantang maut, sebelum ajal’. Regim Namrud dihadapi dengan
penuh keberanian oleh Nabi Ibrahim dan para pengikutnya.

11. Inilah intisari perjuangan para rasul. Martabat keinsanan yang
dikurniakan oleh Allah perlu dipertahankan. Manusia hidup atas

11

nilai dan prinsip yang menjadi keyakinannya. Firman Allah
subhanahu wa ta’ala dalam surah al-Isra ayat 70:

‫﴿َولََق ْد َكَّرْمنَا بَِن آ َدَم َوَحَْلنَا ُه ْم ف الَّْبِ َوالْبَ ْحر َوَرَزقْنَا ُهم ِّم َن ال َطّّيِبَات َوفَ َّضلْنَا ُه ْم َعلَ ٰى‬
﴾‫َكثير َِّمّ ْن َخلَْقنَا تَْفضيًَل‬

Maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak
Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai
kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki
kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah
lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk
yang telah Kami ciptakan.”

.‫ َوّلَِّل اْْلَْم ُد‬،ُ‫ اَللُ أَ ْكَب‬،ُ‫ اَللُ أَ ْكَب‬،ُ‫اَللُ أَ ْكَب‬

Ahli keluargaku yang aku kasihi lagi hormati,
12. Demikianlah sebuah pelajaran untuk kita telusuri dan hayati,
pelajaran dari Nabi Allah Ibrahim ‘alaihis salam yang
memperjuangkan keyakinannya tanpa sebarang tawar menawar
walau perlu mengorbankan ahli keluarga sendiri. Kita perlu
memperteguh tekad untuk berhadapan dengan cabaran daripada
Namrud kecil. Cabaran yang mungkin hadir dalam bentuk habuan
dunia, ancaman nyawa dan keluarga.

12

13. Janganlah kita sekali-kali merendahkan atau menjatuhkan
martabat kemuliaan insan yang telah dikurniakan oleh Allah
subhanahu wa ta’ala. Jangan kita sekali-kali menggadaikan prinsip
dengan memperhambakan diri kepada sebuah kekuasaan yang
angkuh dan rakus yang sanggup menginjak maruah tanpa rasa malu
atau berdosa.

‫ َونََفَعِن َوإَّي ُك ْم ِبَا فيه م َن اْلآََّيت َوال ِّذْكر‬،‫ََبَرَك اللهُ ل َولَ ُك ْم َبلُْقْرآن الَْعظيم‬
.‫ ُهَو ال َّسمي ُع الَعلي ُم‬,ُ‫ إَنّه‬،,ُ‫اْْلَكيم َوتََقَبّ َل مِِّن َومْن ُك ْم تَلَوتَه‬

،‫أَقُوُل قَْول َه َذا وأَ ْستَ ْغفُر اللهَ الَْعظيَم ل َولَ ُك ْم َول َسآئر الْ ُم ْسلم َي َوالْ ُم ْسل َمات‬
.‫ ُهَو الْغَُفوُر الَّرحيم‬,ُ‫فَا ْستَ ْغفُروهُ إَنّه‬
ُ‫ اَللُ أَ ْكَب‬،ُ‫ اَللُ أَ ْكَب‬،ُ‫اَللُ أَ ْكَب‬

.‫ اَللُ أَ ْكَبُ َوّلَِّل اْْلَْم ُد‬،ُ‫لآ إلَهَ إَّل اللهُ َواللهُ أَ ْكَب‬

13

KHUTBAH KEDUA

ُ‫ اَللُ أَ ْكَب‬،ُ‫ اللهُ أَ ْكَب‬،ُ‫ اَللُ أَ ْكَب‬،ُ‫ اَللُ أَ ْكَب‬،ُ‫اَللُ أَ ْكَب‬
.‫ َوّلَِّل اْْلَْم ُد‬،ُ‫ اَللُ أَ ْكَب‬،ُ‫اَللُ أَ ْكَب‬

,ُ‫ أَ ْش َه ُد أَ ْن لآ إلَهَ إَّل اللهُ َو ْح َده‬.‫ َوَرَزقَنَا م َن ال َطّّيِبَات‬،‫اَْْلَْم ُد ّلَِّل اَلّذي َجَعلَنَا الْ ُم ْسلم َي‬
.,ُ‫ َوَر ُسولُه‬,ُ‫ َوأَ ْش َه ُد أَ َّن ُُمَ َّم ًدا َعبْ ُده‬،,ُ‫َل َشري َك لَه‬

.‫اَلَلُّه َّم َص ِّل َو َسّلِْم َوََبرْك َعلَى َسّيِدََن ُُمَ َّمد َوَعلَى آله َوأَ ْص َحابه ال َطّّيِب َي ال َطّاهري َن‬
.‫ أُوصي ُك ْم َوإَّي َي بتَ ْقَوى الله َوطَا َعته لََعَلّ ُك ْم تُْفل ُحوَن‬،‫ فَيَا عبَاَد الله‬،‫أََّما بَ ْع ُد‬
.‫ َوّلَِّل اْْلَْم ُد‬،ُ‫ اَللُ أ ْكَب‬،‫ اَللُ أَ ْكَب‬،ُ‫اَللُ أَ ْكَب‬

Ahli keluargaku yang aku kasihi lagi hormati,

Penyembelihan haiwan korban merupakan sebuah pernyataan dan simbol
penyembelihan hawa nafsu serakah manusia. Manusia diharapkan
kembali kepada fitrah kemanusiaannya yang ditunjungi karamah insaniah
makhluk terbaik yang diciptakan oleh Allah subhanahu wa ta’ala.
Semangat melaksanakan ibadah korban bukan sebatas menyembelih
sahaja, ia perlu dihayati dalam kehidupan seharian. Kita berkorban adalah
untuk memberi dan menyumbang kepada kemanusiaan. Daging haiwan
korban akan dinikmati bersama dan diharapkan dapat menimbulkan
kegembiraan bagi golongan yang kurang berada.

14

Semoga dengan semangat ini akan menerbitkan keinsafan yang mampu
menghapuskan keangkuhan, takabbur, ujub dan kesombongan dalam diri
kita. Inilah yang ditegaskan oleh pepatah kita ‘Tegak rumah kerana sendi,
tegak bangsa kerana budi’.

.‫ َوّلَِّل اْْلَْم ُد‬،ُ‫ اَللُ أ ْكَب‬،‫ اَللُ أَ ْكَب‬،ُ‫اَللُ أَ ْكَب‬

Ahli keluargaku yang aku kasihi lagi hormati,
Demikianlah huraian dalam khutbah ini semoga ada manfaatnya bagi kita
semua. Maka marilah kita berdoa kepada Allah subhanahu wa ta’ala
mudah-mudahan amal ibadah kita diterima-Nya.

‫اَلَلُّه َّم ا ْغفْر لْل ُم ْسلم َي َوالْ ُم ْسل َمات َوالْ ُمْؤمن َي َوالْ ُمْؤمنَات اْلَ ْحيَآء مْن ُه ْم‬
.‫ إَنّ َك ََسيع قَريب ُُمي ُب ال َّد َعَوات َوقَاض َي اْْلَا َجات‬،‫َواْلَْمَوات‬

.‫ََّي َح ُّي ََّي قَّيِوُم‬

Lindungilah kami dari segala keburukan dan kejahatan kami.
Hindarkanlah kami dari segala bentuk kemungkaran dan kemaksiatan. Ya
Allah, lindungilah kami dari wabak COVID-19. Pimpinlah kami ke jalan
yang Engkau redhai. Peliharalah negeri kami daripada keadaan huru-hara
dan segala bentuk ancaman. Peliharakanlah perpaduan antara kami
supaya hidup dalam keadaan aman damai, selamat dan sejahtera serta
terpelihara dari sebarang anasir yang memudaratkan.

15

،‫ََّي أَْرَحَم الَّراح َي‬

Kau jadikanlah kami hamba-Mu yang Engkau redhai, Kau curahkan
segala rahmat dan kasih saying-Mu kepada kami. Kau sinarilah diri kami
dengan cahaya hidayah-Mu yang tidak pernah kunjung malap. Kau
ampunilah segala dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, keluarga kami,
guru-guru kami serta sahabat kami sekaliannya.

،‫ََّي َعزيُز ََّي َعظي ُم‬

Kami bermohon kepada-Mu, agar kau perkuatkan diri kami menempuh
ujian pandemik Covid 19 ini. Sesungguhnya kami merindui sahabat dan
keluarga kami. Kami sayang dan amat mengasihi mereka. Engkaulah
yang Maha Bijaksana dalam mengatur segala perencanaan. Kau
perteguhkan hati kami agar meredhai dan sabar dengan segala ketentuan
daripada-Mu.

‫ نَ ْسأَلُ َك أَ ْن تَغْفَرلَنَا َولْل ُمْؤمن َي َوالْ ُمْؤمنَات َوالْ ُم ْسلم َي َوالْ ُم ْسل َمات‬،‫اَلَلُّه َّم ِبَ ِّق الْيَْوم الْ ُمبَاَرك‬
.‫ بَرْحَت َك ََي أَْر َح َم الَّراح َي‬،‫اْلَ ْحيَآء مْن ُه ْم َواْلَْمَوات‬

‫اَلَلُّه َّم أَّيِْد ب َدَوام الَتّْوفيق َواِْل َدايَة َوال ِّص َّحة َوال َّسَلَمة َملكنَا كبَاَوْه ُدول َي ْڠ َم َها ُموِل َيا س ِري َڤ ُدو َک َب ِݢي ْن َدا‬

‫ اَل ُّسْلطَا ْن عَْب ُد اللهْ رعَايَةُ ال ِّدي ْن الْ ُم ْصطََفى َبللْ َشاْه ابْن اَلْ َمْر ُحوْم ُسْلطَا ْن َحاج أَ ْحَ ْد َشاْه‬،‫َي ْڠ ِدڤ ْ ُرت َوا ْن َأ ُݢو ْڠ‬
.ْ‫اَلْ ُم ْستَع ْي َبلل‬

16

‫َحا َّجهْ‬ ‫(‪)Tunku‬‬ ‫ُتو ْن ُكو‬ ‫َُ ْ‬ ‫ڤ ْرَما ْي ُسو ِري‬ ‫َرا َج‬ ‫َب ِݢي ْن َدا‬ ‫َڤ ُدو َک‬ ‫سري‬ ‫ُموليَا‬ ‫َم َها‬ ‫َي ْڠ‬ ‫ُدول‬ ‫كبَاَوْه‬ ‫َوَك َذل َك‬
‫أݢوڠ‪،‬‬

‫َعزيَزْة أَمينَةْ َميْ ُمونَةْ إ ْس َكنْ َدريَْة بْنت اَلْ َمْر ُحوْم اَلْ ُمتََوِّك ْل عَلَى اللهْ ُسْلطَا ْن إ ْس َكْن َدْر اَْْلَا ْج‪.‬‬

‫َد ْعَوا ُه ْم فيَها ُسبْ َحانَ َك الَلُّه َّم َوَتَيّتُ ُه ْم فيَها َسَلم َوءَاخُر َد ْعَوا ُه ْم أَن اْْلَْم ُد ّلَِّل َر ِّب الْعَالَم َي‪.‬‬

‫اَللُ أَ ْكَبُ‪ ،‬اَللُ أَ ْكَبُ‪ ،‬اَللُ أَ ْكَبُ‬

‫لآ إلَهَ إَّل اللهُ َواللهُ أَ ْكَبُ‪ ،‬اَللُ أَ ْكَبُ َوّلَِّل اْْلَْم ُد‪.‬‬

‫َوال َّسَلُم عَلَيْ ُك ْم َوَرْحَةُ الله َوبََرَكاتُهُ‪ُ ،‬ك ُّل َعام َوأَنْتُْم ِبَْير‪ .‬تََقَبّ َل اللهَ مَنّا َومْن ُك ْم َصال َح اْلَ ْع َمال‪.‬‬

‫‪Rujukan yang disesuaikan daripada:‬‬
‫‪1) Buku Kecil Panduan Hari Raya Aidil Adha oleh Angkatan‬‬
‫)‪Belia Islam Malaysia (ABIM‬‬
‫‪2) Teks Khutbah Aidiladha (Manifestasi Pengorbanan) oleh‬‬
‫)‪Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI‬‬

‫‪17‬‬


Click to View FlipBook Version