2.0 PENGARUH
MULTIMEDIA KEPADA
TINGKAH LAKU SEKSUAL
BERISIKO
TINGKATAN 1
KSSM
STANDARD
PEMBELAJARAN
• Memahami pengaruh negative kepada tingkah laku seksual berisiko
• Mengaplikasi kemahiran menangani pengaruh negative multimedia terhadap tingkah
laku seksual berisiko
• Menganalisis pengaruh negative multimedia kepada tingkah laku seksual berisiko
• Menjana idea cara menangani tingkah laku seksual berisiko dan kepentingan
penahanan diri daripada seks.
PENDAHULUAN
• Media massa memainkan peranan penting dalam dunia hari
ini. Media massa merujuk kepada pelbagai teknologi yang
digunakan untuk berkomunikasi yang kadang-kadang
dikenali sebagai multimedia.
• Murid mudah terpengaruh dengan kecanggihan multimedia,
namun murid haruslah menggunakan multimedia dengan
cara yang bijak dan berhemah.
Namakan jenis-jenis multimedia yang anda tahu.
Radio Internet
Jenis-jenis Majalah
multimedia Filem
Televisyen
Muzik
SEBARKAN MAKLUMAT DAN PERANGI
TINGKAH LAKU SEKSUAL BERISIKO.
Lydia telah berkenalan dengan seorang lelaki melalui media sosial.
Lelaki tersebut meminta untuk bertemu dan berkenalan dengan
lebih mesra tetapi ditolak oleh Lydia. Namun lelaki tersebut telah
mendesaknya berkali-kali.
Lydia berasa keliru dan bertemu dengan Cikgu Arifa, kaunselor
sekolah untuk meminta nasihat. Berikut adalah maklumat berkaitan
risiko seks sebelum nikah yang diperolehi olehnya.
Risiko Menggugurkan kandungan
Seks •Sebab malu, cuba gugurkan kandungan. Ini boleh
Sebelum menjejaskan kesihatan bayi dan diri sendiri
Nikah
Anak tidak sah taraf
•Tidak diterima keluarga dan masyarakat.
•Berasa rendah diri
Bercanggah dengan agama dan norma masyarakat
•Perbuatan yang keji dan hina pada pandangan
masyarakat.
Kemerosotan pelajaran
•Hilang tumpuan pada pelajaran dan gagal dalam
peperiksaan
Risiko Hamil sebelum nikah
Seks •Individu belum bersedia memikul tanggungawab
Sebelum
Nikah Mencemarkan maruah keluarga
•Dipandang serong oleh masyarakat
Mencemarkan maruah diri
•Akan dicemuh dan disingkirkan masyarakat.
Bijak bertindak, Jauhi Terjebak
Situasi 1
Syazwan memujuk Aliah berjumpa di tempat yang sunyi
berdua-duan. Apakah tindakan yang perlu Aliah lakukan?
Aliah perlu menolak ajakan syazwan dengan tegas.
Aliah juga perlu melaporkan perbuatan syazwan
kepada guru kelas atau guru kaunseling.
m/s 135
Bijak bertindak, Jauhi Terjebak
Situasi 2
Semasa berkunjung ke rumah jiran, jiran anda sedang
melihat-lihat majalah lucah. Jiran mengajak anda sama-
sama untuk melihat majalah tersebut. Apakah tindakan
anda?
Saya akan menolak ajakan jiran saya dan
menasihatinya agar tidak melakukan perkara
tersebut itu lagi atau saya akan melaporkan
kepada ibu bapa mereka.
m/s 135
Bijak bertindak, Jauhi Terjebak
• Semasa Rajan sedang melayari internet untuk mencari
bahan bagi menyelesaikan tugasan yang diberi oleh guru,
secara tiba-tiba terpapar gambar-gambar lucah. Apakah
tindakan yang perlu dilakukan oleh Rajan?
Rajan perlu segera menutup laman web
tersebut dan melaporkan kepada guru
berkenaan masalah tersebut agar tidak
berulang.
m/s 135
PENGARUH NEGATIF MULTIMEDIA
• Aktiviti mencari maklumat
• Baca petikan di mukasurat 134 buku teks PJK Tingkatan 1
• Baca petikan tersebut dan analisis kesan negatif multimedia
kepada tingkah laku seksual berisiko dan bincangkan dalam
kumpulan.
• Tulis dalam buku nota PJPK anda.