halangan komunikasi dan isu dalam keterampilan berbahasa BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA KOTA KINABALU,SABAH
NO ANGKA GILIRAN KUMPULAN AMBILAN NAMA PENSYARAH BIODATA DIRI NAMA PELAJAR MARSHALL JOSEPH 2022072310032 PPSIMP BAHASA MELAYU SK2 JUN 2022 PUAN NUR AQEELA ALIA BINTI AHMAD
Komunikasi secara umumnya merupakan suatu cara untuk kita saling berinteraksi antara satu sama lain.Komunikasi memerlukan keterampilan yang baik semasa berhubung dengan individu lain sama ada komunikasi tersebut sehala mahupun dua hala. Menurut Erwin Erlanga (2017),komunikasi adalah aktiviti yang dilakukan oleh semua manusia dan memerlukan sebuah keterampilan khusus agar dapat melahirkan kejayaan. Namun,terdapat halangan serta isu dan cabaran yang membelenggu cara kita untuk berkomunikasi.Gangguan komunikasi adalah masalah pada kemampuan untuk menerima,mengirim,memproses dan memahami konsep komunikasi(Fatihah Anuar 2018). PENGENALAN
Maklum Balas Gangguan saraf penerima Komunikasi Sehala halangan komunikasi dalam keterampilan berbahasa Reason #3: Maklum balas adalah respon yang diberikan seseorang terhadap maklumat yang diterima. Maklum balas yang diberikan adalah tertakluk kepada penerima sama ada negatif mahupun positif Maklum balas berlaku dalam komunikasi dua hala.Sebagai contoh,semasa temu bual dan perbincangan kelompok . Masalah berlaku apabila maklumat yang disampaikan dan diterima tidak tepat.Hal ini dikenali sebagai kecairan maklumat. Komunikasi sehala ialah komunikasi yang berlaku tanpa respon daripada penerima. Contoh komunikasi sehala ialah ketika pembaca berita membaca berita di televisyen dan pidato Halangan yang berlaku dalam komunikasi sehala ialah tiada tindak balas yang memberi respon terhadap maklumat yang disampaikan sekaligus menyebabkan komunikasi tidak berjalan lancar. Gangguan saraf penerima ialah gangguan yang berlaku terhadap saraf yang menyebabkan penerima lambat memberikan respon terhadap komunikasi. Gangguan ini biasanya berlaku kepada golongan "istimewa" seperti penghidap Autisme.
Gangguan Luaran Penyampaian menerusi Gangguan Emosi saluran kedua halangan komunikasi dalam keterampilan berbahasa Gangguan luaran seperti keadaan yang bising akan menganggu proses komunikasi. Maklumat yang disampaikan tidak jelas menyebabkan komunikasi yang sedang berlansung terbantut. 'Saluran kedua' merujuk kepada individu yang menjadi pengantara yang menyampaikan pesanan daripada individu pertama kepada individu ketiga. Antara masalah yang sering timbul adalah berlakunya kecairan maklumat yang boleh menyebabkan salah faham berlaku. Gangguan emosi ialah gangguan yang berlaku terhadap perasaan atau emosi yang menyebabkan perubahan tingkah laku yang tidak dapat dijangka. Kebiasaannya individu yang mengalami gangguan emosi sukar untuk mengawal tingkah laku. Komunikasi yang berlaku semasa seseorang mengalami gangguan emosi akan menyebabkan seseorang itu mudah marah dan sedih yang menganggu proses komunikasi.
Isu keterampilan berbahasa Isu bahasa Isu bahasa yang paling ketara ialah pengunaan slanga dalam komunikasi harian kita. Slanga menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat (2016) ialah katakata yang tidak tergolong dalam bahasa baku. Hal ini berlaku kerana kepelbagaian ras kaum di Malaysia yang menggunakan pelbagai bahasa . Isu budaya Budaya Barat yang telah lama bertapak di negara kita dikatakan menjadi isu terhadap keterampilan berbahasa kerana pengaruh bahasa Inggeris yang merosakkan komunikasi dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh,percampuran perkataan dari bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu akan menyukarkan penerimaan maklumat dan menimbulkan kecelaruan bahasa. Isu Media Sosial Media sosial merupakan medium untuk kita berkomunikasi di alam maya atau dalam talian. Media sosial juga menyumbang kepada isu dalam keterampilan berbahasa kerana pengunaan bahasa-bahasa yang kesat dan perkataan-perkataan yang disingkatkan. Dalam aplikasi Facebook misalnya,kita dapat melihat individu yang tidak bertanggungjawab mengunakan bahasa kesat dalam ruangan komen.
Contoh penggunaan bahasa slanga,pengar uh media sosial dan bahasa inggeris
PENUTUP Kesimpulannya,jelaslah bahawa aspek keterampilan dalam berbahasa perlu diterapkan agar komunikasi dapat berjalan dengan lancar.Namun dengan adanya halangan serta isu dalam keterampilan berbahasa,ianya akan menyukarkan setiap daripada kita untuk terampil dalam berkomunikasi sekaligus menyukarkan usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu.Oleh itu,semua pihak perlu mengembleng tenaga untuk mencari solusi dan jalan keluar dari permasalahan ini agar kita dapat melahirkan masyarakat yang berbudi bahasa dan bersopan santun.
rujukan Erlangga, E. (2017). Bimbingan Kelompok Meningkatkan Keterampilan Berkomunikasi Siswa. Psympathic : Jurnal Ilmiah Psikologi, 4(1), 149–156. https://doi.org/10.15575/psy.v4i1.1332 Esa, M. S., Ationg, R., & Othman, I. W. (2021, July). (PDF) ISU DAN CABARAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN DI AMBANG KEMERDEKAAN TANAH MELAYU. ResearchGate. https://www.researchgate.net/publication/354752933_ISU_DAN_CABARAN_BAHASA_MELAYU_SEBAGAI_BAHASA_KEBANGSAAN_DI_AMBANG_KEMERDEKAAN_TANAH_MEL AYU Muhammad Ilham, & Iva Ani Wijiati. (2020). KETERAMPILAN BERBICARA. Lembaga Academic & Research Institute. https://books.google.com.my/books? hl=en&lr=&id=WUTZDwAAQBAJ&oi=fnd&pg=PP1&dq=isu+keterampilan+berbahasa&ots=RsTk8pHx6r&sig=GPyjYbaxcXxptDZE6P48sSUEYGA#v=onepage&q&f=false Mustaffa, S. R., Ariffin, R. M. R., & Said, N. S. (2014). Kekeliruan Jati Diri Punca Bahasa Bercampur Aduk. Jurnal Bahasa, 14(1). http://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/4294 Pustaka, D. B. (2017). Maksud slanga. In Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Keempat. https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=slanga&d=175768& Shafiee, H., Mahamood, A. F., Abdul Manaf, A. R., Tengku Yaakob, T. K. S., Ramli, A. J., Mokhdzar, Z. A., Jamaluddin, J., Bajuri, M., & Mohd Ali, M. E. (2019). THE INFLUENCE OF BAHASA ROJAK IN NEW MEDIA TOWARDS THE NATIONAL LANGUAGE. International Journal of Law, Government and Communication, 4(15), 141–153. https://doi.org/10.35631/ijlgc.4150015