CAWANGAN FELDA BUKIT GOH TAKLIMAT PENGENALAN DAN PERATURAN PASTI AL AULAD
PRA TAHFIZ PASTI (PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM) AL AULAD FELDA BUKIT GOH. PASTI AL AULAD TELAH DITUBUHKAN PADA TAHUN 2015. PASTI AL AULAD MENYEWA SEBUAH RUMAH CORNER LOT YANG DIMILIKI OLEH CIKGU AIZAN YANG PERNAH MENJADI CIKGU BAHASA INGGERIS DI SK BUKIT GOH. TAHUN INI MERUPAKAN TAHUN KE 9 PASTI AL AULAD MENCURAHKAN BAKTI UNTUK WARGA BUKIT GOH DAN SEKITARNYA.
CARTA ORGANISASI PASTI AL AULAD PENGURUS USTAZ RAHIM GURU 6THN CIKGU NAJWA GURU 5 THN CIKGU SAFIRAH GURU 4 THN CIKGU AZFAH GURU PMBANTU CIKGU LIZA GURU PEMBANTRU CIKGU SAPIAH KETUA GURU USTAZAH SHAHIDAH
PERATURAN PASTI AL AULAD *SEMUA MURID WAJIB MEMATUHI SEMUA PERATURAN YANG DIBERI.
KEHADIRAN Murid hendaklah datang tepat pada masa yang ditetapkan. Ketidakhadiran murid hendaklah dimaklumkan kepada muallimah kelas/penyelaras/pihak sekolah. Murid yang demam/tidak sihat tidak digalakkan hadir ke sekolah terutama yang menghidap penyakit yang boleh berjangkit. Murid yang mempunyai simptom batuk,selsema,demam tidak dibenarkan hadir ke sekolah. Ibu Bapa tidak dibenarkan menunggu murid-murid semasa di sekolah. Murid-murid akan diuruskan oleh muallimah mereka
PERALATAN PERSEKOLAHAN Ibu bapa dinasihatkan menulis nama anak menggunakan pen marker dakwat kekal pada setiap peralatan yang dibawa ke sekolah, contohnya; beg sekolah, bekas air dan sebagainya. Semua buku akan disimpan di sekolah. Hanya buku yang mempunyai kerja untuk disiapkan di rumah sahaja yang akan dibawa balik. Alat tulis seperti pensel, pemadam, pensel warna tidak perlu dibawa ke sekolah. Alat tulis akan disediakan oleh pihak PASTI dan akan disimpan di sekolah.
PAKAIAN Murid tidak dibenarkan memakai perhiasan, barang kemas, atau aksesori sepanjang sesi persekolahan. Pihak PASTI tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan aksesori tersebut. Murid dibenarkan memakai selipar / sandal / kasut ke sekolah. Pastikan nama ditulis pada kasut masing-masing untuk mengelakkan dari tertukar.
JADUAL PEMAKAIAN UNIFORM PASTI PAKAIAN PASTI Isnin - batik Selasa - uniform Rabu - t shirt pasti Khamis - uniform Jumaat - uniform
JADUAL PEMAKAIAN pra KAFA PETANG PAKAIAN PRA KAFA PETANG Isnin - uniform selasa - uniform Rabu - uniform Khamis - t shirt ungu Jumaat - uniform
MURID TRANSIT Murid transit perlu dibekalkan dengan pakaian persalinan yang menutup aurat, sehelai tuala dan beg plastik untuk mengisi baju kotor. Sila tulis nama murid pada kolar baju / lengan baju / pinggang seluar dan tuala untuk mengelakkan dari tertukar. Makanan dan minuman untuk murid transit disediakan oleh pihak sekolah pada waktu tengah hari dan minum petang. Ibubapa perlu menyediakan toto kecil dan bantal untuk murid tidur dan berehat.
MURID PRA ASAS FARDHU AIN Murid perlu berada di sekolah selewat-lewatnya pukul 2.30 ptg. Pakai uniform Pra Kafa yang telah ditetapkan. Sekiranya, tiada uniform, dibolehkan memakai pakaian yg sopan dan menutup aurat ( jubah, baju melayu / baju kurung ). Jeans dan short dilarang sama sekali untuk dipakai di Pra Kafa.
MAKANAN & MINUMAN Makanan pada waktu rehat akan disediakan di sekolah. Namun, ibu bapa perlu membekalkan anak-anak dengan air masak / air kosong / air mineral untuk diminum semasa berada di dalam kelas. Waktu rehat adalah pada pukul 10.00 pagi. ELAKKAN daripada membawa sebarang makanan ringan, minuman berkarbonat atau gula-gula. Ibubapa hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah jika anak-anak alah kepada sebarang makanan atau tidak boleh makan sesuatu atas faktor kesihatan.
KESELAMATAN Pintu pagar akan dikunci tepat jam 8.30 pagi di sepanjang sesi persekolahan dan akan dibuka semula pada jam 12 tengah hari. Ibu Bapa yang mempunyai hal-hal kecemasan dan terpaksa mengambil anak di waktu sesi persekolahan sedang berlangsung, diminta menghubungi muallimah yang sedang berada di dalam kelas. Ibu Bapa diharap dapat memaklumkan kepada muallimah sekiranya tidak dapat mengambil murid atau terpaksa mewakilkan pada orang lain. Muallimah tidak akan melepaskan murid sekiranya orang yang datang menjemput itu tidak dikenali oleh muallimah dan murid itu sendiri.
YURAN Yuran hendaklah dijelaskan pada awal bulan sebelum 7hb setiap bulan. Peringatan akan diberikan melalui whatsapp sekiranya tiada apa-apa makluman dari ibu bapa berkenaan kelewatan pembayaran yuran. Sekiranya terdapat sebarang masalah berkaitan pembayaran yuran, ibu bapa dinasihatkan supaya berhubung dengan USTAZAH SHAHIDAH untuk mendapatkan solusi. Sila serahkan kad yuran semasa membayar yuran samaada bayar secara tunai atau online. Kehilangan kad yuran akan dikenakan bayaran sebanyak RM5 untuk menggantikan kad yang baharu.
GROUP WHATSAPP JIBG PASTI AL AULAD 2023 & AULAD NAJAH PRE/TRANSIT Ditubuhkan untuk memudahkan penyampaian maklumat berkaitan sekolah kepada ibu bapa. (Ibarat papan kenyataan PASTI) Segala info berkaitan Pasti akan dimaklumkan di dalam group WHATSAPP. Sekiranya terdapat permasaalahan berkaitan Pasti boleh terus berhubung dengan Ustaz Rahim @ Ustazah Shahidah. Jika masalah berkaitan tentang pelajaran boleh berhubung terus dengan guru kelas masing –masing.
Diminta ibu bapa tidak mengiklankan sebarang produkproduk jualan luar di dalam group ini. Sebarang posting ‘copy & paste’ juga tidak dibenarkan di dalam group ini. Hanya admin sahaja yang boleh membuat sebarang posting berkaitan PASTI dan yang berkenaan dengannya. Ibu bapa / penjaga juga perlu mengambil cakna terhadap sebarang topik perbincangan yg dibincangkan supaya tiada lagi istilah “saya tak tahu pun ada itu..ini...” Sekiranya ada urusan penting/segera, sila hubungi terus muallimah kelas anak masing-masing.
MOHON TEPATI MASA MENGHANTAR DAN MENGAMBIL MURID Waktu belajar akan bermula tepat pada pukul 8 pagi bermula dengan perhimpunan pagi. Sila hantar murid sebelum perhimpunan bermula kerana silibus untuk perhimpunan adalah sangat penting. Sesi persekolahan pagi akan tamat pada pukul 12.30 tgh hr pada hari Isnin hingga Khamis dan 11.30pg pada hari Jumaat. Sila berusaha untuk ambil muridmurid tepat pada waktunya. Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila berhubung dengan guru kelas murid masing-masing.
SAMBUTAN ULANG TAHUN KELAHIRAN Sila maklum awal kepada guru kelas sekiranya ibu ayah ingin anak meraikan ulang tahun bersama rakan rakan sekolah. Ini bagi mengelakkan berlakunya pembaziran makanan. Sambutan ulang tahun kelahiran akan disambut di dalam kelas masing-masing.
SIJIL TAMAT SEKOLAH Sijil tamat sekolah hanya akan diberikan kepada murid 6 tahun yang telah menamatkan sesi persekolahan. Murid 4 & 5 tahun tidak akan diberikan sijil tamat sekolah kerana belum menghabiskan silibus Pasti yang ada. Peraturan ini adalah dari PASTI MALAYSIA dan perlu akur akan prosuder yang telah ditetapkan.
Sekian…terima kasih !!!!!!! Kerana sudi meluangkan masa Bersama PASTI AL AULAD. Moga pertemuan kita diberkati dan diredhai Allah SWT. SIRRU ALA BARAKATILLAH.
SOALAN DIBUKA KEPADA YANG INGIN BERTANYA. SILAKAN….