INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 5)
(EDUP3073)
BUDAYA DALAM PENDIDIKAN
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA PELAJAR NURUL FATIN NAJIHAH BINTI MOHAMAD ISA
ANGKA GILIRAN 2020192340140
NO.KAD PENGENALAN 011002-08-1590
KUMPULAN / UNIT F7 PISMP
KOD / NAMA KURSUS
TAJUK TUGASAN EDUP3073 / BUDAYA DALAM PENDIDIKAN
NAMA PENSYARAH
TARIKH HANTAR PENULISAN AKADEMIK
PUAN SHARIZAN BINTI ABD HAMID
12 MEI 2022
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN............................................................................................................................... 1
2.0 PENGURUSAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA ................................................................. 1
3.0 LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA ................... 2
3.1 ASPEK FIZIKAL ................................................................................................................2-3
3.2 ASPEK EMOSI ..................................................................................................................... 4
3.3 ASPEK SOSIAL.................................................................................................................... 5
3.4 ASPEK SOSIOLINGUISTIK ............................................................................................5-6
4.0 RUMUSAN ................................................................................................................................ 6
RUJUKAN.............................................................................................................................................. 7
1.0 PENGENALAN
Kewujudan kepelbagaian agama dan kaum telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang
sangat unik yang memiliki entiti masyarakat bersifat pluralistik. Hal ini dikatakan demikian
kerna terdiri daripada kalangan masyarakat majmuk yang hidup bersama secara aman dan
harmoni (Rosfazila Abd Rahman, 2019). Menurut Kamus Dewan (2005), masyarakat
majmuk merujuk kepada kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di sesuatu tempat
dengan aturan dan cara tertentu. Keunikan ini mendatangkan cabaran yang besar kepada
guru-guru dalam menyampaikan pengajaran dalam bilik darjah. Hal ini dikatakan demikian
kerana guru perlu bijak dan kreatif dalam menguruskan bilik darjah. Pengurusan bilik darjah
merupakan salah satu tunjang utama untuk mencapai objektif pengajaran selain daripada
penyediaan RPH yang baik (Noriati A. Rashid et al., 2017). Richards (1990) mentakrifkan
pengurusan bilik darjah sebagai organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku,
pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pergerakan
dapat dilaksanakan dengan berkesan. Hal ini kerana bilik darjah merupakan medan
perjuangan utama seorang guru menjalankan tugas, peranan dan tanggungjawab. Justeru,
guru perlulah bijak dalam menyediakan bilik darjah yang mesra budaya. Menurut Bosch
(2006), persekitaran bilik darjah mesra budaya bermaksud bagaimana guru dan murid
bekerja, bagaimana mereka saling bekerjasama dan bagaimana pengajaran dan
pembelajaran berlaku dalam kalangan murid yang terdiri daripada pelbagai budaya.
Tuntasnya, persekitaran bilik darjah mesra budaya sangat penting dalam memastikan tahap
kemenjadian murid yang terbaik. Oleh itu, tugasan kali ini akan menyatakan beberapa
langkah untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah mesra budaya dari pelbagai aspek.
2.0 PENGURUSAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA
Pengurusan bilik darjah mesra budaya sangatlah penting dalam kehidupan masyarakat yang
majmuk dalam bilik darjah. Menurut Noriati A. Rashid et.al (2010) mesra budaya bermaksud
perlakuan atau amalan yang mendatangkan keselesaan dan kegembiraan. Manakala
menurut Syed Ismail (2010) menyatakan bahawa pengalaman pembelajaran mesra budaya
akan menjadi nadi bagi kehidupan masyarakat yang harmonis dan aman di peringkat
nasional dan global. Hal ini menunjukkan bahawa satu persekitaran yang kondusif dan
positif serta aman dapat membantu keberkesan pengajaran kerana menurut Abraham
Maslow (1943) keperluan fisiologi dan psikologi perlu dipenuhi seseorang itu bermotivasi
untuk mengembangan potensi diri, belajar perkara baru, memanipulasi keupayaan diri
sepenuhnya serta berjaya mencabar diri untuk melakukan yang terbaik seterusnya mampu
untuk meningkatkan daya kognitif serta menerima pengajaran dengan baik. Tuntasnya,
pengurusan bilik darjah mesra budaya perlu senantiasa ditambahbaik dari masa ke semasa
1
3.0 LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA
Untuk memastikan keberkesanan pengajaran dalam bilik darjah, pengurusan bilik darjah
mesra budaya perlu diperkemaskan lagi dan guru perlu lebih peka terhadap perubahan-
perubahan yang berlaku dalam bilik darjah. Justeru itu, terdapat beberapa langkah untuk
menyediakan pengurusan bilik darjah mesra budaya meliputi beberapa aspek seperti rajah
berikut:
FIZIKAL
SOSIOLINGUISTIK PENGURUSAN EMOSI
BILIK DARJAH
MESRA
BUDAYA
SOSIAL
RAJAH 1: ASPEK PENGURUSAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA
3.1 ASPEK FIZIKAL
Aspek fizikal ini merupakan aspek yang paling utama kerana aspek inilah yang
menyediakan persekitaran bilik darjah sama ada kondusif dan selesa ataupun
sebaliknya. Menurut Woolfolk (2007), bilik darjah merupakan satu persekitaran yang
khusus yang bersifat mulitidimensi dan penuh dengan pelbagai pelajar, pelbagai
tugasan dan mempunyai tekanan dari segi masa. Oleh yang demikin, bagi
menyediakan persekitaran yang kondusif dan mesra budaya, guru perlulah
menitikberatkan keselesaan dan keselamatan pelajar terlebih dahulu. Selain itu, guru
juga perlu bijak menyusun atur kerusi dan meja murid agar untuk mendapatkan
pencahayaan dan pengudaraan yang baik agar proses pdpc dapat dilaksanakan
dalam keadaan yang selesa serta bilik darjah dihiasi dengan corak-corak yang
menarik dan info-info yang bermanfaat bersifat ilmiah. Guru juga perlu mempunyai
pelan susun atur kedudukan murid-murid dalam kelas. Guru perlulah menyusun
kedudukan murid-murid secara terancang dan bukanlah secara rawak agar
persekitaran mesra budaya mampu diwujudkan di mana susunan kedudukan murid-
2
murid terdiri daripada perbezaan latar belakang, perbezaan bangsa dan agama.
Sebaik-baiknya murid-murid diberi peluang untuk berada dalam kumpulan yang
berbeza kerana hal ini dapat meningkatkan perpaduan antara murid dan dapat
mengeratkan hubungan mereka seterusnya dapat mengurangkan perpecahan kaum
di Malaysia. Ahmad Firdaus Mohd Noor et al. (2020) menegaskan bahawa susun
atur bilik darjah yang baik berpotensi meningkatkan pencapaian akademik murid.
.
RAJAH 2: SUSUN ATUR BILIK DARJAH ABAD KE-21
Dengan susunan berikut, pembelajaran koperatif mudah dijalaksanakan
kerana murid bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk menyiapkan tugasan, belajar
menghadapi ujian dan menyelesaikan masalah.seterusnya dapat mewujudkan
suasana yang harmoni dan menyeronokkan. Pembelajaran di dalam bilik darjah yang
sering dikaitkan dengan pembelajaran koperatif dapat meningkatkan pembelajaran
dengan adanya prinsip-prinsip yang khusus (Bhavani Somasundram & Zamri
Mahamod, 2017). Di samping itu, pengurusan bilik darjah yang kondusif dan mesra
budaya dapat membantu perkembangan murid dalam pembelajaran sesuai dengan
pendapat Marina Awang et al. (2018) yang menyatakan bahawa penyediaan bilik
darjah yang selesa dan menarik dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang
kondusif dan selamat kepada murid-murid. Kesimpulannya, penekanan aspek fizikal
sangat penting dalam menguruskan bilik darjah mesra budaya.
3
3.2 ASPEK EMOSI
Aspek emosi juga sangat penting bagi menjamin persekitaran bilik darjah yang
mesra budaya. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2016), emosi merujuk
kepada perasaan jiwa yang kuat seperti gembira, sedih, marah dan sebagainya.
Perkembangan emosi murid adalah keupayaan murid untuk berinteraksi serta
memberi tindak balas emosi terhadap sesuatu situasi atau keadaan yang dapat
dilihat melalui kelakuan murid-murid. Murid yang memiliki emosi yang positif di dalam
kelas, maka secara tidak langsung akan menjadi perangsang untuk membangkitkan
semangat murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran.
Tambahan pula, Menurut Goleman (2000), menyatakan bahawa kecerdasan
intelektual (IQ) hanya menyumbang 20% bagi kejayaan, sedangkan 80% adalah
sumbangan faktor kekuatan-kekuatan lain, diantaranya adalah kecerdasan
emosional (EQ) yakni kemampuan memotivasi diri sendiri, mengatasi frustasi,
mengawal desakan hati, mengatur suasana hati (mood), berempati serta
kemampuan bekerja sama. Hal ini menunjukkan betapa besar mementum emosi
terhadap minda seseorang. Langkah pengurusan bilik darjah mesra budaya dalam
aspek ini yang boleh diambil guru ialah memberikan motivasi, pujian dan sebagainya
kepada murid-murid. Hal ini kerana menurut Woolfork (1990) motivasi dan kuasa
dalaman akan mengawal tingkah-laku murid. Sebagai contoh, guru hendaklah
memberikan pujian atau galakan kepada murid sekiranya murid menjawab dengan
betul soalan atau latihan yang diberikan oleh guru. Tambahan pula, pujian mahupun
ganjaran yang diberikan perlulah bersifat adil tanpa mengira bangsa dan agama. Hal
ini jelas bahawa murid akan lebih bersemangat dan bermotivasi untuk terus
menonjolkan diri di dalam kelas kerana mendapat galakan daripada guru kerana
menurut Sheena (2005) yang menyatakan motivasi ekstrinsik adalah saling
berhubungkait dengan motivasi intrinsik dan secara tidak langsung mampu
meningkatkan keyakinan diri murid-murid. Selanjutnya, hubungan positif antara
murid dan guru perlu dijalinan terlebih dahulu dan perlu bersifat demokrasi kerana
ianya akan mewujudkan institusi yang positif tanpa tekanan yang mengongkong.
Secara asasnya, murid menganggap guru ialah suri teladan atau idola mereka.
Maka, dengan pujian yang diberikan akan meningkatkan lagi semangat mereka
untuk terus mempelajari sesuatu matapelajaran. Manakala bagi mengelakkan murid
akan berkelakuan pasif, guru hendaklah tidak menggunakan bahasa yang kasar atau
negatif kepada murid kerana akan menyebabkan murid tidak bersemangat sekaligus
menjejaskan prestasi murid dalam pelajaran. Tuntasnya, emosi yang positif dapat
dikongsi dan mewujudkan aura belajar yang positif kepada murid-murid.
4
3.3 ASPEK SOSIAL
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) menyatakan sosial merupakan
persahabatan, pergaulan dan aktiviti. Untuk bilik darjah pula dapat diertikan
hubungan dan interaksi antara guru dan murid mahupun murid dan murid itu sendiri.
Aspek sosial ini dapat dihubungkaitkan dengan pendekatan koperatif dalam
pembelajaran, menurut Nor Azizah Salleh (1995) pembelajaran yang menekankan
pelajar untuk belajar di dalam kumpulan yang kecil, iaitu antara empat hingga lima
orang dan setiap ahli kumpulan ini bekerjasama serta saling membantu antara satu
sama lain untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Oleh itu, untuk mewujudkan bilik
darjah mesra budaya, guru perlulah kreatif dalam menyediakan pengajaran yang
menarik berteraskan pendekatan koperatif dan berpusatkan murid kerana melalui
kaedah ini dapat meningkatkan interaksi sosial antara pelajar. Selain itu, pendekatan
ini juga dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi murid dan dapat bertukar-
tukar fikiran dan idea. Contoh aktiviti yang guru boleh lakukan antaranya ialah
lakonan, main peranan, kerusi panas dan perbincangan. Melalui aktiviti-aktiviti
tersebut, guru juga dapat mencungkil minat murid serta meningkatkan perpaduan
kerana dengan semangat kerjasama akan dapat diwujudkan tanpa mengira bangsa
mahupun agama. Tamsilannya, pendekatan koperatif mampu menerbitkan
persekitaran mesra budaya serta dapat memperbaiki prestasi pencapaian murid-
murid. Hal ini disokong oleh Slavin (1990) yang menyatakan bahawa pendekatan
koperatif akan memberi faedah kepada golongan yang berbeza kebolehan yang
belajar dalam satu kumpulan. Kajian menunjukkan pembelajaran kooperatif boleh
meningkatkan pencapaian dan kemahiran kognitif pelajar.
3.4 ASPEK SOSIOLINGUISTIK
Sosiolinguistik ini merupakan satu bidang utama dalam linguistik namun ianya
merupakan kajian tentang dua perkara iaitu sosiologi dan linguistik yang mana
menggabungkan bahasa dan masyarakat. Menurut Dittmar (1976), istilah
sosiolinguistik pertama kali muncul dalam tulisan Currie (1952) yang menyatakan
bahawa kajian tersebut bertujuan untuk melihat hubungan antara perlakuan bahasa
dan status sosial. Jelasnya, sosiolinguistik ini membawa maksud identiti sesebuah
bangsa atau masyarakat. Untuk menzahirkan bilik darjah mesra budaya maka guru
sebagai ejen perpaduan perlu merancang satu aktiviti yang melibatkan pelbagai
bahasa daripada setiap kaum, bangsa atau etnik. Hal ini adalah untu mendedahkan
kepada semua murid tentang perbezaan bahasa masing-masing. Contohnya, murid-
murid akan diberikan lirik lagu yang berbeza-beza bahasanya seperti bahasa
Melayu, Mandarin dan Tamil seterusnya mereka akan menyanyikan lagu tersebut
5
secara berkumpulan yang dinamakan kumpulan A, B, dan C. Mereka akan
menyanyikan ketiga-tiga lagu secara bergilir-gilir dan kemudiannya akan
menyanyikan ketiga-tiga lagu bersama-sama satu kelas. Aktiviti tersebut dapat
mendedahkan murid tentang perbezaan bahasa masing-masing serta dapat
meningkatkan kemahiran kepimpinan kerana setiap kumpulan mempunyai ketiga-
tiga bangsa. Semangat kerjasama juga mampu ditingkatkan dan meningkatkan lagi
suasana mesra budaya. Selain itu, guru juga boleh melakukan aktiviti
mendeklamasikan puisi menggunakan pelbagai bahasa. Aktiviti ini dapat membantu
murid-murid mengenali identiti bangsa-bangsa lain dengan lebih mudah dan akan
menjadi nilai tambah kepada murid-murid jika mampu menguasai lebih daripada satu
bahasa. Jelas, melalui aktiviti sosiolinguistik yang menyeronokkan mampu
mewujudkan bilik darjah mesra budaya.
4.0 RUMUSAN
Guru memainkan peranan penting dalam kehidupan murid terutamanya sebagai agen
perubahan. Oleh yang demikian, guru perlu lebih peka terhadap cabaran-cabaran yang
mendatang terutamanya pada era kemajuan teknologi kini kerana tanpa perpaduan yang jitu
sudah pasti keharmonian adan kesejahteraan mudah tergugat dan dicemari oleh hawa
nafsu. Justeru itu, pengurusan bilik darjah mesra budaya menjadi tunjang utama dalam
mengekalkan perpaduan dalam masyarakat. Maka guru itu sendiri perlu menjadi guru yang
efektif dan mempunyai hubungan positif bersama murid-murid kerana menurut Marzano
et.al (2003), hubungan guru-murid merupakan asas kepada pengurusan bilik darjah yang
efektif dan hubungan positif ini dapat mengurangkan masalah tingkah laku dalam bilik
darjah. Kesimpulannya, beberapa langkah yang ditampilkan mampu untuk memperbaiki dan
mempertingkatkan pengurusan bilik darjah mesra budaya khususnya dari aspek emosi,
sosial, fizikal dan sosiolinguistik.
6
RUJUKAN
Ahmad Firdaus Mohd Noor, Kamarul Azmi Jasmi, Khairunnisa A. Shukor, Mohd Zahirwan Halim
Zainal Abidin, Muhd Imran Abd Razak, Nurul Khairiah Khalid, Mohd Farhan Abd Rahman &
Muhamad Khafiz Abd Basir. (2020). Elemen Pengurusan Kelas Pensyarah Cemerlang
Pendidikan Islam di Politeknik. Jurnal Intelek, 15(2). 162-173.
Bhavani Somasundram & Zamri Mahamod. (2017). Keberkesanan Pembelajaran Koperatif Terhadap
Pencapaian dan Motivasi Murid Sekolah Menengah Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(1). 11-23.
Dittmar, N. (1976). Sociolinguistics: A critical survey of theory and application. Edward Arnold Ltd.
Goleman, Daniel. (2000). Working with Emotional Intelligence (terjemahan). PT. Gramedia
Pustaka Utama.
Kamus Dewan (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2016). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Marina Awang, Mohd Ezrizal Zakaria & Ramlee Ismail. (2018). Hubungan Persekitaran Bilik Darjah
dan Kesejahteraan dan Keselesaan Pembelajaran dan Pengajaran . Management Research
Journal, 7(1). 86-99.
Nor Azizah Salleh (1995). Penerapan nilai murni melaui pembelajaran koperatif. Laporan
IRPA 07-02-02-08. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid. (2017).
Budaya dan Pembelajaran Edisi Kedua. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Richard (1990). Classroom Teaching Strategies. Prentice Hall.
Rosfazila Abd Rahman. (2019). Kesepaduan Sosiobudaya dalam Kepelbagaian Masyarakat Majmuk.
JAUHAR, 3(1). 44-50.
Sheena, S.I. (2005). Intrinsic and Extrinsic Motivational Orientations in the Classroom. Journal of
Educational Psychology. 97(2). 184-196.
Syed Ismail. (2010). Budaya dan Pembelajaran. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Woolfolk, A. E., & Hoy, W. K. (1990). Prospective teachers' sense of efficacy and beliefs about
control. Journal of Educational Psychology. 82(1), 81-91.
7