KEJOHANAN OLAHRAGA MSSWPL KALI KE-22 MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN 15 SEPTEMBER 2023 (JUMAAT) MASA : 2.00 PETANG KOLEJ MATRIKULASI LABUAN
ATURCARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN
UCAPAN ALU-ALUAN PENGARAH Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Petang dan Salam Sejahtera. Yang Berbahagia, Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah bin Aman@Haniff Amman Pengerusi Perbadanan Labuan WP Labuan Yang Berusaha, En Mohd Mahyuddin Bin Hj Mohd Noordin Pengarah, Kolej Matrikulasi WP Labuan Yang Berusaha, En Awang Rozlan Bin Manan Pengetua,Sekolah Sukan Negeri SMK Mutiara Yang Berusaha, En Rosli Bin Mohd Ali Guru Besar SK Patau-Patau WP Labuan Barisan pengetua-pengetua dan Guru Besar, Barisan guru-guru, para jurulatih dan para petugas Kejohanan, para atlet sekolah rendah dan sekolah menengah , serta ibu bapa yang saya kasihi sekalian. Alhamdulillah, pada petang yang penuh bermakna ini marilah bersama-sama kita merafa’kan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya maka diperkenankan kita untuk bersama-sama di dalam Majlis Penutupan Kejohanan Olahraga MSSWPL kali ke 22 bagi tahun 2023 ini. Saya mengambil kesempatan menzahirkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah bin Aman@Haniff Amman, Pengerusi Perbadanan Labuan WP Labuan kerana sudi hadir dan seterusnya akan merasmikan majlis penutupan kejohanan olahraga ini. Warga Jabatan Pendidikan WP Labuan sungguh berbangga dan berbesar hati dengan kehadiran Tan Sri Dato Seri Anifah Aman ke Kejohanan Olahraga MSSWPL kali ke 22 bagi tahun 2023 ini. Saya juga turut mengalu-alukan kehadiran para tetamu, semua kontinjen dari seluruh sekolah rendah dan menengah di WP Labuan dan para hadirin yang datang ke Majlis penutupan Kejohanan Olahraga MSSWPL kali ke 22 ini. Semoga silaturahim antara kita bertambah erat, berkekalan dan diberkati oleh Allah SWT. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Saya ingin melahirkan rasa kesyukuran dan jutaan terima kasih kepada kedua-dua sekolah pengelola yang telah banyak membantu pihak Jabatan Pendidikan Negeri WP labuan menguruskan Kejohanan Olahraga MSSWPL kali ke 22 bagi tahun 2023 ini dengan jayanya.Terima kasih diucapkan kepada En Awang Rozlan bin Manan Pengetua Sekolah Sukan Negeri SMK Mutiara dan En Rosli Bin Mohd Ali Guru Besar SK Patau-Patau yang telah menjadi tulang belakang dalam penganjuran Kejohanan sukan berprestij ini. Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada semua atlet yang telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Olahraga bagi tahun 2023. Sesungguhnya, bidang sukan merupakan suatu wahana untuk mencapai wawasan negara dalam pembudayaan sihat dan cergas dalam kalangan pelajar sekolah. Aktiviti sukan dalam kalangan pelajar dapat memperlengkap kecemerlangan sistem pendidikan bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan holistik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek ke arah pembinaan negara bangsa. Para hadirin sekalian, Saya percaya, kejohanan ini mampu melahirkan bakat-bakat besar dalam bidang sukan. Malah kegiatan sukan ini sewajarnya dipupuk sejak di bangku sekolah lagi agar menjadi budaya hidup rakyat Malaysia ke arah meningkatkan kesihatan dan kualiti kehidupan. Sukan juga dapat menjadi nadi kepada lahirnya anak baik lagi cerdik dan adab yang baik boleh dipupuk dalam kejohanan ini melalui toleransi,kerjasama dan ukuhwah sesama para atlet yang bertanding. Di samping itu, saya amat pasti melalui kejohanan ini juga,para atlet akan mempamerkan semangat kesukanan dan daya juang yang tinggi bukan sahaja dalam kalangan para atlet, malah pegawai-pegawai sukan,jurulatih dan semua yang terlibat dalam penganjuran kejohanan olahraga ini. Saya juga berharap semoga penganjuran Kejohanan Olahraga MSSWPL ini akan menjadi obor pembakar semangat kepada para atlet untuk terus aktif dan memberi sumbangan terhadap kemajuan sukan di WP Labuan dan di peringkat kebangsaan. Akhir Kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan terima kasih juga kepada semua jawatankuasa kerja kejohanan ini yang bekerja dengan penuh tanggungjawab,dedikasi dan Ikhlas sama ada secara langsung ataupun tidak langsung sepanjang perjalanan kejohanan ini yang diadakan dari 11 hingga 15 September 2023 di Padang Trek dan Balapan Kolej Matrikulasi WP Labuan. Semoga budaya dan semangat kerja berpasukan seperti ini akan terus subur dan menjadi amalan semua pihak sehingga ke generasi yang akan datang. Bagi atlet dan sekolah yang berjaya dalam kejohanan olahraga ini,Syabas dan tahniah diucapkan dan teruslah berusaha mengekalkan momentum kejayaan manakala atlet dan sekolah yang kurang berjaya kali ini, usah berputus asa dan berusahalah lagi agar berjaya memperoleh kemenangan dalam kejohanan olahraga akan datang. Akhirul kalam, semoga memori kenangan indah akan terpahat dihati sanubari kita semua sepanjang terlibat dalam pelaksanaan kejohanan ini. Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun: Kilau permata nian digilap, Seri terpancar tepian selendang; Persembahan kontinjen jelas mantap, Usaha Gemilang Prestasi cemerlang . Sekian, terima kasih. Wabillahi taufik walhidayah, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Petang dan Salam Sejahtera. Yang Berusaha, Encik Yusuf Bin Hj Mohammad, Pengarah Pendidikan,Jabatan Pendidikan WP Labuan Yang Berusaha, En Mohd Mahyuddin Bin Hj Mohd Noordin Pengarah,Kolej Matrikulasi WP Labuan Yang Berusaha, En Awang Rozlan Bin Manan Pengetua,Sekolah Sukan Negeri SMK Mutiara Yang Berusaha, En Rosli Bin Mohd Ali, Guru Besar SK Patau-Patau, WP Labuan Barisan pengetua-pengetua dan Guru Besar, Barisan guru-guru, para jurulatih dan para petugas Kejohanan, para atlet sekolah rendah dan sekolah menengah , serta ibu bapa yang saya kasihi sekali. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnianya, kita dapat bersama-sama berkumpul dalam Majlis Penutupan Kejohanan Olahraga MSSWPL kali ke 22 bagi tahun 2023 pada petang ini. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Yusup bin Hj Mohamad,Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri WP Labuan kerana sudi mengundang saya untuk hadir dalam kejohanan sukan yang sangat bermakna ini. Tahniah juga diucapkan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri WP Labuan dan 2 sekolah pengelola bagi Kejohanan Olahraga MSSWPL edisi kali ke 22 ini iaitu Sekolah Sukan Negeri SMK Mutiara dan SK Patau-Patau kerana berjaya menganjurkan kejohanan dengan gilang-gemilang.Terima kasih diucapkan kepada kedua-dua sekolah pengelola kerana sudi menerima dan menggalas mandat yang diberikan dengan baik sekali. Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua atlet yang mewakili sekolah rendah dan sekolah menengah di WP Labuan yang telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Olahraga MSSWPL bagi tahun 2023 bermula 11 September hingga ke hari kemuncak pada hari ini iaitu 15 September 2023 dan sudah pasti banyak kenangan yang terpahat dalam kejohanan ini. Saya berasa sungguh bangga kerana kejohanan kali ini sudah pastinya memberi peluang terbaik kepada semua kontinjen dan atlet serta pihak sekolah mempamerkan keupayaan serta kemampuan sebenar murid-murid dalam acara sukan selari dengan usaha merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan melahirkan warganegara yang berupaya memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara. Bidang sukan merupakan suatu wahana untuk mencapai wawasan negara dalam pembudayaan gaya hidup sihat dan cergas dalam kalangan murid sekolah serta dalam masa yang sama sukan juga boleh menjadi nadi untuk mendidik generasi hari ini agar menjadi anak yang baik lagi cerdik yang kaya dengan adab dan tingkahlaku yang baik melalui kerjasama dan ukhuwah yang terjalin. Selain itu juga, aktiviti sukan dalam kalangan pelajar adalah untuk melengkapkan kecemerlangan sistem pendidikan bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan holistik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek ke arah pembinaan negara bangsa agar Malaysia dapat melahirkan modal insan yang sihat dan berkualiti dari segi nilai hidup agar lebih kompetitif, kreatif dan inovatif. Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian, Kejohanan ini diadakan bukanlah semata-mata untuk menentukan juara atau pemenang, namun perkara yang lebih utama ialah kejohanan ini memberikan pendidikan secara tidak langsung kepada para atlet bahawa kejayaan hanya dapat dicapai melalui usaha, ketekunan, perancangan yang rapi dan pengorbanan yang tinggi. Tidak ada kejayaan yang mudah dicapai melainkan melalui perjuangan yang berterusan. Kejohanan sukan ini juga adalah landasan ke arah perpaduan, menjalin sifat hormat - menghormati dan semangat kerjasama yang tinggi. Matlamat akhirnya nanti adalah untuk membentuk sebuah masyarakat dan warganegara yang berjiwa kental, patriotik dan saling berkasih sayang. Saya juga yakin bahawa kejohanan seperti ini juga berupaya memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Perpaduan merupakan kunci kejayaan Malaysia hingga dikenali di peringkat antarabangsa. Sebagai rakyat, kita tidak harus alpa dengan kepentingan perpaduan untuk membina sebuah negara Malaysia yang berjaya dan harmoni. Indikator terbaik yang boleh menyatukan perpaduan adalah melalui acara sukan. Semangat kerjasama dan bertoleransi amatlah penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti sukan. Semua ahli sukan mesti bersatu padu untuk menjadi juara tanpa mengira warna kulit, bangsa, dan agama. Harapan saya agar atlet yang lahir dalam kejohanan ini berpotensi untuk mengharumkan nama Kementerian Pendidikan dan negara Malaysia ke peringkat antarabangsa. Para hadirin yang saya muliakan, Dalam kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Syabas buat semua kontinjen yang mengambil bahagian dan bersatu dengan semangat kebersamaan dalam kejohanan ini. Saya juga amat yakin bahawa para atlet yang berada di hadapan saya pada hari ini mempunyai potensi yang tersendiri dan merupakan permata yang perlu digilap sehingga bersinar supaya akhirnya akan dapat mengharumkan nama negara dan memartabatkan industri sukan negara. Akhir kata, kepada para atlet, kalah dan menang adat bertanding. Paling utama ialah setiap atlet harus mempunyai semangat untuk terus berjuang dan semangat ini perlu mekar di hati setiap atlet. Bagi sekolah yang akan menjuarai Kejohanan Olahraga MSSWPL bagi tahun 2023 ini, Syabas dan tahniah diucapkan dan bagi sekolah yang kurang berjaya,jangan berputus asa dan teruslah berusaha meningkatkan iltizam dan semangat untuk terus berjaya melakar kecemerlangan pada masa akan datang. Saya akhiri ucapan dengan serangkap pantun untuk renungan kita bersama, Batu nilam elok tersemat, Di jari manis berkilau kilauan; Gagal hari ini bukan penamat, Itulah pemula lakaran kejayaan. Oleh itu, dengan lafaz Bismillahirrahmannirahim, saya merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Olahraga MSSWPL bagi kali ke 22 bagi Tahun 2023. Sekian, terima kasih. Wabillahi taufik walhidayah, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN TETAMU KEHORMAT
PENASIHAT TUAN YUSUP BIN HAJI MOHAMAD (PENGARAH PENDIDIKAN W.P LABUAN) PENGERUSI EN.AG.MARTEN BIN HAJI ABDUL RAHMAN (TIMBALAN PENGARAH SEKTOR PEMBANGUNAN MURID NAIB PENGERUSI 1 EN.SAMSUL BIN MANDISIN (KPP SEKTOR PEMBANGUNAN MURID) NAIB PENGERUSI 2 EN.AG.ROZLAN BIN MANAN ( PENGETUA SSN SMK MUTIARA) NAIB PENGERUSI 3 EN.ROSLI BIN MOHD ALI (GURU BESAR SK. PATAU- PATAU) SETIAUSAHA EN.AZNAN BIN ABIDIN (PEN. PENGARAH SEKTOR PEMBANGUNAN MURID) TIM. SETIAUSAHA 1 EN. NORIE KEEGAN USIN (PK KOKUM SSN SMK MUTIARA) TIM. SETIAUSAHA 2 EN MALISON MAJIR (PK KOKUM SK PATAU-PATAU) BENDAHARI PN. AZILA BINTI SAPTU (KETUA KERANI KEWANGAN SSN SMK MUTIARA) JAWATANKUASA INDUK
PENASIHAT EN. AG. MARTEN BIN HAJI ABDUL RAHMAN (TIMBALAN PENGARAH SEKTOR PEMBANGUNAN MURID) PENGERUSI EN. AG ROZLAN BIN MANAN (PENGETUA SSN SMK MUTIARA) PENGERUSI BERSAMA EN. ROSLI BIN MOHD ALI (GURU BESAR SK.PATAU PATAU) SETIAUSAHA 1 EN. NORIE KEEGAN ANAK USIN (PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SSN SMK MUTIARA) SETIAUSAHA 2 EN. MALISON MAJIR (PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SK. PATAU PATAU) PEGAWAI EN.AZNAN BIN ABIDIN (PEN. PENGARAH SEKTOR PEMBANGUNAN MURID) TIM. SETIAUSAHA 1 EN. NORIE KEEGAN USIN (PK KOKUM SSN SMK MUTIARA) TIM. SETIAUSAHA 2 EN MALISON MAJIR (PK KOKUM SK PATAU-PATAU) BENDAHARI PN. AZILA BINTI SAPTU (KETUA KERANI KEWANGAN SSN SMK MUTIARA) JAWATANKUASA PENGELOLA
JADUAL KEJOHANAN
JADUAL KEJOHANAN
JADUAL KEJOHANAN
JADUAL KEJOHANAN
JADUAL KEJOHANAN
JADUAL KEJOHANAN
JADUAL KEJOHANAN
PENGHARGAAN SEKALUNG PENGHARGAAN DAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN ; KEJOHANAN OLAHRAGA MSSWPL KALI KE-22 TAHUN 2023 SEKALUNG PENGHARGAAN DAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN ; KEJOHANAN OLAHRAGA MSSWPL KALI KE-22 TAHUN 2023 TERISTIMEWA BUAT, DATUK SERI PANGLIMA ANIFAH BIN AMAN@HANIFF AMMAN TUAN YUSUP BIN HAJI MOHAMAD JABATAN PENDIDIKAN W.P LABUAN PENGARAH KOLEJ MATRIKULASI LABUAN PENGARAH KOLEJ VOKASIONAL LABUAN PERBADANAN LABUAN MAJLIS PENGURUSAN TERTINGGI (MPT) PARA PENGETUA DAN GURU BESAR GURU-GURU PENOLONG KANAN SEKOLAH - SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH SEMUA AJK PENGELOLA, AJK KERJA DAN PEGAWAI TEKNIKAL GURU-GURU , JPAM DAN RELA (PENGARAH PENDIDIKAN W.P LABUAN)