PROFIL MURID
NAMA : __________________________________________________________________________
JANTINA : ___________________ AGAMA : _____________________________
BANGSA : ___________________ NO. KAD PENGENALAN: _____________________
NO. PENDAFTARAN SEKOLAH: _______________________________________________
NAMA IBU / BAPA / PENJAGA :
___________________________________________________________________________________
ALAMAT RUMAH : _____________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
NO TELEFON IBU/BAPA / PENJAGA :
1. PEJABAT : ____________________ 2. BIMBIT : _________________________
TAHUN KELAS NAMA GURU KELAS
Catatan : Buku peraturan ini hendaklah dibawa pada setiap hari persekolahan.
Meninggalkannya / menghilangkannya / merosakkannya dan menconteng buku
peraturan ini adalah menjadi satu kesalahan
1
VISI
Pendidikan Berkualiti Insan
Terdidik
Negara Sejahtera
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan
Yang Berkualiti Untuk
Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
MOTO SEKOLAH
Berdisiplin, Berilmu Dan Cemerlang
2
LOGO SEKOLAH
KEUNIKAN LOGO SMK SETIA ALAM
Berbentuk bulat – Melambangkan semangat setia kawan,persefahaman
dan perpaduan. Murid yang prihatin terhadap alam sekitar dengan
mengamalkan nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar.
Moto - Berdisiplin, Berilmu Dan Cemerlang, bermaksud :
1. Berdisiplin dalam sahsiah diri.
2. Berilmu untuk kejayaan pada masa hadapan dalam
semua aspek kehidupan
3. Cemerlang dalam bidang akademik dan ko-kurikulum
Mata Pena – Pemangkin gedung ilmu.
Buku
– Bererti gedung ilmu yang sentiasa wujud dan patut
dituntut pada bila-bila masa agar menjadi insan yang
berilmu.
HURAIAN WARNA
Warna Putih – Kesucian, kebersihan, keikhlasan dan kejujuran.
Warna Merah – Semangat yang membara untuk menimba ilmu.
Warna Keemasan - Kemakmuran dan keamanan.
Warna Kuning - Cerdas, cergas, kreatif dan kritis.
3
LAGU NEGARAKU
Negaraku,
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup,
Bersatu dan maju,
Rahmat bahagia,
Tuhan kurniakan,
Raja kita selamat bertakhta,
Rahmat bahagia,
Tuhan kurniakan,
Raja kita selamat bertakhta.
LAGU NEGERI SELANGOR
Duli Yang Maha Mulia,
Selamat di atas takhta,
Allah lanjutkan usia Tuanku
Rakyat mohon restu,
Bawah duli Tuanku,
Bahagia selama-lamanya,
Aman dan sentosa,
Duli Yang Maha Mulia.
4
LAGU SEKOLAH
Kami warisan bangsa,
Bergerak ke arah cemerlang,
Bersama SMKSA,
Menjana generasi terbilang,
Kami bangsa Malaysia,
Percaya Rukun Negara,
Itulah paksi kejayaan,
Pasti kami amalkan,
Membangun potensi,
Pendidikan kualiti,
Itulah janji-janji kami,
Membina hidup harmoni. (2 x)
Pencipta : Haji Kaharudin Bin Mohd Yusuff
Lirik : En Azahar Nor Ariffin bin Ahmad
5
IKRAR MURID
Bahawa kami murid SMK Setia Alam berjanji dan berikrar untuk menjadi
“insan mithali” berlandaskan prinsip – prinsip berikut :-
1. Mencapai keputusan cemerlang dalam semua peperiksaan dan
kegiatan kokurikulum untuk menjamin masa depan yang cemerlang.
2. Mendisiplin diri dengan mematuhi peraturan sekolah, masyarakat
dan Negara demi kesejahteraan bersama.
3. Mengamalkan sahsiah yang mulia berteraskan ajaran agama dan
nilai – nilai murni dalam semua aspek kehidupan.
4. Menguasai ilmu dan kemahiran yang diMuridi agar menjadi warga
negara Malaysia yang berguna.
5. Menjaga nama baik diri, keluarga dan sekolah demi meningkatkan
martabat agama, bangsa dan negara.
6
PERKARA 1 :
WAKTU PERSEKOLAHAN
7
1. WAKTU PERSEKOLAHAN:
WAKTU PERSEKOLAHAN
HARI SESI PAGI SESI PETANG
ISNIN HINGGA 7.20 pagi - 1.05 1.00 tengahari -
6.40 petang
KHAMIS petang
JUMAAT 7.20 pagi - 12.30 2.05 petang - 6.40
tengahari petang
1.1 Murid yang telah hadir ke sekolah mesti melakukan pengesahan cap
cari / ’fingerprint’ sebagai bukti kehadiran
1.2 Murid yang hadir selepas waktu persekolahan yang ditetapkan tanpa
sebab munasabah akan dianggap lewat dan boleh diambil tindakan
disiplin.
1.3 Murid yang datang selepas 7.30pg ( sesi pagi), 1.05 ptg / 2.05 petang
( sesi petang ) perlulah mengisi borang kehadiran lewat di pondok
pengawal dan murid perlu melaporkan diri ke unit disiplin untuk
mendapatkan tandatangan guru disiplin sebelum dibenarkan masuk
ke dalam kelas.
1.4 Murid yang tidak hadir ke sekolah mestilah membawa sijil sakit/surat
makluman ketidakhadiran dari ibu bapa/penjaga. Kegagalan berbuat
demikian akan dianggap ponteng sekolah dan boleh dikenakan
tindakan disiplin.
1.5 Murid –murid yang berada di sekolah tidak dibenarkan keluar
kawasan sekolah.
1.6. Murid yang hendak balik ke rumah atas sebab
sakit/kecemasan/kematian hendaklah memaklumkan kepada pihak
sekolah dan perlu diambil oleh Ibu bapa / penjaga sahaja. Ibu bapa
/ penjaga yang datang mengambil anak mereka di sekolah perlu
mengisi buku kebenaran keluar di pejabat.
8
2. WAKTU SOLAT
2.1 Murid islam sesi pagi dibenarkan menunaikan solat sunat dhuha
ketika waktu rehat sahaja. Murid perlu mendapatkan kebenaran
daripada guru.
2.2 Murid islam sesi petang mesti menunaikan solat Zohor dan Asar secara
berjemaah mengikut ketetapan yang berikut:
WAKTU SOLAT SESI PETANG
Solat Zohor Solat Asar
3.15 petang - 3.30 petang 5.35 petang - 5.50 petang
2.3 Murid yang bukan beragama islam perlu berada di dalam kelas /
berada di tempat yang telah ditetapkan bersama guru yang telah
dipertanggungjawabkan.
3. WAKTU PERHIMPUNAN
3.1 Semua murid mesti menghadiri perhimpunan rasmi sekolah dan juga
perhimpunan harian.
3.2 Ketika berada dalam perhimpunan murid perlu beratur mengikut
kelas masing- masing dalam keadaan tertib dan senyap.
3.3 Murid – murid mesti meletakkan dan menyusun beg dengan kemas
dan teratur
3.3 Murid – murid mesti berdiri tegak, senyap dan meletakkan beg di
bawah semasa lagu kebangsaan, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah
dinyanyikan.
3.4 Murid-murid perlu menyanyi bersama-sama dengan penuh semangat
mengikut iringan muzik.
3.5 Semasa bacaan doa oleh murid islam, semua murid dilarang bercakap
dan boleh berdoa mengikut anutan agama masing-masing.
3.6 Pengumuman perlu didengar dengan penuh perhatian serta dicatatkan
dalam buku catatan.
3.7 Selepas perhimpunan, murid mesti bergerak ke kelas dalam barisan
dengan teratur mengikut laluan yang telah ditetapkan.
9
4. WAKTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)
4.1 Murid – murid tidak dibenarkan meninggalkan kelas pada sebarang
waktu kecuali waktu kecemasan dan mendapat kebenaran guru.
Murid yang telah mendapat kebenaran mesti memakai “BAJU VEST
KEBENARAN KELUAR KELAS”. Tindakan ponteng kelas akan boleh
diambil jika murid ingkar.
4.2 Tiada seorang pun dibenarkan berada di luar kelas pada waktu belajar
dengan tugas- tugas yang lain selain dari belajar.
4.3 Murid–murid tidak dibenarkan keluar dari kelas semasa pertukaran
waktu PdP seperti ke tandas / berada di koridor dan sebagainya.
Ketua-ketua tingkatan bertanggungjawab mengawal kelas sehingga
guru tiba untuk mengajar.
4.4 Murid –murid tidak dibenarkan pergi ke tandas pada waktu pertama,
waktu sebelum / selepas rehat dan waktu terakhir kecuali kecemasan.
4.4 Murid – murid yang hendak meninggalkan kelas dengan sebab-sebab
tertentu hendaklah mendapat kebenaran dari guru mata Muridan.
4.5 Sekiranya murid sakit dan hendak berehat di bilik rawatan, murid
berkenaan hendaklah mendapatkan kebenaran dari guru mata
Muridan. Guru tersebut akan menulis maklumat di dalam Buku
Kawalan Kelas.
4.6 Murid-murid perlu bersedia untuk belajar/melakukan aktiviti
berfaedah seperti membaca ketika menunggu guru masuk.
4.7 Waktu Pendidikan Jasmani :
4.7.1 Murid perlu berpakaian Pendidikan Jasmani Sekolah iaitu
baju PJK sekolah dan seluar sukan berwarna hitam
4.7.2 Murid tidak boleh berada di dalam kelas (jika aktiviti di
padang)
4.7.3 Murid yang menghidapi penyakit kronik dan telah disahkan oleh
doktor dikecualikan daripada Aktiviti PJK. Surat perlulah
diserahkan pada Guru Kelas.
4.8 Murid sesi pagi dilarang berada / merayau di kawasan blok bilik
darjah ketika proses PdPc sesi petang sedang berlangsung.
4.9 Murid sesi petang dilarang berada / merayau di kawasan blok bilik
darjah ketika proses PdPc sesi pagi sedang berlangsung.
10
5. WAKTU REHAT
5.1 Murid dilarang berada di dalam kelas semasa waktu rehat. Tindakan
boleh diambil jika ingkar.
5.2 Murid-murid perlu beratur ketika membeli makanan mengikut laluan
yang telah ditetapkan. Murid dilarang berebut-rebut dan membuat
bising ketika berada di kantin.
5.3 Makan dan minum perlulah di kantin / kawasan yang ditetapkan
sahaja. Tindakan akan diambil jika melanggar peraturan ini.
5.4 Murid mesti memastikan sampah dan sisa makanan perlu di buang ke
dalam tong sampah.
5.5 Murid dilarang membawa makanan / minuman ke dalam kelas selepas
rehat.
5.6 Murid – murid dilarang sama sekali membawa makanan ringan,
minuman berkarbonat dan minuman alkohol / memabukkan
6. WAKTU BALIK
6.1 Lima minit sebelum loceng terakhir, murid mestilah mengemaskan
kerusi / meja, membersihkan kelas, mengosongkan tong sampah dan
menutup suis lampu serta kipas jika digunakan.
6.2 Pastikan kelas berada di dalam keadaan kemas dan bersih. Kerusi
dan meja disusun dengan teratur. Kelas perlu disapu dan sampah di
dalam bakul sampah perlu dibuang di tempat yang ditetapkan.
6.3 Semua kipas, lampu dan tingkap perlu ditutup. Pintu kelas perlu
dikunci. Buku kawalan kelas mesti dihantar ke Unit Disiplin.
6.4 Apabila loceng dibunyikan, murid boleh keluar kelas dengan teratur.
Murid hendaklah beratur di tempat yang ditetapkan dan berjalan
apabila diarahkan oleh guru.
6.5 Pastikan semua buku dibawa balik. Buku teks yang ditinggalkan akan
dirampas dan tindakan boleh diambil.
6.6 Murid yang balik menaiki bas atau kenderaan lain hendaklah
menunggu di tempat menunggu bas / kawasan selamat sebelum
menaiki kenderaan.
6.7 Murid dikehendaki beratur dengan tertib ketika menaiki kenderaan.
6.8 Murid yang berjalan kaki perlu berjalan dengan teratur di atas bahu
jalan dan tidak secara beriringan.
11
6.9 Murid hendaklah menggunakan laluan yang ditetapkan dan tidak
berkumpul di pintu hadapan sekolah tetapi di kawasan kiri / kanan /
kawasan menunggu.
6.10 Kenderaan ibu bapa tidak dibenarkan masuk dalam kawasan sekolah
semasa menghantar dan mengambil anak-anak.
6.11 Murid dilarang menggunakan laluan bilik guru dan pejabat ketika
balik.
7. WAKTU KOKURIKULUM / AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH
7.1 Hari dan waktu aktiviti kokurikulum dijalankan tertakluk kepada
pihak sekolah.
7.2 Setiap murid diwajibkan menyertai :
a. satu pasukan berunifom
b. satu persatuan/kelab.
c. satu kegiatan sukan /permainan..
7.3 Kebenaran bertulis mestilah diperolehi terlebih dahulu daripada
pengetua sekiranya seseorang murid ingin atau dikehendaki
mengambil bahagian di dalam kegiatan- kegiatan luar atau pertubuhan
luar, persatuan, permainan dan lain-lain yang dianjurkan sekolah atau
jabatan pendidikan.
7.4 Murid – murid adalah DILARANG KERAS memasuki sebarang
pertubuhan haram atau kongsi gelap.
7.5 Kehadiran aktiviti Kokurikulum adalah wajib kepada semua murid.
Murid yang tidak hadir hendaklah mengemukakan alasan yang kukuh
seperti surat rawatan doktor, surat cuti sakit atau penyataan daripada
ibubapa/panjaga.
7.6 Murid yang tidak hadir aktiviti kokurikulum tanpa sebab munasabah
dianggap ponteng dan tindakan boleh diambil.
7.7 Peraturan pemakaian semasa aktiviti kokurikulum adalah tertakluk
kepada arahan semasa pihak sekolah.
12
PERKARA 2 :
PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH
&
ETIKA BERPAKAIAN
13
1. PAKAIAN SERAGAM BAGI MURID LELAKI (LAMPIRAN A)
1.1 Baju
(a) Baju lengan pendek dengan poket di sebelah kiri. Sekiranya
memakai lengan panjang, pergelangan tangan perlu dikancingkan.
(b)Berwarna putih sahaja. Baju sekolah putih berkilat tidak
dibenarkan.
(c) Sekiranya memakai baju berlengan panjang, lengan baju di
pergelangan tangan hendaklah dikancing dan sekiranya dilipat,
hendaklah dilipat ke atas sedikit dari paras siku.
(d)Ukuran baju hendaklah sesuai dengan bentuk badan iaitu tidak
terlalu besar dan tidak terlalu kecil
(e) Baju tidak boleh dikeluarkan sepanjang masa / ketika berada di
dalam kawasan sekolah.
(f) Butang baju hendaklah sentiasa dikenakan sehingga butang kedua
dari atas.
(g)Dilarang memakai baju kemeja berjenama yang berlabel di poket.
(h)Dilarang memakai baju yang diconteng, bercorak dan berlubang.
(i) Dilarang memakai kemeja T bewarna (kecuali putih) dalam kemeja
sekolah.
(j) Baju Melayu berkolar cekak musang sahaja dibenarkan.
1.2 Seluar
(a) Semua murid lelaki berseluar panjang berwarna hijau tua (dark
olive).
(b)Pergelangan / ukur lilit kaki seluar panjang mestilah tidak melebihi
42 cm dan tidak kurang dari 32 cm.
(c) Seluar kembang serta labuh atau seluar yang kecil kaki serta singkat
atau sebarang potongan yang tidak sesuai / berfesyen tidak
dibenarkan.
(d)Poket seluar jenis tampal atau ala jeans seperti berbutang besi tidak
dibenarkan.
(e) Seluar tidak boleh melebihi 4 poket. Dua di bahagian belakang dan
dua lagi di bahagian sisi pinggang sahaja.
(f) Murid tidak dibenarkan memakai seluar yang mempunyai poket
disisi lutut / poket tambahan.
14
1.3 Tali Pinggang
(a) Tali pinggang yang dibenarkan ialah yang berukuran lebar tidak
melebihi 3.5cm berwarna hijau kehitam-hitaman (”Dark olive”) /
berwarna hitam yang diperbuat daripada kain kanvas.
(b)Kepala tali pinggang hendaklah kosong dan tidak besar, tidak
berhias dan tidak beraneka corak.
(c) Tali pinggang yang bercirikan budaya Rap tidak dibenarkan sama
sekali.
(d)Tidak boleh mempunyai lapisan logam di mana-mana bahagian
kecuali kepala tali pinggang.
1.4 Songkok
(a) Penggunaan songkok adalah dibenarkan bagi murid yang beragama
islam.
(b)Songkok perlulah berwarna hitam gelap yang tidak melebihi 3 inci
tanpa hiasan.
(c) Murid dilarang memakai kupiah / serban putih ketika berada dalam
sekolah.
1.5 Pakaian kebangsaan untuk Murid Lelaki Islam
(a) Murid – murid lelaki digalakkan memakai pakaian kebangsaan
baju melayu pada hari jumaat.
(b)Baju Melayu mestilah berwarna putih (baju Melayu Teluk Belanga /
Cekak Musang) dan seluar putih dengan samping berwarna biru
’turquoise’.
(c) Baju hendaklah sentiasa berbutang penuh.
(d)Jika murid memakai baju melayu perlulah lengkap dan bersongkok.
(e) Baju Melayu dilepaskan keluar sementara kain samping di sebelah
dalam tidak dibenarkan sama sekali
15
2. PAKAIAN SERAGAM MURID PEREMPUAN BERAGAMA ISLAM /
BERBAJU KURUNG (LAMPIRAN C)
2.1 Baju kurung dan kain sarung
(a) Semua murid perempuan dibenarkan memakai baju kurung putih
(cotton) Telok Belanga/ baju kurung moden yang labuh di paras lutut
dan kain sarung berwarna biru ’turquoise’.
(b)Baju kurung yang berkain jarang / nipis / berjalur / berkilat tidak
dibenarkan.
(c) Murid perempuan juga mesti memakai anak baju atau ’Camisole’
bewarna putih / warna kulit .
(d)Kain mestilah tidak terlalu singkat dan buku lali hendaklah terlindung
tapi tidak mencecah lantai dan mesti memakai kain dalam.
(e) Baju kurung hendaklah dikancing dengan kemas.
(f) Kain sarung hendaklah dipakai kemas, disusun tepi dan menutupi
buku lali.
(g)Murid dibenarkan menggunakan kain sarung yang berbentuk ’A
line’.
2.2 Mini telekung / Tudung
(a) Setiap murid Islam digalakkan memakai tudung / mini telekung
berwarna putih tanpa berenda, bersulam , berbatu atau berfesyen
dan dari jenis lembut polyster.
(b)Tidak dibenarkan menggunakan sebarang pin pada mini telekung /
tudung.
(c) Bentuk yang dibenarkan ialah segi tiga atau rata di bahagian bawah
mini telekung
(d)Labuhnya hendaklah melebihi paras kedua-dua bahu. Kain
janganlah terlalu nipis.
(e) Anak tudung yang berwarna putih sahaja dibenarkan. Tudung
hitam hanya dibenarkan semasa waktu PJK.
3. PAKAIAN MURID PEREMPUAN PINAFORE ( LAMPIRAN B )
3.1 Baju blaus dan Pinafore Tunic
(a) Baju blaus adalah bewarna putih dan berlengan pendek. Blaus
berjalaur – jalur dan berlubang tidak dibenarkan.
(b)Butang baju hendaklah dikancing sehingga butang kedua dari atas.
16
(c) Pinafore perlulah bewarna biru ’Turquoise’ dan labuhnya melebihi
paras lutut.
(d)Pinafore tidak boleh ketat.
(e) Tali leher hendaklah sentiasa dipakai kemas / mengikut etika
pemakaian
(f) Murid bukan islam juga dibenarkan untuk memakai baju kurung
seperti di 2.1
4. KASUT DAN STOKIN
(a) Semua murid hendaklah berkasut jenis kanvas/bahan sintetik lain
yang berwarna putih/hitam sahaja.
(b)Tali kasut hendaklah putih ( kasut putih ) / tali hitam ( kasut hitam )
dan diikat dengan kemas dengan memasukkannya ke dalam semua
lubang tali kasut.
(c) Lebar tali kasut hendaklah tidak melebihi 1 cm.
(d)Kasut–kasut yang berfesyen/mempunyai lambang/jalur yang
berwarna lain daripada putih/hitam adalah dilarang.
(e) Hanya satu jalur gelap sahaja dibenarkan di bahagian getah/ bahagian
tepi bawah kasut.
(f) Kasut tidak boleh diwarnakan atau dinila sehingga kelihatan biru
( kasut putih ).
(g)Kasut jenis potongan ’high cut’ (melepasi paras buku lali) adalah
dilarang.
(h)Kasut plastik atau kasut kulit tidak dibenarkan kecuali pengawas
sekolah
(i) Sebarang jenis kasut sukan adalah tidak dibenarkan kecuali dengan
pemakaian sukan
(j) Murid juga perlu memakai stokin / sarung kaki yang berwarna putih
( kasut putih ) / stokin hitam ( kasut hitam ) sahaja.
(k)Stoking yang mempunyai jalur / logo selain daripada warna putih /
hitam tidak dibenarkan.
(l) Tinggi stokin hendaklah melepasi paras buku lali.
17
5. LENCANA DAN TANDA NAMA
(a) Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda
nama sepanjang masa.
(b)Lencana dan tanda nama hendaklah dipakai dan dijahit dengan
benang putih di bahagian atas poket di dada sebelah kiri baju bagi
murid lelaki.
(c) Lencana dan tanda nama hendaklah dipakai dan dijahit dengan
benang putih di bahagian mini telekung sebelah kiri bagi murid
perempuan Islam.
(d)Lencana dan tanda nama hendaklah dipakai dan dijahit di bahagian
dada sebelah kiri pinafore bagi murid perempuan bukan Islam
(e) Kedudukan lencana hendaklah di atas tanda nama
(f) Lencana dan tanda nama yang pudar atau hilang warnanya
hendaklah diganti dengan segera.
(g)Tanda nama dan lencana tidak boleh diconteng / dipinda /
diubahsuai.
(h)Murid tidak dibenarkan memakai tanda nama Murid lain / nama
timangan / nama singkat.
6. TALI LEHER ( Penguatkuasaan tertakluk kepada Pihak sekolah)
(a) Semua murid mesti memakai tali leher kecuali yang memakai baju
kurung.
(b)Hanya tali leher sekolah sahaja yang dibenarkan. ( dijual dikoperasi
sekolah )
(c) Tali leher perlulah dipakai / diikat dengan kemas dan panjang
sehingga paras pusat.
(d)Dilarang mengenakan sebarang logo / contengan pada tali leher.
7. BERPAKAIAN PADA WAKTU BIASA / KELAS TAMBAHAN
(a) Murid – murid hendaklah sentiasa berpakaian sekolah lengkap
atau berbaju T sekolah berseluar sekolah/ slack / track dan
berkasut sekolah sewaktu hadir ke sekolah untuk mengikuti
sebarang aktiviti di luar waktu belajar.
(b)Murid yang memakai pakaian yang tidak mempunyai logo sekolah
akan dikenakan tindakan disiplin.
18
8. PAKAIAN PENDIDIKAN JASMANI (PJK) ( LAMPIRAN E )
8.1 Murid Lelaki
(a) Murid mesti memakai baju T ( baju PJ sekolah ) dan seluar sukan
panjang yang berwarna biru tua / hitam sahaja. (seluar sukan boleh
didapati di koperasi sekolah)
(b)Seluar berfesyen / kecil / ketat / berlogo berlebihan adalah
DILARANG.
(c) Murid lelaki hendaklah memasukkan baju ke dalam seluar dengan
kemas sepanjang masa.
(d)Murid hanya dibenarkan memakai kasut sukan / kasut sekolah
sahaja.
8.2 Murid Perempuan Islam
(a) Murid mesti memakai baju T lengan panjang ( baju PJ sekolah ) dan
seluar sukan panjang yang berwarna biru tua / hitam sahaja. (seluar
sukan boleh didapati di koperasi sekolah)
(b)Seluar berfesyen / kecil / ketat / berlogo berlebihan adalah
DILARANG.
(c) Murid hanya dibenarkan memakai tudung / mini telekung berwarna
putih atau hitam ( bergantung kepada peraturan semasa ).
(d)Murid hanya dibenarkan memakai kasut sukan / kasut sekolah
sahaja.
8.3 Murid Perempuan bukan Islam
(a) Murid Mesti memakai baju T lengan panjang / pendek ( baju PJ
sekolah ) dan seluar sukan panjang yang berwarna biru tua / hitam
sahaja. (seluar sukan boleh didapati di koperasi sekolah)
(b)Seluar berfesyen / kecil / ketat / berlogo berlebihan adalah
DILARANG.
(c) Murid hanya dibenarkan memakai kasut sukan / kasut sekolah
sahaja.
19
9. PAKAIAN LATIHAN SUKAN / PERMAINAN
9.1 Murid Lelaki
(a) Baju T mengikut warna rumah sukan dan seluar sukan panjang yang
berwarna biru tua / hitam sahaja.
(b)Murid lelaki hendaklah memasukkan baju ke dalam seluar dengan
kemas.
(c) Murid hanya dibenarkan memakai kasut sukan / sekolah sahaja.
9.2 Murid Perempuan Islam
(a) Baju T lengan panjang mengikut warna rumah dan seluar sukan
panjang yang berwarna biru tua / hitam, serta mini telekung putih
/ tudung putih. ( warna tudung mengikut peraturan semasa ).
(b)Murid hanya dibenarkan memakai kasut sukan / sekolah sahaja.
9.3 Murid Perempuan Bukan Islam
(a) Baju T lengan panjang / pendek mengikut warna rumah dan seluar
sukan panjang yang berwarna biru tua / hitam sahaja.
(b)Murid hanya dibenarkan memakai kasut sukan / sekolah sahaja.
10. PAKAIAN BADAN BERUNIFORM / PERSATUAN / KELAB (
LAMPIRAN F )
(a) Murid – murid dibenarkan memakai pakaian uniform lengkap /
separa uniform mengikut badan beruniform yang disertai pada
setiap hari kokurikulum. ( tertakluk kepada peraturan sekolah )
(b)Setiap kali perjumpaan kokurikulum murid – murid hendaklah
memakai pakaian lengkap unit beruniform / baju T unit beruniform
/ baju T rumah sukan sekolah yang disertai.
(c) Murid perempuan Islam hendaklah memakai mini telekung /
tudung berjahit ( tudung sekolah / tudung warna hitam ) semasa
memakai uniform. Tudung tidak boleh berenda, bersulam , berbatu
atau berfesyen. Tudung boleh dipakai mengikut kesesuaian warna
bagi Badan Unit beruniform.
(d)Anak tudung bewarna hitam dibenarkan dipakai semasa memakai
tudung mengikut warna uniform.
(e) Murid hendaklah memakai kasut sekolah / kasut sukan / kasut
uniform yang sesuai dengan aktiviti yang dijalankan. Selipar atau
sandal tidak dibenarkan semasa aktiviti perjumpaan kokurikulum.
20
(f) Murid tidak dibenarkan memakai pakaian selain di atas semasa
perjumpaan / aktiviti Kokurikulum.
11. PAKAIAN SEMASA MEWAKILI SEKOLAH
(a) Murid – murid yang mewakili sekolah hendaklah memakai pakaian
yang ditetapkan oleh pentadbir / guru penasihat mengikut
kesesuaian aktiviti.
(b)Jika memakai uniform sekolah / baju T sekolah hendaklah lengkap
seperti dalam peraturan yang ditetapkan.
21
PERKARA 3 :
PENAMPILAN DIRI
&
KEKEMASAN DIRI
22
1. RAMBUT
1.1 RAMBUT MURID LELAKI ( LAMPIRAN D )
(a) Rambut murid – murid lelaki mesti selalu pendek, bersih, kemas
dan tidak mencecah kolar baju.
(b)Panjang rambut tidak boleh melebihi paras yang ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia. Istilah rambut panjang adalah
seperti yang berikut :
Di belakang: Rambut jatuh melebihi garisan di bawah cuping
telinga.
Di depan : Rambut menutupi garisan tengah dahi.
Di sebelah : Rambut menutup kedua – dua telinga atau sebahagian
daripadanya dan sideburns melebihi garisan tengah
hidung.
Di atas : Rambut panjang melebihi 6 inci / 15 cm panjang.
(c) Murid tidak dibenarkan mewarna rambut / mengerintingkan rambut
/ menggunting atau menyikat rambut secara berfesyen seperti ’punk’
/ ’skin head’ / berekor / fesyen terkini yang tidak bersesuaian.
(d)Tidak boleh botak / nampak kulit kepala kecuali atas sebab-sebab
yang dibenarkan.
(e) Murid lelaki beragama Sikh boleh berambut panjang jika mereka
memakai serban (turban) sebagaimana dikehendaki oleh agama
mereka. Warna turban ialah warna hitam / biru tua. Bagi murid yang
tidak berserban, peraturan adalah seperti yang ditetapkan.
(f) Murid yang masih ingkar setelah amaran lisan diberikan, pihak
sekolah berhak untuk memotong rambut murid yang melanggar
peraturan.
1.2 RAMBUT MURID PEREMPUAN
(a) Rambut mestilah kemas dan bersih.
(b)Rambut tidak boleh jatuh menyentuh bahu. Rambut yang melebihi
bahu / panjang perlulah diikat sebagai tocang (plait) atau ’ponytail’
dengan menggunakan reben putih / hitam sahaja. Jika menggunakan
sepit rambut perlulah berwarna hitam sahaja.
(c) Dilarang memakai sebarang hiasan bercorak di kepala / rambut.
(d)Murid tidak dibenarkan mewarna rambut / mengerintingkan
rambut / menggunting atau menyikat rambut secara berfesyen
seperti ’punk’ / ’skin head’ / berekor / fesyen terkini
(e) Penggunaan inai pada rambut adalah tidak dibenarkan.
23
2. KEBERSIHAN DIRI
(a)Semua murid hendaklah menjaga kebersihan diri. Pakaian
hendaklah sentiasa bersih dan kemas.
(b)Kasut perlulah sentiasa bersih.
3. MISAI , JANGGUT DAN KENING
(a) Murid lelaki tidak boleh menyimpan / memakai misai / janggut /
jambang / ketiga-tiganya. Istilah misai tidak termasuk bulu roma
yang mula tumbuh di atas bibir murid lelaki yang beransur baligh.
(b)Murid lelaki / perempuan dilarang mencukur / mencabut bulu
kening.
4. KUKU
(a) Murid mesti berkuku pendek dan dilarang memakai pewarna /
pengilat / inai.
5. TANGAN
(a) Murid dilarang mengenakan sebarang corak / tatu pada tangan.
6. ALAT SOLEK
(a) Membawa dan menggunakan alat solek adalah dilarang sama sekali.
7. SUBANG
(a) Hanya dibenarkan kepada murid perempuan sahaja.
(b)Ukuran subang adalah tidak melebihi diameter 0.5cm dan berwarna
putih / emas sahaja. Batu permata pada subang tidak dibenarkan.
(c) Hanya satu subang dibenarkan pada setiap telinga dan perlulah
dipakai di bawah cuping telinga.
(d)Subang berfesyen / bercorak / bentuk yang berlebihan tidak
dibenarkan.
8. BARANG KEMAS / PERHIASAN
(a) Murid tidak dibenarkan memakai / membawa barang kemas /
perhiasan ke sekolah.
(b)Murid yang ingin memakai barang perhiasan berunsur keagamaan
ke sekolah hendaklah memohon kebenaran daripada Pengetua dan
perlu dipakai di bahagian tubuh yang tidak mudah dilihat.
24
PERKARA 4 :
TINGKAH LAKU
&
ADAB DI SEKOLAH
25
1. TINGKAH LAKU MURID YANG DILARANG DI SEKOLAH
1.1 TINGKAH LAKU LUCAH / BIADAP
(a) Tidak menghormati Pengetua / Penolong kanan / guru / kakitangan
sekolah / pengawas / pelawat.
(b)Membaca / meninjau / menyebarkan bahan – bahan bacaan /
gambar lucah.
(c) Bercumbu – cumbuan / perlakuan sumbang/ gangguan seksual
(d)Melukis / memiliki gambar lucah / menulis perkataan lucah.
(e) Melakukan perbuatan yang boleh dirangkumkan sebagai sumbang /
lucah.
(f) Melayan murid berlainan / sama jantina di tempat terpencil /
tersembunyi.
(g)Kesalahan – kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori
ini oleh Pengetua / Unit Disiplin.
1.2 TINGKAH LAKU ANTI SOSIAL
(a) Mencemarkan kebersihan kawasan / bangunan sekolah.
(b)Bergaduh / berkelahi / berkelakuan kasar / melakukan provokasi.
(c) Menyalahgunakan kemudahan sekolah / kuasa yang diamanahkan.
(d)Bermain sebarang alat permainan di dalam bilik darjah.
(e) Membawa / menggunakan barang – barang yang berbahaya,
(f) Berludah merata – rata.
(g)Tidak melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum / daripada
mewakili sekolah / negeri / Negara.
(h)Bersubahat / menyuruh murid lain keluar dari kawasan sekolah
tanpa kebenaran guru.
(i) Membuli perbuatan / perkataan
(j) Kesalahan – kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori
ini oleh Pengetua / Unit Disiplin.
1.3 PERBUATAN CURANG / TINGKAH LAKU TIDAK JUJUR
(a) Meniru dalam ujian / peperiksaan.
(b)Bercakap bohong.
(c) Meniru tandatangan ibu bapa / penjaga / Pengetua / guru.
(d)mengubah markah ujian / peperiksaan.
(e) Memiliki / menggunakan alatan permainan kepunyaan sekolah
tanpa kebenaran.
(f) Menjalankan perniagaan / menjadi agen perniagaan tanpa
kebenaran.
26
(g)Tidak menyelesaikan kerja –kerja yang diberikan oleh guru.
(h)Membawa keluar sebarang perlatan di dalam kelas seperti meja /
kerusi alatan bengkel / makmal tanpa kebenaran guru.
(i) Menyalahgunakan nama Pengetua / guru untuk kepentingan diri.
(j) Kesalahan – kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori
ini oleh Pengetua / Unit Disiplin.
1.4 TINGKAH LAKU JENAYAH / KESALAHAN BERAT
(a) Menjadi anggota / terlibat dengan pertubuhan haram / kongsi gelap.
(b)Membawa / memiliki senjata haram.
(c) Memukul murid / pengawas / kakitangan sekolah / Pengetua /
guru.
(d)mengancam / mengugut murid / pengawas / kakitangan sekolah /
Pengetua / guru.
(e) Memiliki / melibatkan diri dengan dadah / inhalan dan vape.
(f) Membawa / memiliki / meminum minuman yang mengandungi
alkohol / memabukkan.
(g)Melakukan pelancoan / ragging / buli .
(h)Menulis kepada keratan akhbar tanpa kebenaran daripada
pengetua.
(i) Mencuri
(j) Membawa / memiliki / menghisap rokok / vape
(k)Membawa / memiliki alat pemetik api.
(l) Terlibat dengan aktiviti perjudian
(m)Menimbulkan isu sensitif / membawa orang luar dengan tujuan
untuk menimbulkan kacau bilau.
2. ADAB SEORANG MURID
2.1 ADAB BERGURU
(a) Belajar adalah ibadah.
(b)Setiap kesempatan yang ada digunakan untuk mendapatkan sesuatu
ilmu pengetahuan yang berguna.
(c) Biasakan memMuridi ilmu itu dengan perbuatan terpuji.
(d)Semasa guru mengajar, dengar dengan penuh perhatian.
(e) Adalah sesuatu yang tidak beradap dan dilarang melakukan perkara
lain / bercakap yang tidak berkaitan dengan Muridan tersebut.
27
(f) Jika ada sesuatu yang tidak difahami, minta dengan hormat kepada
guru agar dia mengulanginya semula atau menjelaskan apa yang
tidak difahami.
(g)Peliharalah adab ketika bercakap dengan guru.
(h)Jangan bercakap dengan suara yang keras / kasar dan jangan
membantah sekiranya guru mengabaikan permintaan anda.
2.2 ADAB BERTEMU DENGAN GURU
(a) Apabila bertemu dengan guru hendaklah didahulukan dengan
ucapan salam / selamat sejahtera.
(b)Jangan bercakap / menyampuk di hadapan guru kecuali dengan izin.
(c) Elakkan dari membantah pendapat guru kecuali dibenarkan.
(d)Elakkan memberi sebarang petanda bahawa anda lebih tahu dari
guru kerana perbuatan ini kurang sopan / tidak berkat.
(e) Jangan ada sifat buruk sangka kepada guru.
2.3 ADAB PERHIMPUNAN / MAJLIS RASMI
(a)Kedudukan barisan murid lelaki di hadapan dan murid perempuan
di belakang atau mengikut arahan guru pada masa tertentu.
(b)Murid mestilah berada di dalam barisan kelas masing – masing dan
memelihara barisan agar teratur sepanjang masa perhimpunan.
(c) Tidak dibenarkan bercakap / bergurau / membaca bahan yang tiada
kaitan dengan acara perhimpuanan / majlis.
(d)Memberikan tumpuan kepada acara perhimpunan / majlis.
(e) Berpakaian kemas dan lengkap.
(f) Tidak meninggalkan perhimpunan / majlis sehingga dibenarkan
berbuat demikian.
(g)Mematuhi segala arahan mengikut kesesuaian majlis.
28
PERKARA 5 :
KEMUDAHAN SEKOLAH
&
HARTA BENDA SEKOLAH
29
1. PENGGUNAAN BILIK KHAS
1.1 PERATURAN MAKMAL SAINS
(a) Murid – murid hendaklah beratur di luar makmal sebelum masuk
ke makmal. Kebenaran Guru hendaklah diperolehi sebelum
memasuki Makmal Sains dan Bilik Persediaan.
(b)Peralatan dan bahan sains dalam makmal sains tidak boleh dibawa
keluar tanpa kebenaran guru sains.
(c) Peralatan dan bahan sains hanya boleh digunakan atas arahan guru.
(d)Semua peralatan dan bahan sains yang telah digunakan hendaklah
dikembalikan ke tempat asal atau seperti yang diarahkan oleh guru.
(e) Semua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan
dan kembalikan ke tempat asalnya.
(f) Kerja amali hanya boleh dilakukan dengan pengetahuan dan
kebenaran guru.
(g) Peralatan yang pecah atau rosak perlu dilaporkan dengan segera
kepada guru dan Pembantu Makmal.
(h)Murid dikehendaki menjaga kebersihan dan susunan perabot
supaya kemas dan teratur.
(i) Murid dikehendaki menyusun bangku makmal di atas meja,
membersihkan papan hitam, menutup suis lampu dan kipas setiap
kali kelas berakhir.
(j) Sebarang kemalangan yang berlaku perlu dilaporkan dengan segera
kepada guru dan Pembantu Makmal.
(k)Penunu Bunsen hendaklah dinyalakan hanya dengan pemetik api.
Penggunaan kertas, lidi dan mancis tidak dibenarkan.
(l) Sebarang benda yang masih menyala dan berbara tidak boleh
dibuang ke dalam tong sampah.
(m)Elakkan membuang sebarang sampah dalam bentuk pepejal ke
dalam sinki. Sisa-sisa bahan sains hendaklah dibuang ke dalam
bekas yang berlabel sisa bahan.
(n)Beg sekolah tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam makmal.
Hanya buku dan peralatan belajar yang dibenarkan sahaja boleh
dibawa masuk ke dalam makmal sains semasa pengajaran dan
pembelajaran sains.
(o)Bahan dan alat dalam Kit Peralatan Kecemasan boleh digunakan
dengan kebenaran dan pengawasan guru dan Pembantu Makmal.
(p)Murid dilarang bermain-main, bergurau atau berlari-lari di dalam
makmal sains.
30
(q)Jangan minum air paip dalam makmal kerana air ini tidak selamat
untuk diminum. Anda juga tidak boleh membawa makanan dan
minuman di dalam makmal. Anda tidak boleh makan dan minum di
dalam makmal.
1.2 BILIK BAHAN BANTU MENGAJAR
(a) Murid dilarang masuk ke dalam bilik ini kecuali dengan kebenaran
guru.
(b)Murid mesti memulangkan bahan di tempatnya semula dengan
pengetahuan guru yang berkaitan.
(c) Pastikan susunan bahan dan buku sentiasa dalam keadaan teratur.
(d)Pustakawan yang bertugas secara bergilir perlu memastikan
kebersihan bilik, susunan bahan-bahan dan buku-buku serta buku
log penggunaan bilik diurus dengan baik.
1.3 PERATURAN MAKMAL KOMPUTER
(a) Murid dilarang memasuki makmal komputer kecuali dengan
kebenaran guru.
(b)Sila imbas semua disket dan ‘pendrive’ sebelum digunakan.
(c) Sila laporkan semua masalah yang berkaitan kepada guru.
(d)Murid tidak dibenarkan untuk cuba membaiki peralatan kompter.
(e) Sila bertanggungjawab bila menggunakan segala peralatan,
perisisan dan kemudahan yang ada.
(f) Semua peralatan mestilah berada pada tempat asalnya.
(g) Tidak dibenarkan memadam atau menambah apa-apa perisian di
dalam komputer
(h)Jangan mengubahsuai segala aturan (setting) di dalam komputer
(i) Simpan semua tugasan di dalam storan sekunder (pendrive, cakera
padat, cakera liut dan sebagainya).
(j) Tidak dibenarkan membawa beg, makanan dan minuman di dalam
makmal.
(k)Tutup komputer dengan betul selepas menggunakannya.
(l) Tutup semua AVR sebelum meninggalkan makmal.
(m)Kemudahan adalah untuk kegunaan pendidikan sahaja.
(n)Semua pengguna mestilah merekodkan penggunaan komputer di
dalam buku log yang disediakan.
(o)Makmal mesti sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas.
31
1.4 BILIK GURU
(a) Bilik Guru adalah kawasan larangan.
(b)Murid yang mempunyai urusan dengan kebenaran sahaja (
mempunyai pas keluar kelas ) boleh berada dikawasan bilik guru.
(c) Murid hendaklah mengetuk pintu dan meminta keizinan daripada
guru yang berada di dalam bilik guru sebelum masuk. Jika tiada guru
di dalam bilik guru, murid tidak dibenarkan masuk.
(d)Murid perlu mengambil / meletakkan buku di tempat yang telah
disediakan di luar bilik guru.
(e) Murid dilarang untuk membuat sebarang aktiviti di bilik guru.
1.5 BILIK SAKIT / RAWATAN
(a) Murid – murid yang sakit hendaklah dilaporkan kepada guru
bertugas oleh ketua kelas dan didaftarkan di bilik sakit.
(b)Borang / buku masuk bilik sakit hendaklah diisi dan ditandatangani
oleh guru yang mengajar atau guru bertugas sebelum murid sakit
dimasukkan kedalam bilik sakit.
(c) Murid yang sakit tidak boleh ditemani oleh Murid lain kecuali
kebenaran guru bertugas.
(d)Bilik sakit hendaklah dikemas selepas digunakan.
1.6 PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)
(a) Waktu penggunaan 8.00 pagi – 5.00 petang setiap hari persekolahan
(tertakluk kepada peraturan semasa)
(b)Murid – murid tidak dibenarkan membawa buku-buku kepunyaan
sendiri ke dalam PSS
(c) Murid mesti menggunakan kad pinjaman untuk meminjam buku.
(d)Denda akan dikenakan kepada Murid yang lewat memulangkan
buku.
(e) Murid dilarang membuat bising di dalam PSS.
(f) Buku-buku yang telah dibaca atau telah digunakan hendaklah
disusun kembali di atas rak.
(g) Murid hanya dibenarkan meminjam dua buah buku sahaja pada
satu-satu masa dan tempoh meminjam selama seminggu ( tertakluk
kepada perubahan ).
(h)Murid dilarang menconteng / mengoyak / membawa keluar buku-
buku dari PSS tanpa kebenaran.
(i) Kebersihan, kekemasan dan keceriaan PSS adalah tanggungjawab
semua murid.
32
(j) Murid hendaklah memakai pakaian seragam sekolah atau pakaian
berlogo sekolah (mengikut peraturan sekolah) semasa berada di
PSS.
(k)Murid hendaklah menunjukkan buku yang hendak dibawa keluar
kepada pengawas PSS yang bertugas di kaunter.
(l) Murid dilarang menggunakan PSS ketika waktu pengajaran dan
pembelajaran kecuali arahan dan bersama guru mata Muridan.
1.7 BILIK TAYANG
(a) Waktu penggunaan : 7.30 pagi – 6.30 petang setiap hari
persekolahan (tertakluk kepada peraturan semasa).
(b)Murid hanya boleh menggunakan bilik tayang jika ada guru yang
mengiring mereka dan tujuan yang berkaitan dengan pembelajaran
atau tugasan.
(c) Tempahan dan rekod penggunaan bilik tayang hendaklah direkod
dibuku log yang disediakan.
(d) Murid perlu menjaga kebersihan dan menggunakan perlatan bilik
tayang dengan betul dan cermat.
1.8 BILIK ALATAN SUKAN, PADANG DAN GELANGGANG
PERMAINAN
(a) Bilik alatan Sukan adalah kawasan larangan.
(b)Murid tidak dibenarkan membawa keluar dan menyimpan alatan
sukan tanpa kebenaran dan pengawasan guru.
(c) Murid tidak dibenarkan berada di kawasan padang / dataran /
semua gelanggang kecuali sewaktu aktiviti PJK atau latihan sukan
dengan pengawasan guru.
1.9 PERATURAN KESELAMATAN BENGKEL
(a) Murid tidak dibenarkan memasuki bengkel tanpa kebenaran guru.
(b)Tidak menumpahkan minyak di atas lantai bengkel.
(c) Memastikan bengkel dibekalkan dengan alat pemadam api.
(d)Memastikan bengkel sentiasa cerah dan mempunyai pengudaraan
yang baik.
(e) Memastikan bengkel di bekalkan dengan peti pertolongan cemas.
(f) Murid tidak dibenarkan bermain atau bergurau semasa di bengkel
(g) Jangan menggunakan mesin tanpa kebenaran dan pengawasan guru
(h)Bengkel hendaklah sentiasa dibersihkan selepas kerja selesai
33
(i) Semua alatan tangan perlu diperiksa sebelum digunakan dan
laporkan kepada guru jika terdapat kerosakan.
(j) Bahan terbuang seperti reja kayu hendaklah dibersihkan dengan
segera
(j) Jangan bekerja bersendirian tanpa pengawasan guru.
(l) Jangan tergesa-gesa hendak menyelesaikan kerja terutamanya
semasa menggunakan alatan mesin .
(m)Sentiasa membaca peraaturan keselamatan yang terdapat pada
peralatan sebelum menggunakannya.
(n)Patuhi arahan pengeluar mesin dan peraturan keselamatan
menggunakan mesin seperti mesin gerudi dan mesin gergaji.
(o)Sentiasa memakai kasut, sarung tangan dan alat pelindung mata
semasa bekerja di bengkel.
(p)Lantai bengkel perlu sentiasa kering.
(q)Elakkan lebihan kayu , logam, paku dan skru bersepah di atas lantai.
(r) Susun alatan dan bahan yang digunakan dengan teratur di atas meja
kerja.
(s) Murid harus sentiasa berwaspada semasa bekerja di bengkel.
(t) Murid harus memakai pakaian yang sesuai semasa menggunakan
bengkel seperti memakai apron dan kasut.
(u)Murid harus melaporkan sebarang kemalangan kepada guru.
(v) Tenaga elektrik digunakan secara berhati-hati untuk mengelakkan
renjatan elektrik
1.10PERATURAN PENGGUNAAN PADANG / GELANGGANG
(a) Penggunaannya mesti mendapat kebenaran guru / di bawah
pengawasan guru.
(b)Semasa menggunakan padang/ gelanggang, murid – murid perlu
berpakaian sukan lengkap.
(c) Murid yang tidak berpakaian sukan lengkap dilarang untuk
menggunakan kemudahan sukan sekolah
(d)Murid dilarang menggunakan padang / gelanggang semasa hari
hujan / petir / guruh.
(e) Simpan alatan selepas digunakan.
34
2. SURAU/MUSOLLA
2.1 Peraturan Am
(a) Pengurusan musolla ini adalah dikelolakan oleh sebuah
jawatankuasa yang dilantik oleh pihak sekolah dengan bidang tugas
yang telah ditetapkan
(b)Musolla ini hendaklah digunakan sebagai tempat mengerjakan
ibadat solat, melaksanakan amal pendidikan Islam, ambutan hari-
hari kebesaran Islam dan aktiviti-aktiviti pendidikan serta
kemasyarakatan.
(c) Semua murid / jemaah dikehendaki menjaga kebersihan dan
keceriaan musolla serta memastikan ianya sentiasa dalam keadaan
yang memuaskan.
(d)Semua barang dan peralatan musolla hendaklah dijaga dengan
selamat dan tidak boleh dibawa keluar kecuali dengan kebenaran.
(e) Tidak dibenarkan membawa masuk ke dalam musolla ini perkara-
perkara berikut:
(i) Senjata tajam yang merbahaya dan seumpamanya.
(ii) Bahan-bahan dan gambar lucah, majalah-majalah hiburan dan
penerbitan yang berunsur kepartian serta risalah-risalah ajaran
sesat.
(iii) Makanan dan minuman
(f) Tidak dibenarkan menampal bahan-bahan penerbitan, poster atau
risalah tanpa mendapat keizinan daripadapengerusi atau
jawatankuasa musolla
(g)Tidak dibenarkan menjadikan musolla sebagai tempat melelapkan
mata / melepak / ponteng / menyalin atau menukar pakaian dan
seumpamanya
(h)Semua jemaah dikehendaki menjimatkan penggunaan elektrik dan
air serta memastikan suis-suis lampu, kipas, alat siaraya ditutup
selepas digunakan.
2.2 Peraturan Khas Tatasusila Di Musolla
(a) Memakai pakaian yang suci, bersih, kemas dan bersopan ketika ke
musolla.
(b)Dilarang memakai baju t-shirt yang ”fancy” yang mengandungi
gambar-gambar yang tidak sesuai.
(c) Masuk ke musolla dengan mengambil wudhuk terlebih dahulu.
35
(d)Masuk dengan kaki kanan serta keluar dengan kaki kiri yang
disertakan dengan doa.
(e) Mengambil tempat duduk pada saf bahagian hadapan terlebih
dahulu.
(f) Merapatkan saf dan menghidupkan budaya salam dan berjabat
tangan dengan jemaah yang lain.
(g)Duduk dengan keadaan yang khusyuk, bersopan serta menghadap
kiblat.
(h)Memperbanyakkan zikrullah ketika berada di musolla.
(i) Tidak membuat bising ketika berada di dalam musolla.
(i) Menghormati azan dan iqamat serta menjawabnya dengan
sempurna.
(k)Dilarang melintas di hadapan orang yang sedang solat.
(l) Digalakkan berwirid, berdoa dan bersalaman sebelum
meninggalkan musolla.
2.3 Waktu Sembahyang
(a) Waktu sembahyang zohor dan asar bagi sesi petang adalah
mengikut perubahan jadual yang disediakan oleh Pentadbiran.
3. KEBERSIHAN DAN PERATURAN
3.1 Tong Sampah
(a) Semua murid adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan di
sekolah.
(b)Tong-tong sampah yang disediakan adalah untuk kegunaan
membuang sampah sahaja.
(c) Bagi sampah yang boleh dikitar semula, sila pastikan bahawa sampah
dimasukkan di tong-tong kitar semula yang betul.
3.2 Kantin Sekolah
(a) Semua murid tidak dibenarkan makan atau minum di luar dari
kawasan kantin sekolah / kawasan yang telah ditetapkan.
(b)Murid yang ingin makan di kantin sebelum masuk ke kelas hanya
dibenarkan sebelum pukul 7.15 pagi
(c) Sinki-sinki yang disediakan adalah untuk kemudahan membasuh
tangan sahaja.
(d)Murid dilarang membuang sampah atau lebihan makanan ke dalam
sinki atau parit di sekeliling kantin.
36
(e) Bekas-bekas makanan dan minuman hendaklah dimasukkan ke
dalam tempat-tempat yang disediakan setelah selesai digunakan.
(f) Sisa makanan / sampah mestilah di buang di dalam tong sampah.
(g) Murid dilarang berada / membeli di kantin waktu pengajaran dan
pembelajaran.
(h) Murid dibenarkan membawa makanan HALAL sahaja.
3.3 Bilik Darjah
(a) Setiap bilik darjah hendaklah berada dalam keadaan bersih, kemas
dan teratur.
(b)Papan hitam, meja, kerusi dan lain-lain harta benda hendaklah
dijaga, tidak dicakar atau dikotorkan.
(c) Paparan yang mesti ada di dalam setiap bilik darjah ialah carta
organisasi kelas, jadual waktu kelas, jadual giliran bertugas dan
pelan kedudukan Murid.
(d)Papan Kenyataan kelas perlu dibahagikan kepada ruang-ruang mata
Muridan dan dimuatkan dengan maklumat berkaitan.
(e) Setiap bilik darjah mesti mempunyai jadual bertugas bertujuan
memastikan kebersihan dan keceriaan bilik darjah serta kawasan
laluan koridor.
(f) Bilik darjah perlu sentiasa bersih. Ini termasuklah kebersihan
lantai, cermin tingkap, kipas siling, papan hitam, bakul sampah dan
sekelilingnya, bawah meja guru dan meja Murid.
(g)Meja dan kerusi mesti boleh disusun mengikut kesesuaian tetapi
mesti dalam keadaan teratur dan memudahkan pergerakan guru.
(h)Pastikan tiada sebarang contengan pada semua perabot dan dinding
kelas oleh itu ‘correction fluid’ dan seumpamanya adalah tidak
dibenarkan.
(i) Murid - murid digalakkan untuk menghias kelas mengikut
kemampuan.
(j) Pastikan rapatkan kerusi ke meja semasa hendak keluar kelas.
(k)Tiada murid dibenarkan berada di dalam kelas sewaktu rehat.
(l) Tiada murid dibenarkan untuk memasuki kelas lain tanpa
kebenaran guru.
(m)Segala harta benda yang berada di dalam bilik darjah yang
dirosakkan seperti kerusi, meja, tingkap dan lain-lain perlu dibayar
gantirugi.
(n)Murid tidak dibenarkan bermain-main di dalam kelas
37
(o)Murid tidak dibenarkan membawa makanan dari kantin ke dalam
kelas / tidak dibenarkan makan di dalam kelas.
(p)Makanan yang dibawa dari rumah hendaklah dimakan di kantin.
(q)Murid hanya dibenarkan minum minuman yang dibawa dari rumah.
3.4 Tandas
(a) Kebersihan tandas adalah tanggungjawab bersama..
(b)Murid tidak dibenarkan menconteng dinding tandas.
(c) Segala sampah tidak dibenarkan dibuang ke dalam mangkuk tandas
sebaliknya dibuangkan ke dalam tong-tong yang disediakan.
(d)Murid dibenarkan menggunakan tandas murid sahaja.
(e) Sila pam selepas menggunakan tandas
(f) Dilarang membuang sampah ke dalam lubang tandas.
(g)Perlu jimat dalam penggunaan air.
(h)Dilarang merosakkan peralatan di dalam tandas
(i) Murid tidak dibenarkan ke tandas :
1. waktu pertama dan kedua
2..waktu sebelum dan selepas rehat
3..waktu sebelum tamat persekolahan hari tersebut
3.4.1 Peraturan ke Tandas
a) Murid yang ingin ke tandas akan dibekalkan vest berwarna biru
muda
b) Murid perempuan akan dibenarkan berdua dan Murid lelaki
dibenarkan seorang sahaja pada satu – satu masa
c) Penjagaan vest adalah tanggungjawab kelas masing-masing.
d) Murid yang keluar ke tandas Tanpa vest akan dikenakan
tindakan tegas termasuk demerit
e) Murid tidak dibenarkan menyalahgunakan vest yang dibekalkan.
38
3.5 KAWASAN YANG DILARANG
(a) Tempat letak kenderaan guru
(b)Kawasan tangki septik
(c) Bilik Guru
(d)Bilik Peperiksaan
(e) Kawasan Tangki Air
(f) Bilik Pengetua / Guru Penolong kanan
(g)Tandas Guru
(h)Tandas Murid Perempuan (bagi Murid lelaki)
(i) Tandas Murid Lelaki (bagi Murid perempuan)
(j) Tandas Dewan Sri Setia
(k)Bengkel Kemahiran ( kecuali bersama guru )
(l) Makmal Sains ( kecuali bersama guru )
(m)Makmal Komputer ( kecuali bersama guru )
(n)Sekitar kawasa dewan Sri Setia( kecuali bersama guru )
(o)Belakang Bilik Alatan Sukan
(p)Di kawasan Blok D & E ( kecuali bersama guru / dengan kebenaran
guru )
(q)Kawasan terpencil / kawasan yang boleh mendatangkan kecurigaan.
3.6 KEROSAKAN HARTA BENDA SEKOLAH
Murid-Murid mestilah bersama-sama menjaga dengan baik semua
harta benda sekolah semasa berada di sekolah seperti :
(a) Kerusi / meja Murid jangan diukir / diconteng / dirosakkan
(b)Dinding bangunan sekolah jangan dilukis/diconteng.
(c) Buku yang dipinjam daripada perpustakaan / Buku teks dari SPBT
hendaklah dijaga dengan baik
(d)Tandas hendaklah digunakan dengan betul
(e) Cermin tingkap jangan dipecahkan
(f) Kipas dan alatan elektrik hendaklah digunakan dengan baik dan
tidak membazir
(g)Alatan pendidikan jasmani, alatan bilik sumber, ERT dan Sains
hendaklah digunakan dengan baik.
(h)Sebarang kerosakan harta benda sekolah di sebabkan tindakan
sendiri, murid perlulah menggantikannya dengan nilai harta yang
telah dirosakkan dan tindakan disiplin akan diambil.
39
PERKARA 6 :
KESELAMATAN
&
PERATURAN UMUM
40
1. KESELAMATAN
1.1 SAKIT / PENYAKIT BERJANGKIT
(a) Murid – murid yang sakit/cedera hendaklah segera memberitahu
Guru Bertugas, Pengawas atau Ketua Tingkatan.
(b)Murid - murid yang mengidap penyakit berjangkit mesti berada di
rumah sehingga sembuh.
(c) Murid yang sakit di kawasan sekolah mestilah berada di bilik
rawatan atau mendapat rawatan di hospital setelah mendapat
kebenaran daripada pihak sekolah
(d)Untuk tinggal di bilik rawatan murid – murid mestilah mendapat
kebenaran dari pihak sekolah.
(e) Guru bertugas akan menguruskan penghantaran Murid ke hospital
kerajaan jika sakit kuat.
(f) Jika murid berasa kurang sihat, murid dinasihatkan supaya tidak
hadir kesekolah dan perlu mendapatkan rawatan di Hospital /
Klinik.
1.2 Beratur
(a) Semua murid mesti beratur di luar kelas sebelum permulaan kelas.
(b)Murid dikehendaki beratur apabila pergi ke makmal, bengkel, pusat
sumber atau pun mana-mana bilik khas yang lain.
(c) Murid perlu berjalan dengan tertib dan teratur apabila bergerak ke
mana-mana tempat.
1.3 Waktu balik
(a) Lima minit sebelum loceng terakhir, murid mestilah mengemaskan
kerusi meja, membersihkan kelas dan menutup suis lampu serta
kipas jika digunakan.
(b)Apabila loceng dibunyikan, murid boleh keluar kelas dengan teratur.
Murid hendaklah beratur di tempat yang ditetapkan dan berjalan
apabila diarahkan.
(c) Semua murid hendaklah mengikut arahan pengawas yang mengawal
laluan.
(d)Murid dilarang menggunakan laluan bilik guru / laluan pejabat.
(e) Murid yang balik menaiki bas atau kenderaan lain hendaklah
menunggu di tempat menunggu bas sebelum menaiki kenderaan.
(f) Murid dikehendaki beratur dengan tertib ketika menaiki kenderaan.
(g)Murid yang berjalan kaki perlu berjalan dengan teratur di atas bahu
jalan dan tidak secara beriringan.
41
(h)Murid hendaklah menggunakan laluan yang ditetapkan dan tidak
berkumpul di pintu hadapan sekolah tetapi di kawasan kiri, kanan
dan kawasan menunggu di dalam kawasan sekolah.
1.4 Basikal / Motorsikal / Kereta
(a) Basikal / Motorsikal (telah berdaftar sahaja) hendaklah diletakkan
di tempat yang dikhaskan di dalam kawasan sekolah secara teratur
dan hendaklah dikunci.
(b)Topi Kaledar tidak dibenarkan dibawa masuk ke kelas, hendaklah
diletakkan di motorsikal murid. Pihak sekolah mencadangkan agar
penunggang motorsikal memasang kotak menyimpang barang di
motosikal bagi memudahkan menyimpan topi keledar masing-
masing.
(c) Motosikal hendaklah mempunyai cukai jalan yang sah.
(d)Murid juga mesti mempunyai lesen memandu yang sah.
(e) Motosikal yang memasang ekzos yang terlalu bising, dilarang untuk
masuk ke dalam kawasan sekolah.
(f) Murid yang membawa motorsikal ke dalam kawasan sekolah
perlulah mendaftar dengan Unit Disiplin dan mendapatkan pelekat
kenderaan.
(g)Murid yang datang selepas 7.20 pagi tidak dibenarkan untuk
meletakkan motorsikal dalam kawasan sekolah.
(h)Tidak boleh menunggang basikal / motosikal di kawasan sekolah
walaupun bukan pada hari persekolahan. Murid hendaklah
mematikan enjin motosikal dan menyorong motosikal semasa
masuk dan keluar kawasan sekolah (tertakluk kepada peraturan
semasa).
(i) Murid yang telah keluar bersama motosikal selepas tamat sesi
persekolahan, perlulah meletakkan motosikal luar kawasan sekolah
jika mempunyai urusan.
(j) Murid tidak dibenarkan mengambil atau menggunakan basikal /
motosikal Murid lain tanpa kebenaran.
(k)Murid yang berkereta hendaklah meletakkan kereta mereka 10
meter sebelum dan selepas pintu hadapan sekolah. Kereta murid
tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah.
(l) Basikal yang tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan dilarang untuk
membawa ke dalam kawasan sekolah seperti basikal lajak.
(m)Keselamatan kenderaan murid adalah tanggungjawab sendiri.
42
1.5 Bas
(a) Murid mestilah beratur apabila hendak menaiki bas dan mestilah
bertertib / jangan berlumba-lumba / berebut rebut.
(b)Ketika berada di dalam bas, murid-murid dilarang membuat bising
dan bersorak-sorak.
1.6 Latihan kebakaran dan kecemasan
(a) Apabila loceng isyarat dibunyikan, murid - murid mesti berbaris di
luar kelas dan turun melalui tangga yang ditetapkan (tangga yang
paling dekat)
(b)Murid - murid mestilah bergerak secara senyap, tidak terburu-buru
atau berlari dan tanpa cuba berlumba-lumba antara satu sama lain.
(c) Di tempat berkumpul itu, guru-guru tingkatan hendaklah berada
bersama barisan murid - muridnya. Dengan menggunakan daftar
kedatangan pastikan setiap murid di dalam kelasnya berada di situ.
(d)Guru tingkatan hendaklah melaporkan dengan serta-merta kepada
Pengetua jika ada sesiapa yang diketahui tidak ada di situ dan
hendaklah mencari murid itu dengan segera.
(e) Tidak seorang pun dibenarkan memasuki bangunan itu semula
untuk mengambil barang-barang seperti buku, baju dan lain-lain.
(f) Sekiranya ada sesiapa yang tidak berada di bilik darjah semasa
loceng kecemasan berbunyi hendaklah mereka pergi terus ke
tempat berkumpul yang telah ditetapkan. Mereka dikehendaki
melaporkan diri kepada guru tingkatan dan berada bersama-sama
rakan-rakan setingkatannya.
2. PERATURAN UMUM
2.1 TELEFON BIMBIT / TELEFON AWAM
(a) Telefon bimbit adalah dilarang dibawa / digunakan dalam kawasan
sekolah.
(b)Telefon bimbit yang dirampas akan menjadi hak milik sekolah.
(c) Tuntutan hanya boleh dibuat oleh ibu / bapa / penjaga sahaja.
(d)Tuntutan hanya boleh dibuat selepas 7 hari dari tarikh rampasan.(
tertakluk kepada peraturan semasa )
(e) Murid boleh menggunakan telefon awam yang disediakan dan
dibenarkan menggunakan telefon pejabat sekolah jika ada
kecemasan.
43
(f) Murid tidak dibenarkan menggunakan telefon awam sewaktu
pengajaran dan pembelajaran berjalan kecuali kecemasan dan telah
mendapat kebenaran guru / PAS KELUAR KELAS.
(g) Murid tidak dibenarkan menconteng atau merosakkan telefon awam
yang disediakan.
2.2 KAMERA /KOMPUTER RIBA / ALAT PERAKAM / ALAT
ELEKTRONIK LAIN.
(a) Kamera / komputer riba / alat perakam / alat elektronik lain
dilarang dibawa ke sekolah.
(b)Kamera /komputer riba / alat perakam / alat elektronik lain yang
dirampas akan menjadi hak milik sekolah.
(c) Tuntutan hanya boleh dibuat oleh ibu / bapa / penjaga sahaja.
(d)Tuntutan hanya boleh dibuat selepas 7 hari dari tarikh rampasan.(
tertakluk kepada peraturan semasa )
(e) Jika murid perlu untuk menggunakan Kamera /komputer riba / alat
perakam / alat elektronik lain bagi tujuan tugasan, perlu mendapat
kebenaran daripada Pengetua seminggu sebelum masa yang yang
diperlukan dengan pengesahan daripada guru yang
bertanggungjawab.
(f) Pengunaan Kamera / komputer riba / alat perakam / alat elektronik
lain hendaklah dipantau oleh guru yang dipertanggungjawabkan.
Peralatan tersebut tidak boleh digunakan oleh murid lain kecuali
murid yang telah diberi kebenaran oleh Pengetua.
2.3 JAM
(a) Murid hanya dibenarkan memakai jam tangan bersaiz muka tidak
melebihi 4 cm dan tali jam tidak melebihi 3 cm.
(b)Jam tangan yang berfesyen tidak dibenarkan.
(c) Jam tangan seperti fungsi telefon bimbit ( smart wacth ) adalah
dilarang.
(d)Jam tangan smart wacth yang dirampas akan menjadi hak milik
sekolah.
(e) Tuntutan hanya boleh dibuat oleh ibu / bapa / penjaga sahaja.
(f) Tuntutan hanya boleh dibuat selepas 7 hari dari tarikh rampasan.(
tertakluk kepada peraturan semasa )
44
2.4 BEG SEKOLAH
(a) Beg sekolah hendaklah bersesuaian dengan murid sekolah (ukuran
tidak melebihi 40 X 40 cm ) dan tidak mempunyai gambar /
lambang / ilustrasi / segala unsur negatif seperti keganasan, lucah
dan tidak senonoh.
2.5 MEROKOK
(a) Kawasan sekolah di wartakan sebagai kawasan larangan merokok.
2.6 CERMIN MATA / KANTA SESENTUH
(a) Murid yang memakai cermin mata hendaklah menggunakan kanta
tidak berwarna iaitu cerah. Cermin mata berkanta gelap tidak
dibenarkan. Bingkai cermin mata mestilah bersaiz kecil dan
berwarna gelap. Bingkai berfesyen (fancy) tidak dibenarkan.
(b)Hanya kanta sesentuh tidak bewarna / tidak bercorak sahaja
dibenarkan.
2.7 PELAWAT
(a) Ibu bapa atau penjaga hanya dibenarkan berjumpa anak mereka
pada waktu rehat di pejabat sahaja kecuali kecemasan. Ibu bapa /
penjaga perlu mendapat kebenaran daripada Pengetua terlebih
dahulu.
(b)Pada waktu belajar tiada pelawat dibenarkan berjumpa dengan
murid.
(c) Pihak sekolah berhak melarang mana-mana pelawat untuk
berjumpa dengan murid tanpa memberi sebarang penjelasan.
(d)Pada hari-hari persekolahan ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan
berjumpa dengan anak mereka kecuali jika keadaan mendesak
setelah mendapat kebenaran dari pihak sekolah terlebih dahulu.
(e) Pelawat mestilah mematuhi papan arahan yang disediakan dan
berpakaian sopan.
(f) Pelawat perlu mendaftar di pondok pengawal dan mendapatkan Pas
Pelawat terlebih dahulu.
45
2.8 KETIDAK HADIRAN KE SEKOLAH
(a) Murid – murid yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit atau
lain-lain sebab mestilah membawa surat doktor atau penjelasan
dengan tandatangan ibu bapa / penjaga yang sah beserta No Kad
Pengenalan sebaik sahaja ia datang ke sekolah.
(b)Murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa membawa surat doktor /
penjelasan daripada ibu bapa/penjaga akan dianggap sebagai
ponteng sekolah.
(c) Murid yang tidak hadir selama dua hari tanpa surat doktor
dikehendaki membawa ibu bapa / penjaga bersama-sama datang
berjumpa dengan Pengetua untuk memberi penjelasan.
(d)Penghantaran surat-surat amaran oleh pihak sekolah adalah seperti
berikut:
Surat Hari tidak Hari tidak
hadir (P) hadir (P) bukan
Amaran berturut-turut berturut-turut
Pertama
Pada hari ke-3 Pada hari ke-10
Amaran
Kedua 7 hari selepas 10 hari lagi
amaran pertama selepas amaran
Amaran pertama
Terakhir 7 hari selepas 20 hari selepas
amaran kedua amaran kedua
Buang 20 hari lagi
Persekolahan 14 hari selepas selepas amaran
amaran terakhir terakhir
Jumlah tidak 60 hari bukan
hadir 31 hari berturut-turut
(e) Tindakan buang sekolah boleh diambil selepas 2 minggu surat
amaran terakhir dihantar bagi ketidakhadiran 31hari secara
berturut-turut atau 60 hari bagi ketidakhadiran secara tidak
berturut-turut. (Pek. K (BS) 8548/ 12 (17)
46
2.9 SURAT-MENYURAT
(a) Murid – murid tidak dibenarkan menulis surat dengan
menggunakan alamat sekolah.
(b)Pengetua dan Penolong Kanan serta Lembaga Disiplin sekolah
berhak membuka sebarang surat yang dialamatkan ke sekolah.
2.10 MAKLUMAT UNTUK MURID-MURID YANG AKAN BERTUKAR/
BERHENTI/ MENINGGALKAN SEKOLAH
2.10.1 Surat akuan
(a) Surat hendaklah dipohon melalui pengetua.
(b)Surat akan disediakan dengan permintaan Murid/ibu bapa
sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh diperlukan.
(c) Kelas serta guru tingkatan ketika di tingkatan terakhir di sekolah
hendaklah diketahui apabila memohon surat akuan.
(d)Murid – murid yang ingin menjadikan Pengetua /guru sebagai
perujuk (refrence) bagi tujuan mohon pekerjaan, biasiswa dan lain-
lain perlu berjumpa sendiri dengan Pengetua/guru tersebut.
2.10.2 Surat Berhenti
(a) Surat berhenti akan disediakan atas permintaan ibu bapa / penjaga
sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh yang diperlukan.
(b)Surat berhenti hendaklah dipohon setelah Murid akan meninggalkan
persekolahan harian. Bagi murid – murid tingkatan 5 surat berhenti
akan dikeluarkan bersama keputusan SPM.
(c) Murid – murid tidak boleh belajar semula setelah surat berhenti
dikeluarkan.
(d)Surat akuan dan surat berhenti tidak akan dikeluarkan kepada
Murid yang tidak menjelaskan yuran persekolahan , tidak
memulangkan buku bantuan dan lain-lain harta benda sekolah atau
yang telah melakukan kesalahan disiplin yang berat.
(e) Surat akuan dan surat berhenti hanya dikeluarkan sekali sahaja.
Kehilangan surat berhenti / dokumen lain adalah tanggungjawab
murid. Pihak sekolah tidak akan mengeluarkan buat kali kedua.
(f) Permohonan untuk bertukar atau berhenti sekolah mestilah dibuat
oleh ibu bapa/penjaga yang sah.
47
2.11 BIMBINGAN DAN NASIHAT
(a) Murid - murid yang mempunyai masalah peribadi dijemput untuk
berbincang dengan guru, kaunselor atau Pengetua. Setiap murid
hendaklah merasa bebas untuk menemui guru untuk mendapatkan
pertolongan dan nasihat.
(b)Murid –murid tidak digalakkan ke Kementerian Pendidikan/Jabatan
Pendidikan untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan
persekolahan dan hendaklah berjumpa dengan Pengetua terlebih
dahulu untuk mendapatkan nasihat (KP B591/(100) bertarikh 25
Februari 1983 adalah dirujuk).
(c) Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan harta
benda persendirian murid ketika berada di sekolah.
(d)Pihak sekolah berhak menahan surat akuan/testimonial kepada
murid - murid yang didapati tidak mematuhi peraturan dan undang-
undang sekolah.
2.12 BAYARAN TAMBAHAN
(a) Bayaran tambahan adalah berdasarkan oleh pakej yang dipilih oleh
sekolah dan di persetujui dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM).
(b)Bayaran tambahan sekolah dan sumbangan PIBG mesti dijelaskan
selewat – lewatnya pada hujung semester pertama persekolahan.
(c) Bagi murid yang ingkar, pihak sekolah berhak menahan keputusan
peperiksaan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan
sijil berhenti sekolah, surat akuan dan lain-lain. Murid perlu
menjelaskan yuran tertunggak sebelum berpindah.
48
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SETIA ALAM
NO.6, PERSIARAN SETIA PRIMA, SEKSYEN U13,
40170 SHAH ALAM, SELANGOR
PROGRAM MERIT DAN DEMERIT
KOD TINGKAH LAKU JENAYAH MATA TINDAKAN
111 Berjudi 40 Gantung/Buang
sekolah
112 Mencuri / memecah masuk kawasan 40 Gantung/Buang
larangan sekolah sekolah
113 Melawan / mengancam / memukul / 40 Gantung/Buang
mencederakan guru sekolah
114 Melawan / mengancam / memukul / 40 Gantung/Buang
mencederakan pengawas sekolah
115 Memeras ugut 40 Gantung/Buang
sekolah
116 Membuli / pelacoan 40 Gantung/Buang
sekolah
117 Menganggotai kumpulan haram / kongsi 40 Gantung/Buang
gelap sekolah
118 Menyalahgunakan dadah 40 Gantung/Buang
sekolah
119 Membawa senjata berbahaya 40 Gantung/Buang
sekolah
120 Mencabul kehormatan 40 Gantung/Buang
sekolah
121 Mengancam / memukul / mencederakan 40 Gantung/Buang
murid lain sekolah
122 Menceroboh pejabat / bilik khas / 40 Gantung/Buang
koperasi / sekolah sekolah
123 Mengedar dadah 40 Gantung/Buang
sekolah
124 Menunjukkan perasaan / berpiket 40 Gantung/Buang
mengganggu ketenteraman sekolah sekolah
49
KOD TINGKAH LAKU JENAYAH MATA TINDAKAN
125 Bertaruh secara besar – besaran 40 Gantung/Buang
sekolah
126 Minum minuman keras / memabukkan 40 Gantung/Buang
dalam kawasan sekolah sekolah
127 Menghisap / membawa cacair rokok 40 Gantung/Buang
elektronik ( vape ) sekolah
Membawa masuk orang luar tanpa Amaran /
kebenaran
128 15 maklum ibu
bapa / penjaga
KOD TINGKAH LAKU LUCAH MATA TINDAKAN
Panggil ibu
221 Bercumbu - cumbuan 40 bapa / Gantung
sekolah
Panggil ibu
222 Berkhalwat 40 bapa / Gantung
sekolah
Melakukan aktiviti tidak sopan antara Panggil ibu
lelaki dan perempuan
223 40 bapa / Gantung
sekolah
Amaran /
224 Melihat / membawa bahan lucah 20 maklum ibu
bapa
Panggil ibu
225 Mengintai murid perempuan 20 bapa / Gantung
sekolah
Menggunakan kata – kata / perbuatan / Amaran /
isyarat lucah
226 20 maklum ibu
bapa
Amaran /
227 Melukis gambar / menulis kata – kata 20 maklum ibu
lucah bapa / ganti
rugi
50