The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kamariahismail81, 2021-12-15 00:52:02

Buku Mesyrt Agung PIBG

Buku Mesyrt Agung PIBG

SEK. REN. AGAMA JAIM
TAMAN TASIK UTAMA

Mesyuarat

KALI PERTAMA

TARIKH 18 DISEMBER 2021
MASA 9.00 PAGI
TEMPAT SECARA GOOGLE MEET

DIRASMIKAN OLEH:

DATUK HAJI MOHD ARIF BIN
HAJI YUSA

Yang Dipertua PIBG SK Tun SAS

MESYUARAT AGUNG
PIBG KALI-1

SRA JAIM
TAMAN TASIK UTAMA

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT
1 Kata Aluan Perasmian 1-2
2 Ucapan Guru Besar 3
3 Kata Aluan Pengerusi Penaja PIBG 4
4 Atur Cara Perasmian 5
5 Agenda Mesyuarat 6
6 Jawatankuasa Penaja PIBG 7
7 Mesyuarat Agung PIBG Kali Pertama 8
8 Laporan Aktiviti Tahunan 9
9 Pencapaian Sekolah 9
10 Jawatankuasa Pelaksana 10

MESYUARAT AGUNG
PIBG KALI-1

SRA JAIM
TAMAN TASIK UTAMA

KATA ALUAN PERASMIAN

Terima Kasih kepada saudara Pengacara Majlis,
Yang Berusaha En. Abdul Shukor Bin Othman, Pengerusi Penaja PIBG,
Yang Berusaha Pn.Kamariah Binti Ismail, Guru Besar SRA JAIM Taman Tasik Utama,
Guru Penolong Kanan,
Barisan AJK Penaja PIBG, Guru-guru
Tuan-tuan dan Puan-puan Yang Dirahmati Allah sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana
dengan izin-Nya maka dapat kita bertemu pada hari ini bagi menjayakan Mesyuarat
Agung PIBG Kali Pertama SRA JAIM Taman Tasik Utama. Saya ingin mengucapkan
terima kasih kepada pihak sekolah di atas kesudian menjemput saya sebagai
perasmi Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini.

Tuan-tuan dan Puan-puan,
Majlis ini diadakan sebagai platform kepada ibu bapa, komuniti dan masyarakat

setempat untuk berhubung dengan pihak sekolah dengan lebih dekat. Ia bertujuan
mewujudkan kemuafakatan antara ibu bapa dan guru-guru di sekolah.
Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina kesefahaman tentang
tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk meningkatkan mutu
pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid disekolah, selain mempertingkatkan
kerjasama di antara pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat.

1

MESYUARAT AGUNG
PIBG KALI-1

SRA JAIM
TAMAN TASIK UTAMA

KATA ALUAN PERASMIAN

Tuan-tuan dan Puan-Puan,
Majlis pada hari ini amat bermakna, di mana pihak sekolah dan ibu bapa dapat

bertemu demi kepentingan dan masa depan anak-anak. Permuafakatan seumpama
inilah yang menjadi kunci kejayaan PIBG dan sekolah.

Harus juga diingatkan kecemerlangan anak-anak kita sebenarnya bermula di
rumah. Ibu bapa berperanan menentukan sama ada anak-anak terdidik dengan nilai-
nilai yang murni dan mempunyai kekuatan dalaman untuk berhadapan dengan segala
gejala negatif di luar rumah. Tanggungjawab ibu bapa menentukan keperibadian
anak-anak dan tidak dipertanggungjawabkan ke atas pihak sekolah sepenuhnya.
Dalam konteks ini, PIBG sekolah perlulah bersikap proaktif untuk menyumbang ke
arah usaha tersebut selain daripada membantu dalam kebajikan pelajar, guru dan
juga pembangunan sekolah.

Tuan-tuan dan Puan-Puan,
Sebelum saya mengakhiri ucapan, saya mengucapkan terima kasih di atas

kesudian menjemput saya pada hari ini. Syabas dan tahniah kepada barisan AJK
Penaja PIBG dan pihak sekolah kerana berjaya melaksanakan majlis ini dengan
jayanya. Semoga dengan adanya penubuhan PIBG ini, kerjasama yang baik dan erat
dapat ditunjukkan oleh PIBG dan pihak sekolah.

Dengan harapan itu, saya dengan lafaz “Bismillahirrahmanirrahim” merasmikan

Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SRA JAIM Taman Tasik Utama Kali
Pertama.

Sekian, terima kasih
DATUK HAJI MOHD ARIF BIN HAJI YUSA

2

MESYUARAT AGUNG
PIBG KALI-1

SRA JAIM
TAMAN TASIK UTAMA

UCAPAN GURU BESAR

Terima Kasih kepada saudara Pengacara Majlis,
YBhg Datuk Haji Mohd Arif Bin Haji Yusa,
Yang Berusaha En. Abdul Shukor Bin Othman, Pengerusi Penaja PIBG,
Yang Berusaha Guru Penolong Kanan,
Barisan AJK Penaja PIBG, Guru-guru
Tuan-tuan dan Puan-puan Yang Dirahmati Allah sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya kita dapat
mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Pertama buat julung kalinya. Saya ingin
mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir, meluangkan masa dalam
menjayakan mesyuarat kali pertama ini.

Syabas dan tahniah juga kepada semua warga SRA JAIM Taman Tasik Utama
dalam bersama-sama berusaha melahirkan pelajar yang cemerlang tidak kira
kepada mereka yang terllbat secara langsung atau tidak langsung.

Sungguhpun PIBG berperanan sebagai badan yang bertanggungjawab
membantu meningkatkan prestasi sekolah, namun ia perlulah didukung dengan hasil
kerjasama dari semua pihak dalam melahirkan insan yang kamil, Intelek dari segi
rohani dan jasmani. Harapan saya, moga dengan adanya PIBG ini, ia dapat
digunakan sebaik mungkin sebagai platform komunikasi yang baik dan berkesan
kepada semua pihak.

Saya yang menjalankan amanah,
KAMARIAH BINTI ISMAIL
GURU BESAR SRA TAMAN TASIK UTAMA

3

MESYUARAT AGUNG
PIBG KALI-1

SRA JAIM
TAMAN TASIK UTAMA

KATA ALUAN PENGERUSI

Terima Kasih kepada saudara Pengacara Majlis,
Yang Berusaha Pn.Kamariah Binti Ismail, Guru Besar SRA JAIM Taman Tasik Utama,
Yang Berusaha, Guru Penolong Kanan,
Barisan AJK Penaja PIBG, Guru-guru
Tuan-tuan dan Puan-puan Yang Dirahmati Allah sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dapat berkumpul pada hari ini bagi
menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Pertama SRA JAIM Taman Tasik Utama.
Saya bagi pihak Jawatankuasa Penaja PIBG mengucapkan terima kasih kepada
semua pihak yang hadir pada mesyuarat hari ini.

Tahniah dan syabas kepada AJK Penaja PIBG dan pihak sekolah yang telah
merancang, mengelola dan seterusnya menjayakan mesyuarat ini. Sesungguhnya
mesyuarat ini amat bermkna kepada semua pihak dan ia bukan sahaja sekadar
pelantikan ahli jawatankuasa malah ia sebagai mengorak langkah kolaberasi semua
pihak secara holistik.

Sebelum mengakhiri ucapan, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih
kepada semua AJK Penaja PIBG yang banyak membantu pihak sekolah. Tahniah dan
syabas kepada mereka yang bakal dilantik dalam AJK PIBG kali ini dan berharap
agar mesyuarat ini dapat dijalankan dengan baik sehingga ke akhirnya.

Sekian, terima kasih,
ABDUL SHUKOR BIN OTHMAN
PENGERUSI PENAJA PIBG SRATTU

4

MESYUARAT AGUNG
PIBG KALI-1

SRA JAIM
TAMAN TASIK UTAMA

ATUR CARA PERASMIAN

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI PERTAMA

TARIKH : 18 Disember 2021
HARI : Sabtu
MASA : 9.00 pagi
TEMPAT : Secara Google Meet

9.00 pagi : Pendaftaran Ibu bapa melalui Google Form
Kata-kata Aluan Pengacara Majlis
Bacaan Doa

9.15 pagi : Ucapan Guru Besar SRA JAIM Taman Tasik Utama
- Pn.Kamariah binti Ismail
Ucapan Aluan Pengerusi Penaja PIBG
- En. Abdul Shukor bin Othman
Ucapan Perasmian
- YBhg. Datuk Haji Mohd Arif Bin Haji Yusa

10.00 pagi: Mesyuarat Agung PIBG Kali Pertama bermula

11.00 pagi: Bersurai

5

MESYUARAT AGUNG
PIBG KALI-1

SRA JAIM
TAMAN TASIK UTAMA

AGENDA MESYUARAT
AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI PERTAMA

18 DISEMBER 2021 / SABTU

TARIKH : 18 Disember 2021
HARI : Sabtu
MASA : 9.00 pagi
TEMPAT : Secara Google Meet

- Melantik pengerusi mesyuarat sementara
- Kata-kata aluan
- Membentangkan dan menerima laporan aktiviti tahunan

2020 - 2021
- Pelantikan jawatankuasa PIBG sesi 2021/ 2022
- Perbincangan kutipan sumbangan PIBG 2022
- Makluman penama akaun LEKAS kepada PIBG
- Hal-hal lain
- Ucapan penangguhan

8

6

MESYUARAT AGUNG
PIBG KALI-1

SRA JAIM
TAMAN TASIK UTAMA

JAWATANKUASA PENAJA PIBG

BIL NAMA JAWATAN
Pengerusi
1 En. Abdul Shukor Bin Othman Naib Penegerusi
Setiausaha
2 Pn. Kamariah Binti Ismail Bendahari

3 Cik Afifah Binti Mohlisin AJK
AJK
4 Pn. Rosni Binti Mohd. Deni AJK
AJK
5 En. Muhammed Noor Bin Hashim

6 En. Nur Fazil Noor Bin Mohamed

7 Pn. Khaifarah Binti Abdul Mahit

8 Ts. Dr. Khyrina Airin Fariza Binti Abu
Samah

9

7

MESYUARAT AGUNG
PIBG KALI-1

SRA JAIM
TAMAN TASIK UTAMA

NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG

8

MESYUARAT AGUNG
PIBG KALI-1

SRA JAIM
TAMAN TASIK UTAMA

LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN 2020-2021

Sepanjang tahun 2020-2021, SRA JAIM Taman Tasik Utama telah
menjalankan beberapa aktiviti yang besesuaian mengikut SOP yang
ditetapkan oleh Jabatan.

1. Menjalankan Mesyuarat Penaja PIBG sebanyak 2 kali
2. Membantu meningkatkan prasarana dan infrastrutur sekolah
3. Menampung sebahagian baik pulih kecil bangunan sekolah
4. Membantu pengurusan disiplin guru dan pelajar
5. Menjalankan beberapa aktiviti seperti berikut:

- Motivasi ibu bapa dan pelajar UPKK 2020
- Majlis Maulidur Rasul 2020
- Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah 2021
- Program Ambang Kemerdekaan 2021
- Teknik Menjawab UPKK 2021
- Taklimat MPKAFA 2021

PENCAPAIAN SEKOLAH

- JOHAN Pengurusan Sekolah Terbaik Anugerah AKPS Sekolah Gred A
Negeri Melaka 2019

- NAIB JOHAN Kewangan Anugerah AKPS Sekolah Gred A Negeri Melaka
2019

- Tempat Ketiga Nasyid Sek Rendah Agama Peringkat Negeri Melaka 2019
- GPS UPKK terbaik Sekolah Gred A Negeri Melaka 2019

9

MESYUARAT AGUNG
PIBG KALI-1

SRA JAIM
TAMAN TASIK UTAMA

JAWATANKUASA PELAKSANA

BIL JAWATANKUASA PELAKSANA
1 Kiraan Undian Pn. Noor Effalizzar Binti Ibrahim
Pn. Rosni Binti Mohd.Deni
2 Sambutan/Protokol Cik Nuramira Binti Azman
3 Juruacara Majlis
4 Bacaan Doa Pn. Siti Nor’ain Binti Reme
5 Fotografi/Dokumentasi
6 Pendaftaran En. Muhammad Fikri Bin Ab.
7 Jemputan Raman
8. Buku Atucara
9. Siaraya Ustaz Muzani Ashraf Bin
10. Pencatat Minit Mustapah

En. Muhammad Amir Zharfan Bin
Azmani

Cik Nurul Farhana Binti Paizal

Pn. Kamariah Binti Ismail

Pn. Kamariah Binti Ismail

Ustaz Muzani Ashraf Bin
Mustapah

Cik Afifah Binti Mohlisin

10

MESYUARAT AGUNG
PIBG KALI-1

SRA JAIM
TAMAN TASIK UTAMA

SEKALUNG PENGHARGAAN

YBhg. Datuk Haji Mohd Arif Bin Haji Yusa,
Yang Dipertua PIBG SK Tun SAS

YBsh. En. Abdul Shukor Bin Othman,
Pengerusi Penaja PIBG

YBsh. Pn.Kamariah Binti Ismail
Guru Besar

SRA JAIM TAMAN TASIK UTAMA

Ahli Jawatankuasa
Penaja Persatuan Ibu bapa dan Guru

Semua Ibu Bapa dan Penjaga

serta
Semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
yang memberi sokongan moral dalam menjayakan mesyuarat
ini. Semoga segala usaha yang dijalankan mendapat keberkatan

dari Allah SWT…

MESYUARAT AGUNG
PIBG KALI-1

SRA JAIM
TAMAN TASIK UTAMA


Click to View FlipBook Version