SUKAN & PERPADUAN MPU21032 - PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
KUMPULAN 5 PENSYARAH : USTAZ MOHD SABRI BIN ALIAS MARIAPPAN ALAGESAMY (06DKA22F1115) ILHAM FIQRI (06DKA22F1116)
MEGAT MUHAMAD FIRDAUS (06DKA22F1127) QAIRUL ISKANDAR BIN KAMARUDIN (06DKA22F1117) AIMAN HAKIM BIN ZAMRI (06DKA22F1120)
ISI KANDUNGAN ★ PENGENALAN ★ DEFINISI SUKAN DAN PERPADUAN ★ PERMAINAN TRADISIONAL KAUM MELAYU ★ PERMAINAN TRADISIONAL KAUM CINA ★ PERMAINAN TRADISIONAL KAUM INDIA ★ TOKOH-TOKOH SUKAN DI MALAYSIA ★ KEPENTINGAN SUKAN ★ AKTIVITI- AKTIVITI SUKAN YANG MENUNJUKKAN PERPADUAN ★ PANTUN ★ KESIMPULAN ★ RUJUKAN
Sukan dapat menyatukan rakyat kerana sukan adalah agen perpaduan.Contohnya, aktiviti bersukan dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan pada masa yang sama sukan boleh menerapkan disiplin dan integriti dalam kalangan kaum.Di Samping itu,kegiatan sukan juga boleh menyumbang ke arah perpaduan serta dapat mengikis segala gejala sosial yang kurang diingini dalam pembangunan Negara seperti diskriminasi,pengasingan dan sebagainya. PENGENALAN
DEFINISI SUKAN Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan seperti pertandingan,keseronokan, pembangunan, kemahiran dan sebagainya.Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu.Misalnya,berenang secara berasingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi. DEFINISI PERPADUAN Perpaduan merupakan penyatuan dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan.Perpaduan merujuk kepada semua perhubungan sosial yang menyatakan manusia.Perpaduan ialah satu proses menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan kaum Malaysia.
KAUM MELAYU
CONGKAK Dua pemain akan berhadapan dengan strategi masingmasing, di mana papan congkak dengan lima atau tujuh lubang sebaris yang dipanggil ‘kampung’ dan hujungnya terdapat lubang ibu yang dipanggil ‘rumah’ diisi dengan buah congkak. Kedua-dua orang pemain akan serentak memasukkan buah ke dalam ‘rumah’ sendiri mengikut putaran jam; sehingga dianggap ‘mati’ sekiranya berhenti di ‘kampung’ yang kosong.Begitulah pusingan yang diulang-ulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah untuk diisi dan dikira kalah.
GULI Pemain akan memasukkan jumlah guli yang telah dipersetujui oleh pemain-pemain lain di dalam sebuah bulatan.Setiap pemain mengikut giliran akan cuba untuk mengeluarkan sebanyak mana guli yang boleh dalam bulatan hasil dari membaling guli, dengan harapan ia akan mengena. Di sini, skil membaling dangan ketepatan dan kekuatan yang jitu itu diperlukan.
BATU SEREMBAN Pemain harus membaling lima biji Batu Seremban ke udara dan menangkapnya kembali. Mulakan dengan sebiji, kemudian naikkan kepada dua, tiga, empat dan akhirnya, lima. Jika gagal di salah satu pusingan, pemain harus kembali ke pusingan awal dengan jumlah Batu Seremban yang paling sedikit.
KAUM CINA
1 YO-YO CHINA Yo-yo Cina adalah permainan yang ada dua cakera yang sama saiz dihubungkan oleh gandar yang panjang.Yo-yo Cina akan sentiasa berpusing pada tali yang diikat pada dua batang kayu kecil. Pemain akan pegang hujung kedua-dua kayu dan mengimbangi yo-yo daripada jatuh. Yo-yo Cina tradisional dibuat daripada buluh. Sesetengah yo-yo cina dimasukkan alat yang menghasilkan bunyi apabila dipusingkan dengan laju. Bunyi ini membolehkan pemainnya mengimbangi kelajuan yo-yo. Yo-yo juga terkenal di Malaysia sejak zaman dahulu lagi.
2 MAHJONG Mahjong atau mahjung merupakan permainan untuk empat orang yang berasal dari China. Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib. Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian dan sebagai permainan komputer.
XIANG QI Xiang Qi merupakan sebuah permainan papan cina yang dimainkan oleh dua orang pemain. Xiangqi bentuk kini berasal dari China, oleh itu ianya digelar sebagai Catur Cina. Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan unik pao (meriam), peraturan yang melarang panglima (seperti "raja" dalam catur) daripada bertemu dalam garisan yang sama, serta "sungai" dan "istana" yang mengehadkan pergerakan sesetengah buah catur. 3
KAUM INDIA
1 KABADDI ❏ Dua pasukan menduduki bahagian yang bertentangan dengan kolam renang yang kecil atau padang. ❏ Masing-masing mengambil tempat dengan menghantar "penyerang" ke dalam bahagian pihak lawan untuk mendapatkan mata dengan menarik pasukan lawan. ❏ Kemudian, penyerang cuba untuk kembali ke bahagian pasukannya sendiri, menahan nafas dan melaungkan perkataan "Kabaddi" semasa serbuan. ❏ Penyerang tidak boleh melintasi lobi melainkan dia menyentuh pihak lawan.
2 GILLI DANDA ❖ Permainan Gilli Danda atau Viti Dandu atau Kitti Pul bisa dikatakan mirip dengan permainan kasti atau kriket. Permainan ini dimainkan dengan menggunakan sebuah tongkat kayu panjang (danda) dan tongkat kayu pendek (gilli). ❖ Dalam permainan ini, gilli atau tongkat pendek akan dilemparkan dan pemain yang memegang danda atau tongkat panjang harus memukul gilli tadi sekuat mungkin. Setelah berhasil, pemain akan berlari menuju titik yang ditentukan sebelum lawan menangkap gilli yang melambung tadi.
3 KHO - KHO ● Permainan yang berasal dari Maharashtra ini pada mulanya dimainkan menggunakan kereta kuda. ● Kebanyakan ahli sejarah India mengatakan bahawa Kho-Kho merupakan hasil pengubahsuaian daripada satu permainan 'Lari dan kejar' di mana seorang pemain akan berlari dan mengejar serta menyentuh pemain lain. ● Permainan kho-kho ini memerlukan kecergasan fizikal pemain serta pergerakan yang fleksibel untuk mengelak peserta-peserta lain.
4 CHATURANGA ➢ Asal-usul catur modern semula dikenal dengan nama Chaturanga, yang berkembang di India pada abad ke-6. ➢ Sejak awal permainan ini sudah memperkenalkan dua pihak yang bermain, perbezaan buah catur dengan kekuataan yang berbeza, dan kemenangan bergantung pada buah terakhir, atau dalam catur modern dengan menumbangkan sang raja. ➢ Dalam catur kuno, papan catur memiliki 100 kotak atau lebih.
TOKOH-TOKOH SUKAN DI MALAYSIA DATO’ LEE CHONG WEI Lee Chong Wei adalah pemain badminton profesional Malaysia.Beliau telah memenangi beberapa pingat emas, termasuk Sukan Komanwel 2006 di Melbourne dan Sukan Komanwel 2010 di Delhi.Beliau juga telah memenangi pingat perak dalam kedua-dua tahun 2008 dan Sukan Olimpik 2012,menjadikan beliau warga Malaysia ke-6 untuk memenangi pingat Olimpik dan rakyat Malaysia.Sebagai pemain perseorangan,beliau telah mendapat kedudukan nombor 1. PANDELELA RINONG Pandelela dilahirkan di Kupuo Jugah, sebuah perkampungan Bidayuh di Batu, Sarawak.Pandelela adalah kaum Bidayuh, berasal Bumiputera kepada negeri Malaysia Sarawak.Pada Kejohanan Akuatik Dunia 2009,Beliau memenangi pingat gangsa dalam 10m platform seirama wanita.Beliau adalah pembawa bendera buat kontinjen Malaysia pada 2010 Youth Sukan Olimpik di Singapura dimana Beliau memenangi pingat perak dalam acara platform 10m dan 3m acara loncatan.
MOHAMMAD FAIZ SUBRI Beliau merupakan pemain bola sepak Malaysia yang beraksi bersama Pulau Pinang sebagai pemain tengah atau penyerang.Faiz dilahirkan dan dibesarkan di Air Hitam Kedah.Tanggal 10 januari 2017 Malaysia telah berjaya memahat nama di arena bola sepak dunia dengan kemenangan Mohd Faiz Subri di anugerah FIFA PUSKAS award 2016. DATO’ NICOL ANN DAVID Beliau seorang pemain skuasy profesional Malaysia yang menjadi pemain Asia pertama yang nombor satu dunia dalam sukan skuasy wanita. Dilahirkan di Malaysia. Pada tahun 1999, beliau menjadi pemain termuda yang memenangi Kejohanan Junior Sedunia, mahkota yang beliau mempertahankan pada tahun 2001, menjadi wanita pertama yang merangkul kemenangan dua kali. Selama bertahuntahun, dia telah pergi untuk mencatatkan pelbagai rekod dan memenangi kejohanan paling berprestij berulang kali. Beliau secara rasmi berkedudukan nombor satu pemain wanita di dunia pada tahun 2006, menjadi wanita Asia pertama untuk mencapai gelaran ini.
KEPENTINGAN SUKAN DAN PERPADUAN ● Berperanan sebagai alat perpaduan tanpa mengira ideologi. ● Menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat. ● Penyertaan aktiviti tidak terhad kepada kaum tertentu. ● Membuka peluang seluasnya kepada mereka yang berminat di peringkat sukan adalah aktiviti kokurikulum. ● Aktiviti sukan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan pemain, penonton,penggiat sukan. ● Mengadakan temasya sukan Malaysia/SUKMA setiap dua tahun sekali pada peringkat awal kemudian sukma mula diadakan setiap tahun untuk merapatkan hubungan antara negeri.
AKTIVITI – AKTIVITI SUKAN YANG MENUNJUKKAN PERPADUAN
AKTIVITI KOKURIKULUM
PANTUN Kain putih dibawa berjalan Buat mengibas nyamuk dan agas, Rajin dan tabah dalam bersukan Minda cerdas jasmani sihat. Burung udan burung tempua Hinggap berehat di pohon kayu, Sukan amalan untuk semua Rakyat sihat negara maju. Terbang helang tinggi di angkasa Hinggap sebentar di pohon bidara, Semangat hijau gagah perkasa Ingin menggengam kilauan juara. Berkhasiat sungguh air halia Dimasak dengan air telaga, Beriadah bersukan amalan mulia, Badan sihat tentu bertenaga.
KESIMPULAN Sukan adalah satu langkah untuk membentukkan satu perpaduan yang paling berkesan dan memberi banyak manfaat untuk diri serta dapat menyatukan antara kaum di negara ini. Tidak kira dalam apa jenis sukan, kesemuanya dapat mengeratkan hubungan antara kaum. Betapa besarnya peranan sukan dalam membentuk perpaduan di negara ini,sebagai contoh Hari Sukan Negara yang mengalakkan lagi aktiviti sukan dalam kehidupan harian. Sukan dapat menyatukan antara kaum, melalui aktiviti sukan ini akan terus diterapkan agar negara terus maju dan harmoni.
RUJUKAN : https://www.scribd.com/document/162595024/p antun-sukan https://aasgrou.blogspot.com/2020/11/mpu2103 -penghayatan-etika-dan-peradaban.html https://www.ipendidikan.my/faedah-bersukankepada-masyarakat.html https://successfulmalaysia.blogspot.com/2017/0 5/tokoh-sukan-di-malaysia.html http://trendypinkygirl.blogspot.com/2014/01/per mainan-tradisional-kaum-india.html?m=1 http://5lilyprojeksivik.blogspot.com/2014/04/per mainan-tradisional-di-malaysia-india.html?m=1 http://gkkpresentation.blogspot.com/2016/09/je nis-permainan-tradisional-kaum-india.html?m=1