The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by irdina060104, 2022-06-09 20:41:21

BM

bmw

FARISYA IRDINA BINTI MOHD FITRI
4AL-KHAWARIZMI
SC224011

Tema 1: KESELAMATAN

TAJUK
LANGKAH LANGKAH MENJAGA KESELAMATAN

ANAK-ANAK.

PENGENALAN TEMA 1

Keselamatan anak-anak merupakan perkara
yang penting untuk melindunginya. Mereka
memerlukan ibu bapa sebagai perlindungan
untuk melindungi mereka daripada sebarang
ancaman. Oleh itu, ibu bapa perlu mendidik
anak-anak mereka untuk belajar
mempertahankan diri mereka sejak kecil.

KENAPA SAYA PILIH TEMA INI?

Kebanyakkan berita di televisyen dan dada-dada akhbar tentang kes
jenayah yang melibatkan kanak-kanak sebagai mangsa. Isu ini amat
membimbangkan semua pihak kerana kanak-kanak merupakan
anugerah kurniaan tuhan yang diamanahkan kepada pasangan ibu bapa
untuk membentuk mereka menjadi seorang yang berguna kepada
keluarga dan negara. Oleh itu, kita perlu mengenal pasti cara-cara
terbaik dalam mengatasi masalah keselamatan kanak-kanak supaya
mereka terjamin daripada sebarang jenayah.

Isi-isi Penting

*Sentiasa mengawasi dan memberi perhatian kepada kanak-kanak
*Memberi pelajaran seni mempertahankan diri
*Peranan media massa dalam menyedarkan masyarakat tentang isu ini
*Memakai alat penjejak pada kanak-kanak
*Menguatkuasakan undang-undang kepada pesalah laku terhadap kanak-kanak
*Pastikan kanak-kanak bermain secara berkumpulan

2 PERIBAHASA BERDASARKAN TEMA 1
1. Umur baru setahun jagung, darah baru

setampuk pinang

2. Melentur buluh biarlah dari rebungnya

KESIMPULAN

Berdasarkan karangan di atas, jelaslah bahawa terdapat
beberapa langkah-langkah untuk menjaga keselamatan
anak-anak. Saya berharap agar ibu bapa memainkan
peranan utama untuk memastikan anak mereka berada
dalam keadaan yang selamat. Kesimpulannya, kita
mestilah menjaga dan menghargai anak-anak supaya
mereka boleh menjaga ibu bapa pada masa akan datang.

TEMA 3

KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN ESTETIKA

● BUSANA MELAYU

PENGENALAN TEMA 3

Busana melayu merujuk kepada pakaian
tradisional melayu, terutama baju melayu dan
baju kurung. Selain itu, termasuk juga baju
kebaya, selendang, kain sarung dan sampin.

KENAPA SAYA PILIH TEMA INI?

Untuk mengekalkan warisan kita kerana ia
tanggungjawab kita. Selain itu,pakaian merupakan
salah satu simbol budaya yang menandakan
perkembangan dan pengkhususan budaya tertentu.

Isi-isi penting

* Mengaktifkan diri dalam persatuan permainan tradisional
* mengingati warisan nenek moyang
* mengetengahkan pakaian tradisional
* kajian dan analisis tentang makanan

2 PERIBAHASA BERDASARKAN TEMA 3

1. tak kenal maka tak cinta
2. tak basah dek hujan, tak lekang dek panas

KESIMPULAN

Berdasarkan perkara di atas, jelaslah bahawa terdapat beberapa
cara untuk anak muda mengenali warisan melayu. Saya
berharap agar kita dapat mengekalkannya kerana nenek moyang
kita yang menciptanya. Kesimpulannya, kita mestilah
menghargai warisan melayu agar dapat berdiri teguh di belakang
kita.


Click to View FlipBook Version