The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pertadingan Buku Skrap Digital Anyflip

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-12524616, 2023-09-13 22:21:17

Perpaduan Membawa Semangat Merdeka

Pertadingan Buku Skrap Digital Anyflip

Pertandingan Buku Skrap Digital (Anyflip) Sempena Bulan Kebangsaan 2023 SK SUGUD Anjuran Pusat Sumber dan Unit ICT Sk Sugud TAJUK: Perpaduan Membawa Semangat Merdeka NAMA: 1:Jordan Bordan Bisius 2:Noel Hable Kangkawang TAHUN 5 TERATAI Sumber Rujukan:1.Buku teks BM 2. Google


Hargai Perjuangan Pemimpin Terdahulu Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock Dan V.T Sambhantan antara Tokoh yang dijulang sebagai arkitek yang membina jambatan perpaduan yang di wariskan kepada kita. Kejayaan mereka menyatupadukan pelbagai kaum di tanah Melayu memenuhi syarat penting bagi memperoleh kemerdekaan Wawasan Seorang Negarawan “Saya ingin melihat rakyat Malaysia berasa megah atas kejayaan yang dicapai oleh negara ini,serta yakin berapa banyak lagi kejayaan akan dicapai hasil semangat hidup pesaudaraan antara satu sama lain.’’- Tunku Abdul Rahman Putra AL-Haj Ucapan sempena ulang tahun kesepuluh kemerdekaan negara pada 12 Ogos 1967


Kepentingan Perpaduan 'Bagai aur dengan tebing' merupakan peribahasa yang amat sinonim dengan kehidupanmasyarakat Malaysia. Walaupun penduduk Malaysia berbilang kaum namun semangattolong-menolong sesama masyarakat amat penting untuk melaksanakan sesuatu perkara.Bertitik tolak daripada sikap saling menolong ini, akan lahirlah masyarakat yang bersatu padu. Perpaduan merupakan aset terpenting Malaysia kerana tanpa perpaduan, tidak mungkinkeharmonian dapat dinikmati ibarat 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh' .Kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negarayang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri yangdilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan masyarakatTanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Implikasinya,masyarakat kini hidup harmoni tanpa gangguan dan kongkongan penjajah. Perpaduan yangtelah wujud kini adalah warisan daripada warisan nenek moyang yang harus dikekalkan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas .Selain itu, perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu semangatkekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri ala 'enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing' . Semangat assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara kaum.Hasilnya, Malaysia dapat menjadi contoh terbaik kepada negara lain seperti negara AmerikaSyarikat yang mengamalkan Dasar Aparteid. Dasar Aparteid ialah dasar yang mewujudkan jurang perbezaan antara golongan berkulit putih dengan golongan berkulit hitam. Akibatnya,wujudlah pelbagai masalah sosial yang melibatkan perkauman berdasarkan warna kulit.Sebagai iktibar, masayarakat Malaysia wajar mengekalkan perpaduan demi mengelakkansemangat assabiah terjadi di atas bumi Malaysia ini.Di samping itu, kepentingan perpaduan yang lain pula ialah perpaduan dapat membangunkanekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selarasdengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan kemasukan palancong asing.Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkannegara. Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk melabur di Malaysia. Rentetan itu, perpaduan kaum yang mampu meningkatkan taraf ekonomi negara akan menjadikanMalaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain.Konklusinya, pihak kerajaan perlulah mengadakan pelbagai program atau aktiviti yang dapatmemupuk semangat perpaduan kaum. Masyarakat Malaysia juga perlu memainkan peranandalam memupuk perpaduan kaum supaya negara kekal dalam kemerdekaan. Semoga 52tahun kemerdekaan pada tahun ini akan meningkatkan kesepakatan masyarakat untuk menobatkan Malaysia agar gah dan popular di seluruh sarwajagat ini. Laungan MALAYSIA BOLEH


Bendera kebangsaan ialah lambang kemegahan sebuah negara.Mengetahui dan memahami identiti bendera kebangsaan dapat memupuk rasa bangga terhadap negara.Unit ini akan membincangkan sejarah,nama,maksud warna dan lambang serta etika menaikkan dan menurunkan bendera kebangsaan. Bendera kebangsaan ialah lambang identiti negara dan menjadi kebanggaan rakyat.Kita perlulah mengetahui maksud nama bendera kebangsaan Malaysia.Jalur Gemilang ialah nama bendera kebangsaan.Menyangjungi dan menghormati Jalur Gemilang menjadi tanggungjawab warganegara. Menghayati maksud dan lambang pada bendera kebangsaan menjadikan kita sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab terhadap keharmonian serta kemajuan negara. Setiap warna dan lambang pada bendera kebanggsaan mempunyai makna yang tertentu.Sebagai warganegara yang cinta akan negara,kita perlu mengetahui,menghayati dan menghormati setiap makna tersebut Warna Kuning : Melambangkan kesetiaan kepada raja dan negara. : Melambangkan kedaulatan Raja berperlembagaan. Warna Biru Tua :Melambangkaan perpaduan rakyat yang berbilang kaum. :Bersatu padu dan berusaha memajukan ekonomi. Warna Putih : Melambangkan kesucian dan keikhlasan. : Melambangkan kesungguhan bagi mempertingkatkan ketahanan rakyat yang beradab. Warna Merah : Melambangkan keberanian dan kegigihan rakyat menghadapi cabaran


Bendera kebangsaan ialah lambang kedaulatan dan kebesaran negara.Mengibarkan bendera kebangsaan dapat menyemarakkan semangat patriotik.Kita hendaklah menghormati bendera kebanggsaan pada setiap masa.Terdapat beberapa etika pengunaan bendera kebanggsaan yang perlu kita patuhi. Individu yang melanggar etika penggunaan bendera kebangsaan boleh dikenakan tindakan undangundang.Masyarakat perlulah mengetahui dan mematuhi etika tersebut termasuklah etika menaikkan dan menurunkan bendera kebangsaan. Bendera kebangsaan merupakan simbol perpaduan setiap warganegara walaupun mekere berada di luar negara.Sebagai tanda hormat dan bangga terhadap bendera kebangsaan,masyarakat perlulah mengetahui serta mengamalkan etika pengunaanya dengan betul. Bendera kebangsaan merupakan identiti sesebuah negara yang merdeka.Kita harus mengenali dan menghormati bendera negara lain demi keamanan sejagat Sejarah Bendera Negara Kita Reka bentuk diilhamkan oleh Encik Mohamed bin Hamzah.Pertama kali bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan pada 26 Mei 1950 di pekarangan Istana Sultan Selangor Jalur Gemilang Bendera Kita Nama Jalur Gemilang diumumkan oleh Tun Dr. Mahatir Mohamad pada hari kemerdekaan negara yang ke-40,iaitu pada 31 Ogos 1997.


Kenali Identiti Jalur Gemilang Merah- Keberanian dan kegigihan Putih- Kesucian dan keikhlasan Kuning- Kesetiaan kepada Raja dan negara Biru Tua- Perpaduan rakyat Bulan Sabit- Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia Bintang- Perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan Mengetahui sejarah, makna dan lambang pada bendera kebangsaan mendorong kita untuk mendaulatkan identiti negara.Kita mestilah berbangga melihat Jalur Gemilang berkibar di Malaysia dan di persada antarabangsa Menghormati bendera kebangsaan merupakan satu cara untuk kita menunjukkan rasa cinta akan negara Masyarakat yang memahami dan menghayati makna,warna dan lambang Jalur Gemilang akan sentiasa menghormati bendera kebangsaan walau di mana-mana mereka berada Bendera kebangsaan perlu dihormati sebagai lambang kemegahan negara Lagu kebangsaan perlu dipelajari supaya kita dapat mengenali identiti negara.Unit ini akan membincnagkan sejarah dan nama lagu kebangsaan Malaysian ,menerangkan lirik dan maksud lagu Negaraku,menjelaskan etika nyanyian lagu kebangsaan serta menghuraikan peranan lagu kebangsaan untuk membentuk jati diri.


Serlahkan Semangat Partriotik Apakah semangat patiriotik? Patriotik ialah perasaan cinta dan setia akan tanah air. Rakyat Malaysia mempunyai banyak cara untuk menyerlahkan semangat patriotik kepada negara. Antara cara untuk menyerlahkan semangat patriotik termasuklah bekerja keras dan gigih untuk mengharumkan negara dalam pelbagai bidang seperti ekonomi,bahasa,sains dan teknologi. Selain itu ,kejayaan dalam acara dan pertandingan sukan pada peringkaat antarabangsa juga dapat menonjolkan semangat patriotik kepada semua warganegara. Rakyat yang patriotik juga perlu menelurusi sejatah Malaysia dengan sebaik-baiknya. Antara caranya termasuklah membaca buku biografi tokoh negara , mengingati jasa pejuang-pejuang negara dan melawat ke muzium sejarah. Cara ini dapat melahirkan warganegara yang cinta akan perpaduan dan keamanan. Serlahkan patriotisme di mana-mana jua kita berada. Pejuang kemerdekaan Pemimpin dan rakyat sedar akan pentingnya kebebasan tanah air. Kebijaksanaan dan kehebatan tokoh-tokoh pejuang terdahulu berjaya memerdekakan negara kita daripada belenggu penjajah. Permufakatan antara pemimpin memudahkan proses untuk mencapai Kemerdekaan.


Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan negara kita. Penggunaan bahasa kebangsaan dapat memupuk semangat patriotik dan jati diri bangsa.Unit ini akan membincangkan kedudukan bahasa kebangsan dan bahasa lain dalam pelembagaan persekutuan, menyata kan peranan bahasa kebangsaan , menerangkan institusi yang terlibat untuk mempertahankan kedudukan bahasa kebangsaan serta menghuraikan cabaran penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Sejarah Kemerdekaan Sejarah kemerdekaan negara perlu dipelajari bagi memberikan pemahaman dan pengetahuan berkenaan dengan usaha pemimpin bersama sama dengan rakyat untuk mencapai kemerdekaan. Pelbagai rintangan dan cabarn telah dilalui untuk membentuk serta menubuhkan sebuah negarab yang merdeka. Unit ini membincangkan tokoh, usaha ke arah kemerdekaan pada tahun 1957 Asas kemahiran pemikiran sejarah 1. Memahami susunan dan pertukaran masa sejarah kemerdekaan negara. 2. Memahami isu dan masalah masa lalu bagi meningkatkan kesedaran kepentingan mempertahankan kemerdekaan. 3. Meneroka bukti signifikan tokoh-tokoh yang terlibat dalam perjuangan ke arah kemerdekaan.


Penghargaan Kami berterima kasih kepada Cikgu Winnie kerana telah memimbing kami membuat buku digital Anyflip kami .


Click to View FlipBook Version