The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU MESYUARAT AGUNG PIBG SKGN KALI KE 47

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mdhafeezismail, 2025-02-24 23:48:29

BUKU MESYUARAT AGUNG PIBG SKGN KALI KE 47

BUKU MESYUARAT AGUNG PIBG SKGN KALI KE 47

1 | M e s y u a r a t A g u n g T a h u n a n P I B G S K G N K a l i K e - 4 7 / 2 0 2 5 Kata Alu-aluan Yang DiPertua PIBG


2 | M e s y u a r a t A g u n g T a h u n a n P I B G S K G N K a l i K e - 4 7 / 2 0 2 5 Kata Alu-aluan Yang Dipertua PIBG SK Guar Nangka Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, kita dapat bersama-sama dalam Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Guar Nangka bagi tahun 2025. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru yang hadir serta memberikan sokongan kepada PIBG. PIBG memainkan peranan penting dalam menjadi jambatan antara ibu bapa dan pihak sekolah dalam memastikan anak-anak kita mendapat pendidikan terbaik. Namun, dalam era pendidikan moden ini, peranan PIBG sahaja tidak mencukupi. Kini, penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta atau PIBK (Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta) semakin ditekankan dalam usaha mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih holistik. PIBK bukan sahaja memberi ruang kepada ibu bapa untuk menyumbang idea dan tenaga dalam pembangunan sekolah, tetapi juga menggalakkan keterlibatan komuniti setempat dan sektor swasta dalam menyokong program pendidikan. Melalui kerjasama yang erat ini, kita dapat membantu pihak sekolah dalam menyediakan kemudahan yang lebih baik, memperkasa program akademik dan kokurikulum, serta memberi peluang kepada murid untuk meneroka lebih banyak pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah. Sebagai ibu bapa, kita perlu terus menyokong sekolah dalam melahirkan generasi yang cemerlang dari segi akademik, sahsiah dan kemahiran insaniah. Saya yakin bahawa dengan semangat kerjasama antara PIBG, pihak sekolah, komuniti dan sektor swasta, kita mampu membawa Sekolah Kebangsaan Guar Nangka ke tahap yang lebih gemilang. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa PIBG sesi lalu atas usaha dan komitmen mereka dalam membantu sekolah. Tidak lupa juga kepada pihak sekolah, khususnya guru-guru yang tidak pernah jemu dalam mendidik dan membimbing anak-anak kita. Akhir kata, marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam membangun dan memperkasakan pendidikan di Sekolah Kebangsaan Guar Nangka. Semoga mesyuarat ini berlangsung dengan lancar dan memberi manfaat kepada semua pihak. Sekian, terima kasih. . (EN SAZALI BIN SAAD) Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Guar Nangka, 02500 Mata Ayer, Perlis.


3 | M e s y u a r a t A g u n g T a h u n a n P I B G S K G N K a l i K e - 4 7 / 2 0 2 5 Kata Alu-aluan Guru Besar SK Guar Nangka Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama dalam Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Guar Nangka bagi tahun 2025. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru yang hadir serta memberikan sokongan kepada PIBG. Kehadiran dan komitmen tuan-tuan dan puan-puan jelas menunjukkan keprihatinan serta kesungguhan dalam memastikan kemenjadian murid-murid dan kecemerlangan sekolah kita. Seiring dengan perkembangan dunia pendidikan, pihak sekolah sentiasa mengikuti dasar dan inisiatif terkini yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Salah satu inisiatif utama ialah Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (PdP), serta memperkukuh budaya kerja yang positif dalam kalangan guru dan murid. Melalui TS25, kita menekankan pembelajaran yang lebih menyeronokkan, berpusatkan murid, serta penggunaan teknologi dan pendekatan inovatif dalam bilik darjah. Selain itu, pihak sekolah juga memberi perhatian kepada Pendidikan Berasaskan Kemahiran Abad ke-21 (PAK-21) yang menggalakkan pemikiran kritis, komunikasi berkesan, kolaborasi, dan kreativiti dalam kalangan murid. Penggunaan teknologi dalam pembelajaran semakin diperluaskan melalui Sekolah Digital dan Pembelajaran Berasaskan AI, memastikan murid lebih bersedia menghadapi cabaran masa depan. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada barisan kepimpinan PIBG sesi yang lalu atas usaha gigih mereka dalam membantu sekolah. Tidak lupa juga kepada semua guru yang sentiasa berusaha mendidik anak-anak kita dengan penuh dedikasi. Akhir kata, marilah kita terus memperkukuh semangat kebersamaan dalam menjadikan Sekolah Kebangsaan Guar Nangka sebuah institusi pendidikan yang unggul. Semoga mesyuarat ini berjalan dengan lancar dan mencapai matlamatnya. Sekian, terima kasih. (PUAN HASMAWATI BINTI HASHIM) Guru Besar SK Guar Nangka, Mata Ayer, Perlis.


4 | M e s y u a r a t A g u n g T a h u n a n P I B G S K G N K a l i K e - 4 7 / 2 0 2 5 VISI SEKOLAH Sk Guar Nangka bertekad untuk merealisasikan pendidikan berkualiti, insan terdidik, negara sejahtera. MISI SEKOLAH Sekolah Kebangsaan Guar Nangka melestarikan sistem Pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi ttindividu bagi memenuhi aspirasi negara. HALA TUJU SEKOLAH Memacu SKGN ke arah Sekolah Kluster Kecemerlangan melalui pengurusan pentadbiran lima bintang, membangunkan potensi kemenjadian murid dalam pelbagai bidang.


5 | M e s y u a r a t A g u n g T a h u n a n P I B G S K G N K a l i K e - 4 7 / 2 0 2 5 Ruj. Kami : 100-13/1/4 ( ) Tarikh : 17 FEBRUARI 2025 Semua Ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Guar Nangka, 02500 Mata Ayer, PERLIS. Tuan, NOTIS MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR NANGKA KALI KE-47 Adalah dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut di atas akan diadakan seperti berikut: Tarikh : 27 FEBRUARI 2025 (KHAMIS) Masa : 2.30 Petang Tempat : Dewan Ibn Sina, SKGN 2. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:- 2.1 Ucapan Yang Dipertua PIBG 2.2 Membentangkan dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung kali ke-46 2.3 Membincangkan perkara-perkara berbangkit. 2.4 Membentang dan menerima laporan tahunan 2.5 Membentang dan menerima Penyata Kewangan 2.6 Pembubaran AJK 2.7 Pemilihan AJK sesi 2025/2026 2.8 Membahas usul-usul (jika ada) 2.9 Ucapan Penangguhan 3. Kehadiran tuan/puan amatlah diharapkan bagi menjayakan mesyuarat agung kali ini. Sekian, terima kasih. Saya yang menjalankan amanah , (MUAHMMAD HAFEEZ BIN ISMAIL) Setiausaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Guar Nangka.


6 | M e s y u a r a t A g u n g T a h u n a n P I B G S K G N K a l i K e - 4 7 / 2 0 2 5 Ahli Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-47 EX-OFFICIO : PN HASMAWATI BINTI HASHIM YANG DIPERTUA : EN. SAZALI BIN SAAD N. YANG DIPERTUA : EN. WAN MARZUKI BIN WAN IBRAHIM SETIAUSAHA : EN. MUHAMMAD HAFEEZ BIN ISMAIL PEN. SETIAUSAHA : PN. NORLIZA BINTI ISMAIL BENDAHARI : PN. NOORUL AIN BINTI JAMALUDDIN PEN. BENDAHARI : AJK GURU 1. PN. ROHAYA BINTI MAT ISA (PK PENT) 2. PN. SITI RABANI BINTI RAWI (PKHEM) 3. EN. RAFIZI BIN OMAR (PKKO) 4. EN. HAZRAL BIN GHAZALI 5. EN. MOHD FIKRI BIN MOHD SALLEH 6. PN. JAMALULHASLINA BINTI FUAD 7. PN. RUZAINI BINTI ISMAIL 8. EN. ALIS HAFIZI BIN ZUNKIPLI 9. EN. MOHD ZAWAWI BIN HASAN 10. YM TENGKU ZAIUDEAN BIN TENGKU MOHD YUSOF 11. PN. DINANOORNIDA BINTI HASSAN SHAARI 12. EN. HAIL RIZAL BIN RAWI (PEMERIKSA KIRA-KIRA GURU) AJK IBUBAPA 1. EN. MOHD SHAHFI BIN ISMAIL 2. EN. MOHD TAUFAR BIN MOHD ZAIN 3. EN. SHIFUN BIN TAHA 4. PN. SURAYA BINTI SEMAN 5. PN. WAN SANIAH BINTI WAN YAHYA 6. PN. ROHIDA BINTI CHE WAN 7. PN. HUZAIMAH BINTI HUSSAIN 8. EN. AINA EMYLIA BINTI ARIFFIN 9. PN. SYAFIKAH HANUM BINTI MD SIDEK 10. EN. HASRUL BIN HALIM Pemeriksaan Kira-kira ibu bapa :Encik Izham Bin Othman Encik Azizan Bin Bakar


7 | M e s y u a r a t A g u n g T a h u n a n P I B G S K G N K a l i K e - 4 7 / 2 0 2 5 Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG SKGN SAMBUTAN/JEMPUTAN EN SAZALI BIN SAAD (YDP PIBG) PN. HASMAWATI BINTI HASHIM (GB) EN. WAN MARZUKI BIN WAN IBRAHIM(NYDP) PN. ROHAYA BINTI MAT ISA (GPK 1) PN. SITI RABANI BT RAWI (GPK HEM) EN RAFIZI BIN OMAR (GPK KOKU) SPONSOR/CENDERAMATA/HAMPER/SIJIL PN. RUZAINI BT ISMAIL PN JAMALULHASLINA BT FUAD PN. NOORUL AIN BT JAMALUDIN PN. NOR SITI ADIBAH BINTI KASIM EN. MUHAMAD TAMIZI BIN MUSTAFA BACAAN DOA PEMBUKAAN MAJLIS EN. DZIAUDDIN BIN RAMLI JURUACARA MAJLIS CIK NOR SITI ADIBAH BINTI KASIM PENDAFTARAN PN. DINANOORNIDA BINTI HASSAN SHAARI YM TENGKU ZAIUDEAN BIN TENGKU MOHD YUSOFF EN. MUHAMAD SYAWAL BIN RADZALI CIK NOORMILA FAIRUS BT BAHARI PN SURAYA BINTI SEMAN PN WAN SANIAH BINTI WAN YAHYA GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING PERALATAN/SIARAYA EN. MUHAMAD RIDZUAN BIN HJ.ISMAIL EN. MUHAMMAD RAHIMI BIN RAHIM EN. WAN MARZUKI BIN WAN IBRAHIM EN. MUHAMAD HAIRANI BIN ABIDIN EN. ALIS HAFIZI BIN ZUNKEPELI PERSEDIAAN TEMPAT/KEBERSIHAN/SOP EN. HAIL RIZAL BIN RAWI EN. BAHRIN BIN MD ZAIN EN. MOHD NASRUL BIN HASHIM EN. MOHAMAD ASRUL IMAN BIN MOHAMAD ZALI EN. HASRUL BIN HALIM EN. MUHAMMAD TAUFAR BIN MOHD ZIN EN SHIFUN BIN TAHA EN MOHD SHAHFI BIN ISMAIL PN HUZAIMAH BINTI HUSSAIN PN SYAFIKAH HANUM BINTI MD SIDEK PEKERJA KEBERSIHAN (SWASTA) JAMUAN VIP PN AZURAH BINTI OTHMAN PN. FAIZAH BINTI ABDUL RASHID PN NUR KAMARIAH BINTI M. YUSOF PN AINA EMYLIA BINTI ARIFFIN PN ROHIDA BINTI CHE WAN JAMUAN GURU DAN AJK PN. YUSMILIA BT HASAN PN. NORZALINA BT MAHMAD PN SURAYA BINTI SEMAN PN WAN SANIAH BINTI WAN YAHYA JAMUAN IBU BAPA PN ZAMZILA BINTI ISHAK EN. MOHD FIKRI BIN MOHD SALLEH PN HARTINA BINTI ROSDI EN. MOHAMAD ZAWAWI BIN HASAN PN CHE HASNAWATI BINTI CHE LAH PENCATAT PN. NOR FARHANA BINTI NASIR (S1) CIK WAN IRFA ALIYA BINTI WAN MOHD NADZMI (S1) NURUL SYUHADA NAJMI BINTI JAAFAR (S1) EN. MUHAMMAD HANIF BIN MOHD HASHIM (S2) PN. NINA AZILAH BT RAHAMAN ( S2) CIK NUR HAZIRAH BINTI HASIM (S2) URUSETIA BUKU PROGRAM /SURAT MENYURAT EN. MUHAMMAD HAFEEZ BIN ISMAIL PN. NORLIZA BT ISMAIL PN. ROSMAH BINTI DARANI PN NURHAMIZAH BINTI ISHAK PN NOZIE BINTI DALI EN. MUHAMMAD HAZWAN AFDHALUDDIN BIN ABDUL GHANI PERSEDIAAN TEMPAT JAMUAN (ANJUNG ASRAMA) PN. ROHEZAN BINTI AHMAD CIK MAHIZUN BINTI MUSTAPA EN. WAN MUHD NIZAR BIN WAN PE BACKDROP/HIASAN DEWAN PN. JUNIZA BT HASHIM PN. NURUL HAMIZA BINTI HUSSEIN CIK SITI SYUHAIDA BINTI SABRI PN. RUSLINDA BINTI RASLI FOTOGRAFI EN. HAZRAL BIN GHAZALI DOKUMENTASI/LAPORAN PN SURAINI BINTI IDRIS PN. NURUL IZZAH BINTI ZAINOL ABIDIN


8 | M e s y u a r a t A g u n g T a h u n a n P I B G S K G N K a l i K e - 4 7 / 2 0 2 5 Aturcara Majlis 2:15 petang - Kehadiran dan Pendaftaran Ahli PIBG 2:30 petang - Ketibaan Tetamu Khas 2.45 petang - Ketibaan Tuan Pengarah Pendidikan Perlis/Wakil - Ketibaan Encik Abdoll Rahim bin Ahmad, Pengerusi Persatuan Solidariti Nasional (PERSONA), Negeri Perlis. 3:00 petang - Majlis dimulakan. ?? Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis ?? Bacaan Doa ?? Ucapan Yang Dipertua PIBG ?? Ucapan Guru Besar ?? Ucapan dan Perasmian ?? Penyampaian cenderamata 3.30 petang Rehat 4:00 petang Mesyuarat Agung Kali ke- 47 AGENDA MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURUSEKOLAH KEBANGSAAN GUAR NANGKA KALI KE-47 1. Ucapan Yang Dipertua PIBG 2. Membentangkan dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung kali ke-46 3. Membincangkan perkara-perkara berbangkit. 4. Membentang dan menerima laporan tahunan 5. Membentang dan menerima Penyata Kewangan 6. Pembubaran AJK 7. Pemilihan AJK sesi 2025/2026 8. Membahas usul-usul (jika ada) 9. Ucapan Penangguhan


9 | M e s y u a r a t A g u n g T a h u n a n P I B G S K G N K a l i K e - 4 7 / 2 0 2 5 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR NANGKA, PERLIS UCAPAN-UCAPAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-46 TARIKH: 12 JUN 2024 (RABU) MASA: 2.30 – 5.30 PETANG 1. UCAPAN PENGERUSI MAJLIS 1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran En. Azzin Izzad bin Bahanudin, Pegawai Khas kepada Pengerusi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (Tuan Noor Amin bin Ahmad); En Mohd Mokhzamin bin Mokhtar, Penolong Pengarah Unit Sekolah Jenis Khas, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis; Pn. Hasmawati binti Hashim, Guru Besar SK Guar Nangka; En. Mohd Nadzri bin Jaafar, Ex Officio PIBG SKGN sesi 2022/2023; En. Sazali bin Saad, Tuan Yang di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Guar Nangka; barisan Guru Penolong Kanan; Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG; guru-guru dan ibu bapa. 1.2 Pengerusi menyatakan penghargaan kepada semua tetamu yang hadir atas kesudian melapangkan masa untuk bersama-sama menjayakan majlis ini. Kehadiran ibu bapa menunjukkan tanda positif terhadap kerjasama pihak waris dalam menjayakan program sekolah ini. 1.2 Pengerusi menjemput Ustaz Wan Muhammad Nizar bin Wan Pe bagi memimpin bacaan doa. 2. UCAPAN ENCIK SAZALI BIN SAAD: YANG DI-PERTUA PIBG 2.1 YDP mengalu-alukan kehadiran En. Azzin Izzad bin Bahanudin, Pegawai Khas kepada Pengerusi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia; En Mohd Mokhzamin bin Mokhtar, wakil Pengarah JPN Perlis; Encik Mohd Nadzri bin Jaafar, mantan Guru Besar SKGN; ahli-ahli Jawatankuasa PIBG dan semua ibu bapa yang hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46.


10 | M e s y u a r a t A g u n g T a h u n a n P I B G S K G N K a l i K e - 4 7 / 2 0 2 5 2.2 YDP merakamkan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas kesempatan yang diberikan untuk mengadakan mesyuarat kali ini. 2.3 Setinggi-tinggi penghargaan buat Tuan Noor Amin atas kesudian menerima jemputan untuk menghadiri mesyuarat ini pada awalnya. En. Azzin yang mewakili Tuan Amin merupakan bekas murid SKGN. 2.4 PIBG merupakan suatu medium yang berkesan untuk merapatkan komuniti dan ibu bapa dengan pihak sekolah. 2.5 Pihak PIBG SKGN banyak membantu sekolah dalam melaksanakan aktiviti dan program dalam mencungkil bakat anak-anak sama ada dalam akademik mahupun kokurikulum. 2.6 YDP berhubung rapat dengan warga sekolah dan ahli-ahli PIBG bagi membincangkan tentang program-program sekolah. 2.7 Antara program yang dijalankan ialah EDU-BACA pada tahun 2023 yang dikendalikan oleh Cikgu Muhammad Hafeez bin Ismail. Program ini merupakan kelas tambahan percuma yang membantu murid-murid untuk membaca sebagai persediaan mereka ke sekolah menengah. Guru-guru pelatih dari IPG dijemput mengajar 40 murid dalam kumpulan-kumpulan kecil. 2.8 Murid-murid sekolah ini datang daripada pelbagai latar belakang keluarga, namun guru-guru melakukan pelbagai usaha dalam merapatkan jurang ini dan memberi layanan sama rata kepada semua murid. 2.9 YDP mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang mendidik anak- anak. 2.10 YDP juga merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa yang memberikan komitmen untuk menjelaskan sumbangan PIBG yang banyak membantu dalam perjalanan program-program sekolah. 2.11 YDP berharap agar pengorbanan dan kerjasama semua pihak akan diberkati oleh Allah dan seterusnya membantu dalam perkembangan pendidikan anak- anak.


11 | M e s y u a r a t A g u n g T a h u n a n P I B G S K G N K a l i K e - 4 7 / 2 0 2 5 3. UCAPAN EN. MOHD NADZRI BIN JAAFAR: EX OFFICIO PIBG SK GUAR NANGKA SESI 2022/2023 3.1 En. Mohd Nadzri mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah atas jemputan untuk menghadiri mesyuarat PIBG kali ini. 3.2 Jutaan terima kasih juga buat ibu bapa, guru-guru dan semua ahli Jawatankuasa PIBG kerana banyak membantu pihak sekolah selama ini dalam mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang. 3.3 En. Mohd Nadzri menekankan tentang kepentingan ibu bapa dalam memberi sumbangan dan kerjasama terhadap pihak sekolah dalam bidang pendidikan dan pelbagai aktiviti sekolah. 3.4 Nama SK Guar Nangka telah dikenali oleh banyak pihak sehingga menerima banyak lawatan penanda aras dari sekolah-sekolah luar negeri Perlis. 3.5 En. Mohd Nadzri mengucapkan selamat maju jaya kepada SKGN dan berdoa agar sekolah ini akan terus cemerlang. 4. UCAPAN PERASMIAN DARI PEGAWAI KHAS KEPADA PENGERUSI INSTITUT TERJEMAHAN DAN BUKU MALAYSIA: ENCIK AZZIN IZZAD BIN BAHANUDIN 4.1 Perasmi merakamkan kesyukuran kepada Allah atas kehadiran semua di mesyuarat ini. 4.2 Perasmi memaklumkan bahawa beliau merupakan mantan murid SKGN yang telah menduduki UPSR tahun 2004 dan pernah menghuni Asrama Desa SKGN. 4.3 Perasmi berbesar hati untuk menyampaikan ucapan amanat daripada Pengerusi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, Tuan Noor Amin bin Ahmad.


12 | M e s y u a r a t A g u n g T a h u n a n P I B G S K G N K a l i K e - 4 7 / 2 0 2 5 4.4 Perasmi mengucapkan tahniah kepada pihak PIBG atas penganjuran mesyuarat kali ini dan syabas kepada semua ibu bapa yang hadir. 4.5 Faktor utama yang membantu kejayaan seorang pelajar dan kecemerlangan sekolah adalah kerjasama antara ibu bapa dan guru-guru. 4.6 Perasmi memetik puisi sasterawan negara, Usman Awang mengenai kejayaan seseorang yang hebat itu datangnya dari didikan seorang guru dan seorang pelajar yang berusaha untuk belajar. 4.7 Perasmi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang mengajarnya pada 20 tahun yang lalu di sekolah ini. 4.8 Perasmi menekankan tentang kepentingan semua murid untuk menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) di sekolah rendah. 4.9 Sebagai aktivis masyarakat dan Pegawai Khas di Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, perasmi percaya bahawa masyarakat berperanan dalam membantu untuk membawa kemajuan kepada pelajar. 4.10 Perasmi memaklumkan bahawa Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) telah menyumbangkan buku-buku kepada semua sekolah di seluruh Negeri Perlis. 4.11 Pendidikan sentiasa menjadi perkara penting bagi pihak kerajaan dengan peruntukannya dipertingkatkan. Bantuan Awal Persekolahan telah dipertingkatkan kepada RM150 bagi setiap pelajar dengan jumlah penuhnya ialah RM788 juta. Baucar buku sebanyak RM50 hingga RM100 telah diberikan kepada setiap pelajar semasa Pesta Buku Antarabangsa 2024. 4.12 Peruntukan kepada Kementerian Pendidikan telah ditambah daripada RM55.2 juta pada tahun 2023 kepada RM58.7 juta pada tahun ini. SGKN juga telah menerima peruntukan RM20,000. 4.13 Ini menunjukkan bahawa ekonomi negara berada dalam keadaan baik dan keutamaan tetap diberikan pada pendidikan dalam usaha membasmi kemiskinan dan menjamin taraf hidup yang lebih baik.


13 | M e s y u a r a t A g u n g T a h u n a n P I B G S K G N K a l i K e - 4 7 / 2 0 2 5 4.14 Perasmi merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Guar Nangka kali ke-46 dan berharap agar mesyuarat ini akan menghasilkan sesuatu yang bermakna untuk SK Guar Nangka dan masyarakat sekitar. 5. PENYAMPAIAN SIJIL DAN CENDERAMATA 5.1 Yang di-Pertua PIBG, Encik Sazali bin Saad dengan diiringi Guru Besar, Pn. Hasmawati menyampaikan cenderamata kepada Encik Azzin Izzad bin Bahanudin, Pegawai Khas kepada Pengerusi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia. 5.2 Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil penghargaan kepada En. Mohd. Mokhzamin bin Mokhtar, Penolong Pengarah Unit Sekolah Jenis Khas, Sektor Pengurusan Sekolah yang mewakili Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis. 5.3 Penghargaan juga diberikan kepada En. Mohd Nadzri bin Jaafar, mantan Guru Besar SK Guar Nangka, Cikgu Noor Halmey bin Hamdah, Cikgu Nor Adila binti Mohd Fadzil dan Cikgu Salizah binti Ahmad.


14 | M e s y u a r a t A g u n g T a h u n a n P I B G S K G N K a l i K e - 4 7 / 2 0 2 5 MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR NANGKA KALI KE-46, 12 JUN 2024. 1.0 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG DAN GURU BESAR SKGN 1.1 Guru besar merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli persatuan yang hadir pada petang ini. 1.2 Guru besar memaklumkan bahawa beliau baharu bertugas di Sekolah Kebangsaan Guar Nangka dan ini merupakan mesyuarat agung pertama beliau hadir. 1.3 Guru besar memohon semua ahli bersedia menerima sebarangan perubahan dan berlapang dada dalam menerima perubahan atau ketetapan yang akan dibuat oleh pihak sekolah bagi memastikan sekolah dalam keadaan baik untuk anakanak. 1.4 Yang Dipertua PIBG (YDP PIBG), Encik Sazali bin Saad mengalu-alukan kehadiran semua ahli ke Mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa kali Ke-46 bagi tahun 2024. 1.5 YDP merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli yang terlibat dan menjayakan program-program sekolah pada sesi persekolahan yang lepas. 1.6 YDP memaklumkan tentang PIBKS kepada semua ahli dan memberi keterangan tentang perbezaan fungsi antara PIBG. 1.7 YDP menyeru kepada semua ahli ibubapa untuk memastikan anak-anak hadir ke sekolah kerana faktor kemiskinin bukan lagi satu penghalang pada zaman serba canggih ini. 1.8 YDP memaklumkan kepada ibubapa banyak bantuan telah diberikan kepada anak-anak. Antaranya bantuan yang diberikan oleh pihak KWAMP, MAIPS agensi luar seperti Yayasan Pelajaran Mara dan lain-lain agensi telah disalurkan kepada anak-anak sepanjang sesi persekolahan yang lalu. 1.9 YDP memaklumkan kepada semua ahli yang hadir banyak pencapaian sekolah kecapi pada sesi yang lepas sehingga ke peringkat kebangsaan. 2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-45 2.1 Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45 telah dibentangkan oleh En. Muhammad Hafeez Bin Ismail, Setiausaha PIBG SKGN dan telah dicadang untuk pengesahan oleh Encik Rashid bin Man dan disokong oleh semua ahli mesyuarat. 3.0 PERKARA BERBANGKIT


15 | M e s y u a r a t A g u n g T a h u n a n P I B G S K G N K a l i K e - 4 7 / 2 0 2 5 3.1 Cikgu Siti Rabani bin Rawi, Penolong kanah Hal Ehwal Murid (PKHEM) memaklumkan dan menerangkan semula tentang laluan alternatif yang telah dipersetujui oleh semua ahli pada Mesyuarat Agung PIBG kali ke-44. 3.2 PKHEM memaklumkan papan tanda tentang penggunaan laluan telah dinaikkan bagi memaklumkan kepada pengguna jalan raya. 3.3 PKHEM juga memaklumkan peringatan berkenaan akan dimaklumkan dari masa ke semasa melalui kumpulan waris mengikut kelas dalam aplikasi whatsapp. 3.4 PKHEM juga memaklumkan tindakan dan tinjauan telah dilakukan susulan daripada aduan salah seorang waris ke peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Perlis. 3.5 Puan Jamilah, ahli PIBG memohon papan tanda berhampiran laluan belakang yang berada di pertengahan jalan belakang diubah ke pangkal jalan masuk supaya semua pengguna dapat memahami keadaan jalan berkenaan semasa pelaksanaan laluan sehala yang ditetapkan oleh PIBG bersama pihak sekolah. 3.6 YDP memaklumkan tindakan akan diambil dengan menggunakan kaedah gotongroyong dan bantuan ibubapa yang mempunyai kepakaran pertukangan bagi mengubah papan tanda berkenaan. 4.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN TAHUNAN 4.1 YDP membentangkan laporan tahunan yang telah dilaksanakan sepanjang sesi persekolahan 2023/2024 pada muka surat 21 dan 22 dalam buku Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-46. 5.0 PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN DAN MEMOHON KELULUSAN KUTIPAN BAYARAN TAMBAHAN PIBG SESI 2024/2025 5.1 En. Mohammad Sofi Bin Hassan, Bendahari Kewangan PIBG SKGN membentangkan penyata kewangan yang berakhir pada 10 Mac 2024 pada muka surat 23, Buku MAT Kali Ke-46. 5.1.1 Puan Nina Azilah telah mencadangkan penyata kewangan disahkan. 5.1.2 Semua ahli menyokong 5.2 Cadangan kutipan bagi sesi persekolahan tahun 2024/2025 telah diusulkan iaitu sebanyak RM 50 untuk sumbangan PIBG bagi setiap keluarga manakala dana pendidikan pula adalah sebanyak RM 30 bagi setiap orang murid. Usul ini telah mendapat sokongan persetujuan majoriti daripada pihak ibu bapa. 6.0 MEMBAHASKAN USUL


16 | M e s y u a r a t A g u n g T a h u n a n P I B G S K G N K a l i K e - 4 7 / 2 0 2 5 Nama waris Maklumat Usul/cadangan Catatan Mohd Shipol Bin Taha 017-577 3559 Siti Nursyafiqah Binti Mohd Shipol 5AF Siti Nur Syafinaz Prasekolah Meningkatkan keselamatan para waris dan anak ketika menghantar dan mengambil di sekolah. Keadaan jalan yang sibuk pada waktu hadir ke sekolah dan pulang. Harap dapat dipertimbangkan. Guru besar dan YDP mengambil maklum dan satu tindakan susulan dan rujukan kepada pihak Jabatan Kerja Raya akan dilaksanakan dalam bulan Julai 2024 ini. Guru besar akan membawa isi ini ke peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Perlis bagi meneliti pilihan yang dapat diambil bagi melaksanakan ruang menunggu motorsikal atau Drop Zone anak-anak dalam Kawasan Mura Izaidi Bin Morat Ramli 0195727517 Muhammad Darwisy Ammar 6AF Nur Rabiatul Nabihah 1AF 0183764630 Aidit Rizki 6AF 1.Jika waris yang datang menaiki kereta, mohon waris tidak memberhenti kereta hadapan pintu laluan keluar murid. Mohon pihak sekolah mewujudkan papan amaran kepada semua waris. 2. Saya usulkan pihak sekolah mohon kepada Jabatan Kerja Raya untuk membina bonggol di hadapan sekolah memandang kenderaan dipandu sangat laju. 3.Saya mencadangkan pihak sekolah mewujudkan ruang menunggu khas sebelah pintu B bagi waris yang menaiki motorsikal. 4.Mohon garisan kuning di hadapan sekolah diterangkan dan ditebalkan kerana kenderaan terlalu banyak laju di hadapan sekolah, mohon dibincangkan dan dibawa ke pihak yg berwajib. Apthaluddin bin Hamid 01112586371 Tia Adara Binti Apthaluddin 3AJ 1. Anjurkan lebih banyak program atau pertandingan membaca/bercerita/hafaz quran/kuiz bagi meningkatkan mutu pembelajaran. Pihak pentadbiran ambil maklum. pihak sekolah juga


17 | M e s y u a r a t A g u n g T a h u n a n P I B G S K G N K a l i K e - 4 7 / 2 0 2 5 Anas Naufal Bin Apthaluddin 1AF 2. Adakan hari pengiktirafan tokoh pelajar untuk setiap tahap. 3. Hari meraikan anak (duhulu akhir tahun sekolah ada menjemput ibu bapa untuk meraikan anak yang dapat hadiah sebab pencapaian cemerlang) 4. Mewujudkan satu jawatankuasa memantau murid tidak hadir kerana wujud murid yang benarbenar susah dan ada masalah semasa mahu hadir ke sekolah. memaklumkan kepada ibubapa pada tahun sebelum ini, pihak sekolah telahlaksanakan hari-hari berkenaan untuk murid tahun 6 semasa majlis graduasi. Mohd Hafiz B Rusly 0175435033 Muhammad Haziq Fahmi B Mohd Hafiz 4AJ Nur Safiyya Arissa 2AF Mencadangkan permohonan lampu isyarat lintas pejalan kaki di hadapan sekolah. AJK PIBG Mencadangkan kawasan sebelah hentian bas diturap dan diletakkan palang laluan motorsikal dihadapan sekolah khas untuk ibubapa yang menggunakan motorsikal menurunkan anak-anak sahaja Program pembangunan bola sepak SKGN memohon kebenaran mencari tajaan dan rakan strategik melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru bagi tujuan pengaliran sumbangan berbentuk wang melalui akaun PIBG bagi sesi 2024/2025


18 | M e s y u a r a t A g u n g T a h u n a n P I B G S K G N K a l i K e - 4 7 / 2 0 2 5 7.0 HAL-HAL LAIN 7.1 Encik Yusri, Ahli PIBG memohon sebarang bantuan yang diturunkan kepada anak-anak diberikan dalam bentuk tunai kerana cara pemberian baru-baru ini menggunakan e-wallet menyukarkan pihak ibubapa menggunakan wang berkenaan untuk membeli barangan keperluan sekolah. 7.2 Guru besar telah memberi maklum balas, sesi bantuan awal persekolah untuk tahun 1 telah diberikan secara cash dan tidak lagi menggunakan e-wallet. 7.3 Tindakan telah diambil, sebarang bantuan daripada pihak atau aganesi kepada murid-murid diberikan mengikut kesesuaian keadaan. 8.0 UCAPAN PENANGGUHAN 8.1 YDP merakamkan penghargaan terima kasih kehadiran ahlii PIBG SKGN bagi sesi 2024/2025. 8.2 YDP memohon kerjasama erat antara ibubapa dengan pihak sekolah bagi memastikan kesinambungan kejayaan yang telah dicapai dapat dikekalkan dan dikenali ke pelbagai peringkat lagi. 8.3 YDP memohon ibubapa semua cakna tentang kehadiran anak-anak ke sekolah dan memainkan peranan yang penting tidak kira di kawasan sekolah atau kawasan tempat tinggal. 8.4 Mesyuarat ditangguhkan pada 5.30 petang. Dicatat oleh : 1. Cik Siti Syuhaida Binti Sabri (Sesi 1) 2. Pn. Noorul Ain Bt Jamaludin (Sesi 1) 3. En. Alis Hafizi Bin Zunkipeli (Sesi 1) 4. Pn. Nina Azila bt Rahaman (Sesi 2) 5. En. Mohammad Faizol Asyraf bin Mahdzir (Sesi 2) 6. En. Mohammad Yusri bin Sharipuddin (Sesi 2) Disediakan Oleh: …………………………………………. (MUHAMMAD HAFEEZ BIN ISMAIL) Setiausaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Guar Nangka. Mata Ayer,Perlis. Disemak Oleh : ………………………………….. (HASMAWATI BINTI HASHIM) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Guar Nangka. Mata Ayer,Perlis.


19 | M e s y u a r a t A g u n g T a h u n a n P I B G S K G N K a l i K e - 4 7 / 2 0 2 5 LAPORAN TAHUNAN PIBG Senarai Nama Jawatankuasa PIBG Sesi 2024/2025 EX-OFFICIO : PN HASMAWATI BINTI HASHIM YANG DIPERTUA : EN. SAZALI BIN SAAD N. YANG DIPERTUA : EN. WAN MARZUKI BIN WAN IBRAHIM SETIAUSAHA : EN. MUHAMMAD HAFEEZ BIN ISMAIL PEN. SETIAUSAHA : PN. NORLIZA BINTI ISMAIL BENDAHARI : PN. NOORUL AIN BINTI JAMALUDDIN PEN. BENDAHARI : AJK GURU 13. PN. ROHAYA BINTI MAT ISA (PK PENT) 14. PN. SITI RABANI BINTI RAWI (PKHEM) 15. EN. RAFIZI BIN OMAR (PKKO) 16. EN. HAZRAL BIN GHAZALI 17. EN. MOHD FIKRI BIN MOHD SALLEH 18. PN. JAMALULHASLINA BINTI FUAD 19. PN. RUZAINI BINTI ISMAIL 20. EN. ALIS HAFIZI BIN ZUNKIPLI 21. EN. MOHD ZAWAWI BIN HASAN 22. YM TENGKU ZAIUDEAN BIN TENGKU MOHD YUSOF 23. PN. DINANOORNIDA BINTI HASSAN SHAARI 24. EN. HAIL RIZAL BIN RAWI (PEMERIKSA KIRA-KIRA GURU) AJK IBUBAPA 11. EN. MOHD SHAHFI BIN ISMAIL 12. EN. MOHD TAUFAR BIN MOHD ZAIN 13. EN. SHIFUN BIN TAHA 14. PN. SURAYA BINTI SEMAN 15. PN. WAN SANIAH BINTI WAN YAHYA 16. PN. ROHIDA BINTI CHE WAN 17. PN. HUZAIMAH BINTI HUSSAIN 18. EN. AINA EMYLIA BINTI ARIFFIN 19. PN. SYAFIKAH HANUM BINTI MD SIDEK 20. EN. HASRUL BIN HALIM Pemeriksaan Kira-kira ibu bapa :Encik Izham Bin Othman Encik Azizan Bin Bakar


20 | M e s y u a r a t A g u n g T a h u n a n P I B G S K G N K a l i K e - 4 7 / 2 0 2 5 Senarai Semak Kehadiran Ahli Jawatankuasa PIBG Bagi Mesyuarat AJK PIBG Sesi 2024/2025 BIL NAMA JAWATAN KEHADIRAN 1 2024 2 2022 3 2025 14/05 04/12 08/01 1 EN SAZALI BIN SAAD YDP / / / 2 PN HASMAWATI BINTI HASHIM Guru Besar / TH / 3 EN. WAN MARZUKI BIN WAN IBRAHIM Naib YDP / / / 4 PN. KHAIRIAH BINTI TARMUZI/ PN. ROHAYA BINTI MAT ISA GPK 1 / / / 5 PN. SITI RABANI BINTI RAWI GPK HEM / / / 6 EN. RAFIZI BIN OMAR GPK Koku / / / 7 EN.MUHAMMAD HAFEEZ BIN ISMAIL S/usaha / / / 8 PN. NORLIZA BINTI ISMAIL Naib S/usaha / TH / 9 EN. MOHAMMAD SOFI BIN HASSAN Bendahari / / - 10 PN NOORUL AIN BINTI JAMALUDIN Naib Bendahari TH / / 11 PN. RUZAINI BINTI ISMAIL AJK Guru / / / 12 EN. ALIS HAFIZI BIN ZUNKIPLI AJK Guru TH / / 13 EN. MOHD ZAWAWI BIN HASAN AJK Guru TH / / 14 YM TENGKU ZAIUDEAN BIN TENGKU MOHD YUSOF AJK Guru / / / 15 PN. DINANOORNIDA BINTI HASSAN SHAARI AJK Guru / / / 16 EN. HAZRAL BIN GHAZALI AJK Guru TH / / 17 EN. MOHD FIKRI BIN MOHD SALLEH AJK Guru TH / / 18 PN. JAMALULHASLINA BINTI FUAD AJK Guru / / / 19 EN. MOHD SHAHFI BIN ISMAIL AJK Ibubapa / TH TH


21 | M e s y u a r a t A g u n g T a h u n a n P I B G S K G N K a l i K e - 4 7 / 2 0 2 5 20 EN. MOHD TAUFAR BIN MOHD ZAIN AJK Ibubapa / TH TH 21 PN. SURAYA BINTI SEMAN AJK Ibubapa / / / 22 PN. WAN SANIAH BINTI WAN YAHYA AJK Ibubapa / TH TH 23 PN. ROHIDA BINTI CHE WAN AJK Ibubapa / / / 24 EN. HASRUL BIN HALIM AJK Ibubapa / / TH 25 PN. HUZAIMAH BINTI HUSSAIN AJK Ibubapa TH TH / 26 PN. AINA EMYLIA BINTI ARIFFIN AJK Ibubapa TH TH / 27 PN. SYAFIKAH HANUM BINTI MD SIDEK AJK Ibubapa / TH / 28 EN SHIPOL BIN TAHA AJK Ibubapa / TH /


22 | M e s y u a r a t A g u n g T a h u n a n P I B G S K G N K a l i K e - 4 7 / 2 0 2 5 AKTIVITI 2024/2025 BIL AKTIVITI TARIKH CATATAN 1 MAC Pendaftaran Tahun 1 dan Pra Sekolah/Program Transisi Tahun 1 Program selamat datang sayang Program Guru Penyayang Kempen Jom Ke Sekolah 11 Mac 2024 11 Mac 2024 18 Mac 2024 Telah dilaksanakan AJK Ibubapa bersama guru menyambut kedatangan murid. 2 APRIL Ihyaa Ramadan Tadarus Al- Quran Sambutan Hari Raya Majlis Persaraan Cikgu Shalizah April 2024 16 April 2024 30 April 2024 Telah dilaksanakan oleh unit PAI SKGN 3 MEI Mesyuarat AJK Kali pertama Sambutan Hari Guru Majlis Persaraan Cikgu Norliza Kadir 14 Mei 2024 16 Mei 2024 24 Mei 2024 Telah dilaksanakan 4 JUN Mesyuarat Agung PIBG SKGN Kali ke-46 Pelancaran Minggu Matetmatik Pelancaran Minggu Anti Dadah Lawatan Kasih – lawatan ke rumah murid ponteng 12 Jun 2024 13 Jun 2024 20 Jun 2024 26 Jun 2024 5 JULAI Mesyuarat AJK sesi 2024/2025 Kali Pertama 18 Julai 2024 6 OGOS Motivasi keibubapaan bagi semua ibu bapa SKGN Hari Pelaporan Sambutan Bulan Kebangsaan 14 Ogos 2024 30 Ogos 2024 Program motivasi ibubapa ditunda sehingga tarikh baharu dikemukakan. 7 SEPTEMBER Bengkel Motivasi Murid Tahun 6 Mesyuarat AJK PIBG Kali Ketiga 9 Sept 2024 15 Sept 2024 Mesyuarat kali 8 OKTOBER Bengkel Motivasi Murid Tahun 6 2-4 Okt 2024 9 NOVEMBER Pentaksiran 2024 November 2024 Telah dijalankan. 10 DISEMBER Majlis Kecemerlangan Kokurikulum 10 Disember 2024 Majsis ini dimasukkan dalam majlis apresiasi. 11 JANUARI 2024 Majlis Anugerah Asrama Desa Majlis Graduasi Tahun 6 dan Majlis Anugerah Kecemerlangan 15 Januari 2025 Telah dilaksanakan dengan jayanya.


23 | M e s y u a r a t A g u n g T a h u n a n P I B G S K G N K a l i K e - 4 7 / 2 0 2 5 BIL AKTIVITI TARIKH CATATAN 1 FEBRUARI 2025 Pendaftaran murid tahun 1dan Pra sekolah Pendaftaran murid asrama desa SKGN Sesi Persekolahan 2025/2026 Mesyuarat Agung PIBG SKGN Kali ke-47 Program Ihya Ramadan SKGN 15/02/2025 16/02/2025 17/02/2025 27/02/2025 28/02/2025 2 MAC 2025 Majlis berbuka puasa Dialog prestasi Prasekolah Mesyuarat AJK PIBG Kali pertama 17/03/2025 20/03/2025 26/03/2025 3 APRIL 2025 Sambutan Hari Raya Aidilfitri Latihan rumah sukan Program Ziarah Cakna Sukantara 10/04/2025 ** 04 – 11/04/2025 14/04/2025 28 – 30/04/2025 ** Tertakluk perubahan 4 MEI 2025 Mesyuarat AJK PIBG Kali kedua Sambutan hari guru 07/05/2025 16/05/2025 ** 5 JUN 2025 Pelancaran Minggu Anti Dadah 16/06/2025 6 JULAI 2025 Pentaksiran sekolah 14 – 18/07/2025 7 OGOS 2025 Sambutan Bulan Kebangsaan 30/08/2025 8 SEPTEMBER 2025 Mesyuarat AJK kali ketiga 10/09/2025 9 OKTOBER 2025 Pentaksiran sumatif 13- 17/10/2025 10 NOVEMBER 2025 Program tahun 6 07/11/2025 11 DISEMBER 2025 Jamuan Kelas Perkhemahan Tahun 4, 5 Sukaneka tahap 1 10/12/2025 12/12/2025 15/12/2025 12 JANUARI 2026 CUTI SEKOLAH CADANGAN AKTIVITI 2025/2026


24 | M e s y u a r a t A g u n g T a h u n a n P I B G S K G N K a l i K e - 4 7 / 2 0 2 5


25 | M e s y u a r a t A g u n g T a h u n a n P I B G S K G N K a l i K e - 4 7 / 2 0 2 5 CADANGAN/ USUL 2025/2026 BIL NAMA IBUBAPA DAN ANAK USUL /CADANGAN CATATAN 1 Rosnah binti Kasim 0174768064 Ammara Nageena Bt Ahmad Amerool Izzad (3AF) 1. Memohon pihak sekolah memilih fabrik yang berkualiti untuk pakaian sukan,yang ada sekarang cepat lusuh . PKKO memaklumkan sudah wujud pasukan untuk menguruskan baju sukan yang kedua dengan menggunakan material yang bersesuaian dengan murid. Tindakan untuk penyediaan baju sukan kedua yang lebih berkualiti, pengurusan sudah bermula pada Januari 2025. 2 MOHD SHAFIQ BIN MOHD KHANFI 0194464049 MUHAMMAD ADAM SYAHMI BIN MOHD SHAFIQ 4AJ Memohon persediaan stok baju yang mencukupi di koperasi sekolah semasa hari pembelian buku dijalankan bagi memudahkan pergerakan ibubapa yang bekerja untuk merancangan pembelian. 3 Rosmarina Binti rosli 01111250367 RAQIB AMZAR BIN MAHADZIR 2AR Memohon kelas tambahan membaca untuk murid yg tidak pandai membaca Program membaca diadakan setiap hari Jumaat minggu pertama sehingga bulan Mei 2025. 4 NOOR ATIQAH BINTI OMAR 0174455721 MUHAMMAD DAIM QAIREEN BIN DARUL ISHAM 2AJ Memohon sediakan satu mesin air coway. Mesin penapis air telah disediakan di tiga Lokasi berbeza iaitu blok tahap 2, hadapan asrama desa dan blok tahap 1. 5 NUR AISYAH BINTI NOOR AZMI 01127089214 Nur Amiesya Maisara Binti AmirulNizam 3AF Menu dikantin mohon ditambah baik buat anak murid berselera untuk makan. Adakan juga menu kuih muih. PKHEM sudah mengambil tindakan dengan menyenaraikan makanan yang dibenarkan untuk penjualan. Tindakan telah diambil oleh AJK Kantin SKGN. 6 MOHD HAZRAT BIN MOHAMAD YUSUF 013-5387870 NOR FARAH SAFIYA BINTI MOHD HAZRAT 2AF Mmemohon bonggol dihadapan Kawasan sekolah bagi mengurangkan kelajuan kenderaan dihadapan sekolah semasa menghantar dan mengambil anak di sekolah. Pembinaan Garisan kuning, lintasan zebra dan simbol laluan kanak-kanak melintas telah dilakukan. Permohonan bonggol telah diajukan tetapi tidak dapat dibina kerana status Jalan Persekutuan LKTP (Federal Route 1002)


26 | M e s y u a r a t A g u n g T a h u n a n P I B G S K G N K a l i K e - 4 7 / 2 0 2 5 7 RAHIMMAH BINTI MAT REJAB 01124275343 MUHAMMAD MUNAWWAR BIN MOHD NOOR HELMI 5AF Mmemohon menyediakan pegawai RELA untuk memantau dan menjaga keselamatan murid semasa datang dang pulang sekolah. Pengujuran kos 194 hari persekolahan untuk seorang pegawai RELA adalah sebanyak RM 11,640.00 Makluman : Pihak PIBG tidak dapat melibatkan pengawal keselamatan sekolah kerana had kuasa dan kerja pengawal keselamatan adalah dalam kawasan sekolah sahaja. 8 Pentadbiran Sek. Keb. Guar Nangka Pihak sekolah mengusulkan penglibatan ibubapa sebagai Teacher Buddy untuk membantu guru tahun 1 semasa pengajaran dan pembelajaran. Sukarela ibubapa akan disusun mengikut hari, 2 orang ibubapa sehari membantu pengurusan murid pada jam 7.40 sehingga 9.40 pagi.


27 | M e s y u a r a t A g u n g T a h u n a n P I B G S K G N K a l i K e - 4 7 / 2 0 2 5 PEMILIHAN AJK PIBG BAGI SESI 2025/2026 Ex Officio : PN HASMAWATI BINTI HASHIM Yang Dipertua : Naib Yang Dipertua : Setiausaha : EN. MUHAMMAD HAFEEZ BIN ISMAIL Pen. Setiausaha : PN. FARAH WAHIDAH BINTI HARIS Bendahari : PN. NOORUL AIN BINTI JAMALUDIN Naib Bendahari : EN. MUHAMAD SYAWAL BIN RADZALI AJK Ibu Bapa : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. AJK GURU : 11. PN. ROHAYA BINTI MAT ISA 12. PN. SITI RABANI BINTI RAWI 13. EN. RAFIZI BIN OMAR 14. PN. HARTINA BINTI ROSDI 15. EN. MUHAMAD HAIRANI BIN ABIDIN 16. EN. MOHD FIKRI BIN MOHD SALLEH 17. YM TENGKU ZAIUDEAN BIN TENGKU MOHD YUSOF 18. EN. MUHAMAD RIDZUAN BIN HJ ISMAIL 19. EN. MUHAMMAD RAHIMI BIN RAHIM Pemeriksaan Kira-kira ibu bapa : 1. 2. Pemeriksaan Kira-kira guru : 1. EN. MOHAMMAD YUSRI BIN SHARIPUDIN


28 | M e s y u a r a t A g u n g T a h u n a n P I B G S K G N K a l i K e - 4 7 / 2 0 2 5 Penghargaan dan Terima Kasih PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SERTA WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR NANGKA MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA: ❖ ENCIK ABDOLL RAHIM (PENGERUSI PERSONA, PERLIS) ❖ PN HASMAWATI BINTI HASHIM (GURU BESAR SEK. KEB. GUAR NANGKA) ❖ EN SAZALI BIN SAAD (YDP PIBG SKGN) ❖ USTAZ WAN MARZUKI BIN WAN IBRAHIM (NYDP PIBG SKGN) ❖ SEMUA AJK PIBG ❖ SEMUA GURU DAN STAF SOKONGAN ❖ SEMUA IBU BAPA/WARIS MURID ❖ SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAUPUN TIDAK LANGSUNG. -Sekian, terima kasih-


Click to View FlipBook Version