The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Penerangan tentang tokoh sejarah Johor iaitu Dato' Onn Jaafar

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-06001504, 2021-04-06 07:26:48

TOKOH SEJARAH JOHOR: DATO' ONN JAAFAR

Penerangan tentang tokoh sejarah Johor iaitu Dato' Onn Jaafar

DATO’ ONN
JAAFAR

NAMA PESERTA:
MUHAMMAD ADIB FADLI BIN AZIZI

KELAS:
TAHUN 6 IBNU BATTUTAH

ALAMAT EMEL:
[email protected]
NAMA SEKOLAH:
SEKOLAH KEBANGSAAN SENGGARANG
ALAMAT SEKOLAH:
JALAN ISMAIL 83200, SENGGARANG BATU PAHAT JOHOR

KANDUNGAN:
• PENDAHULUAN
• BIODATA DATO’ ONN JAAFAR
• PENDIDIKAN DATO’ ONN JAAFAR
• KERJAYA DATO’ ONN JAAFAR
• SUMBANGAN DATO’ ONN JAAFAR
• NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHIOLEH GENERASI SEKARANG
• PENUTUP/KESIMPULAN
• SUMBER RUJUKAN

PENDAHULUAN

Yang Dipertua pertama UMNO, Allahyarham Dato’ Onn Jaafar telah dimartabatkan sebagai
Pengasas Sebuah Negara Bangsa dalam sejarah kemerdekaan negara. Badan perhubungan UMNO negeri
Johor mahu Allahyarham dirujuk sedemikian setelah mengambil kira sumbangan menyatupadukan
penduduk negeri ini, termasuk ketika memulakan langkah tersusun menentang Malayan Union.

Sejarah perjuangan dan sumbangan besar Dato’ Onn Jaafar dalam menentukan halatuju bangsa
Melayu di zaman sebelum kemerdekaan Tanah Melayu patutdikenanag dan diingati oleh seluruh rakyat Malaysia dan dijadikan sebagai satu
pembakar semangat bangsa Melayu agar dihormati di mata dunia sebagai bangsa yang berani, setia dan bersemangat waja dalam menuntut hak
berkerajaan sendiri dan dipimpin oleh bangsa sendiri.

“Cogan kata “Hidup Melayu” yang paling tepat kerana dengan cogan kata ini, orang Melayu
akan memelihara semangat, marah serta kesopanan bangsa. Kita berkehendakan tanah air dan
bangsa ini terselamat dan kuat bagi menolak keaiban yang menyebabkan kebinasaan dan
terhapusnya bangsa”

Petikan daripada ucapan Dato’ Onn Jaafar, UtusanMelayu, 25 Mac 1946

BIODATA DATO’ ONN JAAFAR

Datuk Onn Jaafar dilahirkan pada tahun 1895 di Bukit Gambir, Jalan Gertak Merah, Johor Bharu.

Beliau merupakan anak yang ketiga dari tujuh orang anak lelaki dan tujuh orang anak perempuan. Bapanya

Datuk Jaafar bin Haji Muhammad iaitu Menteri Besar Johor yang pertama semasa pemerintahan Sultan

Ibrahim. Datuk Jaafar berketurunan Bugis dan berasal dari Daik. Ibunya bernama Rugayah berasal dari Timur Dato’ Onn Jaafar semasa kecil
Dekat, berketurunan Turki. Datuk Onn di pelihara oleh Sultan Ibrahim sebagai anak angkat Baginda sejak

berusia enam tahun.

Pendidikan asasnya bermula di Sekolah Melayu Johor Bahru. Sebelum dihantar ke England, beliau Ayahanda Dato’ Onn Jaafar
diasuh oleh wanita Inggeris bersama Tunku Mahkota Ismail, Tunku Abu Bakar dan Tunku Ahmad pada usia (Menteri Besar Johor Pertama)
Sembilan tahun. Kemudian belajar di sekolah Aldeburg Lodge di England selama enam tahun. Setelah tamat
pelajaran di England beliau telah pulang ke tanah air, Johor pada 25 mac 1910 dan melanjutkan lagi
pelajarannya di Maktab Melayu Kuala Kangsar.

Datuk Onn menamatkan zaman bujangnya dan bertemu jodoh yang pertama dengan Che’ Rafiah Binti Abdullah Ibunda Dato’ Onn
dan dikurniakan tiga orang anak. Jodohnya dengan Rafiah tidak panjang kerana beliau telah kembali kerahmatullah Jaafar (berketurunan
selepas melahirkan anak bongsu mereka. Kemudian Datuk Onn berkahwin dengan Cik Jamilah Binti Othman dan
dikurniakan seorang anak, Azmir. Walaubagaimanapun jodoh beliau dengan Cik Jamilah tidak panjang dan mereka Turki)
bercerai dan Datuk Onn telah berkahwin pula dengan Datin Halimah Binti Husain dan dikurniakan enam orang anak dan
hidup sebagai suami isteri selama 41 tahun.

PENDIDIKAN DATO’ ONN JAAFAR

MAKTAB MELAYU KUALA KANGSAR

Dato’ Onn Jaafar mendapat Pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajaranya di England. Beliau belajar Bahasa Inggeris dengan
wanita Inggeris yang menjaga beliau ketika menjadi anak angkat Sultan Ibrahim. Pada tahun 1903, beliau telah melanjutkan pelajarannya ke
Sekolah AIderburgh Lodge School di Suffolk, England. Beliau ke sana sebagai pengiring putera-putera Sultan Johor. Oleh itu, Sultan Ibrahim
telah membiayai pengajia nbeliau. Beliau merupakan pelajar terbaik dalam Bahasa Inggeris dan Perancis. Dato’ Onn meneruskan lagi
pelajaranya setelah pulang ke tanah air pada 1910 – 1911 di Maktab Melayu Kuala Kangsar untuk mendalami lagi pengajian Bahasa Melayu.
Setelah tamat pengajian, beliau pulang ke Johor Bahru dan berkhidmat dengan kerajaan Johor sebagai kerana sambilan di Pejabat Perkhidmatan
Pos.

KERJAYA DATO’ ONN JAAFAR

Pada 1 September 1911 sewaktu berusia 16 tahun beliau mula berkhidmat dengan kerajaan Johor sebagai kerani pelatih di Pejabat
Setiausaha Kerajaan Johor. Dua bulan kemudian berpindah ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor. Dua bulan kemudian berpindah ke Pejabat
Penasihat British (British Advisor).

Pada bulan Mei, 1912 bertugas sebagai Pembantu Kerani Besar Pejabat Perubatan dan dalam bulan Julai, 1912 beliau kembali ke pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai Pembantu Kerani Besar.

1 Ogos 1913, Datuk Onn bekerja di Pejabat Penasihat Undang-undang Johor, kemudian dalam bulan Oktober 1914 bekerja di Pejabat
Imigresen Bahagian India dan pada tahun yang berikutnya bekerja di Pejabat Wang (Perbendaharaan) Johor.

Atas perintah Sultan Ibrahim, Datuk Onn berkhidmat sebagai kadet dalam Tentera Johor pada bulan Julai 1917, berakhir dengan pangkat
Leftanen. Dari Bukit Timbalan Johor Bahru beliau dipindahkan ke Pejabat General Advisor. Di sini juga, beliau tidak lama berkhidmat kerana
diberhentikan pada 31 Januari 1920 oleh Sultan Ibrahim disebabkan perselisihan faham dengan Baginda.

Beliau bersama-sama keluarganya telah berpindah ke Singapura. Di sana beliau berniaga kecil-kecilan termasuk kain, perkakas perak,
tembaga, barang makanan seperti keropok dan sebagainya. Pada tahun 1922 beliau balik bekerja dengan Kerajaan Johor sebagai pegawai
tambah sementara dalam pejabat tanah.

Pada 1 Januari 1923 beliau dilantik sebagai Ketua Pejabat Kawalan/ Sekatan Getah di Muar. Tahun berikutnya dilantik sebagai
Penolong Pemungut Hasil Tanah Muar dan kemudiannya berpindah ke Johor Bahru.

Beliau juga pernah bekerja sebagai wartawan di dalam Syarikat Warta Malaya kepunyaan Syed Husin Alsagof daritahun 1930 hingga
1933. Kemudiannya dalam tahun 1934, beberapa orang dari Syarikat Warta Malaya menerbitkan Mingguan Lembaga Malaya dan Harian
Lembaga. Datuk Onn bertindak sebagai pengarangnya.

Pada tahun 1936 Datuk Onn dilantik oleh Sultan Ibrahim sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Walaubagaimanapun, Datuk
Onn telah menerima dengan syarat beliau bebas mengeluarkan pendapat. Pada 1 Jun 1938 beliau dilantik pula sebagai Setiausaha sulit kepada
Tunku Mahkota Johor, membuat kerja yang dititah oleh Sultan samaada peribadi, kerja istana atau kerajaan.

Datuk Onn telah mengetahui Pavilion Johor dalam pameran yang diadakan di San Francisco, Amerika Syarikat dalam tahun 1938.

Oleh kerana sumbangan dan rapatnya hubungan Datuk Onn dengan Sultan, kedudukan Datuk Onn sangat penting kepada Sultan.
Apabila meletusnya Perang Dunia dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Datuk Onn menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor
mula 1 Januari 1942 hingga tahun 1945.

SUMBANGAN DATO’ ONN JAAFAR

Pada awal tahun 1946, beliau menubuhkan Persatuan Melayu Semenanjung Johor yang sebagai Yang Dipertua. Dalam bulan Mac 1946,
perwakilan-perwakilan dari berbagai persatuan Melayu bertemu dalam Kongres Melayu pertama yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman
Kuala Lumpur mencapai keputusan akan menubuhkan satu dan yang mewakili orang melayu menentang Malayan Union.

Kongres Melayu ketiga diadakan di Istana Besar Johor Bahru pada bulan Mei 1946. Kongres inilah yang melahirkan UMNO dengan
Datuk Onn sebagai yang Di Pertuanya yang pertama. Dalam tahun ini juga iaitu pada 1 Oktober 1946, Sultan Ibrahim melantik Datuk Onn
Datuk Jaafar sebagai Menteri Besar Johor. Saudara-saudaranya, Datuk Abdullah dan Datuk Mustafa pernah dilantik kejawatan tersebut.

Setelah berkhidmat selama tiga tahun, Datuk Onn meletakkan jawatan itu untuk menumpukan sepenuh masa kepada UMNO selepas
Sultan Ibrahim member amaran kepadanya samaada mahu memilih berkhidmat dengan kerajaan atau memimpin UMNO. Datuk Onn memilih
untuk terus berkhidmat sebagai Yang Dipertua UMNO. Pada tahun 1946, kepimpinan Datuk Onn menentang penjajahan secara politik sehingg
tumbangnya Malayan Union dan tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah memelihara semula kedudukan Raja-Raja Melayu, memperketatkan syarat-syarat
kerakyatan bagi orang-orang asing dan member beberapa hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu.

Usaha-usaha Datuk Onn untuk mengembalikan kedudukan orang-orang Melayu, beliau telah mengemukakan cadangan supaya keahlian
UMNO dibuka kepada lain-lain bangsa tetapi mendapat tentangan di kalangan Majlis Mesyuarat Agung UMNO disebabkan oleh suasana
Kebangsaan Melayu ketika itu tidak sanggup menerima perubahan radikal seperti itu. Hasrat dan cita-citanya untuk memartabatkan bangsa
melayu diteruskan dengan pelbagai cadangan dan tindakan.

Pemerhatian yang dibuat oleh Datuk Onn ada dinyatakan di dalam ucapannya :

“Layanan yang berat sebelah itu pula tidak terhad kepada pegawai-pegawai British sahaja tetapi diluaskan kepada tiap-tiap orang
Eropah di dalam pekerjaan Kerajaan. Di dalam soal gaji, rumah-rumah kediaman dan di dalam berbagai-bagai cara lain lagi terdapat
layanan yang sama itu diketepikan. Apa yang melukakan hati saya ialah hakikat bahawa hinggakan pegawai-pegawai kanan Melayu

yang berada di dalam perkhidmatan awam itu telah tertolak ke bawah oleh satu dasar yang menjadi dasar untuk memajukan
pentadbir-pentadbir bagi jawatan yang lebih tinggi itu”

Dalam persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam pada 25 dan 26 ogos Datuk Onn melepaskan jawatan sebagai Yang DiPertua
UMNO disebabkan oleh tentangan tersebut. Berbagai-bagai tafsiran boleh diberi terhadap syor-syor Datuk Onn dan ia sendiri pernah dituduh
sebagai tidak berkepentingan Melayu.

Sebenarnya Datuk Onn telah mendahuluiz amannya; orang-orang melayu masih tidak dapat bersetuju UMNO menerima keahlian semua
kaum sahaja. Begitu juga kelonggaran dalam syarat-syarat kerakyatan untuk kaum-kaum lain masih belum dapat diterima walaupun
kemudiannya dan dalam penggubalan perlembagaan Malaya Merdeka syarat-syarat lebih longgar diberi kepada kaum-kaum lain. Malah UMNO
sendiri sebelum Merdeka telah bekerjasama dengan kaum-kaum lain melalui parti Perikatan (yang bagaimanapun mengekalkan identiti parti-
parti di dalamnya).

Datuk Onn yang telah dilantik oleh Kerajaan British sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah dapat melihat dari dalam masalah-
masalah pentadbiran dan politik negara. Mungkin kerana itu, merasakan perlu kerjasama secara lebih rapat dengan kaum-kaum lain dan
mempercayai bahawa bimbingan dari British adalah perlu bagi memajukan orang-orang melayu sebelum mencapai kemerdekaan.

Beliau dituduh sebagai orang pro-British kerana duduk dalam cabinet kerajaan penjajah, tetapi kemudiannya UMNO juga membenarkan
seorang wakilnya menerima tempat dalam cabinet itu. Sewaktu di dalam cabinet kerajaan penjajah, Datuk Onn telah dilantik menjadi Pengerusi
RIDA, sebuah badan yang bertujuan untuk meninggikan kedudukan ekonomi orang-orang Melayu. Dalam bidang pelajaran, nama Datuk Onn
terkenal dengan minatnya terhadap kemajuan anak-anak Melayu yang membuahkan antara lain ‘Biasiswa UMNO’ sewaktu beliau dalam parti
ini.

Setelah meninggalkan UMNO Datuk Onn menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya tetap itidak berjaya mendapat sokongan orang-orang
Melayu. Pada tahun 1954, beliau menubuhkan pula Parti Negara sebagai membuat persediaan menghadapi pilihanraya Persekutuan Tanah
Melayu pada tahun 1955, Datuk Onn dan partinya tidak berjaya dalam pilihanraya itu, namun tidak berputus asa bagi mendapatkan tempat
dalam politik tanah air.

Beliau berjaya juga mendapat kerusi, mewakili kawasan Parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam pilihanraya Persekutuan dalam
tahun 1959. Dengan seorang diri mewakili partinya beliau cuba menyampaikan pendapat-pendapat politiknya dalam sebuah Dewan yang
mengandungi ahli-ahli dari UMNO Perikatan dan parti-parti lain.

Pada tahun 1962, Datuk Onn menghembuskan nafasnya yang terakhir di Johor Bahru. Perjalanan perjuangan Datuk Onn adalah
sebahagian daripada sejarah Tanah Melayu kita selepas perang dunia kedua. Walauapapun tanggapan terhadapnya, tiada siapa pun dapat
melupakan jasa baktinya kepada parti, bangsa dan negara.

Sebagai seorang pejuang, pendukung keamanan beliau mempunyai pendirian politiknya yang tersendiri. Kepintaran dan kegigihannya
tidak ada tolok banding di waktu beliau berada di mercu politik UMNO dan tanah air sehingga diperakui semua kalangan. Beliau seorang tokoh
politik nasionalis dengan keupayaan intelektual yang tinggi walaupun tidak menjejak kaki di Universiti. Beliau juga pemidato dan juga
pengarang yang terkenal dengan kebolehan bahasa yang menakjubkan. Dalam lima tahun yang intensif sewaktu pergolakan politik tanah air
paling memuncak beliau wujud untuk memegang teraju pimpinan orang-orang melayu dan membentuk corak politik yang akan diikuti
kemudian.

Dato’ Onn menghembuskan nafas terakhirnya pada Jumaat, 19 Januari 1962 di Johor Bahru.

NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI OLEH GENERASI SEKARANG.

“Tanah Melayu hak Melayu, Malayan Union tidak dikehendaki”. Antara selogan dalam penentangan Malayan Union. Orang Melayu juga
menunjukkan bantahan mereka terhadap Malayan Union. “Bersatu teguh bercerai roboh”. Itulah semangat yang patut diamalkan oleh seluruh
orang Melayu.

PENUTUP / KESIMPULAN

Jasa Dato’ Onn yang paling besar kepada bangsa dan nusa yang tidak akan dilupai zaman, ialah kejayaanya menyatupadukan seluruh
umat Melayu Ketika Tanah Melayu dilanda oleh malapetaka politik yang paling besar pernah menimpa bangsa Melayu. Beliau membina
landasan untuk mereka meneruskan perjuangan kearah kemerdekaan akhirnya. Beliau berhasil mengubah semangat dan konsep perjuangan
kebangsaan daripada “HidupMelayu” kepada“ Merdeka”.

Dato’ Onn menaja RIDA (sekarang MARA) untuk membuka peluang perdagangan dan perusahaan orang Melayu yang tertutup
sepanjang masa yang Tanah Melayu dikuasai oleh penjajah. Beliau menyedari kelemahan orang Melayu dalam lapangan ekonomi tetapi beliau
yakin sepenuhnya bahawa kedudukan politik tidak boleh kekal dengan lebih kuat jika keadaan ekonomi lemah atau pincang dalam sebuah
negara merdeka yang moden. Nasib ekonomi orang Melayu pada masa hadapan bergantung kepada jaya atau tidaknya MARA melaksanakan
rancanganya, meningkatkan taraf hidup bangsa Melayu.

Dato’ Onn Berjaya mendapatkan sokongan rakyat dan pemerintah untuk mewujudkan satu dasar negara yang menjadikan Bahasa
Melayu Bahasa rasmi dan Bahasa kebangsaan ini adalah satu sumbangan yang paling besar Dato’ Onn kepada negara dalam kempen kerajaan
Tun Abdul Razak menyatupadukan rakyat yang terdiri daripada berbagai-bagai kaum, kepercayaan serta kebudayaan.

Sesebuah bangsa berhak menentukan nasib bangsa mereka sendiri, namun perlu pengisian rohani, ilmu yang tinggi dan jiwa yang kental
dengan semangat bangsa masing-masing. Kita sebagai pewaris bangsa Melayu haruslah menjadikan gaya pemikiran dan halatuju beliau untuk
membentuk generasi akan datang agar tidak hilang Melayu di dunia dengan “kemelayuan” yang penuh dengan kesopanan, adat resam dan
tradisi yang sentiasa terpelihara dengan jenama Melayu.

RUJUKAN

1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Onn_Jaafar
2. https://www.malaysiakini.com/news/508595
3. http://sejarah-tunsheikh.blogspot.com/2010/06/dato-onn-jaafar-sebelum-malayan-union.html
4. http://sejarahmgcm.files.wordpress.com/2009/07/bab22.pdf
5. https://ms.wikipedia.org/wiki/Onn_Jaafar

Terima kasih


Click to View FlipBook Version