The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Penerangan tentang tokoh sejarah Johor iaitu Tun Dr Ismail

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-06001504, 2021-04-06 07:10:35

TOKOH SEJARAH JOHOR: TUN DR ISMAIL

Penerangan tentang tokoh sejarah Johor iaitu Tun Dr Ismail

NAMA:
NUR ALISHA BINTI MOHD HERMAN
KELAS:
6 IBNU BATTUTAH
ALAMAT EMEL:
[email protected]
NAMA SEKOLAH:
SK SENGGARANG
ALAMAT SEKOLAH:
JALAN ISMAIL, 83200 SENGGARANG BATU PAHAT, JOHOR

❑ PENDAHULUAN
❑ BIODATA TUN DR. ISMAIL AL-HAJ BIN DATO’ HAJI ABDUL RAHMAN
❑ PENDIDIKAN TUN DR. ISMAIL AL-HAJ BIN DATO’ HAJI ABDUL RAHMAN
❑ KERJAYA TUN DR. ISMAIL AL-HAJ BIN DATO’ HAJI ABDUL RAHMAN
❑ SUMBANGAN TUN DR. ISMAIL AL-HAJ BIN DATO’ HAJI ABDUL RAHMAN
❑ NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI OLEH GENERASI SEKARANG
❑ PENUTUP/KESIMPULAN
❑ SUMBER RUJUKAN.

Beliau dilahirkan pada 4 November 1915 di Johor Bahru, Johor. Beliau berasal dari keluarga yang berstatus elit. Bapanya,
Dato’ Abdul Rahman Mohamed Yassin pernah bekerja sebagai kerani, pesuruhjaya daerah, majistret dan bendahari
negeri. Bapa beliau juga merupakan Speaker Dewan Negara yang pertama. Bapanya juga berperanan untuk menubuhkan
Persatuan Melayu Johor yang fungsinya adalah untuk menentang Malayan Union. Sebagai ketua Orang Tujuh, mereka
menuntut Sultan Ibrahim meletak jawatan sebagai Sultan Johor kerana menandatangani persetujuan penubuhan Malayan
Union 1946 yang bertentangan dengan Undang-undang tubuh kerajaan Negeri Johor 1895.

LAHIR 4 November 1915 Johor Bahru, Johor, Tanah Melayu (kini Malaysia)
IBU Datin Zaharah Abu Bakar
BAPA Dato’ Haji Abdul Rahman Mohamed Yassin
PASANGAN Toh Puan Norashikin Dato’ Mohd Seth (k. 1950–1973)
ANAK-ANAK Mohamed Tawfik Ismail, Zailah Ismail, Badariah Ismail, Tarmizi Ismail, Zamakhshari
Ismail dan Ariff
HUBUNGAN Dato’ Mohd Seth Mohd Said (bapa mertua), Tan Sri Mohd Ghazali Mohd Seth (abang ipar) ,
Tun Dr. Awang Hassan (adik ipar), Tariq Ismail Mustafa (cucu)
SAUDARA Dato’ Suleiman (abang), Toh Puan Khadijah (adik), Abdullah (adik), Aishah (adik), Md
PEKERJAAN Yassin (adik), Rafiah (adik), Toh Puan Dr. Zubaidah (adik), Fatimah (adik)
PROFESION Timbalan Perdana Menteri
Ahli Politik dan Doktor

Anak kelahiran Johor Bahru ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Bukit Zaharah dan kemudian melanjutkan pelajaran di
English College, kedua-duanya di Johor Bahru. Setelah lulus dengan cemerlang dalam pendidikan peringkat menengah,
beliau melanjutkan pelajaran ke King Edward College of Medicine, Singapura dari tahun 1936 hingga 1939. Setelah itu,
beliau telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian di Queen's College Melbourne University, Australia sehingga
memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perubatan tahun 1945. Beliau mendapat penghargaan dan menjadi kebanggaan negara
kerana menjadi anak melayu pertama lulus Ijazah Perubatan dari University tersebut. Sekembali ke Tanah Air, beliau
menyertai Jabatan Kesihatan Johor buat seketika dan kemudian membuka klinik perubatannya sendiri yang dikenali sebagai
Tawakkal di Johor Bahru.

Queen's College Melbourne University, Australia

Tun Dr.Ismail mula menempa nama dalam bidang politik apabila dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Johor tahun 1948 hingga 1954. Di peringkat persekutuan pula, beliau mula menyertai UMNO pada tahun 1951 setelah Dato'
Onn Jaafar meletak jawatan dan Tunku Abdul rahman diangkat sebagai Presiden UMNO. Beliau juga menganggotai Majlis
Perundangan Persekutuan yang ditubuhkan oleh Sir Gerald Templer pada tahun 1955 dan setahun selepas itu, beliau dilantik
sebagai Menteri Tanah, Perlombongan dalam kabinet persediaan Tunku Abdul Rahman.

Sebelum negara mencapai kemerdekaan, Tun Dr.Ismail telah dilantik sebagai Menteri Perdagangan dan Perindustrian
pada tahun 1956. Tunku Abdul Rahman turut memilih beliau sebagai salah seorang ahli rombongan ke London pada Februari 1956
bagi rundingan kemerdekaan Tanah Melayu. Beliau telah dilantik sebagai Duta Malaysia ke Amerika Syarikat yang pertama dan
pada masa yang sama sebagai wakil Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York.

Sebaik pulang ke tanah air, khidmat dan pengalaman luas beliau dalam politik amat diperlukan menyebabkan beliau
dilantik sebagai Menteri Perdagangan dan Perindustrian buat kali kedua serta Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri antara tahun 1960-
1967. Atas sebab-sebab kesihatan, Tun Dr.Ismail bersara seketika daripada bidang politik negara dan menjalani rawatan kanser di
London. Desakan keadaan selepas peristiwa hitam 13 Mei 1969, Tun Dr.Ismail kembali melibatkan diri dalam kancah politik demi
kepentingan negara. Beliau sekali lagi telah dilantik sebagai Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri dan bertanggungjawab membantu
Tun Abdul Razak meredakan ketegangan dalaman ini sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)

Apabila keadaan negara telah pulih sepenuhnya, Tun Abdul Razak telah sebulat suara dipilih sebagai Perdana Menteri
Malaysia Ke-2 dan melantik Tun Dr.Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1971. Tun Dr.Ismail telah menampilkan
prestasi yang amat membanggakan dan banyak membantu meringankan tugas serta tekanan yang dihadapi oleh Tun Abdul Razak
ketika itu. Tun Dr.Ismail juga pernah memangku jawatan Perdana Menteri ketika Y.T.M Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak
berada di luar negara.

Sumbangan beliau terhadap negara amat besar. Pada 1 Januari 1956, beliau turut serta dalam rombongan ke London untuk
memperjuangkan kemerdekaan tanah air. Oleh itu, sumbangan yang terbesar beliau adalah menuntut hak kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu dan membantu negara dalam menyatukan semula hubungan antara kaum selepas 13 Mei 1969.
Beliau berupaya memulihkan keamanan dalam negeri dan sanggup menawarkan khidmat bakti agar bangsa terselamat
daripada kemusnahan penjajahan dan api perkauman. Beliau sanggup memperjuangkan hidup dan nilai keperibadiannya
yang tinggi demi melihat pembangunan masyarakat dan negara dengan sepenuhnya.

Sumbangan pemikiran beliau yang luar biasa memberi inspirasi kepada Akademi Perubatan Malaysia
menganjurkan pidato Tun Dr.Ismail setiap dua tahun sekali. Sebagai mengenang jasa beliau, namanya terpahat di Kolej Tun
Dr Ismail, UPM, Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail, UTHM, Batu Pahat Johor dan Taman Tun Dr Ismail di kawasan Selangor
dan Kuala Lumpur. Sebagai menghargai jasa dan sumbangan beliau, Universiti Malaya menganugerahkan Ijazah Kehormat
Kedoktoran Undang-Undang kepada beliau pada tahun 1964

Jasa Allahyarham terhadap tanah air amatlah besar. Sumbangan terbesar beliau adalah dalam menuntut hak kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu dan membantu negara dalam menyatukan semula hubungan antara kaum selepas peristiwa 13
Mei 1969. Beliau berupaya memulihkan keamanan dalam negeri dan menawarkan khidmat bakti agar perkembangan
peribadi nusa dan bangsa terselamat daripada kemusnahan penjajahan dan api perkauman. Beliau sanggup memperjuangkan
hidup dan nilai keperibadiannya yang tinggi demi melihat pembangunan masyarakat dan Negara terlaksana dengan
sepenuhnya. Kini, Negara kehilangan seorang lagi tokoh negarawan yang benar-benar berdedikasi dan unggul.

• Ungkapan beliau yang sangat terkenal ialah 'Jangan sapu ke bawah permaidani'
Peribahasa ini timbul berikutan permasalahan ekonomi orang Melayu yang sangat daif tetapi cuba ditutup begitu sahaja,
sehingga akhirnya tercetus Peristiwa 13 Mei.
• Pidato Tun Ismail diadakan sekali setiap dua tahun oleh Akademi Perubatan Malaysia untuk memperingati Tun Dr. Ismail.
Pidato ulung diberikan oleh Yang Amat Arif Tun Mohamed Suffian bin Hashim, Ketua Hakim Negara pada bulan Ogos
1974.
• Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur dinamakan untuk memperingati beliau.
• Kolej Tun Dr Ismail di UPM, Serdang dinamakan untuk memperingati beliau.
• Kolej kediaman Tun Dr. Ismail di UTHM, Batu Pahat diberi nama sebagai memperingati jasa beliau.

1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Ismail_Abdul_Rahman
2. http://penatokoh.blogspot.com/2014/01/tun-drismail-dato-hj-abdul-rahman.html
3. https://www.facebook.com/pkkm.um/posts/1931022320455154/
4. http://tokohsejarahmalaysia-2a1.blogspot.com/2011/07/tun-dr-ismail-bin-dato-hj-abdul-rahman.html
5. http://sejarah-tunsheikh.blogspot.com/2011/08/tun-dr-ismail-bin-dato-abdul-rahman.html


Click to View FlipBook Version