POLISI SDG@UPSI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2023
ISI KANDUNGAN M/S 4 PENGENALAN : MATLAMAT PEMBANGUNAN LESTARI (SDG) 5 VISI, MISI, PENYATAAN DASAR 6 TUJUH BELAS (17) MATLAMAT SDGs 10 JAWATANKUASA YANG DILANTIK 12 PELAN SDGs UPSI 13 STRATEGI PELAKSANAAN SDGs DI UPSI 20 HALA TUJU DAN PELAN TINDAKAN SDGs@UPSI 30 PELAKSANAAN DAN PEMANTAUAN 31 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA SDG UNIVERSITI 31 PELAPORAN 32 PENUTUP
1.1 PENGENALAN MATLAMAT PEMBANGUNAN LESTARI (SDGS) Diperkenalkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam Perhimpunan Agung PBB pada September 2015. Menetapkan 17 matlamat pembangunan lestari untuk dicapai dalam tempoh 15 tahun bagi menyediakan kehidupan yang aman dan makmur menjelang tahun 2030 kelak. Polisi Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), bertujuan untuk menerangkan perkara berikut:- Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals, SDGs). Menjelaskan Pendidikan untuk Pembangunan Lestari (Education for Sustainable Development, ESD). Menggariskan peluang pelaksanaan SDG. Polisi ini juga memberi panduan kepada staf UPSI ke arah memenuhi piawaian SDGs dalam melaksanakan pengeluaran produk, perkhidmatan serta penganjuran program /aktiviti yang berteraskan kelestarian. “Pembangunan lestari ialah pembangunan yang memenuhi keperluan masa kini tanpa menggugat kemampuan generasi masa depan untuk memenuhi keperluan mereka sendiri." Jarvie, M. E. (2016, May 20). Brundtland Report. Encyclopedia Britannica. https://www.britannica.com/topic/Brundtland-Report 1.1.3 1.1.1 1.1.2 Definisi
Universiti yang memacu transformasi pembangunan mapan. Pelaksanaan agenda kelestarian menerusi perancangan operasi kampus hijau dan efisien, pendidikan yang inovatif, penyelidikan terkini, pengiktirafan dan kerjasama antarabangsa, perundingan yang produktif, khidmat komuniti yang menyeluruh dan tadbir urus yang berkualiti. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) komited sebagai sebuah kampus lestari dan agen transformasi kepada masyarakat dalam usaha untuk mencapai agenda kelestarian melalui pengajaran, penyelidikan, penerbitan, perundingan, kewangan, tadbir urus dan khidmat komuniti. VISI MISI PENYATAAN DASAR
1.2 TUJUH BELAS (17) MATLAMAT SDGs Menamatkan kebuluran, keselamatan makanan dan meningkatkan nutrisi, serta menggiatkan aktiviti pertanian secara lestari. Contoh: memerlukan serta programprogram/aktiviti yang berkaitan. yang berkelayakan. mana-mana dan apa-apa pun juga. Antara program/aktiviti berteraskan memerlukan tujuan yang memerlukan. kehidupan sejahtera untuk meningkatkan kesedaran wacana kesihatan mental dan pemeriksaan berkaitan. serta program-program/ aktiviti lain
ekonomi mampan dan menyeluruh, kadar pekerjaan yang tinggi Contoh: seminar ekonomi rumah tangga dan program Berkisar kepada memastikan akses kepada tenaga yang mampu milik, boleh dipercayai, lestari dan moden untuk semua. Contoh: kempen jimat elektrik dan air serta program-program/aktiviti lain yang berkaitan. Bermatlamat untuk memastikan ketersediaan dan pengurusan secara lestari bagi air dan sanitasi untuk semua. Seperti kempen air bersih dan aktiviti membersihkan sungai serta programprogram/aktiviti lain yang berkaitan. Berkisar kepada mencapai kesaksamaan gender dan perempuan. Program/ kesetaraan jantina wanita kanak-kanak berteraskan tujuan wanita masyarakat. Contoh: wacana peranan wanita dalam Islam dan perkongsian daripada pakar serta program-program/aktiviti lain yang berkaitan. infrastruktur inklusif dan lestari dan memupuk inovasi. Contoh: webinar pereka inovatif serta program-program/aktiviti lain yang berkaitan. Bertujuan ketaksamaan pendapatan, memastikan peluang yang sama rata dan menghentikan diskriminasi. Contoh: projek kolej mesra OKU dan program santuni golongan peribumi serta program- program /aktiviti lain yang berkaitan.
Berteraskan persekitaran selamat untuk menjadikan persekitaran komuniti lebih sejahtera dan memelihara warisan budaya. Contoh program / aktiviti yang bersesuaian adalah seperti pembinaan laluan basikal, pembinaan laluan bersejarah UPSI dan sebagainya. segera perubahan iklim dan impaknya. Program/aktiviti yang berteraskan tindakan dalam menghadapi perubahan iklim dengan tujuan untuk memastikan masyarakat cakna terhadap perubahan yang berlaku pada alam sekitar . Contoh: program sayangi alam sekitar dan wacana perubahan iklim serta program- program /aktiviti lain yang berkaitan. Memastikan pola penggunaan dan penghasilan secara lestari. Contoh: seminar pengurusan sisa buangan dan kempen kitar semula serta programprogram/aktiviti lain yang berkaitan. memulihara dan marin untuk pembangunan lestari. Contoh: aktiviti ‘plogging’ di persisiran pantai dan kempen selamatkan penyu serta program-program/aktiviti lain yang berkaitan.
Mengukuhkan segala tujuan pelaksanaan dan mempergiatkan kerjasama global untuk pembangunan lestari. Program/aktiviti yang berteraskan kerjasama dengan pihak tertentu seperti badan kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), sektor swasta dan lain-lain dengan tujuan untuk mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs). Contoh: persidangan antarabangsa mengenai kampus lestari dan kempen bersama-sama NGO dalam membantu penduduk Palestin serta program-program/aktiviti lain yang berkaitan. keamanan masyarakat menyediakan akses kepada keadilan untuk semua, /aktiviti lain yang berkaitan. berpengetahuan dalam pengurusan hutan yang programprogram/aktiviti lainyang berkaitan.
1.3 JAWATANKUASA YANG DILANTIK POLISI INI TELAH DISUSUN MENGIKUT SKOP SDGs YANG TELAH DIPUTUSKAN OLEH JAWATANKUASA YANG DILANTIK. RUJUK CARTA 1 DAN RAJAH 1 BAGI PENGELASAN SKOP SDGs MENGIKUT SETIAP PUSAT TANGGUNGJAWAB DI UPSI. Carta 1 : Pengkhususan SDGs mengikut pusat tanggungjawab
Rajah 1 : 17 matlamat SDGs
1.4.1 Pelan Kelestarian UPSI ialah pelan hala tuju Universiti untuk membina dan memacu komuniti kampus yang lebih sihat dan mampan. 1.4.2 Pelan Kelestarian ini dibentuk secara holistik dan berpusat selari dengan visi UPSI. Pelan ini menetapkan matlamat dan keutamaan universiti yang jelas dalam aspek pelepasan gas rumah hijau daripada penggunaan tenaga, operasi kampus, alam semula jadi, ekosistem, kesihatan, penyelidikan, kesejahteraan dan budaya serta pembelajaran. 1.4.3 Pelan ini menekankan semua pusat tanggungjawab, kakitangan universiti dan pelajar untuk terus merintis penyelesaian kemampanan di kampus melalui pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, perundingan, penerbitan, kewangan, tadbir urus dan khidmat komuniti bagi menangani cabaran dunia sebenar di kampus. 1.4 PELAN SDGs UPSI
1.5 STRATEGI PELAKSANAAN SDGs DI UPSI 1.5.1 Membentuk jawatankuasa strategi SDGs untuk merancang, membentuk dasar, mengawal selia, menyelaras dan menyokong inisiatif berkaitan kelestarian institusi. Pihak yang telah dipertanggungjawabkan bagi melaksanakan peranan ini ialah Jawatankuasa Induk SDGs UPSI. lestari keseluruhan, termasuk pengajaran, penyelidikan, keterlibatan strategi mempromosikan Berikut masa dipertimbangkan:-
1.5.2 Menekankan lestari serta teknologi hijau, penghijauan kampus Perolehan produk dan perkhidmatan yang mengurangkan impak alam sekitar dan meminimumkan pencemaran terus atau tidak langsung kepada tanah, udara dan air. Perolehan peralatan elektrik yang cekap tenaga dan mesra alam. Pelantikan kontraktor pembersihan yang mematuhi kelestarian. Memaksimumkan bahan kitar semula termasuk kertas sebanyak mungkin dan mengitar semula kertas sisa. Meningkatkan jumlah makanan organik atau tempatan di kampus. Secara keseluruhan, mengikut dasar/garis panduan perolehan lestari.
1.5.3 Menerapkan pendidikan pembangunan lestari dalam kurikulum pendidikan formal, bukan formal dan tidak formal seperti berikut:- Jadual 1 : Strategi Pelaksanaan SDGs dalam pendidikan formal dan tidak formal KURIKULUM KOKURIKULUM ▪Kursus berteraskan kelestarian ▪Hasil pembelajaran berkaitan kelestarian ▪Program akademik berkaitan kelestarian ▪Pengalaman pembelajaran mendalam berkaitan kelestarian ▪Penilaian literasi kelestarian ▪Program pendidikan kelestarian ▪Aktiviti berkaitan kelestarian (outreach activity). ▪Pendedahan mengenai Kelestarian kepada pelajar baharu ▪Bahan dan publisiti berkaitan kelestarian
1.5.4 Memperbanyakkan kajian dan peluang penyelidikan berteraskan pendidikan dan inovasi hijau serta pembangunan lestari. 1.5.4.1 Penglibatan warga universiti dalam penyelidikan berteraskan kelestarian 1.5.4.2 Menyediakan dana penyelidikan dan inovasi berteraskan kelestarian dan teknologi hijau 1.5.4.3 Pendokumentasian laporan penyelidikan berdasarkan kelestarian 1.5.4.4 Aktiviti jaringan untuk komuniti dan antarabangsa.
1.5.5 Mendapat pengiktirafan di pelbagai peringkat bagi inisiatif kelestarian institusi yang dilaksanakan: 1.5.5.1 UI Greenmetric 1.5.5.2 THE Impact Ranking 1.5.5.3 Sustainability Tracking, Assessment and Rating System (STARS Rating) 1.5.5.4 Kampus Rendah Karbon (LCC2030C) 1.5.5.5 Green Building Index (GBI)
1.5.6 Melaksanakan perundingan dan jangkauan komuniti (community outreach) bagi membudayakan amalan lestari dalam kalangan masyarakat. Mempromosikan program pemindahan pengetahuan/kemahiran menggunakan prinsip-prinsip dan amalan pendidikan untuk pembangunan lestari bagi menangani keperluan dan cabaran komuniti. Antara elemen kerjasama yang boleh diwujudkan adalah seperti berikut : 1 2 3 4 5 6 1.5.6.1 1.5.6.2 1.5.6.3 1.5.6.4 1.5.6.5 1.5.6.6 Perkongsian kelestarian bersamasama komuniti Kerjasama antara kampus dalam kelestarian Kelestarian dalam pendidikan berterusan Penyertaan perkhidmatan komuniti Tempoh perkhidmatan komuniti Sokongan dasar kelestarian
1.5.7 Tadbir Urus Menstrukturkan kecekapan tadbir urus yang kukuh untuk memastikan kemampanan diterapkan dalam operasi kerja pada semua peringkat universiti. Tujuan pelaksanaan adalah untuk memastikan pencapaian perlu merangkumi aspek berikut : 1.5.7.1 Melahirkan modal insan dan tadbir urus yang berprestasi tinggi 1.5.7.2 Sistem penyampaian perkhidmatan yang berkualiti 1.5.7.3 Latihan sumber manusia dengan memperkukuh pembangunan modal insan dalam teknologi hijau.
1.6 HALA TUJU DAN PELAN TINDAKAN SDGs@UPSI 1. Jawatankuasa SDG Universiti 2. Perancangan Operasi Kampus 1. Kampus lestari dan bebas karbon pada 2050 1.Pelepasan Gas Rumah Hijau dan Penjimatan Tenaga dan Air. Hal ini melibatkan : ▪Bangunan ▪Tenaga dan Air ▪Sisa Buangan ▪Pengangkutan ▪Perolehan Hijau ▪Dokumentasi Data dan Program Kesedaran UPSI menyokong matlamat pembangunan mampan sebagai sebuah kampus lestari mengikut agenda kerajaan. UPSI menekankan perancangan dan pembangunan fizikal serta operasi kampus yang lestari serta mengurangkan pelepasan gas rumah hijau. Menyokong KPI Teras 6 PS UPSI : Kelestarian Ekosistem Merancang, membentuk dasar, mengawal selia, menyelaras dan menyokong inisiatif berkaitan kelestarian institusi. 1. Bangunan Mengoptimumkan reka bentuk aktif dan pasif bagi pembinaan bangunan baharu. Menggalakkan penggantian peralatan konvensional kepada peralatan cekap tenaga dan air bagi bangunan sedia ada. Pengubahsuaian bangunan dengan mengambil kira reka bentuk teknologi dan peralatan cekap tenaga dan air. Memastikan kualiti udara yang bersih dalam bangunan. 2. Tenaga dan Air Mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dan air. Menggunakan tenaga boleh baharu. 3. Sisa Buangan Mengurangkan sisa buangan ke tapak pelupusan sampah. Menguruskan sisa buangan elektronik dan sisa buangan berbahaya dengan cekap. PELAN TINDAKAN
4. Pengangkutan Menyediakan sistem perkhidmatan kampus yang efisien. Menyediakan laluan pejalan kaki dan basikal yang selesa. 5. Perolehan Hijau Menggunakan kesetaraan kewangan untuk memberi kesedaran, melindungi dan seterusnya membangunkan ekosistem semula jadi. Melaksanakan dasar dan pekeliling dalam perolehan aset di universiti untuk kelestarian kampus. Menggerakkan sumber kewangan tambahan untuk membangunkan kampus lestari dan pembelian produk berteknologi hijau. Menggalakkan penjanaan dalaman dan luaran untuk memastikan kemampanan kampus. 6. Dokumentasi Data dan Program Kesedaran Merekod, memantau dan membuat unjuran bagi penggunaan tenaga dan air dalam bangunan serta pengurusan sisa. Melaksanakan program yang memperkasakan penglibatan komuniti setempat. Mengadakan pertandingan kitar semula, inovasi dan amalan rendah karbon. Mengadakan program Pendidikan Lestari dan Amalan Rendah Karbon untuk komuniti dan masyarakat sekitar. PELAN TINDAKAN
2. Ekosistem dan Penghijauan Kampus Semula jadi : Operasi Landskap Reka bentuk Kampus Pemuliharaan Persekitaran dan Pendidikan Pengiktirafan Hijau dan Rendah Karbon UPSI ialah sebahagian daripada ekosistem yang besar saling berkaitan. Tindakan yang diambil akan mempunyai kesan melalui persekitaran semula jadi. UPSI akan melindungi dan meningkatkan ekosistem dan ruang hijau yang dimiliki, diurus atau diimpak oleh universiti untuk meningkatan kepelbagaian biologi serantau dan kesejahteraan peribadi. Menyokong KPI Teras 6 PS UPSI : Kelestarian Ekosistem 1. Operasi Landskap Mengekalkan sekurang-kurangnya 30% kawasan landskap universiti dengan program landskap organik menjelang 2030. 2. Reka bentuk Kampus Meneruskan matlamat kemampanan ke dalam hala tuju universiti. Mereka bentuk landskap dan kapasiti spesies tumbuhan yang teguh untuk perubahan alam sekitar masa hadapan, memastikan tahap biodiversiti dan kawasan hijau atau terbuka yang sesuai dan menyokong pengurangan air. 3. Pemuliharaan Persekitaran dan Pendidikan Meneruskan keutamaan pemuliharaan, penyelidikan dan pendidikan hijau termasuk Hutan Simpan milik universiti. Merancang reka bentuk kursus baharu dalam program fakulti atau kegiatan kokurikulum pelajar menjelang 2025. Menggiatkan penanaman pokok. Pengurusan racun perosak bersepadu. PELAN TINDAKAN
4. Pengiktirafan Hijau dan Rendah Karbon. Menggalakkan pensijilan hijau atau rendah karbon : Tahun asas: 2022 Jangka masa pendek (1-2 tahun) Pengurangan minimum 5% pelepasan karbon : FSK dan FSM, UPSI. (projek perintis UPSI) Jangka masa sederhana (5 tahun/2027): Pengurangan 20% pelepasan karbon di UPSI. Jangka masa panjang (8-10 tahun/2030): Pengurangan 45% pelepasan karbon di UPSI. PELAN TINDAKAN
3. Pendidikan dan Penyelidikan 1.Budaya dan Pembelajaran : ▪Penyelidikan dan Pengajaran ▪Jalingan Hubungan Luar ▪Komunikasi ▪Penglibatan Komuniti Memanfaatkan kerjasama dan pengetahuan bersepadu merentas disiplin membawa kepada penyelesaian yang berkesan kepada isu dan masalah. UPSI akan menggunakan kampus sebagai makmal hidup untuk kemampanan generasi akan datang. UPSI sentiasa mendokong dan memupuk budaya “Demi UPSI" kepada semua warga universiti dan memberi kefahaman kelestarian alam sekitar sebagai fokus utama dalam kehidupan seharian. Menyokong KPI Teras 1 dan 2 PS UPSI : Kebitaraan Akademik Kecemerlangan Penyelidikan dan Inovasi 1. Penyelidikan dan Pengajaran Membudayakan penyelidikan dan pengajaran sebagai amalan di kampus serta menjalinkan kerjasama untuk mencipta inovasi baharu. Menggalak dan menyokong usaha penyelidikan bagi mengatasi masalah alam sekitar, sosial, dan ekonomi. Dengan memberi keutamaan kepada penyelidikan berkaitan pembangunan lestari, institusi boleh menyumbang kepada penemuan penyelesaian inovatif dan menghasilkan pengetahuan yang dapat mendorong perubahan positif. Memastikan penyelidikan yang dilakukan dapat menangani masalah alam sekitar, sosial dan ekonomi serta usaha-usaha dibuat untuk menterjemahkan hasil penyelidikan kepada dasar dan pengetahuan awam. Usaha perlu dibuat untuk mengisi jurang antara penyelidikan dan amalan. Institusi boleh memainkan peranan penting dalam menterjemahkan hasil penyelidikan kepada cadangan dasar, penyelesaian praktikal dan pengetahuan umum. Hal ini melibatkan kerjasama dengan pembuat dasar, organisasi komuniti, dan rakan industri untuk memastikan hasil penyelidikan memberi impak kepada dunia nyata. Memupuk generasi baharu menguruskan alam sekitar dengan menyediakan peluang bimbingan, kolaboratif dan pembangunan profesional warga kampus untuk melindungi alam sekitar pada tahun-tahun yang akan datang. PELAN TINDAKAN
Menyokong penyediaan kurikulum/ sukatan universiti dan peluang rentas disiplin berkaitan kelestarian baharu dengan mengadakan kerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar, Pusat Kesihatan dan jabatan lain di kampus. Memberi pendidikan menyeluruh kepada pelajar yang menggabungkan kemahiran integrasi antara disiplin dan sektor, perspektif serta sistem nilai. Hal ini akan membolehkan mereka memahami kompleksiti pembangunan lestari dan dilengkapi dengan pengurusan adaptif, refleksi kritikal, dan pendekatan penyertaan yang diperlukan bagi kelestarian. 2. Jaringan Hubungan Luar Menjalinkan perkongsian luar, dalam pendidikan tinggi yang dapat membantu melonjakkan prestasi UPSI pada peringkat global. 3. Komunikasi Menyebarkan kelestarian UPSI untuk mendidik, melibatkan diri dan memotivasikan warga universiti. PELAN TINDAKAN
4. Penglibatan Komuniti Perkongsian kelestarian bersama-sama komuniti. Kerjasama antara kampus dalam kelestarian.Kelestarian dalam pendidikan berterusan. Penyertaan perkhidmatan komuniti. Sokongan dasar kelestarian bersama-sama komuniti.
2. Kesihatan dan Kesejahteraan • Kesejahteraan Diri Kesejahteraan Makanan Kelestarian Universiti bergantung kepada kesihatan warganya. UPSI akan berusaha untuk meningkatkan kesihatan, produktiviti dan kualiti hidup pelajar dan kakitangan UPSI melalui reka bentuk kampus, persekitaran yang harmoni dan pelaksanaan program yang menyumbang kepada kesejahteraan. Menyokong KPI Teras 3 PS UPSI: Keunggulan Graduan 1. Kesejahteraan Diri Mengurangkan pendedahan warga universiti kepada bahan kimia toksik termasuk bahanbahan binaan, produk pembersihan dan meningkatkan kualiti udara dalaman Mengenal pasti bahan kimia berisiko tinggi dalam bahan pembelajaran yang disenaraikan oleh Jabatan Kimia Negara. Meningkatkan penyertaan dalam program kesihatan melalui inisiatif universiti seperti aktiviti kesukanan dan kerohanian. Membangun dan melaksanakan dasar kampus bebas tembakau (rokok). 2. Kesejahteraan Makanan Memastikan Piawaian Makanan Mampan dan Sihat dipatuhi oleh pengusaha makanan UPSI yang merangkumi persijilan dan mencapai pematuhan. Mengadakan program makanan percuma kepada warga kampus bagi golongan bersasar. PELAN TINDAKAN
STRATEGI HALA TUJU MATLAMAT PELAN TINDAKAN 4. Pengiktirafan 5. Perundingan Khidmat Komuniti Mendapatkan pengikhtirafan bagi kategori berikut:- UI Green Metric THE Impact Ranking Sustainability Tracking, Assessment and RatingSystem (STAR RATING) Kampus Rendah Karbon (LCC2030C) Green Building Index(GBI) Membudayakan amalan lestari dalam kalangan masyarakat. Menjadikan UPSI sebagai kampus hijau dan lestari berdasarkan Environmental, Social and Governance (ESG) dan 17 matlamat SDGs di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Menyokong KPI Teras 6 PS UPSI : Kelestarian Ekosistem Mempromosikan program pemindahan pengetahuan/ kemahiran menggunakan amalan pendidikan untuk pembangunan lestari kepada komuniti. Menyokong KPI Teras 5 PS UPSI : Keutuhan Modal Insan Menubuhkan jawatankuasa SDG pada peringkat universiti bagi memantau dan menyelia aktiviti SDGs di setiap PTj. Membangunkan polisi perkhidmatan, penyelidikan, pengambilan pelajar dan pembangunan berteraskan SDG dan ESG. Memaparkan semua aktiviti SDGs di laman web lestari UPSI dan laman web PTj. Menjalankan mesyuarat pemantauan aktiviti SDGs di kampus secara berkala. Menggalakkan keterlibatan aktif dengan komuniti untuk mempromosikan pembangunan ilestari. Hal ini boleh melibatkan perkongsian dengan komuniti setempat, NGO, dan pemegang taruh untuk mengatasi cabaran kelestarian tempatan, membangunkaninisiatif lestari, dan mempromosikan kesedaran serta pendidikan tentang amalan lestari. Membangun program-program pendidikan untuk pembangunan lestari yang memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada komuniti untuk menghadapi cabaran alam sekitar dan sosial. Mengidentifikasi keperluan dan cabaran yang dihadapi oleh komuniti serta mengintegrasikan pengetahuan dan kemahiran dalam programprogram pendidikan untuk memenuhi keperluan tersebut.
Mempromosikan prinsip-prinsip pembangunan lestari seperti kesedaran alam sekitar, keadilan sosial, kelestarian budaya dan keselamatan komuniti dalam program pendidikan. Melibatkan komuniti secara aktif dalam programprogram pendidikan termasuk dalam reka bentuk, pelaksanaan dan penilaian, untuk memastikan kerelevanan dan keberkesanan program tersebut. Menyediakan akses kepada sumber pendidikan yang berkualiti, termasuk bahan pengajaran, latihan dan aktiviti amali, untuk memupuk pemindahan pengetahuan dan kemahiran. Menjalinkan kerjasama dengan institusi pendidikan, organisasi bukan kerajaan dan pihak berkepentingan lain untuk memperluas dan memperkasa program-program pemindahan pengetahuan/kemahiran. Mengukur impak dan keberkesanan programprogram pemindahan pengetahuan/kemahiran dan membuat penambahbaikan berterusan untuk meningkatkan kesan dan kebolehpercayaan program tersebut. PELAN TINDAKAN
6. Tadbir Urus 1. Pembangunan Modal Insan : Kelestarian universiti bergantung Governan Governan Personaliti unggul kepada tahap kecekapan tadbir urus dan staf yang kompeten. UPSI akan berusaha untuk meningkatkan kecekapan tadbir urus dan melahirkan pakar rujuk untuk memacu kelestarian universiti. Menyokong KPI Teras 5 PS UPSI : Keutuhan Modal Insan 1. Menstrukturkan kecekapan tadbir urus yang kukuh untuk memastikan kemampanan diterapkan ke dalam operasi kerja pada semua peringkat universiti : penglibatan pengurusan universiti secara ‘Top Down’ : Penilaian tahap kepuasan pekerja Pembangunan staf profesional dalam kelestarian Menetapkan tadbir urus institusi dengan memberi keutamaan kepada pembangunan lestari pada semua peringkat. Hal ini termasuk memasukkan prinsip-prinsip pembangunan lestari dalam perancangan strategik, struktur pentadbiran, proses membuat keputusan dan pengagihan sumber. Mewujudkan pejabat atau jawatankuasa lestari yang dedikasi dapat membantu mendorong inisiatif lestari dan memastikan integrasi mereka di pelbagai jabatan dan disiplin. Towering Personality Membimbing staf/ pelajar memahami dan mengamalkan kelestarian. PELAN TINDAKAN
1.7 PELAKSANAAN DAN PEMANTAUAN Pelaksanaan secara terancang harus dilakukan secara terancang dan teliti. Hal ini kerana pelaksanaan dan pemantauan memerlukan persefahaman dan kerjasama erat daripada semua pihak termasuk semua pusat tanggungjawab, agensi kerajaan dan swasta, komuniti serta rakan strategik. Pelaporan berkaitan aktiviti / program yang dianjurkan serta memberi nilai tambah terhadap SDGs perlu dihantar kepada jawatankuasa induk pada setiap bulan, iaitu dengan mengisi Borang Pelaporan SDG (rujuk lampiran 1). Hal ini bertujuan untuk merakam dan merekod setiap aktiviti / program yang telah dilaksanakan serta memaklumkan perlaksanaan SDGs yang telah diambil.
1.8 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA SDG UNIVERSITI : Semua inisiatif kelestarian dalam aktiviti pendidikan, penyelidikan, perancangan operasi kampus, tadbir urus, perundingan khidmat komuniti, dan pengiktirafan institusi UPSI akan berada bawah bidang Jawatankuasa SDG Universiti (SDG UPSI). Jawatankuasa SDG UPSI akan memproses, mengawasi, dan mengawal pelaksanaan aktiviti, program, dan projek berdasarkan garis panduan polisi ini. Polisi ini akan dikaji semula mengikut keperluan untuk memastikan keberkesanannya dan ketepatannya. 1.9 PELAPORAN Laporan kemajuan aktiviti atau projek berkaitan kelestarian setiap fakulti dan pusat tanggungjawab perlu dihantar kepada Jawatankuasa SDG UPSI.
1.10 PENUTUP Semua inisiatif kelestarian dalam aktiviti pendidikan, penyelidikan, perancangan operasi kampus, tadbir urus, perundingan khidmat komuniti, dan pengiktirafan institusi UPSI akan berada bawah bidang Jawatankuasa SDG Universiti (SDG UPSI). Jawatankuasa SDG UPSI akan memproses, mengawasi, dan mengawal pelaksanaan aktiviti, program dan projek berdasarkan garis panduan dasar ini. Dasar ini akan dikaji semula mengikut keperluan untuk memastikan keberkesanannya dan ketepatannya.
Lampiran
POLISI SDG UPSI ini disediakan oleh : Cik Noriha binti Muhammad Prof. Madya Ts. Dr. Nor Kalsum binti Mohd Isa 1 Prof. Madya Dr. Azmi bin Mohamed En. Mohamad Najib bin Mohamed Pn. Maskana binti Ahmad Pn. Wan Kartini binti Wan Sulaiman Pn. Muliati binti Abdul Samad