The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hizamsamin4, 2023-08-10 20:42:50

Hancur Hati

Hancur Hati

50 bersalah-salahan faham dan kerana kekerasan kelakuan serta kekasaran budi bahasanya. Tambahan agaknya suaminya yang pertama itu tidak sanggup mengikutkan rintihnya : Sedang ibu bapa dan keluarganya sendiri nampaknya tidak secocok dengan pembawaannya itu. Begitulah yang telah ku alami. XI Aku bertambah sedar bapaku cukup berharap akan makcikku itu dapat berkekalan menjadi isterinya sebab itu barang kata makcikku itu diturutkan bapa, tetapi setelah makcikku itu sembuh daripada sakitnya di ketika aku sudah berundur semula balik berkediaman di rumah cikgu Adham ku dengar lagi khabar mengatakan makcikku itu bertambah-tambah gemar melapis congkak dan amarahnya kepada bapaku. Perkhabaran itu ku nyatakan dengan baik ke hadapan menjelas yang budiman cikgu Adham. Bagaimanakah kiranya akal yang patut digunakan sekiranya makcik saya itu bertambah lebih perbalahan dan semakin tebal angkaranya dalam kedudukan berumah tangga dengan bapa saya, tidak terdengar-dengar lagi oleh saya khabarnya dari dahulu hingga


51 sekarang ini. Sungguh bodoh saya memikirkannya. Sudahlah diri saya terusir olehnya ini pula bapa saya makin terharu. Tolonglah cikgu suami isteri menolong ungkaikan kedukaan saya mengenang itu”. Cikgu Adham ku lihat tersenyum sahaja memandang aku kemudian dia tertawa sangka hatiku dia menyangka berolok-olok : Tetapi sebentar lagi dia menarik nafas panjang dan mengangguk-anggukkan kepala sambil mengeluarkan madah dengan lembut bahasa. “ Cik Halimah ” katanya kepadaku dengan dengan riang pula rupanya bagaikan tidak insaf melihat aku langsung meneruskan suaranya “ Kau masih lupa agaknya. Bukankah perkara itu sebagai kemalangan pada kau. Tetapi itulah kemalangan bahagia namanya. Sebenarnya kau mesti berdukacita – aku sedia mengakukan dukacita kau itu elok di dalam pada itu jika kau insaf berertilah kau akan suka bersukacita. Cuba kau ingat-ingat perkara makcik kau dengan bapa kau itu ialah orang suami isteri. Sekali-kali tidak boleh dicampuri oleh orang lain. Meskipun kau anaknya cuma kau boleh berkata-kata ”. Itulah tanda orang tidak faham. Jika kau bersusah hati kerana mendengar khabar mereka di dalam pertelingkahan bererti kau belum mengenal bapamu itu siapa.


52 sebab itu hendaklah kau ingat semula bapamu itu Abdul Karim dialah seorang daripada laki-laki yang kasihankan anak dan sayangkan isterinya. Jika dia seorang yang pembenci nescaya dia lekas menceraikan isterinya dan segera menjemput kau balik diam bersama dengannya kembali. Kemudian dia akan berkahwin lagi serta kau dapat seorang ibu tiri lagi yang belum kau tau akan budi bahasanya. Setelah itu kau lagi sekali kena kesusahan kerana beremak tiri baharu dan bapamu sekali lagi kepayahan kerana mendapat isteri baharu yang belum juga tentu padanya bagaimana pembawaannya, jikalau dia tahan berjenang tentulah dia akan menang. Nanti dia akan beruntung sekurang-kurang alah bisa tegal biasa. Boleh juga aku berkata, sebab dahulu ibu tirimu itu gemar marah menghamun dan melekatkan tangan kepada kau itu tidak lain sebabnya ialah kerana disangkanya kau anak kepadanya, sebab sayangnya kau diajar dimarahi dan ditangani. Jika dia benci tentu sekali dia tidak sudi berkata-kata dengan kau. Terus dijadikannya kau musuh. Tetapi aku insaf hanya pada satu perkara. Iaitu dia tidak mengutamakan didikan cuma dia melebihkan marah kutuk


53 seranah dan godam. Aku tidak bersetuju. Kerana dia tidak membuatkan kau sayang takut kepadanya. Di dalam pada itu aku tidak juga boleh campur. Boleh jadi kau yang bersalah atau dia yang bersalah. Mengapa tentang itu aku tidak mengerti. Aku dengar perumpamaan seorang pemburu katanya. “ Anjing betina yang garang itu tidakkan dia mendapat anak , kalau dia beranaknya juga dia akan digigit oleh anaknya sendiri, atau dia mati diterkam oleh binatang buas. X Makcik Sawiyah isteri cikgu Adham pernah juga berkata kepadaku panjang lebar kerana menambah nasihatnya kepadaku katanya : “ Kita jangan lekas putus harap Cik Halimah, pandang oleh kau hikmah Tuhan yang menjadi sesuatu : Segala yang kita pandang – dengar – rasa – dan terima di dunia ini tiap-tiap satunya dikurniakan oleh Tuhan pengertiannya, berisi di dalamnya beberapa pengajaran. Tentang kau menderita kerana beremak tiri seperti yang kau


54 alami itu aku gemar mengajak kau mengambil faham inilah tandanya kebesaran Tuhan supaya kau ingat siang malam kepadanya. Hendaklah kau bersyukur kerana telah dapat merasa beremak tiri itu, telah tetap ada pengajaran yang kau terima : Boleh kau menginsafkan diri dengan senang, sebab sendiri kau telah merasa sendiri pengalamannya padahal ada orang yang beremak tiri telah merasa sangat beruntung dan bahagia. Sebab boleh ku kata terang-terang. Jika seseorang baik hatinya biasanya baik perbuatannya itulah sepanjang tahuku. Memang ada ibu tiri yang cengil – hasad dengki kepada anak tirinya tetapi memang ada pula ibu tiri yang sempurna akal fikiran dan perbuatan kepada anak tirinya. Hingga dibuatnya seperti anak kandungnya sendiri : Atau ada juga yang diperbuatnya seperti kawan yang amat akrab lagi dikasihinya. Mengakulah ! Ya memang ada pula ibu tiri yang cengil – cemburu – khianat dan berbagai ragamnya lagi membuatkan anak tirinya padahal dia lupa walaupun anak tiri tetapi sifat sebenarnya mesti dibuat olehnya seperti anak sendiri. Berguna Cik Halimah mendalamkan faham di dalam hal perkara anak. Tuhan mengaturkan kehidupan kita bukan kerana menghendaki kita bodoh di dalam aturan-aturannya itu : Tetapi dengan


55 Kemurahan-Nya juga membenarkan kita mesti mengerti apakah isi aturan-aturan yang telah disusunkan-Nya itu. Anak bukan sekali-kali sebagai harta yang boleh dimiliki oleh ibu bapa seperti memilikkan kain baju yang boleh dipakai dibasuh dan dijemur atau dijual belikannya. Tetapi anak itu ialah petaruhan Tuhan kepada ibu bapa supaya membela anak itu dari kecil hingga ke besar mahulah dididik diasuh diberi pengetahuan agama dan ditanggung segala kewajipan bagi memelihara anak itu hingga dia cukup sempurna akal. Anak itu bila sudah sampai pada masanya dia akan menjalankan kewajipannya sendiri pula dengan bersendiri. Mereka itu bakal menjadi ibu atau bapa pula akan memelihara anak juga. Kebanyakan orang berfaham menyangka asalkan anak itu boleh apa kata dia : Tetapi yang sebenar bukan begitu, anak ialah petaruhan Tuhan kepada ibu bapa, supaya ibu bekerja membuahkan kebajikan kepada anak itu sehingga guru-guru dikuasakan Allah menjaga dan mendidik anak itu supaya menjadi manusia yang sempurna bukan boleh dibiar-biarkan sehingga anak itu menjadi manusia yang kecewa dan menderita ”. Daripada mendengarkan nasihat makcik Sawiyah itu aku semakin faham akan peruntungan nasib dan penderitaan ku


56 itu bolehlah dihitungkan perkara baik padaku : jika tidak dengan kerana menderita sebagai itu harus aku tidak boleh mendengar sebarang nasihat seperti yang ku sebut-sebut itu. Boleh jadi di belakang hari dan aku tinggal bebal dan menjadi seorang ibu yang khianat dan penjahanam anak. Alhamdulillah ! Boleh dipercaya aku sebagai mendapat malang bahagia. Amat kuasa hanyalah Allah : Dialah Tuhan yang amat sanggup menyusun segala peristiwa di dalam dunia ini. Aku sedar bahawa aku jua seorang daripada hambanya yang telah dikurniai-Nya berbagai-bagai nikmat dan ku juga ada menerima sedikit sebanyak petunjuk-Nya. Kepada Allah jua aku berharap, mudah mudahan dikurnia-Nya ketetapan iman dengan amal yang soleh bagi bapa dan ibu tiriku itu serta diberinya berkah pada pertemuan jodohnya antara kedua ditambahinya aman dan damai : Barang mana khilafnya akan bertambah betul. Bukan sahaja kami anak beranak, beroleh juga kebaikkannya dapat dirasa oleh kaum dan bangsa ku sekaliannya. Aku tunggulah pengharapanku itu kata hatiku sebab hendak mendapat pertolongan Tuhan jua. Tambahan aku terkenang tiap-tiap sesuatu perkara memang ada keputusannya.


57 XI Umurku telah lima belas tahun, pemandanganku ke sekeliling masyarakat beransur terbuka, telah bertambah nyata kepadaku dunia kehidupan sehari-sehari ini ada berisi berbagai-bagai aneka. Ada yang di bilang baik dan ada yang disebut buruk : Kedua-dua pemandangan itu biasa menarik aku berfikir untuk menambah pengajaran pada diriku. Sekolah aku menyatakan sedikit lagi apa yang ku alami itu satu daripadanya jadi kenang-kenanganku yang payah ku lupakan ialah tentang melihat semula akan wajah Encik Karim Zamri adik cikgu Adham yang telah pergi belajar ke Mesir itu ada balik ke tanah airnya. Dia membawa pengetahuan agama dan fasih berbahasa Arab. Semenjak Karim Zamri berada semula di kampung aku namanya tambah terkenal, tetapi orang di kampungku sebahagian besarnya daripadanya tidak berapa setuju dengan cara pembawaan Karim Zamri yang bergaya secara moden itu. Agaknya sebab melihatkan Karim Zamri cekap di dalam bahagian dunia sport seperti bermain tenis, hoki – badminton, dan berpakaian segak nampak bergaya, tampan dan seperturutan.


58 dengan muda belianya itu. Memang resmi Zamri pesolek pengkacak. Dia gemar memakai pakaian cara barat berpantalon – bertopi - bertali leher sedang rambut di kepalanya bergunting Landon berkrol, ketara lagaknya lagak pemuda pekan. Orang tua-tua ku dengar kurang secocok hendak menjadikan Karim Zamri sebagai guru ugama di kampungku. Padahal Karim Zamri sedia bersemangat kebangsaan, gemar bekerja di dalam bahagian membina kejayaan masyarakat, dia petah bersyarah serta tetap perdiriannya menjalankan ikhtiar menaburkan pengetahuan ugama kepada pihak pemuda-pemuda sekampung dengannya dia bertujuan mendalamkan dan menghalusi pendidikan yang sangat-sangat dikehendaki oleh zaman baharu itu. Aku ketahui Karim Zamri itu sedang muda remaja kerana baharu berumur sembilan belas tahun. Dan aku bandingkan dengan umurku aku termuda daripadanya lima tahun ke bawah. Berkenaan dengan namaku mulalah dikenal oleh pemuda-pemuda tetapi kebanyakkan mereka itu menggelar aku dengan satu nama baharu iaitu, “ Mas ” entah apa ertinya aku tidak tahu tetapi bilaku tanyakan kawanku sesama sebaya di ertikannya “ Manis


59 sahaja ” aku tersenyum mendengarkan. Sebab mengingat itu cuma bahasa orang muda. Di kala itu aku gemar berkata-kata kepada kawan-kawan setaraf denganku tentang memberi nasihat serta membawa mereka itu memikirkan kebaikkan berugama dan kebagusan cintakan bangsa. Pekerjaanku semacam itu entah bagaimana pula telah tiba-tiba menjadi kemahuan padaku. Asal mulanya oleh sebab melihatkan Karim Zamri sangat suka memimpin pemuda-pemuda kampungku. Di rumah Karim Zamri yang tidak beberapa jauh daripada tempat tinggalku di sekolah itu selalu perhatikan ramai kawan-kawannya berziarah tanda menggemari dia. Ku dengar Karim Zamri berbuat bakti pada kaum dan bangsanya. Ingin aku hendak mengikut langkahnya itu, tetapi aku insaf oleh sebab tidak sebegitu tinggi pengetahuanku. Kemudian aku mengambil keputusan pada satu cita-cita, aku mesti buat apa yang boleh aku buat, asalkan berguna kepada masyarakat bangsaku : Tentang sukar seriknya sudah sememang ku tahu : Harus aku kena kata yang akan memarahkan hatiku tetapi aku berharap yang baik biarlah tetap baik selama lamanya. Tujuanku hanya satu iaitu berbuat baik bagi kaum


60 pemudi daripada bangsaku. Aku syarahkan : Aku huraikan kepada mereka itu apa yang ku tahu, aku pujuk mereka itu dengan perkataan yang lemah lembut, dan ku beri faham bahawa kaum pemudi bangsaku, sama ada di kampung atau di pekan telah patut : sedar akan kewajipannya, mesti cuba berkhidmat kepada bangsa dan tanah airnya, supaya bersayang dengan pemuda-pemuda. Mudah mudahan kerja-kerja kaum pemudi bangsaku tidak hanya tau bertanak menggulai sahaja, tetapi hendaklah juga tau apakah itu kemajuan ? Di harap sangat-sangat tidakkan selama lamanya sempit pemandangan dan pemerhatian kaum sejenis dengan ibuku. Setelah timbul perasaan itu ke hatiku, tidak pula mau aku mencuai-cuaikan pekerjaanku. Memasak dan membasuh kain baju di rumah Cikgu Adham ku lakukan seperti biasa. Kerana itulah kewajipan ku bekerja memakan gaji, kalau seketika ada masa lapang, aku baca buku-buku pelajaran dan cerita-cerita yang boleh menambah pengetahuanku. Wang gajiku yang sepuluh ringgit itu tetap ku simpan lima ringgit sebulan. Empat tahun lamanya aku bekerja telah genap dua tahun ratus empat puluh ringgit wang simpanan ku. Semangatku bertambah-tambah tegap, hatiku bertambah senang, pakaianku


61 serba sedikit sudah ada, gelenya di telingaku sungguhpun bukan bertatahkan intan, tetapi emasnya bulat. Di dadaku terpasang tiga butir paun kecil berantai. Pada pergelangan tanganku tersarung gelang tangan emas pintal halus, sedang di jari manisku ada terlingkar sebentuk cincin permata. Kelengkapan serba satu sebagai perhiasan perempuan Melayu sengaja ku siapkan supaya malu kalau -kalau dekat orang tidak beremas. Sekali-sekali aku memakai pakaian selengkapnya berkain baharu berbaju baharu ketika pergi dijemputan kawan-kawan kerana satu kenduri atau jamuan, demikian jua pada masa hari raya. Pernah aku menilik-nilik diri aku sendiri di dalam cermin muka besar ku lihat rupa ku tatkala memakai pakaian cukup dan sesudah berbedak licin ku dapati rupaku tidak pula seperti perempuan-perempuan moden, tetapi mukaku kacak juga ku pastikan, oleh sebab potongan badanku langsir sahaja pinggangku ramping bagai digelar oleh anak-anak muda “ potong gitar itu ” Tambahan ku lihat tubuhku hitam manis – Ya seronok aku bercermin-cermin itu aku tersenyum-senyum lembut. Aku tilik-tilik pula kepada sanggul ku sudah ku lilit dengan bunga tanjung selingkar kembang, bila ku lihat bunga tanjung itu hatiku


62 bertambah riang tertawa aku seorang diri menggelakkan diri aku sudah kacak dan cantik muda jelita. Tempat merekah bibirku yang tipis merah bergincu itu. Alhamdulillah bagaimanapun aku mesti bersyukur kerana Tuhan telah mengurniakan aku rupa yang sedemikian itu. Walaupun aku gadis kampung tetapi aku bergaya juga selaluku jaga kebersihan pakaian dan kebersihan hatiku sebab mengenang nasihat guru-guru dan ajaran-ajaran bapaku. XII Bapaku sakit, aku balik ke rumahnya menolong menjaga bersama makcik ibu tiriku, aku perhatikan penyakit bapa itu telah berat. Ku cuba mempelawa dia makan makanan apa yang diidamnya, “ Sila ambil duit sepuluh ringgit ini pak boleh buat pembeli makanan apa yang bapa terkenang ” , kata aku. Perlahan-lahan disambutnya duit itu dengan tangan kanannya kemudian dimasukkannya ke bawah bantalnya. Dia tidak berkata barang sepatah jua pun. Ku amat-amati wajahnya bertambah muram dan air matanya meleleh keluar – Ku sapu dengan sapu tangan perlahan-lahan : Mengertilah aku dia berdukacita.


63 Aku cuba menenangkan hatinya dengan perkataan yang menyedapkan telinganya maka dia diam juga. Lalu ku tanya ada hutangnya atau tidak, di terangkannya ada lima puluh sen yuran surau dan satu ringgit hutang yuran masjid. Aku katakan kepadanya boleh ku bayarkan. Rupa-rupanya malam itu juga bapaku menamatkan riwayat hidupnya dia meninggal dunia. Dengan itu habislah kedua-dua orang tuaku, tidak boleh ku kenang-kenang hibanya hatiku. Aku sedar tempat bergantung harapku tidak ada lagi melainkan kepada Cikgu Adham suami isteri. Aku rasa aku hanya tinggal sebatang kara. Inilah yang ku hidup kesedihannya mujurku sabar-sabarkan hatiku. Dengan sedaya-daya ku menahan hiba itu, terkurang sedikit keluh kesahku daripada yang aku lakukan masa kehilangan ibuku dahulu. Berkat aku berjimat-jimat mengumpulkan duit dahulu dapatlah aku mengeluarkan belanja menyelesaikan hal belanja mengkebumikan bapaku dengan selamat, menurut tahuku bapaku tidak meninggalkan apa-apa pusaka selain daripada baju buruk : Dua bilah parang panjang, serawan jala, sebuah cangkul dan duitnya sebanyak sepuluh ringgit yang ku beri itu sahaja belum luak. Aku kembali diam bersama cikgu Adham suami isteri


64 seperti biasa. Makcik Marinah ibu tiriku berpindah pula balik ke rumah ibu bapanya sendiri, kerana rumah bapaku selama hari yang diaminya itu ialah rumah tumpangan. Empat bulan sesudah bapa meninggal dunia dengan kehendak cikgu Adham, dikahwinkannya aku dengan adiknya Karim Zamri. Dialah pertemuan jodohku yang tidak ku sangka-sangka. Aku tidak boleh mengatakan cukup beruntung serta merta, oleh sebab tiga bulan semenjak aku bersama dengan suamiku Karim Zamri keadaan hidup kami bukan begitu mewah, sebagai di masa aku bekerja mengambil upah membasuh di rumah cikgu Adham dahulu. Kerana kami berdua suami isteri tidak mempunyai wang kedatangan yang cukup : Suamiku Karim Zamri tidak dapat menjalankan kerja mengajar di sekolah ugama secara sebagai memakan gaji seperti guru-guru sekolah Melayu, sedang - suamiku tidak pula setuju mengajar-ngajarkan ugama secara meminta- minta sedekah, tambahan orang-orang dikampungku pihak orang tua-tuanya kurang perkenan kepada cara moden yang dibawa oleh suamiku. Sebab itu dari Ulu Kelang kami terus pindah , ke Kuang kami berniaga dengan modal yang sedikit daripada duit yang ku kumpul-kumpulkan dahulu. Mula-mulanya berniaga itu terlalu sukar


65 rasanya hendak beroleh kejayaan, oleh sebab barang di kalangan kami hanya dapat dibeli serba sedikit yang harganya tidak kurang daripada harga biasa sahaja. Tambahan kawan-kawan suka berhutang tetapi tidak rajin membayar. Kalau disebutsebut menjadikan bermasam-masaman muka di dalam pada itu kami cuba juga berjimat cermat dan berikhtiar bersungguh-sungguh supaya tertarik hati serba bangsa membeli dikedai kami walaupun kami kesusahan kami maniskan juga muka. Kalau musim durian kami pajak pisang dan kopi, kami jual kepada pemborong-pemborong di Kuala Lumpur. Setelah melalui beberapa susah payah baharulah ada nampaknya timbul kejayaan perniagaan kami dengan beransur-ansur. Satu hari kira-kira tujuh belas tahun berselang ku lihat seorang perempuan tua buruk kotor dan lemah serta kurus kedingkek letih lesu datang ke muka pintu kedaiku, ia meminta sedekah menampang tangan membuat rupa supaya orang kasihan. Lama aku terpampan mengecamkan rupanya, lantas ku kesal dialah makcik Sarinah ibu tiriku dahulu. Apa lagi serta merta naik marah hatiku lalu ku halaukan dia serta merta dengan perkataan kasar dan keras. Marah betul hatiku kepadanya bukan alang kepalang benci aku melihat dia. Rasa-rasa hendak


66 ku tolakkan dia pada masa itu. Bising mulutku mengah-ngah dia. Dia meminta kasihan juga kepadaku. Kerana aku terlampau riuh itu ramai orang datang dekat melihat aku ke muka kedaiku. Tiba-tiba suamiku Karim Zamri datang mendekat dan melerai, akhirnya perempuan tua buruk itu telah cukup kenal kepada ku ialah anak tirinya, “Kau Halimah? “ Katanya dengan suara hiba terus dia menangis di hadapan aku dengan suamiku. Masa itu juga suamiku bertanya aku, langsungku terangkan halnya semuanya seperti ku ceritakan ini hingga habis. Aku jeritkan sekuat-kuat hatiku, “ Perempuan itulah menyebabkan aku hancur hati ! ” Kata aku bagai tak sedarkan diri. Di ketika itu terpandang olehku kelakuan suamiku sangat pengasih penyayang kepada bangsa orang tua itu dipegangnya perlahan-lahan serta sabar-sabarkannya, kemudian dipujuknya aku supaya memaafkan ibu tiriku itu …. Hujung katanya “ Halimah …. Kau jangan lupa perempuan tua buruk ini sejenis dengan ibu kau dan dengan ibuku …. Tidak malu kau menista mengutuk dia di hadapan orang ramai ini ? ” Aku tersentak mendengar perkataan yang berhikmat itu langsung aku


67 Terpandang-pandang aku rupa ibu kandungku sendiri kalau-kalau dibuat orang seperti tiu nescaya aku hancur hati pula melihatnya. Aku terus insaf dan menangis kasihan serta menyesal. Aku pun berkata kepada perempuain tua buruk itu, “ Makcik sudahlah makcik perkara buruk yang sudah lepas itu janganlah dikenang-kenang lagi. Buang yang keruh ambil yang jernih makcik : Tanda kita sebangsa dan seugama – Tak usah makcik ke mana-mana lagi, jangan jadi peminta-peminta sedekah juga silalah diam bersama kami di rumah ini bagaimana pun makcik ialah sebagai ibu saya”. Perempuan buruk itu menangis dan meminta ampun kepadaku suamiku memujuk dia dengan hormat. Sebab itu ku ceritakan moga-moga jadi peringatan kepada anak cucuku di belakang hari. Boleh dijadikannya cermin kehidupannya. Terutama kaum yang sejenis dengan aku jika menjadi ibu tiri hendaklah ingat. Barangkali dapat diperhatikan oleh hati yang ada mempunyai belas kasihan. Bila ada belas kasihan akan datanglah insaf. Bila ada insaf timbullah keadilan, bila ada keadilan terzahirlah pertolongan, bila ada pertolongan adalah kelapangan bagi yang menderita nescaya ada balasan baik daripada Tuhan. Buat baik biarlah berpada-pada buat jahat


68 jangan sekali-kali. * * * * * Bolehlah kita membuangkan perasaan cinta mencintai bolehlah kita buangkan sahaja perasaan berbaik-baik dan kasih sayang ? Padahal hasilnya besar! Bukankah itu punca maka manusia tau berbudi pekerti baik satu sama lain supaya sama mencapai kemenangan di dalam menjalani padang kemewahan dan keamanan tiap-tiap hari : Masakan pula tanam padi lalang yang tumbuh! Tanyakanlah hati siapa tindakkan balas, kalau kasihannya sudah ada. Tanyakanlah hati siapa tindakkan adil, kalau insafnya sudah sedia. Memang hibalah hati orang yang hiba, kasihanilah hati orang yang kasihan dan akan menangislah orang yang kesedihan. Ya – lemak manis memang selalu ada di dalam keriangan. Tetapi pahit mawang biasa ada di dalam penderitaan. Mengapakah dia tertawa di dalam suka ? Mengapakah dia berduka di dalam bercinta ?


69 Kalau dia berkata duka kerana menderita. Barangkali dia dituduh dusta. Kalau dia berkata riang sebab berada Barangkali dia didakwa sebab mengada-ngada. Kemudian dia juga yang merasa kecewa. Padahal dia sendirilah yang cukup tahukan dirinya yang terkena seksa. Sebab itu dipungut cerita ini sebagai jadi kenang-kenangan zaman berzaman HABIS


Click to View FlipBook Version