The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Edisi Khas KKKT yang melaporkan semua aktiviti yang telah terlaksana tahun 2013

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by faridahmohamad76, 2021-03-13 08:03:42

Buletin Cakna Edisi Khas 2014

Edisi Khas KKKT yang melaporkan semua aktiviti yang telah terlaksana tahun 2013

Keywords: buletin,cakna,kkkt,kolej komuniti kuala terengganu,penerbitan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. i

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, segala puji-pujian dan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T
kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya Buletin Cakna Edisi Khas
2013 telah dapat diterbitkan dengan jayanya. Saya mengucapkan
sekalung tahniah dan syabas kepada semua warga kerja Buletin kerana
berjaya memberi kerjasamakan dan komitmen dalam menghasilkan input
yang berguna. Segala usaha murni dan sumbangan semua pihak dalam
menjayakan penerbitan ini amatlah dihargai.

Semenjak penubuhan Kolej Komuniti Kuala Terengganu (KKKT) pada
tahun 2001, warga KKKT telah berusaha untuk melaksanakan perkara
yang baik dan bermanafaat kepada komuniti dan masyarakat. Tanpa
mengenal erti penat lelah, warga KKKT berusaha dalam merentasi ruang
dan peluang untuk terus istiqomah memberi khidmat melalui pembelajaran
sepenuh masa dan pembelajaran sepanjang hayat serta program-
program yang mendekatkan KKKT dengan masyarakat setempat.
Sumbangan dari warga KKKT dalam menjayakan semua aktiviti yang
berkualiti amatlah bermakna kerana ia dapat memupuk peradaban yang
dibina atas nilai akhlak mulia yang dipelihara secara berterusan.

Perkongsian dan penyebaran maklumat berkenaan KKKT melalui
penerbitan Buletin ini juga menunjukkan kesungguhan warga KKKT dalam
menggembeleng tenaga untuk menjayakan budaya kerja berpasukan

dalam semua program yang dianjurkan. Saya yakin pelbagai berita dan
aktiviti yang dipaparkan di dalam Buletin ini menggambarkan warga
KKKT terus maju, aktif dan komited untuk menggerakkan KKKT ke
mercu kejayaan dan kecemerlangan. Dengan semangat “team spirit”
ini juga, ia mampu mengukuhkan fungsi KKKT dan seterusnya menjadi
sebuah institusi pendidikan yang efisien dan cemerlang.

Di samping memperkembangkan profesionalisme pensyarah dalam
sumbangan penulisan ilmiah, penerbitan Buletin ini juga mampu
menjadi wadah penyampaian ilmu kepada masyarakat. Ia dapat
memberi apresiasi atas segala sumbangan warga KKKT di samping
mampu dimanfaatkan oleh warga KKKT dan komuniti setempat.

Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan setinggi-
tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat. Diharap
semua warga KKKT dapat menyokong usaha positif ini dengan
memberi input seperti penulisan artikel, sebarang kejayaan atau
anugerah yang dimenangi agar ianya menjadi bahan tatapan umum
yang boleh dimanfaatkan. Semoga usaha penulisan ini akan
berterusan sehingga menjadi budaya dalam kalangan warga KKKT.

Di samping itu juga warga KKKT perlu terus berusaha mendalami
ilmu pengetahuan “multitasking” dan “multi-skilling” dalam
menghadapi cabaran yang mendatang. Semoga segala usaha
dari warga KKKT akan diberkati Allah S.W.T. dan mampu mencapai
matlamat institusi demi kegemilangan KKKT yang dicintai.

Sekian, terima kasih.

CHE MUKHTAR BIN BAKAR
Pengarah
Kolej Komuniti Kuala Terengganu
Kementerian Pendidikan Malaysia

Assalamualaikum, Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, atas nikmat dan limpah kurniaNya,
Buletin Cakna berjaya diterbitkan. Jutaan terima kasih dan tahniah buat
warga kerja Cakna yang telah bertungkus lumus menyiapkan buletin
yang sekian lama tidak dikeluarkan. Tidak dilupakan kepada semua
yang terlibat dan yang menghulurkan informasi bagi mendapatkan berita
untuk buletin ini.
Ledakan evolusi dari Pengarah KKKT telah membawa kepada
penubuhan sidang redaksi yang baru. Kesungguhan yang ditunjukkan
oleh Pengarah, telah menyuntik semangat kepada kami untuk
menyiapkan buletin ini sebaik mungkin. Komitmen yang ditunjukkan oleh
semua warga kerja Cakna amat saya kagumi.
Buletin ini diharapkan dapat memberi informasi positif dan digunakan
sebagai wadah ilmu untuk dimanfaatkan oleh semua pihak.
Akhir kalam, saya berharap Cakna dapat diterbitkan lagi di masa akan
datang dengan input yang lebih menarik dan informasi yang berguna.

FARIDAH BINTI MUSTAFFA
Ketua Editor Cakna
Kolej Komuniti Kuala Terengganu
Kementerian Pendidikan Malaysia

ii

PENGERUSI
EN CHE MUKHTAR BIN BAKAR

TIMBALAN PENGERUSI I
EN MOHAMAD KAMEL BIN HAJI ALI

TIMBALAN PENGERUSI II
EN JOHARI BIN OMAR
KETUA EDITOR

PN FARIDAH BINTI MUSTAFFA
PENOLONG KETUA EDITOR
PN FARIDAH BINTI MOHAMAD
REKABENTUK GRAFIK & LAYOUT
EN MOHAMMAD HAFIZ BIN AHMAD

JURUFOTO
EN MOHD FADHIL BIN RAMLE

EN OSMAN BIN ZOLKIFLI
PENULIS / PEMBERITA
EN RAJA OTHMAN BIN RAJA IBRAHIM
PN CHE KU FARHANA BINTI CHE KU ALAM
EN ADNAN BIN ARIFFIN
PN NORSUZILAWATE BINTI ZULKAPLI
PN NOR AZARINA BINTI NORDIN
PN ROSNIDA @ NORYATI BINTI GHAZALI
PN NOR AZLIDA BINTI YUSOFF

eBook
EN MOHD FADHIL BIN RAMLE

iii

iv

BERITA UTAMA TARIK MINAT PELAJAR

OLEH: NOR AZARINA NORDIN Aktiviti bermotosikal dalam konvoi Jelajah Kibaran
Pertiwi pula disertai oleh 100 orang pelajar yang
Se l a r a s d e n g a n s a m b u t a n b u l a n menaiki 50 buah motosikal. Konvoi dari Kuala
Terengganu ke Besut dan kembali semula ke
kemerdekaan dan Hari Malaysia, seramai 450 orang Kuala Terengganu diringi oleh kontinjen polis trafik. Sepanjang
pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dari perjalanan, risalah berkaitan kemerdekaan telah diedarkan
beberapa Kolej Komuniti dan Politeknik seluruh kepada orang ramai di samping menjayakan program
negara telah terlibat dalam menjayakan Program “1 Malaysia Green, 1 Malaysia Clean” (1MG1MC).
Jelajah Merdeka 2013.
Program ini turut menjayakan aktiviti Jelajah Siswa Merdeka-
Program anjuran Kolej Komuniti Kuala Terengganu Menyusuri Sejarah Pahlawan Terengganu. Sebelum 100 orang
(KKKT) ini diadakan pada 6 hingga 9 September peserta berkayak di sepanjang Sungai Terengganu, peserta
2013 dengan kerjasama jabatan-jabatan kerajaan, didedahkan dengan aktiviti water confident yang diadakan di
pihak berkuasa tempatan dan juga pihak swasta. Ia
dilancarkan oleh Menteri Pendidikan II, YB Dato’
Seri Idris Jusoh di Dataran Ayer Tawar, Besut
Terengganu pada 7 September 2013. Tema bagi
program tersebut ialah Semarak Jiwa Merdeka –
Jom Tawan Gunung, Sungai, Darat dan Pantai di
Terengganu.

Seramai 80 orang pelajar menyahut cabaran

menawan Gunung Tebu dengan kerjasama

Kembara Outdoor Center (KOC), disertai oleh

Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan

Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Besut,

Terengganu.

Peserta konvoi motosikal. VIDEO: Upacara gimik program jelajah merdeka oleh YB
LaDgautno,’KSuearilaIdIbrias iJ.usoh.
Peserta Konvoi Jelajah Kibaran Pertiwi telah
berhenti di Masjid Kristal. Selain itu, aktiviti Eksplorasi Kampung Nelayan & Sukarelawan
turut diadakan dengan kerjasama Pejabat Pelancongan Negeri
Para pelajar bergambar di puncak Gunung Terengganu. Aktiviti yang terlibat dalam menjayakan 1MG1MC
Tebu. ialah membersih tanah perkuburan dan pesisir pantai di Air
Tawar, Besut, Terengganu. Aktiviti membuat kerepok lekor dan
menganyam ketupat nasi turut diadakan keesokan harinya..

Aktiviti permainan tradisional “galah panjang’, “teng-teng”,
congkak dan “baling tin” merupakan permainan yang
dilaksanakan dalam Pewaris Permainan Tradisional. Aktiviti ini
diadakan supaya generasi alaf baru tidak melupakan
permainan tradisional melayu. Majlis penutup program
diadakan pada 8 September 2013 bertempat di Scout Inn
Resort, Kuala
WTaeterrecnongfidgeantnduija. laInakan
dahulu sebelum aktiviti
Jelajah Siswa Merdeka
dilaksanakan.

5

KARNIVAL SATUKAN KOLEJ KOMUNITI BERITA UTAMA

OLEH: FARIDAH MUSTAFFA

K olej Komuniti Zon Timur merangkumi tiga buah negeri iaitu Terengganu, Kelantan dan Pahang bekerjasama dalam
menjayakan Karnival My3L Peringkat Zon Timur. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan pada 24 hingga 25 Ogos 2013
bertempat di Jerteh Souq, Jerteh, Terengganu. Perasmiannya telah dibuat oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengajian
Kolej Komuniti (JPKK), Amir Md. Noor. Sehari sebelum program berlangsung, Menteri Pendidikan II, Kementerian
Pendidikan Malaysia YB Dato’ Seri Idris Jusoh sempat meluangkan masa meninjau persiapan yang sedang
dilaksanakan serta turut sama menyertai Larian My3L, “Family

YB Dato’ Seri Idris Jusoh bersalaman Ketibaan Ketua Pengarah JPKK ( enam dari kiri)
dengan hadirin di Karnival My3L Zon Timur. untuk merasmikan Karnival My3L Zon Timur.

K o l e j K o m u n i t i K u a l a Te re n g g a n u ( K K K T ) Ketua Pengarah JPKK, Amir Md Noor
diamanahkan untuk menguruskan acara pentas di merasmikan Karnival My3L.
samping memastikan pelancaran majlis berjalan dengan
jayanya. Antara aktiviti pentas yang telah dijalankan ialah
pertandingan Karaoke 1 Malaysia yang disertai oleh 20
orang peserta, pertandingan Battle of the Band oleh enam
kumpulan penyertaan, pertandingan dikir barat oleh tujuh
kumpulan dan pertunjukan fesyen kontemporari.

Forum Perdana turut diadakan pada sebelah malamnya
dengan disertai oleh tiga ahli panel iaitu Ustaz Ahmad
Syukri Yusoff (pendakwah bebas), Dr. Sudirman Abd. Fatah
(Kolej Universiti Bestari) dan Dr. Ahmad Fahmi Abdul Kadir
(Kolej Komuniti Grik). Moderatornya ialah Ustaz Wan Ahmad
Hasbi Wan Jusoh (Jabatan Pendidikan Negeri
Terengganu). Aktiviti-aktiviti ini berjalan lancar dan dapat
menarik ramai pengunjung seterusnya dapat
mempromosikan Kolej-kolej Komuniti kepada masyarakat.

HIBURAN... Persembahan Dikir Barat.

Johan Dikir Barat dari Kolej Komuniti Zon Timur TUNJUK BAKAT... Persembahan peserta
bergambar bersama Ketua Pengarah Jabatan pertandingan Battle of the Band.
Pengajian Kolej Komuniti, Amir Md Noor dan
Pengarah-pengarah Kolej Komuniti ZonTimur.

Foto Ehsan Kolej Komuniti Paya BEsar

6

BERITA UTAMA RED & BLUE GANU STBOaMktPi EKRoSmuniti pelajar

OLEH: CHE KU FARHANA CHE KU ALAM

Muzik Stompers kedengaran agak asing di
KKKT sehinggalah bulan Oktober lalu.

Sebuah kelab kumpulan muzik, R&B Ganu

Stompers mula ditubuhkan. Wan Sazarena

Wan Ahmad dilantik sebagai Penyelaras Kelab.

Kumpulan muzik ini adalah idea asal Menteri

Pendidikan II, Dato’ Seri Idris Jusoh yang ingin

melahirkan muzik Stompers bertemakan warna

merah dan biru (R&B) di Kolej Komuniti.

Matlamat muzik ini adalah untuk menggunakan

semula barang-barang yang dibuang kerana

rosak atau sudah sampai masa lupus

penggunaannya untuk ditukarkan kepada muzik

kreatif dengan mesej mengurangkan, mengguna Kelab Stompers Kolej Komuniti Kuala Terengganu bergambar
kenangan dengan Menteri Pendidikan II (berdiri 4 dari
semula dan mengitar semula. kanan) dan Ketua Pengarah JPKK (berdiri 3 dari kanan).

Kumpulan muzik ini dianggotai seramai 21 orang pelajar

yang tidak mempunyai latar belakang muzik dan telah

mendapat bimbingan daripada seorang pemuzik, Serkawi Ali

Seman. Bagi mendapatkan bunyi yang bersesuaian, alat

muzik yang digunakan adalah diubahsuai daripada

barangan terpakai sebagai contoh bekas tong biru, tong

sampah hitam,baldi dan sebagainya.

Antara alat muzik R&B Ganu Stompers yang
menggunakan bahan terpakai dihasilkan sendiri
oleh pelajar.

Kumpulan muzik ini adalah idea asal

Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris

Jusoh yang ingin melahirkan muzik

Stomper bertemakan warna merah

dan biru (R&B) di Kolej Komuniti. Kelab Stompers Kolej Komuniti Kuala Terengganu bergambar
sumber: Wan Sazarena Wan Ahmad kenangan dengan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej
Komuniti (berdiri 5 dari kiri) dan Pengarah Kolej Komuniti
Kuala Terengganu (berdiri 3 dari kanan).

Kumpulan ini telah membuat persembahan sulung mereka dalam Pertandingan Brisk R&B Stompers Kolej Komuniti
2013 di Majlis Ramah Mesra Pelajar Kolej Komuniti Bersama Menteri Pendidikan II bertempat di Putrajaya pada 23
Oktober 2013. Dalam majlis ini, kumpulan R&B Ganu Stompers KKKT berjaya meraih tempat keempat. Sejak itu,
kumpulan ini mula dikenali dan telah dijemput untuk memeriahkan Majlis Penutup Pertandingan Kemahiran Kolej
Komuniti Bidang Teknologi Fesyen dan Karnival My3L Peringkat Kebangsaan di Shah Alam.

Renungan

“ Syukurilah segala anugerah Tuhan. Senantiasa ada makna di balik tiap anugerahNya yang Ia berikan
kepada kita. Dengan demikian akan Ia tambahkan kebahagiaan dalam diri kita.”
“ Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.”

7

OLEH: NOR AZLIDA YUSOF JAMUAN MAKAN MALAM BERITA UTAMA

Bersama Ketua Pengarah JPKK

W arga Kolej Komuniti Kuala Terengganu (KKKT) merasa cukup bertuah kerana menerima kunjungan hormat Ketua

Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK), Amir Md. Noor pada 17 Julai 2013. Bagi meraikan kunjungan
beliau, satu jamuan makan malam telah diadakan. Pada jam 9.00 malam, beliau telah disambut mesra oleh Pengarah,
Che Mukhtar Bakar dan juga staff KKKT.

Ucapan alu-aluan oleh Che Mukhtar Bakar. Sebahagian warga Kolej Komuniti Kuala
Terengganu yang menghadiri jamuan makan
malam.

Menikmati sedapnya jamuan makan malam. Warga Kolej Komuniti Kuala Terengganu
bergambar bersama Ketua Pengarah
Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Amir
Md. Noor.

KKKT TERIMA DELEGASI RCP-APEL
OLEH : FARIDAH MOHAMAD

Kolej Komuniti Kuala Terengganu (KKKT) telah menerima rombongan

lawatan daripada kumpulan Delegasi Bengkel RCP-APEL

(Regional Cooperation Program-Accreditation of Prior Experiental

Learning). Kumpulan lawatan tersebut diketuai oleh Profesor Dr.

Jailani Md Yunos. Beliau merupakan Ketua Pusat Pendidikan

Teknik dan Vokasional Termaju (ACTIVE) Universiti Tun Hussein Onn

Malaysia. Seramai 25 orang peserta lawatan terdiri daripada pakar

akademik dari Malaysia, Laos, Indonesia, Vietnam, Cambodia,

Thailand dan Singapura telah berkunjung ke KKKT bagi meninjau Delegasi Bengkel Regional
Cooperation Program-Accreditation
kemudahan peralatan yang telah disediakan untuk tujuan pengajaran of Prior Experiental Learning
bergambar bersama staf KKKT.
dan pembelajaran dalam bidang teknikal. Profesor Dr Jailani bin Md Yunos
menandatangani plak sempena
Lawatan telah dibuat ke Bengkel Fesyen dan Pakaian serta Bengkel

Teknologi Pembinaan. Lawatan Delegasi Bengkel RCP-APEL ini

sedikit sebanyak membuka peluang kepada perkongsian

kemahiran dalam pembentukan standard akreditasi serta

pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu. Perkongsian ini

adalah selaras dengan kehendak semua institusi pendidikan bagi

memenuhi kehendak serta keperluan pelajar dalam merentasi sektor

yang berbeza di masa akan datang.

8

UMUM CIE-TVET 2013 OLEH: FARIDAH MOHAMAD

KKKT Bentang 8 Hasil Kajian
Persidangan Pendidikan (Penyelidikan
Semua ahli akademik termasuk pelajar di semua institusi pendidikan
dan Inovasi) dalam Pendidikan dan di Malaysia mengambil peluang untuk membentang hasil kajian

Latihan Teknikal dan Vokasional 2013 penyelidikan mereka di persidangan ini. Kolej Komuniti Kuala

peringkat kebangsaan telah berlangsung Terengganu turut menghantar 8 orang pembentang iaitu :

di Hotel Permai Kuala Terengganu pada 2

hingga 3 September 2013. Persidangan ini

dianjurkan oleh Universiti Tun

Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan

kerjasama antara Kolej Komuniti Kuala

Terengganu (KKKT), Politeknik Kota Kuala

Terengganu dan Akademi Kepimpinan

Pengajian Tinggi (AKEPT).

Pengarah Kolej Komuniti Kuala Perasmian persidangan telah disempurnakan oleh Naib Canselor
Terengganu Che Mukhtar bin Bakar,
turut mendaftar sebagai pembentang UTHM, YBhg. Profesor Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin. Di samping itu juga,
kertas kerja.
Antara peserta persidangan dari Kolej persidangan ini turut mengetengahkan seorang pengucaptama
Komuniti Kuala Terengganu yang
menghadiri perbentangan kertas antarabangsa iaitu Dr. Thomas Schroder (Pengarah Projek, Regional
kerja.
Cooperation Platform Secretariat) dan dua orang pengucaptama

kebangsaan iaitu YBhg. Datuk Haji Mohlis bin Jaafar (Ketua Pengarah,

Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Nor

Azri bin Zulfakar (Timbalan Pengarah Latihan, Seksyen Pembangunan

Modal Insan, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri).

Salah seorang peserta sedang Dif-dif jemputan bergambar bersama.
membentangkan hasil penyelidikan.
Ketibaan Naib Canselor UTHM, YBhg. “Semua ahli akademik termasuk
Profesor Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin pelajar di semua institusi pendidikan di
untuk perasmian persidangan. Malaysia mengambil peluang untuk
membentang hasil kajian penyelidikan
mereka di persidangan ini”.

9

KARNIVAL BERSAMA RAKYAT UMUM

OLEH: FARIDAH MOHAMAD

K MERIAHolej Komuniti Kuala Terengganu (KKKT) telah menganjurkan Karnival Bersama Rakyat di Dun Wakaf Mempelam

bertempat di Sekolah Kebangsaan Paloh. Karnival ini berjaya dilaksanakan hasil kerjasama di antara Jawatankuasa
Kemajuan dan Kebajikan Kampung (JKKK) Kampung Paloh dan Paloh Sungai Kiat.

Program“Karnival Bersama Rakyat” telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Haji

Mohd Sabri Alwi. Program ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada masyarakat di sekitar Dun Wakaf

Mempelam Kuala Terengganu berkenaan pembelajaran sepanjang hayat. Ia melibatkan pendedahan dari aspek memberi

kursus dan ilmu kemahiran. Ia adalah sebagai nilai tambah dalam kelangsungan hidup individu serta mampu

menyumbang kepada keharmonian masyarakat jika ianya dapat dipraktikkan dengan skop yang lebih meluas dalam

masyarakat. Peranan KKKT adalah dengan memberi kursus-kursus kemahiran yang diperlukan oleh setiap lapisan

masyarakat serta membantu komuniti dan masyarakat untuk menguasai kemahiran dan memanfaatkannya sebaik

mungkin.

Datuk Haji Mohd Sabri Alwi hadir Aktiviti senamrobik menarik minat Aktiviti perlawanan bola “3 on 3”
merasmikan program. pengunjung ke Karnival Bersama semasa program Karnival Bersama
Rakyat. Rakyat.

Kerjasama dengan JKKK sekitar Dun Wakaf Mempelam telah memberi ruang kepada kedua-dua belah pihak untuk

menjayakan program ini bersama masyarakat setempat. Antara aktiviti yang diadakan sepanjang karnival ini adalah kursus

servis minyak pelincir untuk motosikal, refleksologi, iridologi, decoupage, hiasan cupcake, berbekam dan gunting rambut.

Selain itu, aktiviti sampingan dari JKKK adalah pertandingan mewarna, pertandingan bola sepak “3 on 3” , gotong royong

gulai kawah dan pertandingan memasak.

Kepelbagaian aktiviti sepanjang karnival ini telah menarik kunjungan ramai dari masyarakat sekitar Dun Wakaf Mempelam
untuk memeriahkan lagi karnival. Melalui program ini, KKKT telah menunjukkan kemampuan dalam membentuk generasi
yang berilmu dan berkemahiran selaras dengan fungsinya sebagai hub yang menyediakan ilmu kemahiran melalui kaedah
pembelajaran sepanjang hayat.

MISI BANTUAN BANJIR

PENDUDUK TERJEJAS DIBANTU

OLEH: MASRUL ARIFIN MOHD NAZIR

Pada 9, 10, 12 dan 17 Disember 2013, Program Misi Bantuan Banjir di
bawah gerakan bantuan BRiSK Kolej Komuniti Kuala Terengganu telah
diadakan di Kg. Air Putih dan Felda Kg. Seberang Tayor, Kemaman. Ia
disertai oleh sukarelawan BriSK pelajar Kolej Komuniti Kuala
Terengganu seramai 72 orang serta staf Kolej Komuniti Kuala
Terengganu seramai 13 orang. Antara aktiviti yang dijalankan ialah
kerja-kerja pengagihan barangan makanan dan keperluan harian serta
kerja-kerja pembersihan masjid, Sekolah Rendah Kebangsaan Air Putih
dan rumah-rumah penduduk kampung.

Kerja-kerja pembersihan Masjid Kg. Air
Putih, Kemaman.
Kerja-kerja
pembersihan
oleh
sukarelawan
kolej di sekolah.

Berada di Pejabat operasi 10
DERU Pertubuhan Ikram
Kemaman untuk sesi taklimat.

UMUM KKKT METERAI MOU OLEH: CHE KU FARHANA CHE KU ALAM

LAKSANA PROGRAM KESEDARAN

Pada 26 November 2013, Kolej Komuniti Kuala Terengganu (KKKT) telah menandatangani memorandum persefahaman

(MoU) mengenai kerjasama pelaksanaan program kesedaran alam sekitar dengan Jabatan Alam Sekitar(JAS) Terengganu
di Hotel Permai, Kuala Terengganu. Pengarah KKKT Che Mukhtar Bakar menandatangani MoU sebagai tanda kerjasama
antara jabatan kerajaan dan Jabatan Alam Sekitar. Turut serta menandatangani MoU ialah beberapa agensi kerajaan,
Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan pihak swasta.

Majlis ini dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sains & Teknologi, Alam Sekitar, Tenaga, Teknologi Hijau &
Air Negeri Terengganu, Bazlan Abd Rahman. Beliau turut melancarkan Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) bagi
Kawasan Parlimen Kuala Terengganu, Marang dan Dungun. Hadir sama dalam Majlis Menandatangani Memorandum
Persefahaman/Nota Kerjasama antara Jabatan Alam Sekitar (JAS) Terengganu dan Agensi Kerajaan, IPT dan Swasta
serta Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) ini ialah dan Pengarah JAS Terengganu, Roshadah Hashim. Sukarelawan
Rakan Alam Sekitar bagi menggerakkan 3P merupakan inisiatif Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam usaha
berterusan membangunkan kesedaran dan menggerakkan anggota masyarakat dalam aktiviti pemuliharaan alam sekitar.
Rakan Alam Sekitar melibatkan anggota masyarakat secara hands-on iaitu menjadi mata dan telinga untuk membantu
agensi-agensi kerajaan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang bertanggungjawab dalam membanteras
kegiatan-kegiatan yang merosakkan atau mencemarkan alam sekitar.

Pengarah Kolej Komuniti Kuala Terengganu, Che Mukhtar Wakil jabatan dan institusi yang menandatangani nota
Bakar (duduk 3 dari kiri) dalam majlis menandatangani kerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar.
MoU.

PERHIMPUNAN BULANAN

SATUKAN KAKITANGAN

OLEH: ROSNIDA @ NORYATI GHAZALI

Sebanyak empat perhimpunan bulanan telah diadakan untuk

tahun 2013 iaitu pada 13 Januari 2013, 25 April 2013, 9 Jun 2013

dan 25 November 2013. Pada perhimpunan yang pertama,

Pengarah Kolej Komuniti Kuala Terengganu (KKKT) yang baru iaitu

Maziah Muda dan Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran

(KJKK) iaitu Adoraina Embong @ Adanan telah menyampaikan

taklimat di samping memperkenalkan pegawai baru dan

penyampaian sijil bagi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Bulanan (APCB) bagi bulan Oktober hingga Disember 2012.

Di kesempatan ini juga, pengarah telah berbesar hati

menghadiahkan kek harijadi kepada staf yang tarikh lahir adalah

pada bulan Januari. Pada perhimpunan yang ketiga, KKKT telah Penyerahan tugas dari bekas pengarah, Maziah
Muda (dua dari kiri) kepada pengarah baru, Che
menerima kedatangan pengarah baru iaitu Che Mukhtar Bakar Mukhtar Bakar (pertama dari kiri) disaksikan oleh
Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran (3 dari
dan majlis penyerahan tugas dari bekas pengarah, Maziah Muda kiri).

telah berlangsung. Perhimpunan bulanan yang diadakan ini sedikit

sebanyak dapat menyebarkan perkongsian maklumat antara

pihak pengurusan dengan staf akademik.

11

KKKT ANJUR MAJLIS BERBUKA PUASA UMUM

OLEH: NOR AZARINA NORDIN

Berbuka puasa bersama keluarga adalah saat yang ditunggu setelah seharian berpuasa. Namun apabila berbuka

puasa bersama keluarga, rakan-rakan sekerja dan pelajar adalah momen yang mungkin hanya berlaku setahun sekali

sahaja. Majlis berbuka puasa untuk semua kakitangan Kolej Komuniti Kuala Terengganu (KKKT) dan pelajar telah diadakan

pada 24 Julai 2013 bertempat di KKKT. Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP), Unit Keusahawanan (e-Tech), Kelab Staf Kolej

Komuniti Terengganu (KESKIT), Kelab Rakan Masjid, Kelab Keusahawanan, Kelab Fotografi dan Kelab BriSK (Bridget

Sukarelawan Kolej Komuniti) telah bersama-sama berusaha untuk menjayakan program ini. Kedatangan pelajar dan staf

bersama ahli keluarga yang tiba di Dewan Utama pada pukul 5 petang lengkap berpakaian seperti berhari raya

memeriahkan lagi majlis tersebut.

Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan bacaan doa selamat diikuti dengan majlis berbuka puasa. Majlis ini diserikan
lagi dengan kedatangan bilal jemputan yang dijemput khas dari Masjid Negeri (Masjid Putih) iaitu Ustaz Wan Amirul
Shamnie bin Wan Rosli yang merupakan bekas pelajar KKKT untuk mengimamkan solat berjamaah Magrib, Isyak dan
Terawih.

Tetamu menikmati juadah berbuka puasa. Solat berjamaah di Dewan Utama Kolej Komuniti Kuala
Terengganu.

SEMARAK JAWI

WARGA KOLEJ DIBERI PENDEDAHAN

Tulisan jawi merupakan warisan budaya alam melayu yang semakin terpinggir berikutan tulisan rumi lebih meluas
digunakan. Sehubungan itu, Unit Hal Ehwal Pelajar, Unit Multimedia dan Sumber serta Unit Program Wajib Kolej telah
bergabung tenaga untuk menganjurkan Program Semarak Jawi yang bertujuan menggalakkan penggunaan tulisan jawi
dikalangan warga kolej. Pelbagai aktiviti telah diadakan untuk pelajar dan staf Kolej Komuniti Kuala Terengganu (KKKT)
sepanjang program ini berlangsung. Majlis perasmian diadakan pada 17 Julai 2013 dan majlis penutup seminggu
kemudian iaitu 24 Julai 2013 oleh pengarah KKKT sendiri, Che Mukhtar Bakar bertempat di Dewan Utama KKKT.
Sepanjang pogram ini berjalan, pelajar dan staf berpeluang menyertai pelbagai pertandingan seperti mewarna tulisan
khat dengan kreatif, cepat baca jawi, tulisan khat, silangkata jawi, tulisan cantik jawi, menulis puisi jawi, dan tilawah.
Pameran khat juga diadakan oleh Institut al-Quran Terengganu (IQ Terengganu) bertempat di perpustakaan KKKT. Pihak
IQ Terengganu juga telah menyumbang cenderamata untuk pemenang pertandingan.

Pelajar Kolej
Komuniti Kuala
Terengganu sedang
menulis khat.

Penilaian pertandingan untuk bacaan ayat Qursi.

12

JABATAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT LATIHAN KHAS

MASAKAN KUIH MUIH TRADISIONAL

OLEH: ROSNIDA @ NORYATI GHAZALI

Satu Program Latihan Khas, Masakan Kuih Muih Tradisional telah

diadakan pada 14,16,18,22 dan 23 April 2013 di Rural Transformation

Centre (RTC) Alur Limbat, Marang, Terengganu. Program ini adalah

anjuran bersama Kolej Komuniti Kuala Terengganu (KKKT) dengan Dun

Alur Limbat. Program ini dirancang untuk komuniti setempat bertujuan

untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam penyediaan kuih-muih

tradisional, seterusnya dapat digunakan untuk menambah pendapatan

keluarga. Pihak KKKT menyediakan dan membiayai kos tenaga

pengajar, sewaan tempat dan peralatan bagi melaksanakan program

latihan khas ini. Ia mendapat sambutan yang menggalakkan dari

penduduk setempat seramai 150 orang telah hadir sebagai peserta Antara peserta yang sedang mengikuti
kursus
dalam latihan tersebut.

JAHITAN LANGSIR, PAKAIAN WANITA DAN LELAKI

Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Kuala Terengganu telah menandatangani satu Memorandum of Understanding
(MoU) dengan Kolej Komuniti Kuala Terengganu (KKKT) bagi mengadakan satu Program Latihan Khas menjahit
langsir, baju perempuan dan lelaki. MoU ini telah ditandatangani oleh Pengarah KKKT dan Pengarah JPW. Program ini
telah dijalankan pada bulan April hingga bulan Mei 2013. Peserta seramai 30 orang dipilih oleh JPW dan telah
dijalankan di Bengkel Fesyen, KKKT.

Pihak JPW sedang menandatangani MoU dengan Peserta sedang tekun menjahit pakaian yang
KK Kuala Terengganu. dipelajari.

PELBAGAI KURSUS - JABATAN UKUR DAN PEMETAAN TERENGGANU

Jabatan Ukur dan Pemetaan Terengganu telah bersetuju Antara
untuk menghantar 100 orang peserta yang terdiri daripada peserta yang
staf Jabatan Ukur dan Pemetaan. Mereka mengikuti empat sedang
jenis kursus di KKKT yang diadakan pada bulan April dan mengikuti
Mei 2013. Kursus-kursus yang dijalankan adalah Kursus kursus
Pengenalan Kepada Komputer, Kursus Personaliti,
Pengenalan Kepada al-Quran dan Kursus Pengenalan
Laman Blog.

RADIA ONLINE

Kursus ini diadakan atas permintaan Jabatan Kesihatan Negeri
Terengganu. Ianya di hadiri oleh 30 peserta dari jabatan tersebut.
“Radia Online” adalah kursus berkaitan dengan sistem pengesanan
radioaktif bagi tujuan keselamatan orang ramai.

Antara peserta yang Sumber: PSH
sedang mengikuti kursus
13

SIMEN FERO BENTUK KERJASAKMUA PRESNUDUSDUPKEKNAMDPUENKG JABATAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

OLEH: ROSNIDA @ NORYATI GHAZALI

Simen Fero merupakan satu seni pertukangan lanskap. Kursus ini telah diadakan untuk komuniti setempat di

Kampung Tengir, Manir Kuala Terengganu. Kursus ini dilaksanakan pada Jun 2013. Ia memupuk kerjasama antara
peserta serta menanam semangat kerja berpasukan yang tinggi.

TEKUN... Para peserta cuba menyiapkan projek simen fero

MASAKAN

Kursus masakan biskut raya dan kek mendapat sambutan hangat di kalangan pengusaha biskut raya di seluruh
Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Setiu. Kursus ini diadakan setiap tahun di sepanjang bulan Mei, Jun dan
Julai. Kursus masakan lain yang mendapat sambutan hangat adalah kursus masakan panas, roti dan kerepek.

Pelbagai kursus masakan yang diadakan

Info Kursus Pendek 2013

14

UNIT HAL EHWAL PELAJAR RAYA OLEH: NOR AZARINA NORDIN

HIMPUN WARGA KKKT
Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Kelab Staf Kolej
Pelajar yang hadir dalam Program Merdeka
Komuniti Kuala Terengganu (KESKIT) telah berganding Raya.
bahu dalam menjayakan sambutan bulan kemerdekaan
dan majlis hari raya serentak pada 26 Ogos 2013. Program
yang dijalankan di Dewan Utama KKKT turut dihadiri oleh
Penasihat KKKT, Datuk Haji Mohd Sabri Alwi yang
dijemput khas bagi memeriahkan majlis. Program
dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Pengarah KKKT,
Che Mukhtar Bakar. Gimik pelancaran bulan
kemerdekaan telah menjadi kemuncak acara pada majlis ini
apabila Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,
Mohammad Kamal Rizal Abd Rahman menerima Jalur
Gemilang daripada Mohd Sabri sebagai simbolik
bermulanya sambutan bulan kemerdekaan.

Program seumpama ini telah menghimpunkan kesemua

warga kolej termasuk pensyarah, pelajar dan kakitangan

sokongan. Warga kolej yang hadir ceria berpakaian baju

raya, malahan terdapat beberapa kelompok yang

bersampin dan bersongkok. Dekorasi hiasan bertemakan

hari raya seperti ketupat hiasan dan tema

kemerdekaan seperti Jalur Gemilang digunakan

bagi menunjukkan dua program berjalan serentak.

Secara keseluruhannya, program ini berjalan lancar dan

rata-rata pelajar yang hadir berharap agar program

seperti ini diteruskan lagi pada masa hadapan.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar, Mohammad
Kamal Rizal Bin Abd Rahman yang telah menerima
bendera Malaysia dari Datuk Haji Mohd Sabri Alwi.

PROGRAM ANTI DADAH

SEDARKAN PELAJAR

Unit HEP KKKT telah menjemput Agensi Anti Dadah Kebangsaan Pelajar mendengar ceramah dari pegawai
(AADK) Daerah Kuala Terengganu untuk mengadakan program AADK.
antidadah sebanyak 2 siri pada 25 dan 30 September yang lalu.
Program ini dijalankan secara bersiri bagi merangkumi 2 lokasi iaitu
bermula di kampus utama KKKT seterusnya di Bengkel Automotif,
Kampus Chendering. Program ini adalah sebagai pencegahan yang
merupakan strategi jangka panjang bertujuan untuk melindungi pelajar
daripada terlibat dengan penggunaan dadah.

Sebelum AADK memulakan program, Unit Disiplin HEP telah mengambil
inisiatif membuat pemeriksaan mengejut untuk memastikan pelajar
mematuhi etika pemakaian dan ketrampilan yang telah ditetapkan.
Program dimulakan dengan tayangan video bertajuk Kisah Mia dan
Adam dan diikuti ceramah bagi memberi kesedaran tentang bahaya
dadah.

Usai ceramah berkaitan, pihak AADK telah memilih pelajar secara Para pelajar menjalankan ujian air
rambang untuk menjalani ujian air kencing. Seramai 60 orang pelajar kencing.
telah dipilih untuk diuji dalam kedua-dua siri. Hasilnya, kesemua yang
diuji didapati negatif.Program sebegini boleh diteruskan lagi pada masa 15
akan datang untuk kebaikan semua.

Sumber : Unit HEP

KEM KEPIMPINAN JPP UNIT HAL EHWAL PELAJAR

OLEH: FARIDAH MUSTAFFA

Pada 27 Februari hingga 1 Mac 2013, Kem Kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Zon Timur Sesi Januari

2013 telah dilaksanakan di Kem Damai, Besut, Terengganu. Kem ini dianjurkan bersama Kolej Komuniti Kuala
Terengganu (KKKT) dengan Kolej Komuniti Zon Timur. Ia disertai oleh 59 orang pelajar dari 5 buah kolej iaitu KKKT (15
orang), KK Kok Lanas (12 orang), KK Pasir Mas (10 orang),KK Jeli (22 orang) dan KK Kemaman. Pertandingan Public
Speaking diadakan untuk memilih Yang Dipertua (YDP) dan Timbalan Yang Dipertua (TYDP) Zon Timur (Terengganu dan
Kelantan). YDP dan TYDP yang dipilih akan menyertai pilihanraya JPP kebangsaan pada Mac tahun hadapan. Kem ini
dapat memupuk nilai murni dan ikatan silaturrahim antara pemimpin pelajar dari kolej-kolej yang terbabit.

Taklimat oleh Pengarah Program, Wan Salah seorang peserta public speaking
Nurazerine Wan Musa. sedang beraksi di pentas.

22 CALON R E B U T 16 KERUSI

OLEH: CHE KU FARHANA CHE KU ALAM

Pilihanraya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) telah
dijalankan secara serentak di kampus utama Kolej Komuniti
Kuala Terengganu (KKKT) dan Bengkel Automotif, kampus
Chendering pada 20 Januari 2013. Seramai 22 orang pelajar
daripada semua program telah tercalon untuk pilihanraya
JPP bagi merebut 16 kerusi yang dipertandingkan.

Pilihanraya ini berjaya menarik lebih 90% pelajar KKKT untuk

hadir mengundi calon yang akan menjadi wakil perantara

antara pelajar dengan pihak pengurusan Kolej Komuniti.

Watikah pelantikan bagi calon yang berjaya mendapat

undian tertinggi disampaikan dalam majlis yang Undi adalah rahsia. Seorang pelajar sedang
memasukkan kertas undi dalam peti.
berasingan.

“Pilihanraya ini berjaya menarik lebih 90% Seorang petugas pilihanraya sedang
pelajar KKKT untuk hadir mengundi calon memantau proses penandaan kertas undi
yang akan menjadi wakil perantara antara oleh pelajar.
pelajar dengan pihak pengurusan Kolej
Komuniti.”

sumber : Penyelaras JPP

16

UNIT HAL EHWAL PELAJAR PROGRAM APRISIASI OLEH: NOR AZARINA NORDIN

DEKATKAN SESAMA PELAJAR

Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) Kolej Komuniti Kuala Terengganu (KKKT) telah mengadakan Program 5 dalam 1

bertempat di Noor Arfa Craft Complex (NACC), Chendering, Kuala Terengganu pada 7 Mac 2013. Program yang
dinamakan Aprisiasi dan Penghargaan Pelajar KKKT 2013 telah menggabungkan 5 agenda HEP dalam satu program
yang dirasmikan oleh Pengarah KKKT, Maziah Muda.

Pelajar yang memenangi anugerah bergambar Bacaan selawat oleh sekumpulan pelajar dari
bersama pengarah Maziah binti Muda. Program Kenderaan Ringan

sumber: Unit HEP

OLEH: FARIDAH MOHAMAD LIGA BOLA SEPAK IPT

KKKT MARA PUSINGAN AKHIR

Kejohanan Liga Bola Sepak Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2013

telah diadakan pada 2 hingga 4 Julai 2013 bertempat di Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM). Pasukan dari Kolej Komuniti Kuala

Terengganu (KKKT) telah terpilih untuk ke pertandingan kejohanan

tersebut. Selain KKKT, 10 pasukan lain turut layak ke pusingan akhir

iaitu Politeknik Ungku Omar, Perak, Politeknik Sultan Mizan,

Terengganu, UiTM Melaka, Kolej Komuniti Perlis, UiTM Puncak Alam,

Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Pendidikan Sultan Idris

(UPSI), UniKL-MITEC dan UniKL-KL.

Pasukan-pasukan yang bertanding telah diundi ke perlawanan kalah Pasukan Bola Kolej Komuniti Kuala
mati. Pasukan KKKT telah diundi untuk menentang Kolej Komuniti Terengganu bergambar dengan piala
Perlis dan kemenangan telah berpihak kepada KKKT dengan Kejohanan Bola Sepak IPT 2013.
keputusan jaringan gol 3-0. Tahniah diucapkan kepada Pasukan Bola
Sepak KKKT. Semoga kemenangan ini terus diraih di masa akan sumber: Azizan Mohd Maharudin
datang.

“Selain KKKT, 10 pasukan lain turut layak ke pusingan akhir iaitu
Politeknik Ungku Omar, Politeknik Sultan Mizan, UiTM Melaka, Kolej
Komuniti Arau, UiTM Puncak Alam, Universiti Utara Malaysia (UUM),
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), UniKL-MITEC dan UniKL-KL”.

17

FUTSAL PIALA PENGARAH UNIT HAL EHWAL PELAJAR

OLEH: ADNAN ARIFFIN

Satu kejohanan futsal yang melibatkan pelajar Kolej Komuniti Kuala Terengganu (KKKT) telah diadakan pada 31

Januari 2013. Kejohanan yang julung kali diadakan ini telah berlangsung di DS Sport Centre, Chendering, Kuala
Terengganu bagi merebut Piala Pengarah KKKT. Sebanyak 24 pasukan telah berentap dalam kejohanan tersebut.
Kejohanan sebegini diharap dapat memupuk semangat kesukanan di kalangan pelajar dan meningkatkan semangat
berpasukan serta memberi peluang kepada mereka untuk terlibat dalam kegiatan ko kurikulum.

Nik Suliati, Pegawai HEP (tiga dari kiri) mewakili Para peserta memperlihatkan aksi dalam
pengarah KKKT menyampaikan hadiah kepada kejohanan futsal.
pemenang.
sumber : Unit Sukan

136 SERTAI KEJOHANAN PETANQUE IPT
OLEH: NORSUZILAWATE ZULKAPLI

Kejohanan Petanque Institut Pengajian Tinggi (IPT) 2013 Piala Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia
Peringkat Zon Timur telah berlangsung pada 20 hingga 23 Oktober 2013 di Arena Petanque, ersatuan Petanque
Daerah Dungun (PADU), Dungun, Terengganu. Kejohanan tersebut dirasmikan oleh Azhar Jambul selaku Ketua
Pemuda UMNO Bahagian Dungun pada 21 Oktober 2013.

Kolej Komuniti Kuala Terengganu (KKKT) telah bekerjasama dengan PADU untuk menganjurkan kejohanan tersebut.
Ia disertai oleh 136 orang peserta daripada 15 buah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut PengajianTinggi
Swasta (IPTS) Zon Timur iaitu negeri Terengganu, Kelantan, dan Pahang. Kejohanan ini memupuk jati diri dan disiplin
pelajar melalui program kesukanan di samping memberi pendedahan kepada penyertaan pertandingan sukan. Selain
itu, kejohanan ini bertujuan melahirkan 'The Thinking Athlete' dalam kalangan pelajar selaras dengan aspirasi Dasar
Pembangunan Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

“Sukan petanque dapat membentuk individu yang mempunyai semangat kesukanan dan keyakinan yang tinggi
terhadap kemampuan diri sendiri seterusnya meningkatkan motivasi diri pelajar. Ia selaras dengan hasrat kerajaan
yang mahukan belia menjadi pemangkin kepada pembangunan pada masa akan datang. Tujuh kategori yang
dipertandingkan dalam kejohanan ini adalah perseorangan lelaki, perseorangan perempuan, beregu lelaki, beregu
perempuan, trio lelaki, trio perempuan dan beregu campuran.

Para pemenang bergambar bersama Pengarah KKKT, Che Para pemenang bergambar bersama
Mukhtar Bakar. Pengarah KKKT, Che Mukhtar Bakar.

sumber : Pegawai Sukan 18

UNIT HAL EHWAL PELAJAR “OUTDOOR” KELAB FOTOGRAFI TARIK 33 AHLI
OLEH: MOHD FADHIL RAMLE
S eramai 33 orang ahli Kelab Fotografi Kolej Komuniti Kuala Terengganu (KKKT) telah menyertai aktiviti
‘Outdoor

Photography’ yang diadakan di Taman Rekreasi Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Aktiviti yang telah dijalankan pada 21

Ogos 2013 selama tiga jam itu turut dihadiri oleh Azmi Ismail selaku Liaisions Nikon Negeri Terengganu. Dalam aktiviti

tersebut beliau telah memberi sedikit pengenalan dan pengetahuan asas kepada peserta berkenaan teknik

penggunaan kamera Digital Single Lense Reflect.

Menurut penasihat kelab tersebut, Mohd Fadhil Ramle, aktiviti tersebut dirancang bagi memberi pengetahuan dan
kemahiran kepada peserta dalam ilmu fotografi Outdoor. Selain dari perkongsian ilmu yang diberi oleh Liaisions Negeri
Terengganu, ahli kelab turut diberi pendedahan untuk dalam mengambil gambar model menggunakan peralatan
pencahayaan buatan.

Ahli Kelab Fotografi bergambar bersama Liaisions Perkongsian ilmu berkaitan fotografi bersamaan
Nikon Negeri Terengganu selepas selesai aktiviti. ahli Kelab Fotografi.

sumber: Unit HEP

CERAMAH “BIRD WATCHING”
OLEH: CHE KU FARHANA CHE KU ALAM

Kelab Alam Sekitar di bawah Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP),
Kolej Komuniti Kuala Terengganu (KKKT) telah menjemput
seorang ahli Persatuan Pencinta Alam Malaysia atau Malaysian
Nature Society (MNS) untuk memberikan ceramah yang
bertajuk Bird Watching pada sesi perjumpaan kelab sukan dan
rekreasi pada 25 September 2013 bertempat di Dewan Besar
KKKT. Program ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar
tentang aktiviti melihat burung sebagai hidupan liar di samping
dapat mempelajari serta memahami perkaitan hidupan burung
dengan alam sekitar.

Mr Anuar (kiri) menyampaikan buku beliau bertajuk
Birds of Universiti Sultan Zainal Abidin kepada
Pegawai HEP (Kebajikan & Disiplin), Nor Azarina

Cornelius Anuar Abdullah McAfee atau lebih dikenali dengan

Mr Anuar, merupakan Setiausaha MNS Cawangan Negeri

Terengganu. Beliau telah mempersembahkan slaid

persembahan yang penuh berinformasi dan ia berjaya

memukau para peserta yang terdiri daripada anggota Kelab

Fotografi dan Kelab Alam Sekitar. Sebelum program

berakhir, beliau telah memberi cenderahati berbentuk

Mr Anuar sedang menyampaikan ceramah sebuah buku hasil nukilan beliau sendiri bertajuk Birds of
berkaitan Bird Watching dengan slaid persembahan
gambar burung yang diambil sendiri oleh beliau. Universiti Sultan Zainal Abidin yang diterbitkan oleh UniSZA

dengan kerjasama MNS.

sumber: Unit HEP

19

CIDB BANTU TINGKAT KEYAKINAN PELAJAR UNIT LATIHAN INDUSTRI

OLEH: ADNAN ARIFFIN & CHE KU FARHANA CHE KU ALAM

P rogram Kebolehpasaran Graduan – Pertauliahan

CIDB ini telah dianjurkan oleh Bahagian Hubungan Industri
(BHI), Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) bagi
memberi laluan dan peluang kepada pelajar Kolej Komuniti
Kuala Terengganu (KKKT) mengikuti program latihan
peningkatan kemahiran dalam bidang pemasangan
elektrik.

Program ini telah dilaksanakan di Akademi Binaan Sesi bergambar kenangan pelajar KKKT
Malaysia (ABM) Wilayah Timur, Kuala Berang, Hulu bersama-sama tenaga pengajar ABM, Muzir
Terengganu pada 22 hingga 27 September 2013. Seramai Salim (duduk, kiri) dan pensyarah
30 pelajar daripada Program Pemasangan Elektrik KKKT pengiring KKKT, Ridzwan Mohamed Sumeri
telah terpilih dalam program ini yang (duduk, kanan)
bertujuanmeningkatkan keyakinan dan daya saing apabila
mereka berada dalam pasaran pekerjaan nanti.

Secara keseluruhan,pelaksanaan program

kebolehpasaran graduan yang melibatkan pelajar kolej

komuniti ini sedikit sebanyak akan dapat meningkatkan

lagi keyakinan, kemahiran, pengetahuan, kemampuan

dan imej graduan kolej komuniti untuk terus

bersaing di pasaran pekerjaan apabila menamatkan

pengajian nanti. Secara tidak langsung ia dapat

meningkatkan lagi reputasi program latihan yang

dilaksanakan di kolej komuniti agar berada sebaris

Pelajar sedang menjalankan latihan amali. dengan pusat latihan kemahiran yang lain.

123 Sumber : Unit Latihan Industri
BEKAS PELAJAR KKKT SERTAI OPS KERJA

OLEH: ADNAN ARIFFIN

Program ini telah diadakan di Kolej Komuniti Kuala Terengganu

(KKKT) pada 13 Mei 2013 dan dianjurkan bersama oleh

Bahagian Hubungan Industri (BHI), Jabatan Pengajian Kolej

Komuniti (JPKK). Seramai 123 orang bekas pelajar KKKT dan

Kolej Komuniti Kelantan telah menghadiri program yang

dirasmikan oleh Pengarah BHI, JPKK Mohd Faisal Ishak.

Program ini diadakan untuk memberikan peluang kepada

bekas pelajar Sijil Kolej Komuniti (SKK) dan Sijil Modular

Kebangsaan (SMK) menghadiri proses temuduga bersama lima

syarikat iaitu Bukit Gambang Resort City, Chevrolet, Al-Ikhsan, KT

Mohd. Faisal Ishak, Pengarah BHI, JPKK (dua Electrical dan Tegas Venture. Selain dari peluang menghadiri
dari kanan) bersama Pengarah KKKT dan
wakil dari industri yang terlibat. temuduga pelajar turut diberi pendedahan tentang kewujudan

pelbagai peluang pekerjaan dalam bidang yang diikuti.

Wakil industri memberi taklimat kepada para Sesi Taklimat Program Ops Kerja oleh Pengarah BHI,JPKK.
pelajar. Sumber : Unit Latihan Industri

20

UNIT LATIHAN INDUSTRI MELAHIRKAN GRADUAN BERKEMAHIRAN

OLEH: ADNAN ARIFFIN

Dalam melahirkan graduan yang berkemahiran, kepentingan

penglibatan pihak industri tidak dapat dinafikan. Maklumbalas daripada
pihak industri memainkan peranan penting dalam meningkatkan mutu
graduan kolej komuniti. Sehubungan dengan itu, Unit Latihan Industr
Kolej Komuniti Kuala Terengganu (KKKT) mengambil langkah untuk
mengadakan program taklimat industri bagi memberi pengetahuan
tentang peluang kerjaya kepada pelajar-pelajar KKKT.

Program ini melibatkan lima buah industri di sekitar Kuala Terengganu Program dirasmikan oleh Pengarah
iaitu Pusat Servis Proton Edar Sdn. Bhd., KT Electrical Instrument, AHS KKKT.
Architects Sdn. Bhd dan NJ Supply & Services Sdn. Bhd. Ia disertai
oleh 167 orang pelajar KKKT.

Program ini telah diadakan pada 5 September 2013 bertempat di
Dewan Besar KKKT dan dirasmikan oleh Pengarah KKKT. Program ini
juga bertujuan menjalinkan kolaborasi dan mengukuhkan hubungan
antara KKKT dengan pihak industri.

Antara wakil industri yang hadir
memberikan taklimat.

sumber: Unit Latihan Industri

KOLABORASI STRATEGIK LAHIR GRADUAN KOMPETEN
PAINTER & BLASTER OPERATIVE

Aktiviti bergambar dengan semua yang terlibat Program ini merupakan program kolaborasi strategik di antara
dalam Program Kolaborasi Strategik. pihak Malaysian Offshore Contractor Association (MOCA) dan
Bahagian Hubungan Industri, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti
(JPKK) untuk menghasilkan graduan Kolej Komuniti yang
kompeten sebagai Juruteknik Painting dan Blasting yang sangat
diperlukan di dalam sektor minyak dan gas.

Melalui program ini, graduan dari kolej komuniti akan mengikuti
latihan selama 11 hari di pusat–pusat latihan MOCA yang akan
ditentukan.

Di akhir program, graduan telah diberi sijil kompetensi yang
dikeluarkan oleh Institute of Materials, Malaysia (IMM) yang
memenuhi keperluan industri Malaysian Oil & Gas
Exploration & Production (EP). Seramai 24 orang pelajar kolej
komuniti dari seluruh Malaysia telah menjalani latihan di BB Tech
Sdn. Bhd. Paka, Terengganu dan dua daripadanya adalah dari
Kolej Komuniti Kuala Terengganu (KKKT). Program ini telah
berlangsung selama 11 hari bermula 18 hingga 28 September
2013.

Pelajar mendengar taklimat daripada Mohd. sumber: Unit Latihan Industri
Faisal Ishak, Pengarah Bahagian Hubungan
Industri, JPKK. 21

KONVOKESYEN WILAYAH TIMUR DI KUANTAN UNIT PEPERIKSAAN

Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Wilayah Timur 2013 telah OLEH: ADNAN ARIFFIN

diadakan pada 30 Jun 2013 di Dewan Jubli Perak, Sultan Haji
Ahmad Shah, Kuantan, Pahang. Majlis ini dirasmikan oleh Ketua
Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Kementerian
Pendidikan Malaysia, Amir Md Noor. Majlis konvokesyen ini
melibatkan 13 kolej seluruh negeri Kelantan, Terengganu dan
Pahang.

Graduan Kolej Komuniti Kuala
Terengganu sedang mendaftar sebelum
memasuk dewan untuk majlis
konvokesyen.

Pegawai Peperiksaan KKKT, Masnizaimi Mamat (3 dari
kiri) sedang melihat pendaftaran graduan dijalankan
oleh AJK Konvokesyen Kolej Komuniti Kuala
Terengganu.

Video Graduan terbaik FP, Tg. Sharifah Najiah T.
Mohd. Arifin bersama-sama ibunya di atas
Montaj pentas semasa sesi penyerahan Anugerah
Konvokesy Pelajar Cemerlang Kolej Komuniti Kuala
en 2013 Terengganu.
Wilayah Jumlah graduan kali ini ialah:

Maklumat Graduan Kohort 19 Sijil KK Lulusan Jun 2012

Maklumat Graduan Kohort 1 Sijil KK (Modular) Lulusan Januari 2012

22

UNIT PENYELIDIKAN DAN INOVASI PERTANDINGAN INOVASI OLEH: FARIDAH MOHAMAD

BENTUK KEMAHIRAN KREATIF

Seiring dengan perkembangan dunia globalisasi, pensyarah Kolej Komuniti Kuala Terengganu (KKKT)

digalakkan untuk berfikiran secara kreatif dan kritis dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran. Salah
satu cara yang digunakan adalah mengadakan pertandingan inovasi. Fenomena ini menuntut para pensyarah, untuk
sentiasa meneroka dan menganalisis pandangan penyelidikan yang dilakukan di dalam mahu pun luar negara.

Sehubungan dengan itu, Pertandingan Inovasi

Peringkat Wilayah Timur 2013 telah diadakan di

Institut Aminuddin Baki, Genting Highland

Pahang pada 30 hingga 31 Oktober 2013.

Pertandingan ini membuka peluang kepada

semua pensyarah dan pelajar Kolej

TAHNIAH KEPADA
SEMUA PEMENANG!

Mohd Ehfan Ibrahim dengan Booth pertandingan produk inovasi Booth pertandingan produk inovasi
produk inovasi “The Other Self” Easy Mortar Bag. Easy Mortar Tool Kit.
Convertible Platform Shoes yang
memenangi anugerah emas.

KOLEKSI LAWAK KARTUN PORTAL PENDIDIKAN UTUSAN

Info Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan 2013

NOR HAYATI BT ISMAIL HASBU BIN HUSIN MASRUL ARIFIN BIN MOHD RAIS BIN MOHD AZI
MOHD AFZAINIZAM BIN MOHD NAZIR @ MOHD FAUZI
MOHD ZAKIR MOHAMAD SHUKRI BIN LONG MOHD FAIZAL BIN
AWANG NOH LONG CHIK FARIDAH BT MOHAMAD23

OLEH: AISHAH LIMAN LAWATAN AUDIT MQA UNIT KUALITI

PROGRAM MODULAR SERVIS KENDERAAN RINGAN

Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah membuat Lawatan Audit Akreditasi Penuh Fasa 1 bagi Program Modular

Servis Kenderaan Ringan (KR). Seramai dua orang ahli panel audit yang dilantik dan seorang pegawai MQA telah hadir
bagi lawatan audit ini. Lawatan ini berlangsung selama 2 hari iaitu pada 14 hingga 15 Januari 2013 bertempat di
kampus induk Kolej Komuniti Kuala Terengganu (KKKT) dan kampus cawangan Bengkel Automotif di Chendering. Pihak
yang terlibat adalah pelajar KR, pensyarah modul dan beberapa orang pegawai kanan. Proses pengauditan telah
berjalan dengan lancar. Prof. Madya Ir. Nujid Ismail selaku Ketua Panel Audit merumuskan bahawa keseluruhan hasil
dapatan proses audit adalah memuaskan. Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang perlu diperbetulkan oleh
pihak KKKT dan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPPK) bagi memenuhi syarat kelayakan.

Taklimat dari wakil Agensi Kelayakan Malaysia Lawatan pihak Agensi Kelayakan Malaysia ke
(MQA). perpustakaan.

Lawatan ke bengkel automotif. Sesi perbincangan bersama pihak Kolej Komuniti
Kuala Terengganu.
OLEH: SALINA MOHMED
MPC NILAI KKKT

AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI (5S)

Pada 8 Julai 2013, Kolej Komuniti Kuala Terengganu (KKKT) telah dinilai oleh Malaysia Productivity
Corporation (MPC) bagi Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (5S). Panel penilai bagi lawatan audit ialah Mahadi
Hasbullah. Lawatan audit dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran
(KJKK), Mohamad Kamel Ali diikuti dengan taklimat pelaksanaan 5S oleh Penyelaras 5S iaitu Aishah Liman. Proses
audit diteruskan dengan menyemak fail yang telah didokumentasikan dan melawat ke setiap zon untuk melihat
pelaksanaannya. Hasil dari audit yang telah dibuat, panel penilai MPC telah mengumumkan KKKT berjaya
memperolehi persijilan 5S bagi tahun 2013. Sekalung tahniah dan penghargaan kepada seluruh warga KKKT di atas
kerjasama dan komitmen yang diberikan.

Gambar staf
KKKT
bersama
panel penilai
MPC, Mahadi
Hasbullah.

Proses
semakan
dokumen.

24

UNIT KEUSAHAWANAN 1E-TECH 1BISNES HASIL PRODUK KUALITI

OLEH: NORSUZILAWATE ZULKAPLI

Sebagai satu usaha untuk mengetengahkan

dan mengembangkan potensi keusahawanan

pelajar-pelajar kolej komuniti, e-Tech Centre

Kolej Komuniti Kuala Terengganu (KKKT)

telah menghasilkan produk mengikut bidang

tujahan kolej iaitu Jahitan Fesyen dan Pakaian

di bawah program “Satu e-Tech Satu Bisnes”.

KKKT telah menghasilkan produk pakaian

siap dan aksesori perhiasan bersesuaian

dengan kursus fesyen dan pakaian yang

ditawarkan di kolej ini. Produk yang dihasilkan

diberi jenama Stylista Boutique dan

menggunakan logo di bawah:

Antara produk yang telah dikomersialkan Proses menjahit pakaian seragam sekolah oleh pelajar-
adalah seperti baju sekolah, pakaian kanak- pelajar Unit Fesyen dan Pakaian.
kanak, aksesori perhiasan kanak-kanak dan
hiasan dinding. Semua produk ini dihasilkan Sempena Community College Entrepreneur Challenge (CCEC)
dan dijahit oleh pelajar-pelajar Unit Fesyen dan 2013 yang telah berlangsung pada 21 hingga 24 November 2013
Pakaian dengan seliaan pensyarah-pensyarah bertempat di Dataran PKNM, Melaka, e-Tech Centre KKKT telah
unit ini. menghantar satu penyertaan bagi pertandingan tersebut.

Syarikat Floral Tulip Enterprise yang terdiri daripada lima orang
peserta telah mempromosikan pakaian seragam sekolah dengan
membawa konsep “Back To School Promotion”. Di samping
menjalankan perniagaan, para peserta juga perlu
membentangkan Rancangan Perniagaan dan Business Pitching
yang secara tidak langsung dapat melahirkan peserta yang
berkeyakinan tinggi dan bijak berkomunikasi.

Booth jualan syarikat pelajar. Peserta CCEC 2013 membawa konsep “Back To School
Promotion”.

“Dengan membawa konsep “Back To
School Promotion” para peserta begitu
teruja dan bersemangat menyahut
cabaran perniagaan acara wajib tahunan
kolej komuniti itu.”

Sumber : Unit Keusahawanan

25

RANCANGAN PERNIAGAAN EFEKTIF UNIT KEUSAHAWANAN

OLEH: NORSUZILAWATE ZULKAPLI

E-tech Centre Kolej Komuniti Kuala Terengganu (KKKT) dan SME Corporation Negeri Terengganu telah
menganjurkan Program Rancangan Perniagaan Efektif yang diadakan pada 14 November 2013 di Dewan Besar

KKKT. Seramai 100 orang pelajar KKKT dari pelbagai latar belakang bidang pengajian telah mengikuti program ini.

Penganjuran program ini sangat bertepatan dengan matlamat unit keusahawanan untuk membekalkan para

peserta dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang keusahawanan. Melalui program ini, para peserta

telah diberi pendedahan secara terperinci berkenaan kaedah menulis Rancangan Perniagaan yang berkualiti dan

Ceramah Penulisan Rancangan Perniagaan Efektif
telah disampaikan oleh wakil Bahagian Keusahawanan
dari SME Bank Negeri Terengganu. Selain itu, program
ini turut diisi dengan ceramah Komunikasi dan
Keterampilan Diri yang disampaikan oleh Pengarah
Standard and Industrial Research Institute of Malaysia
(SIRIM) Pantai Timur, Mohamad Nizam Haji Zainuddin.
Taklimat Pembiayaan Kewangan pula disampaikan
oleh Pengarah SME Corporation Negeri Terengganu,
Muhammad Ibrahim. Program ini telah mendapat
liputan media dari Radio Televisyen Malaysia (RTM).

sumber: Unit Keusahawanan Wakil SME Bank Negeri Terengganu menyampaikan
ceramah Penulisan Rancangan Perniagaan Efektif.

JOM MENIAGA ONLINE

OLEH: NORSUZILAWATE ZULKAPLI

Seramai 25 orang peserta telah mengikuti Bengkel Taktikal e- Peserta sedang mengikuti bengkel Pemasaran
Pemasaran (siri I) iaitu Pemasaran Perniagaan Melalui Internet Perniagaan Melalui Internet.
yang telah dijalankan selama 2 hari bermula 6 hingga 7
November 2013 bertempat di Makmal Komputer Kolej Komuniti Melalui bengkel ini, peserta telah berjaya
Kuala Terengganu. Bengkel ini bertujuan mendedahkan kepada memiliki akaun perniagaan mereka sendiri.
para peserta untuk memaksimumkan penggunaan internet yang
bukan sahaja untuk perhubungan sosial semata-mata malah sumber: Unit Keusahawanan
boleh diaplikasikan bagi tujuan menjalankan perniagaan.

Sesuai dengan status sebagai pelajar, golongan ini begitu
ghairah menjalankan perniagaan melalui internet dan sangat
berminat dengan dunia perniagaan kerana ianya tidak
memerlukan premis untuk berniaga. Semua peserta bengkel ini
berjaya menggunakan media elektronik sebagai medium untuk
memasarkan perniagaan mereka. Antara kandungan lain modul
program ini adalah Pengenalan e-Dagang, Pengurusan Media
Sosial Sebagai Platform Perniagaan, Sistem EDWIC, Blogshop,
Dropship dan sebagainya. Bengkel anjuran e-Tech Centre KKKT
ini telah dijalankan sebanyak 3 siri melibatkan 90 orang peserta.

“Bengkel ini bertujuan
mendedahkan kepada para peserta
kaedah penggunaan internet.”

26

UNIT LUKISAN SENIBINA PENGHASILAN MODEL

OLEH: FARIDAH MUSTAFFA

Berpandukan kemahiran dalam penghasilan model dan semangat teamwork oleh semua pensyarah Unit Lukisan

Senibina (SPS) Kolej Komuniti Kuala Terengganu (KKKT) telah berjaya menghasilkan model masjid Ulul Albab,
Seberang Jerteh, Jerteh, Terengganu. Ia mula dihasilkan pada 13 September dan siap pada 5 Oktober 2013 di
Studio Pembuatan Model SPS KKKT. Ia menjadi usaha reskilling kepada pensyarah SPS. Kejayaan ini merupakan
salah satu langkah untuk mempromosikan KKKT khasnya dan Unit Lukisan Senibina amnya.

Para pensyarah mengkaji pelan sebelum Sebahagian pensyarah yang sedang tekun
memulakan penghasilan model masjid. menyiapkan model masjid.

Model Masjid Ulul Albab yang telah berjaya Para pensyarah SPS bergambar bersama model
disiapkan. Masjid Ulul Albab.

sumber: Unit Lukisan Senibina

KOLEKSI LAWAK KARTUN PORTAL PENDIDIKAN UTUSAN

DIPETIK DARI: zero-player.blogspot.com

27




















Click to View FlipBook Version