Makanan
Tradisi
Negeri Pahang
1’NURUL MAZARINA BINTI MOHD SAMSURI 265218
2.CHE SITI ZULAIKHA BINTICHE MOHD LAZIN 265274
2.NURUL HIDAYAH BINTI MUHAMMAD ROSLI 264390
SEC
DODOL KUKUS
1.kuih dodol kukus ini mirip seperti dodol biasa. Ia menggunakan
bahan utama seperti tepung pulut dan juga gula merah.
2.Walau bagaimana pun, cara memasaknya pula adalah sangat
berbeza. Kaedah menghasilkan dodol di daerah ini adalah dengan
menggunakan kaedah mengukus dan ianya tidak dikacau seperti
dodol biasa.
3.Bagi menambah rasa yang lebih sedap, di bahagian atas kuih ini
akan diletakkan tahi minyak yang akan menambahkan lagi selera
penggemar kuih ini.
MAKANANTRADISIPAHANG
SEC
BADAK
KUBANG
1.Kuih ini menggunakan adunan tepung
pulut serta tepung pulut hitam. Terdapat inti
kelapa di dalamnya serta berkuah santan.
2.Kuih ini biarpun jarang ditemui, namun ia
mempunyai peminat yang tersendiri. Kuih
ini yang turut menggunakan santan,
memberikan rasa yang lemak dan manis
pastinya disukai ramai.
3.Kuih badang kubang berbentuk bulat
yang diletakkan di atas daun pisang
sebagai alas. Ia kemudiannya dikukus
sehingga masak.
MAKANANTRADISIPAHANG
SEC
pepenA
1.Kuih ini berasal dari daerah Chenor, Pahang.
2.Kuih ini beralaskan daun pisang yang
dipotong bulat.
3.Kuihnya pula berbentuk seakan bintang kecil
yang diperbuat menggunakan tepung pulut.
4.Ia mempunyai kuih yang rasanya manis serta
wangi kerana menggunakan air daun pandan.
5.Bagi memasak kuih ini, kaedah mengukus
digunakan dan kuih pepena yang berwarna
hijau ini sangat enak dimakan pada waktu
petang
MAKANANTRADISIPAHANG
SEC
ApAm baghdad
1.Kuih ini hanya boleh didapati di sekitar
Pekan, Pahang sahaja.
2.Antara bahan utamanya adalah telur, gula
kastor dan tepung naik sendiri
3,Apam Baghdad ini dimakan bersama seri
kaya yang akan diletakkan di bahagian atas
kuih ini.
4,Biasanya kuih apam ini berwarna kuning dan
seri kayanya pula berwarna hijau
5.Kuih ini tidak ubah seperti kuih apam biasa,
namun ianya unik kerana dimakan bersama seri
kaya.
MAKANANTRADISIPAHANG
SEC
Nasi kebuli
1.Hidangan Nasi Kebuli sangat terkenal di kawasan kampung
sekitar Kampung Budu, Kuala Kenong, Jelai, Kampung Hulu,
Tanjung Besar, Kuala Medang, Kampung Jeram Landak dan
semua daerah di Kuala Lipis.
2.Nasi Kebuli ini merupakan makanan tradisi masyarakat Pahang
khususnya daerah Lipis dan ia pernah dicatatkan pada Muzium
Warisan Kuala Lipis.
3.Hidangan ini bermula apabila suatu tika dahulu Almarhum
Sultan Mahmud Shah bersama 60 orang pengikutnya ke pekan
Kuala Lipis Baginda bertemu dengan Hussin dan menyatakan
hasratnya untuk menjamu selera nasi berlaukkan ayam
kampung.Maka, Hussin telah memasak nasi tersebut untuk
santapan Sultan.
4.Berdasarkan peristiwa ini lah nama Nasi Kebuli mendapat nama
sempena Nasi Ke Bawah Duli.
MAKANANTRADISIPAHANG
SEC
PUDING DIRAJA
1.Puding diraja ini pada asalnya hanyalah menjadi santapan istana
dan hanya dinikmati di istana pada waktu yang tertentu.
2.Juadah ini dijadikan sebagai santapan pencuci mulut ketika
majlis pertabalan sultan, hari keputeraan sultan dan hari
pengkurniaan pangkat serta majlis yang membabitkan pembesar
negeri.
3.Juadah ini juga tidak pernah dibawa keluar untuk rakyat jelata
kerana ia hanyalah santapan yang istimewa buat pihak istana.
4.Namun pada masa kini, puding diraja ini boleh dirasai oleh
rakyat jelata dan mudah didapati di pasar-pasar dan bazaar
Ramadhan pada bulan puasa.
5.Warna kuning kuih puding diraja ini cukup menggamit
perhatian. Kuning keemasan ditambah pula dengan warna warni
bahan sampingan seperti kismis, ceri, kekacang dan sebagainya
pastinya menjadikan hidangan ini pilihan ramai sebagai pemanis
mulut.
MAKANANTRADISIPAHANG
SEC
Sekian Terima
Kasih
MAKANANTRADISIPAHANG