The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by villaorkid9, 2019-06-11 23:25:38

1 MESY HEM KALI PERTAMA 2019

MESYUARAT HAL EHWAL MURID KALI PERTAMA 2019

TARIKH : 27 DISEMBER 2018
MASA : 8.30 PAGI

TEMPAT : BILIK MESYUARAT SKBM


KEHADIRAN : SEMUA GURU
TIDAK HADIR : TIADA



AGENDA 1 : UCAPAN PENGERUSI ( PUAN MARIATI BINTI IBRAHIM )
1.1 : Guru Besar mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru.

1.2 : Pengurusan HEM pada tahun ini berada di tahap baik dan memuaskan dan perlu membuat penambahbaikan
bagi tahun 2019.

AGENDA 2 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT
2.1 : Dicadang oleh : Ustaz Mohd Zaki bin Abd Ratin

Disokong oleh : En Mohd Zain bin Shafee
AGENDA 3 : PERKARA BERBANGKIT

3.1 TIADA
AGENDA 4 : UCAPAN PK HEM – EN MOHD FAIZIE BIN SHUIB

4.1 En Mohd Faizie mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua guru serta bersyukur

kerana dapat mengadakan mesyuarat HEM pada kali pertama.
4.2 Beliau meminta semua guru menggunakan pen berdakwat hitam untuk menulis nama pada buku rekod kehadiran,

Pen yang boleh padam digunakan untuk menanda kehadiran sahaja.
4.3 Nama murid yang baharu, bolehlah ditulis dalam buku besar di pejabat.

4.4. Nama murid perlu ditulis dengan huruf besar serta betul berpandukan pada APDM.
4.5 Guru perlu menyerahkan kehadiran murid sebelum jam 9.00 pagi setiap hari.

4.6 Nama murid lelaki perlu ditulis di atas, dan perlu selang tiga baris untuk menulis nama murid perempuan.
Tindakan : semua guru

AGENDA 5 : MEMBENTANGKAN JAWATANKUASA HEM
5.1 KWAMP,e-KASIH,YTSP/Bantuan ( Ustazah Azmuni binti Abdullah )

-En Faizie mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustazah Azmuni keran a banyak membuat kerja-kerja berkaitan
dengan bantuan dan sumbangan.

-Pihak Giant akan menghantar beg sekolah murid berpandukan alamat yang diberi.

- Murid yang layak akan menerima bantuan awal persekolahan sebanyak RM100.

6.1 Guru Kantin ( Pn Norliana binti Ismail )
-En Faizie meminta tolong Pn Norliana untuk memangku jawatan cikgu Norizan buat sementara waktu.

6.2 Guru Disiplin dan SSDM / Jawatankuasa Ponteng( En Othman bin Yahya )
-Bertindak tegas dan mengawal disiplin secara menyeluruh sepanjang masa.

-Memerhati tingkah laku serta membuat teguran yang membina.
-Melaksanakan program bersama pelanggan.

6.3 Guru Bimbingan dan Kaunseling / Pengawas Sekolah /Jawatankuasa Ponteng
( En Mohd Zaki bin Abd Ratin )

-kenalpasti murid yang perlu khidmat kaunseling
-menyediakan program kepada murid bermasalah/keluarga

-menguruskan peperiksaan psikometrik dan membuat analisa

-lantikan watikah pengawas sekolah
-pengawas sekolah-baju biru,vase biru

-ketua murid-baju dan vase biru
-surat amaran akan dikeluarkan sekiranya murid tidak hadir ke sekolah tanpa sebab selama3 hari

-surat amaran akan diberikan sebanyak 3 kali sebelum digantung sekolah
5.5 Rancangan Makanan Tambahan (RMT ) Pn Norizan binti Ali

-memilih dan menetapkan murid-murid yang layak menerima RMT mengikut kelayakan RM930 dan perkapita
RM230

-menetapkan menu dan mengawasi makanan/minuman yang disediakan

5.6 SPBT (Pn Rosnaliza binti Abu Hassan )
-memastikan buku teks mencukupi

5.7 Kesihatan & Insuran murid ( Pn Norlina binti Osman )
-bertanggungjawab berkaitan kesihatan/insuran murid

-First Aid perlu ada ketika murid-murid menjalankan aktiviti kokurikulum

5.8 PPDA (En Zamri bin Darus)
-menjemput pihak tertentu untuk memberikan ceramah berkaitan bahaya dadah

5.9 Krisis dan Bencana Kawalan Vektor , Sekolah Selamat dan 3K (En Mohd Zain bin Shaffee )

-mengadakan kempen kesedaran seperti ceramah,tayangan berkaitan penyakit denggi
-memeriksa kawasan sekolah memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk

-memeriksa alat pemadam api,sama ada masih berfungi atau tidak.

5.10 Kebajikan murid / Derma( Cik Azmuni binti Abdullah )

-mengenal pasti murid yang susah/bermasalah berdasarkan kelayakan pendapatan
5.11 Penyelaras Guru Penyayang (En Izhar bin Idross )

-Membuat program pelancaran guru penyayang

-menyambut kehadiran pelajar di pintu pagar
5.12 Sarana ibu / bapa / PIBK(Pn Rosimah binti Long )

-Mengadakan mesyuarat PIBK sekali sepenggal
-Menyediakan program tertentu melibatkan semua ibu bapa.

Tindakan :Semua guru
AGENDA 6 : MEMBENTANGKAN TAKWIM HEM

Sila rujuk buku pengurusan
AGENDA 7 : HAL-HAL LAIN

7.1 En Faizie meminta guru-guru yang masuk ke kelas untuk scan pada barcode yang telah disediakan.
7.2 Beliau juga mengingatkan guru-guru yang mengajar di luar kelas untuk subjek Pendidikan Jasmani supaya scan
barcode seperti di tempat yang telah dinyatakan.
7.3 Disiplin murid juga boleh di scan pada barcode yang telah disediakan.

AGENDA 8 : UCAPAN PENANGGUHAN
8.1 Majlis disudahi dengan Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr.

8.2 Mesyuarat ditanggguhkan pada jam 10.05 pagi..


Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………………….. ……………………………………
( NORLINA BINTI OSMAN ) ( MOHD FAIZIE BIN SHUIB )

Setiausaha HEM Pen Kanan HEM
Sk Bohor Mali Sk Bohor Mali


Click to View FlipBook Version