The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by eddylia83, 2021-01-27 11:32:40

MINIT MESYUARAT PSS BIL 1/2021

MINIT MESYUARAT PSS BIL 1 2021

Keywords: MINIT

SEKOLAH KEBANGSAAN LUKUT
KM 11, JLN SEREMBAN, 71010 PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

NO. TEL : 06-6517063 / FAX : 06-6514223

Tarikh / Hari : MINIT MESYUARAT
Masa : PUSAT SUMBER SEKOLAH
Tempat :
Kehadiran : BIL 1 / 2021

15 Jan 2021 / Jumaat
9.30 – 11.30 pagi
Dewan Terbuka, SK Lukut.

Hadir - Pengerusi
1. Safinaz binti Nordin - Timbalan Pengerusi
2. Datin Hjh Salmah binti Buang - Naib Pengerusi 1
3. Ramlan bin Hj Rahim - Naib Pengerusi 2
4. Mohd Zakwan bin Zainudin - Setiausaha
5. Shazrizuliana binti Saimon - Naib Setiausaha
6. Nur Fatin Syazirah binti Mohd Jidin 8. Arni Asreena binti Aziz
7. Anwarridza bin Rusman 10. Che Ku Nor Azren binti Che ku Abdul Rahim
9. Bazli bin Mat Nawang 12. Ganthi Selvi a/p Maniam
11. Cheok Hui Li 14. Hafizatun Nor binti Tauhid
13. Geetha a/p Narayanan 16. Hasenah binti Saleh
15. Hamidah binti Nizamuddin 18. Kanesh a/l Krishnan
17. Jalila binti Jamar 20. Mashunizalwa binti Sarmin
19. Khusna binti Ismail 22. Mohd Shahril bin Rahmat
21. Melati binti Basiron 24. Muhammad Akmal Hakim bin Sabtu
23. Mohd Shariff bin Yusof 26. Nabila binti Abdul Rahman
25. Muhammad Fakhrullah bin Mohd Nasir 28. Noor Afiqah binti Shamsudin
27. Nabilah Surayar binti Azami 30. Noornazifah binti Awang@Husain
29. Noorazwina binti Mihad 32. Nor Azura binti Md. Nor
31. Nor Asmani binti Harun 34. Norainifaridah binti Kaliwan
33. Nor Salina binti Sarif 36. Noraizan binti Nordin
35. Noraislda binti Mat Nor 38. Norazuraini binti Zakaria
37. Noraniza binti Aziz 40. Norliza binti Abdul Mulup
39. Norlaile binti Daud 42. Norzamzila binti Yasin
41. Norshakila binti Rusly 44. Nur Diyana binti Zubiruddin
43. Nur Athiran Hazirah binti Mohamed Suhimi

45. Nur Hidayah binti Mohammad Roston 46. Nur Saadah binti Jafar
47. Nur Wajihah binti Md Salleh 48. Nurhidayah binti Aziz
49. Nur-Ul Shahada binti Redza 50. Nurul Amirah Hazirah binti Ibrahim
51. Nurshuhaila binti Rasli 52. Razmee bin Ayop
53, Rozida binti Nohamad Razi 54. Ruhaizah binti Pekeh
55. Ruzita binti Zulkifle 56. S. Amutha a/p Selorarajy
57. Sabrina binti Mohd Ali 58. Senji Vanan a/l Manoharan
59. Shaidatul Huda binti Raduan 60. Sidek bin Mat Jusoh
61. Sietradavie a/p Ayakkan 62. Siti Aishah binti Veera Shaib
63. Siti Asiah binti Md Salleh 64. Siti Ayuura binti Jalaluddin
65. Siti Fatimah binti Ilyah 66. Siti Nurul Fatihah binti Mat Safien
67. Siti Rohana binti Mohd Ali 68. Siti Rohani binti Mahidin@Hj Din
69. Suhairah binti Che Hassan 70. Syariffah Nur Azzillah binti Syed Ismail
71. Thulasiammal a/p Gengen 72. Zahardi Arman bin Zakaria
73. Zalinor binti Mohd Nor 74. Zani binti Hamzah
75. Zarina binti Non@Zainon
Turut Hadir - Wakil PIBG
1. Mastura Nor binti Mehad

Tidak Hadir - Bersebab
1. Hjh Shahrani binti Talib - Bersebab
2. Norizan binti Mat - Bersebab
3. Zainun binti Mohamed

AGENDA

1.0 Ucapan Aluan Pengerusi – Pentadbir.

1.1 Mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih kepada semua guru SKL kerana
meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat Pusat Sumber Sekolah (PSS) kali
pertama.

1.2 Pengerusi juga mengucapkan selamat datang kepada Pn. Mastura Nor binti Mehad
wakil daripada PIBG atas kesudian beliau bersama-sama dalam mesyuarat kali ini.

1.3 Pengerusi menyatakan bahawa PSS merupakan seluruh kawasan sekolah yang
bermula dari pintu pagar hadapan sehingga pintu belakang sekolah yang mana perlu
ceria dan dipenuhi dengan pelbagai maklumat ilmiah dan bukan hanya tertumpu
pada perpustakaan sekolah sahaja.

1.4 Pada tahun ini, PSS dipilih sebagai kebitaraan sekolah. Oleh itu, pengerusi memohon
agar semua guru bersama-sama membangunkan PSS dan bukan hanya GPM yang
menggalas tanggunjawab ini.

2.0 Ucapan Guru Perpustakaan & Media (GPM)

2.1 Mengucapkan terima kasih kepada pengerusi atas kata alu-aluan mesyuarat. Beliau
turut mengalu-alukan kehadiran semua guru SKL dan wakil PIBG, Pn. Mastura Nor
binti Mehad dalam Mesyuarat Pusat Sumber Sekolah kali pertama ini.

2.2 Beliau turut membacakan sepintas lalu visi, dan misi PSS :

2.2.1 VISI : PSS menjana murid cemerlang, guru gemilang, sekolah

terbilang menjelang 2023

2.2.2 Misi : PSS SK Lukut menjana modal insan yang seimbang

Menerusi budaya membaca dan pembelajaran kendiri

2.2.3 MOTTO : Murid Cemerlang, PSS Gemilang, Sekolah Terbilang

2.2.4 OBJEKTIF :

2.2.4.1 Memastikan SK Lukut berjaya mencapai IQ NILAM yang

membanggakan berdasarkan instrumen.

2.2.4.2 Memantapkan pelaksanaan program NILAM dalam kalangan murid

dan guru.

2.2.4.3 Meningkatkan budaya Literasi Maklumat warga sekolah dalam

kalangan murid-murid.

2.2.4.4 Meningkatkan penggunaan bilik-bilik khas PSS seperti bilik akses, bilik

tayang dan makmal komputer untuk tujuan pembelajaran dan capaian

maklumat.

2.2.4.5 Meningkatkan kemahiran maklumat murid supaya pembelajaran

kendiri dapat dijalankan dengan berkesan.

2.2.4.6 Meningkatkan keberkesanan guru dalam pengajaran dan

pembelajaran guru di kelas dan luar bilik darjah.

2.2.4.7 Memupuk minat dan tabiat membaca berkualiti warga sekolah

menerusi aktiviti dan galakan membaca.

2.2.4.8 Mewujudkan suasana persaingan secara sihat untuk mengumpul mata

ganjaran dan bintang dalam program NILAM.

2.2.4.9 Mencungkil bakat dan kemenjadian murid melalui tokoh NILAM dan

aktiviti PSS.

2.2.5 MATLAMAT :

2.2.5.1 Meningkatkan mutu pendidikan di Sekolah Kebangsaan Lukut.

2.2.5.2 Menyediakan medium dan ruang untuk warga sekolah dan komuniti

setempat berinteraksi.

2.2.5.3 Membentuk profesion keguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif

dan berdisiplin.

2.2.5.4 Menjadikan PSS sebagai satu agensi dan sumber maklumat yang

utama.

2.2.5.5 Membantu dalam pembentukan murid yang berilmu, dinamis, kreatif

dan berdisiplin agar dapat menjadi insan yang seimbang dan berfikiran

positif.

2.3 Mesyuarat telah dimaklumkan bahawa infrastuktur yang terdapat di Pusat Sumber
terdiri daripada bilik-bilik khas di bawah pengurusan dan kewangan PSS yang diurus
tadbir oleh AJK yang telah dilantik dengan bantuan Pengawas Pusat Sumber (PPS).
2.3.1 Bilik Perpustakaan
2.3.2 Bilik Akses/Tayang
2.3.3 Sudut SAL
2.3.4 Bilik BBM
2.3.5 Makmal Komputer

2.4 Bilik-Bilik Khas lain yang terdapat di sekolah merupakan Bilik Rangkaian kepada PSS
yang mana semua bilik ini dinilai dalam penggredan PSS. Pengurusan pentadbiran
dan kewangan bilik-bilik ini adalah di bawah tanggungjawab ketua panitia atau
penyelaras bilik yang dilantik.
Tindakan : Ketua Panitia dan Penyelaras Bilik Khas

2.5 Mesyuarat bersetuju agar semua bilik ini sentiasa berada dalam keadan baik, ceria,
kemas dan kondusif. Bilik-bilik ini perlu dilengkapkan dengan carta organisasi,
peraturan, manual penggunaan bilik-bilik khas, rekod penggunaan dan jadual
penggunaan bilik-bilik khas. GPM juga memohon agar penyelaras bilik merujuk
kepada senarai semak keperluan bilik-bilik khas yang telah diedarkan pada
perjumpaan lepas.
Tindakan : Ketua Panitia dan Penyelaras Bilik Khas

2.6 Mesyuarat menerima usul bahawa bermula pada tahun 2021, pihak pentadbir akan
membuat pemantauan dan semakan terhadap rekod penggunaan bilik-bilik khas.
Mohon kepada semua penyelaras bilik khas agar mengambil maklum dan tindakan
tentang perkara ini.
Tindakan : Ketua Panitia dan Penyelaras Bilik Khas

2.7 Mesyuarat telah dimaklumkan bahawa PSS telah mempunyai logo yang telah direka
dan digunakan bermula pada tahun 2020. Tujuan logo ini diwujudkan sebagai identity
PSS. Oleh kerana PSS adalah kebitaraan sekolah, maka logo ini dapat menunjukkan
identiti dan mengukuhkan lagi tentang kewujudan dan fungsi PSS kepada warga
sekolah sebagai khidmat bantu kurikulum.

2.8 Logo ini digunakan dan diletakkan pada sijil-sijil aktiviti anjuran PSS, banner bersama
logo sekolah dan pada tanda nama PPS. Selain itu, dengan adanya logo ini dapat
memberikan motivasi dan semangat kepada warga PSS untuk bekerjasama dalam
pasukan serta mencapai kejayaan.

2.9 Berikut merupakan logo dan makna logo PSS

Hijau : Ketenangan dan kedamaian di dalam PSS
Kelabu
Perisai : Pelengkap kepada suasana yang redup dan
Scroll & Morta Board selesa
Buku
6 ikon dalam bulatan : Kekuatan dan semangat kerjasama keluarga PSS

: Kejayaan warga PSS dalam mengharumkan
nama sekolah

: Ilmu, maklumat dan pengetahuan

: Gedung ilmu daripada pelbagai sumber

3.0 Perbincangan Profesional.

3.1 Pengurusan Pusat Sumber
3.1.1 Jawatankuasa PSS
3.1.1.1 Mesyuarat bersetuju menerima rombakan jawatankuasa PSS dengan
mewujudkan beberapa unit dan biro. Tujuan unit dan biro diwujudkan
bagi mudahkan ajk menjalankan tugas dan peranan yang lebih
sistematik dan berfokus. Selain dapat bekerja dalam satu pasukan ke
arah kecemerlangan.
3.1.1.2 PIBG dimasukkan dalam JK Induk PSS. Berdasarkan Buku Panduan
Pengurusan Pusat Sumber Abad ke-21, PIBG perlu dimasukkan
dalam JK Induk bagi memberi penglibatan kepada PIBG dalam
pengurusan pusat sumber. Dalam 11 anjakan Tranformasi Sistem
Pendidikan Malaysia, sekolah disarankan bekerjasama dengan PIBG
dalam anjakan ke-9.
3.1.1.3 Selain memasukkan PIBG dalam Jawatankuasa Induk PSS, PSS juga
telah mewujudkan empat unit baharu iaitu :
- Unit Perpustakaan
- Unit NILAM
- Unit Pengawas
- Unit Promosi
3.1.1.4 Enam unit baharu dalam Jawatankuasa Kerja PSS seperti beikut :
- Unit Perpustakaan
- Unit Bilik Pengurusan
- Unit NILAM
- Unit Pengawas
- Unit Promosi
- Unit Buletin
3.1.1.5 Manakala bagi Jawatankuasa NILAM, biro ditubuhkan untuk
membantu penyelaras NILAM. Antaranya :
- Biro Aktiviti
- Biro Data & Analisis
- Biro Tokoh Nilam
- Biro Rekod & Fail
- Biro Sijil Nilam
3.1.1.6 Mesyuarat memohon supaya guru-guru untuk merujuk kepada Buku
Pengurusan Sekolah untuk melihat ajk yang dilantik. (Lampiran 1)
Tindakan : Semua guru

3.2 Pengawas Pusat Sumber (PPS)
3.2.1 Lantikan
3.2.1 Pada Tahun 2020, bilangan PPS adalah seramai 72 yang terdiri
daripada murid PPKI (2 orang), murid aliran perdana Tahun hingga
Tahun 6. PPS tahun 6 seramai 14 orang. 22 orang PPS telah tamat
perkhidmatan berdasarkan tempoh persekolahan manakala, 42 orang
PPS berjaya menyambung perkhidmatan ke sesi persekolahan Tahun
2021.
3.2.2 Bilangan PPS bagi sesi persekolahan Tahun 2021 adalah seramai 73
orang murid dari aliran perdana yang terdiri daripada murid Tahun 2 (6
orang). Tahun 3 (19 orang), Tahun 4 (14 orang), Tahun 5 (20 orang),
Tahun 6 (14 orang) dan 3 orang murid PPKI.
3.2.3 PPS ini telah dilantik pada 30 November 2020. Sebanyak 110
permohonan diterima dan melalui saringan temuduga. Daripada
jumlah tersebut, seramai 76 orang telah berjaya dan dilantik. 32 orang
PPS merupakan lantikan baharu, manakala selebihnya telah berjaya
menyambung perkhidmatan. PSS telah menerima surat maklum balas
penerimaan lantikan pengawas. PPS yang dilantik telah membuat
permohonan dan melepasi sesi temuduga.

Tindakan : Makluman semua guru

3.2.2 Buku Manual Pengurusan Pengawas Pusat Sumber
3.2.2.1 Mesyuarat memaklumkan bahawa pada Tahun 2021, PSS

mewujudkan Buku Manual Pengurusan Pengawas PSS. Buku ini
merupakan buku panduan kepada PPS dalam menjalankan tugas dan
mengetahui peranan dan fungsi PPS kepada PSS agar lebih berpandu
dan terarah.
3.2.2.2 Buku ini juga merupakan buku catatan PPS tentang aktiviti PSS yang
disertai oleh PPS, tugasan, dan rekod disiplin pengguna PSS. PPS
perlu mengisi maklumat dan mencatat semua perkara berkaitan PSS
dan perlu dihantar kepada guru PSS untuk disemak dan dinilai pada
setiap minggu pada hari Jumaat.
3.2.2.3 Buku ini akan diberikan kepada PPS pada perjumpaan mesyuarat
Jawatankuasa Pengawas PPS yang akan dimaklumkan kelak. Setelah
menerima buku ini, PPS diberi tempoh selama dua minggu untuk
melengkapkan maklumat yang dikehendaki dan dihantar untuk
disemak.

Tindakan : GPM, PPS dan Guru PSS

3.2.3 Aktiviti PPS
3.2.3.1 PSS telah merangka dan merancang beberapa aktiviti dan program

khas untuk PPS untuk memberikan semangat, motivasi dan
keseronokan dalam menjalankan tugas dan menyandang jawatan
pengawas.
3.2.3.2 Aktiviti pertama PPS setelah dilantik dan dilakukan sepanjang cuti
sekolah adalah PPS SKL NICE. Ini merupakan tugasan literasi
maklumat yang perlu diselesaikan oleh PPS bersama keluarga.
3.2.3.3 Terdapat 20 tugasan yang perlu dikumpulkan dalam bentuk folio fail
atau buku skrap. Tugasan ini diberikan melalui kumpulan whatapps.
PSS bercadang untuk memberikan ganjaran sijil penghargaan (emas,
perak dan gangsa) kepada PPS yang berjaya menyelesaikan tugasan
dengan cemerlang.
3.2.3.4 Hasil kerja PPS akan dipamerkan di perpustakaan untuk menjadi
contoh dan rujukan kepada murid lain pada kempen Jom ke PSS pada
bulan Febuari hingga Disember.

Tindakan : Makluman semua guru

3.2.4 Jadual Bertugas
3.2.4.1 PPS dikehendaki bertugas mengikut jadual bertugas yang disediakan

pada waktu rehat. Walau bagaimanapun, GPM memerlukan bantuan
PPS pada waktu pagi dan waktu relif. GPM memohon agar semua
guru yang relif jadual supaya membenarkan PPS ke PSS untuk
bertugas sekiranya tiada PdP atau tugasan daripada guru relif.

Tindakan : PPS & Semua guru

3.2.5 Penghargaan
3.2.5.1 Tamat tempoh perkhidmatan, PSS akan memberikan sijil

penghargaan kepada PPS yang telah menjalankan tugas sepanjang
tahun sebagai menghargai dan meraikan keringat dan bantuan
mereka. Bagi PPS tahun 2020, sijil penghargaan akan diberikan
setelah sekolah dibuka. PPS tahun 6 sesi 2020 telah diberikan pada
18 Disember 2020 sebagai tanda terima kasih mereka sepanjang
berkhidmat kepada PSS selama tiga tahun.

Tindakan : GPM

3.3 Peraturan PSS
3.3.1 Peraturan Penggunaan PSS Norma Baharu (Murid)
3.3.1.1 Wajib memakai pelitup mulut dan hidung
3.3.1.2 Sanitasi tangan sebelum masuk ke PSS
3.3.1.3 Mengambil dan merekod bacaan suhu di kaunter pendaftaran
3.3.1.4 Menyerahkan kad Pengguna PSS di kaunter
3.3.1.5 Hanya dibenarkan 50 orang murid sahaja berada dalam PSS pada
satu-satu masa.
Tindakan : Makluman semua guru

3.3.2 Peraturan Penggunaan PSS Norma Baharu (Guru)
3.3.2.1 Wajib memakai pelitup mulut dan hidung
3.3.2.2 Sanitasi tangan sebelum masuk ke PSS
3.3.2.3 Mengambil dan merekod bacaan suhu di kaunter pendaftaran
3.3.2.4 Imbas barcode sebelum menggunakan PSS
3.3.2.5 Guru tidak dibenarkan membawa murid ke perpustakaan pada waktu

rehat.
Tindakan : Semua guru

3.4 Pengurusan & Pentadbiran
3.4.1 Sistem Fail
3.4.1.1 Mesyuarat telah dimaklumkan bahawa sistem pengurusan fail telah
bertukar di mana sebelum ini, fail pengurusan PSS disediakan
menggunakan kod yang telah ditetap. Setelah menghadiri beberapa
kursus dan bengkel berkaitan PSS, GPM mendapati kaedah tersebut
tidak digunakan kini.
3.4.1.2 Fail yang diwujudkan adalah mengikut instrumen penilaian PSS yang
mana lebih mudah diurus dan dicapai oleh GPM sekiranya berlaku
pemantauan dan untuk rujukan oleh pihak pentadbir sekolah dan
pemantau. Ini bagi memudahkan GPM yang mengurus PSS.
Tindakan : Makluman semua guru

3.4.2 Rekod Penggunaan
3.4.2.1 Semua ketua panitia dan penyelaras bilik-bilik khas diingatkan sekali

lagi menyediakan fail atau buku rekod penggunaan bilik-bilik khas dan
peralatan atau bahan yang terdapat di dalam bilik tersebut.
3.4.2.2 Rekod penggunaan ini boleh dilakukan dengan kaedah mengimbas qr
code menggunakan telefon bimbit dan terus disimpan sebagai rekod.
Pada akhir bulan, penyelaras boleh memuat turun rekod yang telah
disimpan melalui qr code dan boleh diletakkan di dalam fail rekod
penggunaan sebagai bukti penggunaan untuk dianalisis.
3.4.2.3 GPM berkata, kaedah imbasan ini lebih mudah dan menjimatkan
masa kerana pengguna tidak perlu menulis dan percaya bahawa
semua guru sentiasa membawa telefon bimbit bersama walau ke
mana sahaja mereka pergi.
3.4.2.4 Selain itu, penyelaras juga diminta supaya membuat label terhadap
bahan atau peralatan yang terdapat dalam bilik-bilik khas sebagi
rujukan dan memudahkan murid dan pelawat mengakses bahan dan
peralatan tersebut.

Tindakan : Ketua Panitia & Penyelaras Bilik-Bilik Khas

3.5 Koleksi Bahan/ Stok Bahan Buku
3.5.1 Bilangan Buku
3.5.1.1 Pada tahun 2020, guru-guru perpustakaan telah membuat semakan
stok buku yang terdapat di perpustakaan dan dibantu oleh PPS.
Berdasarkan pengiraan semula terhadap semua bahan buku di
perpustakaan, terdapat sebanyak 11000 buah buku.

3.5.1.2 Daripada jumlah tersebut, sebanyak 6000 buku perlu dilupuskan
kerana ada antaranya telah rosak, terlalu lama dan langsung tidak
sentuh atau dibaca oleh pengguna perpustakaan manakala,
selebihnya masih boleh digunakan dan berada di rak buku
perpustakaan.
Tindakan : Makluman semua guru

3.5.2 Nisbah Buku
3.5.2.1 Rentetan daripada masalah tersebut, PSS menghadapi masalah

kekurangan bahan buku untuk digunakan oleh pengguna. Ini kerana
nisbah buku yang ditetapkan kepada sekolah rendah adalah pada
1:15 manakala sekolah hanya mampu memberikan nisbah buku
kepada murid 1:09 sahaja. Jumlah ini tidak dapat menampung
bilangan murid yang ramai di sekolah ini.
3.5.2.2 Oleh hal yang demikian, PSS akan giat mencari penyelesaian agar
jumlah bilangan buku yang boleh dimanfaatkan oleh murid bertambah.
Berdasarkan jumlah bilangan buku yang tinggal, terdapat lambakan
buku yang mana mengikut Pengkelasan Dewey, buku 800 paling
banyak di perpustakaan. Buku 800 terdiri daripada buku-buku fiksyen
iaitu buku cerita dan novel.
3.5.2.3 PSS akan membuat pembelian buku baharu mengikut pengkelasan
Dewey yang mana buku 000 sehingga 900. Untuk Tahun 2021, PSS
akan menghentikan pembelian buku 800.
3.5.2.4 Selain daripada pembelian buku menggunakan wang PCG, PSS juga
telah menyusun beberapa strategi untuk menambah bilangan buku
dengan kempen 1murid1buku, kempen wakaf buku baharu dan
memohon sumbangan buku baharu daripada PIBG, ibu bapa, warga
sekolah serta orang ramai.
3.5.2.5 GPM meminta kepada semua guru, sekiranya mempunyai buku-buku
yang tidak digunakan tetapi masih elok agar dapat diberikan kepada
perpustakaan dan berhasrat agar guru-guru juga boleh
menyumbangkan buku-buku baharu kepada PSS

Tindakan : Unit Perpustakaan, GPM & Semua guru

3.5.3 Bahan Panitia
3.5.3.1 Mesyuarat mencadangkan panitia yang membuat pembelian bahan

panitia menggunakan PCG, hendaklah diserahkan kepada PSS untuk
direkodkan. Ini kerana segala pembelian yang dibelanjakan
menggunakan duit PCG perlu direkodkan di bawah PSS.
3.5.3.2 Pembelian bahan atau peralatan yang digunakan untuk tujuan PdP
sahaja perlu direkodkan di PSS. Bahan habis guna seperti alat tulis,
hadiah, keceriaan selain daripada bahan PdP hendak lah direkod oleh
panitia masing-masing.
3.5.3.3 Setelah bahan dan peralatan ini direkod dan mendapat nombor
perolehan, panitia boleh mengambil dan menguruskan bahan tersebut
di tempat panitia masing-masing atau diletakkan di bilik BBM yang
perlu direkodkan penggunaannya.

Tindakan : Penyelaras Bilik BBM & Ketua Panitia

3.6 Kewangan
3.6.1 Peruntukan PCG dan YKS
3.6.1.1 Kewangan PSS adalah melalui peruntukan PCG dan YKS yang
diberikan kepada semua sekolah setiap tahun. Pada Tahun 2020,
peruntukan PCG yang diturunkan untuk PSS adalah sebanyak
RM 13, 141.00. Jumlah ini dianggarkan sama atau mungkin lebih
berbanding tahun lepas kerana pertambahan bilangan murid yang
mendaftar di SK Lukut juga meningkat.

3.6.1.2 PSS telah merangka dan membuat anggaran perbelanjaan bagi PSS
menggunakan peruntukan yang diberikan dengan membahagikan
jumlah peruntukan yang akan diperoleh seperti berikut :

Perkara Perbelanjaan (%)
Bahan Buku 75%
Bahan Bukan Buku 15%
Bahan Habis Guna 10%

Tindakan : GPM & AJK Kerja PSS

3.6.2 Dana
3.6.2.1 Bagi menampung perbelanjaan, peruntukan yang diturunkan adalah

tidak mencukupi untuk menampung pembelian bahan-bahan lain
untuk kegunaan dan aktiviti PSS, PSS bercadang untuk mencari dana
sebagai alternatif kepada masalah ini.
3.6.2.2 PSS bercadang untuk mendapatkan dana melalui jualan majalah, alat
tulis seperti pen, pensil, buku nota, penanda buku yang dihasilkan oleh
PSS dan cenderamata PSS. Selain itu, kutipan dana juga melalui
aktiviti bermusim seperti hari guru, hari raya dan bulan kemerdekaan
dengan menjual kad ucapan dan hamper. Aktiviti lain yang boleh
menjana dana PSS adalah seperti tayangan video dan kuiz yang
dilakukan di PSS.
3.6.2.3 Dana yang diperoleh adalah untuk tujuan keceriaan PSS, sijil-sijil dan
hadiah kepada peserta yang menyertai aktiviti dan program yang
dianjurkan oleh PSS

Tindakan : GPM & AJK Kerja PSS

3.7 Aktiviti PSS
3.7.1 Pada Tahun 2020, banyak aktiviti dan program yang telah dirancang tidak
dapat dilaksanakan akibat pandemic Covid-19 ini. Walau bagaimanapun, PSS
telah berusaha mengadakan aktiviti dan pertandingan secara dalam talian
sebagai aktiviti mengisi masa lapang murid semasa Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
3.7.2 Walau bagaimanapun, GPM berasa sedikit kecewa dengan penyertaan dalam
kalangan warga sekolah terutama murid-murid yang kurang mendapat
sambutan. Namun, tidak mematahkan semangat PSS untuk terus
memberikan perkhidmatan dan mengadakan aktiviti untuk memeriahkan dan
mengekalkan peranan PSS di sekolah.
3.7.3 Untuk makluman, pada tahun 2020 terdapat satu program jaringan yang akan
dilaksanakan bersama GPM sekolah SK Raub, Pahang terpaksa
ditangguhkan kerana PKP. Program ini dianjurkan oleh PSS dengan
mendapat sokongan dan kerjasama daripada SSTP Negeri Sembilan kepada
semua GPM di daerah Port Dickson.
3.7.4 Mesyuarat berhasrat untuk meneruskan penganjuran program ini pada bulan
Februari 2021 sekiranya keadaan telah reda secara bersemuka.
3.7.5 PSS telah merancang pelbagai aktiviti dan program yang menarik dan
berimpak tinggi kepada murid-murid. Guru-guru boleh melihat dan
mengetahui aktiviti dan program yang telah dirancang dengan merujuk Buku
Pengurusan Sekolah (Lampiran 2).
3.7.6 Mesyuarat telah dimaklumkan bahawa semua aktiviti yang dirancang akan
dimaklumkan melalui kumpulan whatapps dan channel sekolah sekiranya
terdapat perubahan atau pelaksanaannya dari semasa ke semasa.
3.7.7 Mesyuarat juga berharap agar semua aktiviti yang dirancang dapat dilakukan
samada secara bersemuka atau secara dalam talian sekiranya masalah
pandemik ini masih belum selesai.
Tindakan : GPM & AJK Kerja PSS

3.8 Perkhidmatan PSS
3.8.1 Bilik Akses
3.8.1.1 Bilik Akses telah dipindahkan ke aras tiga dalam bilik perpustakaan
dan di sebelah bilik J-Qaf.
3.8.1.2 Terdapat 10 buah komputer baharu yang diuruskan oleh juruteknik
ICT dengan mempunyai capaian internet. Bilik ini akan mula
beroperasi pada hari pertama sesi persekolah tahun 2021.
3.8.1.3 Manual penggunaan PC akan ditampal pada monitor untuk
kemudahan pengguna dan perlu direkod penggunaannya pada PC
yang digunakan.
3.8.1.4 GPM menyeru dan mengajak semua pentadbir, guru, PIBG, ibu bapa
dan murid menggunakan khidmat yang disediakan oleh PSS dengan
berlapang dada dan secara berhemat.

3.8.2 Bilik Tayang
3.8.2.1 Bilik tayang juga telah dipindahkan di aras tiga bangunan blok B dan
berkongsi dengan bilik akses dan sudut SAL. Perkongsian ini
dilakukan kerana kekurangan bilik di SK Lukut.
3.8.2.2 Bilik ini juga mempunyai sebuah televisyen daripada kampus ASTRO.
3.8.2.3 GPM memaklumkan bahawa bilik ini tidak sesuai untuk menjalankan
aktiviti PdP kerana ruang yang sangat terhad dan dengan norma
baharu terpaksa menghadkan bilangan pengguna pada jumlah yang
sangat minimum kurang daripada 20 orang murid dalam satu-satu
masa.
3.8.2.4 Tiada perkhidmatan Astro untuk tujuan pendidikan. Walau
bagaimanapun, GPM akan mendapatkan kabel atau MY TV untuk
kegunaan murid dan guru pada waktu senggang.

3.8.3 Perpustakaan
3.8.3.1 Perpustakaan akan dibuka semula kepada semua murid dan warga
sekolah pada hari pertama persekolahan dengan mengikut SOP yang
telah ditetapkan oleh kerajaan.
3.8.3.2 Norma baharu ini, murid hanya dibenarkan masuk dan menggunakan
perpustakaan untuk aktiviti yang telah ditetapkan dengan jumlah
penguna yang terhad. PSS terpaksa menghadkan pergerakan dan
aktiviti pengguna di perpustakaan kerana tiada tenaga kerja untuk
mensanitasi perpustakaan setelah digunakan.
3.8.3.3 Bagi aktiviti pembacaan, murid hanya dibenarkan mengambil dan
membaca buku-buku yang dipamerkan di rak ‘Buku Pinjaman Minggu
Ini” sahaja bagi mengawal pergerakan pengguna.

3.8.4 Sirkulasi
3.8.4.1 Murid hanya dibenarkan meminjam bahan bacaan buku di
perpustakaan pada waktu penggunaan PSS kelas, waktu pagi, waktu
relif dan di waktu petang.
3.8.4.2 Pinjaman secara ‘sepintas lalu’ dilaksanakan bagi menghadkan
pergerakan murid dan penggunaan sistem automasi yang terhad
penggunaannya. Murid hanya perlu memillih buku-buku yang
dipamerkan di rak ‘Buku Pinjaman Minggu Ini’ untuk dipinjam.
3.8.4.3 Pemulangan bahan bacaan buku pula hanya dilakukan pada waktu
rehat sahaja oleh PPS dan guru PSS yang bertugas pada hari
tersebut.
3.8.4.4 Pinjaman/Pemulangan bahan bacaan buku ini masih lagi
menggunakan Kad Pinjaman PSS.
Tindakan : Makluman semua guru

3.8.5 Waktu Operasi Pusat Sumber Sekolah
3.8.5.1 Waktu operasi PSS adalah seperti berikut :

o Isnin, Selasa & Khamis – 7.40 – 2.00 petang
o Rabu – 7.40 pagi – 1.00 petang
o Jumaat – 7.40 pagi – 12.00 tengah hari
o Tutup – Cuti Sabtu, Ahad, Cuti Umum dan Cuti Sekolah

*Jika ada permintaan, perpustakaan akan dibuka pada waktu cuti

dan pada hari biasa selepas waktu persekolahan

3.8.5.2 Murid dan guru digalakkan menggunakan perpustakaan dengan

optimum dan pada bila-bila masa mengikut kesesuaian.

3.8.5.3 Jadual Penggunaan Perpustakaan dan Bilik-Bilik Khas akan diedarkan

kepada semua guru kelas untuk ditampal di kelas selewat-lewatnya

pada 1 Februari 2021.

Tindakan : GPM & Cg. Nur Fatin Syazirah

3.9 NILAM
3.9.1 Mesyuarat telah dimaklumkan bahawa NILAM merupakan salah satu elemen
yang penting dalam pengurusan PSS. Elemen ini juga terkandung dalam
instrument penilaian PSS yang merupakan kumpulan markah yang terbesar
dalam rubric pemarkahan.
3.9.2 Semua guru merupakan guru NILAM dan hendaklah memberikan perhatian
terhadap program dan pencapaiannya. Ini kerana NILAM merupakan salah
satu bahagian dalam menentukan kejayaan murid.
3.9.3 Dapatan PISA pada tahun 2018, menunjukkan tahap pembacaan rakyat
Malaysia dalam kalangan murid berada pada aras 2 dan ini menunjukkan
bahawa golongan muda tidak menguasai pembacaan dan tahap pengetahuan
sangat rendah.
3.9.4 Bagi meningkatkan aras ini, sekolah memainkan peranan dalam melahirkan
golongan muda yang celik pengetahuan melalui NILAM. Nilam merangkumi
aktiviti pengayaan selepas pembacaan, literasi maklumat dan aktiviti galakan
membaca.

3.9.5 Jawatankuasa NILAM
3.9.5.1 Mesyuarat bersetuju mewujudkan beberapa biro yang ditugaskan
untuk membantu penyelaras NILAM menguruskan program NILAM
dan menjalan tugas dengan lebih berfokus.
3.9.5.2 Berikut merupakan biro yang diwujudkan.

Merancang dan berkolaborasi dengan panitia

Biro Aktiviti - untuk mengadakan aktiviti NILAM dan galakan
Biro Data & Analisi
Biro Tokoh Nilam membaca

Biro Rekod & Fail - Mengumpul data NILAM daripada guru kelas
Biro Sijil NILAM dan membuat analisis

Melatih, membimbing dan membantu calon

- tokoh NILAM membuat persediaan untuk

Anugerah Tokoh NILAM

Menyemak rekod & fail NILAM murid dan kelas

- diisi dan diletakkan di tempat yang mudah

diakses

- Mendapatkan senarai nama murid yang
mendapat 1 – 5 Bintang

- Cetak sijil NILAM murid mengikut bintang

Menyerahkan sijil NILAM murid kepada guru

- kelas untuk rekod dalam PAJSK dan simpanan

murid

3.9.6 Aktiviti NILAM
3.9.6.1 Program NILAM perlu dilaksanakan secara berterusan kerana amalan

membaca merupakan amalan yang perlu dilakukan setiap masa bagi
memupuk tabiat membaca dalam kalangan masyarakat.

3.9.6.2 Pelaksanaannya dilaksanakan sepanjang tahun dengan bantuan dan
sokongan daripada semua pihak termasuk ibu bapa.

3.9.6.3 Sepanjang PKP, NILAM telah dilaksankan secara dalam talian bagi
meyemai dan memupuk minat murid membaca di rumah.

3.9.6.4 Pada tahun 2021, pelbagai aktiviti dan program NILAM telah
dirancang untuk memupuk dan menggalakkan murid membaca dan
menjadikan tabiat membaca sebagai rutin harian warga SKL

3.9.6.5 Aktiviti NILAM yang utama adalah membaca dan merekod bahan
bacaan yang perlu dilakukan oleh semua murid dengan bantuan dan
bimbingan daripada semua guru. Diharap semua guru tidak
mempunyai masalah untuk menerangkan kepada murid cara merekod
NILAM.

3.9.6.6 Semua guru diminta membuat sekurang-kurangnya sekali aktiviti
NILAM kepada semua kelas yang diajar dalam sebulan mengikut mata
pelajaran yang diajar di dalam kelas.

3.9.7 NILAM Mobile Book
3.9.7.1 PSS menyediakan kemudahan NILAM Mobile Book untuk digunakan
oleh guru mata pelajar di dalam kelas. Ini adalah pinjaman buku pukal.

3.9.8 Resensi Buku
3.9.8.1 Dilaksanakan oleh PPS yang bertugas. PPS akan membuat resensi

buku yang dibaca pada setiap hari Selasa pada waktu rehat di
perpustakaan sama ada di sudut bercerita atau membuat video dan
pada hari Khamis sebelum PdP bermula pada waktu pagi.

3.9.9 Santapan Minda
3.9.9.1 Resensi atau ulasan buku oleh guru-guru SKL pada setiap hari Selasa

sebelum PdP bermula. Guru yang akan membuat resensi ini adalah
guru-guru yang bertugas mengikut minggu. Berbincang dalam
kumpulan guru yang akan membuat resensi buku ini.
3.9.9.2 Buku yang dipilih adalah sama ada daripada koleksi peribadi guru dan
murid atau buku yang terdapat di perpustakaan. Resensi buku
merupakan promosi buku yang dibaca oleh pemilik buku untuk
memberitahu pembaca lain tentang buku yang dibaca dan menarik
minat pembaca lain untuk membaca buku tersebut.
3.9.9.3 Banyak lagi aktiviti lain yang telah dirancang. Guru-guru boleh merujuk
pada Buku Pengurusan Sekolah (seperti di Lampiran 3)

Tindakan : Penyelaras NILAM & Semua guru

3.9.10 Borang NILAM

3.9.10.1 Borang NILAM adalah borang yang diisi oleh murid.

3.9.10.1 Bermula tahun 2021, PSS memutuskan agar tidak

menggunakan buku NILAM untuk merekod bahan bacaan buku

oleh murid sebaliknya merekod bahan bacaan buku di dalam

borang NILAM.

3.9.10.2 Borang NILAM berharga RM0.50 dan boleh dibeli di

perpustakaan sekolah melalui penyelaras NILAM, GPM, guru

perpustakaan atau PPS yang bertugas.

3.9.10.3 Borang ini akan disimpan di perpustakan dalam fail NILAM

Kelas. Murid tidak dibenarkan menyimpan dan membawa

pulang borang ini ke rumah.

3.9.10.4 Walau bagaimanapun, bagi murid yang masih lagi mempunyai

baki Buku NILAM, boleh menggunakan buku tersebut sehingga

habis, dan buku tersebut juga hendaklah diserahkan kepada

guru kelas untuk kegunaan di dalam kelas.

Tindakan : Makluman & Guru Kelas

3.9.11 Perekodan NILAM

3.9.11.1 Aktiviti perekodan NILAM oleh murid dilaksanakan dengan dua

cara iaitu Borang NILAM dan e-NILAM. Kedua-dua bentuk

perekodan ini perlu dilakukan oleh semua murid.

3.9.11.2 Perekodan NILAM menggunakan Borang NILAM dilaksanakan

di sekolah dan di dalam kelas. Murid melakukan aktviti NILAM

bersama guru di dalam kelas. Kepada guru mata pelajaran

yang menjalankan aktiviti NILAM di dalam kelas, guru tersebut

hendaklah mengambil fail NILAM Kelas di perpustakaan,

kemudian edarkan kepada murid. Murid akan merekod NILAM

bersama guru mata pelajaran.

3.9.11.3 Perekodan NILAM di rumah adalah melalui e-NILAM secara

dalam talian. Murid yang ingin merekod bahan bacaan di

rumah, boleh merekod e-NILAM pada pautan

http://bit.ly/skl-site

3.9.11.4 Data e-NILAM ini akan dicetak dan dimasukkan dalam fail

NILAM Kelas untuk memudahkan guru kelas mengumpul dan

mengambil data NILAM untuk diberikan kepada Biro Data &

Analisis untuk tindakan selanjutnya.

Tindakan : Guru Kelas & Biro Data & Analisis

3.9.12 Data Nilam Data NILAM akan dikutip dan diserahkan kepada SSTP pada
3.9.12.1 setiap tahun untuk melihat trend pembacaan dalam kalangan
3.9.12.2 murid sekolah.
3.9.12.3 Melalui data NILAM ini juga penyelaras dapat mengambil
3.9.12.4 tindakan dan membuat perancangan aktiviti terhadap sikap
3.9.12.5 dan amalan membaca murid.
Tujuan perekodan di sekolah dan di rumah dilaksanakan
3.9.12.6 bertujuan untuk mendapatkan data NILAM yang tepat dan
telus.
Data NILAM akan dikutip pada bulan April, Julai dan Oktober.
Data ini akan dikumpulkan oleh Biro Data & Analisis sebelum
disahkan dan dihantar ke SSTP.
Guru kelas perlu mengumpul dan merekod data NILAM murid
dalam template yang telah disediakan berdasarkan Borang
NILAM Murid. Kemudian, data murid tersebut akan
dipindahkan ke dalam template Kelas dan serahkan data
NILAM kelas kepada Biro Data & Analisis
Template murid (diisi oleh guru) dan Kelas boleh diisi di pautan
google drive https://bit.ly/nilam-tahun-2021

Tindakan : Biro Data & Analisis & Guru Kelas

3.9.13 Tokoh NILAM

3.9.13.1 Mesyuarat memaklumkan, pada tahun 2020, PSS tidak

menghantar wakil untuk Anugerah Tokoh NILAM akibat

terdapat beberapa masalah dan bimbang kepada wabak

pandemik ini. Kesukaran memilih calon yang bersesuaian

kerana murid terlibat dengan PdPr.

3.9.13.2 Setelah membuat perbincangan dan pertimbangan, PSS akan

menghantar wakil calon ke Anugerah Tokoh NILAM pada

tahun ini.

3.9.13.3 Mesyuarat telah bersetuju mencalonkan adik Muhammad

Isyraf bin Razali dari kelas 5 Putra bagi kategori Bahasa

Inggeris manakala, adik Nur Iman Amani binti Mohd Shubli

juga dari kelas 5 Putra bagi kategori bahasa Melayu untuk ke

Anugerah Tokoh NILAM.

3.9.13.4 Tarikh bagi anugerah ini masih tidak diketahui dan akan
3.9.13.5 dimaklumkan kelak. Pihak yang terlibat boleh membuat
persediaan dan persediaan awal.
3.9.13.6 Di peringkat sekolah juga, PSS akan membuat pemilihan
3.9.13.7 Tokoh NILAM dalam kalangan murid dan guru. Pemilihan
tokoh NILAM Murid dan Guru ini adalah berdasarkan kepada
jumlah bahan bacaan terbanyak dalam tempoh persekolahan
dan akan disaring melalui beberapa ujian dan temuduga.
Tokoh NILAM Murid dan Guru akan dinobatkan pada bulan
November 2021 dalam Majlis Anugerah Pusat Sumber Sekolah
dan Anugerah NILAM 2021.
Mesyuarat menyeru supaya semua guru menyertai program
dan bersama-sama membuat NILAM sebagai contoh kepada
murid-murid selain memberikan motivasi dan meningkatkan
semangat kepada murid untuk terus membaca.
Tindakan : Penyelaras NILAM, Biro Tokoh NILAM & Semua Guru

4.0 Hal-hal lain.
4.1 Kad Pengguna PSS
4.1.1 Semua murid dikehendaki memiliki Kad Pengguna PSS sebagai tiket masuk
ke PSS.
4.1.2 Kad ini boleh dibeli di perpustakaan dengan harga RM1.50 untuk murid biasa
dan RM1 untuk PPS.
4.1.3 Kad ini digunakan sebagai daftar masuk pengguna PSS di kaunter
pendaftaran sebelum memasuki PSS. Kad ini akan ditinggalkan di kaunter
pendaftaran setelah mengambil bacaan suhu. Kad yang ditinggalkan akan
digunakan oleh PPS untuk mengambil maklumat sebagai rekod penggunaan
PSS dan mengelakkan berlakunya kesesakan di kaunter pendaftaran.
Tindakan : Makluman semua guru

5.0 Ucapan Penangguhan.
5.1 Sebagai penutup, Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua
guru dan Pn. Mastura atas kehadiran pada perjumpaan kali ini dan memohon agar
semua guru dapat memberi kerjasama, mempertingkatkan kualiti kerja dan
memainkan peranan masing-masing dengan optimum bagi memastikan
kecemerlangan PSS.
5.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pagi.
5.3 Mesyuarat bil 2/2021 akan diadakan pada bulan Mac. Tarikh akan diberitahu kelak.

Dicatat dan sediakan oleh :
(SHAZRIZULIANA BINTI SALIMON)
Setiausaha,
Pusat Sumber Sekolah,
SK Lukut.

Disemak oleh, Disahkan oleh,
(DATIN HJH SALMAH BINTI HJ BUANG) (SAFINAZ BINTI NORDIN)
Timbalan Pengerusi, Pengerusi,
Pusat Sumber Sekolah, Pusat Sumber Sekolah,
SK Lukut. SK Lukut

Lampiran 1

JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH 2021

PENGERUSI PIBG
Pn. Safinaz binti Nordin

Guru Besar

TIMBALAN PENGERUSI

Datin Hajah Salmah binti Hj Buang
Guru Penolong Kanan Pentadbiran

NAIB PENGERUSI 1 NAIB PENGERUSI 2 NAIB PENGERUSI 3
En Ramlan bin Hj Rahim En. Mohd Zakwan bin Zainudin Hajah Shahrani binti Talib
Guru Penolong Kanan HEM Guru Penolong Kanan Khas
Guru Penolong Kanan Kokurikulum

SETIAUSAHA
Pn. Shazrizuliana binti Salimon
Guru Perpustakaan dan Media

SETIAUSAHA
Cik Nur Fatin Syazirah binti Mohd Jidin

AHLI JAWATANKUASA

KETUA PANITIA KETUA BILIK-BILIK KHAS

BM Pn. Norliza binti Abdul Mulup BILIK PENGURUSAN
BI Pn. Siti Rohani binti Mahidin @ Hj. Din
MT Cik Noorazwina binti Mihad Perpustakaan Pn. Shazrizuliana Salimon
SN Pn. Norazuraini binti Zakaria
PAI En. Sidek bin Mat Jusoh Bilik Akses/ Pn. Arni Asreena binti Aziz
BA Pn. Noraislda binti Mat Nor
PSV Pn. Norzamzila binti Yasin Tayang
MZ Cik Nur Diyana binti Zubiruddin
SJ Pn. Norlaile binti Daud Bilik BBM En. Bazli bin Mat Nawang
PM En. Mohd Shahril bin Rahmat
PJPK Pn. Nurhidayah binti Aziz Makmal
RBT En. Anwarridza bin Rusman
TMK En. Muhammad Fakhrullah bin Mohd Komputer Pn. Jalila binti Jamar

Nasir Sudut Sal Pn. Nur Hidayah bt Mohd Roston
BC Cik Cheok Hui LI
BT Pn. Amutha a/p Selorarajy BILIK RANGKAIAN

UNIT NILAM Seperti Lampiran
Pn. Noor Afiqah binti Samsudin
UNIT PERPUSTAKAAN
Cik Nur Fatin Syazirah binti Mohd Jidin

UNIT PENGAWAS
Pn. Siti Nurul Fatihah binti Mat Safien

UNIT PROMOSI
Pn. Siti Asyuura binti Jalaludin

AJK:
1. Ketua Bilik Khas

 Bilik Pengurusan

Perpustakaan : Pn. Shazrizuliana binti Salimon

Pusat Akses/Bilik

Tayang : Pn. Arni Asreena binti Aziz

Sudut Sal : Pn. Nur Hidayah binti Mohd Roston

Bilik BBM : En. Bazli bin Mat Nawang

Makmal Komputer : Pn. Jalila binti Jamar

 Bilik Rangkaian

Bilik J-qaf : Pn. Siti Rohana binti Mohd Ali
Bilik Bahasa Tamil : Pn. Amutha a/p Selorarajy
Bilik Pend. Moral : Pn. Geetha a/p Narayanan
Bilik B & K : Pn. Melati binti Basiron
Bilik Pemulihan : Pn. Syariffah Nur Azzillah binti
Bilik Gerakan : Pn. Nor Azura binti Md Nor
Bilik Bahasa Cina : Cik Cheok Hui Li
Bilik Guru : Pn. Noraislda binti Mat Nor
Bilik Peperiksaan : Pn. Wajiha binti Md Salleh
Surau : Pn. Hamidah binti Nazimuddin
Bilik Prasekolah : Pn. Zalinor binti Mohd Nor
Bilik PPKI : Pn. Nur-Ul Shahada binti Redza
Bilik PPDA : Pn. Norlaile binti Daud
Bilik Kesihatan : Pn. Zainun binti Mohamed
Bilik Sains 1 : Pn. Norazuraini binti Zakaria
Bilik Sains 2 : En. Razmee bin Ayop
Bilik Sukan : En. Muhammad Akmal Hakim bin Sabtu
Bilik Muzik : Cik Nur Diyana binti Zubiruddin
Bilik Seni Visual : Pn. Norzamzila binti Yasin
Bilik BOSS : Pn. Noraniza binti Aziz
Bilik BOSD : Pn. Khusna binti Ismail
Bilik RBT : En. Anwarridza bin Rusman
Koridor Ilmu : Pn. Noraizan binti Nordin
Taman Sekolah : Pn. Norizan binti Mat
Wakaf Ilmu : Pn. Rozida binti Mohamad Rodzi

JAWATANKUASA KERJA PUSAT SUMBER SEKOLAH 2021

PENASIHAT
Pn. Safinaz binti Nordin

Guru Besar

PENGERUSI

Datin Hajah Salmah binti Hj Buang
Guru Penolong Kanan Pentadbiran

SETIAUSAHA
Pn. Shazrizuliana binti Salimon
Guru Perpustakaan dan Media

AHLI JAWATANKUASA

UNIT PERPUSTAKAAN UNIT BILIK PENGURUSAN

STOK Perpustakaan Pn. Shazrizuliana Salimon
Pn. Shazrizuliana binti Salimon
Pn. Nurul Amirah Hazirah binti Ibrahim Bilik Akses/ Pn. Arni Asreena binti Aziz

PROSES BUKU Tayang
Cik Nur Fatin Syazirah binti Mohd Jidin
Pn. Syariffah Nur Azzillah binti Syed Ismail Bilik BBM En. Bazlli bin Mat Nawang

KECERIAAN Makmal
Pn. Zarina binti Non @ Zainun
En. Mohd Shariff bin Yusof Komputer Pn. Jalila binti Jamar

UNIT NILAM Sudut Sal Pn. Nur Hidayah binti Mohd Roston
Pn. Noor Afiqah binti Samsudin
UNIT PENGAWAS
Pn. Siti Nurul Fatihah binti Mat Safien

UNIT PROMOSI
Pn. Siti Asyuura binti Jalaludin

UNIT BULETIN
En. Sidek bin Mat Jusoh

JAWATANKUASA nilam PUSAT SUMBER SEKOLAH 2021

PENASIHAT
Pn. Safinaz binti Nordin

Guru Besar

PENGERUSI

Datin Hajah Salmah binti Hj Buang
Guru Penolong Kanan Pentadbiran

NAIB PENGERUSI

Pn. Shazrizuliana binti Salimon
Guru Perpustakaan & Media

PENYELARAS
Pn. Noor Afiqah binti Shamsudin

SETIAUSAHA
Pn. Nurshuhaila binti Rasli

AHLI JAWATANKUASA

BIRO AKTIVITI BIRO DATA & ANALISIS

Pn. Norainifaridah binti Kaliwan Pn. Siti Fatimah binti Ilyah

BIRO TOKOH NILAM BIRO REKOD & FAIL

Pn. Norliza binti Abdul Mulup (BM) Pn. Zani binti Hamzah
Pn. Siti Rohani binti Mahidin @ Hj. Din (BI) Semua Guru Kelas

BIRO SIJIL NILAM

Pn. Nur-Ul Shahada binti Redza

Lampiran 2

Perancangan program dan aktiviti tahunan
Pusat sumber sekolah bagi tahun 2021

PROGRAM/ J F MAM J J O S O N
BIL AEA P EUUGEKO
NBCR I NLOPTV
AKTIVITI

1 Mesyuarat Pusat Sumber

- Mesyuarat AJK Induk PSS
- Mesyuarat AJK Kerja PSS
- Mesyuarat AJK NILAM
- Mesyuarat AJK Pengawas PSS
2 Program Jom Ke Pusat Sumber SK Lukut

- Pengunjung Bertuah

- Pengunjung PSS Setia (Guru & Murid)

- Peminjam Terbanyak (Guru & Murid)
- Jom Baca Surat Khabar & Sarapan

Percuma
3 Orientasi PSS

4 Promosi Buku Baharu

5 Pinjaman dan Pemulangan Buku PSS

6 Literasi Maklumat

- Bengkel Literasi Maklumat dalam PdPc
7 Pameran Bertema

- Kenali Pusat Sumber
- Tahun Baru Cina
- Israk Mikraj
- Hari Raya Aidilfitri
- Hobi
- Bulan Kebangsaan

- RBL

- Panitia
8 Bengkel Pemantapan Kemahiran PPS

- Bengkel Proses Teknik Buku

- Bengkel Organisasi Bahan

- Bengkel Bahan Bukan Buku
9 Watikah Pelantikan PPS

10 Bengkel Peningkatan Kompetensi GPM dalam
Norma Baharu

11 Pertandingan Bilik-bilik Khas

12 Pertandingan Sudut Panitia

13 Lawatan ke Muzium Kota Lukut

14 Rakan Perpustakaan Awam

15 Minggu Panitia

16 Bengkel Penulisan

17 IFLA Junior PPS

18 Minggu PSS

19 Kem Cilik Angkasa Mini

20 Kursus Pengucapan Awam

21 Karnival Keusahawanan PSS

22 Temuduga Pengawas Pusat Sumber bagi Tahun
2022

23 Gotong-royong PSS

24 Aktiviti Pasca UPSR & Peperiksaan

- Tayangan Video (Wayang)

- Pertandingan Menghias kek
- Pertandingan Permainan Tradisional

(Dalaman)
- Tulisan Tercantik

25 Jamuan Akhir Tahun PPS
26 Program Dana Sumber Kewangan PSS

- Jualan Hari Sukan Sekolah
- Jualan Kelas Insentif Tahun 6
- Jualan Hari Guru
- Jualan Poskad Hari Raya
- Jualan Cenderamata PSS
- Jualan Hari Anugerah Cemerlang
27 Anugerah PSS 2021

Lampiran 3

Perancangan program nilam & gerakan membaca
Pusat sumber sekolah bagi tahun 2021

PROGRAM/ J F MAM J J O S O N
BIL AEA P EUUGEKO
NBCR I NLOPTV
AKTIVITI

1 Cakna NILAM
2 Promosi NILAM
3 Kemaskini Sudut NILAM Perpustakaan
4 Semarak NILAM & Dekad Membaca

- 5 minit
- Laluan Iqra’
- e-NILAM
- NILAM Mobile Book
- Sudut NILAM di bilik-bilik khas
- Resensi Buku (Murid)
- Santapan Minda (Guru)
- Duta NILAM
- Perekodan NILAM Beramai-ramai
- 15 minit Bersama Buku
- 30 minit Bacaan Serentak
- Fun Walk with A Book
- Pameran & Jualan Buku
- Akulah Penglipur Lara
- Speakers Corner & Penerapan Nilai Murni
- Tokoh NILAM
- Pengisian Data NILAM

- Pembaca Bahan Bacaan Terbanyak
Guru/Murid

- Tokoh NILAM Guru/Murid

- Peminjam Bahan Bacaan Terbanyak
Guru/Murid

- Pencapaian NILAM Kelas Terbaik

5 Majlis Anugerah NILAM


Click to View FlipBook Version