The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PAMERAN BERTEMA - KURMA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by eddylia83, 2021-04-15 12:20:24

KURMA

PAMERAN BERTEMA - KURMA

Keywords: KURMA

Makanan Sunnah Rasulullah

CikguLia_ProjekCuti2Sekolah

Setiap kali menjelang Ramadan pasti
akan kedengaran di corong radio
dan siaran televisyen iklan kurma
yang merupakan makanan sunnah
setiap kali berbuka puasa.

CikguLia_ProjekCuti2Sekolah

Buah kurma adalah dari pokok kurma iaitu
sejenis pokok palma dalam genus Phoenix.
Kurma telah menjadi makanan harian
penduduk Timur Tengah selama beribu-ribu
tahun.

Pohon ini dipercayai berasal dari
sekitar Teluk Parsi, dan telah ditanam sejak
zaman silam dari zaman Mesopotamia ke
zaman Mesir Purba seawal tahun 4000 SM.
Malah terdapat bukti arkaeologi tentang
penanaman kurma di Arabia timur pada
tahun 6000 SM.

CikguLia_ProjekCuti2Sekolah

Kurma masak dalam empat peringkat

iaitu kimri (matang), khalal (saiz-penuh,
rangup), rutab (masak, lembut),
dan tamar (masak, kering matahari). Namun,

di Malaysia kita biasanya menikmati kurma
jenis tamar, iaitu kurma yang telah kering.

CikguLia_ProjekCuti2Sekolah

KURMA AJWA
Ditanam di Madinah Munawara, Arab

Saudi.
Kurma hitam yang manis, dengan rasa

buah yang segar
Bersaiz kecil dan bertekstur lembut.
Bijinya berbentuk oblong dan

bertekstur kasar

CikguLia_ProjekCuti2Sekolah

KURMA MABROOM
Ditanam di Semenanjung Barat Arab

Saudi.
Kurma yang lembut dan kering.
Berbentuk panjang dan kurus.
Mempunyai kulit yang hampir lut dan

berwarna coklat.
Rasanya yang unik dan kenyal.

CikguLia_ProjekCuti2Sekolah

KURMA SAFAWI
Ditanam di Arab Saudi.
Kurma yang lembut dan semi-kering.
Berwarna hitam, panjang dan bersaiz

sederhana.
Mempunyai persamaan rasa seperti

Kurma Ajwa
Mudah didapati sepanjang tahun.

CikguLia_ProjekCuti2Sekolah

KURMA SAYER
Separuh kering, berkulit nipis, dan

mempunyai rasa yang unik.
Berbentuk panjang dan bujur.
Bermula daripada warna kuning,

kuning gelap, dan menjadi merah atau
coklat gelap apabila telah masak.
Juga dikenali sebagai Stamaran.

CikguLia_ProjekCuti2Sekolah

KURMA MAZAFATI
Berwarna gelap, lembut, bersaiz

sederhana.
Rasa yang manis dan berkelembapan

yang tinggi.
Isi yang tebal berasal dari Iran.
Dikenali sebagai Kurma Kimia dan

Kurma Bam.

CikguLia_ProjekCuti2Sekolah

KURMA PIAROM
Bulat berwarna hitam-coklat.
Panjang, kurus, berbentuk bujur, kulit

nipis dan kulit hampir berwarna hitam.
Bersaiz besar.
Mempunyai rasa dan rupa yang unik,
Nama lain Kurma Mariami @ Kurma

Coklat.

CikguLia_ProjekCuti2Sekolah

KURMA RABBI
 Kurma lembut, coklat gelap dan

kadangkala kelihatan kemerah-
merahan.
 Buah kurma Rabbi adalah separuh
kering yang panjang dan mempunyai
kandungan kelembapan di bawah
15%.

CikguLia_ProjekCuti2Sekolah

KURMA KABKAB
 Kurma gred AA ditanam di kawasan

tropikal Iran.
 Lembut, basah, bersirap.
 Berwarna coklat gelap dan lebih

panjang daripada kurma biasa.

CikguLia_ProjekCuti2Sekolah

KURMA ZAHIDI
 Tebal, kecil dan bujur.
 Mempunyai penampilan seperti keras,

berkilat dan kering, kulit buah akan
memisah daripada bahagian isi.
 Rasanya kurang manis.
 Sesuai untuk pengidap diabetes atau
kencing manis

CikguLia_ProjekCuti2Sekolah

KURMA MEDJOOL
 Sukar ditanam.
 Mahal, bersaiz besar, berwarna

kuning gelap kemerah-merahan.
 Tekstur berserabut dan sangat manis.
 Mempunyai rasa seperti karamel.
 Dikenali sebagai Kurma Berlian.

CikguLia_ProjekCuti2Sekolah

KURMA DEGLET NOOR
 Berasal dari Algeria.
 Lembut, warna lut dan rasa lembut

seperti madu.
 Deglet Noor dalam bahasa Arab

bermaksud Ratu Kurma

CikguLia_ProjekCuti2Sekolah

Kurma mempunyai isi yang lembut, mudah cerna dan gula ringkas
seperti fruktosa dan dextrose. Malah ia juga turut memberi tenaga
segera kepada pemakannya. Itulah sebabnya buah kurma sering
menjadi amalan sewaktu berpuasa di bulan Ramadhan.

Selain kerana sunnah Rasulullah saw, umat Islam mengamalkan
buah kurma sewaktu bersahur dan berbuka puasa sebagai pemberi
tenaga setelah lapar berpuasa.
Menurut kajian bersama penyelidik dari Amerika Syarikat dan Mesir
pada tahun 2020, kurma mengandungi 70% karbohidrat memberikan
157 kalori tenaga bagi kurma segar dan 300 kalori bagi kurma kering.

Menariknya, kurma mempunyai indeks glisemik yang rendah.
Hal ini menyebabkan kadar serapan gula yang perlahan dan terkawal
oleh badan untuk jangka masa yang panjang lalu menerangkan
hikmah pengambilan kurma untuk bertahan di bulan puasa.

CikguLia_ProjekCuti2Sekolah

Ini pula khasiat kurma untuk perut kita.Buah kurma kaya
dengan serat makanan sekitar 8 gram bagi setiap 100 gram
hidangan, yang menghalang penyerapan kolesterol jahat
(LDL).

Kajian penyelidik di Amerika Syarikat pada tahun 2008

yang diterbitkan dalam jurnal Critical Reviews in Food Science
and Nutrition mendapati bahawa kurma mengandungi 73%

serat makanan yang membantu sistem penghadaman yang
lebih baik.

Di samping itu, ia juga berfungsi seperti julap lembut yang
melancarkan pembuangan najis kerana kandungan seratnya.
Selain itu, ia juga membantu melindungi dinding usus daripada
bahan kimia penyebab kanser yang terdapat di dalam kolon.

CikguLia_ProjekCuti2Sekolah

Kurma juga mengandungi vitamin A (149 IU atau 5%
daripada RDA setiap 100 g). Vitamin A mempunyai sifat
antioksidan dan bagus untuk mata. Di samping itu, diperlukan
untuk mengekalkan mukosa dan kulit yang sihat.

Pengambilan buah-buahan semulajadi yang kaya dengan
vitamin A juga dapat mencegah risiko kanser paru-paru dan
rongga mulut.Ini merupakan khasiat buah kurma untuk
kecantikkan.

Selain itu, kurman mengandungi lebih 23 asid amino yang
tidak dijumpai dalam buah-buahan lain yang popular seperti
oren, anggur, epal dan pic.

Asid amino ini membantu pembentukan protein untuk
kegunaan tubuh yang lebih sihat.

CikguLia_ProjekCuti2Sekolah

Kurma juga mengandungi antioksidan flavonoid
polifenol yang dikenali sebagai tanin. Tanin mempunyai
ciri-ciri anti jangkitan, anti radang, dan anti pendarahan
(mencegah risiko pendarahan kecil).

CikguLia_ProjekCuti2Sekolah

Kurma juga mengandungi flavonoid seperti beta
karoten, lutein, dan zeaxanthin. Antioksidan ini
mempunyai keupayaan untuk melindungi sel-sel dan
struktur lain dalam tubuh daripada kesan berbahaya
radikal bebas.
Tambahan pula, sekumpulan penyelidik dari Nigeria pada
tahun 2014, menjumpai beberapa lagi sebatian
antioksidan yang baik untuk kesihatan kita, antaranya
anthocyanin, fenolik, sterol, karotenoid dan
procyanidins.

CikguLia_ProjekCuti2Sekolah

Kurma adalah sumber zat besi yang sangat baik.
Selain itu, mengandungi 0.90 mg / 100 g buah (kira-kira

11% daripada RDA – Recommended Dietary Allowances).

Zat besi merupakan komponen hemoglobin di dalam sel
darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen
dalam darah. Kekurangan zat besi akan menyebabkan
anemia (kurang sel darah merah).

CikguLia_ProjekCuti2Sekolah

Kurma adalah sumber potassium yang baik. 100 gram
kurma mengandungi 696 mg atau 16% daripada RDA.
Potassium merupakan komponen penting dalam sel dan
cecair badan yang membantu mengawal kadar jantung
dan tekanan darah.

Oleh itu, potassium dapat mengurangkan risiko strok
dan penyakit jantung koronari.

CikguLia_ProjekCuti2Sekolah

Buah kurma juga kaya dengan mineral seperti kalsium,
mangan, zat besi, dan magnesium. Kalsium sangat
penting dalam pembentukan tulang dan gigi. Selain itu,
diperlukan oleh badan untuk penguncupan otot,
pembekuan darah, dan pengaliran denyutan saraf.

Badan manusia menggunakan mangan sebagai faktor
utama untuk enzim antioksidan. Zat besi pula diperlukan
untuk pengeluaran sel darah merah. Magnesium pula
penting untuk pertumbuhan tulang.

CikguLia_ProjekCuti2Sekolah

Buah kurma juga mengandungi kumpulan vitamin B-
kompleks serta vitamin K. Antara vitamin B yang
terkandung di dalam buah kurma adalah pyridoxine
(vitamin B-6), niacin, asid pantothenic, dan riboflavin.

Vitamin ini bertindak membantu tubuh untuk
metabolisme karbohidrat, protein, dan lemak. Vitamin K
pula fungsi utamanya adalah membantu proses
pembekuan darah dan menghentikan pendarahan.

CikguLia_ProjekCuti2Sekolah

Mengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam
buku Tempoh Mengandung Dari Segi Perubatan, Fiqhiyah
dan Perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus
kurma:
• Menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran
• Memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-

bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan
proses kelahiran bayi.
• Mengurangkan tumpah darah.
• Menguatkan organ rahim.
• Berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

CikguLia_ProjekCuti2Sekolah

Kebaikan buah kurma turut disebut dalam al-Quran dan hadith. Oleh sebab itu,
para saintis mengambil peluang untuk mengkaji kehebatan buah kurma.

Kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain Pensyarah Fakulti Sains dan
Bioteknologi Universiti Putra Malaysia pula menunjukkan bahawa jus kurma
membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan
barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan
melawaskan.

Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir, khasiat kurma terbukti membantu
memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan
minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak.

Kurma juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari
penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu
mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.

Kurma bukan dinikmati begitu sahaja sama ada secara segar atau kering. Ia
sering dijadikan sebagai pencuci mulut. Resepi buah kurma juga telah
dipelbagaikan untuk memenuhi selera dan komersial seperti kurma coklat, jus
kurma, susu segar perisa kurma dan banyak lagi.

CikguLia_ProjekCuti2Sekolah

Bahan-Bahan:
1 tin susu pekat yang sejuk
750ml krim putar
1 sudu kecil serbuk vanila
¼ sudu besar kayu manis
225g kacang badam
100g kacang pistacio
150g kurma, dicincang
60ml sirap kurma

Cara-Cara:
1. Masukkan susu pekat, krim putar dan serbuk vanila dalam mangkuk pengadun. Pukul semua

bahan dengan menggunakan mesin pengadun elektrik.
2. Pukul sehingga pekat dan berkrim. Selepas itu, masukkan badam, pistacio dan kurma dalam

adunan krim.
3. Tuang separuh campuran adunan ke dalam bekas bersaiz 12cm x 23 cm yang dilapik.
4. Titiskan sirap kurma di atas adunan krim tersebut dengan rata dan kacau sedikit.
5. Tutup dulang tersebut dan simpan dalam peti beku. Bekukan selama sekurang-kurangnya

12 jam sehingga mengeras.
6. Keluarkan dari peti beku dan biat selama 3 minit sebelum mula menghidang.

CikguLia_ProjekCuti2Sekolah

Bahan-bahan:
7 biji kurma
3 biji pisang (dibekukan)
2 cawan susu rendah lemak
1 sudu kecil serbuk kayu manis

Cara-cara:
1. Buang biji kurma dan rendam dalam air panas untuk

lembutkan isi kurma.
2. Masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar.
3. Kisar hingga pekat dan sebati.
4. Sedia untuk diminum.

CikguLia_ProjekCuti2Sekolah

Bahan-Bahan:
1 cawan (10 biji) kurma, dibuang biji
1/2 cawan kacang panggang tanpa garam
1/2 sudu kecil garam

Cara-Cara:
1. Letakkan kurma dalam pemproses makanan. Kisar

kurma tersebut sehingga menjadi pes.
2. Masukkan kacang dan garam. Sambung kisar sehingga

kacang dicincang halus.
3. Menggunakan tangan lembap, adunan diuli menjadi

bebola kecil.
4. Simpan dalam bekas kedap udara pada suhu bilik.

CikguLia_ProjekCuti2Sekolah

Buah kurma sangat kaya dengan nutrien
yang diperlukan oleh badan. Mengandungi
tinggi tenaga, rendah kalori, tinggi
karbohidrat, tiada kolesterol dan lemak
trans.

Kurma bukan sahaja baik untuk kesihatan
badan, tetapi juga dapat membantu mereka
yang ingin menurunkan berat badan. Selain
berkhasiat, kurma juga sedap dimakan.

Boleh dijadikan snek, pencuci mulut mahupun
menu minum petang.

CikguLia_ProjekCuti2Sekolah


Click to View FlipBook Version