The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by eddylia83, 2021-05-22 08:46:45

PAMERAN BERTEMA - HARI RAYA AIDILFITRI

PAMERAN BERTEMA - HARI RAYA AIDILFITRI

Keywords: AIDILFITRI

CikguLia_ProjekCuti2Sekolah



Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah.
Perayaan ini juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya
Fitrah atau Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri
merupakan perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh
dunia tidak kira bangsa sama ada Arab, Inggeris, Melayu,
India-Muslim, Cina-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia
yang beragama Islam menandakan berakhirnya bulan
Ramadan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa
dengan tekun. Perayaan ini merupakan antara dua perayaan
terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Kurban.

Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah

(melihat anak bulan) ataupun secara hisab (kiraan). Sekiranya

melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan

bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim

Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh

pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di

beberapa tempat strategik. CikguLia_ProjekCuti2Sekolah



Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh
untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat yang dikenakan
kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat
Fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal
dunia. Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar
zakat fitrah semenjak bulan puasa bermula dan zakat fitrah
ini akan berhenti dikutip apabila solat sunat
Aidilfitri dimulakan.

Oleh itu, pada kebiasaannya solat sunat Aidilfitri
dilewatkan sedikit berbanding solat sunat Aidiladha.
Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri adalah
bagi memberi peluang kepada mereka yang belum membayar
zakat untuk menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan
makan dahulu sebelum pergi ke masjid.

CikguLia_ProjekCuti2Sekolah



Setelah pengumuman Hari Raya, umat Islam
akan bertakbir dan bertahmid sambil memuji
kebesaran Allah. Tempoh bertakbir bagi Hari
Raya Aidilfitri adalah antara terbenamnya
matahari (hari terakhir bulan Ramadan)
sehingga solat sunat Hari Raya Aidilfitri
bermula pada pagi 1 Syawal tahun Hijrah.
Hari raya disambut pada pagi hingga malam
sepanjang bulan Syawal.

CikguLia_ProjekCuti2Sekolah



Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah.
Berminggu-minggu sebelum perayaan tersebut menjelma,
suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai.
Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah
dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-besaran.
Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di
televisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri
akan ditayangkan. Bank, sekolah, dan premis-premis
perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga
seminggu sempena Aidilfitri.

Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara,
akan berlaku kesesakan lalu lintas akibat kebanjiran warga
bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut
Aidilfitri bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga.
Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik Kampung.

CikguLia_ProjekCuti2Sekolah



Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah
amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan
agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya Aidilfitri(selalunya
sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya
Aidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan
mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-
Fatihah atau bacaan Yasin . Kemudian mereka akan berkunjung ke
rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-
maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari
Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari
untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di
samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.

CikguLia_ProjekCuti2Sekolah

Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat
popular pada Hari Raya. Duit raya selalunya diberikan oleh
orang dewasa kepada kanak-kanak yang diletakkan di dalam
sampul duit raya yang selalunya berwarna-warni. Sampul
duit raya diadaptasi daripada amalan orang Cina yang
memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau".
Terdapat pelbagai saiz dan corak sampul yang dikeluarkan
oleh bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan, antaranya
saiz yang bersesuaian dengan saiz wang kertas polimer
RM 5. Kadangkala amalan pemberian Duit Raya diganti
dengan pemberian hadiah-hadiah.

CikguLia_ProjekCuti2Sekolah

Malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar
iaitu detik keemasan untuk individu Muslim merebut syurga
apabila malaikat dan Jibril akan turun ke bumi untuk
mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih,
bertahmid dan bertakbir kepada Allah.

Dengan itu timbullah tradisi memasang pelita bagi sebagai
simbol meraikan bulan mulia dan memudahkan membantu
mereka yang berjalan ke surau atau masjid bagi menunaikan
tarawih kerana merebutkan Lailatulqadar, kerana suasana
pada malam terlalu gelap dan mungkin membahayakan
keselamatan. Ini adalah kerana pada masa dahulu, tiada
kemudahan elektrik seperti hari ini.

CikguLia_ProjekCuti2Sekolah

Malah diriwayatkan juga Ali k.w. mengelilingi
masjid-masjid pada bulan Ramadhan dengan membawa lampu
sambil mengucapkan kata-kata yang bermaksud: "Semoga
Allah s.w.t. menerangi kubur Umar sebagaimana dia telah
menerangi masjid-masjid kami.", dan juga riwayat dari Umar
(‫ )رضى الله عنه‬menyebutkan bahawa:
"Barangsiapa yang memberikan lampu penerang pada masjid-

masjid Allah maka Allah akan memberi pula baginya lampu
penerang di dalam kuburnya. "

CikguLia_ProjekCuti2Sekolah

Rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri
ataupun sepanjang bulan Syawal. Pelbagai jenis juadah
disajikan kepada para tetamu bagi memeriahkan sambutan
Hari Raya.

Biasanya, rumah terbuka dilakukan dengan menjemput
rakan taulan serta jiran tetangga untuk datang beraya.
Mereka berkumpul dan berbual-bual sambil menikmati
hidangan oleh tuan rumah.

Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan

berpanjangan sehingga sebulan, dan kemeriahan itu akan

hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke

bandar setelah cuti tamat. CikguLia_ProjekCuti2Sekolah



 MANDI SUNAT HARI RAYA SEBELUM KELUAR
MENUNAIKAN SOLAT SUNAT AIDILFITRI

 MENJAMAH MAKANAN SEBELUM KELUAR.

 MEMPERBANYAKKAN TAKBIR

 MENGUCAPKAN SELAMAT DAN MENDOAKAN ANTARA
SATU SAMA LAIN

 MEMAKAI PAKAIAN TERBAIK YANG ADA

 MENUKAR JALAN KE TEMPAT SOLAT (BALIK DAN PERGI)

 BERZIARAH DAN MERAPATKAN HUBUNGAN BAIK
(UKHUWWAH) SESAMA MUSLIM SEMPENA MUSIM CUTI
YANG DIPEROLEHI

CikguLia_ProjekCuti2Sekolah



 Sejenis makanan daripada nasi & pulut yang dibungkus dengan daun

kelapa.
 Direbus dalam air menggunakan periuk
 Jenis ketupat bergantung kepada dua perkara iaitu bahan yang

digunakan dan daun yang digunakan utk membalut ketupat.
 Ketupat pulut ialah ketupat yg menggunakan pulut sebagai bahan

isinya.
 Ketupat nasi ialah ketupat yang menggunakan nasi sebagai bahan

isinya.
 Ketupat palas ialah ketupat yang menggunakan daun palas sebagai

pembungkusnya dan lazimnya digunakan utk membalut ketupat pulut
 Ketupat nasi pula lazimnya menggunakan daun kelapa
 Bentuk ketupat biasanya tiga segi dan ketupat moden pula berbentuk

empat segi
 Dikenali sebagai simbol hari perayaan

Hari Raya di Malaysia

CikguLia_ProjekCuti2Sekolah

 Menggunakan beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam

ruas buluh yg dilapik dengan daun pisang dan dibakar sehingga

masak
 Dimakan dengan rendang atau serunding
 Turut menjadi makanan orang asli Negrito di Kelantan,

suku Semai dan Minangkabau

 Menggunakan bahan seperti santan, lada, bawang, daun kunyit,

daun limau purut dan kerisik untuk memasak rendang

 Daging batang pinang atau daging ayam selalu digunakan sebagai

bahan utama masakan rendang.

 Dimakan bersama lemang, nasi, ketupat dan pulut

kuning CikguLia_ProjekCuti2Sekolah

 Dibuat dengan rempah dan dimasak sehingga kering
 Kadangkala ianya berminyak supaya tahan lama (serunding

daging)
 Banyak jenis serunding seperti serunding daging, ayam, ikan,

udang dan ikan bilis
 Dimakan bersama nasi impit, ketupat, lemang

 Bahan masakan dalam lontong seperti kacang panjang, lobak,
kubis, serai, lengkuas, santan, tauhu, telur dan tempe goreng

 Dimakan bersama nasi impit

CikguLia_ProjekCuti2Sekolah

 Nasi impit ialah nasi yg dihimpit atau ditekan di dalam
bekas sehingga menjadi ketulan yg besar. Ianya kemudian
dipotong menjadi kecil-kecilan

 Kepingan daging atau ayam yang dicucuk pada lidi dan
dibakar di atas api arang kayu

 Banyak jenis sate ada di Malaysia sate ayam, sate daging,
sate arnab, sate ikan, sate pedal

CikguLia_ProjekCuti2Sekolah

• Bahan utk membuat dodol adalah seperti santan kelapa,
tepung beras, gula melaka, gula pasir dan garam

• Tergolong dalam kumpulan makanan manis
• Perisa dodol yg popular ialah durian, pisang dan kelapa

 Terdapat pelbagai jenis kuih raya yang ada pada musim
raya.

 Antara yang popular ialah biskut cornflakes, biskut
kacang, kuih bahulu

CikguLia_ProjekCuti2Sekolah



CikguLia_ProjekCuti2Sekolah

….. T …..

CikguLia_ProjekCuti2Sekolah


Click to View FlipBook Version