Cara Menulis Ulasan
1. Tulis ulasan berpandukan bahan ransangan
yang diberi.
2. Panjang ulasan hendaklah antara 50 hingga
80 patah perkataan.
3. Ulasan yang baik mengandungi :
- Pendahuluan, Isi dan Penutup
- Ditulis dalam tiga perenggan.
- Menggunakan Penanda Wacana
- Menggunakan Kata Bantu (Jika sesuai)
- Isi Tersurat
(Terdapat pada bahan ransangan)
(Sekurang-kurangnya 1 ayat)
- Isi Tersirat
(Penerangan atau contoh bagi isi
tersurat)
(Sekurang-kurangnya 1 ayat)
Cara Menulis Ulasan
KERANAGKA ULASAN 1
Ulasan jenis cara-cara dan langkah-langkah
Ulasan (Cara-cara / Langkah-langkah)
Gambar/Carta/Jadual/Graf/Peta
Perenggan 1 Alir/Petikan/Poster/Iklan/Peta…menunjukkan/
Pendahuluan menerangkan (tajuk ulasan). Terdapat
beberapa/pelbagai cara/langkah ______________
(berkaitan tajuk)
Antaranya, kita mestilah ___________________
Isi 1 (isi tersurat) supaya/untuk/agar/kerana/seperti
______________________________ (isi tersirat)
Selain itu, kita hendaklah _____________________
Isi 2 (isi tersurat) supaya/untuk/agar/kerana/seperti
______________________________ (isi tersirat)
Di samping itu, kita seharusnya ________________
Isi 3 (isi tersurat) supaya/untuk/agar/kerana/seperti
______________________________ (isi tersirat)
Akhir sekali, kita sewajarnya __________________
Isi 4 (isi tersurat) supaya/untuk/agar/kerana/seperti
______________________________ (isi tersirat)
Perenggan 3 Kesimpulannya, dengan mengamalkan/mengikut
___________________________ (berkaitan tajuk)
Penutup kita dapat _________________________
supaya/untuk/agar/kerana __________________.
Peta bulatan di bawah menunjukkan cara-cara menjaga
kesihatan diri.
Tulis ulasan tentang cara-cara menjaga kesihatan diri dalam
bentuk perenggan. Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50
hingga 80 patah perkataan.
Cara Menulis Ulasan
KERANAGKA ULASAN 1
Ulasan jenis cara-cara dan langkah-langkah
Ulasan (Cara-cara Menjaga Kesihatan Diri)
Perenggan 1 Peta bulatan menunjukkan cara-cara menjaga
kesihatan diri. Terdapat pelbagai cara menjaga
Pendahuluan kebersihan diri.
Antaranya, kita mestilah berjoging atau bersenam
Isi 1 sekurang-kurangnya dua jam sehari untuk
mengeluarkan peluh.
Isi 2 Selain itu, kita hendaklah makan makanan seimbang
supaya badan kita sihat.
Di samping itu, kita seharusnya mandi dan memotong
Isi 3 kuku untuk menghilangkan kotoran yang terlekat
pada badan dan menjaga kebersihan diri.
Akhir sekali, kita sewajarnya menjalani pemeriksaan
Isi 4 kesihatan di klinik atau hospital untuk mengetahui
tahap kesihatan.
Perenggan 3 Kesimpulannya, dengan mengikut cara-cara menjaga
kesihatan diri, kita dapat menjalani hidup yang
Penutup bahagia dan ceria kerana kebersihan asas
kesejahteraan hidup.
Cara Menulis Ulasan
Ulasan Lengkap
Peta bulatan menunjukkan cara-cara menjaga kesihatan
diri. Terdapat pelbagai cara menjaga kebersihan diri.
Antaranya, kita mestilah berjoging atau bersenam
sekurang-kurangnya dua jam sehari untuk mengeluarkan
peluh. Selain itu, kita hendaklah makan makanan seimbang
supaya badan kita sihat. Di samping itu, kita seharusnya
mandi dan memotong kuku untuk menghilangkan kotoran
yang melekat pada badan dan menjaga kebersihan diri.
Akhir sekali, kita sewajarnya menjalani pemeriksaan
kesihatan di klinik atau hospital untuk mengetahui tahap
kesihatan.
Kesimpulannya, dengan mengikut cara-cara menjaga
kesihatan diri kita dapat menjalani hidup yang bahagia
dan ceria kerana kebersihan asas kesejahteraan hidup
(87 patah perkayaan)
Cara Menulis Ulasan
KERANAGKA ULASAN 1
Ulasan jenis faedah, kebaikan, keburukan, punca,
kepentingan, kelebihan, faktor, kesan (lain-lain yang sesuai)
Ulasan (Cara-cara / Langkah-langkah)
Perenggan 1 Gambar/Carta/Jadual/Graf/Peta
Pendahuluan Alir/Petikan/Poster/Iklan/Peta…menunjukkan/
menerangkan (tajuk ulasan). ________________
(kaitan tajuk) sememangnya mendatangkan banyak
(kebaikan/keburukan) dalam kehidupan kita.
Antaranya adalah ______________ (isi tersurat).
Isi 1 Dengan cara ini, kita akan dapat ______________
(isi tersirat) (kata hubung) __________ (isi tersirat).
Selain itu, ____________ (tajuk) kita akan dapat
Isi 2 _______________ (isi tersurat). Hal yang demikian
membolehkan kita ___________ (isi tersirat).
Di samping itu, _______________ (berkaitan tajuk)
Isi 3 kita dapat _____________ (isi tersurat) . Oleh itu,
kita dapat _______________ (isi tersirat).
Isi 4 Akhir sekali, ______________________________
(berkaitan tajuk) kita dapat ___________________
Perenggan 3 (isi tersurat). Kesannya, kita dapat ____________
(isi tersirat).
Penutup
Kesimpulannya, jelaslah bahawa ______________
(berkaitan tajuk) memberikan _________________
kepada kita. ______________________________
Aktiviti sukan mendatangkan banyak faedah dalam kehidupan kita.
Peta buih di bawah menerangkan kebaikan aktiviti bersukan.
Tulis ulasan tentang kebaikan bersukan dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah
perkataan.
Cara Menulis Ulasan
KERANAGKA ULASAN 1
Ulasan jenis faedah, kebaikan, keburukan, punca,
kepentingan, kelebihan, faktor, kesan (lain-lain yang sesuai)
Ulasan (Kebaikan Bersukan)
Perenggan 1 Peta buih menerangkan kebaikan bersukan. Bersukan
sememangnya mendatangkan banyak kebaikan dalam
Pendahuluan kehidupan kita.
Antaranya adalah menyihatkan tubuh badan. Dengan
Isi 1 cara ini, kita akan dapat mengeluarkan peluh
seterusnya menjadikan badan kita sihat dan cergas.
Selain itu, dengan bersukan, kita akan dapat mengisi
Isi 2 masa lapang. Hal yang demikian membolehkan kita
mengelakkan diri daripada melakukan perkara tidak
berfaedah.
Di samping itu, dengan bersukan juga kita dapat
Isi 3 mengeratkan hubungan silaturahim. Oleh itu, kita
dapat menambah kenalan baharu.
Isi 4 Akhir sekali, melalui aktiviti sukan juga, kita dapat
mengharumkan nama negara jika terpilih ke peringkat
Perenggan 3 antarabangsa. Kesannya, kita dapat
memperkenalkan negara Malaysia di mata dunia.
Penutup
Kesimpulannya, jelaslah bahawa bersukan
memberikan banyak kebaikan kepada kita kerana
badan yang sihat menjamin kehidupan sejahtera.
Cara Menulis Ulasan
Ulasan Lengkap
Peta buih menerangkan kebaikan bersukan. Bersukan
sememangnya mendatangkan banyak kebaikan dalam kehidupan
kita.
Antaranya adalah menyihatkan tubuh badan. Dengan cara
ini, kita akan dapat mengeluarkan peluh seterusnya menjadikan
badan kita sihat dan cergas. Selain itu, dengan bersukan, kita
akan dapat mengisi masa lapang. Hal yang demikian,
membolehkan kita mengelakkan diri daripada melakukan perkara
tidak berfaedah. Di samping itu, dengan bersukan juga kita
dapat mengeratkan hubungan silaturahim. Oleh itu, kita dapat
menambah kenalan baharu. Akhir sekali, melalui aktiviti sukan
juga, kita dapat mengharumkan nama negara jika terpilih ke
peringkat antarabangsa. Kesannya, kita dapat memperkenalkan
negara Malaysia di mata dunia.
Kesimpulannya, jelaslah bahawa bersukan memberikan
banyak kebaikan kepada kita kerana badan yang sihat menjamin
kehidupan sejahtera.
(103 patah perkayaan)
Saya harap, nota ini dapat memberikan panduan
kepada kamu untuk menulis ulasan. Walau
bagaimanapun, ini bukanlah format menulis ulasan.
Murid boleh menulis ulasan mengikut kreativitii,
kesesuaian dan keselesaan murid.
Sekian, terima kasih