The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syazwanijamal007, 2021-08-20 04:30:55

wafa's document-2

wafa's document-2

6

:
:6

:.

BIL. TAJUK
1. PENGHARGAAN
2. BIODATA MURID
3. MAKSUD PERMAINAN
4. CONGKAK
5. SEPAK RAGA
6. BATU SEREMBAN
7. GASING
8. WAU BULAN

.. ,
-
.
. .

.

: Wafa Alya binti Mohd Fadzli
: 12 tahun

: Hospital Seri Manjung, Lumut, Perak.
: 20 Februari 2009
: Membaca
- : Doktor

bermaksud aktiviti yang boleh dimainkan secara kumpulan, berduaan

atau solo. Pelbagai jenis yang pernah menjadi hiburan

pada suatu ketika dahulu, ia juga adalah salah satu cara tarikan bagi kanak-kanak

untuk berseronok dan bergembira. Namun, sekarang banyak permainan tradisional

yang jarang dimainkan oleh generasi baharu ini. Walaubagaimanapun ia tetap

boleh dijadikan kenangan dan memori yang sangat indah untuk dilupakan.

[ ], congkak ialah sejenis permainan
yang berasal dari India yang sering dimainkan
oleh Burbank. Selalunya, ia menggunakan papan
kayu berlubang atau lubang di atas tanah.
Kebiasaannya buah congkak menggunakan biji
getah atau guli. Permainan congkak juga pernah
menjadi permainan tradisional yang popular atau
permainan kesukaan bagi kaum perempuan ketika
dahulu. Permainan ini sangat menguji kepantasan
seseorang. Permainan congkak juga melibatkan
pengiraan. Mereka yang cekap mencongak
mempunyai kelebihan atau kesempatan untuk
mengumpul mata dan memenangi permainan
tersebut.

• Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan
congkak berbentuk sampan dan boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima
atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat
lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80
cm dan lebanya 18 cm.

• Dua orang pemain diperlukan dan berkedudukan mengadap satu sama lain. Untuk memulakan
permainan, biji getah atau guli akan diisikan dalam setiap kampung dengan sama banyak dan
rumah dibiarkan kosong.

• Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akan mengambil buah
congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap 'kampung' menuju ke
rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang
kosong dan dianggap mati.

■ “Rumah” kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain
yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong,
dan selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati.

■ Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan
pemain akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu. Qpemain
yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya.

■ Pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan permainan. Ini
akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu
lubang sekalipun dan dianggap kalah, atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan.

[ ], Sepak Raga ialah sejenis
pemainan tradisional yang bermain
menggunakan bola yang dianyam menggunakan
kayu. Sepak Raga juga dikenali sebagai speak
takraw. Permainan ini masih dibawa-bawa atau
dimainkan oleh generasi sekarang. Bahkan
sepak raga ini juga dijadikan sebagai permainan

olimpik negara.

■ Permainan sepak raga ini terdiri dari tiga orang pemain.

■ Permainan ini dimulakan dengan melambung bolanya kearah rakannya
menggunakan tangan.

■ Rakannya akan menimang bola itu sekali atau beberapa kali, sebelum
menendangnya kearah pemain lawan.

■ Pemain yang berbentuk lingkungan atau bulatan itu harus menimang bola itu,
secara bergilir-giliran dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke permukaan lantai.

■ Sekiranya, bola itu jatuh ke permukaan lantai, maka pusingan itu dimenangkan
oleh pihak lawan.

[ ], Batu seremban dimainkan secara berdua-
dua, berlima-lima atau beramai-ramai. Permainan ini sangatlah
seronok kerana permainan ini menguji kesabaran dan
kefokusan kita terhadap sesuatu. Batu seremban ini sangatlah
terkenal dari zaman dulu hinggalah sekarang. Batu seremban
selalu dimainkan oleh kaum wanita. Batu seremban selalunya
dimain pada tempat yang lapang seperti diserambi rumah,

didalam rumah atau dimana sahaja yang permukaannya rata.

■ Dalam permainan ini memerlukan dua orang pemain atau lebih.

■ Objek-objek seperti guli kaca, biji getah, batu kerikil, atau benda benda yang
berbentuk bulat dan kecil juga boleh dijadikan buah dalam permainan ini.

■ Kesemua buah hendaklah diselerakkan, berkeadaan semua buah tidak menyentuhi
antara satu sama lain.

■ Sebiji buah akan dijadikan ibu, lalu ibu itu harus dilambungkan keudara.

■ Dalam masa yang sama sementara ibu dilambung, pemain harus mengambil sebiji
buah yang berada diatas lantai.

■ Permainan begini akan diteruskan sehingga semua buah dilantai habis dikutip.

[ ], Gasing ialah sejenis permainan yang boleh
berputar pada paksinya, sambil mengimbang kedudukan
pada satu titik. Gasing merupakan permainan yang
terkenal diantara kaum lelaki. Gasing ini diperbuat
daripada kayu bebaru, merbau, kemuning, durian atau
kundang. Ia sangatlah menyeronokkan.
Walaubagaimanapun permainan ini tetaplah bahaya,

kerana ketajaman paku disitu boleh menyebabkan
kecederaan atau selain dari itu.

■ Permainan ini boleh dimainkan secara berkumpulan atau berdua-duaan.

■ Permainan ini memerlukan tempat yang lapang dan rata.

■ Ikatkan hujung tali itu pada paku digasing itu.

■ Lilitkan tali daripada bawah sehingga keliling atas pada gasing secara teratur,
tinggalkan sedikit bahagian tali itu untuk dilempar.

■ Lalu tarik tali itu dan baling gasing itu kearah tanah atau lantai.

■ Jangan baling terlalu kuat kerana itu menyebabkan gasing itu melambung, dan itu
akan menyebabkan kecederaan.

[ ], Wau bulan merupakan permainan yang paling
terkenal di Semenanjung Malaysia. Wau ini berbentuk
seperti bulan sabit. Justeru, wau ini juga kelihatan seperti
bulan yang terbit kerana dari segi saiznya yang sangat besar
membuatkan ia kelihatan seperti itu. Ia juga merupakan
permainan trasional yang terpopular pada zaman nenek
moyang kita dahulu. Permainan ini memerlukan tempat yang
lapang seperti contoh padang dan pantai. Ia juga
memerlukan angin untuk diterbangkan.

■ Pada kebiasaannya, wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan
memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali.
Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara
menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara.

■ Permainan ini dimainkan dengan dua utas tali.

■ Tali itu harus diimbangkan supaya ia boleh terbang tinggi.


Click to View FlipBook Version