TIGA SAHABAT: Ramli, Ah Chan & Muthu -NAIL NASRULLAH BIN ZULKEFLY-
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS SULTAN MIZAN KG RAJA, KOTA PUTERA, 22200 BESUT, TERENGGANU CETAKAN 2024 @NAIL NASRULLAH BIN ZULKEFLY 2024 Penulisan di dalam buku TIGA SAHABAT: Ramli, Ah Chan dan Muthu ini adalah Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan menerbitkan semula, menyimpan dalam sebarang cara yang boleh digunakan lagi , ataupun memindahkan dalam sebarang bentuk cara , misalnya menggunakan bentuk elektronik, mekanikal, penggambaran semula, rakaman, media dan lain-lain cara yang seangkatan tanpa izin terlebih dahulu daripada pihak penulis atau Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Melayu (JPM), IPG Kampus Sultan Mizan, Kota Putera (Kampung Raja), 22200 Besut, Terengganu. Perundingan tertakluk pada perkiraan royaliti atau honorium. Perpustakaan Al-Bassuti, IPGKSM dicetak oleh: BM 3 ART PUBLISHER [email protected] Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Mizan Kg Raja, Kota Putera, 22200 Besut, Terengganu
Ramli dan Ah Chan merupakan sahabat baik. Mereka berdua mempunyai kelebihan yang tersendiri. Ramli sangat aktif dan hebat dalam acara sukan seperti bola sepak, badminton dan olahraga. Ah Chan pula merupakan seorang murid yang pintar di sekolah dan mahir bermain alat muzik seperti gitar. Oleh kerana itu, ramai murid sekolah yang mengenali dua orang sahabat baik ini kerana kelebihan pada diri mereka.
Pada suatu hari, mereka menerima seorang rakan baharu yang baru berpindah dari ibu kota. Murid itu bernama Muthu. Muthu merupakan seorang murid berbangsa india, tinggi dan tampan orangnya. Muthu sangat disenangi oleh warga sekoalah kerana keperibadiannya yang baik. Tambahan pula, Muthu merupakan seorang yang sangat menghormati orang lain dan mementingkan kekemasan diri.
Muthu terlibat aktif dalam acara sukan sama seperti Ramli. Dia juga merupakan seorang yang pintar setanding dengan Ah Chan. Oleh kerana itu, mereka bertiga mula bersahabat baik kerana mempunyai minat yang sama. Kemahiran Muthu dalam pelajaran, sukan dan muzik menjadikan mereka lebih rapat kerana Muthu sentiasa berkongsi pengalaman dan pengetahuannya kepada Ramli dan Ah Chan.
Guru-guru memuji prestasi Muthu dan menjadikannya sebagai murid contoh di sekolah. Ramli dan Ah Chan berasa iri hati kerana Muthu dijadikan murid contoh seawal sebulan bersekolah di sekolah itu. Muthu mula menjadi bualan dan tarikan ramai bukan sahaja dalam kalangan murid tetapi di kalangan guru-guru.
. Ramli dan Ah Chan tidak lagi mahu berkawan dengan Muthu kerana cemburu. Mereka merasakan kehadiran Muthu menjadikan mereka tidak lagi dipandang oleh orang lain. Disebabkan itu, mereka menyebarkan khabar angin yang tidak baik mengenai Muthu. Mereka menceritakan kepada murid-murid lain bahawa Muthu berpindah ke sekolah itu kerana masalah disiplin yang dilakukannya. Mereka memberitahu murid-murid lain bahawa Muthu merupakan kaki buli di sekolah lama. Tindakan Ramli dan Ah Chan itu menyebabkan Muthu mula dipandang serong oleh muridmurid yang lain apabila khabar angin tersebut mula tersebar.
. Muthu cuba untuk menafikan khabar angin tersebut dan memberikan penjelasan. Namun, tiada siapa yang ingin mendengar penjelasannya. Sejak hari itu, Muthu hanya berseorangan. Muthu kelihatan sedih tidak seperti hari biasa. Muthu tidak lagi bersemangat ke sekolah untuk belajar kerana persekitarannya yang tidak lagi menyeronokkan kerana khabar angin yang tidak betul itu. HAHAHAHA!!! HAHAHAHA!!! pembuli! pembuli! jangan kawan dengan dia!! jangan kawan dengan dia!!
. Pada suatu hari, Ramli dan Ah Chan pulang dari sekolah dengan menunggang motosikal bersama. Ketika dalam perjalanan pulang, seekor kucing bewarna hitam melintas jalan secara tiba-tiba. Bagi mengelak daripada kucing tersebut, mereka telah menghadapi kemalangan di tepi jalan. Mereka jatuh ke dalam sebuah longkang dan Ah Chan menghadapi kecederaan pada kakinya.
Tidak lama selepas itu, sebuah. kereta bewarna merah berhenti di bahu jalan untuk membantu mereka. Ramli dan Ah Chan terkejut kerana kereta yang berhenti itu merupakan kereta Muthu bersama bapanya. Muthu dan bapanya membantu Ramli dan Ah Chan. Bapa Muthu membawa mereka ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan daripada doktor. mari, Pakcik bawa kamu berdua ke klinik mari, Pakcik bawa kamu berdua ke klinik
. Bapa Muthu mendapatkan nombor telefon ibu bapa Ramli dan Ah Chan untuk memberitahu berita itu. Ibu bapa mereka terkejut mendengar berita itu lalu terus ke klinik tersebut untuk melihat keadaan anaknya. Muthu kelihatan sangat risau akan keadaan sahabatnya itu. Ramli dan Ah Chan mula serba salah. Meskipun, ibu bapa Ramli dan Ah Chan sudah tiba di klinik itu, bapa Muthu dan Muthu masih setia bersama mereka.
Ramli dan Ah Chan berterim. a kasih dan meminta maaf kepada Muthu. Mereka menceritakan perkara yang sebenar dan sangat menyesal akan tingkah laku mereka. Tanpa ragu-ragu Muthu memaafkan mereka dan berharap agar mereka dapat menjadi sahabat baik semula.
. Beberapa hari kemudian, Ramli dan Ah Chan sudah kembali sembuh dan boleh bersekolah semula. Mereka membetulkan kembali keadaan dengan menceritakan perkara yang sebenar dan meminta maaf kepada semua orang. Muthu memahami keadaan Ramli dan Ah Chan dan meminta agar murid-murid yang lain dapat memaafkan mereka. Sejak hari itu, walaupun mereka bertiga berlainan bangsa dan agama, mereka bersahabat baik buat selamanya.
PENGAJARAN 1) Kita mestilah hidup bermasyarakat tidak mengira bangsa, kaum dan agama 2) kita mestilah menjaga hubungan persahabatan dengan sentiasa menghormati antara satu sama lain 3) kita mestilah bersikap jujur dengan berkata-kata perkara yang benar dan tidak menipu 4) kita perlulah saling bantumembantu antara satu sama lain tidak kira bangsa