The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ZAINARIAH BINTI MOHD NOR (B-PPDGOMBAK), 2024-03-17 06:16:41

9. Kajian Tindakan Joshua Raj

9. Kajian Tindakan Joshua Raj

1 SEKOLAH KEBANGSAAN LEMBAH KERAMAT JALAN AU 5C/6, HULU KELANG 54200 KUALA LUMPUR TEL: 03-41082520 FAX: 03-41072521 LAPORAN KAJIAN TINDAKAN MATEMATIK TAHUN 5 NAMA PENYELIDIK : JOSHUA RAJ a/l PITCHEMUTHU No. KP : 850925 – 10 – 6319 No. Tel : 012 – 361 9563 Guru Mata Pelajaran : Guru Matematik Tahun 5 Emel : [email protected]


2 ‘KTS’ DALAM MEMBANTU MURID TAHUN LIMA MENINGKATKAN PENGUASAAN DALAM OPERASI DARAB 1Joshua Raj Pitchemuthu [email protected] 1Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat, Hulu Kelang. ABSTRAK Kajian tindakan ini telah dijalankan untuk membantu murid tahun lima bagi meningkatkan penguasaan dalam operasi darab dengan Kaedah Tangga Sifir (KTS). Kajian tindakan ini dijalankan terhadap 13 orang murid Tahun Lima Harmoni di sebuah sekolah rendah daerah Gombak. Sebanyak 60 soalan operasi darab diberikan untuk menjawab dalam 2 minit. Kaedah ujian pra dan ujian pasca, pemerhatian serta soal jawab berkumpulan tidak berstruktur digunakan untuk mengumpulkan data. Berdasarkan hasil dapatan ujian pasca didapati bilangan menjawab soalan adalah meningkat sebanyak 332. Kajian tindakan KTS mempengaruhi dan dapat meningkatkan penguasaan dalam operasi darab. Kata Kunci: Kaedah Tangga Sifir (KTS), Murid Tahun Lima Harmoni, Operasi Darab. 1.0 PENGENALAN Pembelajaran Matematik menyediakan peluang untuk murid melaksanakan tugasan yang menyeronokkan, bermakna, berguna dan mencabar serta meningkatkan sifat ingin tahu untuk mempelajari sesuatu yang baharu (KPM, 2016). Menurut Siti Hajar (2017), matematik bermatlamat membentuk individu yang berfikrah matematik iaitu membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea matematik yang mudah dan berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, berlandaskan sikap dan nilai agar berupaya menangani cabaran dalam kehidupan harian, selaras dengan perkembangan sains dan teknologi dan cabaran abad ke-21. Menurut Nur Aniza (2016), bagi pengajaran dan pembelajaran Matematik, murid-murid diasak dengan empat operas asas seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. aplikasi fakta asas kira darab juga amat penting dalam menyelesaikan masalah lain di dalam Matematik seperti tajuk pecahan, perpuluhan, ukuran


3 jarak, matematik harian, wang, timbangan, masa dan waktu. Lantaran itu, seharusnya murid di sekolah rendah perlu menguasai Matematik terutamanya fakta asas kira darab. Siti Hajar dan Md Yusoff (2017), menyatakan bahawa ramai murid gagal dalam menguasai pendaraban. Kenyataan ini juga turut disokong oleh Stanley Gawing dan Julaihei (2006) menyatakan bahawa murid-murid dilihat agak sukar dan menghadapi masalah dalam menguasai fakta asas darab. Pelbagai kaedah dan solusi juga ditemui yang dapat membantu kepada penyelesaian isu tersebut (Stanley Gawing dan Julaihei, 2006). Malah, terdapat juga pelbagai inovasi yang terhasil dari usaha yang dijalankan. Kajian ini juga mengambil inisiatif yang sama dalam usaha membantu murid-murid meningkatkan kemahiran darab sebarang nombor bagi murid yang lemah dan murid yang sukar menghafal sifir agar lebih mudah. 1.1 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pada 16 Julai 2020 yang lalu, saya telah kembali menjalankan aktiviti pengajaran seperti biasa mengikuti jadual selepas Kerajaan Malaysia mengisytiharkan Pembukaan Sekolah Semula dengan Norma Baharu bagi tahun 2020. Hal ini kerana hampir 95% negara di dunia telah menimpa Penyakit Covid-19. Saya telah melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Matematik di Tahun Tahun Lima Harmoni. Pada hari tersebut saya telah mengulang Standard Kandungan 4.1 manakala Standard Pembelajarannya ialah 4.1 mendarab sebarang nombor dengan nombor hingga dua digit. Saya telah merancang pembelajaran pada hari tersebut mengikut huraian sukatan yang telah ditetapkan. Bagi Pengajaran dan Pembelajaran pada hari tersebut saya memulakan pengajaran dengan melakukan aktiviti “Cabar Saya” iaitu sebanyak 60 soalan asas pendaraban perlu disiapkan dalam masa 2 minit. Malah muridmurid ini telah mengambil masa selama setengah jam dengan kurang daripada 25 soalan sahaja dapat disiapkan. Hasil objektif pembelajaran dan pemudah cara (PDPc) pada hari tersebut gagal dicapai kerana murid-murid ini tidak dapat menguasai sifir walaupun sifir dua dan PDPc tersebut harus ditunda pada minggu hadapan.


4 Berdasarkan dari masalah itu, saya sedar bahawa masalah ini tidak boleh dibiar berlarutan memandangkan murid-murid saya akan ketinggalan. Saya akan cuba membantu murid mengatasi masalah di atas dengan cara mengubah kebiasaan ketika mengajar. Saya bercadang melakukan suatu intervensi terhadap murid-murid ini untuk mencapai Standard Pembelajaran 4.1.1. Justeru itu, kajian tindakan ini akan dijalankan untuk membantu murid-murid Tahun Lima Harmoni meningkatkan kemahiran menguasai dan menyelesaikan operasi pendaraban dengan teknik “Kaedah Tangga Sifir” (KTS). 2.0 FOKUS KAJIAN Daripada refleksi di atas didapati bahawa murid-murid tidak dapat menjawab latihan berkaitan operasi pendaraban kerana murid-murid tidak dapat menghafal sifir, murid-murid menganggap operasi darab menyusahkan mereka dan mereka juga turut menunjukkan rasa putus asa serta tidak minat mata pelajaran Matematik. Masalah ini berlaku dalam kalangan murid-murid terutama murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran dengan kata lain murid-murid kelas sukar mencapai tahap minimum. Kesan masalah ini jika tidak ditangani segara, murid-murid akan mengalami masalah dalam topik-topik yang berkaitan operasi darab dan bahagi dan akhirnya akan gagal mencapai tahap minimum dalam mata pelajaran Matematik. Saya akan cuba mengatasi masalah murid-murid Tahun Lima Harmoni dalam operasi pendaraban dan membimbing mereka menggunakan teknik ‘KT’ (Kaedah Tangga Sifir). 2.1 Model Kajian Tindakan Yang Digunakan Kajian tindakan ini dilaksanakan mengikut model Kemmis dan Taggart (1988). Dalam model ini terdapat empat langkah seperti merancang (plan), bertindakan (action), memerhati (observe) dan mereflek (reflect) dan dilaksanakan dalam satu kitaran sahaja seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.


5 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian tindakan adalah seperti berikut: i. Meningkatkan penguasaan murid dalam menyelesaikan operasi pendaraban dengan betul menggunakan ‘KTS’ dalam kalangan murid Tahun Lima Harmoni. ii. Menjelaskan cara guru menggunakan ‘KTS’ secara tunjuk ajar dan penerangan untuk meningkatkan pencapaian mencapai tahap minimum dalam operasi pendaraban dalam kalangan murid Tahun Lima Harmoni. 4.0 SOALAN KAJIAN Secara khususnya, persoalan kajian tindakan adalah seperti berikut: i. Sejauh manakah ‘KTS’ dapat membantu meningkatkan penguasaan murid dalam operasi pendaraban dengan betul dalam kalangan murid Tahun Lima Harmoni? ii. Bagaimanakah guru menambah baik amalan pedagogi dengan ‘KTS’ bagi meningkatkan pencapaian mencapai tahap minimum dalam operasi pendaraban dalam kalangan murid Tahun Lima Harmoni? MEREFLEK Data dikumpulkan, refleksi dibuat terhadap dapatan kajian MERANCANG Satu intervensi 'Kaedah Tangga Sifir' telah digunakan untuk diguna pakai bagi pengajaran Matematik BERTINDAK Menggunakan 'Kaedah Tangga Sifir' dalam pengajaran dan pembelajaran operasi pendaraban MEMERHATI Data dikumpulkan dengan ujian, pemerhatian dan temu bual kumpulan tidak berstruktur Rajah 1: Proses Penyelidikan Tindakan (Adaptasi daripada Kemmis & Mc Taggart, 1988)


6 5.0 KUMPULAN SASARAN Kajian tindakan ini melibatkan seramai 13 orang murid yang terdiri daripada 9 orang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan Tahun Lima Harmoni. Semua murid ini merupakan murid-murid mempunyai masalah pembelajaran dan tindak mencapai tahap minimum dalam semua mata pelajaran. 6.0 PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN 6.1 Tinjauan awal masalah i. Ujian Pra Pengetahuan sedia ada murid dalam penguasaan operasi darab diuji dengan lembaran kerja sebanyak 60 soalan perlu disiapkan dalam dua minit untuk mengetahui masalah konsep yang dihadapi walaupun tajuk ini telah diajar dalam tahun yang sama. ii. Pemerhatian Semakan lembaran kerja dibuat bagi mendapatkan gambaran tahap penguasaan murid-murid dalam operasi pendaraban dan tingkah laku murid-murid sebelum dan selepas intervensi diberikan juga diperhatikan. iii. Temu bual Berkumpulan Tidak Berstruktur Murid-murid ditanya secara spontan tentang penyelesaian operasi pendaraban sebelum dan selepas intervensi. Perbezaan emosi dapat menjelaskan sama ada intervensi yang diberi berkesan ataupun tidak. 6.2 Analisis Tinjauan Masalah Hasil tinjauan mendapati: i. Ujian Pra Didapati pengetahuan murid dalam penguasaan konsep berkaitan operasi pendaraban ini menunjukkan murid-murid tidak mencapai tahap minimum. Keputusan Ujian Pra menunjukkan murid-murid tidak dapat menyelesaikan lembaran kerja diberi dengan jumlah yang betul. Berikut ialah pencapaian yang diperoleh.


7 Murid Bilangan Soalan Dapat Jawab (Ujian Pra) 1 0 2 10 3 19 4 0 5 3 6 12 7 7 8 0 9 22 10 5 11 16 12 1 13 9 Jumlah soalan dijawab 104 Jadual 1: Bilangan soalan yang telah dijawab oleh murid dengan betul. ii. Pemerhatian Pemerhatian yang dibuat didapati sangat membimbangkan. Murid-murid menunjukkan rasa sukar untuk menyiapkan lembaran kerja. Pelbagai kaedah diaplikasikan namun bilangan jawapan tidak betul. Murid-murid mula bercakap antara satu sama lain dan tidak berfokus terhadap lembaran itu. Selama 30 minit telah diambil untuk menyelesaikan lembaran kerja itu, namun murid-murid menjawab jumlah bilangan soalan kurang daripada 25 soalan. Contoh-contoh lembaran kerja murid adalah seperti berikut: Rajah 2: Jawapan Murid 1 Rajah 3: Jawapan Murid 13


8 Rajah 4: Jawapan Murid 2 iii. Soal Jawab Berkumpulan Tidak Berstruktur Semasa murid-murid sedang menjawab soalan dalam lembaran kerja, saya telah bertanya kepada murid-murid seperti berikut: Cikgu : Kamu semua boleh jawab tak soalan yang cikgu bagi ini? Majoriti murid menyatakan; “Cikgu, susahlah!” dan “Cikgu, saya tak boleh buat!”. Respons ini menunjukkan murid-murid menghadapi kesukaran untuk menguasai dan menyelesaikan lembaran kerja yang telah diberi. Saya telah menggunakan dapatan ini untuk membuat satu intervensi untuk membantu mereka menguasai sifir dengan mudah. 6.3 Tindakan yang telah dijalankan KAEDAH TANGGA SIFIR Dalam konteks kajian tindakan ini, kaedah tangga sifir merujuk kepada satu kaedah alternatif bagi membantu murid mengingati fakta asas darab bagi menjawab soalan pendaraban. Kaedah ini akan diperkenalkan bagi memudahkan murid-murid Tahun Lima Harmoni supaya mengingati fakta asas darab dan dapat menjawab soalan pendaraban dengan betul.


9 Sebagai contoh, cari hasil darab 8 x 3 = 8 x 3 = 24 i. Murid-murid akan melukiskan lapan buah tangga dan nomborkan setiap tangga. ii. Setiap tangga mengandungi dua tiang menegak. iii. Kemudian, murid-murid akan melukiskan tiga palang anak tangga secara melintang di setiap tangga. iv. Murid-murid akan mengira jumlah palang anak tangga dan menulis jumlah palang anak tangga. 6.4 Analisis Dapatan Hasil dapatan mendapati: i. Ujian Pasca Didapati pengetahuan murid dalam penguasaan konsep berkaitan operasi pendaraban ini menunjukkan murid-murid hampir mencapai tahap minimum. Keputusan Ujian Pasca menunjukkan murid-murid dapat menyelesaikan lembaran kerja diberi dengan Kaedah Tangga Sifir. Berikut ialah pencapaian yang diperoleh. Jumlah tangga (8 buah) Bilangan palang anak tangga (3 batang setiap tangga) Jumlah palang anak tangga (24 batang) 1 2 3 4 5 6 7 8 3 6 9 12 15 18 21 24


10 Murid Bilangan Soalan Dapat Jawab Sebelum KTS (Ujian Pra) Bilangan Soalan Dapat Jawab Selepas KTS (Ujian Pasca) Perbezaan Bilangan Soalan dijawab 1 0/60 21/60 21 2 10/60 39/60 29 3 19/60 29/60 10 4 0/60 24/60 24 5 3/60 20/60 17 6 12/60 42/60 30 7 7/60 34/60 27 8 0/60 21/60 21 9 22/60 60/60 38 10 5/60 28/60 23 11 16/60 60/60 44 12 1/60 20/60 19 13 9/60 38/60 29 Jumlah Soalan 104 436 332 Jadual 2: Bilangan soalan yang telah dijawab oleh murid dengan betul. Rajah 5: Graf bilangan soalan dijawab sebelum dan selepas KTS ii. Pemerhatian Pemerhatian yang dibuat didapati memuaskan. Murid-murid menunjukkan rasa mudah untuk menyiapkan lembaran kerja. Dengan Kaedah Tangga Sifir diaplikasikan dan murid-murid mula berfokus terhadap lembaran supaya dapat disiapkan dengan cepat. Walaupun 30 minit telah diambil namun bilangan soalan yang betul merupakan bilangan lebih daripada 20 soalan. Bilangan soalan 0 20 40 60 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 Bilangan Soalan Dijawab Sebelum dan Selepas KTS Bilangan Soalan Dapat Jawab Sebelum KTS Bilangan Soalan Dapat Jawab Selepas KTS Bilangan Murid Bilangan Soalan


11 yang telah dijawab oleh murid didapati meningkat. Contoh-contoh lembaran kerja murid adalah seperti berikut: Rajah 6: Murid menjawab dengan KTS Rajah 7: Murid menjawab dengan KTS Rajah 8: Jawapan Murid 2 Rajah 9: Jawapan Murid 13 iii. Soal Jawab Berkumpulan Tidak Berstruktur Semasa murid-murid sedang menjawab soalan dalam lembaran kerja, saya telah bertanya kepada murid-murid seperti berikut: Cikgu : Kamu semua boleh jawab tak soalan yang cikgu bagi ini? Majoriti murid menyatakan; “Cikgu, sangat senang”; “Cikgu, bagilah masa lagi, kami dah nak siapkan”, Cikgu, cara ini mudah!”. Respons ini menunjukkan murid-murid mula untuk menguasai dan menyelesaikan lembaran kerja yang telah diberi dengan senyuman. Intervensi Kaedah Tangga Sifir ini didapati memudahkan murid-murid menjawab soalan lembaran kerja dengan mudah dan dengan betul.


12 7.0 REFLEKSI Hasil kajian tindakan menunjukkan terdapat perubahan yang ketara terhadap prestasi darab murid-murid sebelum dan selepas penggunaan Kaedah Tangga Sifir ini dijalankan. Berdasarkan kepada hasil analisis ujian pra dan pos yang dijalankan, membuktikan bahawa komunikasi yang berkesan melalui penerangan dan tunjuk cara kaedah memberikan gambaran jelas kepada murid dalam usaha mereka untuk membina asas dalam tajuk darab. Selain itu, kajian ini mendapati bahawa prestasi dipengaruhi juga oleh pilihan kaedah untuk menguasai asas darab dalam matematik. Ia menyokong kajian yang dijalankan oleh Yahaya & Savarimuthu (2008), bahawa bagi mengatasi kelemahan dalam penguasaan konsep dalam matematik, satu alternatif kepada kaedah pengajaran matematik iaitu pengajaran dan pembelajaran yang berpaksikan kefahaman konsep digunakan sebagai penggerak atau mekanisme penyampaian. Ini dapat dilihat apabila prestasi murid meningkat setelah mereka mencuba secara berulangan KTS yang diperkenalkan. Kaedah KTS dilihat dapat membantu murid meningkatkan kefahaman mereka terhadap pembelajaran konsep asas darab dengan merujuk kepada prestasi murid yang meningkat dari segi peratusan murid yang menjawab lebih daripada 20 soalan. Dengan kemahiran ini, murid dapat mengaplikasikan asas darab dalam masalah-masalah lain yang berkaitan seperti bahagi, perpuluhan, ukuran jarak wang dan lain-lain. Aplikasi fakta asas kira darab amat penting dalam menyelesaikan masalah lain dalam matematik. Kaedah Tangga Sifir ini berkesan terhadap pembinaan asas darab murid dan soalan-soalan kajian telah dijawab. Maka, dapatan dikatakan bahawa Kaedah Tangga Sifir memberikan hasil impak positif. Prestasi juga dilihat bergantung pada amalan pedagogi guru iaitu bagaimana guru memilih bahan dan strategi yang sesuai dengan tahap kefahaman murid. Menurut Zawawi et. al. (2009), jika melalui pendekatan pengajaran secara konseptual, para guru akan menghurai dan menjelaskan sesuatu konsep dengan melibatkan pelbagai interpretasi yang berkaitan. Selari dengan kaedah yang disampaikan oleh saya, pengulangan diperlukan untuk memahirkan murid menggunakan KTS dalam tajuk darab. Maka, apa sahaja teknik dan kaedah yang diajukan perlu kepada pengulangan bagi menerapkan elemen amalan dan penyebatian yang berterusan. Selain itu, salah satu usaha yang menjadikan seseorang berprestasi adalah melakukan kegiatan yang berlanjutan atau berulangan (Siagian, 2015).


13 8.0 RUMUSAN Dapatan kajian ini dapat menunjukkan data analisis dengan jelas bahawa terdapatnya perubahan positif terhadap pembelajaran dalam operasi darab membantu murid-murid Tahun Lima Harmoni dan mengatasi masalah penguasaan konsep asas darab mereka. Pengaplikasian kaedah KTS berjaya menyumbang kepada peningkatan terhadap prestasi menjawab bilangan soalan murid dalam tajuk darab sekali gus memberi motivasi kepada mereka untuk mempelajari operasi darab di masa akan datang. Secara kesimpulannya, kajian ini dapat menjelaskan keberkesanan penggunaan Kaedah Tangga Sifir dalam membantu murid meningkatkan penguasaan dan pencapaian mereka dalam mencari hasil darab dengan mudah dan KTS dapat menghasilkan sebuah kajian yang meyakinkan. Selain itu KTS ini juga dapat membantu dalam penyelesaian operasi bahagi. Rujukan Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran matematik tahun 5. Pusat Perkembangan Kurikulum: Kuala Lumpur Nur Aniza. (2016). Penggunaan kaedah titik meningkatkan penguasaan murid dalam operasi darab.: Universiti Kebangsaan Malaysia. Siagian, R.E.E. (2015). Pengaruh minat dan kebiasaan belajar siswa terhadap prestasi belajar matematik: Jurnal Formatif 2(2):122-131. Siti Hajar. (2017). Penggunaan kaedah petak bijak dalam mengatasi masalah mencari hasil darab dan bahagi: Satu Kajian Tindakan: Universiti Kebangsaan Malaysia. Siti Hajar & Md Yusoff. (2017). Penggunaan kaedah petak bijak dalam mengatasi masalah mencari hasil darab dan bahagi: Satu Kajian Tindakan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Stanley Gawing dan Julaihei. (2006). Masalah penguasaan fakta asas darab di dua buah sekolah rendah dalam bahagian sarikel. : Institut Perguruan Rajang Bintagor, Sarawak. Yahaya, A.H & Savarimuthu. (2008). Kepentingan konsep dalam matematik. Universiti Teknologi Malaysia: 22-23. Zawawi, T., Mustapha,R. Habib, A.R. (2009). Pengetahuan pedagogi isi kandungan guru matematik bagi tajuk pecahan: Kajian Kes di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1):131-153.


Click to View FlipBook Version