BSS3073 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM PEMBINAAN MODAL INSAN
TUGASAN KUMPULAN
TAJUK:
MASYARAKAT BERBUDAYA DAN BERMORAL DALAM PUISI MELAYU
NAMA AHLI KUMPULAN 6:
BIL. NAMA NO. MATRIKS
D20181082335
1. NURUL NABILA BINTI ZAINUDDIN D20181082336
D20181082337
2. FATIN NABILA BINTI RAZALI D20181082338
3. MUHAMMAD AMIRUL HAFFEZ BIN ABD.RAZAK
4. NURSYAFIQAH ANIS BINTI SAINI
KUMPULAN B
PENSYARAH DR. ROHAYATI BINTI JUNAIDI
1.0 PENGENALAN
Budaya didefinisikan sebagai perkara-perkara berkaitan dengan budi dan akal. Istilah budi
membawa maksud asli, pertama, sejati dan dipandang sempurna manakala daya pula
dimaksudkan sebagai akal, jalan fikiran dan ciptaan (Rohana Yusof, 2010: 75). Istilah budi
juga dimaksudkan sebagai kecergasan fikiran dan akal seseorang manusia dalam usaha
mengatasi permasalahan dengan mencari jalan penyelesaian manakala istilah daya merujuk
kepada kekuatan tenaga dan kuasa yang digunakan untuk membantu menjana pemikiran bagi
menangani sesuatu permasalahan. Jika penyelesaian yang diambil daripada hasil pemikiran
tersebut diterima dan dapat dijadikan amalan bersama, ianya diterima sebagai budaya dalam
kehidupan (Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Maskon, 2010: 1-2).
Istilah budaya dalam bahasa Inggeris ialah ‘culture’ yang berasal daripada perkataan
bahasa Latin yang berbunyi ‘colere’. Ia bermaksud kehidupan manusia yang sentiasa
memelihara dan mengerjakan pelbagai tindakan yang boleh menghasilkan tindakan budaya
(Suwardi Endraswara, 2006:4). Pandangan Abdul Latif Abu Bakar (1987: v) bahawa, istilah
budaya merupakan sesuatu yang sukar untuk ditafsirkan dan ianya mempunyai pengertian yang
luas, jelas menunjukkan teminologi budaya mempunyai pelbagai pengertian dan tafsiran
berbeza dalam kalangan para sarjana.
E.B. Taylor (1958: 1) melihat, budaya sebagai sebuah kompleks yang merangkumi
pelbagai bidang. Beliau juga melihat budaya sebagai kajian tentang pemikiran manusia yang
beasaskan tindakan. Namun demikian, pengertian ini dianggap kurang tepat oleh beberapa
orang sarjana yang berpandangan, Edward B.Taylor tidak menunjukkan perbezaan bagi
organisasi sosial serta institusi sosial daripada konsep budaya secara amnya (S. Milton, 1968:
527).
Moral membawa erti akhlak, budi pekerti, kelakuan, tabiat watak dan perangai.
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, moral ialah ajaran atau pegangan bukan buruk
baik sesuatu perbuatan (kelakuan, akhlak, kewajipan dan lain-lain); yang berkaitan dengan apa
yang betul atau adil. Ada pelbagai pandangan tentang konsep moral dan konsep pendidikan.
Moral juga bersifat “multi-dimensional” (Sugarman, 1973). Seseorang yang berpegang pada
pandangan yang tertentu akan mempengaruhi cara fikiran dan hidupnya dan seterusnya
melahirkan insan yang berbeza dari aspek kemoralan. Cara seseorang guru atau ibu bapa
mendidik murid atau anak akan dipengaruhi oleh pandangannya terhadap konsep moral.
Konsep moral dibahagikan kepada tiga aspek, iaitu kandungan moral, bentuk moral, dan
dimensi moral.
Dalam hal ini, merangkumi dua aspek, iaitu peraturan masyarakt dan keperibadian
manusia yang mulia. .Peraturan Masyarakat Manusia memerlukan peraturan-peraturan yang
dapat membatasi kelakuan dan kebanyakan perbuatan manusia sendiri supaya manusia tidak
terlalu bebas sehingga mengancam keselamatan dan hak asasi orang lain. Emmet, d.(1966)
dalam buku “Rules, Roles, and Relations” mengatakan bahawa peraturan manusia tidak wujud
sendiri, tetapi ialah hasil yang terkumpul daripada ilmu pengetahuan dan pengalaman baru dan
lama dalam kehiduapan manusia. Emmet, d. (1987) terus memberikan penjelasan tentang
tujuan manusia mengadakan peraturan, iaitu manusia lebih cenderung dalam mematuhi
beberapa peraturan dan mengikut adat resam serta kelaziman hidup dalam menghadapi
perhubungan dengan orang lain. Selain daripada itu, peraturan manusia juga boleh
menjimatkan masa kerana ia merupakan satu kriteria rujukan bagi manusia semasa mereka
membuat pemilihan dan keputusan atas sesuatu perbuatan yang perlu dilakukan oleh mereka.
Walau bagaimanapun, kita perlu memahami keperluan untuk peraturan (yang secara sejagat
disahkan sebagai bermoral) dalam masyarakat tetapi tidaklah pula mematuhinya tanpa berfikir
1.1 PUISI
Puisi merujuk kepada susunan / aturan ayat yang menyampaikan maksud dalam bentuk
yang indah. Puisi adalah satu cabang kesenian manusia. Puisi boleh berdiri secara sendiri, dan
boleh juga disulam dalam seni lain seperti drama puisi, him atau lirik. Terdapat pendapat
bahawa kesenian adalah apa yang membezakan manusia berbanding haiwan.
Selain itu, Puisi Melayu juga merupakan satu genre sastera yang dominan di dalam
perkembangan kesusasteraan Melayu, jika dibandingkan dengan genre sastera Melayu yang
lain seperti cerpen, novel dan drama. Puisi juga merupakan genre yang begitu kuat
perkaitannya dengan kehidupan masyarakat Melayu. Proses penciptaan puisi juga begitu akrab
dengan budaya masyarakat Melayu. Sesebuah puisi yang dicipta ia tidak akan lahir tanpa sebab
dan akibatnya. Di dalam Kamus Dewan (1989:989) puisi di definisikan sebagai sebuah
karangan yang berbentuk sajak, syair, pantun dan sebagainya. Menurut Herman J. Waluyo
(1994) menyatakan bahawa puisi adalah bentuk karya sastera yang mengungkapkan pemikiran
dan perasaan penyair secara imaginatif dan disusun dengan mengkonsentrasikan semua 5
kekuatan bahasa dengan pengkonsentrasian struktur fizik (strukutur luaran) dan batin (struktur
dalaman). Sementara itu bagi Clive Samson (1960:5) menyatakan bahawa puisi mengungkap
pengalaman intelektual melalui pengucapan bahasa berirama yang bersifat imaginatif dan
emosional dengan mempertimbangkan efek kehidupan. Ini adalah apa yang dimaksudkan oleh
Mathew Arnold (1994) menyatakan bahawa puisi adalah satu bentuk kritikan tentang
kehidupan dan ia disokong oleh seorang lagi tokoh iaitu Mc Naire (1994) yang menyatakan
bahawa kritikan yang dimaksudkan itu adalah reaksi penyair terhadap dunia
Puisi merupakan karangan berangkap yang mengutarakan pemikiran dengan bahasa
yang indah. Penciptaan Puisi terikat oleh unsur-unsur irama, rima, penyusunan baris dan
rangkap. Puisi terbahagi kepada dua iaitu Puisi Tradisional yang merangkumi pantun, syair,
gurindam dan seloka dan Puisi Moden pula terdiri daripada sajak.
2.0 LATAR BELAKANG PENGARANG (HARUN MAT PIAH)
Biodata Dr Harun Matpiah, Panel Pakar Manuskrip, Akademi Perubatan Melayu Malaysia
(APM)
Dr Harun Mat Piah lahir 14 November 1937 di Kuala Kangsar Perak, menerima
pendidikan di Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim, Maktab Perguruan Bahasa Kuala
Lumpur, Maktab Perguruan Ilmu Khas Kuala Lumpur, Universiti Malaya, SOAS Universiti
London dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Berkelulusan BA (Hons) Linguistik, MA dan
Ph.D dalam bidang Kesusasteraan Melayu Klasik dengan pengkhususan dalam Puisi Melayu
Tradisional dan pengkajian Manuskrip (Filologi).
Beliau juga mempunyai pengalaman penyelidikan mengkaji manuskrip Melayu dalam
koleksi-koleksi dunia, di Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam, Sri Lanka, koleksi Eropah
dan Amerika Syarikat. Penyelidikan dan penulisan dalam bidang kesusasteraan Melayu
tradisional, puisi Melayu tradisional, kepustakaan ilmu (epistemologi) tradisional dengan
pengkhususan dalam ilmu perubatan, ilmu ramalan (astrologi) dan ilmu perkasihan (seksologi)
tradisional. Pernah bertugas sebagai guru (guru pengetua), pensyarah Universiti Kebangsaan
Malaysia, Pensyarah Universiti Brunei Darussalam, Asian Scholar-in Residence Universiti
Michigan Ann Arbor Amerika Syarikat, Mualim Tamu Perpustakaan Negara Malaysia, Felo
Penyelidik Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim dan Karyawan Tamu Dewan
Bahasa dan Pustaka. Antara karyanya yang penting beliau ialah:-
• Cerita-Cerita Panji Melayu (DBP 1980)
• Lambang Sari, Tari Gamelan Terengganu (karya bersama, UKM-SUKTRA 1986)
• Puisi Melayu Tradisional–Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi (DBP 1989)
• Kesusasteraan Melayu Tradisional (karya bersama, DBP 2000),
• Pantun Melayu Bingkisan Permata(Karya Agung, 2001),
• Sastera Rakyat Malaysia, Indonesia dan Negara Brunei Darussalam-Satu Perbandingan
(DBP 2003)
• Puisi Melayu Tradisional–Nasihat dan Pengajaran ( DBP 2004)
• Kitab Tib–Ilmu Perubatan Melayu (PNM 2006)
• Dirgahayu Tuanku – Puisi-Puisi Kamariah Nuri (KeKWA 2006)
• Pantun Sebagai Artifak Budaya (UPSI 2007),
• Kitab Tib MSS 2515 PNM (karya bersama UKM
3.0 SKOP KAJIAN
Skop kajian menjerumus kepada tajuk kajian iaitu masyarakat berbudaya dan bermoral dalam
puisi melayu. Skop kajian yang tertumpu kepada satu karya sahaja iaitu Puisi Melayu
Tradisional: Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi kerana pengkaji berpendapat bahawa karya
ini mempunyai nilai masyarakat berbudaya dan bermoral. Kajian internet dan karya yang sudah
dimiliki menjadi rujukan untuk mencari maklumat tambahan iaitu buku-buku, jurnal dan
sebagainya.
4.0 MASYARAKAT BERBUDAYA DAN BERMORAL DALAM BUKU PUISI
MELAYU TRADISIONAL
Budaya merupakan perkongsian cara hidup ahli dalam sesuatu masyarakat. Menurut
pandangan Robert C. Pooley dalam Muhammad Irfan (2013) menyatakan bahawa puisi
memainkan peranan penting dalam memancarkan iktibar dan pemikiran kepada kehidupan
manusia. Susunan kata-kata yang indah serta kreatif di dalam puisi sarat ilmu yang
bertunjangkan kebenaran dan budaya hidup masyarakatnya. Oleh hal yang demikian, kajian ini
jelaslah akan meneroka puisi yang sesuai dalam buku kajian Puisi Melayu Tradisional karya
Harun Mat Piah yang berkait dengan masyarakat berbudaya iaitu puisi pantun dan teromba.
Antara budaya yang dapat dikenalpasti adalah budaya berpakaian, budaya dalam upacara
perkahwinan, budaya menjemput tetamu dan budaya berkerja.
Selain itu, moral membawa pengertian ajaran atau pegangan berkenaan dengan buruk
baik sesuatu perbuatan, sikap atau cara berkelakuan yang berasaskan atau yang diukur dari segi
baik buruk sesuatu akhlak. Ia merujuk kepada konsep etika kemanusiaan yang digunakan
dalam tiga konteks, iaitu hati nurani individu, sistem-sistem prinsip dan pertimbangan atau
dipanggil nilai moral yang dikongsi dalam sesuatu komuniti kebudayaan, keagamaan,
kesekularan atau kefalsafahan dan tatalaku atau prinsip moral tingkah laku. Menurut Hurlock,
definisi moral adalah perilaku yang sesuai dengan kod moral kelompok sosial. Moral sendiri
bererti tata cara, kebiasaan, dan adat. Perilaku moral dikendalikan konsep konsep moral atau
peraturan perilaku yang telah menjadi kebiasaan bagi anggota suatu budaya. Oleh hal yang
demikian, kajian ini jelaslah akan meneroka puisi yang sesuai dalam buku kajian Puisi Melayu
Tradisional karya Harun Mat Piah yang berkait dengan masyarakat bermoral iaitu puisi. Antara
moral yang dapat dikenalpasti adalah merendah diri, menjaga batas pergaulan, kasih sayang,
hormat-menghormati dan bertanggungjawab.
4.1 MASYARAKAT BERBUDAYA
4.1.1 PANTUN
Berdasarkan pandangan Harun Mat Piah (1989), beliau telah menyatakan bahawa definisi
pantun adalah berdasarkan aspek dalaman dan aspek luaran atau struktur visualnya. Aspek
dalaman pantun adalah meliputi unsur estetik dan isi (tema dan persoalan). Unsur estetik
pantun dapat dikenal berdasarkan dua aspek. Pertama, yang berkaitan dengan penggunaan
lambang-lambang tertentu yang terdapat dalam pantun mengikut tanggapan dan pandangan
dunia masyarakat melayu. Kedua, berdasarkan hubungan makna antara pasangan pembayang-
pembayang dengan pasangan maksud sama ada secara konkrit atau abstrak. Hal in disokong
oleh Za’ba yang menyatakan bahawa kaedah rangkapan yang tertua dan asalnya kepunyaan
masyarakat Melayu. Sebelum orang Melayu mengetahui tentang tentang surat-menyurat,
mereka telah bijak berpuisi menggunakan pantun dan saling berbalas-balas pantun sesame
sendiri di dalam komunikasi seharian. Menurut pandangan Siti Hajar (2013) menyatakan
bahawa pengkaryaan pantun menurut kepada pematuhan kepada hukum-hukum penciptaan
yang tegar, konvensional, baik dari sudut bentuk, struktur dan bahasa. Pantun seperti teks lisan
yang lain adalah diikat oleh kaedah penciptaan yang ketat dan ini menjadi prasyarat dan
estetikanya. Hal ini bukan sahaja untuk hiburan, namun ia dapat mempertajamkan pemikiran
masyarakat Melayu pada masa dahulu dengan menerusi penggunaan puisi ini. Secara
ringkasnya, pantun didefinisikan sebagai puisi lama yang terdiri daripada empat baris dalam
tiap-tiap rangkap. Kajian ini memperlihatkan unsur budaya di dalam puisi pantun karya Harun
Mat Piah. Antara contoh budaya yang terdapat dalam puisi pantun adalah budaya berpakaian.
1) Budaya Berpakaian
Budaya berpakaian. Pakaian lazimnya menggambarkan budaya bangsa seseorang yang hidup
di dalam sesebuah kelompok masyarakat. Bagi masyarakat Melayu, pemakaian bagi lelaki
Melayu adalah berbaju melayu dan berkain pelekat, manakala bagi perempuan adalah baju
kurung, dan berkain batik. Citra pakaian tradisional Melayu begitu penting sehingga sebarang
perubahan, penyesuaian atau gubahan yang dilakukan terhadap pakaian tradisional tidak boleh
lari dari citra asalnya. Buktinya, baju Melayu dan baju kurung dan kain batik tetap
memantulkan keperibadian Melayu dan terus dipakai hingga kini. Masyarakat melayu juga
terkenal dengan budaya memakai pakaian yang sopan dan tidak menjolok mata memandang
seiring dengan perilaku mereka yang lemah- lembut dan sopan-santun. Budaya berpakaian ini
dapat dibuktikan melalui contoh pantun dibawah.
Kain batik baju batik
Batik datang dari Jawa
Adik cantik abang cantik
Bagai pinang dibelah dua.
(halaman 28, Puisi Melayu Tradisional)
Pada rangkap puisi pantun tersebut, dapat dilihat bahawa pengarang menerapkan unsur
budaya berpakaian masyarakat Melayu iaitu berkain batik dan berbaju batik. Kain batik dari
jawa merupakan kegemaran masyarakat Melayu sehingga pada masa kini. Kain batik tidak
hanya terhad buat ibu-ibu selepas bersalin seperti yang kita lihat pada hari ini. Sejajar
perkembangan zaman, batik turut memainkan peranan yang cukup besar dalam peradaban
budaya Melayu, khasnya bagi golongan wanita kerana ia merupakan simbol keayuan wanita
Melayu. Pemakaian kain batik bagi wanita Melayu turut mempunyai simbolik tertentu,
samaada seseorang wanita itu merupakan anak dara, telah berkahwin ataupun janda. Pemakaian
kain batik biasanya disesuaikan dengan baju kurung atau kebaya. Penggunaan puisi pantun ini
yang menerapkan unsur budaya berpakaian wanita Melayu, jelaslah menunjukkan keprihatinan
pengarang dalam mengemukakan peradaban budaya Melayu ini.
Rajah 1: Gambar budaya pakaian tradisional budaya orang Melayu.
4.1.2 TEROMBA
Teromba merupakan sebuah puisi yang berbentuk susunan adat. Puisi ini turut dikenali sebagai
puisi adat. Puisi adat yang dimaksudkan adalah adat minangkabau dari Negeri Sembilan. Adat
minangkabau mengandungi adat dan peraturan serta norma-norma hidup masyarakat,
khusunya berkaitan undang-undang adat yang diamalkan dalam kehidupan sosial dan
masyarakat Melayu masih mengamalkan sehingga kini sehingga melahirkan sebuah adat yng
dikenali sebagai adat pepatih. Oleh itu, teromba yang ditulis merupakan susunan adat yang
disampaikan dalam bentuk puisi yang dikenali sebagai puisi adat. Antara jenis teromba yang
terdapat dalam penggunaan masyarakat Melayu adalah seperti teromba merisik dalam adat
istiadat perkahwinan, teromba persefahaman dan tolong-menolong, teromba adat sebenar adat
dan teromba tonggak nilai. Fungsi teromba ini adalah untuk memberi panduan dan pendidikan
tentang cara hidup dan hidup masyarakat yang baik serta harmoni melalui adat, peraturan, dan
undang-undang yang dibentuk, menjelaskan keutamaan adat dan masyarakat mesti mengikut
kebiasaan yang telah dijadikan peraturan setempat dan untuk menggambarkan masyarakat
yang mempunyai nilai estetika. Antara contoh budaya yang terdapat dalam puisi teromba
adalah budaya dalam upacara perkahwinan, budaya menjemput tetamu dan budaya bekerja.
2) Budaya dalam Upacara Perkahwinan
Budaya dalam upacara perkahwinan. Dalam masyarakat Melayu, akad nikah merupakan satu
acara paling penting dalam perkahwinan masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam.
Ijab dan kabul adalah rukun nikah yang perlu dilaksanakan dan tidak sah perkahwinan itu jika
tidak dilaksanakan dengan menurut syarat-syaratnya. Ijab dan kabul adalah satu dasar
perkahwinan yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak, tanpa paksaan sama ada dan calon
suami atau pun isteri. Ijab adalah suatu ucapan pengakuan daripada pihak bakal isteri bahawa
bersedia dinikahkan dengan bakal suaminya yang diucapkan oleh wali kerana wali adalah hak
ke atas wanita tersebut. Ia bukan suatu adat tetapi lebih kepada ajaran agama dan merupakan
kemuncak kesahihan sesuatu perkahwinan. Upacara ini dijalankan selepas segala perjanjian
yang dikenakan kepada pihak lelaki telah dilaksanakan seperti wang belanja, mas kahwin atau
mahar dan barangan lain sepertimana yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Contohnya,
Orang berbini nak berbelanja
Orang bercerai nak berkesudahan
Orang beranak nak berupah bidan
Orang nikah dengan maharnya
Adat diisi janji dilabuh
Sah kata adat mensiang
Cacat cedera berkembalian
Sawan gila luar janji
Elah si laki-laki luncur tanda
Elah si perempuan ganda tanda
(halaman 18, Puisi Melayu Tradisional)
Berdasarkan contoh puisi teromba diatas, pada baris 1 dan baris 4 menunjukkan budaya
masyarakat Melayu ketika berlakunya upacara perkahwinan. Sekiranya pihak lelaki ingin
melaksanakan perkahwinan tersebut, mereka perlulah menyediakan wang belanja, yang mana
dalam budaya dan adat Melayu wang belanja tersebut akan digunakan untuk membeli
keperluan seperti sewa khemah tetamu, menyiapkan pelamin dan bilik pengantin bagi meraikan
pasangan raja sehari tersebut. Adat ini telah dilaksanakan sekian lama dan bagi pihak lelaki
yang tidak dapat menyediakan wang belanja kebiasaannya mereka sanggup berhutang demi
memastikan majlis berjalan dengan lancar seiring dengan adat yang telah dilaksanakan.
Terdapat juga sesetengah pasangan yang berniat untuk berkahwin sanggup menunda tarikh
pernikahan kerana kekurangan bajet untuk perlaksanaan majlis. Sedangkan dalam Islam
mengajar untuk mempermudahkan sesuatu majlis perkahwinan supaya tidak membebankan
kedua pasangan yang berniat untuk menghalalkan ikatan. Penggunaan unsur budaya ini oleh
pengarang, jelaslah menggambarkan adat yang telah berlangsung di dalam masyarakat Melayu
di negara kita.
Rajah 2: Gambar upacara akad nikah dan budaya penyediaan wang belanja oleh pihak
lelaki.
3)Budaya Menjemput Tetamu
Budaya menjemput tetamu. Masyarakat Melayu amat menghargai tetamu yang hadir ke rumah,
malah mereka memuliakan tetamu mengikut sunnah nabi dan mereka percaya bahawa
kehadiran tetamu di rumah akan memurahkan rezeki kepada keluarga tersebut. Layanan yang
baik dilakukan demi keselesaan tetamu yang hadir. Malah, sanak-saudara, jiran tetangga sering
diajak berkunjung ke rumah demi memeriahkan lagi suasana walaupun hari tersebut bukanlah
majlis yang penting seperti hari raya, majlis perkahwinan dan sebagainya. Kehadiran tetamu
inilah sering dinanti-nantikan. Misalnya,
Beginilah bang
Sembah pada datuk
Adalah saya ni dari kampung nan bersudut
Rumah nan berketak tangga
Ibarat dari istana menjunjung sabda
Ibarat dari tempat semenda
Menjunjung suruhan dari buapak
Adalah hajat dan tujuan saya
Menjemput anak buah datuk
Serta adat dengan pusaka nan bersebab kerana
Inilah sembah saya pada datuk.
(halaman 457, Puisi Melayu Tradisional)
Berdasarkan contoh puisi teromba diatas, puisi ini merupakan sebuah puisi teromba
adat Minangkabau. Puisi ini biasanya digunakan secara spontan antara ahli-ahli adat ini,
penyertaan yang ‘natural’ daripada kalangan peserta setiap kumpulan (yang menyambut dan
bertamu), serta minat dan mempunyai pemahaman yang menyeluruh daripada mereka yang
hadir. Ahli-ahli adat biasanya menggunakan puisi ini pada majlis peminangan dan sebagainya
bagi menyatakan bahawa mereka menyambut tetamu tersebut. Penggunaan puisi jelaslah
menggambarkan adat dan budaya unik masyarakat Melayu yang menghormati tetamu yang
hadir. Berdasarkan contoh baris ke 6, 7 dan 8 iaitu ‘Menjunjung suruhan dari buapak’ ‘Adalah
hajat dan tujuan saya’ dan ‘Menjemput anak buah datuk’ menggambarkan hajat dan tujuan
tetamu tersebut hadir ke rumah. Hal ini jelaslah menunjukkan nilai-nilai murni yang dididik
dalam kalangan masyarakat Melayu.
Rajah 3: Gambar budaya menjemput tetamu di kalangan masyarakat Melayu.
4) Budaya Bekerja
Budaya bekerja amat dititikberatkan dalam masyarakat Melayu. Budaya bekerja yang
sistematik akan melancarkan sistem pentadbiran negara. Budaya ini dilaksanakan oleh setiap
masyarakat Melayu termasuklah para menteri dan pembesar dengan penuh tanggungjawab agar
kerja yang dihasilkan lebih berkualiti. Amalan ini menjadikan sistem pemerintahan dan
ekonomi berjalan dengan lebih teratur dan lancar. Contohnya,
Penghulu biasa menghukumkan adat
Alim biasa menghukumkan syarak
Hulubalang biasa menjarah
Juara biasa melepas
Saudagar biasa bermain bungkal teraju
(halaman 28, Puisi Melayu Tradisional)
Berdasarkan contoh puisi teromba diatas, memaparkan budaya bekerja dikalangan para
penghulu, alim ulamak dan hulubalang pada baris 1 dan baris 2. Puisi diatas jelaslah
memaparkan peranan mereka, misalnya seorang penghulu bertanggungjawab untuk
melaksanakan hukuman adat. Hal ini telah dibuktikan sejak zaman kesultanan Melayu Melaka
yang mana tugasa penghulu amat penting kerana diberi tanggungjawab yang besar dan perlulah
melaksanakan tugas mereka dengan adil. Perlaksanaan hukuman adat oleh penghulu masih
dilakukan oleh sesetengah masyarakat Melayu di negara ini. Begitu juga tugas alim ulamak
yang perlu melaksanakan hukuman syarak yang berlandaskan al-quran dan tidak boleh
melaksanakan secara sesuka hati dan berlawanan dengan syariat yang ditetapkan. Oleh itu,
jelaslah menunjukkan budaya bekerja ini amat dititikberatkan oleh masyarakat Melayu supaya
keharmonian dalam institusi kemasyarakatan ini dikekalkan.
Rajah 4: Gambar budaya bekerja oleh penghulu dalam masyarakat Melayu.
4.2 MASYARAKAT BERMORAL
4.2.1 PANTUN
1) Merendah Diri
Merendah diri merupakan satu sifat yang cukup mulia yang ada di dalam diri seseorang. Ianya
bertentangan dengan sifat sombong dan angkuh yang suka meninggi diri terutama dalam
menerima pandangan atau nasihat orang lain. Orang yang mempunyai moral akan bersifat
merendah diri dan menerima nasihat seseorang tidak kira siapa yang menyampaikannya
asalkan nasihat yang diberikan berguna dan boleh melahirkan sifat merefleksi diri. Budaya
bermoral atau sifat merendah diri ini dapat dibuktikan dalam pantun yang terdapat di dalam
buku Puisi Melayu Tradisional. Contohnya:
Teritip di tepi kota
Mari berkayuh sampan pengail
Imam dan khatib lagi berdosa
Inikan pula kita yang jahil
(halaman 45, Puisi Melayu Tradisional)
Maksud pantun ini ialah janganlah kita sombong dengan diri kita dan bersikap angkuh
kerana orang yang lebih hebat dari kita pun mempunyai kekurangannya, apa lagi kita. Di sini
kita dapat lihat masyarakat yang bermoral dan berakhlak dengan merendahkan diri dan
mengikut perintah tuhan serta menunjukkan masyarakat yang sedar akan kesilapan mereka.
Didalam rangkap ketiga pantun itu menjelaskan orang yang berilmu dan soleh pun berbuat
dosa inikan pula orang yang tidak berilmu dan jahil dalam agama. Oleh itu, sifat merendah diri
ini merupakan satu sifat yang dapat membentuk moral masyarakat supaya menjadi golongan
yang lebih baik. Dari pantun ini kita dapat tafsirkan yang masyarakat di dalam puisi ini
mempunyai moral dan berakhlak dalam menerima nasihat dan menasihati seseorang dengan
merendahkan diri tanpa menyinggung perasaan orang lain.
2) Menjaga Batas Pergaulan
Maksud pergaulan (ikhtilat) dalam ialah bergaul atau bercampur di antara lelaki dan perempuan
ajnabi (yang sah kahwin) di satu tempat berlaku interaksi, dalam bentuk pandang memandang
dan perbualan di antara seseorang dengan lain. Di dalam buku Puisi Melayu Tradisional, tidak
terdapat contoh yang menunjukkan masyarakat yang menjaga batas pergaulan mereka tetapi
terdapat pantun yang menunjukkan moral yang tidak baik dengan bergaul antara lelaki dan
perempuan secara berlebih-lebihan. Walau bagaimanapun, sebagai seorang yang berakal dan
mampu mengambil pengajaran daripada moral atau sikap yang buruk kepada moral yang baik,
kita boleh menjadikan pantun tersebut sebagai iktibar. Contohnya:
Ke teluk sudah ke Siam sudah
Ke Mekah saja saya yang belum
Berpeluk sudah bercium pun sudah
Bernikah saja saya yang belum
(halaman 125, Puisi Melayu Tradisional)
Pada rangkap puisi pantun tersebut, dapat dilihat bahawa pengarang menerapkan unsur
tidak bermoral dengan bergaul secara bebas. Maksud pantun ini menunjukkan seseorang yang
bergaul dengan cara yang salah. Di sini kita dapat lihat contoh masyarakat yang tidak bermoral
iaitu melakukan maksiat dan hubungan yang tidak sepatutnya dilakukan jika belum berkahwin.
Dalam istilah agama ianya dipanggil sebagai zina, zina merupakan salah satu perbuatan yang
paling dibenci oleh Allah SWT. Bahkan, mendekatinya pun dianggap suatu perbuatan yang
keji dan boleh membimbing pelakunya kepada jalan yang buruk. Larangan tersebut telah
tertulis jelas dalam Al Quran, dalam surat Al Isra ayat 32 yang bermaksud: “Dan janganlah
kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang
buruk”. Dari pantun ini masyarakat boleh mengambil iktibar dan pengajaran untuk tidak
melakukan perbuatan ini bagi menjatuhkan moral mereka dan sekaligus merosakkan imej
masyarakat setempat.
4.2.2 GURINDAM
Gurindam merupakan sejenis bentuk puisi yang tidak terikat atau tiada tentu bentuknya (sama
ada terikat atau tidak). Bentuk yang terikat biasanya terdiri dari pada dua baris serangkap,
menyerupai syair dua baris atau nazam. Setiap baris biasanya mengandungi tiga atau empat,
enam atau lebih perkataan dan pola rima a-a; a-b atau serima (monoryme). Tiap-tiap rangkap
merupakan sebahagian daripada idea yang berturutan dan biasanya memerlukan beberapa baris
atau rangkap untuk menyatakan keseluruhan idea. Bentuk yang tidak terikat tergolong sebagai
puisi bebas, sama ada berangkap atau tidak. Walaupun setiap rangkap dapat berdiri sendiri
tetapi biasanya memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk meyatakan satu keseluruhan
idea. Dari segi bentuk ia sama seperti talibun, teromba atau mantera; tetapi tergolong sebagai
gurindam kerana isinya mengandung nasihat, pengajaran dan kebenaran, berbeza dengan
mantera. Gurindam tidak mengandung unsur sihir; dan berbeza dengan teromba, ia tidak
merujukkan kepada salasilah atau undang-undang setempat. Gurindam juga dapat merangkum
puisi yang lebih bebas, yang secara sinkronis tergolong sebagai puisi moden, terutama di
peringkat awal perkembangannya. Kebanyakan karya puisi dalam peringkat itu
memperlihatkan kebebasan dari segi bentuk dan isi tetapi masih terkongkong kepada nilai-nilai
puisi tradisional dari segi pola rima, rentak dan unsur-unsur estetik yang lain.
3) Kasih Sayang Dan Hormat Menghormati
Kasih sayang adalah suatu sikap saling menghormati dan mengasihi semua ciptaan Tuhan baik
mahluk hidup maupun benda mati seperti menyayangi diri sendiri berlandaskan hati nurani
yang luhur. Kita sebagai anggota masyarakat yang baik sudah sepatutnya untuk terus memupuk
rasa kasih sayang terhadap orang lain tanpa membezakan saudara , suku, ras, golongan, warna
kulit, kedudukan sosial, jenis kelamin, tua atau muda. Di dalam buku Puisi Melayu Tradisional
menunjukkan masyarakat yang berkasih sayang dan monghormati sesame yang lain terutama
orang yang terdekat seperti keluarga dan sahabat handai. Sikap ini dapat dibuktikan di dalam
gurindam yang terdapat di dalam buku Puisi Melayu Tradisional karya Harun Mat Piah.
Contohnya:
Dengan bapa jangan durhaka,
supaya Allah tidak murka.
Dengan ibu hendaklah hormat,
supaya badan dapat selamat.
Dengan anak janganlah lalai,
supaya boleh naik ke tengah balai.
Dengan isteri dan gundik janganlah alpa,
supaya kemaluan jangan menerpa.
Dengan kawan hendaklah adil
supaya tangannya jadi kafil.
(halaman 17: Puisi Melayu Tradisional)
Maksud
Rangkap 1
Patuh cakap bapa supaya Allah tidak murka, kerana Allah tidak suka hambanya yang
berduhaka dengan orang tuannya.
Rangkap 2
Jika hendak keselamatan, kita perlu hormati ibu masing-masing.
Rangkap 3
Jangan lupa membesarkan anak, didik mereka dengan baik supaya mereka boleh membesar
dan menjadi orang terpandang.
Rangkap 4
Jangan lupa akan kewajiban isteri, perlu adil dengan isteri supaya tidak dipermalukan dan
keharmonian dalam rumah tangga tidak terganggu.
Rangkap 5
Berbuat baik and adil dengan rakan supaya dapat saling membantu dan bekerjasama, kerana
jika kita dalam kesusahan, rakan kita akan sentiasa membantu, dan begitu juga sebaliknya.
Jelaslah di dalam gurindam ini mencerminkan masyarakat yang mempunyai moral yang
tinggi dan bersifat kasih sayang, hormat-menghormati dan bertanggungjawab dapat dilihat
melalui pesanan di dalam gurindam tersebut yang mencerminkan bagaimana amalan dan adab
masyarakat tersebut yang bermoral.
5.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, puisi Melayu tradisional merupakan warisan bangsa melayu yang
mempunyai keunikan yang tersendiri. Puisi melayu merupakan warisan kesusasteraan Melayu
tradisional yang dihasilkan untuk melahirkan pemikiran baharu yang sesuai pada zaman itu.
Pemikiran tersebut diungkapkan dalam bahasa yang puitis dan kreatif. Puisi tradisional
mempunyai fungsi dan peranannya tersendiri, terutamanya dalam kegiatan ritual, hiburan dan
hal keagamaan. Puisi melayu itu mempunyai bentuknya sendiri, mudah dikenal dan diasingkan
daripada yang tergolong sebagai baru atau moden. Genre puisi melayu adalah pantun,
gurindam, seloka, mantera dan teromba. Oleh yang demikian, puisi melayu tradisional dapatlah
dirumuskan kepada 12 iaitu pantun, syair, nazam, gurindam, seloka, teka-teki, peribahasa
berangkap, teromba, prosa berirama, zikir dan sebagainya. Seterusnya melalui kajian ini juga
diharapkan dapat memberi ilmu bantu kepada pengkaji-pengkaji puisi yang akan datang dalam
membuat kajian terutamanya berkaitan dengan bidang puisi Melayu tradisional.
RUJUKAN
A. Samad Ahmad. (1974). Sejarah Kesusasteraan Melayu I dan II. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu Tradisional: Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hashim Awang. (1987). Glosari Mini Kesusasteraan. Petaling Jaya: Fajar Bakti.
Muhammad Irfan. (2013). Budaya dalam Puisi-Puisi Muhammad Haji Salleh: Kajian Teori
Sastera Budaya. Retrieved May 5, 2021. Dimuat turun daripada
http://springs.usm.my/43842/1/Muhammad Irfan Nyia Bin Abdullah24.
Siti Hajar. (2013). Kelestarian Pantun: Rencah dan Leluhur Bangsa Dulu, Kini dan
Selamanya. International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman) 1(1),
2013: 75-81
Zainal Abidin Ahmad (Zaba). 1965. Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.