i
KOD BRAILLE BAHASA MELAYU
PINDAAN 2020
Disunting oleh
KWAY ENG HOCK
WONG YOON LOONG
ii
ISBN 978-983-42148-3-8
© Majlis Kebangsaan Bagi Orang Buta, Malaysia 2020
Cetakan Pertama 2020
Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam buku ini tidak dibenarkan
diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi,
ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik dengan cara
bahan elektronik, mekanik, penggambaran semula mahupun dengan cara
perakaman tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Pengarah Eksekutif,
Majlis Kebangsaan Bagi Orang Buta, Malaysia. Perundingan tertakluk
kepada perkiraan royalti atau honorarium.
Perpustakaan Negara Malaysia
Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Kod Braille Bahasa Melayu Pindaan
2020
1. Braille
2. Blind-Printing and writing systems.
I. Majlis Kebangsaan Bagi Orang Buta, Malaysia.
411
Dicetak oleh
Sylog Print Systems Sdn Bhd
iii
PENGHARGAAN
Majlis Kebangsaan Bagi Orang Buta, Malaysia (NCBM) ingin merakamkan
penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua ahli Jawatankuasa Kod
Braille Bahasa Melayu Pindaan 2020 yang mewakili Bahagian Pendidikan
Khas dan semua Bahagian berkaitan di bawah Kementerian Pendidikan
Malaysia, ahli gabungan NCBM dan organisasi berkaitan yang telah
memberikan idea dan tenaga dalam menjayakan usaha ini dalam
menambahbaik Kod Braille Bahasa Melayu. NCBM juga ingin mengucapkan
terima kasih kepada semua pelajar, guru dan individu OKU Penglihatan yang
telah mengambil bahagian dalam soal selidik yang dijalankan sebagai asas
kepada pindaan yang dimasukkan dalam Kod Braille Bahasa Melayu Pindaan
2020 ini. NCBM mengharapkan agar segala pindaan yang diterimapakai ini
akan memanfaatkan OKU Penglihatan dalam penggunaan braille bagi segala
urusan harian mereka termasuk dalam pendidikan, pekerjaan dan urusan
lain.
Majlis Kebangsaan Bagi Orang Buta, Malaysia (NCBM)
iv
KATA PENGANTAR
Dalam penggunaan Kod Braille Bahasa Melayu Edisi Pindaan sejak tahun
2004, terdapat beberapa kecelaruan dan perkara yang tidak konsisten.
Lebih-lebih lagi dengan perkembangan di peringkat antarabangsa di mana
Kod Braille Bahasa Inggeris telah disatukan ke Unified English Braille (UEB)
yang mengambil kira cara penulisan braille yang mirip kepada tulisan cetak.
Oleh itu, timbul keperluan untuk membuat pindaan kepada Kod Braille
Bahasa Melayu Edisi Pindaan 2004 ini.
Edisi ini memuatkan Kod Braille Bahasa Melayu Pindaan 2020 yang antara
lainnya termasuklah:
• Kod Matematik Asas;
• Kod fonetik;
• Penggunaan huruf besar;
• Tanda fon (seperti italik, bold dan tanda garis); dan
• Tanda khas untuk mata wang Ringgit Malaysia.
Edisi pindaan ini mengadaptasikan unsur-unsur yang diterimapakai dalam
Unified English Braille (UEB). Semoga semua pengguna Braille serta para
guru dapat memanfaatkan kod pindaan ini dalam meningkatkan ilmu
pengetahuan.
WONG YOON LOONG
Majlis Kebangsaan Bagi Orang Buta, Malaysia (NCBM)
v
KATA-KATA ALUAN PENGARAH
BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS
Malaysia merupakan negara bertamadun dengan mengutamakan
penguasaan ilmu pengetahuan dalam kalangan rakyat. Dengan ilmu
pengetahuan, kita membentuk jati diri anak-anak generasi pelapis masa
hadapan yang bakal menerajui negara dan membuka lembaran peluang
pembangunan insaniah seluas-luasnya. Di samping itu, ilmu pengetahuan
juga memacu kita untuk memahami, menganalisis serta menangani isu-isu
semasa yang membelenggu masyarakat seterusnya bersedia mendepani
cabaran-cabaran akan datang.
Dalam tempoh negara kita mencapai kemerdekaan, sistem pendidikan
negara telah melalui pelbagai proses transformasi. Kita bangga kerana
mampu berdiri setara negara-negara lain dalam aspek pendidikan. Sistem
pendidikan yang telah dibangunkan cukup komprehensif bermula dengan
pendidikan awal kanak-kanak sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi.
Pendidikan teknikal dan vokasional turut berkembang maju dalam negara.
Semuanya atas berkat usaha dan kerjasama antara pihak kerajaan,
khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan pelbagai pihak
berkepentingan lain seperti pertubuhan bukan kerajaan, ibu bapa/penjaga,
pendidik dan masyarakat umum.
Kerajaan juga sangat prihatin ke atas hak semua masyarakatnya,
termasuklah kumpulan Orang Kurang Upaya (OKU). Transformasi bidang
vi
pendidikan khas telah menjadi rentetan sejarah yang cukup panjang.
Pencapaian demi pencapaian telah kita kecapi. Terbaharu ialah Dasar Sifar
Penolakan (Zero Reject Policy) yang telah mula berkuatkuasa pada Januari
2019. Saban hari, kita dapat menyaksikan peningkatan enrolmen murid-
murid berkeperluan khas dalam sistem pendidikan negara.
Walau bagaimanapun, ilmu pengetahuan itu tidak mungkin diperoleh tanpa
menguasai bahasa dan sistem tulisan. Untuk murid berkeperluan khas (MBK)
kategori kurang upaya penglihatan, mereka perlu menguasai sistem tulisan
Braille sebagai salah satu kemahiran asas demi menjamin keterlibatan dalam
masyarakat; sebagai seorang murid, pelajar, pekerja, dan pemimpin. MBK
kategori kurang upaya penglihatan hendaklah dipersiap dengan kemahiran
Braille mengikut perkembangan sistem tulisan semasa. Pada hari ini, kita
dapat melihat ciptaan pelbagai gaya tulisan dan simbol-simbol baharu.
Justeru, Kod Braille Bahasa Melayu perlu bergerak seiring perkembangan
semasa ini.
Sehubungan dengan itu, proses semakan dan pindaan Kod Braille Bahasa
Melayu telah dilakukan dengan langkah awal menubuhkan Jawatankuasa
Kod Braille Bahasa Melayu Pindaan 2020. Jawatankuasa tersebut dianggotai
oleh guru-guru pendidikan khas, Lembaga Peperiksaan, Majlis Peperiksaan
Malaysia, Bahagian Buku Teks, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Majlis
Kebangsaan Bagi Orang Buta, Malaysia (NCBM) serta badan-badan
gabungannya. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengungkapkan
rasa penghargaan dan terima kasih kepada seluruh ahli Jawatankuasa Kod
Braille Bahasa Melayu Pindaan 2020 atas dedikasi, usahasama serta hasil
pindaan yang cukup komprehensif.
Kod Braille Bahasa Melayu ini diyakini mampu membantu proses pengajaran
dan pembelajaran MBK kategori kurang upaya penglihatan secara inklusif.
Pindaan tersebut juga menggalakkan MBK berkenaan untuk lebih mendalami
dan mengikuti sepenuhnya aktiviti-aktiviti pembelajaran. Hal ini seterusnya
membuka lebih banyak peluang kepada mereka menerokai bidang-bidang
pengetahuan baharu yang membawa kepada peluang kerjaya pada masa
hadapan.
DATUK DR. YASMIN BINTI HUSSAIN
Pengarah
Bahagian Pendidikan Khas
Kementerian Pendidikan Malaysia
vii
KATA-KATA ALUAN PENGERUSI JAWATANKUASA KOD BRAILLE
BAHASA MELAYU PINDAAN 2020
Penciptaan Kod Braille merupakan suatu inovasi yang cukup penting dan
bernilai untuk orang kurang upaya penglihatan seluruh dunia. Menerusi
sistem tulisan tersebut, orang kurang upaya penglihatan bukan sahaja
mampu menimba ilmu pengetahuan, malah mereka juga dapat bersama-
sama menyumbang kepada perkembangan ilmu pengetahuan baharu dalam
masyarakat. Pada hari ini, kita dapat menyaksikan sistem dan gaya tulisan
yang begitu kompleks dengan munculnya simbol-simbol baharu. Sejajar
dengan perkembangan tersebut, Kod Braille Bahasa Melayu perlu turut
disemak dan dipinda supaya golongan orang kurang upaya penglihatan,
terutamanya anak-anak kurang upaya penglihatan dapat bersama-sama
mempelajari serta menggunakan sepenuhnya sistem dan gaya tulisan
moden.
Proses pindaan Kod Braille Bahasa Melayu telah bermula dengan
penyebaran borang soal selidik. Tinjauan soal selidik tersebut mengambil kira
maklum balas daripada kumpulan-kumpulan pengguna Braille seperti para
pelajar peringkat sekolah rendah dan menengah, para guru pendidikan khas
serta individu-individu kurang upaya penglihatan lain. Proses libat urus
tersebut melihat kepada Kod Braille yang perlu dipinda, digugurkan serta
ditambah mengambil contoh daripada Unified English Braille (UEB). Pindaan
viii
yang dilakukan juga selaras dengan kemajuan sistem transkripsi Braille dan
peranti pemapar braille.
Selaku Pengerusi Jawatankuasa Kod Braille Bahasa Melayu Pindaan 2020,
saya amat gembira dengan kejayaan kita menghasilkan Kod Braille Bahasa
Melayu Pindaan 2020. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan
terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh ahli
jawatankuasa atas input serta kerjasama yang diberikan. Saya turut
berterima kasih kepada semua agensi kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan
bukan kerajaan yang terlibat sama sepanjang proses pindaan. Semoga
penghasilan Kod Braille Bahasa Melayu Pindaan 2020 dapat membuka lebih
banyak peluang pendidikan dan kerjaya untuk Orang Kurang Upaya
Penglihatan selain memartabatkan Bahasa Melayu.
DR KWAY ENG HOCK
Pengerusi
Jawatankuasa Kod Braille Bahasa Melayu Pindaan 2020
ix
JAWATANKUASA KOD BRAILLE BAHASA MELAYU PINDAAN
2020
DATUK DR. YASMIN BINTI HUSSAIN - PENASIHAT
DR. KWAY ENG HOCK – PENGERUSI
WONG YOON LOONG – NAIB PENGERUSI
SEKRETARIAT
WONG KWEE HEONG
NURUN JAMIAH BINTI HASAN
CHIN YEW CHENG
AHLI JAWATANKUASA
MASNIAH BINTI ZAMHARI (Sehingga Jun 2020)
Penolong Pengarah
Bahagian Pendidikan Khas
Kementerian Pendidikan Malaysia
ALIODIN BIN DAUD
Penolong Pengarah
Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
ZAHARI BIN HASHIM
Penolong Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
SHAARI BIN SAAD
Pembantu Penolong Setiausaha (Braille)
Majlis Peperiksaan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
x
SURIANI BINTI YUSOF
Pensyarah
Jabatan Pendidikan Khas
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
Kuala Lumpur
AHMAD BUSTAMAM BIN MOHD ALI
Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas
Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 18(1)
Putrajaya
KASILAWATI BINTI RAMLY
Guru
Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Princess Elizabeth
Johor
MUHAMMAD AIZUDDIN BIN ABD. GHANI
Guru
Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh
Melaka
MUHAMMAD YUSUF BIN MONGIJAL
Guru
Sekolah Menengah Kebangsaan Vivekananda, Brickfields
Kuala Lumpur
NORHASHIMAH BINTI HASHIM
Guru
Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Malik
Kedah
ROSMIN BIN DAMBAH
Guru
Sekolah Menengah Kebangsaan St. John
Kuala Lumpur
SAIFUDDIN BIN MOHAMAD
Guru
Sekolah Kebangsaan Desa Petaling
Kuala Lumpur
xi
SALMAH BINTI ISHAK
Guru
Sekolah Tinggi Muar
Johor
SITI NUR SHUHADA CHONG BINTI ABDULLAH
Guru
Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas Setapak
Kuala Lumpur
SUZANA BINTI AZIZ
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Sekolah Kebangsaan Klang
Selangor
TEOW CHENG POO (sehingga Julai 2020)
Penyelaras Program Pendidikan Khas Inklusif
Kolej Tingkatan 6
Haji Zainul Abidin
Pulau Pinang
WAN MOHD SUHAIMI BIN WAN MOHD ZAWIL ABIDIN
Guru
Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Batu
Kuala Lumpur
YAFROH BINTI HURZAID
Guru
Sekolah Menengah Kebangsaan Georgetown
Pulau Pinang
YEOH KOK SOON
Guru
Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas Setapak
Kuala Lumpur
xii
ZAINUDIN BIN MAT ALI
Guru
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besar
Kuala Terengganu
Terengganu
ZAKARIA BIN YAHYA
Guru
Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas Setapak
Kuala Lumpur
ZAMRI BIN ISHAK
Guru
Maktab Sultan Abu Bakar
Johor
ABIAN BIN JAMBOT
Kerani Kanan
Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia
NORFARIHAN BINTI NORZAINI
Penyunting Braille
Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia
UMASHANGARI A/P SELVAMANI
Penyunting Braille
Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia
xiii
KANDUNGAN
Penghargaan iii
Kata Pengantar iv
Kata-kata Aluan v
Jawatankuasa Kod Braille Pindaan 2020 ix
Istilah xvi
Kependekan xvii
BAB 1. ABJAD BRAILLE BAHASA MELAYU
Bahagian I a-j 1
Bahagian II k-t 2
Bahagian III u-z 2
BAB 2. KONSONAN GABUNGAN DUA HURUF
Bahagian I KH 4
Bahagian II NG 4
Bahagian III NY 5
Bahagian IV SY 5
BAB 3. AWALAN ME, PE, SE, BER, PER, DI, KE, DAN TER
Bahagian I Awalan ME, PE, SE 7
Bahagian II Awalan BER, PER, DI, KE, TER 9
BAB 4. AKHIRAN AN DAN KAN
Bahagian I AN 15
Bahagian II KAN 17
BAB 5. PEMENDEKAN PERKATAAN
Bahagian I Perkataan Berstruktur KVKV, KVKVKV, 19
KVKVKVKV 20
Bahagian II 22
Bahagian III
BAB 6. PARTIKEL KAH DAN LAH 25
BAB 7. SUKU KATA YANG TERDIRI DARIPADA URUTAN
VOKAL KONSONAN TERTENTU AH, AM, EN, IN
xiv
Bahagian I AH dan AM 28
Bahagian II EN dan IN 29
BAB 8. TANDA BACA
BAB 9. Bahagian I Tanda Baca Yang Biasa Digunakan 31
BAB 10. Bahagian II Tanda Kurungan 32
BAB 11. Bahagian III Tanda Ucapan (Tanda Petikan) 33
Bahagian IV Sempang Dan Garis Pemisah 34
BAB 12. Bahagian V Tanda Kesenyapan 36
BAB 13. Bahagian VI Tanda Asterisk 37
BAB 14.
TANDA KHAS
BAB 15.
Bahagian I Tanda Penjelasan 39
Bahagian II Tanda Ulangan 41
Bahagian III Nota Penulis Pindah 43
TANDA KATA RINGKAS 44
TANDA KATA SINGKAT DAN, ADA, APA, AHLI, AM,
ANDA, KITA, DI, KE, BEBERAPA, PULA
Bahagian I Dan 49
Bahagian II Ada dan Apa 50
Bahagian III Ahli, Am, Anda dan Kita 51
Bahagian IV Di, Ke, Beberapa dan Pula 52
TANDA KATA AWAL 55
KEPENDEKAN PERKATAAN 59
TANDA KARANGAN
Bahagian I Tanda Huruf Besar 62
Bahagian II Tanda Huruf 64
Bahagian III Tanda Fon 66
Bahagian IV Kaedah Penulisan Puisi 71
TANDA MATEMATIK (1)
Bahagian I Bilangan 73
Bahagian II Pecahan 74
Bahagian III Nombor Bercampur 75
xv
Bahagian IV Tanda Titik Perpuluhan 76
Bahagian V Tanda Matematik Biasa 76
BAB 16. TANDA MATEMATIK (2)
BAB 17. Bahagian I Kuantiti 79
BAB 18. Bahagian II Tarikh 83
Bahagian III Waktu Dalam Sehari 84
Bahagian IV Peratus 84
Bahagian V Mata Wang 85
SIMBOL KHAS
Bahagian I 86
Bahagian II Alamat E-mel, Laman Web dan Hashtag 88
SIMBOL FONETIK 90
RUJUKAN 103
GLOSARI 104
xvi
Braille ISTILAH
Sistem “tanda” timbul yang dibentuk dengan
menggunakan gabungan enam titik yang disusun dan
diberi bernombor begini:
1 •• 4
2 •• 5
3 •• 6
Singkatan Dalam teks ini titik dalam “sel” atau ruang dinomborkan
1 2 3 dan 4 5 6 masing-masing untuk menunjukkan
Tanda Atas bahagian kiri dan kanan sel.
Tanda Bawah
Tanda Kata Tanda yang mewakili dua huruf atau lebih yang
mencakupi satu imbuhan, partikel atau kata sendi dan
yang boleh digunakan sebagai satu suku kata atau
sebahagian daripada tanda suku kata dalam satu
perkataan.
Tanda yang mengandungi titik 1 atau 4, atau kedua-
duanya.
Tanda yang tidak mengandungi titik 1 dan titik 4.
Tanda yang mewakili satu perkataan.
xvii
IPS KEPENDEKAN
NPP
TA Inkprint Symbol
TB Nota Penulis Pindah
TG Tanda Angka
TH Tanda Bold
THB Tanda Garis
TI Tanda Huruf
TP Tanda Huruf Besar
TSLT Tanda Italik
TTP Tanda Penjelasan
TU Tanda Susun Letak Titik (dot locator)
Tanda Titik Perpuluhan
Tanda Ulangan
xviii
xix