MPU 21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
E-FOLIO :PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA
PENSYARAH :USTAZ MOHD FAIZAL BIN MAT PESA
BIL NAMA AHLI KUMPULAN NO .PENDAFTARAN
1. AINA SHAHIRAH BINTI MAHADI 14DPR22F1054
2. SRI TARSINI A/P APPNAH 14DPR22F1030
3. LAKSMIPRIYA A/P MEKENDRAN 14 DPR22F1065
ISI KANDUNGAN SLIDE
3
BIL PEKARA 4
1. PENGENALAN 5-7
2. OBJEKTIF 8-9
3. FAKTOR PERPADUAN KAUM 10-12
4. CABARAN PERPADUAN KAUM 13
5. ISU SEMASA PERPADUAN KAUM 14
6. KESIMPULAN
7. LAMPIRAN
PENGENALAN
• Perpaduan ditakrifkan sebagai hubungan erat yang wujud dalam kalangan
kaum,etnik dan agama yang berbeza dalam kalangan masyarakat yang harmoni
untuk mencapai matlamat bersama.Dalam kata lain,perpaduan kaum adalah
suatu proses penyatuan seluruh masyarakat untuk membentuk negara yang
aman damai.Malaysia adalah negara yang mempunyai masyarakat yang
berbilang kaum yang hidup dengan harmoni.
OBJEKTIF MENGUKUHKAN
EKONOMI
MENGEKALKAN
KEHARMONIAN NEGARA DENGAN
MASYARAKAT PENGLIBATAN
BERBILANG KAUM SEMUA KAUM
& AGAMA. DALAM KEGIATAN
EKONOMI.
OBJEKTIF
PERPADUAN
ANTARA KAUM
MEMBENTUK
SEMANGAT
IDENTITI
NASIONAL
DENGAN JATI
DIRI,PRIHATIN
DAN PATRIOTISME
FAKTOR PERPADUAN KAUM
• Pada tanggal 13 Mei 1969, keharmonian negara telah dikejutkan dengan peristiwa yang hampir
meragut dan menghancurkan keutuhan negara. lebih-lebih lagi baru enam tahun usia pembentukan
Malaysia. Tragedi ini berlaku ekoran daripada pelbagai isu-isu sensetif telah disentuh bagi mencapai
kemenangan dan untuk kepentingan diri sendiri.
• Bagi mengatasi Kerajaan telah mewujudkan pelbagai dasar ke arah pembentukan integrasi nasional.
Antara dasar–dasar dan pelan tindakan khas kerajaan ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1971 – 1990
dan Dasar Pembangunan Negara (DPN) 1991 – 2000, Dasar Wawasan Negara dan juga Program 1
Malaysia.
• Dasar Wawasan Negara (2001-2010) atau dikenali sebagai Wawasan 2020 merupakan usaha kerajaan
untuk mengembangkan ekonomi, sosial dan politik pada peringkat nasional dan antarabangsa serta
fokus pada pembangunan menyeluruh dan meliputi aspek-aspek politik, ekonomi, sosial, kerohanian,
kejiwaan dan kebudayaan.Menjelang tahun 2020, Malaysia diharapkan mampu menjadi sebuah negara
yang bersatu padu di mana masyarakat Malaysia mempunyai nilai moral dan etika yang utuh penyayang
dan adil serta mampu bersaing.
• Konsep 1Malaysia telah diperkenalkan oleh Datuk Seri Mohd Najib pada 3 April 2009. Konsep 1 Malaysia
ini memberi aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat
menjalin perpaduan yang lebih erat.
• Konsep ini juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan
keutamaan rakyat sebagaimana slogan Perdana Menteri iaitu “Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan.”Untuk mencapai kemajuan bagi negara,sikap penerimaan antara kaum membawa kepada
perpaduan yang utuh perlu diamalkan. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara
akan berjalan dengan lebih lancar.
• Dalam segi Pendidikan, Persefahaman kaum juga dapat dipupuk secara berkesan menerusi pendidikan.
Antara langkah yang dilakukan ialah dengan penubuhan sekolah wawasan. Sekolah wawasan
merupakan tempat yang terbaik untuk memulakan proses integrasi antara kaum.Sekolah wawasan
menyediakan ruang dan peluang untuk murid-murid pelbagai kaum berinteraksi secara langsung
kerana mereka berkongsi kantin, padang permainan, dewan dan kemudahan lain di sekolah.
• Mereka berpeluang untuk saling mengenali dan memahami antara satu sama lain. Dengan itu, mereka
akan membesar dengan sikap toleransi dan hormat terhadap budaya dan agama kaum lain. Tegasnya,
sekolah wawasan mampu memupuk persefahaman kaum.
• Inisiatif ini diambil pengajaran daripada sistem pendidikan penjajah dimana sekolah ditubuhkan
mengikut kaum. Contohnya, sekolah Cina untuk kaum Cina, sekolah India untuk kaum India dan begitu
juga dengan bangsa Melayu. Sukatan pelajaran yang dipelajari juga adalah berbeza-beza kerana
masing-masing sekolah menggunakan sukatan pelajaran dari negara asal. mereka juga menggunakan
bahasa ibunda dalam pertuturan seharian menyebabkan komunikasi sukar untuk dilakukan dengan
kaum lain.
• Oleh itu, penubuhan sekolah kebangsaan adalah faktor yang membawa kepada perpaduan dan
kemasyarakatan di Malaysia. Ini kerana, dengan adanya sekolah ini, pelajar dapat berkomunikasi antara
satu sama lain menggunakan Bahasa Melayu. Ini memudahkan lagi proses suai kenal dan memahami
antara satu sama lain.
CABARAN PERPADUAN KAUM
• Cabaran pentingnya adalah dari segi politik negara. Perbezaan parti politik di Malaysia yang
berasaskan perkauman telah menyukarkan perpaduan kaum. Dunia politik sememangnya penuh
dengan kontrovesi dimana terdapat pelbagai individu yang mempunyai tujuan dan kepentingan
yang berbeza.
• Hasilnya, masih terdapat pemimpin yang kurang bijak dengan mengharapkan sentimen
perkauman dapat memancing perhatian rakyat tetapi sebaliknya hanya ingin melindungi
kepentingan diri sendiri. Oleh itu, bagi menggerakkan negara ke arah kemajuan yang berdiri sama
tinggi dan duduk sama rendah dengan negara maju yang lain, ahli politik perlu bersikap terbuka
dan matang.
• Politik sepatutnya membela nasib keseluruhan rakyat bukannya mengikut kepentingan bagi
mana-mana pihak. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa fahaman parti politik merupakan salah satu
cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum di negara ini. Sekiranya rakyat dan para pemimpin
negara dapat mengatasi cabaran ini, pasti perpaduan kaum antara masyarakat dalam negara akan
menjadi lebih erat.
ISU SEMASA KES MEMIJAK KOLAM DEEPAVALI
PERPADUAN KAUM KES PENGHINAAN YANG DIPERTUAN AGONG
KEBIADABAN & PENGHINAAN TERBUKA DI MEDIA
SOSIAL
• DI ZAMAN TEKNOLOGI YANG SERBA CANGGIH INI,
PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL SEMAKIN DIGEMARI
MASYARAKAT HARI INI.
• TETAPI TERDAPAT GOLONGAN YANG TIDAK
MENGUNAKAN MEDIA SOSIAL DENGAN BAIK &
MELAKUKAN AKTIVITI YANG TIDAK BERFAEDAH.
• PADA MASA KINI, KUASA TULAR ATAU “VIRAL”
MEMBERIKAN PENGARUH BESAR KEPADA PENGGUNA
MEDIA SOSIAL YANG BANYAK MEMBERIKAN KESAN
BURUK KEPADA PENGGUNA MEDIA SOSIAL.
• INI ANTARA CONTOH KEBIADABAN & PENGHINAAN DI
MEDIA SOSIAL .
ISU SEMASA
PERPADUAN KAUM
COVID -19 MENUNJUKKAN PERPADUAN KAUM DI
MALAYSIA SANGAT BAIK.
• PENULARAN COVID-19 TELAH MEMBUKTIKAN
PERPADUAN ANTARA SATU SAMA LAIN TANPA
MENGIRA KAUM& AGAMA DI MALAYSIA
SANGAT POSITIVE.
• SEMASA KRISIS COVID -19 MENUNJUKKAN
RAKYAT MALAYSIA MEMPUNYAI SIFAT EMPATI
YANG INGIN MEMBANTU ANTARA SATU SAMA
LAIN TERUTAMA PETUGAS BARISAN HADAPAN.
• KITA HARUS MENANAMKAN SIFAT EMPATI
DALAM DIRI SELURUH MASYARAKAT
MALAYSIA.
ISU SEMASA
PERPADUAN KAUM
• SISTEM PERSEKOLAHAN MONO ETNIK
• SISTEM PERSEKOLAHAN MONO ETNIK IALAH SISTEM
PERSEKOLAHAN SATU ALIRAN SEPERTI:
• -SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA(SJKC)
• -SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL(SJKT)
• -SEKOLAH KEBANGSAAN(SK)
• SEKOLAH ADALAH TEMPAT YANG TERBAIK UNTUK
MEMUPUK NILAI MURNI SEPERTI NILAI SEMANGAT
KEMASYARAKATAN DALAM DIRI MURID.
• KEBANYAKKAN REMAJA SEKARANG HANYA BERGAUL
SESAMA KAUM MEREKA DAN SUKAR UNTUK
MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN DALAM DIRI
KERANA SISTEM PERSEKOLAHAN MONOETNIK .
KESIMPULAN
-Sehubungan itu, kita sebagai rakyat Malaysia
harus mengekalkan keharmonian antara kaum
yang berbilang bangsa di mana kita hidup
dalam sebuah komuniti. Oleh demikian,
walaupun ada perbezaan ideologi politik ,kita
haruslah mengawalnya supaya tidak menjadi
tegang serta menjaga hubungan baik sesama
masyarakat dengan keharmonian yang telah
terbina sekian lama.
RUJUKAN
• https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=htt
ps://www.ipendidikan.my/cabaran-dalam-mengekalkan-
perpaduan-
kaum.html&ved=2ahUKEwjU2pHL2o_7AhXcZ2wGHUUvB7EQF
noECAkQAQ&usg=AOvVaw1j2eGO3e40Pw4yDEVy3E39
• https://www.bharian.com.my/rencana/minda-
pembaca/2021/09/863758/membina-perpaduan-ambil-masa-
meruntuhkan-sekelip-mata
• http://mekanikaldtp2.blogspot.com/2014/08/faktor-yang-
membawa-kepada-perpaduan_18.html?m=1