The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Projek ini adalah kerja kursus sejarah Ting 3 oleh Batrisya Sofea binti Badrul Hisham dari 3 Kindi,SBPI Gopeng

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by TITIYAKA BINTI JAJURI Moe, 2021-09-19 03:52:39

Pengaruh Kuasa Barat dalam Pendidikan Di Tanah Melayu.

Projek ini adalah kerja kursus sejarah Ting 3 oleh Batrisya Sofea binti Badrul Hisham dari 3 Kindi,SBPI Gopeng

Keywords: Sistem pendidikan

SEJARAH TINGKATAN 3

CAMPUR TANGAN
DAN PENJAJAHAN

KUASA BARAT



.

BATRISYA SOFEA BINTI BADRUL HISHAM

3 KINDI

indeks

penghargaan
pengenalan
tajuk kajian
jadual kerja
objektif kajian
kaedah kajian
pelaporan

(pelaporan )

1. pengenalan
2. pendidikan sebelum kedatangan kuasa barat
3. pendidikan selepas kedatangan kuasa barat
4. pendidikan selepas kemerdekaan tanah melayu
5. cadangan

rumusan

rujukan

penghargaan

Ribuan terima kasih saya tujukan kepada guru
matapelajaran sejarah tingkatan 3, Encik Azhani
Husaif di atas tunjuk ajar dan bantuan beliau
sehingga saya dapat menyiapkan tugasan kajian kes
ini.Tidak lupa juga terima kasih saya ucapakan
kepada kedua ibu bapa saya, Badrul Hisham bin
Ibrahim dan Titiyaka Binti Jajuri serta semua ahli
keluarga , rakan rakan, dan semua pihak yang
terlibat secara langsung mahupun tidak lansung
dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini.

pengenalan

Sebelum pembentukan Malaysia, negara ini dikenali dengan nama Tanah
Melayu. Pendidikan di Tanah Melayu pada ketika itu bermula dengan
pendidikan agama di masjid, surau dan pondok dengan bimbingan tokoh-
tokoh agama yang digelar sebagai tok guru. Selain itu, masyarakat pada
ketika itu juga mendapat pendidikan tidak formal daripada ibu bapa dan
keluarga seperti bertani, menangkap ikan, menjahit, melakukan kerja-
kerja rumah, menjaga adik dan lain-lain agar mereka dapat meneruskan
perkerjaan tradisi ini apabila dewasa. Kedatangan British yang
mengamalkan dasar “pecah dan perintah” relah mewujudkan sekolah-
sekolah vernakular Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris.

Jika kita imbau kembali sejarah pendidikan sebelum merdeka,
senarionya amatlah berbeza denga
n apa yang dapat kita lihat pada
hari ini. Sistem pendidikan pada zaman sebelum kemerdekaan banyak
berpandukan sistem pentadbiran British. Pihak British pada waktu itu
banyak memberi keutamaan kepada pendidikan Melayu dan Inggeris.
Sementara itu, pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan berkembang secara
bersendirian. Bagi pihak British, yang penting adalah memberi
pelajaran kepada segolongan rakyat untuk membolehkan sebahagian
mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi.

Disebabkan oleh sistem pendidikan yang berbeza-beza inilah maka
wujudnya jurang di antara kaum. Perbezaannya bukan sahaja dari segi
bahasa pengantar, tetapi juga terdapat perbezaan sukatan pelajaran
antara sekolah Melayu, sekolah Inggeris, sekolah Cina dan sekolah
Tamil. Ini jelaslah menunjukkan bahawa sistem pendidikan pada zaman
sebelum merdeka memainkan peranan dalam mengekalkan keperibadian
satu-satu golongan etnik di samping mewujudkan dua golongan terdidik.
Golongan ini ialah golongan yang berpelajaran Inggeris dan
berpelajaran vernakular yang mempunyai pandangan dunia (world view)
yang berbeza. Ini menjadi satu cabaran yang amat besar kepada pemimpin
ketika itu untuk mewujudkan perpaduan di antara kaum di negara kita
sehingga kini. Di sinilah pendidikan memainkan peranannya dalam
menyatukan semua rakyat berbilang kaum di Malaysia.

TAJUK KAJIAN

(Pendidikan formal sebelum kedatangan British membuktikan rakyat di negara kita

hidup dalam kemakmuran. Jelaskan)

Pendidikan sebagai satu institusi so
sial masyarakat tidak pernah menjadi



sebahagian tumpuan utama pihak penjajah di Tanah Melayu, sebagaimana dasar
ekonomi atau politik. Setiap dasar pendidikan di era tersebut terhasil akibat
proses kolonialisme itu sendiri. Oleh sebab itu, penelitian berkaitan pendidikan
tempatan dan pengaruh kolonialisme pada akhirnya menunjukkan bahawa dasar
pendidikan era kolonialisme dibentuk dan dilaksanakan semata mata atas tujuan
yang tidak menjaga kepentingan penjajah (Kumar, 2005). Walaupun pelaksanaan
dasar pendidikan kolonial hanya merupakan hasil dari proses kolonialisme, ia
tidak pula dilaksanakan secara tergesa-gesa tetapi telah dirancang dengan teliti.
Kesediaan pihak kolonial untuk menyediakan pendidikan bukan sesuatu yang mudah.

Bagi memastikan kelancaran pentadbiran politik dan keuntungan ekonomi,
pihak penjajah bukan sahaja memisah-misahkan ke tiga-tiga kumpulan etnik ini
mengikut kegiatan ekonomi tetapi juga membiarkan aliran pendidikan yang
berbagai. Malah di kalangan orang Melayu sendiri, pihak penjajah telah membina
dualisme pendidikan bila memperkenalkan sistem pendidikan Inggeris untuk
kumpulan elit, manakala sekolah Melayu disediakan untuk anak-anak Melayu di
kalangan kelas sederhana dan bawahan. Malah sekolah agama seperti pondok dan
madrasah dipinggirkan dalam dasar pendidikan Inggeris. Pendidikan aliran agama
Islam terpaksa bersendirian memastikan kelangsungannya di dalam masyarakat
Melayu khususnya di kawasan luar bandar dan kampung tradisi Melayu.
Pertambahan bilangan sekolah aliran Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil akibat
dasar “laissez-faire” pendidikan di Tanah Melayu menyebabkan pihak kolonial
sudah tidak lagi mempunyai keupayaan untuk menyusun semula semua aliran
persekolahan ini menjadi satu sistem pendidikan yang selaras (Haris:2004).

Selain itu, pihak kolonial juga pada masa yang sama tidak begitu bersedia
untuk membuat sesuatu perubahan dasar dalam pendidikan jika perkara itu tidak
memberikan keuntungan politik dan ekonomi kepada pihak mereka. Malah sikap
“tidak ambil peduli” pihak kolonial terhadap perkembangan pendidikan juga
membuktikan mereka telah mengamalkan dasar pecah dan perintah bukan sahaja
dalam bidang politik dan ekonomi tetapi juga dalam bidang pendidikan di Tanah
Melayu.

jadual kerja

objektif kajian

kajian saya merangkumi objektif objektif yang
berikut:



kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk
mengenalpasti sumber sumber sejarah yang sahih. ini
dapat membantu saya mengkaji tentang sistem
pendidikan formal di tanah melayu pada sebelum dan
selepas kedatangan british serta selepas merdeka.

kajian ini juga dapat menambah ilmu pengetahuan saya
tentang sistem pendidikan di malaysia.ini juga dapat
memberi pendedahan untuk memahami dan mengetahui
dengan lebih mendalam tentang sistem pendidikan di
malaysia dan kesan campur tangan british terhadap
sistem pendidikan di malaysia.

kajian ini tidak langsung juga telah dapat dijadikan
teladan dan ikhtibar malah menyedarkan masyarakat
tentang perkembangan sistem pendidikan di malaysia.

KAEDAH KAJIAN




Semasa saya menjalankan kerja khusus kajian sejarah tingkatan 3
ini, saya telah menggunakan 4 kaedah kajian untuk mengumpulkan
maklumat dan sejarah tentang sistem pendidikan di Tanah Melayu .
Antara kaedah yang telah saya gunakan ialah kaedah penyelidikan
perpustakaan, kaedah temu bual, kaedah melayari internet dan akhir
sekali kaedah audio visual.

Kaedah pertama yang saya gunakan ialah kaedah melayari
internet untuk membantu saya mencari maklumat tentang kaedah
sistem pendidikan di Tanah Melayu. Laman web yang saya gunakan
ialah seperti www.wikipedia.com dan www.sejarahmalaysia.pnm.my
sebagai sumber rujukan bagi membantu saya menyiapkan tugasan ini.
Segala maklumat yang terpapar sangat relevan dengan tajuk kajian
saya.

Kaedah kedua yang saya telah gunakan untuk kajian ini ialah
kaedah penyeledikkan perpustakaan. Saya telah pergi ke Perpustakaan
Tanah Hitam yang terletak berdekat dengan kediaman saya untuk
mencari buku untuk dijadikan sumber bahan rujukan buat kajian ini.

Kaedah yang ketiga ialah saya telah menggunakan kaedah temu
bual terhadap ibu saya, Titiyaka Binti Jajuri tentang sistem pendidikan
di Malaysia sebelum dan selepas kedatangan kuasa barat dan sistem
pendidikan selepas kemerdekaan.Semasa menemubual beliau, saya telah
menyediakan sebuah buku catatan untuk mencatatkan segala maklumat
yang beliau nyatakan.



Kaedah yang terakhir telah saya aplikasikan terhadap kajian ini
ialah melalui kaedah audio visual. Saya telah menonton beberapa video
di laman web seperti Youtube dan beberapa vlog kendiri oleh pelajar
pelajar dari laman blog mereka.

pelaporan

pengenalan

Pada dasarnya, sejarah pendidikan di Tanah Melayu bermula dari
abad ke-14 lagi. Namun begitu corak pendidikan ketika itu adalah
berbentuk tidak formal.Pendidikan ini bermula seiring dengan
perkembangan agama Islam di negeri negeri Tanah Melayu dan
Kepulauan Melayu yang dipelopori oleh pedagang pedagang Arab dan
India yang datang untuk berdagang di Asia Tenggara. Mereka
merasakan bahawa pendidikan berbentuk keagamaan perlu diadakan di
alam Melayu. Oleh itu, mereka telah berusaha membuka sekolah
sekolah pondok terawal di Semenanjung Tanah Melayu seperti di
Perlis, Kedah, Melaka dan Terangganu.

Namun setelah British kembali ke Tanah Melayu setelah
pemerintahan Jepun, sistem pendidikan dibaiki semula mengikut budaya
pendidikan zaman Inggeris.Pihak British telah memperkenalkan sistem
pendidikan dimana terdapat lima bentuk persekolahan iaitu vernakular
Inggeris, vernakular Melayu, vernakular Cina, vernakular India dan
sekolah agama. Sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh British ini
lebih bersifat kepada unsur unsur perkauman kecuali sekolah Inggeris
yang dibuka di kawasan bandar oleh mubaligh mubaligh Kristian.

Sistem persekolahan vernakular mengikut kaum ini telah
menyebabkan terbatasnya pergaulan tiga kelompok yang terbesar di
Tanah Melayu iaitu Melayu, Cina dan India. Ini kerana masyarakat tidak
dapat berinteraksi kerana pendidikan yang diterima adalah
berbeza.Selain itu, sistem pendidikan oleh British juga bersifat
'dualistic' kerana hanya menghususkan pendidikan inggeris yang
dianggap pendidikan terbaik hanya untuk golongan bangsawan dan
pembesar. Manakala rakyat biasa menerima pendidikan di sekolah
vernakular.

Pendidikan sebelum kedatangan british

Pada zaman ini, kaedah pendidikan di Tanah Melayu pada umumnya
merupakan pendidikan yang tidak formal. Penekanannya hanyalah kepada
pengajaran kitab suci Al-Quran, tingkah laku dan akhlak yang baik,
pengetahuan dan juga sifat kerohanian.

Terdapat juga sebilangan pelajar yang mempelajari pendidikan agama
di sekolah sekolah pondok yang ditubuhkan oleh para ulama yang
terkenal pada zaman tersebut. Sekolah sekolah agama ataupun yang
lebih dikenali sebagai sekolah pondok ini masih boleh dilihat sehingga
sekarang, terutamanya di negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu dan
Kedah.

Pada amnya sistem pendidikan sebelum kedatangan kuasa barat
mempunyai kukurikulum yang terlalu sempit kerana pelajarannya hanya
terhad kepada Al-Quran sahaja. Namun kelebihan yang boleh diperolehi
daripada aspek pengajaran sebegini ialah ia telah berjaya mewujudkan
ramai tokoh agama yang bukan sahaja terkenal dalam bidang agama,
akan tetapi turut mempunyai nilai etika yang tinggi dan berakhlak mulia.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan informal ini,
ibu bapa rakyat tanah melayu menggunakan beberapa pendekatan atau
kaedah bagi memperbaiki dan memperbetulkan kesalahan yang dilakukan
oleh anak-anak mereka. Dikatakan terdapat dua tahap, iaitu proses
sosialisasi yang kebiasaanya anak-anak dimarahi, ditegur, didenda, dan
disuruh berjanji supaya tidak mengulangi kesalahan yang telah dilakukan.
Dalam hal ini, memukul anak bukanlah bertujuan untuk menyakitkan
mereka tetapi sebagai memberi pengajaran atau ingatan supaya mereka
tidak melakukan kesalahan yang sama berulang-ulang kali.

Koleksi Arkib

Sistem sekolah Bersumber Al-Quran
pondok

Agak terhad Madrasah

Pendidikan tidak formal di rumah

PENDIDIKAN SELEPAS KEDATANGAN KUASA BARAT

Sewaktu zaman penjajahan British, mereka telah melaksanakan sistem
pendidikan yang berteraskan pendidikan Inggeris, di mana sekolah-sekolah
aliran Inggeris ini mengajar mata pelajaran dalam bahasa Inggeris. Hal
demikian memberi cabaran dan halangan terhadap bangsa Melayu ketika itu
kerana majoriti masyarakat Melayu tidak mahir untuk menggunakan bahasa
Inggeris dengan baik. Hal ini pula ditambah dengan dasar yang dibuat oleh
pihak British untuk menyekat kemasukan pelajar-pelajar Melayu untuk
belajar di sekolah Inggeris kerana mereka bimbang jika orang-orang Melayu
belajar dengan pandai, ia akan membuat kedudukan Inggeris tergugat. Hanya
pelajar-pelajar Melayu yang terdiri dari kelas atasan sahaja yang diberi
peluang untuk belajar di sekolah Inggeris.

Pada zaman penjajahan ini, dasar pendidikan terutama sistem
persekolahan tidak menghasilkan keberkesanan yang positif, terutama untuk
perpaduan dan pelaksanaannya mempunyai banyak kelemahan kerana British
hanya mementingkan keuntungan ekonomi dan kedudukan sendiri sahaja.
Semasa penjajahan British, pihak Inggeris juga telah mewujudkan sekolah
vernakular Melayu, sekolah vernakular Cina, dan sekolah vernakular Tamil.

Kewujudan sekolah vernakular telah menyebabkan masyarakat Melayu,
Cina, dan India dipisahkan mengikut sistem persekolahan; dan menyebabkan
hubungan mereka semakin renggang. Sekolah vernakular Melayu, Cina, dan
India mempunyai kepentingan tersendiri, terutama untuk kaum tertentu, iaitu
sekolah Melayu untuk kepentingan orang Melayu, sekolah Cina untuk
kepentingan orang Cina, dan sekolah Tamil untuk kepentingan orang India.
Tetapi British tidak memainkan peranan dengan adil, terutama dari segi
layanan yang setaraf kepada semua bangsa. Contohnya, sekolah vernakular
Melayu dan Tamil hanya terhad untuk sekolah rendah sahaja, manakala
sekolah vernakular Cina mendapat keistimewaan melalui sekolah rendah (6
tahun), junior middle (3 tahun), dan senior middle (3 tahun). Lulusan untuk
sekolah Melayu hanya setakat memenuhi keperluan tenaga manusia yang
paling rendah.

Laporan Barnes 1950 telah menjadi penggerak perubahan kedudukan
pendidikan orang Melayu kerana telah bangkit kesedaran semangat
nasionalisme selepas tamat Perang Dunia II pada tahun 1946. Mengikut
laporan Barnes 1950, kewujudan sekolah vernakular tidak menyumbang ke
arah perpaduan kaum, di mana antara syor Jawatankuasa Barnes adalah
sekolah-sekolah vernakular Melayu, Cina, dan Tamil hendaklah dibubarkan
dan digantikan dengan satu jenis sekolah sahaja, iaitu sekolah kebangsaan.
Tetapi masyarakat Cina merasa kedudukan mereka tergugat dan atas
desakan kaum mereka sendiri, juga kerana terhasilnya Laporan Fenn-Wu
1951, berusaha dan bertujuan untuk mempertahankan kedudukan pendidikan
masyarakat Cina.

Perubahan pendidikan sentiasa berlaku ketika itu kerana kehendak
rakyat perlu dipenuhi bagi menjamin perpaduan dan kesejahteraan negara.
Ordinan Pelajaran 1952 telah ditubuhkan, impak daripada hala tuju
Laporan Barnes 1950 dan Laporan Fenn-Wu 1951 yang berlainan matlamat
untuk dicapai. Maka, singkat kata, kesan daripada sistem pendidikan
penjajahan British itu adalah wujudnya: Sekolah Pondok dan Madrasah,
Sekolah Vernakular Melayu, Sekolah Vernakular Cina, Sekolah Vernakular
Tamil, dan Sekolah Inggeris.

koleksi arkib

sekolah vernakular india
sekolah vernakular cina

sekolar vernakular melayu

pendidikan selepas kedadatangan kuasa barat

Laporan Razak 1956 yang dikuatkuasakan sebagai Ordinan Pelajaran 1957
dan Laporan Rahman Talib 1960 menjadi perintis ke arah pengukuhan sistem
pendidikan kebangsaan di Malaysia. Selepas merdeka 1957, Malaysia merupakan
negara baru dan memulakan zaman untuk mengukuhkan semula pendidikan
negara supaya selari dengan matlamat perpaduan nasional. Akta Pelajaran
1961 pula bukti usaha murni yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia bagi
mengembalikan semula kepercayaan rakyat supaya mereka memahami dasar
pendidikan yang dilaksanakan kerajaan demi kepentingan masyarakat Malaysia
yang majmuk. Laporan Razak 1956 boleh dijadikan sebagai batu loncatan ke
atas dasar dan sistem pendidikan kebangsaan yang mempunyai perubahan yang
positif, terutama membentuk dan memupuk perpaduan negara (Abu Bakar Nordin,
1994).




Perpaduan antara masyarakat majmuk merupakan asas utama yang diberi
perhatian oleh kerajaan Malaysia ketika menggubal dasar pendidikan selepas
negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Hal demikian menjadikan
dasar-dasar penting dalam Laporan Razak 1956 dan laporan Rahman Talib 1960
yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan melalui Akta Pendidikan 1961.
Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 telah mengubah lanskap politik, ekonomi, dan
sosial masyarakat Malaysia di mana selepas peristiwa itu berlaku, pihak
kerajaan telah mewujudkan



Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bermatlamat mencapai perpaduan negara
dan integrasi nasional. Peristiwa berdarah itu turut memberi impak yang besar
kepada dasar pendidikan. Semasa rancangan Malaysia kedua, iaitu 1971-1975,
rancangan pendidikan negara ditumpukan SOSIOHUMANIKA, 4(1) 2011 37 pada
tiga bidang, iaitu menyatukan sistem pelajaran bagi menggalakkan perpaduan
negara, memperluaskan rancangan pelajaran bagi mencapai keperluan negara
mengenai tenaga rakyat, dan memperbaiki mutu pelajaran ke arah mencapai
masyarakat yang maju berasaskan sains dan teknologi moden. Bagi mencapai
rancangan itu, strategi untuk melaksanakannya disediakan, iaitu melaksanakan
Bahasa Malayu sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah secara
berperingkat, mengurangkan jurang perbezaan dalam memberikan peluang
pelajaran di antara kawasan dan antara kaum melalui pembinaan sekolah dan
kemudahan sekolah di luar bandar, dan meningkatkan mutu pelajaran.

Pada tahun 1983, kerajaan Malaysia telah wujudkan rancangan
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) untuk dilaksanakan di semua
sekolah rendah seluruh negara; dan tahun 1989 kerajaan melaksanakan
rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di semua
sekolah menengah seluruh Malaysia. Kedua-dua KBSR dan KBSM
mempunyai objektif yang sama, iaitu sebagai alat perpaduan kaum dan
negara. Selepas DEB tamat pada tahun 1990, kesinambungan
daripadanya terbentuk Dasar Pembangunan Negara (DPN), 1991-2000, di
mana ketika ini ialah berlangsungnya rancangan Malaysia ke-enam dan
ke-tujuh. Dalam rancangan Malaysia ke-tujuh, terutama dalam sektor
pendidikan, kerajaan merangka untuk menjadikan sistem pendidikan
Malaysia bertaraf dunia.

koleksi arkib

cadangan

Sistem pendidikan, melalui sistem persekolahan, merupakan elemen yang
penting bagi sesebuah negara dalam usaha menuju ke arah membangunkan
masyarakat dari segi ekonomi, politik, dan sosial. Sistem persekolahan bukan
sahaja berperanan untuk memberi pelajaran kepada masyarakat semata-
mata, bahkan ia merupakan saluran untuk menyampaikan kepada rakyat
berkenaan dengan wadah perjuangan negara yang sangat mementingkan
nilai-nilai murni dalam masyarakat berbilang kaum demi mencapai perpaduan.
Berikut merupakan langkah-langkah pendidikan Malaysia ke arah perpaduan.

Pertama, Peranan Dasar Kerajaan. Kerajaan memainkan peranan
utama dalam membentuk lanskap masyarakat Malaysia, terutama selepas
merdeka. Melalui dasar-dasar dan strategik yang dilaksanakan, perubahan
demi perubahan telah kelihatan, malah menjadi agenda utama negara untuk
membangunkan masyarakat (INTAN Malaysia, 1994). Dasar-dasar awam
merupakan alat yang digunakan untuk memastikan pentadbiran kerajaan
berjalan dengan lancar dalam membangunkan negara dan masyarakat.

Melalui dasar pendidikan, kerajaan boleh memainkan peranan dengan
semua sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil
bergabung mengadakan dan menganjurkan program bersama yang melibatkan
penyertaan semua murid-murid dan guru; (1) Pengisian pelajaran di sekolah
kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil diselaraskan semula
dengan menggunakan isi kandungan yang sama dengan menambah bahasa
Mandarin dan Tamil sebagai matapelajaran wajib; (2) Satu sistem
persekolahan boleh dijalankan melalui penggabungan elemen-elemen –
termasuk kebudayaan, pemakanan, dan adat resam – yang terdapat dalam
sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil; (3) Pengisian
kurikulum dan ko-kurikulum perlu seiring dengan keperluan masyarakat kini
yang menekankan nilai-nilai jati diri, mempunyai sifat patriotisme,
bertoleransi yang harus diperkasakan lagi, dan memerlukan nilai tambah;
serta (4) Menjadikan gagasan 1Malaysia sebagai tambahan wajib dalam
matapelajaran di semua jenis sekolah yang menjadi peneraju pembinaan
bangsa kerana pendidikan merupakan cabang utama penggerak kepada
tercapainya gagasan 1 Malaysia.

Kedua, Sistem Penyampaian. Pihak kerajaan adalah pihak pemerintah yang
berkuasa penuh untuk membuat keputusan kerana telah mendapat mandat
daripada rakyat. Kerajaan seharusnya menggunakan segala keperluan dan
kebebasan yang ada untuk menjadi pihak penyampai yang efisyen. Sistem
penyampaian merupakan alat yang sangat penting yang berperanan sebagai
pemberi maklumat yang tepat dan berinformasi. Masalah yang perlu diambil serius
ialah mengenai cara penyampaian oleh pihak pemerintah kepada rakyat. Biasanya,
sistem penyampaian ini ialah melalui media-media dan juga agensiagensi kerajaan,
contohnya Kementerian Penerangan dan Komunikasi.

Sistem penyampaian sistematik dan berkesan boleh dilakukan melalui: (1)
Menggunakan sepenuhnya peranan media, sama ada cetak mahupun elektronik,
sebagai medium utama dengan menayangkan iklan-iklan TV bertemakan perpaduan
dengan lebih kerap lagi dan ruang papan kenyataan yang mempromosikan keunikan
masyarakat Malaysia; (2) Melakukan promosipromosi dengan lebih kerap lagi
dengan membuka pusat sehenti di merata tempat, terutama memberi fokus kepada
masyarakat luar bandar berkenaan dengan dasar-dasar kerajaan yang terkini
supaya rakyat memahami perkara sebenar; (3) Menggunakan Van bergerak di
seluruh negara yang menjadi simbol dan rujukan untuk rakyat mengetahui
perancangan yang dilakukan kerajaan; serta (4) Menjadikan sekolah sebagai pusat
sumber maklumat bagi segala dasar-dasar dan program-program yang dijalankan
oleh kerajaan.

Ketiga, Hubungan Masyarakat. Masyarakat Malaysia yang berbilang
bangsa dan agama mempunyai risiko untuk berkonflik, malah di kalangan bangsa
yang sama, banyak masalah yang timbul. Bagi menjaga keharmonian negara,
masyarakat Malaysia perlu sentiasa menjaga perhubungan kaum agar dapat
membangunkan masyarakat yang mempunyai minda kelas pertama. Menurut Simon
Fisher et al. (2000), konflik dalam masyarakat disebabkan oleh polarisasi,
ketidakpercayaan, dan permusuhan di antara kelompok-kelompok yang berbeza.
Teori ini boleh menjadi tunjuk sebab mengapa perpaduan negara ini sukar untuk
dicapai secara keseluruhan, di mana rakyat yang berbilang kaum mempunyai
pemikiran dan persepsi yang negatif terhadap kaum lain. Contohnya, peristiwa 13
Mei 1969 menjadi petunjuk hubungan kaum di Malaysia. Melalui pelaksanaan dasar
pendidikan yang terancang dan hubungan masyarakat yang baik, maka tentunya
perpaduan di kalangan Masyarakat Malaysia semakin kukuh. Jika hanya dasar-
dasar sahaja yang berjalan dengan baik tetapi hubungan masyarakat tidak baik,
pastinya negara Malaysia masih sukar untuk bergerak maju ke hadapan. Dasar-
dasar yang dirancang perlu seiring dengan hubungan masyarakat yang harmoni.

rumusan

Perkembangan pendidikan di Malaysia ternyata mengalami banyak
perubahan, terutama sejak zaman penjajahan hinggalah zaman selepas
merdeka. Perkembangan masyarakat seiring dengan perkembangan
dasardasar negara yang sentiasa ditambahbaik bagi memastikan
keperluan rakyat terbela. Perubahan dalam sektor pendidikan menjadi
intipati penting dalam pengukuhan perpaduan negara ke arah yang lebih
baik kerana pendidikan menjadi peneraju pembentukan masyarakat.

Aspek-aspek murni amat ditekankan dalam pendidikan kerana sebagai
sebuah masyarakat majmuk, nilai-nilai murni perlu ada dalam diri setiap
masyarakat. Namun, walaupun banyak perubahan yang telah dilakukan,
kelemahan-kelemahan masih lagi wujud dan perlu diambil serius oleh
pihak kerajaan untuk menyelesaikannya dengan segera. Kelemahan yang
wujud umpama barah yang akan merebak menjadi semakin besar, malah
boleh menyebabkan perpecahan dalam masyarakat. Masalah-masalah
yang melibatkan isu-isu antara kaum perlu diselesaikan segera, bukan
dibiarkan senyap begitu sahaja.

Oleh itu, untuk mencapai matlamat perpaduan negara yang kukuh,
seluruh masyarakat perlu berganding bahu, seiring dengan usaha murni
kerajaan melalui dasar-dasar dan rancangan baru. Mutu pendidikan yang
sempurna serta hubungan masyarakat yang harmoni menjadi tunggak
kejayaan yang akan menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan dapat
merealisasikan Wawasan 2020

rujukan

https://izanoriza.wordpress.com/2012/05/10/sistem-pendidikan-sebelum-
kedatangan-british/
http://notakuliahpismp.blogspot.com/2011/11/sejarah-pendidikan-di-
malaysia.html
https://sites.google.com/site/dasarpendidikan456/3-0-sejarah-awal-
pendidikan-kebangsaan-di-malaysia
https://www.ukm.my/kita/wp-content/uploads/5.Manuskrip-ICIP.Dr-
Atiqah-_-Prof-Ong-B.pdf
https://pdfcoffee.com/sistem-pendidikan-sebelum-kedatangan-british-2-
pdf-free.html
http://abkar178.blogspot.com/2012/03/1.html
https://www.slideshare.net/sitirohayurohan/sejarah-pendidikan-di-
malaysia-17745813
file:///C:/Users/USER/Downloads/436-866-1-SM.pdf
Video dokumentari Sejarah Pendidikan Malaysia :
https://www.youtube.com/watch?v=yheGX1i2zik


Click to View FlipBook Version