SEMINAR PEMANTAPAN
AKIDAH AHLI SUNNAH
WAL JAMAAH
Tarikh: 13 & 14 Mei 2022
Masa: 8.00 pagi - 5 petang
Tempat : Balai Kerapatan IPGKRM
ANJURAN JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN
MORAL INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
RAJA MELEWAR DENGAN KERJASAMA
JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN
DAN
AHLI SUNNAH WAL JAMAAH RESEARCH GROUP
(ARG)
Sekapur Sirih
Seulas Pinang
Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam, Dia-
lah yang menciptakan ‘arasy, langit dan bumi, Dia-lah jua Pencipta tempat,
wujud-Nya tanpa memerlukan tempat. Selawat dan salam ke atas junjungan
besar kita Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat Baginda.
Dewasa kini seringkali kita mendengar golongan yang mendakwa dan
melabelkan diri mereka sebagai Ahli Sunnah Wal Jama‘ah. Pelbagai hujah dan
kenyataan yang diberikan bagi membenarkan pendapat mereka. Sehinggga
akhirnya mengakibatkan orang awam menjadi keliru dan tidak jelas siapakah
sebenarnya yang dimaksudkan dengan Ahli Sunnah Wal Jama’ah. Kita juga
sering mendengar pelbagai ungkapan berbentuk penentangan dan sanggahan
terhadap mereka yang menyakini dan berpegang dengan manhaj pemikiran
akidah Imam Abu Hassan Al-’Asyari dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi
sebagai pegangan Ahli Sunnah Wal Jama‘ah.
Justeru itu, kami hadirkan sedikit pencerahan dalam bentuk program
yang dinamakan Seminar Pemantapan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah,
sebagai satu wadah dan platform yang mungkin dapat menguraikan sedikit
kekeliruan yang bersarang di benak berkaitan perkara-perkara akidah dan
persoalan tentang siapakah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar. Mudah-
mudahan program ini bermanfaat untuk kita semua dan mudah-mudahan kita
juga sentiasa menjadi orang yang mendapat maghfirah dan keredhaanAllah
SWT.
Tuan Haji Abdul Hadi bin Sulaiman
Ketus Jabatan JAPIM IPGKRM
Objektif Program
i. Memantapkan ilmu aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah dalam
kalangan pelajar muslim IPGKRM.
ii. Mendedahkan kepada pelajar muslim IPGKRM berkenaan
elemen penyelewengan akidah yang bertentangan dengan
Ahli Sunnah wal Jamaah
iii. Mengelakkan pelajar terjebak dengan aktiviti penyelewengan
akidah Ahli Sunnah wal Jamaah
Kata Alu-aluan Pengarah IPGKRM
Assalamualaikum
Salam bahagia
Salam MEKAR di hat
Alhamdulillah, buat julung kalinya, Seminar Pemantapan Akidah Ahli Sunnah Wal
Jamaah dapat dijalankan di IPGKRM dengan kerjasama daripada Jabatan Mufti
Negeri Sembilan dan Ahli Sunnah Wal Jamaah Research Group (ARG). Adalah besar
harapan supaya usaha murni yang sedia terjalin ini dapat diteruskan lagi pada
masa-masa akan datang.. Tahniah kepada semua jawatankuasa pelaksana yang telah
dapat menjayakannya.
Memang tidak dapat dinafikan, akidah menjadi asas pegangan penting seorang
mukmin kerana akidah merupakan tunjang utama dalam kehidupan manusia.
Individu yang benar-benar mempunyai akidah yang mantap dalam kehidupan mereka
mampu berhadapan dengan segala cabaran yang mendatang. Hal ini bersesuaian
dengan sifat akidah itu sendiri yang merangkumi segala aspek kehidupan seperti
sosial, politik, ekonomi, perundangan, akhlak, muamalah dan sebagainya.
Selain itu, akidah yang mantap dan benar juga adalah tunjang kekuatan umat
islam. Jika kehidupan muslim terpisah daripada akidah yang benar, maka hidup akan
menjadi lemah dan berpecah belah. Hal ini kerana akidah adalah terasnya yang
bertindak mengawal segala gerak laku dalam kehidupan seseorang. Namun, era
masyarakat kini begitu terdedah dengan penyelewengan akidah yang tidak
bersumberkan ajaran islam yang sebenar berikutan mudahnya memperoleh informasi
menerusi rangkaian digital.
Lantaran itu, amatlah perlu bagi umat islam, khususnya para pelajar sebagai
generasi muda, menuntut ilmu pengetahuan yang benar berkenaan akidah ahli
sunnah wal jamaah sebagai persediaan mendepani cabaran akidah pada masa
hadapan dengan lebih baik. usaha untuk memastikan akidah kita sentiasa mekar,
sentiasa subur dalam sanubari kita, sentiasa berada pada landasan yang benar
perlulah sentiasa diperkukuh dan dimantapkan sepanjang masa.
Sekian, Salam Rasa Bahagia Untuk Semua
Dr Mazlan bin Aris
Pengarah IPGKRM
Kata Alu-aluan Mufti N. Sembilan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya Seminar
Pemantapan Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah dapat dijalankan dengan jayanya.
Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas, khususnya kepada Jabatan Pendidikan
Islam dan Moral IPGKRM dan juga Ahli Sunnah wal Jamaah Research Group (ARG)
Negeri Sembilan yang telah berjaya menjalin kerjasama erat dengan Jabatan Mufti
Kerajaan Negeri Sembilan dalam merealisasikan program ini.
Akidah merupakan asas yang membangun dan mencorakkan kehidupan
seseorang. Tanpa akidah yang kukuh, iman akan mudah goyah dan luntur, ibarat
pohon yang mudah tumbang jika tiada akar tunjang yang mengukuhkan pohon.
Tambahan pula mutakhir ini banyak berlaku isu penyelewengan akidah Ahli Sunnah
wal Jamaah sehingga dikategorikan sebagai ajaran sesat. Hal ini termasuklah
fahaman dan pemikiran moden yang jelas bersalahan dengan i'tikad yang benar
seperti liberalisme, pluralisme dan modenisme. Jika tidak dibendung, pasti akan
mengundang fitnah yang lebih besar terhadap Islam.
Namun, orang beriman yang telah terdidik hati mereka dengan nilai-nilai
keimanan yang tinggi, sudah pasti sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan
yang perlu diperoleh daripada sumber yang berautoriti. Sememangnya majlis ilmu
seperti Seminar Pemantapan Akidah ASWJ ini merupakan suatu keperluan dharuri
bagi masyarakat kini. Hal ini berikutan kesatuan akidah yang benar merupakan
tunjang kekuatan umat Islam. Bahkan menjadi perisai daripada terjebak dengan
ajaran dan fahaman sesat yang berleluasa di era globalisasi ini.
Akhir kata, saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak
yang telah berusaha bertungkus-lumus bagi menjayakan Seminar Pemantapan
Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah pada kali ini. Diharapkan usaha yang murni ini
tidak terhenti sampai di sini sahaja. Sejajar dengan itu, program seumpama ini
perlu diteruskan dan perlu ada kesinambungannya. Pihak Jabatan Mufti Kerajaan
Negeri Sembilan akan sentiasa menyokong usaha yang baik seperti ini, insya Allah .
Sekian, terima kasih.
SS Dato' Haji Mohd Yusof bin Haji Ahmad
Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
Kata Alu-aluan ARG
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya program
Seminar Pemantapan Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah selama dua hari ini dapat
berlangsung dengan jayanya.
Akidah yang benar adalah tunjang kekuatan umat Islam. Jika kehidupan muslim
terpisah daripada akidah yang benar, maka hidup akan menjadi lemah dan berpecah
belah. Hal ini kerana akidah adalah terasnya yang bertindak mengawal segala gerak
laku dalam kehidupan seseorang. Maka, individu yang telah terdidik hati mereka
dengan nilai-nilai keimanan yang tinggi, sudah pasti akan sentiasa taat dengan
perintah Allah swt dan menjauhi segala laranganNya. Bahkan akidah yang mantap
menjadi benteng dan perisai daripada anasir yang menyeleweng dan sesat. Secara
langsung akan memudahkan mereka tatkala berhadapan dengan Allah swt pada hari
akhirat kelak.
Namun, situasi yang agak membimbangkan ialah masyarakat kini begitu terdedah
dengan penyelewengan akidah yang tidak bersumberkan ajaran Islam yang sebenar.
Hal ini berikutan mudahnya memperoleh informasi menerusi rangkaian digital yang
tidak jelas kesahihannya. Justeru amatlah perlu masyarakat awam khususnya para
pelajar siswa siswi guru sebagai generasi muda, menuntut ilmu pengetahuan yang
benar berkenaan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah sebagai persediaan mendepani
cabaran akidah di masa hadapan dengan lebih baik. Justeru, program yang
menyentuh tentang isu-isu akidah seperti Seminar Pemantapan Akidah ASWJ ini
perlu dijalankan secara berterusan.
Akhir kalam, semoga program seperti ini akan dapat dijalankan lagi pada masa
akan datang. Pihak ARG Negeri Sembilan mengambil peluang ini untuk mengucapkan
terima kasih kepada semua pihak yang telah berusaha bersungguh-sungguh demi
memastikan kelancaran dan objektif program tercapai. Semoga segalanya akan
dicatat sebagai amal soleh di sisi Allah swt. Sekian, terimakasih.
NGO Ahli Sunnah wal Jamaah Research Group (ARG)
Jawatan Kuasa Pelaksana
Pengerusi : Dr. Mazlan bin Aris Pengarah IPGKRM
Pengerusi Bersama : SS Dato’ Hj. Mohd. Yusof bin Haji Ahmad
Timbalan Pengerusi Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus
: Hjh. Halimah binti Haji Che Mat
Penyelaras
Timbalan Pengarah IPGKRM
Setiausaha I : Ustaz Abdul Hadi bin Sulaiman
Setiausaha II
JK Buku Program Ketua Jabatan Pendidikan Islam & Moral
: Ustazah Zuraini binti Yaakub
: Ustazah Nazmazura binti Aris
: Jabatan Perancangan Perancangan
Penyelidikan dan Inovasi I (JPPI)
JK Hiasan Latar Pentas : Jabatan Sains Sosial (JSS)
& Persembahan
JK Persiapan dan : PJPK/ Unit Khidmat Pengurusan
Susunan Tempat/ Peralatan (Selenggara)
JK Sijil Hadiah dan : Jabatan Bahasa
Cenderamata
JK Teks Ucapan dan : Jabatan Pengajian Melayu
Kata-kata Aluan
JK Jamuan : Jabatan Ilmu Pendidikan
JK Sambutan dan Protokol : Jabatan Kecemerlangan Akademik
JK Pengurusan Majlis : Unit Khidmat Pengurusan / JHEP
JK Pendaftaran : Unit Peperiksaan dan Penilaian / Unit
Praktikum
JK Teknikal Audio dan Siaraya : Pusat Latihan Akademia Guru
JK Lalulintas dan Keselamatan : Unit Khidmat Pengurusan
ATURCARA PROGRAM
JUMAAT (13 MEI 2022)
08.20 am : Majlis Pelancaran Perasmian oleh
Dr Mazlan bin Aris Pengarah IPGKRM
08.30 am : Soal Selidik Tahap Pengetahuan Akidah Pelajar
Muslim IPGKRM
02.45 pm : Forum : Akidah Tunjang Kekuatan Ummah
04.45 pm : Solat Asar Berjamaah
05.00 pm : Minum petang
SABTU (14 Mei 2022)
08.00 am : Sarapan
08.30 am : Daurah Kitab Ummul Barahin Slot 1
10.00 am : Rehat
11.00 am : Daurah Kitab Ummul Barahin Slot 2
12.30 tgh : Makan Tengahari
01.09 tgh : Solat Zohor Berjamaah
02.30 pm : Daurah Kitab Ummul Barahin Slot 3
03.30 pm : Pertandingan Kuiz Aqidah
04.00 pm : Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah
04.30 pm : Solat Asar berjamaah & bersurai
Terima Kasih
Sekalung tahniah & ucapan terima kasih kepada :
Pengurusan Tertinggi IPGKRM
Jabatan Mufti Negeri Sembilan
Ahli Sunnah Wal Jamaah Research Group (ARG)
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
Moderator, Ahli Panel Forum dan Daurah Kitab
JAPIM IPGKRM
Jabatan PLAG IPGKRM
Semua Jabatan dan Unit IPGKRM
Semua AKP
Peserta seminar
Semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Seminar
Pemantapan Akidah ASWJ sama ada secara langsung atau
tidak langsung