The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurolfatin89, 2022-07-26 03:50:58

BEKAL MAKANAN BAHARU AMINA DAN HANAN

TADIKA CERIA

Pada suatu pagi yang indah, Amina ke kelas tadikanya
seperti selalu. Tetapi, hari ini sangat istimewa bagi

Amina kerana ibu telah memberinya bekas makanan
yang baharu. Bekas makanan Upin dan Ipin kegemaran

Amina! Ibu juga meletakkan nasi goreng kegemaran
Amina di dalamnya.

TADIKA CERIA

Di tadika, Amina bertemu dengan semua rakannya .
Amina menunjukkan bekas makanan baharunya
kepada rakan. Alangkah terkejut dan gembiranya
Amina kerana sahabatnya,Hanan juga membawa

bekas makanan yang sama. Ya, ia sangat sepadan!

“Masa untuk makan!” Seru Cikgu Dini, guru kelas Amina.
"Basuh tangan kamu terlebih dahulu”

arah Cikgu Dini kepada murid-muridnya.

TANDAS

Setelah selesai mencuci tangan, Hanan
telah mengambil bekas makanannya
terlebih dahulu. Amina yang melihat

bekas makanan yang dipegang Hanan,
terus berkata “ Itu bekas makanan saya!”

Hanan yang mendengar kata-kata Amina
tidak bersetuju, langsung membalas “Tidak,

ini bekas makanan saya!”

Amina cuba mengambil semula bekas
makanannya itu.

Namun, Hanan cepat-cepat menarik
semula

bekas makanan tersebut.

Cikgu Dini yang melihat aksi dua
sahabat itu terus

datang meleraikan keadaan.

Cikgu Dini bertanya apa yang berlaku?
Lalu merekapun menceritakan segalanya kepada guru mereka.

Cikgu Dini bertanya ciri-ciri bekas makanan mereka.
Alamak, kedua-duanya sama!

Kedua-dua ada gambar animasi Upin Ipin!
Ia sangat sepadan!

Cikgu Dini berfikir sebentar,
“Emm, adakah kamu ingat makanan yang ibu kamu bekalkan?”

tanya Cikgu Dini.
“Ibu saya letak nasi goreng,” kata Amina.
“Ibu saya pula letak mi goreng,” kata Hanan.

Cikgu Dini tersenyum lantas berkata “ Ayuh, kita lihat apa
yang ada dalam bekas makanan ini?” lalu Cikgu Dini
membuka kedua-dua bekas makanan tersebut.

Akhirnya, mereka mendapat semula bekas makanan mereka. Guru
menghadiahkan Amina dan Hanan pelekat yang cantik untuk dilekatkan

pada bekas makanan mereka. Mereka sangat gembira.
Amina memilih pelekat pari-pari yang bersinar dan Hanan pula memilih

pelekat bunga yang berwarna-warni.
Kini, bekas makanan mereka tidak lagi sepadan dan mereka tidak akan

tertukar lagi bekas makanan mereka.

TAMAT


Click to View FlipBook Version