JKA/Jun2019 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, 27200 KUALA LIPIS PAHANG DARUL MAKMUR FIQH KEKELUARGAAN ISLAM (FKIK3013) PENULISAN ILMIAH Nama : SHAHRUL FIRDAUS BIN JASMIN No. K/P : 000712101409 Angka Giliran : 2020112350213 Program : PISMP Ambilan : JUN 2020 Unit : BIMBINGAN DAN KAUNSELING 3 Nama Pensyarah : DR WAN AZLAN BIN WAN ADNAN Tarikh Hantar : 17.7.2023 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________ PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________
2 ISI KANDUNGAN Bil. Perkara Muka surat 1. Penghargaan 3 2. Pengenalan 4 3. Enakmen Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia 5 4. Bentuk Kesalahan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Di Malaysia Penceraian 6-9 5. Kesimpulan 9 6. Rujukan 10
3 PENGHARGAAN Alhamdulillah ,Ucapan terima kasih diucapkan kepada Dr Wan Azlan Bin Wan Adnan kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dalam mata pelajaran FKIK3013 pertolongan beliau, kerja kursus ini tidak dapat disiapkan dengan sempurna. Ianya memberikan saya seribu satu pengalaman yang amat bermakna. Di samping itu, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Akhir kata,saya berharap semoga hasil tugasan saya ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada semua orang khususnya kepada saya sendiri sebagai bakal guru kepada anak bangsa pada masa akan datang. Amin.
4 1.0 PENGENALAN Berdasarkan laporan yang dikeluarkan pada November 2022, perceraian dalam kalangan pasangan Islam menurun sebanyak 16.4 peratus, iaitu 31,650 pada 2021 berbanding 2020 sebanyak 37,853 kes. Perkara diatas menunjukkan bahawa kes penceraian di Malaysia semakin membimbangkan. (Sabariah Baharum, 1989) berpendapat isu perceraian ini serius kerana perceraian bukan sahaja memberi impak kepada pasangan itu sahaja, tetapi turut memberi kesan kepada anak-anak, dan juga struktur keluarga dari sudut psikologi, sosial dan juga ekonomi. Penceraian ini adalah jalan terakhir didalam perkahwinan. ِلَى هَِّللا ال هطََل ِق أ َحََل ِل إ ُض الْ ْبغَ Berdasarkan Ibn Umar RA, bahawa Nabi SAW bersabda : Maksudnya: “Perkara halal yang paling dimurkai Allah adalah talak.” [Riwayat Abu Daud (2178) dan Ibn Majah (2018)] isu penceraian dalam Islam merupakan sesuatu yang tidak disukai oleh Islam tetapi dibolehkan dengan alasan dan sebab-sebab tertentu. Namun begitu, Penceraian boleh dilaksanakn dengan cara talak, fasakh dan khuluk atau tebus talak.Talak dari segi bahasa bermaksud melepaskan ikatan manakala dari segi syarak bermaksud melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak dan seumpamanya. Bagi mencari kebahagiaan berumah tangga. Seperti hadis diatas talak merupakan perkara yang dibenci oleh Allah s.w.t tetapi dibenarkan.Hukum talak terbahagi kepada 5 iaitu wajib,haram, sunat, makruh dan harus mengikut keadaan yang tersendiri. Rukun talak pula terbahagi kepada 3 iaitu suami, isteri dan lafaz yang dibuat secara jelas menyatakan penceraiannya dengan sengaja dan bukan paksaan. Namun begitu, bagi kerja kursus kali ini saya dikehendaki untuk menyediakan laporan tentang bentuk kesalahan enakmen undang-undang tentang penceraian. Saya mendapati bahawa terdapat beberapa kes penceraian yang melanggar enakmen undangundang.
5 2.0 ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM DI MALAYSIA Menurut Datuk Zainul Rijal Abu Bakar ialah Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) berkata undang-undang Keluarga Islam yang digubal dan diluluskan di negeri-negeri di dalam Malaysia merupakan undang-undang yang bertujuan untuk menyatukan peruntukan-peruntukan Undang-Undang Keluarga Islam mengenai perkahwinan, nafkah, penjagaan dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan kehidupan berkeluarga. Oleh itu, perkara yang melibatkan perkahwinan diletakkan dibawah AKTA 303 AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1984 . Terdapat beberapa bahagian yang terkandung didalam akta ini. Setiap bahagian mempunyai maklumat dan isu yang berbeza. Terdapat 10 bahagian didalam Akta 303 dan sebanyak 135 seksyen yang diguna pakai didalam mahkamah. Namun terdapat beberapa bentuk kesalahan yang menyebabkan sesuatu isu itu perlu dirujuk secara teliti. Enakmen pula mempunyai maksud yang tersendiri iaitu Enakmen ini hasil daripada terjemahan, pengubahsuaian terhadap kandungan prinsipprinsip perkahwinan dan penceraian dalam Mazhab Syāfiʻī. Tetapi masih terdapat penetapan dalam peruntukan undang-undang ini tidaklah bersifat secara tetap, ianya masih menirama pandangan daripada mazhab lain malah ruang untuk perbincangan terbuka dan boleh dilaksanakan. Hal ini kerana, menurut (Zaini 2004: 4-5) tujuan asal peruntukan ini diadakan ialah untuk menjadi panduan utama khususnya kepada umat islam terutama dalam hal ehwal perkahwinan dan penceraian. Sehingga kini, enakmen ini sentiasa berevolusi kerana terdedahnya kepada pelbagai kritikan untuk penambahbaikan supaya perlaksanaannya lebih efektif termasuk isu penentuan ‘iddah. Di samping itu, berdasarkan kepada Enakmen UndangUndang Keluarga Islam Malaysia yang terdiri daripada 13 negeri dan 1 persekutuan didapati bahawa konsep ‘iddah ini biasanya disebut di beberapa tempat terutama di pembahagian lima dan enam dalam enakmen iaitu pada bahagian pembubaran perkahwinan dan nafkah kepada isteri,anak dan lain-lain.
6 3.0 BENTUK KESALAHAN ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM DI MALAYSIA PENCERAIAN Terdapat beberapa isu yang popular dalam undang-undang keluarga islam hingga menyebabkan kesalahan dalam enakmen undang-undang keluarga islam di Malaysia tentang penceraian. Isu pertama, nafkah suami kepada isteri. Berdasarkan daripada akbar online Mstar yang bertarikh 7 mac 2023 terdapat 1 kes perkahwinan yang melibatkan pasangan suami dan isteri. Kes yang berlaku adalah ‘Isteri istimewa’ ditinggalkan tanpa nafkah. Suami tidak ingin menceraikan isterinya. Lalu adik isterinya membuat fail tuntutan ‘Fasakh’. Kes ini termasuk dalam salah satu bentuk kesalahan yang sering dilakukan oleh suami isteri. Perkara ini adalah dibawah bahagian VI- Nafkah isteri,anak dan lain-lain Seksyen 59 yang berkaitan kuasa mahkamah memerintah dan efek nusyuz. Bentuk kesalahan ini adalah tertakluk kepda hukum syara’. Mahkamah boleh memerintahkan seseorang lelaki membayar nafkah kepada isteri atau bekas isterinya. Namun perkara ini juga boleh berubah menyebabkan isteri tidak berhak untuk mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya iaitu apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya, apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya, apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain . Perkara ini boleh ditarik semula selepas sahaja isteri itu bertaubat dan menurut kemahuan dan perintah sah suaminya, maka isteri itu tidaklah lagi menjadi nusyuz. Kes ini juga termasuk dalam Bahagian V Seksyen 52. Bahagian ini menfokuskan pada perintah untuk membubarkan parkahwinan ataupun fasakh. Didalam akta ini Seseorang perempuan yang berkahwin mengikut Hukum Syara' adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan-alasan ini iaitu bahawa tempat di mana beradanya suami telah tidak diketahui selama tempoh lebih daripada satu tahun bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan, bahawa suami telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih, bahawa suami telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun, bahawa suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk, bahawa suami telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit, bahawa isteri, setelah dikahwinkan oleh bapa atau datuknya sebelum ia mencapai umur enam belas tahun, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur lapan belas tahun, dan ia belum disetubuhi oleh suaminya itu.
7 Isu kedua yang sering berlaku dalam kalangan suami isteri di Malaysia adalah penceraian secara taklik. Berdasarkan daripada akbar harian metro terdapat kes penceraian yang mana suami mentakikkan penceraiannya terhadap isterinya seandainya pergi ke kerja. Namun, sudah berbaik tetapi isteri tersebut melanggar taklik tersebut pada keesokan harinya. Kes ini hukumnya terdapat pelbagai berbeza daripada sudut mazhab lain. Kes ini termasuk didalam Akta 303 Seksyen 50 penceraian di bawah ta’liq atau janji. Seksyen ini menyatakan Seseorang perempuan yang bersuami boleh, jika berhak mendapat perceraian menurut syarat-syarat surat perakuan ta'liq yang dibuat selepas berkahwin, memohon kepada Mahkamah untuk menetapkan bahawa perceraian yang demikian telah berlaku. Mahkamah hendaklah memeriksa permohonan itu dan membuat suatu penyiasatan mengenai sahnya perceraian itu dan, jika berpuas hati bahawa perceraian itu adalah sah mengikut Hukum Syara', hendaklah mengesahkan dan merekodkan perceraian itu dan menghantar satu salinan rekod itu yang diperakui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan. Isu penceraian yang ketiga adalah suami yang melafazkan cerai di luar mahkamah tanpa memberi sebarang makluman kepada mahkamah atau pejabat agama. Berdasarkan enakmen undang-undang keluarga islam melaka bahagian V seksyen 57 tentang pendaftaran penceraian di luar mahkamah. Bahagian ini menjelaskan bahawa seseorang lelaki yang telah menceraikan isterinya dengan lafaz talaq di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah, hendaklah dalam masa tujuh hari dari pelafazan talaq itu melaporkan kepada Mahkamah. Mahkamah hendaklah mengadakan siasatan untuk memastikan sama ada talaq yang dilafazkan itu adalah sah mengikut Hukum Syarak. Jika Mahkamah berpuas hati bahawa talaq yang telah dilafazkan itu adalah sah mengikut Hukum Syarak, maka Mahkamah hendaklah, tertakluk kepada seksyen 125. membuat perintah membenarkan perceraian dengan talaq, merekodkan perceraian itu; dan menghantar salinan rekod itu kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.
8 Isu yang terakhir, Berdasarkan daripada harian metro yang bertarikh januari 2019 terdapat kes penceraian yang berlaku diluar mahkamah. Namun pasangan tersebut telah menyelesaikan secara baik ataupun rujuk. Tetapi tidak faham samaada rujuk tersebut perlu dilafazkan ataupun tidak. Isu ini adalah dibawah Bahagian V seksyen 52 . Di dalam Seksyen ini menyatakan bahawa “talaq raj’i bermaksud perceraian dengan satu atau dua talaq yang tidak diikuti dengan habis ‘iddah; dan “bersekedudukan semula” ertinya hidup semula sebagai suami isteri dalam tempoh sebelum perceraian menjadi tak boleh diruju’kan. Jika, selepas sesuatu talaq raj’i, persekedudukan semula berlaku dengan persetujuan bersama, pihakpihak itu hendaklah melaporkan hal persekedudukan semula itu dan butir-butir lain yang berkaitan kepada Pendaftar bagi kariah masjid di mana mereka bermastautin.Pendaftar hendaklah membuat apa-apa penyiasatan yang perlu dan, jika berpuas hati bahawa persekedudukan semula telah berlaku mengikut Hukum Syarak, hendaklah mendaftarkan persedudukan semula itu dengan membuat suatu endorsmen pada catatan berhubungan dengan perceraian itu dalam Daftar Perceraian, jika perceraian itu telah didaftarkan olehnya, dan hendaklah meminta pihak-pihak itu menyerahkan kepadanya surat-surat perakuan cerai yang berkaitan dan hendaklah mengeluarkan kepada mereka surat perakuan ruju’ dalam borang yang ditetapkan.Pendaftar hendaklah juga menyerahkan satu salinan surat perakuan ruju’ itu kepada Ketua Pendaftar yang mana hendaklah mendaftarkan persekedudukan semula itu dengan membuat suatu endorsmen pada catatan berhubungan dengan perceraian itu dalam Daftar Perceraian yang disimpan olehnya. Mana-mana pihak kepada suatu perkahwinan yang tidak melaporkan hal persekedudukan semula sebagaimana dikehendaki oleh subseksyen (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu. Jika perceraian itu tidak didaftarkan oleh Pendaftar yang kepadanya laporan di bawah subsekyen (2) itu dibuat, dia hendaklah merekodkan dalam surat-surat perakuan cerai nombor siri dan butir-butir surat perakuan ruju’ itu dan hendaklah menghantar suratsurat perakuan cerai itu kepada Pendaftar yang telah mengeluarkannya bersama dengan satu salinan surat perakuan ruju’ itu, dan Pendaftar yang satu lagi itu hendaklah selepas itu mendaftarkan persekedudukan semula itu dengan membuat suatu endorsmen pada catatan berhubungan dengan perceraian itu dalam Daftar Perceraian dan hendaklah menyerahkan salinan surat perakuan ruju’ itu kepada Ketua Pendaftar yang mana hendaklah mendaftarkan persekedudukan semula itu dengan membuat endorsmen pada catatan berhubungan dengan perceraian itu dalam Daftar Perceraian yang disimpan olehnya. Jika talaq raj’i telah berlaku tanpa diketahui oleh isteri, suami tidak boleh menghendaki atau meminta isteri supaya bersekedudukan semula dengannya tanpa menzahirkan kepadanya hal perceraian itu. Jika selepas talaq raj’i suami melafazkan ruju’ dan isteri telah bersetuju terhadap ruju’ itu, isteri boleh, atas permohonan suami, diperintah oleh Mahkamah supaya hidup semula sebagai
9 suami isteri, melainkan jika isteri itu menunjukkan sebab-sebab yang baik, mengikut Hukum Syarak sebaliknya, dan, jika demikian halnya, Mahkamah hendaklah melantik suatu jawatankuasa pendamai sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 47, dan seksyen itu hendaklah dipakai sewajarnya. Jika selepas talaq raj’i suami melafazkan ruju’ tetapi telah tidak bersetuju terhadap ruju’ itu kerana sebab-sebab yang dibenarkan oleh Hukum Syarak, dia tidak boleh diperintah oleh Mahkamah supaya hidup semula sebagai suami isteri, tetapi Mahkamah hendaklah melantik suatu jawatankuasa pendamai sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 47, dan seksyen itu hendaklah dipakai sewajarnya. 4.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, Laporan yang telah di lakukan oleh saya ini berdasarkan enakmen undang-undang keluarga islam yang di gunakan oleh 14 negeri di Malaysia. Pelbagai isu penceraian di Malaysia menggunakan enekman ini dalam mencari jalan penyelesaian di dalam mahkamah. Segala bentuk kesalahan akan dikenalpasti oleh pihak mahkamah berdasarkan prosedur yang telah ditetapkan dan perlu dipatuhi. Tambahan lagi, berdasarkan daripada kesemua undang-undang enakmen kelaurga islam masih terdapat kelemahan dan kelonggaran terhadap sistem undang-undang di Malaysia ini. Maka, penambahbaikan perlu di pertingkatkan dari pada masa kesemasa bagi memastikan kemudahan pengurusan perkahwinan dan penceraian.
10 4.0 RUJUKAN Akta 303 Akta Undang-Undang Keluarga (WilayahWilayah Persekutuan) 1984. 2018. http:// www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/ enakmen2011/Federal_Updated.nsf/b3ac9c218c8efd c4482568310022d8b3/be07751de42d1fb748256fd50 0115827?OpenDocument. Dilihat pada Oktober 2018 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 (Enakmen 2 Tahun 2003). Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002 (Enakmen 12 Tahun 2002). Fatin Farhana Arifin. ( 2023 , Mei 25 ). Kena selesai dahulu isu dua lafaz talak luar mahkamah. Berita Harian. Mohammad Azam Hussain (2015) DEFINISI WALI DALAM PERNIKAHAN: PERSPEKTIF FIQH DAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM DI MALAYSIA. Pusat Pengajian Undang-undang, Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia. Harian Metro. ( 2018, Ogos 30 ). Bercerai Secara Taklik . Harian Metro. ( 2019, Januari 3 ). Suami Tidak Lafaz Rujuk .