The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-89334983, 2022-04-23 19:47:37

PA Sem2 NOTA PETUNJUK NEGARA MAJU P2

PA Sem2 NOTA PETUNJUK NEGARA MAJU P2

MALAYSIA MAJU DAN SEJAHTERA, SEMESTER 2, 2022

PENGENALAN TOPIK : MALAYSIA MAJU DAN SEJAHTERA

● Antara petunjuk utama sebuah negara maju dan sejahtera adalah kemajuan
ekonominya.

● Diiringi dengan petunjuk fizikal seperti kewujudan rangkaian jalan raya atau
lebuh raya, bangunan pencakar langit serta prasarana canggih.

● Malaysia bumi bertuah kerana memiliki kepelbagaian sumber ekonomi,
mempunyai sumber tenaga manusia yang cekap dalam pengurusan ekonomi,
kedudukan geografi kawasan pertengahan laluan perdagangan timur-barat.

● Ekonomi Malaysia bersifat dinamik dan berbentuk pasaran terbuka.
● Mempunyai hubungan dengan negara asing, ekonomi Malaysia dipengaruhi oleh

keadaan ekonomi di sesebuah negara lain.
● Misalnya, keadaan kemelesetan di negara luar akan dirasai oleh Malaysia.

SUMBER ALAM PETUNJUK / CIRI-CIRI / INDIKATOR NEGARA MAJU
DIMANFAATKAN
SEPENUHNYA ● Kemajuan teknologi dan keupayaan modal membolehkan
masyarakat di negara maju memanfaatkan sumber alam
DAPAT MENGATASI secara optimum.
MASALAH
KEPENDUDUKAN ● Memanfaatkan sumber alam sebagai tenaga alternatif.
● Tenaga air atau tenaga matahari menggantikan tenaga

Fosil.

● Kualiti dan produktiviti penduduk tinggi menyebabkan pendapatan dalam
pelbagai bidang tinggi.

● Peluang pekerjaan dan peluang ekonomi terbuka luas.
● Ekonomi yg baik dlm mengatasi masalah yg dihadapi oleh penduduk .
● Menyediakan kemudahan awam atau bantuan kPD rakyat yg memerlukan.

Channel PA 900 STPM @CNM

MALAYSIA MAJU DAN SEJAHTERA, SEMESTER 2, 2022

INDUSTRI MENJADI ● Produk industri dan perkhidmatan menjadi tumpuan kegiatan ekonomi dan
TERAS PEREKONOMIAN
DAN BERKEMBANG tidak bergantung pada hasil pertanian.
DENGAN PESAT ● Penerapan teknologi yang canggih, industri pertanian serta industri hiliran

berkembang dengan pesat.

TINGKAT DAN KUALITI ● Pendapatan yang tinggi membolehkan rakyat memperoleh kualiti hidup yang
HIDUP MASYARAKAT
TINGGI tinggi.
● Kualiti yang tinggi mendorong semakin tingginya produktiviti masyarakat.
● Kesannya akan meningkatkan pendapatan perkapita dan pendapatan negara.

KEBANYAKKAN ● Tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber alam.
EKSPORT ● Mempunyai pengetahuan dalam menghasilkan produk daripada sumber alam.
ADALAH HASIL ● Contohnya hasilan daripada kelapa sawit.
INDUSTRI
DAN PERKHIDMATAN

KEMUDAHAN ● Kerajaan mampu menyediakan prasarana bagi warganya.
PRASARANA YANG ● Wujud tahap kesedaran yang tinggi dalam kalangan warga masyarakat untuk
MODEN DAN MENCUKUPI
memelihara dan memartabatkan prasarana tersebut.
Kesedaran dan kepatuhan
kepada undang-undang, ● Masyarakat di negara maju umumnya memiliki disiplin tinggi dalam mematuhi
kesetaraan gender dan undang-undang.
penghormatan terhadap hak
asasi manusia. ● Penghormatan terhadap hak asasi , termasuk golongan minoriti spt Orang
Kurang Upaya (OKU) dan warga emas.
TINGKAT PENDIDIKAN
TINGGI ● Prinsip akauntabiliti dan terbuka dalam tindakan dan pengambilan keputusan.

● Tingkat pendidikan rakyat yang tinggi menunjukkan kualiti penduduk sesebuah
negara.

● Penduduk memiliki kesedaran tinggi akan kepentingan pendidikan dan
teknologi.

● Kualiti yang tinggi ini ditunjangkan oleh sistem dan kualiti pendidikan yang baik.

Channel PA 900 STPM @CNM

MALAYSIA MAJU DAN SEJAHTERA, SEMESTER 2, 2022

TINGKAT PENDAPATAN ● Kemajuan tingkat pendidikan serta penguasaan teknologi oleh penduduk
TINGGI
menjadikan tingkat pendapatan penduduk tinggi.
● Penduduk tidak lagi bergantung kepada sektor pertanian sebagai penghasilan

utama, tetapi beralih kepada sektor perindustrian, perkhidmatan dan

perdagangan.
● Peluang pekerjaan di pelbagai sektor membolehkan penduduk berpendapatan

tinggi.

TINGKAT KESIHATAN ● Penduduk memiliki kualiti kehidupan yang tinggi sehingga kesedaran tinggi
TINGGI
akan kepentingan kesihatan.
● Pembangunan prasarana kesihatan berkualiti juga disediakan.
● Tingkat kesihatan yang baik dapat dilihat daripada angka kematian yang rendah

dan angka jangka hayat penduduk yang tinggi.

LANGKAH MEMBINA NEGARA MAJU DAN SEJAHTERA

1 ● Melakukan penghematan dan memperketat perbelanjaan negara.
- pantauan yang saksama dibuat bagi segala pengeluaran atau perbelanjaan
negara agar negara tidak menghadapi defisit yang sangat besar.

2 ● Membina ekonomi berasaskan pengetahuan.
- beri perhatian yang berat terhadap usaha-usaha yang bertujuan untuk
meningkatkan produktiviti, kreativiti dan inovasi serta memberi fokus kpd
bidang-bidang yang mempunyai daya saing yang lebih kuat.

3 ● Meningkatkan sumber daya manusia.
- menggalakkan kalangan warga/anggota masyarakat dalam program-program
penelitian dan pembangunan, penguasaan sains dan teknologi, penguasaan ilmu
pengetahuan dan kemahiran. - supaya menghasilkan ciptaan baru, produk baru,
pendapatan baru dan kekayaan baru.

Channel PA 900 STPM @CNM

MALAYSIA MAJU DAN SEJAHTERA, SEMESTER 2, 2022

4 ● Memperkukuhkan asas dan fundamental ekonomi negara serta mencipta
bidang-bidang pertumbuhan baru.
- bidang yang berpotensi besar utk menjadi sumber pertumbuhan ekonomi adalah
melalui bioteknologi dan pertanian moden.
- bidang lain spt pelancongan, pendidikan, kesihatan, kewangan Islam dan pemasaran
makanan halal.

5 ● Memperbaiki sistem penyampaian dan menghapus sistem birokrasi yang
rumit.
- mengamalkan tadbir urus yang baik ( good governance) dan kerajaan yang
cekap ( good government)
- terutamanya dalam bidang pelaburan agar menjadi baik dan cepat.

6 ● Meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui pembinaan dan penyediaan
prasarana rakyat.
- spt perumahan, kesihatan, maklumat dan komunikasi, pendidikan, elektrik
dan penyediaan air bersih terutamanya di kawasan pendalaman.

7 ● Mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial.
- boleh dicapai dengan melakukan program ekonomi dan program sosial
merentasi kaum, kawasan dan latar belakang.

8 ● Kepentingan membina negara maju dan sejahtera
- Mensejahtera dan membahagiakan rakyat
- Meningkatkan taraf hidup rakyat
- Melanjutkan jangka hayat rakyat
- Meningkatkan keupayaan sains dan teknologi
- Menjadikan negara bahagia

Channel PA 900 STPM @CNM


Click to View FlipBook Version