The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENULISAN KAJIAN TINDAKAN 2023 YATIE

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nor Hayati Abdullah, 2023-09-13 22:00:44

KAJIAN TINDAKAN

PENULISAN KAJIAN TINDAKAN 2023 YATIE

PENULISAN KAJIAN TINDAKAN CIKGU NOR HAYATI BT ABDULLAH GBK SMK SENALING


APA ITU KAJIAN TINDAKAN? Kajian tindakan merujuk kepada penyelidikan yang dijalankan oleh guru untuk memperbaiki amalan dalam pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, guru boleh menyelidik kaedah pengajaran dan bahan pengajaran yang digunakannya untuk meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran guru.


TUJUAN MELAKSANAKAN KAJIAN TINDAKAN 1. memperbaiki dan menambahbaik amalan dalam PdP secara sistematik. 2. mengenal pasti kesukaran yang dihadapi oleh pelajar dalam memahami sesuatu perkara atau topik yang diajar. 3. guru merangka suatu plan tindakan untuk menyelesaikan masalah dihadapi. 4. memastikan tindakan yang diambil berkesan.


1. TAJUK KAJIAN • Tajuk ditentukan dengan mengenal pasti kemahiran yang akan dikaji • Tajuk hendaklah ringkas, mengandungi hala tuju, tindakan dan sasaran kajian • Bold tajuk , Cadangan antara 15-20 perkataan • Contoh: • MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS FORMULA MOLEKUL BAGI MURID TING 5 MENGGUNAKAN KAD M.I.G.I ( MATCH IT, GET IT)


NAMA PENYELIDIK DAN NAMA SEKOLAH • Catatkan nama penuh penyelidik/ ahli kumpulan • Nyatakan nama sekolah


1.0 REFLEKSI PENGAJARAN 1.1 Refleksi merupakan muhassabah diri untuk menilai kembali pengajaran yang lalu 1.2 Refleksi mestilah mengandungi: -Tema/masalah/isu keprihatinan yang telah dikenalpasti melalui 4 perkara utama dalam PdP yang lalu iaitu : Guru, Murid, isi kandungan pelajaran dan persekitaran - Refleksi pengalaman PdP lalu - Kaitkan pengalaman PdP yang telah dikenalpasti supaya masalah menjadi lebih jelas - Rujuk bahan yang berkaitan seperti buku Latihan, ujian keputusan peperiksaan, sukatan pelajaran dan bahan-bahan yang berkaitan untuk membantu penyelidik mengingat kembali apa-apa yang telah dilaksanakan/ berlaku


2.0 FOKUS KAJIAN 2.1 Merupakan fokus yang menjadi masalah /isu 2.2 Mesti jelas dan tepat dan FOKUS pada SATU ISU - Apakah yang telah guru lakukan? - Apakah yang telh murid lakukan? - Kenapa ISU ini terjadi Jika masalh ini tidak dapat ditangani apakah perkara-perkara yang akan berlaku? 2.2 Proses mementukan fokus kajian ialah : - tentukan tema/ masalah kajian - Rumuskan masalah yang dikenalpasti daripada refleksi PdP lalu


3. OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian meliputi perkara seperti berikut: 1. Terdiri dari pada objektif umum dan objektif khusus 2. Objektif mestilah berkaitan dengan masalah 3. Objektif hendaklah berkaitan dengan aktiviti/Tindakan (PdP) 4. Objektif hendaklah boleh diukur 5. Semua objektif khusus hendaklah diukur/dinilai semasa menjalankan aktiviti/tindakan


4.0 KUMPULAN SASARAN Nyatakan bilangan pelajar yang dikaji (kumpulan pelajar yang diajar guru) Nyatakan kelas yang dikaji Contoh: Kajian ini difokuskan kepada 7 orang murid 5 TVET yang terdiri daripada 5 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan


5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah - Mengumpul data menggunakan instrument kajian seperti soal selidek, temubual, memerhati, ujian pra dan analisis dokumen (hasil kerja murid, PBD, keputusan ujian/ peperiksaan - Untuk mendapat gambaran awal bagi memahami lebih mendalam masalah yang dikenalpasti


5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.2 Analis tinjauan awal masalah • Menganalisis data yang dikumpul • Membuat huraian dari data yang dianalisis dan dipersembahkan dalam bentuk yang sesuai seperti jadual, carta dan graf


5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.3 Tindakan yang dijalankan • Proses merancang aktiviti-aktiviti intervensi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang dikenalpasti Contoh: Aktiviti 1 : Murid menyaksikan Video… Aktiviti 2 : Murid menyanyikan lagu… Aktiviti 3 : Murid menjalankan Ujian Pos


5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.4 Pelaksanaan Tindakan • Melaksanakan aktiviti-aktiviti intervensi mengikut ketetapan rancangan tindakan • Aktiviti boleh diubahsuai mengikut kesesuaian jika perlu • Proses mengumpul dan menganalisis data bagi keberkesanan Tindakan. (Ujian Pos)


6. CADANGAN DAN TINDAKAN 6.1 Anda boleh meneruskan kajian tindakan dengan mengambil tindakan susulan (gelungan kedua) 6.2 Jika kajian anda tidak berjaya, anda boleh menulis seperti berikut: "Memandangkan kajian tindakan yang telah saya jalankan tidak berjaya, maka saya akan menggunakan tindakan/aktiviti-aktiviti lain untuk menangani isu ini” Contoh: Saya bercadang untuk menjalankan kajian berkaitan……..


BAHAN RUJUKAN 1. Kementerian Pendidikan Malaysia(2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga 2. Buku Teks Kimia Ting 5(2012). Pan Asia


MAKLUMAT TAMBAHAN Format yang digunakan dalam artikel ini adalah berdasarkan maklumat seperti berikut: a. Semua penulisan adalah menggunakan jenis tulisan "Arial” b. Saiz font bagi semua penulisan artikel ini adalah 11 kecuali untuk abstrak adalah 10 c. Margin tajuk dan abstrak adalah "single spacing” d. Margin bagi semua penulisan adalah "1.5 lines" e. Masukkan nombor muka surat di bahagian bawah sebelah kanan f. Semua tajuk perlu di "bold” g. Untuk tujuan penerbitan ini, sebaiknya penulisan satu kajian secara keseluruhan adalah tidak melebihi 15 muka surat (tidak termasuk lampiran) •


Click to View FlipBook Version