KINCIR AIR BIDANG KEJURUTERAAN SJ007 ZAFREE EMRA FARHIEM MUHAMMAD ANAZ SHAHMI RAIS
Penggunaan bahan api petroleum yang semakin berkurangan memerlukan satu kaedah alternatif untuk menjana tenaga baharu yang lebih efektif dan mesra alam. Projek ini dijalankan untuk mereka bentuk kincir air dengan menggunakan kuasa motor sebagai bahan utama bagi menggerakkan kincir air dan seterusnya tenaga tersebut digunakan untuk menjana tenaga elektrik. Sepanjang proses menyiapkan reka bentuk kincir air ini, banyak teori mekanikal dan praktikal digunakan. Projek reka bentuk ini juga memberi banyak peluang kepada kami untuk menambahkan pengetahuan dan pengalaman. projek ini boleh ditingkatkan serta berpotensi untuk berkembang sejajar dengan objektif pembinaan rekabentuk ini. Secara keseluruhannya,kincir air ini mampu berfungsi dengan baik. PENDAHULUAN
OBJEKTIF KAJIAN 1. Mereka bentuk kincir air berasaskan Teknologi Hijau 2. Mengkaji pengunaan kincir air dalam menjana tenaga elektrik di Malaysia 3. Membandingkan penjimatan dalam penggunaan model kincir air dengan bekalan kuasa sedia ada
METODOLOGI KAJIAN 1.1 BAHAN-BAHAN • Paip PVC ½, 2, 3 inci • Penutup paip PVC 2 inci • Dinamo 12v &pulley • Kayu Panjang hujung bulat • getah dinamo • Papan plastic 5mm • Kabel 1mm • impraboard • Lampu LED 5mm • CD 3 keping • Rangka kayu 1.2 CONTOH REKA BENTUK
1.3 PROSEDUR Lekat penutup impraboard ke dalam paip 2 inci .lubang penutup Masuk kayu ke dalam paip 2 inci melalui lubang tutup Lekat CD ke penutup paip 2 inci menggunakan ‘hot glue gun’ Tampal 6 keeping impraboard ke sekeliling PVC 2 inci Tampal CD ke lubang paip PVC belah satu lagi Tampal paip PVC 3 inci di bahagian luar CD Skru kincir ke rangka kayu dan pasang di lubang PVC ½ inci Lekatkan dynamo di rangka kayu Sesuaikan jarak dynamokincir. Tutup dynamo guna impraboard Ukur nilai voltan menggunakan voltmeter Pembuktian boleh dijalankan
DATA & PEMERHATIAN Melalui kajian yang dilakukan, kincir air mampu menghasilkan nilai voltan diantara 4-5 volt setelah diputarkan. Selain itu, lampu LED dapat menyala selepas kincir air yang telah disambungkan diputarkan. Jadi, kincir air dapat menjadi sumber tenaga elektrik yang cekap. Dengan hanya menggunakan sumber air, tenaga elektrik dapat dihasilkan.
NAMA UJIAN PENERANGAN Ujian nilai voltan pada dinamo Memeriksa nilai voltan menggunakan voltmeter ketika kincir berputar Ujian lampu LED menyala Lampu LED bernyala membuktikan kehadiran elektrik dari kincir air Ujian kelajuan kincir air Semakin laju kincir beerputar, semakin besar nilai voltan dan tenaga elektrik KEPUTUSAN
PERBINCANGAN Perbandingan antara kincir air dengan penggunaan sel kering ialah kincir air hanya perlu air untuk menjana elektrik manakala sel kering yang dibuat menggunakan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui akan kehabisan juga selain daripada harganya yang mahal. Selepas itu, berdasarkan tontonan kami di youtube beralamat https://youtu.be/qdb-Sel, semakin cepat putaran pada kincir air, semakin banyak tenaga elektrik dihasilkan. Malah, hanya memanfaatkan air, kita dapat menghasilkan elektrik. Jadi, penggunaan kincir air pada zaman yang serba canggih ini amat digalakkan kerana negara Malaysia ada sumber air yang sangat banyak. Projek ini dengan mudah dapat memenuhi keperluan masyarakat Malaysia.
SIGNIFIKASI PROJEK PENYELIDIKAN 11 Kajian ini penting kerana kincir air merupakan tenaga alternatif boleh baharu yang mesra alam serta produkteknologi hijau yang memelihara dan memulihara alam sekitar serta sumber semula jadi. Kepentingan ini adalah untuk masyarakat di serata Malaysia sementelahan di seluruh dunia. Hai ini juga meningkatkan ekonomi bagi sector perindustrian. Manfaat yang mampu diperolehi termasuklah mendapatkan tenaga elektrik lebih mudah dan tanpa mengeluarkan dana yang tinggi.
PEMBANGUNAN MASA HADAPAN Harapan kami agar projek kincir air dapat digunakan di negara Malaysia kerana adanya sumber air yang banyak dalam negara ini. Dengan ini, projek kincir air menjadi satu alternatif tenaga baharu yang lebih efektif dan mesra alam. Banyak manfaat yang dapat diperoleh sekiranya terdapat kincir air iaitu ekonomi akan meningkatdengan pesat.ia juga dapat mengurangkan pemanasan global yang terjadi akibat penggunaan tenaga yang tidak boleh diperbaharui
KESIMPULAN Kincir air merupakan salah satu cara untuk mengubah tenaga air menjadi tenaga elektrik.kita harus memanfaatkannya dengan menambah kincir air di serata dunia. Projek ini juga menjadi alternatif lain untuk menjana tenaga baharu yang lebih efisien dan mesra alam.
LAMPIRAN
SEKIAN TERIMA KASIH